Sunday, 15 June 2014

PERMATA DI ATAS TAHTA (176) SEMPENA HARI BAPA DISIARKAN PUISI SYAIR PANTUN GURINDAM BERTEMAKAN BAPAKU PAHLAWANKU!



PERMATA DI ATAS TAHTA (176) SEMPENA HARI BAPA DISIARKAN PUISI SYAIR PANTUN GURINDAM BERTEMAKAN BAPAKU PAHLAWANKU!
PINNED POST

Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Muli Mulia ini;
# DAENG, TOK BUGIS, KETUA BUGIS DAN RAJA BUGIS:-
Susur dari keturunan orang-orang suku Bugis diperjelaskan bagi mendapatkan kebenaran yang mungkin telah disalah anggap oleh generasi yang terkemudian dan bagi memperbetulkan kesalahan tafsiran dikalangan ramai orang. Terutama ahli-ahli waris.
DAENG adalah gelaran kepada ketua-ketua Bugis tetapi raja bugis sebenar tidak menggunakan gelaran itu (mereka menggunakan Gelaran KARAENG) atau, masih menggunakan nama RAJA pada pangkal nama mereka dan di Negeri Pahang, mereka menggunakan gelaran atau pangkal nama TOK (atau dalam Adat Istiadat menggunakan Gelaran TUAN SERI). Keturunannya masih ada (wujud sejak 400 tahun dahulu) dan menggunakan nama orang kebanyakan (nama-nama seperti orang biasa-biasa untuk melindungi identiti Suaka Raja-Raja Bugis Lama).
# DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA adalah melaksanakan kewajipan-kewajipan bagi memelihara, melindungi dan melistarikan Undang-Undang Adat Karaeng atau juga disebut Hukum-Hukum Adat Karaeng, seperti berikut:-
CORAK PEMERINTAHAN ADAT KARAENG;
-Bercorak demokrasi dan permuafakatan.
-Keputusan dibuat bersama.
SISTEM KEKELUARGAAN ADAT KARAENG;
-Setiap ahli suku Bugis Melayu bersaudara.
-Mengikut keturunan sebelah ibu dan ayah.
-Aturan Kehidupan selaras dengan hukum syarak.
-Waris lelaki lebih utama, -nasab sebelah bapa.
PEMBAHAGIAN HARTA ADAT KARAENG;
-Pewaris turun-temurun daripada kepunyaan suku Bugis Melayu.
-Anak lelaki lebih utama kerana tanggungjawab lebih besar.
PERKAHWINAN ADAT KARAENG;
-Mengikut hukum syarak dan amalan adat resam.
HUKUMAN ADAT KARAENG;
-Bertujuan memulih dan menyedarkan pesalah supaya tidak mengulangi kesalahan.
KURNIA GELARAN DALAMAN (Ahli-ahli Sahaja) ADAT KARAENG;
-Tingkat Sri Pemangku Adat – Gelaran Seri Maharaja atau Seri Laksamana.
-Tingakat Pemangku Adat – Gelaran Seri Temenggung atau Seri Panglima.
-Tingkat Penghulu Adat – Gelaran Seri Pahlawan atau Seri Bentara.
-Tingkat Penggawa Adat – Gelaran Seri Hulubalang atau Seri Kesatria.
-Tingkat Pegawai Adat – Gelaran Seri Pendekar atau Seri Pawang.
-Selain yang disebutkan dalam senaraian di atas masih ada gelaran-gelaran khusus atau khas yang lain-lain lagi.
ANUGERAH GELARAN LUARAN (Orang Luar dan Ahli-ahli) ADAT KARAENG;
-Darjah Andeka Bitara Pahlawan atau Andeka Bitara Srikandi.
-Darjah Indera Bitara Pahlawan atau Indera Bitara Srikandi.
-Darjah Lela Bitara Pahlawan atau Lela Bitara Srikandi.
-Darjah Amar Bitara Pahlawan atau Amar Bitara Srikandi.
- Selain yang disebutkan dalam senaraian di atas masih ada gelaran-gelaran khusus atau khas yang lain-lain lagi.
