PERMATA DI ATAS TAHTA (175) TERPATRI CINTA SAMPAI SYURGA
TEATER BANGSAWAN DIRAJA , 'TERPATRI CINTA SAMPAI SYURGA'
Karya Ratu Rimba Niagara, Khai Noor, Kembara SiRua, Paktam Zuber &
Sazalee Sulaiman,
SELAMAT HARI BAPA
SELAMAT HARI BAPA ...HORMATILAH DAN SAYANGILAH BAPA....TIKA IA MASIH ADA....SESIBUK MANA PUN LUANGKAN MASA UNTUK JENGOK BAPA....
·
By Khai Noor
16 Jun 2012
PANTUN ANAKANDA TERSAYANG AYAHANDA TERCINTA
Anakanda yang disayangi dunia akhirat,
Anakanda pengikat kasih ayahanda bonda;
Kelahiranmu membuatkan kasih bertaut erat,
Moga menjadi anak kebanggaan ayahanda bonda.
Pembesaranmu setiap tahun ayahanda pastikan,
Anakanda mempelajari Hadis dan Al-Quran;
Mindamu terisi dengan ilmu yang tidak menjemukan,
Berusaha terus berusaha menuju kejayaan.
Ayahanda akan terus memimpin anakanda,
Mendidikmu berpandukan Al-Quran dan Hadis;
Agar menjadi khalifah Allah duhai anakanda,
Pasti ayahanda dan bonda bersyukur terus-menerus.
Semakin banyak waktu ayahanda berkongsi,
Semakin anakanda bersedia menghadapi masa hadapan;
Anakandalah harapan ayahanda tanpa sangsi,
Ayahanda sentiasa letakkan sejuta harapan.
Sekalipun anakanda tidak mampu melangkah ke hadapan,
Ayahanda akan terus membimbingmu;
Agar anakanda berani menghadapi segala rintangan,
Yang datang mengujimu dari segenap penjuru.
Anakanda pergilah semampu sejauh mungkin,
Memburu impian menggapai cita-cita;
Ayahanda bonda sentiasa memberi sokongan,
Agar menjadi realiti segala yang dicita.
Capai setinggi mana mungkin cita-citamu,
Ilmu yang dituntut jangan sekali rasa jemu;
Kegagalan tidak akan pernah bertamu,
Kejayaanmu kebanggaan ayahanda bondamu.
Dalam menuju segala kejayaan,
Cahaya keimanan amat diperlukan;
Allah jangan sekali dilupakan,
Barulah cahaya hidayah menjadi peneman.
Kasih sayang ayahanda tidak pernah luntur,
Ayahanda rela berkorban apa saja untukmu;
Asalkan anakanda cekal dan sabar,
Kerana sabarmu mengundang Rahmat dari Tuhanmu.
Apabila segala ilmu terpasak di dada,
Pasti anakanda sendiri melepaskan tangan ayahanda;
Dan tika itu ayahanda tersenyum bangga,
Melihat anakanda menyambung perjuangan ayahanda.
Anakanda… buah hati ayahanda pengarang jantung,
Ingatlah pesanan ayahanda dan bonda ini;
Jadilah anak soleh berjiwa pejuang,
Moga kita sekeluarga ke Syurga nanti.
Ayahanda dan bonda tersayang,
Kasih sayangmu anakanda tak akan persiakan;
Anakanda berjanji akan menjadi anak cemerlang,
Menjadi anak soleh beriman yang dibanggakan.
Anakanda hargai pengorbanan ayahanda ,
Tanpa jemu mendidik membimbing anakanda;
Moga Allah membalas segala budi ayahanda bonda,
Alhamdulillah anakanda diKurniakan ayahanda bonda.
Ayahanda dan bonda yang disayangi,
Anakanda akan berazam mencapai cita-cita;
Meneruskan perjuangan ayahanda yang suci murni,
Membela agama bangsa dan Negara tercinta.
Anakanda sentiasa bangga dengan ayahanda,
Ayahanda pemimpin idola anakanda;
Membela agama dan bangsa walau di mana,
Hatimu putih bersih bak mutiara.
Perjuangan ayahanda tepat dan jelas,
Rela berkorban demi rakyat tercinta;
Segala jasa dicurah tanpa harap dibalas,
Demi kerana Allah tercinta.
Bangganya anakanda ayahanda seorang pejuang,
Rela pertaruhkan nyawa di setiap penjuru;
Moga sentiasa berjaya ketika berjuang,
Darah perjuanganmu mengalir dalam darah anakandamu.
Doakan anakanda menjadi pejuang sejati,
Mewarisi kepahlawanan ayahanda tercinta;
Kita berjuang hingga ke mati,
Demi mempertahankan kedaulatan Negara tercinta.
