Thursday 12 June 2014

PERMATA DI ATAS TAHTA (144) PERPISAHAN DI DUNIA INI SEMENTARA SAJA


PERMATA DI ATAS TAHTA (144) PERPISAHAN DI DUNIA INI SEMENTARA SAJA

Khairuddin Al-Young Riau II liked this post from September 2013.
Tadi sore setelah bertemu adik kita Wilfrida Soik di penjara saya langsung ke Kota Bharu, Kelantan untuk bertemu dengan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (berkemeja biru). Kepada beliau saya sampaikan, bangsa Indonesia mengharapkan keadilan atas kasus yang menimpa adik Wilfrida dan warga Indonesia lainnya yang saat ini sedang menghuni penjara Malaysia.
Sahabat, saya Prabowo Subianto memang bukan siapa-siapa. Saya hanya warga negara Indonesia yang tidak ingin membaca ada anak bangsa Indonesia dihukum mati di Malaysia. Apalagi jika yang bersangkutan tidak bersalah.
Kebetulan saya pernah sekolah di Negeri Jiran, dan teman-teman saya dulu sekarang ada di Pemerintahan Malaysia. Saya percaya, jika kita punya kemampuan, maka kita punya kewajiban untuk berbuat. Apalagi ini adalah soal harga diri bangsa. Harga diri yang harus kita pertahankan.
  • Ratu Rimba Niagara
  • Ratu Rimba Niagara ANDAI RATU RIMBA DITAHAN DI INDONESIA , PASTI TIADA PEMIMPIN SEPERTI PAK PRABOWO UNTUK MEMBELA RATU RIMBA NIAGARA KERANA DI MALAYSIA SEMUA PEMIMPIN DAN RAKYAT TIDAK MENGENALI RATU RIMBA NIAGARA. 

    MAKANYA JANGAN KHUWATIR RATU RIMBA NIAGARA MENULIS BUKAN UNTUK MENCIPTA NAMA DI MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI ATAU MANA NEGARA PUN. 

    MENULIS KERANA MENSYUKURI ANUGERAH ILAHI LALU DIBAGIKAN KEPADA SEMUA PENGHUNI BUMI. MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP MATIKU. ITU SUDAH BERHARGA DARI ALAM DAN SEISI-NYA. ALLAHU AKBAR AAMIIN.
    Like · Reply · Just now
  • Ratu Rimba Niagara JIKA TIDAK BERSALAH PASTI AKAN DILEPASKAN
    JIKA ADA BUKTI TERNYATA TAK BERSALAH SYUKURLAH
    JIKA ADA BUKTI TERNYATA BERSALAH GIMANA?

    MANA-MANA NEGARA PUN JIKA TIADA BUKTI TIADA PENAHANAN
    JIKA DISYAKI TERLIBAT BARU ADA PENAHAN TAPI BILA DIBUKTIKAN 
    TIDAK BERSALAH PESALAH AKAN DILEPASKAN

    ITULAH NAMANYA UNDANG-UNDANG
    SEMUA NEGARA ADA UNDANG-UNDANG
    DIANDAIKAN SEKIRANYA ADA RAKYAT MALAYSIA DITAHAN PENJARA INDONESIA ATAS KESALAHAN PASTI JUGA DITAHAN

    JIKA ADA PEMIMPIN MALAYSIA SEPERTI PAK PRABOWO DATANG MEMBELA PASTILAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA APA LAGI PESALAH PASTI SUKA.

    ITULAH YANG DINAMAKAN UNDANG-UNDANG
    ITULAH YANG DINAMAKAN PEMIMPIN AMBIL PEDULI
    ITULAH YANG DINAMAKAN MEMAHAMI UNDANG-UNDANG
    UNDANG-UNDANG UNTUK MENGADILI BUKAN MENGANIAYAI
    ANDAI UNDANG-UNDANG UNTUK MENGANIAYAI 
    DOA ORANG YANG ZALIM TANPA HIJAB
    MOGA SUKSES DALAM KEADILAN UNDANG-UNDANG....
    KITA TIDAK PERLU KHUATIR JIKA KITA TIDAK BERSALAH
    KEBENARAN AKAN MEMBUKTIKANNYA...
    IN SHAA ALLAH AAMIIN
    Like · Reply · 15 mins · Edited
  • Susilowati P Hadisusilo Selamat Malam Pak?....Kalau bukan Kita siapa lagi...Kalau bukan sekarang kapan lagi....Maju Terus Pantang Mundur...MANTAP...Salam Indonesia Raya.

