PERMATA DI ATAS TAHTA (161) KOTA SASTRA DIRAJA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA
RASULULLAH PEMIMPIN IDOLA UMAT ISLAM SEDUNIA
aku suka politik
kerana Rasulullah juga berpolitik
sebab itu Rasulullah dilantik menjadi pemimpin umat Islam
Rasulullah berpolitik cara berhikmah
tiada budaya jatuh menjatuh
tiada tikam menikam
yang ada berpidoto
mengajak ummat-Nya Mentauhidkan Allah swt
di sebilang masa dan ketika
menegur dalam berhikmah
tiada yang terluka hati atau disakiti
rela diri sendiri menanggung kesengsaraan
demi mengajak ummatnya ke jalan-jalan Allah swt
kerana kesabaran mengajak ummatnya
ke jalan-jalan yang diredhoi Allah
maka berkembanglah ugama Islam di seluruh pelosok
bumi Allah
SUBHANALLAH kagumnya kita dengan pengorbanan Rasulullah
Rasulullah sajalah pemimpin yang menjadi idola
semua pemimpin yang ingin menjadi pemimpin
jika tiada kesabaran seperti Rasululllah
lupakan sajalah ...menjadi rakyat biasa
adalah lebih baik
selagi mahu menjadi pemimpin
selagi itulah besar tanggungjawab kepada rakyat dan negara
dan akan dihitung tanggungjawab itu di akhirat nanti...
sama-samalah kita berfikir
mahu pemimpin gimana mahunya kita
arah ke kiri ke
atau ke kanan ke
jika arah ke kiri ke neraka nauzubillah
jika arah ke kanan ke Syurga Alhamdulillah AAmiin
Karya Ratu Rimba Niagara
1 Rabiulakhir 1434H
11 Februari 2013M
PETIKAN PERPUSTAKAAN & GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
17 SYA'BAN 1435H
15 JUN 2014
The colors of autumn always seem to envoke peace.
Switchback Highway Chattanooga, Tennessee.
17 SYA'BAN 1435H
15 JUN 2014
0 comments:
Post a Comment