Syukur anakanda setiap hari,
Keluarga kita dilimpahi sakinah dariNya;
Kasih sayang ayahanda bonda anakanda hargai,
Moga kita sekeluarga hingga ke SyurgaNya.
Anakanda tersayang ayahanda tercinta,
Kasih berpadu bersama bonda dicintai;
Hidup berkeluarga sakinah tercipta,
Insya-Allah sekeluarga menghuni SyurgaNya nanti.
Duhai anakanda tersayang Fahd Al-Warith,
Ayahanda bonda doakan anakanda menjadi anak soleh;
Dewasa nanti menjadi seorang Khalifah,
Khalifah Islam yang boleh dibangga dan dimegah.
Ayahanda bonda tercinta kesayangan anakanda,
Cita-cita ayahanda akan anakanda kotakan;
Berusaha anakanda biarpun dugaan datang melanda,
Asalkan anakanda menjadi Khalifah Islam yang dibanggakan.
Karya: Putri Rimba Niagara
16 Jun 2012
(Sempena Sambutan Hari Bapa )
(Pantun Diilhamkan Teristimewa Untuk Semua Bapa Di Dunia Yang Masih Hidup Dan Yang Telah Meninggal Dunia Disedekahkan Al-Fatehah Moga Dimasuk Roh Bapa Kedalam Hamba-Nya Yang Beramal Soleh Aamiin)
Kembara Sirua likes this.
Kembara Sirua Ayah dan bunda tak mengenal keluh
Demi ananda buah hati tercinta
Do'a ayah bunda laksana suluh
Penerang jalan ananda menggapai cita
PERMATA HATI AYAHANDA DAN BONDA
Duhai anakanda...
Permata hati ayahanda dan bonda tercinta...
Kelahiranmu sentiasa ayahanda dan bonda nantikan
Kasih sayang ayahanda dan bonda telah teruntuk untukmu
Ayahanda dan bonda terlalu sayangkan anakanda
Sayang....sayang....sayang sangat-sangat...
Ayahanda dan bonda rela pertaruhkan nyawa demi kasih padamu
Sebagaimana ayahanda cintakan bonda
Begitulah cinta ayahanda dan bonda kepada anakanda
Makanya hargailah kasih ayahanda dan bonda ini
Jangan sekali dipersiakan cinta kami pada anakanda
Jadilah anak soleh soleha
Yang akan mendoakan ayahanda dan bonda
Setelah ayahanda dan bonda berjumpa Tuhan
Itulah balasan cinta sejati daripada anakanda
Untuk ayahanda dan bonda...
Duhai anakanda yang disayangi dunia akhirat
Moga kita sekeluarga menjadi penghuni Syurga
Untuk menyambung cinta kita sekeluarga
Cinta di Syurga kekal abadi
Dan kita tidak akan berpisah selepas itu.
Karya Putri Rimba Niagara
17 Jun 2012
JIKA BUKAN KERANA KANDA
Jika bukan kerana kuda,
Tidak terasa sakit di dada;
Jika bukan kerana kanda,
Tidak dinda bergelar bonda
~~paktamzuber~~
Putri Rimba Niagara:
Jika bukan kerana kanda,
Tidak dinda menjadi bonda;
Kerana dinda cinta kanda,
Cinta kita lahirlah anakanda.
KARYA PAKTAMZUBER & PUTRI RIMBA NIAGARA
17 Jun 2012
TERBUKTI DENGAN CINCIN DIJARI
Di kiri sayang di kanan sayang
sayang abang kepada cik adik
adik cantik hati terpikat
terpikat membawa hajat meminang.
Meminang diatur si orang tua
tua kelapa pekat santannya
santannya pula buat masakan
masakan di hari persandingan kita.
Kita berdua janji setia
setia abang sudah terbukti
terbukti dengan cincin di jari
jari tergenggam di atas pelamin cinta.
By: Sazalee Sulaiman
ssz/spl/pm...29/3/2012.
CINTA KITA SENTIASA TERIKAT SAYANG
Terima kasih duhai abang
Karna meminangku dengan cincin cinta Syurga
Kasihmu abang takkan hilang
Akan kusirami dengan bunga-bunga cinta Syurga
Pinanganmu diterima direstui keluarga
Terpatrilah cinta kita berdua
Cinta kita menyatukan keluarga
Moga Allah restui cinta kita berdua
Di atas pelamin jeling menjeling
Senyuman terukir untuk para tetamu
Cinta kita sentiasa terikat sayang
Mencintai abang rasa tak jemu
Karya Putri Rimba Niagara
29 Mac 2012
KARYA SAZALEE SULAIMAN & PUTRI RIMBA NIAGARA
17 Jun 2012
PETIKAN PERPUSTAKAAN & GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
17 SYA'BAN 1435H
15 JUN 2014
SELAMAT HARI BAPA BUAT AYAHANDA MOHD ALI TERCINTA
KENANGAN BERSAMA BAPA TERSAYANG
Bapaku bapa penyayang,
Besarkan aku dengan kasih dan sayang;
Agar aku mejadi anak cemerlang,
Bila dewasa menjadi warga terbilang.
