Sunday, 7 September 2014

CINTA NEGARAMU CINTA NEGARAKU (56) KERAJAAN-KERAJAAN YANG BANGKIT MEMERLUKAN ANDA, AAMIIN YA ALLAH


CINTA NEGARAMU CINTA NEGARAKU (56) KERAJAAN-KERAJAAN YANG BANGKIT MEMERLUKAN ANDA, AAMIIN YA ALLAH
PINNED POST

News Feed


Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Muli Mulia ini;
# DAENG, TOK BUGIS, KETUA BUGIS DAN RAJA BUGIS:-
Susur dari keturunan orang-orang suku Bugis diperjelaskan bagi mendapatkan kebenaran yang mungkin telah disalah anggap oleh generasi yang terkemudian dan bagi memperbetulkan kesalahan tafsiran dikalangan ramai orang. Terutama ahli-ahli waris.
DAENG adalah gelaran kepada ketua-ketua Bugis tetapi raja bugis sebenar tidak menggunakan gelaran itu (mereka menggunakan Gelaran KARAENG) atau, masih menggunakan nama RAJA pada pangkal nama mereka dan di Negeri Pahang, mereka menggunakan gelaran atau pangkal nama TOK (atau dalam Adat Istiadat menggunakan Gelaran TUAN SERI). Keturunannya masih ada (wujud sejak 400 tahun dahulu) dan menggunakan nama orang kebanyakan (nama-nama seperti orang biasa-biasa untuk melindungi identiti Suaka Raja-Raja Bugis Lama).
# DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA adalah melaksanakan kewajipan-kewajipan bagi memelihara, melindungi dan melistarikan Undang-Undang Adat Karaeng atau juga disebut Hukum-Hukum Adat Karaeng, seperti berikut:-
CORAK PEMERINTAHAN ADAT KARAENG;
-Bercorak demokrasi dan permuafakatan.
-Keputusan dibuat bersama.
SISTEM KEKELUARGAAN ADAT KARAENG;
-Setiap ahli suku Bugis Melayu bersaudara.
-Mengikut keturunan sebelah ibu dan ayah.
-Aturan Kehidupan selaras dengan hukum syarak.
-Waris lelaki lebih utama, -nasab sebelah bapa.
PEMBAHAGIAN HARTA ADAT KARAENG;
-Pewaris turun-temurun daripada kepunyaan suku Bugis Melayu.
-Anak lelaki lebih utama kerana tanggungjawab lebih besar.
PERKAHWINAN ADAT KARAENG;
-Mengikut hukum syarak dan amalan adat resam.
HUKUMAN ADAT KARAENG;
-Bertujuan memulih dan menyedarkan pesalah supaya tidak mengulangi kesalahan.
KURNIA GELARAN DALAMAN (Ahli-ahli Sahaja) ADAT KARAENG;
-Tingkat Sri Pemangku Adat – Gelaran Seri Maharaja atau Seri Laksamana.
-Tingakat Pemangku Adat – Gelaran Seri Temenggung atau Seri Panglima.
-Tingkat Penghulu Adat – Gelaran Seri Pahlawan atau Seri Bentara.
-Tingkat Penggawa Adat – Gelaran Seri Hulubalang atau Seri Kesatria.
-Tingkat Pegawai Adat – Gelaran Seri Pendekar atau Seri Pawang.
-Selain yang disebutkan dalam senaraian di atas masih ada gelaran-gelaran khusus atau khas yang lain-lain lagi.
ANUGERAH GELARAN LUARAN (Orang Luar dan Ahli-ahli) ADAT KARAENG;
-Darjah Andeka Bitara Pahlawan atau Andeka Bitara Srikandi.
-Darjah Indera Bitara Pahlawan atau Indera Bitara Srikandi.
-Darjah Lela Bitara Pahlawan atau Lela Bitara Srikandi.
-Darjah Amar Bitara Pahlawan atau Amar Bitara Srikandi.
- Selain yang disebutkan dalam senaraian di atas masih ada gelaran-gelaran khusus atau khas yang lain-lain lagi.
FALSAFAH ADAT KARAENG;
Adat Karaeng di Malaysia adalah diamalkan sebagai adat resam oleh wangsa bugis melayu dan suku-suku bugis atau yang memiliki titisan darah keturunan orang bugis yang tidak bertentangan dengan hukum syarak dan perlembagaan Malaysia dan mempercayai bahawa raja-raja atau sultan bugis di Sulawesi (Indonesia) adalah waris pusaka yang seharusnya juga dihormati dan disanjungi.