FALSAFAH ADAT KARAENG;
Adat Karaeng di Malaysia adalah diamalkan sebagai adat resam oleh wangsa bugis melayu dan suku-suku bugis atau yang memiliki titisan darah keturunan orang bugis yang tidak bertentangan dengan hukum syarak dan perlembagaan Malaysia dan mempercayai bahawa raja-raja atau sultan bugis di Sulawesi (Indonesia) adalah waris pusaka yang seharusnya juga dihormati dan disanjungi.
# SISTEM PEMERINTAHAN ADAT KARAENG:-
KARAENG:
-Ketua Adat Tanah Air Wangsa Bugis Melayu di Malaysia.
MATOWA:
-Ketua Suku Bugis dan Waris Bugis Melayu.
-Berperanan:
(i) Memilih dan menabalkan Karaeng.
(ii) Menjaga keselamatan dan keamanan.
(iii) Menyelesaikan pertelingkahan antara Suku Bugis Melayu.
(iv) Mengendalikan pembahagaian harta pusaka.
PENGHULU atau PENGGAWA:
-Adalah Ketua Waris Suku Bugis Melayu dan setiap anggota waris adalah anak buah.
-Tempat rujukan bagi perkara berkaitan dengan adat, undang-undang adat dan hukum syarak.
# PENGENALAN DIRI SIAPA ITU? YTM SRI PEMANGKU ADAT KARAENG WANGSA BUGIS MELAYU DI MALAYSIA:-
-Tujuannya supaya umum menerima maklumat yang jelas dan terang dalam hal ehwal Adat Karaeng di Malaysia ini.
GELARAN BANGSAWAN DARI MALAYSIA & INDONESIA YANG PERNAH DI-TERIMA;
-Karaeng Sri Maharaja Wangsabugis Melayu (Malaysia), Gelaran ini dikhaskan kepada Peneraju Utama Adat Istiadat Saoraja Adat Karaeng Wangsa Bugis Melayu Dalam Negara Malaysia.
-Arung Ujung Pandang, Datu, Opu Daeng Anreguru Anakarung Taruna, Datuk Mangku Bumi, Megat Segentar Alam, Kanjeng Pangeran Sri Adipati , Raja Sriwa Adat Penugo Sri Yang Tawa Sari, Urang Kayo-Kayo Sutan Mudo, Rang Kayo Datuak Maharajo Mudo (Indonesia). Semua Anugerah Gelaran ini diterima dari Pendeta-Pendeta Adat Nusantara dan Raja-Sultan Nusantara.
KEDUDUKAN TARAF DALAM MASYARAKAT ADAT;
-Raja Adat Jajahan Daerah/Wilayah/Negeri, Undang Luak Adat/Wilayah/Negeri dan yang setaraf dengannya. (dimaksudkan bukan Sultan atau Raja Pemerintah)
GELARAN KHAS ADAT : Ketua Adat Tanah Air Wangsa Bugis Melayu
GELARAN KEHORMAT ADAT : Sri Pemangku Adat
GELARAN ADAT-ISTIADAT : Tuan Sri Paduka Raja
GELARAN ADAT RESAM : Datuk Seri Paduka Raja
PANGGILAN UMUM : Tuan Sri atau Datuk Paduka Raja
SEBUTAN PANGKAL GELARAN : Yang Teramat Mulia (YTM)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB;
-Menjalankan kewajipan-kewajipan bagi memelihara, melindungi, mengembang dan melistarikan Adat Istiadat Nenek Moyang dan Budaya Leluhur.
HAK DAN KUASA-KUASA MUTLAK;
-Boleh mengurniakan/menganugerahkan gelaran-gelaran adat kepada sesiapa jua yang difikirkan layak menerimanya setelah, diluluskan oleh Dewan Adat Istiadat Adat Sri Karaengan (DISAKA) dan berkebolehan/berkelayakan bagi mengiktiraf/memperakui seseorang individu mengikut darjat darah keturunannya. Dan selagi ia berkenaan adat yang tersurat mahupun yang tersirat.
SEJARAH PERMULAAN MENERIMA GELARAN ADAT;
-Mula menerima gelaran adat pada usia 14 tahun (1986) dan usia kini 42 tahun (2014)
PENGALAMAN DALAM MASYARAKAT ADAT;
-Sepanjang hidup/hayat dalam lingkungan masyarakat adat (disesuaikan dengan situasi masyarakat moden di Malaysia) dan secara langsung mewarisi pusaka turun-temurun nenek moyang (leluhur) atau apa jua segala warisan stambol (Tambo), hingga kini.