 ALLAH KURNIAKAN KAMI PRESIDEN YANG AMANAH MEMBELA RAKYAT INDONESIA DEMI-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN 

Ya Allah, jangan biarkan NKRI jatuh ke tangan pemimpin yang tak amanah...

Hanya kepada-Mu kami bermunajat, mengemis untuk ummat Islam NKRI...

Kabulkanlah do'a kami ya Rabb

AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN


WARKAH KENANGAN TERINDAH DI GROUP DIRAJA NUSANTARA BIARPUN TERPISAH DI ALAMMAYA NAMUN IKATAN PERSAUDARAAN MASIH MEWANGI DI HATI INI. DARJAT TIDAK MEMISAHKAN KITA. KERANA RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA. DI SYURGA KITA BERSAMA MENYAMBUNG PERSAUDARAAN NAN INDAH ABADI. AAMIIN.
WARKAH KENANGAN TERINDAH DI GROUP DIRAJA NUSANTARA BIARPUN TERPISAH DI ALAMMAYA NAMUN IKATAN PERSAUDARAAN MASIH MEWANGI DI HATI INI. DARJAT TIDAK MEMISAHKAN KITA. KERANA RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA. DI SYURGA KITA BERSAMA MENYAMBUNG PERSAUDARAAN NAN INDAH ABADI. AAMIIN.
WARKAH UNTUK GROUP MAJLIS PENERUS KESULTANAN SIAK SRI INDRAPURA MALAYSIA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Kepada Yang DiMuliakan Tengku Kamaruddin Haji Sani...
yang sudi menjemput patik ke Group Majlis Penerus Kesultanan Siak Sri Indrapura Malaysia seterusnya melantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Penerus Kesultanan Siak Sri Indrapura Malaysia.
Syukur Alhamdulillah dengan izin-Nya patik dijemput ke Majlis Kerabat diRaja Kesultanan Siak Sri Indrapura , Malaysia. In Shaa Allah selagi terdaya dan mampu menyumbangkan karya dan idea kepada ahli para Majlis yang dihormati dan disanjungi sepenuh hati sepenuh iman...In Shaa Allah AAmiin.
Sudah hampir tiga tahun patik menjadi sahabat Tengku Kamaruddin...ketika di awal perkenalan...Tengku banyak membantu patik berkarya bertemakan kisah diRaja. Patik katakan pada Tengku ..patik suka mengarang kisah-kisah diRaja dan berharap Tengku sudi memberi sokongan/dukungan. Tengku dengan senang hati sedia memberi kerjasama dengan menyiarkan sejarah-sejarah diRaja Kesultanan Siak Sri Indrapura di wall baginda . Patik benar teruja. Dan patik rasakan bagaikan mimpi mendapat bahan-bahan penulisan bertemakan diRaja. Sebelum ini patik mengarang kisah dongengan tentang diRaja. Berkat persahabatan di alammaya ini...patik berjaya menulis kisah-kisah diRaja pelbagai tema dengan begitu banyak sekali. Hampir ribuan teater bangsawan diRaja patik karangkan berbentuk puisi, pantun , syair dan gurindam. Patik teruja dengan karya-karya patik sendiri kerana patik minat sangat dengan dunia diRaja ...hingga patik wujudkan kerajaan patik sendiri iaitu kerajaan Rimba Niagara.
Seluruh rakyat patik adalah penghuni rimba niagara .Patik dilantik oleh rakyat patik sebagai Ratu Rimba Niagara yang menjadi Raja memerintah Rimba Niagara. Bukanlah patik ini taksub sangat atau perasan hendak menjadi Raja atau Ratu...tapi demi penghayatan yang mendalam pada watak Raja & Ratu. dengan memegang watak Ratu menjadi sumber kekuatan patik terus berkarya bertemakan Kisah diRaja. Maka lahirlah teater bangsawan diRaja ,'PUTRI RIMBA NIAGARA & TUAN PUTRI RIMBA NIAGARA'. Nama pena patik RATU RIMBA NIAGARA @ PUTRI NILAM PURNAMA.
Nama hamba Putri Nilam Purnama diberi oleh rakan yang setia memberi sokongan/dukungan kepada karya-karya patik dari kerabat diRaja Jembal Kelantan Khai Noor yang tidak mahu memakai gelaran Tengku. Yang lucunya yang benar raja tak mahu gunakan gelaran tengku yang patik bukan raja gunakan gelaran ratu....hinggakan ada yang mengatakan patik ini taksub ingin menjadi raja@ratu. Rasa malu memang lah ada sebab tiada terlintas sedikit pun di hati ini untuk menjadi raja atau ratu. Ini cumalah nama pena untuk penghayatan mengarangkan kisah-kisah diRaja . Kerana dunia patik adalah karang mengarang sejak dari kanak-kanak lagi patik minat menulis.