# SISTEM PEMERINTAHAN ADAT KARAENG:-
KARAENG:
-Ketua Adat Tanah Air Wangsa Bugis Melayu di Malaysia.
MATOWA:
-Ketua Suku Bugis dan Waris Bugis Melayu.
-Berperanan:
(i) Memilih dan menabalkan Karaeng.
(ii) Menjaga keselamatan dan keamanan.
(iii) Menyelesaikan pertelingkahan antara Suku Bugis Melayu.
(iv) Mengendalikan pembahagaian harta pusaka.
PENGHULU atau PENGGAWA:
-Adalah Ketua Waris Suku Bugis Melayu dan setiap anggota waris adalah anak buah.
-Tempat rujukan bagi perkara berkaitan dengan adat, undang-undang adat dan hukum syarak.
# PENGENALAN DIRI SIAPA ITU? YTM SRI PEMANGKU ADAT KARAENG WANGSA BUGIS MELAYU DI MALAYSIA:-
-Tujuannya supaya umum menerima maklumat yang jelas dan terang dalam hal ehwal Adat Karaeng di Malaysia ini.
GELARAN BANGSAWAN DARI MALAYSIA & INDONESIA YANG PERNAH DI-TERIMA;
-Karaeng Sri Maharaja Wangsabugis Melayu (Malaysia), Gelaran ini dikhaskan kepada Peneraju Utama Adat Istiadat Saoraja Adat Karaeng Wangsa Bugis Melayu Dalam Negara Malaysia.
-Arung Ujung Pandang, Datu, Opu Daeng Anreguru Anakarung Taruna, Datuk Mangku Bumi, Megat Segentar Alam, Kanjeng Pangeran Sri Adipati , Raja Sriwa Adat Penugo Sri Yang Tawa Sari, Urang Kayo-Kayo Sutan Mudo, Rang Kayo Datuak Maharajo Mudo (Indonesia). Semua Anugerah Gelaran ini diterima dari Pendeta-Pendeta Adat Nusantara dan Raja-Sultan Nusantara.
KEDUDUKAN TARAF DALAM MASYARAKAT ADAT;
-Raja Adat Jajahan Daerah/Wilayah/Negeri, Undang Luak Adat/Wilayah/Negeri dan yang setaraf dengannya. (dimaksudkan bukan Sultan atau Raja Pemerintah)
GELARAN KHAS ADAT : Ketua Adat Tanah Air Wangsa Bugis Melayu
GELARAN KEHORMAT ADAT : Sri Pemangku Adat
GELARAN ADAT-ISTIADAT : Tuan Sri Paduka Raja
GELARAN ADAT RESAM : Datuk Seri Paduka Raja
PANGGILAN UMUM : Tuan Sri atau Datuk Paduka Raja
SEBUTAN PANGKAL GELARAN : Yang Teramat Mulia (YTM)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB;
-Menjalankan kewajipan-kewajipan bagi memelihara, melindungi, mengembang dan melistarikan Adat Istiadat Nenek Moyang dan Budaya Leluhur.
HAK DAN KUASA-KUASA MUTLAK;
-Boleh mengurniakan/menganugerahkan gelaran-gelaran adat kepada sesiapa jua yang difikirkan layak menerimanya setelah, diluluskan oleh Dewan Adat Istiadat Adat Sri Karaengan (DISAKA) dan berkebolehan/berkelayakan bagi mengiktiraf/memperakui seseorang individu mengikut darjat darah keturunannya. Dan selagi ia berkenaan adat yang tersurat mahupun yang tersirat.
SEJARAH PERMULAAN MENERIMA GELARAN ADAT;
-Mula menerima gelaran adat pada usia 14 tahun (1986) dan usia kini 42 tahun (2014)
PENGALAMAN DALAM MASYARAKAT ADAT;
-Sepanjang hidup/hayat dalam lingkungan masyarakat adat (disesuaikan dengan situasi masyarakat moden di Malaysia) dan secara langsung mewarisi pusaka turun-temurun nenek moyang (leluhur) atau apa jua segala warisan stambol (Tambo), hingga kini.
UnlikeUnlike ·  · 
UnlikeUnlike ·  ·  · 459
RECENT POSTS

News Feed

PADAM PELITAKU INI MAKA TAMATLAH HAYAT SASTERAKU BERTINTA
LikeLike ·  · 
MOGA PERSAHABATAN KITA DAPAT DI TERUSKAN HINGGA KE JANNAH AAMIIN
Jardines ๑۞๑ SAH
Sociedad Argentina de Horticultura
Desde el año 1936 al servicio de la comunidad
LikeLike ·  · 
Moga suatu saat nanti teater muzikal Bangsawan diRaja yang ditulis oleh Ratu Rimba Niagara dipentaskan diirini dengan Kolaborasi Orkestra UI, UGM dan ITB. In Shaa Allah Aamiin.