UnlikeUnlike ·  · 
Sri Pemangku Adat's photo.
UnlikeUnlike ·  ·  · 153
RECENT POSTS
Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Muli Mulia ini;
Untuk andika tujukan kepada YM Ratu Rimba Niagara atas nukilan Sastera Mu - "SYAIR PANGLIMA MAS MERAH (KARAENG MARAENGAN Gelar ENGKU PANGLIMA MUDA)" Tanggal tahun 1658-1709 yang menjadikan lagu SAYANG MAS MERAH. Sempena Ucapan HARI BAPA, amin ya allah.
Gambar2 sekadar informasi sahaja.
UnlikeUnlike ·  · 
  • You, Sri Pemangku Adat and 2 others like this.
  • Sri Pemangku Adat Salam Hormat, Karaeng Maraengan - Engku Panglima Muda - Engku Temenggung Raja - Tok Raja Hussen - Gelar Panglima Mas Merah - kerana mengalahkan angkatan tentera bergajah siam (King Rama I) menyerang ulu sungai pahang... perang perebutan lombong bijih emas dan tembaga (mata wang zaman duhulu),....sejarah ini tidak dapat kami tuliskan kisahnya kerana menyentuh banyak pihak dan boleh menimbulkan persoalan???? dikalangan garis keturunan mereka....(kerjasama Tunku Raja Alam Jelai [Maharaja Perba Jelai]+ Batin Besar Hitam Tembeleng [Suku Jah Hut + Suku Semelai])...setakat ini sahaja.....dan semua dikutip dari catatan Kitab Askara Lontara & Jawi Lama.....amin ya allah.
    33 mins · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara Terima kasih buat YM Sri Pemangku Adat...
    atas segala pengkongsian ilmu di grup Sri Pemangku Adat...
    sempena Hari Bapa In Shaa Allah disiarkan puisi pantun syair gurindam tentang kepahlawan seorang Adam bergelar bapa...
    8 mins · Like
Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Muli Mulia ini;
Untuk andika tujukan kepada YM Ratu Rimba Niagara atas nukilan Sastera Mu - "SYAIR PANGLIMA MAS MERAH (KARAENG MARAENGAN Gelar ENGKU PANGLIMA MUDA)" Tanggal tahun 1658-1709 yang menjadikan lagu SAYANG MAS MERAH. Gambar2 sekadar informasi sahaja.
UnlikeUnlike ·  · 
  • You, Sri Pemangku Adat and 9 others like this.
  • Sri Pemangku Adat Salam Hormat, moyang terawal datang ke tanah melayu sebelum zaman empayar melaka, moyang kedua di zaman empayar melaka, moyang ketiga di zaman penjajahan portugis/belanda/inggeris jadi RASMInya pelayaran wangsa Bugis itu tersangat awal seperti sudah menjadi ADAT RESAM sebagai PENGEMBARA, PAHLAWAN, PEDAGANG dalam dunia alam melayu, amin ya allah.
    58 mins · Unlike · 2
  • Ratu Rimba Niagara Terima kasih YM Sri Pemangku Adat, Sempena Hari Bapa disiarkan pantun syair puisi gurindam bertemakan darah kesatria pahlawan melayu Laksamana Hang Tuah. In Shaa Allah.
    3 mins · Like
Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Muli Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
MASYARAKAT ADAT DAN PERANAN PELAKSANA ADAT DI MALAYSIA.
Di Malaysia, dalam masyarakat adat bagi pemegang-pemegang jawatan sebagai Gelaran LAKSAMANA, TEMENGGUNG, PANGLIMA, PAHLAWAN, BENTARA, HULUBALANG dan lain-lain. Mereka mempunyai kewajipan-kewajipan dalam pelaksanaan adat dan budaya warisan pusaka nenek moyang mereka dari wangsa, suku, luak, puak bangsa dan lain-lain. Gelaran-gelaran tersebut tidaklah terikat dengan tingkat-tingkat kedudukan seseorang individu dan diperjelaskan seperti berikut:-
Tingkat PENGHULU ADAT (mungkin bergelar Laksamana, Temenggung, Pahlawan dan lain-lain, dimana Gelar tidak terikat pada tingkat-tingkat kedudukan seseorang individu. Yang menjadikan gelaran kerana kebolehan/kelayakan atau kerana penghormatan dan lain-lain, itulah konsep dalam masyarakat adat)
Kebolehan/Kelayakan:
-Membantu memelihara perpaduan dan keamanan sesame masyarakat adat.