Begitulah terujanya patik dalam dunia sastera yang patik minati. Semua tema patik minati. Sejujurnya patik ini bukanlah seorang yang bijak pandai boleh menulis pelbagai tema.... tanpa izin Allah swt patik tak bisa menulis biarpun sebaris ayat . Bakat menulis patik ini adalah Kurniaan dari Allah swt dan patik amat bersyukur tanda rasa bersyukur patik menulis selagi mampu dan daya hamba.
Karya-karya yang patik karangkan...In Shaa Allah andainya diizinkan Allah dibukukan , dipentaskan, difilemkan dijadikan filem animasi...diterjemahkan dalam pelbagai bahasa...punyai sebuah kota buku. Karya-karya patik semuanya ada di kota buku tersebut ...jika kota buku itu menjadi realiti...itulah dunia fantasi jadi realiti...mereka bila masuk ke kota buku itu akan merasa sesuatu kelainan yang luar biasa...bagi kanak-kanak pastinya tidak mahu beranjak bila masuk ke kota buku yang hamba beri nama, "KOTA SASTERA DIRAJA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA" di kota itu segala karya sastra yang selama ini fantasi ceritanya di pentaskan untuk dipertontonkan kepada pengunjung yang datang....di kota itu ada taman permainan kanak-kanak, galeri, perpustakaan, pementasan teater bangsawan diRaja, Universiti Kreatif Sastera Ratu Rimba Nigara dan banyak lagi ." Itulah impian patik dalam dunia sastera yang patik minati ini. Jika Allah izinkan inilah harta warisan yang hendak patik tinggalkan kepada anak cucu Nusantara tersayang. Samada berjaya atau tidak berjaya patik serahkan kepada Tuhan. Patik sudah usaha sedaya mampu kepada Allah lah patik bertawakal. Harap rakan-rakan grup dan alammaya sudi mendoakan ya.
"Ya Allah Kau Kurniakan aku bakat menulis aku syukur Ya Allah...
janganlah bakatku ini membuatkan aku taksub dalam pakaian kesombongan yang menjuruskan aku dalam kemurkaan-Mu...
aku menulis tanda aku syukur
aku menulis apa jua tema matlamatnya cuma satu mahu mengajak diriku dan semua yang membaca karya-karyaku Meng-Agungkan-MU Meng-Esakan-MU di sebilang masa dan ketika. Mahu mengukir nama-Mu di hatiku di hati semua dan membawa kalimah Syurga-Mu, hingga ke nafas terakhir kami...itulah matlamat sebenarnya aku bersastera Ya Allah.
Untuk menjaya misi dan visiku ini aku tidak
terdaya melakukan sendiriaan Ya Allah....aku amat perlukan para hamba-MU berjiwa akhirat untuk bersamaku merealisasikan impianku ini.
Makanya sebelum mataku terpejam buat selamanya Kau Kurniakan para hamba-Mu bagi merealitikan cita-citaku. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Moga rakan-rakan grup, fb dan alammaya sudi mendoakan cita-cita ku
dimakbulkan Allah Azzawajallah. In Shaa Allah AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Kepada semua rakan group Majlis Penerus Kesultanan Siak Sri Indrapura, Malaysia sudilah memberi sokongan/dukungan setiap kali karya hamba bersiaran. Sudilah memberi komen yang bernas lagi mantap seiring dengan tema. Boleh memberi idea dan cadangan pada karya tersebut.
Segala komen dari para ahli group amat penting bagi hamba untuk dibingkaikan di Galeri Sastera Nusantara RATU RIMBA NIAGARA.
Sekian. Salam hormat . Salam santun untuk semua yang dikasihi dunia akhirat. Wassalam.
Rakan Group Majlis Penerus Kesultanan Siak Sri Indrapura, Malaysia,
RATU RIMBA NIAGARA
4 Syaaban 1434H
13 Jun 2013M
LikeLike · · Share
67 shares
WARKAH BALASAN UNTUK KDYMM STAR SAMU SAMU ADMIN GROUP RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING
WARKAH BALASAN UNTUK KDYMM STAR SAMU SAMU ADMIN GROUP RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING
Bismillahirrahmanirrahim
Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakahtuh
Kepada yang dimuliakan Tuanku Star Samu Samu...
sebelum dimulakan bicara izinkan patik mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingganya kepada tuanku selaku admin group RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING membenarkan patik menyiarkan karya-karya di group yang mulia ini sebanyak mana yang patik mampu. Patik amat terharu walaupun karya patik tidak di like dan diberi komentar tidak mengapa kerana tujuan patik menyiarkan karya bukanlah untuk mencipta nama atau untuk berbangga diri kerana menghasilkan karya yang banyak, tapi sebagai rakan FB dia sebagai pejuang sastra patik dan jika dia tidak mahu bekerjasama dengan patik sejujurnya patik terpaksa mencari pejuang yang lain bukan untuk memutuskan talisiraturrahim. Itulah bedanya rakan group dan rakan FB. Moga yang pernah menjadi rakan FB patik sudi maafkan patik ...patik tetap saudara seislamnya sampai ke Syurga In Shaa Allah Aamiin.
Hingga sekarang rakan fb patik boleh dibilang dengan jari bukan tidak mahu terima sebagai rakan fb tapi fb patik adalah medan juang patik berkarya pelbagai tema andainya rakan fb patik tidak sudi memberi kerjasama pada patik tiada semangat setiakawan patik amat sedih dan lagilah sedih patik terpaksa berundur darinya kerana patik tiada masa hendak menanti sebuah persahabatan yang lesu kaku bisu tanpa bicara ....
biarlah dia dengan kerjaya kesibukannya
biarlah patik dengan kerjaya penulisan patik
dia sibuk patik pun sibuk
asalkan dia memaafkan patik
asalkan patik maafkan dia
asalkan dia faham siapa dia
dia faham siapa patik
bila sama-sama paham
tidak akan ada saling berdendam
atau saling terasa hati
bila tiada terasa hati
di akhirat nanti tidaklah saling menuntut di hadapaan Allah swt
'YA ALLAH AKU MAHUKAN PAHALANYA YA ALLAH KERANA DIA SUDAH MENYAKITKAN HATIKU KETIKA DI DUNIA DULU'
Allahu Akbar jika inilah skrip yang akan dituntut di akhirat nanti amatlah rugi menjadi 'MUFLIS AKHIRAT' semua pahala yang dibuat dituntut oleh orang yang kita sakiti hati, mengumpat, menfitnah, mengeji, membuat onar dan suka berbahasa jelek, hina menghina seolah diri sendiri yang paling sempurna di dunia ini.
Moga Allah swt kurniakan patik rakan fb yang jiwanya SETIAKAWAN SAMPAI MATI SAMPAI SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIN.
Tika nama patik dimasukkan ke group yang mulia ini, patik rasa teruja untuk menyiarkan karya-karya patik bertemakan diRaja samada dongeng atau realiti. Sejak dari dulu lagi patik memang suka mengarangkan tema diRaja sehingga mereka bilang patik adalah keturunan raja dan berdarah diRaja. Mereka bilang lagi jika bukan berdarah diRaja atau bangsawan tidak akan boleh berbahasa istana. Mereka tidak percaya bilamana patik bilang itu cumalah karya memegang watak ratu untuk menghayati watak raja dan ratu. Mereka tidak percaya ....sehingga ada yang bilang patik adalah keturunan Raja Mataram Kuno....Allahu Akbar tidak terpikir pun patik keturunan Raja Mataram Kuno.
Walaupun patik bukan dilahirkan di Indonesia atau di Brunei dan tidak tahu sejarah Indonesia dan Brunei tapi patik terpanggil untuk mengarangkan kisah diRaja, Pemimpin, Kesatria dan Rakyat tapi mengikut ilham yang Allah swt Kurniakan.
Yang lebih mengujakan dalam berkarya ...lagi patik siarkan karya kepada group group yang patik sertai lagi banyaklah ilham datang bertali arus sehinggakan patik tak tahu mana satu yang hendak didahulukan. Semuanya patik mahu karangkan . Andainya patik ini robot mahu patik menulis tanpa henti tapi robot pun pernah memberi amaran pada patik katanya ,"AWAK BUKAN ROBOT OK!" begitulah terujanya patik dalam dunia karya pujangga patik.