Kolaborasi orkestra UI, UGM dan ITB
Konser "UNTUK NEGERI"
LikeLike ·  · 
Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Muli Mulia ini;
Di Malaysia ada dua (2) Negeri yang memakai Mahkota iaitu Sultan Johor dan Sultan Kelantan. Ia tidak sama seperti Mahkota Sultan Negeri-Negeri yang lain. Gambar2 sekadar informasi sahaja.
UnlikeUnlike ·  · 
  • You, Sri Pemangku Adat and 35 others like this.
  • Insan Musafir Aamiin Ya Allah
  • Rabeah Binti Mohd Ali MOGA KITA DAPAT MEMAKAI MAHKOTA DI SYURGA PASTI SERINYA BAGAIKAN MEMANCAR CAHAYA BERKEMILAUAN SELUAS LANGIT DAN BUMI. ALLAHU AKBAR AAMIIN.
  • YM Tengku Wadinsyah Assegaf Betul amat, sama juga Mahkota Kerajaan Siak Sri Indrapura dan Lambang Kerajaan Siak adalah Naga Berjuang Muhammad Bertangkup.
  • Rabeah Binti Mohd Ali DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA):
    Oleh Sri Pemangku Adat

    Sebagaimana, yang telah dimaktubkan oleh Almarhum-Almarhum Sri Karaengan (nenek moyang kami dari Suaka Bangsawan Karaeng & Daeng & Kare) yang terdahulu bahawa mereka telah memutuskan. Sesungguhnya, pada masa Malaya (Tanah Melayu) bertukar nama kepada Negara Malaysia Yang Berdulat Lagi Merdeka akan IKRAR SUMPAH TAAT SETIA kepadanya Wasiat Raja-Raja Melayu, Hatta maka kami sebagai anak cucu Wangsa Bugis Melayu akan sentiasa mematuhinya tanpa sebarang perasangka seperti berikut:

    ” Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya salama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera”

    Pertama : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang dipijak dan langit yang kamu junjung. Persekutuan Tanah Melayu ( sekarang MALAYSIA).
    Kedua : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
    Ketiga : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara ini.
    Keempat : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
    Kelima : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.
    Keenam : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
    Ketujuh : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

    Gambar Raja-Raja Melayu ia sekadar informasi sahaja;

    PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA

    Sultan Abd Halim Mua'dzam Shah Agong berwibawa,
    Memerintah negara adil saksama;
    Rela berkorban demi rakyat tecinta,
    Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

    Institusi di-Raja dekat di hatiku,
    Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
    Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
    Rakyat Johor terharu lagi menyanyangi.

    Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
    Kepentingan rakyat amat dirasai;
    Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
    Sejak generasi dahulu hingga kini.

    DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
    Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
    Budi disemai Allah berkati,
    Moga amalan dibalas di akhirat nanti.

    Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
    Kebajikan rakyat amat diutamakan;
    Bertuah sungguh rakyat Pahang,
    Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.

    Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
    Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
    Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
    Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.

    Sultan Mizan kesayangan rakyat,
    Rakyat Terengganu amat bersyukur;
    Punyai Raja yang pentingkan rakyat,
    Raja dan rakyat sentiasa rasa bersyukur.

    Sultan Kedah amat dihormati,
    Menabur budi tidak terhingga;
    Ke mana pergi rakyat mentaati,
    Rakyat Kedah amat berbangga.

    Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
    Kepentingan rakyat amat dijaga;
    Masalah rakyat diberi perhatian,
    Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.

    Sultan Kelantan berhemah tinggi,
    Memerintah Kelantan adil saksama;
    Rakyat Kelantan takkan rugi,
    Raja dan rakyat berkerjasama.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Mac 2013
    (BERSEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
    NEGARAKU YANG TERCINTA YANG KE-56 PADA 31 OGOS 2013)

    KAMI RAKYAT MALAYSIA TAAT SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA SEPERTIMANA YANG TERMAKTUB DALAM RUKUN NEGARA YANG KEDUA.