Semasa kecil anak yang bijak,
Ibu tersenyum bapa gembira;
Bila belajar biarlah banyak,
Semangat belajar terus membara.
Pagi-pagi pergi sekolah,
Pergi sekolah dihantar bapa;
Bila belajar tidak bermasalah,
Ditegur guru tidak mengapa.
Sebelum sekolah bersarapan dulu,
Bersarapan pula dengan bapa;
Bila gagal berasa malu,
Ulangkaji pelajaran janganlah lupa.
Kerja bapa sebagai nelayan,
Menangkap ikan setiap pagi;
Kerenah anak semuanya dilayan,
Besarkan anak tak akan rugi.
Bapa seorang kuat bekerja,
Untuk menyara ahli keluargaku;
Pergi ke pasar ikan dijaja,
Buat belanja untuk diriku.
Keletihan bapa buatku terharu,
Kusediakan makanan untuk bapaku;
Biar bapa berehat dulu,
Kubelikan ubat bapa tak tahu.
Hidup susah tapi bahagia,
Dapat bapa seorang penyayang;
Sukanya hati tidak terhingga,
Mendapat kasih bapa tersayang.
Bila demam dibelikan lai,
Bila pening ditampal koyok;
Masa belajar jangan lalai,
Bila tua tidaklah nyanyuk.
Pergi ke dusun beli durian,
Bapa membeli untuk anak-anaknya;
Kasih bapa tidak bertepian,
Kusayang bapa tak perlu ditanya.
Bapa menonton bola sepak pingat piala dunia,
Aku menonton bersama bapa;
Bila gol bersoraklah dia,
Terlalu gembira gol pun lupa.
Bapa bersorak bagai nak rak,
Pasukannya kalah menepuk dahi;
Pasukan disokong mendapat perak,
Bapa kecewa aku dimarahi.
Kupujuk bapa jangan mengalah,
Di tahun lain pasti menang;
Bapa kecewa bukan mengalah,
Asalkan bapa berasa tenang.
Air hujan ditadah malam Jumaat,
Buat kuminum penerang hati;
Bapa mendoakanku setiap saat,
Agar lulus peperiksaan nanti.
Setiap Ramadhan aku gembira,
Makanan sahur bapa sediakan;
Aku bersahur penuh selera,
Masakan bapa tidak dilupakan.
Malam tujuh likur amat meriah,
Keliling rumah memasang pelita;
Bermain bunga api bapa tak marah,
Gembiranya hati tidak terkata.
Di pagi Syawal pergi ke kubur,
Kusyuk sungguh bapa berdoa;
Kasihkan nenek tak pernah luntur,
Kasih sejati ke hujung nyawa.
Bapa bertakbir di pagi raya,
Syahdu sungguh bila mendengar;
Tiada beza miskin kaya,
Bermaaf-maafan tanda syukur.
Malam itu bulan mengambang,
Bapaku sakit menarik nafas;
Sakit bapaku buatku bimbang,
Rupanya bapa terhenti nafas.
Hidup bersama bapa tinggal kenangan,
Sudah tiga puluh tahun ditinggal bapa;
Kenangan bersama bapa dilupa jangan,
Ke hujung nyawa kusayang bapa.
Selamat hari bapa untuk bapaku,
Biarpun sudah tinggal kenangan;
Kukirim doa untuk bapaku,
Bahagia bersama dalam bayangan.
Karya: Ratu Rimba Niagara
2 Rejab 1434H
12 Mei 2013
Puisi Buat Bapaku Sayang
Bapaku sayang…
meskipun sudah 30 tahun berlalu…
kenangan hidup bersamamu masih tetap segar
dalam ingatanku.
kau adalah bapa yang bertanggungjawab dan penyayang.
aku disayangi… Aku dimanjai… Walaupun hidup dalam
serba kekurangan tapi kami bahagia hidup berkeluarga.
Terima kasih kerana telah mendidik dan membesarkanku
biarpun hidup bersamamu hanya 17 tahun tapi aku amat
menghargai setiap budi yang diberikan padaku.
Terima kasih kerana sudi menyayangiku dengan penuh
keikhlasan. Moga kita berjumpa di Syurga nanti.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Ratu Rimba Niagara
2 Rejab 1434H
PANTUN DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI BAPA
MOGA ALLAH SWT MASUKKAN ROH BAPAKU KE DALAM ROH-ROH DI KALANGAN HAMBA-NYA YANG BERIMAN DAN KAMI SEKELUARGA DAPAT BERKUMPUL BERSAMA DI SYURGAWI MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
17 SYA'BAN 1435H
15 JUN 2014
0 comments:
Post a Comment