Friday, 12 September 2014

BERSAMA KITA MENGGAPAI BAHAGIA HINGGA KE SYURGA ALLAHU AKBAR AAMIIN


BERSAMA KITA MENGGAPAI BAHAGIA HINGGA KE SYURGA ALLAHU AKBAR AAMIIN


12 hrs · 
Salam jumaat penuh barakah..!!
  • You and 5,822 others like this.
  • Rabeah Binti Mohd Ali
  • Rabeah Binti Mohd Ali PANTUN ANAKANDA TERSAYANG AYAHANDA TERCINTA 
    15 May, 2011 Author: Ratu Rimba Niagara

    Anakanda yang disayangi dunia akhirat,
    Anakanda pengikat kasih ayahanda bonda;
    Kelahiranmu membuatkan kasih bertaut erat,
    Moga menjadi anak kebanggaan ayahanda bonda.

    Pembesaranmu setiap tahun ayahanda pastikan,
    Anakanda mempelajari Hadis dan Al-Quran;
    Mindamu terisi dengan ilmu yang tidak menjemukan,
    Berusaha terus berusaha menuju kejayaan.

    Ayahanda akan terus memimpin anakanda,
    Mendidikmu berpandukan Al-Quran dan Hadis;
    Agar menjadi khalifah Allah duhai anakanda,
    Pasti ayahanda dan bonda bersyukur terus-menerus.

    Semakin banyak waktu ayahanda berkongsi,
    Semakin anakanda bersedia menghadapi masa hadapan;
    Anakandalah harapan ayahanda tanpa sangsi,
    Ayahanda sentiasa letakkan sejuta harapan.

    Sekalipun anakanda tidak mampu melangkah ke hadapan,
    Ayahanda akan terus membimbingmu;
    Agar anakanda berani menghadapi segala rintangan,
    Yang datang mengujimu dari segenap penjuru.

    Anakanda pergilah semampu sejauh mungkin,
    Memburu impian menggapai cita-cita;
    Ayahanda bonda sentiasa memberi sokongan,
    Agar menjadi realiti segala yang dicita.

    Capai setinggi mana mungkin cita-citamu,
    Ilmu yang dituntut jangan sekali rasa jemu;
    Kegagalan tidak akan pernah bertamu,
    Kejayaanmu kebanggaan ayahanda bondamu.

    Dalam menuju segala kejayaan,
    Cahaya keimanan amat diperlukan;
    Allah jangan sekali dilupakan,
    Barulah cahaya hidayah menjadi peneman.

    Kasih sayang ayahanda tidak pernah luntur,
    Ayahanda rela berkorban apa saja untukmu;
    Asalkan anakanda cekal dan sabar,
    Kerana sabarmu mengundang Rahmat dari Tuhanmu.

    Apabila segala ilmu terpasak di dada,
    Pasti anakanda sendiri melepaskan tangan ayahanda;
    Dan tika itu ayahanda tersenyum bangga,
    Melihat anakanda menyambung perjuangan ayahanda.

    Anakanda… buah hati ayahanda pengarang jantung,
    Ingatlah pesanan ayahanda dan bonda ini;
    Jadilah anak soleh berjiwa pejuang,
    Moga kita sekeluarga ke Syurga nanti.

    Ayahanda dan bonda tersayang,
    Kasih sayangmu anakanda tak akan persiakan;
    Anakanda berjanji akan menjadi anak cemerlang,
    Menjadi anak soleh beriman yang dibanggakan.

    Anakanda hargai pengorbanan ayahanda ,
    Tanpa jemu mendidik membimbing anakanda;
    Moga Allah membalas segala budi ayahanda bonda,
    Alhamdulillah anakanda diKurniakan ayahanda bonda.

    Ayahanda dan bonda yang disayangi,
    Anakanda akan berazam mencapai cita-cita;
    Meneruskan perjuangan ayahanda yang suci murni,
    Membela agama bangsa dan Negara tercinta.

    Anakanda sentiasa bangga dengan ayahanda,
    Ayahanda pemimpin idola anakanda;
    Membela agama dan bangsa walau di mana,
    Hatimu putih bersih bak mutiara.

    Perjuangan ayahanda tepat dan jelas,
    Rela berkorban demi rakyat tercinta;
    Segala jasa dicurah tanpa harap dibalas,
    Demi kerana Allah tercinta.

    Bangganya anakanda ayahanda seorang pejuang,
    Rela pertaruhkan nyawa di setiap penjuru;
    Moga sentiasa berjaya ketika berjuang,
    Darah perjuanganmu mengalir dalam darah anakandamu.