-Membantu memberi nasihat dan tunjuk ajar berkenaan adat dan budaya warisan pusaka nenek moyang (leluhur).
-kebiasaanya berkebolehan dalam ilmu seni mempertahankan diri, seni kraf dan lain-lain.
-Memahami kehidupan dan sosiobudaya masyarakat adat dan mampu menyumbang bakti.
Tugas dan Tanggungjawab:
-Menjadi Ketua Adat pada peringkatnya.
-Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah/diperintahkan oleh Raja Beradat (Pemangku Adat) dari semasa ke semasa.
Tingkat PENGGAWA ADAT (penjelasan sama seperti di atas)
Kebolehan/Kelayakan:
-Membantu memelihara perpaduan dan keamanan sesame masyarakat adat.
-Membantu memberi nasihat dan tunjuk ajar berkenaan adat dan budaya warisan pusaka nenek moyang (leluhur).
-kebiasaanya berkebolehan dalam ilmu seni mempertahankan diri, seni kraf dan lain-lain.
-Memahami kehidupan dan sosiobudaya masyarakat adat dan mampu menyumbang bakti.
Tugas dan Tanggungjawab:
-Menjadi Ketua Adat pada peringkatnya.
-Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah/diperintahkan oleh Raja Beradat (Pemangku Adat) dari semasa ke semasa.
Tingkat PENGAWAS ADAT (penjelasan sama seperti di atas)
Kebolehan/Kelayakan:
-Membantu memelihara perpaduan dan keamanan sesame masyarakat adat.
-Membantu memberi nasihat dan tunjuk ajar berkenaan adat dan budaya warisan pusaka nenek moyang (leluhur).
-kebiasaanya berkebolehan dalam ilmu seni mempertahankan diri, seni kraf dan lain-lain.
-Memahami kehidupan dan sosiobudaya masyarakat adat dan mampu menyumbang bakti.
Tugas dan Tanggungjawab:
-Menjadi Ketua Adat pada peringkatnya.
-Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah/diperintahkan oleh Raja Beradat (Pemangku Adat) dari semasa ke semasa.
Gambar2 yang dipamerkan sekadar informasi sahaja.
UnlikeUnlike ·  · 
SELAMAT HARI BAPA BUAT AYAHANDA MOHD ALI TERCINTA
SELAMAT HARI BAPA BUAT AYAHANDA MOHD ALI TERCINTA
KENANGAN BERSAMA BAPA TERSAYANG
Bapaku bapa penyayang,
Besarkan aku dengan kasih dan sayang;
Agar aku mejadi anak cemerlang,
Bila dewasa menjadi warga terbilang.
Semasa kecil anak yang bijak,
Ibu tersenyum bapa gembira;
Bila belajar biarlah banyak,
Semangat belajar terus membara.
Pagi-pagi pergi sekolah,
Pergi sekolah dihantar bapa;
Bila belajar tidak bermasalah,
Ditegur guru tidak mengapa.
Sebelum sekolah bersarapan dulu,
Bersarapan pula dengan bapa;
Bila gagal berasa malu,
Ulangkaji pelajaran janganlah lupa.
Kerja bapa sebagai nelayan,
Menangkap ikan setiap pagi;
Kerenah anak semuanya dilayan,
Besarkan anak tak akan rugi.
Bapa seorang kuat bekerja,
Untuk menyara ahli keluargaku;
Pergi ke pasar ikan dijaja,
Buat belanja untuk diriku.
Keletihan bapa buatku terharu,
Kusediakan makanan untuk bapaku;
Biar bapa berehat dulu,
Kubelikan ubat bapa tak tahu.
Hidup susah tapi bahagia,
Dapat bapa seorang penyayang;
Sukanya hati tidak terhingga,
Mendapat kasih bapa tersayang.
