PANTUN NUR HIDAYAH KASIH
Allah Allah Allah Kau yang kuPuja,
Allah Allah Allah Kau yang kuAgungkan;
Di mana saja Kau tak kulupa,
CintaMu Maha Agung sentiasa dizikirkan.
Allah Maha Besar Sebesar BesarNya,
KuasaMu mengatasi segala yang ada;
Rugi dunia akhirat jika melupakanNya,
Yang diburu saham akhirat sebagai membalas cintaNya.
Maha Suci Allah,
Kau wujudkan daripada tiada kepada ada;
Tiada yang mustahil bagiMu Ya Allah,
Aku pasrah atas segala ketentuanNya.
Allah dan Muhammad nama yang kupuja,
Dari lubuk hati bawa ke mati;
Moga Kalimah Laa ilaaha illallah setiasa dijaga,
Kerana kalimah itu membawamu ke Syurga nanti.
Laa ilaaha illallah kumohon keredhaanMu,
Ya Allah lancarkan lidah mengucapkan di hari nazakku;
Agar dapat kutinggalkan jasadku dalam redhoMu,
Rohku tenang bertemuMu Ya Allah Perkenankan doaku.
Segala ada di langit di bumi kepunyaan Allah,
Janji Allah semuanya benar;
Tetapi manusia melupakan Allah,
Sampai di negeri akhirat baru tahu benar.
Ya Rasullullah Ya Kekasih Allah,
Kurindumu terbawa dalam mimpi;
Perjuanganmu tidak pernah mengalah,
Terimalah aku mendapat syafaatmu nanti.
Wangian cintamu pada umatmu seharum kasturi,
Cintamu pada kami tidak akan dilupai;
Kasihmu pada kami akan terpatri,
Dunia dan akhirat menjadi saksi.
Kelihatan bebayang masjid di tapak tanganku,
Air wuduk disapukan ke wajahku:
Moga Nur Hidayah KasihMu terpancar diwajahku,
Aku bersyukur dalam sujudku.
Di bumi ini aku bersujud padaNya,
Dengan penuh keinsafan terimalah taubatku;
Segala Kerajaan Bumi dan Langit Kau yang punya,
Di bumi ini juga aku kembali kepadaMu.
Tika aku bersujud padaMu,
Serasa Kau hampir denganku;
Kubersujud penuh kusyuk,
Moga Kau terima solatku.
Takbir rukuk dan sujudku keranaMu,
Kusahut panggillanMu pabila sampai waktu;
Berkata-kata denganMu roh dan jasadku,
Moga Kau terimaku menjadi kekasihMu.
Berzikir memujiMu mengundang rindu,
Semakin kulafaz ZatMu meresap di qalbu;
Rohku syahdu dalam sendu,
Jasadku bersyukur dalam qalbu.
Membaca KalamMu hatiku pilu,
Mengalunkan KalamMU penuh syahdu;
Seolah berada di Taman SyurgaMU,
Berkata-kata denganMu rasa tak jemu.
Setelah solat kuberdoa padaMu,
Mohon Kau perkenankan doaku;
Kuterus merayu dalam doaku,
Agar Kau terimaku menjadi kekasihMu.
Di pagi yang hening ini,
Munajatku dengan linangan air mata;
Kutahu Kau mendengar rintihanku ini,
Kupohon hidayah KasihMu selagi hayatku ada.
Al-Quran sentiasa di sampingnya,
Dibaca berulang kali tanpa jemu,
Setiap surah dihafal dalam mindanya,
Menjadi peguam bela di kuburmu.
Tunas pepohon iman dewasa dalam iman,
Hidup dan mati dipasrahkan kepadaNya;
Tiada apa yang berharga melainkan kemanisan iman,
Apabila cinta padaNya mengatasi segalaNya.
Wajah berseri bak penghuni Syurga,
Senyuman ikhlas menawan iman;
Hidupmu ke dunia seperti ahli Syurga,
Mengundang Hidayah Kasih dalam keimanan.