    Doakan anakanda menjadi pejuang sejati,
    Mewarisi kepahlawanan ayahanda tercinta;
    Kita berjuang hingga ke mati,
    Demi mempertahankan kedaulatan Negara tercinta. 

    Syukur anakanda setiap hari,
    Keluarga kita dilimpahi sakinah dariNya;
    Kasih sayang ayahanda bonda anakanda hargai,
    Moga kita sekeluarga hingga ke SyurgaNya.

    Anakanda tersayang ayahanda tercinta,
    Kasih berpadu bersama bonda dicintai;
    Hidup berkeluarga sakinah tercipta,
    Insya-Allah sekeluarga menghuni SyurgaNya nanti.

    Duhai anakanda tersayang Fahd Al-Warith,
    Ayahanda bonda doakan anakanda menjadi anak soleh;
    Dewasa nanti menjadi seorang Khalifah,
    Khalifah Islam yang boleh dibangga dan dimegah.

    Ayahanda bonda tercinta kesayangan anakanda,
    Cita-cita ayahanda akan anakanda kotakan;
    Berusaha anakanda biarpun dugaan datang melanda,
    Asalkan anakanda menjadi Khalifah Islam yang dibanggakan.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    19 Jun 2011
    (Sempena Sambutan Hari Bapa 19 Jun 2011) 

    MERDEKALAH PANJI-PANJI ALLAH DI SELURUH DUNIA ALLAHU AKBAR AAMIIN

    MOGA KITA MERDEKA DENGAN KESYUKURAN , MERDEKA DARI AZAB KUBUR DAN MERDEKA DARI AZAB API NERAKA ALLAHU AKBAR AAMIIN

    INILAH ERTI KEMERDEKAAN SEBENAR , MEMERDEKAKAN NEGARA SEBAGAI KITA MENYOKONG/MENDUKUNG AGAR UMAT ISLAM DAPAT BERAMAL DAN MENGEMBANGKAN AGAMA ISLAM DALAM AMAN DAMAI TANPA DIGANGGU GUGAT OLEH MANA-MANA PENGKHIANAT YANG INGIN MENGHANCURKAN NEGARA ISLAM.MERDEKALAH NEGARA ISLAM! DENGAN PANJI-PANJI ALLAH BERKIBAR MEGAH DI SELURUH DUNIA. ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    'SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2014, INDONESIA 17 AGUSTUS 2014, HARI KEPUTERAAN SULTAN BRUNEI DARUSSALAM KE 68 & HARI KELAHIRAN RATU RIMBA NIAGARA
    13 OGOS 2014'

    'SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH
    DUNIA '

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

    Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
    Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
    Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
    202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
    5 Zulkaedah 1435H
    31 Ogos 2014

    PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
    SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
    PUJANGGA NUSANTARA
    CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
    18 ZULKAEDAH 1435H
    13 SEPTEMBER 2014
    Like · Reply · Just now
  • Rabeah Binti Mohd Ali SEMUA YANG DIMASUKKAN KE SYURGA SETELAH LULUS UJIAN DARIPADA ALLAH. ALLAH UJI TANDA ALLAH CINTA.

    TIDAK DIDUGA SEORANG HAMBA-NYA ITU MELAINKAN MENGIKUT KEMAMPUAN HAMBA ITU SENDIRI UNTUK MENGATASINYA

    SEHEBAT MANA MANUSIA AKAN DIUJI TIDAK KIRA SIAPAPUN MEREKA. MOGA KITA LULUS UJIAN ALLAH DI DUNIA INI SEBELUM MELANGKAH KE ALAM AKHIRAT YANG ABADI . AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
    Like · Reply · 35 mins
  • Aidil Shariff Benar....segala2nya adalah benar belaka...
    Like · Reply · 3 · 10 hrs
  • Tarsono Asal Kandanghaur Kembali pada Allah itu solusi
    Like · Reply · 3 · 10 hrs
  • Like · Reply · 9 hrs
  • Asy-syifa Al-wahda Alfhun Assalamu`alaikum... 
    Like · Reply · 12 hrs
  • Nur Jiwa Assalamualaikum...
    Aku ingin "pulang".
    Like · Reply · 12 hrs
  • Wawa Mohamad Subhanallah, mcmmNer lah org yg lupakan allah mase dlm dunia lg
    Like · Reply · 12 hrs · Edited
  • Syafiq Aqimi Assalamualaikum   
    Like · Reply · 12 hrs
PETIKAN PAGE HIJJAZ & RATU RIMBA NIAGARA
18 ZULKAEDAH 1435H
13 SEPTEMBER 2014

0 comments:

Post a Comment

 
;