Bila demam dibelikan lai,
Bila pening ditampal koyok;
Masa belajar jangan lalai,
Bila tua tidaklah nyanyuk.
Pergi ke dusun beli durian,
Bapa membeli untuk anak-anaknya;
Kasih bapa tidak bertepian,
Kusayang bapa tak perlu ditanya.
Bapa menonton bola sepak pingat piala dunia,
Aku menonton bersama bapa;
Bila gol bersoraklah dia,
Terlalu gembira gol pun lupa.
Bapa bersorak bagai nak rak,
Pasukannya kalah menepuk dahi;
Pasukan disokong mendapat perak,
Bapa kecewa aku dimarahi.
Kupujuk bapa jangan mengalah,
Di tahun lain pasti menang;
Bapa kecewa bukan mengalah,
Asalkan bapa berasa tenang.
Air hujan ditadah malam Jumaat,
Buat kuminum penerang hati;
Bapa mendoakanku setiap saat,
Agar lulus peperiksaan nanti.
Setiap Ramadhan aku gembira,
Makanan sahur bapa sediakan;
Aku bersahur penuh selera,
Masakan bapa tidak dilupakan.
Malam tujuh likur amat meriah,
Keliling rumah memasang pelita;
Bermain bunga api bapa tak marah,
Gembiranya hati tidak terkata.
Di pagi Syawal pergi ke kubur,
Kusyuk sungguh bapa berdoa;
Kasihkan nenek tak pernah luntur,
Kasih sejati ke hujung nyawa.
Bapa bertakbir di pagi raya,
Syahdu sungguh bila mendengar;
Tiada beza miskin kaya,
Bermaaf-maafan tanda syukur.
Malam itu bulan mengambang,
Bapaku sakit menarik nafas;
Sakit bapaku buatku bimbang,
Rupanya bapa terhenti nafas.
Hidup bersama bapa tinggal kenangan,
Sudah tiga puluh tahun ditinggal bapa;
Kenangan bersama bapa dilupa jangan,
Ke hujung nyawa kusayang bapa.
Selamat hari bapa untuk bapaku,
Biarpun sudah tinggal kenangan;
Kukirim doa untuk bapaku,
Bahagia bersama dalam bayangan.
Karya: Ratu Rimba Niagara
2 Rejab 1434H
12 Mei 2013
Puisi Buat Bapaku Sayang
Bapaku sayang…
meskipun sudah 30 tahun berlalu…
kenangan hidup bersamamu masih tetap segar
dalam ingatanku.
kau adalah bapa yang bertanggungjawab dan penyayang.
aku disayangi… Aku dimanjai… Walaupun hidup dalam
serba kekurangan tapi kami bahagia hidup berkeluarga.
Terima kasih kerana telah mendidik dan membesarkanku
biarpun hidup bersamamu hanya 17 tahun tapi aku amat
menghargai setiap budi yang diberikan padaku.
Terima kasih kerana sudi menyayangiku dengan penuh
keikhlasan. Moga kita berjumpa di Syurga nanti.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Ratu Rimba Niagara
2 Rejab 1434H
PANTUN DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI BAPA
MOGA ALLAH SWT MASUKKAN ROH BAPAKU KE DALAM ROH-ROH DI KALANGAN HAMBA-NYA YANG BERIMAN DAN KAMI SEKELUARGA DAPAT BERKUMPUL BERSAMA DI SYURGAWI MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
17 SYA'BAN 1435H
15 JUN 2014
LikeLike ·  · 
Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Muli Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
MASYARAKAT ADAT DAN PERANAN PENGUASA ADAT DI MALAYSIA.
Di Malaysia dalam masyarakat adat bagi pemegang jawatan sebagai Gelaran BENDAHARA hanya digunakan oleh KESULTANAN & PERAJAAN RASMI MALAYSIA sahaja dan dalam masyarakat adat, ia TIADA WUJUD dan jawatan ini digantikan dengan jawatan PENDETA dan ULA...
See More
 — with YM Patuan Nadzreen Lubis.
PETIKAN WALL GRUP SRI PEMANGKU ADAT & RATU RIMBA NIAGARA
17 SYA'BAN 1435H
15 JUN 2014

0 comments:

Post a Comment

 
;