Ceriakan hidupmu setiap hari,
Jadikan sahabat terbaik untuk sahabatmu;
Setiap hari saling ingat mengingati,
Hingga ke mati dikenang jasamu.
Duhai yang dihormati sahabatku,
Kau menyampaikan ilmu tanpa jemu;
Moga ilmumu mengusik qalbu,
Qalbu jasad dan roh rakan-rakanmu.
Ya Allah Kau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Kasih sayangMu tidak terbatas;
Suburkan hati kami saling sayang menyayang,
Hanya semata keranaMu kasih yang Teratas.
Karya: Ratu Rimba Niagara
30 Jamadilakhir 2013H
10 Mei 2013
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MENYAMBUT BULAN REJAB ESOK 1 REJAB 1434H BULAN REJAB BULAN ALLAH..DIGALAKKAN BERSEDEKAH KARENA ALLAH .. MOHON SEJUTA KEMAAFAN KEPADA SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA RATU RIMBA NIAGARA DI ALAMMAYA JIKA ADA BAHASA YANG TAK BERKENAN DI HATI)
PETIKAN PERPUSTAKAAN & GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
11 SYA'BAN 1435H
9 JUN 2014
JANGAN ADA BENCI ANTARA KITA KARENA KITA SERUPA MAHU HIDUP DAN MATI DALAM IMAN AGAR KITA BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH DI SYURGA. ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
ISTANA RATU RIMBA NIAGARA KURNIAAN ILAHI. DI SINILAH RATU RIMBA NIAGARA BERKARYA PELBAGAI TEMA BERMULA DENGAN KERAJAAN RATU RIMBA NIAGARA . WALAUPUN CUMA KERAJAAN ILUSI DI MINDA TAPI CUKUP MENGUJAKAN KARENA ILHAM DARI ILAHI PASTI-NYA BENAR MAKA TERUS DIKARANG SELAGI DAYA SELAGI MAMPU SELAGI IZIN-NYA MAKA BERKARYALAH HAMBA TERUS BERKARYA. SUBHANALLAH INDAH-NYA MENGARANGKAN ILHAM YANG DATANG DARI-NYA TANPA HAD. SYUKUR YA ALLAH SYUKUR SEBANYAK-BANYAK-NYA TANPA IZIN-MU SEBARIS AYAT PUN KU TAK BISA MENGARANG. BEGITU HEBAT-NYA MU YA ALLAH , AKU CUMALAH HAMBA-MU YANG MAHU HIDUP DAN MATI DALAM REDHO-MU TANPA REDHA-MU SEBANYAK MANAPUN YANG KUTULIS CUMALAH TINTA KOSONG YANG TIADA APA-APA MAKNA BAGI-MU MAKA DARI ITU YA ALLAH AKU MENULIS KARENA-MU TERIMALAH TULISANKU SEBAGAI SAHAM AKHIRATKU MEMBERI MANFAAT BUAT DIRIKU DAN YANG MEMBACANYA JUGA. ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
SUBHANALLAH INDAHNYA LADANG SASTERA RATU RIMBA NIAGARA ANUGERAH DARI ILAHI. PETIKLAH SEMAHUMU ANDAI KALIAN SUDI.
KU TAK PERLU KHUWATIR SEKUNTUM YANG KALIAN PETIK AKAN LEBIH MERIMBUN BANYAKNYA TAK TERKIRA. ALLAHU AKBAR AAMIIN.
WALAUPUN KITA BERBEDA WARNA KULIT DAN PENDAPAT TAPI KITA TETAP JUGA MAHU
BERBAKTI SEBANYAK MUNGKIN SEHABIS DAYA PADA SELURUH PENGHUNI BUMI DEMI-NYA.
'DI DUNIA KITA MENYEMAI DI AKHIRAT KITA MENUAI,' ALLAHU AKBAR AAMIIN.
0 comments:
Post a Comment