Sebab itu patik percaya jika kita bersyukur nikmat Allah SWT akan ditambah lagi berganda ganda ALLAHU AKBAR Maha Pemurah-Nya Allah swt pada patik dan pada semua hamba-Nya jika tahu nikmat Syukur.
Pengalaman patik di group ini jika tidak kerana dukungan dari tuanku barangkali patik sudah lama berundur diri bukan mengalah tapi sejujurnya patik tidak tega karya-karya patik dipersendakan dengan bahasa-bahasa yang jelek jelek...kenapa mereka mahu jelekkan karya sastera patik sedangkan patik tidak kenal pun mereka sedangkan karya patik tidak menjelekkan mereka ...karya yang patik karangkan adalah ilham dari Tuhan apa pun tema patik tulis dengan izin-Nya jua tanpa izin-Nya patik pasti tak bisa menulis walaupun sebaris ayat. Andai ada juga bahasa yang jelek juga patik tulis itulah adalah dari kelemahan patik sendiri dan patik amat percaya dan yakin jika bahasa yang baik patik tulis itu semua-Nya dari Allah swt sebab itu selagi karya yang baik, patik amat bersyukur sangat-sangat tanda patik hargai Kurniaan Ilham dari Allah swt.
Budi bahasa tuanku STAR SAMU SAMU melayani semua ahli group amatlah patik kagumi dan rasa lebih terharu dengan sikap santun dan rendah dirinya tuanku kepada semua ahli group, tuanku anggap seperti saudara sendiri begitu juga dengan yang bukan beragama islam . Tuanku jalinkan ikatan persaudaraaan dalam persahabatan ALLAHU AKBAR moga Rahmat Kasih Allah swt melimpah ruah kepada tuanku sekeluarga Aamiin.
Sejujurnya patik salute akan budi bahasa tuanku yang menghormati semua orang tidak kira siapapun mereka dan sentiasa menjaga hubungan silaturrahim Allahu Akbar moga Syurgalah tempat tuanku Aamiin. Allah swt suka hamba-Nya yang berkasih sayang dan berkasihan belas kerana Allah Taala. Bagi patik memang layaklah tuanku dimartabatkan sebagai Raja yang berdaulat In Shaa Allah Aamiin. Rakyat nusantara beruntung mempunyai seorang Raja yang berjiwa hamba Allah bukan meletakkan keduniaan di tempat yang pertama. Bukan keduniaan menjadi matlamat hidup yang sementara ini.
Moga group yang tuanku wujudkan ini memberi manfaat dunia akhirat kepada semua ahli group dan memperteguhkan silaturrahim dalam iman sehingga akhir hayat dipertahankan . Aamiin Ya Rabbal A'Lameen.
RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA,
RAJA MENGASIHI RAKYAT JELATA,
RAKYAT MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA,
KASIH RAJA DAN RAKYAT SAMPAI SYURGA.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
AHLI GROUP RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING
7 Safar 1435H
10 Disember 2013M
KEDUA-DUA GROUP DIRAJA INI CUMA TINGGAL DALAM KENANGAN ABADI YANG TERINDAH. HARAP DIHALALKAN SEGALA PENGKONGSIAN ILMU SEPANJANG BERADA DI GROUP DAN SUDI MAAFKAN APA JUA KEKHILAFAN DALAM SEPANJANG BERSASTERA DI GROUP.
KITA TIDAK SAMA SEKALI MERANCANG UNTUK DITEMUKAN DI GROUP TAPI ITU SEMUA ADALAH KEHENDAK-NYA . PERPISAHAN JUGA ATAS KEHENDAK-NYA MAKA AKU REDHO. KU YAKIN PERPISAHAN DI DUNIA INI CUMA SEMENTARA NAMUN DI SYURGA KITA BERSAMA SELAMANYA KITA SEHATI SEJIWA TIADA SALING MELUKAI KERANA KITA BERADA DALAM ZON RAHMAT KASIH ILAHI. INDAH-NYA DI KALA ITU. ALLAHU AKBAR AAMMIN YA RABBAL A'LAMIIN
PETIIKAN PERPUSTAKAAN & GALERI KESATRIA SASTRA
DIRAJA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
15 SYA'BAN 1435H
13 JUN 2014
LikeLike ·  · 
LikeLike ·  · 
PETIKAN PAGE PRABOWO SUBIANTO & RATU RIMBA NIAGARA
13 JUNI 2014
PETIIKAN PERPUSTAKAAN & GALERI KESATRIA SASTRA
DIRAJA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
15 SYA'BAN 1435H
13 JUN 2014

0 comments:

Post a Comment

 
;