Sunday, 25 May 2014

TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'KEBANGKITAN HULUBALANG RAJA BUGIS,'  Karya Ratu Rimba Niagara, Kerajaan Tallo & YM Sri Pemangku Adat. BHG (1)

Sri Pemangku Adat

DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA):
Oleh Sri Pemangku Adat
Sebagaimana, yang telah dimaktubkan oleh Almarhum-Almarhum Sri Karaengan (nenek moyang kami dari Suaka Bangsawan Karaeng & Daeng & Kare) yang terdahulu bahawa mereka telah memutuskan. Sesungguhnya, pada masa Malaya (Tanah Melayu) bertukar nama kepada Negara Malaysia Yang Berdulat Lagi Merdeka akan IKRAR SUMPAH TAAT SETIA kepadanya Wasiat Raja-Raja Melayu, Hatta maka kami sebagai anak cucu Wangsa Bugis Melayu akan sentiasa mematuhinya tanpa sebarang perasangka seperti berikut:
” Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya salama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera”
Pertama : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang dipijak dan langit yang kamu junjung. Persekutuan Tanah Melayu ( sekarang MALAYSIA).
Kedua : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Ketiga : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara ini.
Keempat : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
Kelima : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.
Keenam : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
Ketujuh : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Gambar Raja-Raja Melayu ia sekadar informasi sahaja;

PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA

Sultan Abd Halim Mua'dzam Shah Agong berwibawa,
Memerintah negara adil saksama;
Rela berkorban demi rakyat tecinta,
Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

Institusi di-Raja dekat di hatiku,
Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
Rakyat Johor terharu lagi menyanyangi.

Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
Kepentingan rakyat amat dirasai;
Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
Sejak generasi dahulu hingga kini.

DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
Budi disemai Allah berkati,
Moga amalan dibalas di akhirat nanti.

Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
Kebajikan rakyat amat diutamakan;
Bertuah sungguh rakyat Pahang,
Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.

Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.

Sultan Mizan kesayangan rakyat,
Rakyat Terengganu amat bersyukur;
Punyai Raja yang pentingkan rakyat,
Raja dan rakyat sentiasa rasa bersyukur.

Sultan Kedah amat dihormati,
Menabur budi tidak terhingga;
Ke mana pergi rakyat mentaati,
Rakyat Kedah amat berbangga.

Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
Kepentingan rakyat amat dijaga;
Masalah rakyat diberi perhatian,
Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.

Sultan Kelantan berhemah tinggi,
Memerintah Kelantan adil saksama;
Rakyat Kelantan takkan rugi,
Raja dan rakyat berkerjasama.

Karya: Ratu Rimba Niagara
31 Mac 2013
(BERSEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
NEGARAKU YANG TERCINTA YANG KE-56 PADA 31 OGOS 2013)
KAMI RAKYAT MALAYSIA TAAT SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA SEPERTIMANA YANG TERMAKTUB DALAM RUKUN NEGARA YANG KEDUA.

KERAJAAN TALLO

Sri Pemangku Adat is with Kerajaan Tallo.
May 15 at 11:09pm

You, Indra Utama Nasution, Sri Pemangku Adat and 7 others like this.

Kerajaan Tallo terimakasih saudaraku sri pemangku adat.....
May 16 at 7:08pm · Unlike · 3

Sri Pemangku Adat salam, andaika mahukan DYMM Sri Paduka Baginda bagi Kerajaan Tallo dapat diperkenalkan pada grup ini, dengan sewajarnya kerana di Malaysia ini kurang popular lagi, jadi mulakan rakan2 kita dalam grup ini mengenali terlebih dahulu, sebagai SOKONGAN untuk Tuanku ke Malaysia kelak, amin ya allah.
May 16 at 11:39pm · Unlike · 4

Ratu Rimba Niagara KERAJAAN TALLO & KARAENG SRI MAHARAJA WANGSABUGIS MELAYU (KING OF THE KING)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wr wb

DYMM Sri Paduka Baginda bagi Kerajaan Tallo
& Karaeng Sri Maharaja Wangsabugis Melayu (King Of The King)

Syukur kepada Allah swt sebanyak-banyak-Nya
ditemukan kita di grup SRI PEMANGKU ADAT
pertemuan di alammaya bukan rancangan kita
tapi adalah rancangan Allah swt
jika rancangan kita
kita tidak pernah terfikir akan ditemukan
begitulah kerdilnya kita di sisi-Nya
bilamana Allah swt temukan kita
bukan tidak disengajakan
tapi disengajakan
pasti ada hikmah yang tersurat di sebalik yang tersirat

Pertemuan kita adalah rancangan-Nya Allah swt
maka patik bersyukur
Allah swt temukan patik untuk menyambung silaturahmi
moyang hulubalang patik yang pernah berkhidmat
sebagai Hulubalang Raja Bugis
pasti hubungan kasih taat setia seorang
hulubalang kepada raja
terlalu mendalam
atas dasar rasa taat setia moyang patik
patik terpanggil untuk menyertai
apa jua perjuangan semua
Raja-Raja Nusantara dan Ksatria diRaja Nusantara...
demi Agama Bangsa dan Negara.

Patik bukanlah siapa-siapa
tapi sudilah menyokong perjuangan sastra patik
karena dengan bersastra pelbagai tema
patik dapat mencurahkan bakti kepada
seluruh penghuni bumi
selagi hayat di kandung badan..
In Shaa Allah Aamiin.

Sejujurnya patik berasa malu untuk menyiarkan karya
di mana-mana group yang patik sertai
atas siapalah patik untuk bercerita berpuisi bergurindam berpantun
tentang
KETUHANAN
ALAM CIPTAAN TUHAN
KERABAT DIRAJA NUSANTARA
PEMIMPIN DUNIA
KESATRIA DIRAJA NUSANTARA
YANG HIDUP ATAU YANG TELAH GUGUR DI MEDAN JUANG
PEPERANGAN
PERCINTAAN ADAM & HAWA
RAKYAT NUSANTARA YANG PERLUKAN PEMBELAAN

Sepanjang bersiaran karya di group atau di page yang patik sertai
di remove dihina sehina-hinanya patik oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kebanjiran karya-karya patik bersiaran tanpa henti dan had banyaknya adalah sudah menjadi perkara biasa. Patik sudah terlali dengan penghinaan.

Sebagai manusia biasa air mata untuk ditangisi sudah kering dan hati bagaikan dihiris-hiris lantaran penghinaan mereka , tapi difikirkan apalah ada artinya penghinaan manusia jika dibandingkan penghinaan di hari Akhirat yang tidak dapat diperbaiki lagi apa lagi untuk disesali.
Maka atas dasar menulis bukan mahukan redho manusia tapi mahukan redho-Nya Allah pada semua hasil karya sastra maka diteruskan perjuangan misi dan visi cita-cita sastra agar suatu saat nanti berjaya diizinkan Allah swt. In Shaa Allah Aamiin.

Kepada mereka yang pernah berjanji untuk memberi kerjasama bagi menjayakan cita-cita sastra Ratu Rimba Niagara tapi atas sesuatu hal yang tidak diketahui apakah sebabnya tidak mengotakan janji...tak apalah...barangkali anda tidak terpilih untuk menyertai misi dan visi sastra ini dan kuredho tanpa dendam dan kecewa pada kalian. Percayalah kita tetap saudara seislam sampai kapan pun itu.
Ku tak mahu gara-gara cita-cita sastra yang tak tertunai janji kita berduka dan kecewa merana lara disakiti hati sampai mati...tidak sama sekali...ku amat yakin pada setiap qada dan qadar.
Setiap yang baik itu datang-Nya dari Allah swt yang kurang itu adalah dari kekhilafanku sendiri maka maafkan daku ya...teman-teman alammaya merangkap saudara seislam yang kukasihi dunia akhirat.

Karena misi dan visi sastra patik jelas...In Shaa Allah selagi hayat di kandung badan patik akan cuba sedaya upaya untuk taat setia kepada Raja dan Negara di 5 benua Nusantara dengan berkarya sastra...sehingga terhenti nafas terhentilah pena. In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

Sekian. Wassalam.

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,

Ratu Rimba Niagara
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
17 Rejab 1435H
17 Mei 2014
May 17 at 7:15am · Edited · Like · 3

You, Sri Pemangku Adat and 27 others like this.
1 share

www

0 comments:

Post a Comment

;