    PETIKAN PERPUSTAKAAN & GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA
    SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
    @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
    7 SYA'BAN 1435H
    5 JUN 2014
  • Insan Musafir TERBAEK!!!
  • Silat Pengantin salam hormat untuk YM Ratu Rimba Niagara amat terbaik Cik Puan Srikandi punya tafsiran, amin.

  • Ahmad Hamizan Walaikumussalam
    Subhanallah
    Alhamdulillah
    Allahuakbar
    Allahuakhbar
    Allahuakhbar
    Aamin

  • Salam sejaHtera pada junjungan kami Nabi muhammad SAW..
    Amin ya allah...
    Kerna Allah SWT,adanya alam semesta ini..
    Kerna Nabi Adam A.S ,manusia diangkat martabat..
    Kerna Nabi Muhammad S.A.W,kini bertambah bangsa MIM..
    Kerna Islam ,agama ini dimuliakan ...
    Kerna nenek moyang kita lah,kita bersatu,..
    Di sini,tanah melayu ini (tanah jawi ini )..
    Bangkitnya panji-panji Islam...
    Bumi ini sudah tidak lama,..
    kerana peredaran zaman berzaman..
    KHILAFAH IS COMING!!!
    Putri Nusantara
    13 hrs · Like · 1
  • Sri Pemangku Adat salam hormat, ular naga di gambar itu adalah dikenali sebagai Balang Bedai..menjadi lambang Kesultanan Siak Seri Inderapura, amin ya allah.
    2 hrs · Like · 1
  • Rabeah Binti Mohd Ali Boleh tak YM Sri Pemangku Adat terangkan Kesultanan Siak Seri Inderapura Malaysia dan Indonesia karena sudah lama menjadi tandatanya hamba, masing-masing adanya seperti tidak sefahaman. Sejujurnya keduanya hamba hormati dan kasihi tapi karena masalah ini hamba disingkirkan oleh kedua belah pihak...sedih hingga ke saat ini.
    2 hrs · Like · 1
  • Rabeah Binti Mohd Ali Dan lagi ular naga itu wujud dalam karya hamba, walaupun karangan itu cuma fantasi hamba tapi ada yang bilang kisah benar yang pernah terjadi di Nusantara. Wallahualam.
    2 hrs · Like · 1
  • Sri Pemangku Adat salam hormat, YM Rabeah Binti Mohd Ali untuk memperjelaskan di sini PASTI akan menibulkan banyak persoalan, dan pertikaian dalaman..kerana yang tahu..benar hal ini, berdiam diri, jadi kami juga tidak dapat menjelaskan secara terbuka..demi menjaga..kedua2 belah pihak..amin ya allah.
    1 hr · Unlike · 2
  • Sri Pemangku Adat salam hormat, memadai jika mereka masih memerlukan sumbangan anda YM Rabeah Binti Mohd Ali dan jika mereka tidak mahu itu, tidak kita perlu rasa kecewa kerana ada banyak lagi..kerajaan2 yang akan bangkit memerlukan anda, amin ya allah.
    1 hr · Unlike · 2
  • Rabeah Binti Mohd Ali AAmiin Ya AAllah. Terima kasih YM Sri Pemangku Adat karena telah dapat memberi jawapan yang menenangkan iman di hati yang selama ini asyik menyalahkan diri sendiri. Moga Allah swt memberkati hidup mati kita semua. AAmiin.
    1 hr · Like
Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Mulia Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
PEMBERIAN GELAR ADAT RESAM DALAM WANGSA BUGIS MELAYU.
Di Malaysia, Adat Resam ialah amalan tetap masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Diantaranya ialah adat perkahwinan, adat menyambut kelahiran bayi, adat berkhatan dan lain-lain. Pemberian Gelar Adat Resam adalah suatu anugerah diberikan kepada seseorang individu kerana kebolehan dalam ilmu kesenian rakyat dan karya kesenian rakyat seperti seni muzik, seni tari, seni tekat, seni tenun, seni ukir, seni syair dan pantun, seni beladiri dan lain-lain. Di sini, kami ingin memperjelaskan kesenian rakyat yang menjadi keutamaan bagi setiap Wangsa Bugis Melayu iaitu Seni Beladiri atau Seni Mempertahankan Diri. Ia menjadi suatu kewajipan bagi setiap anak-anak suku Bugis Melayu ini untuk mempelajarinya dalam kehidupan seharian mereka. Seperti Sabda Pendita “ANDAI TIDAK PANDAI BERPENCAK SILAT ITU BUKAN ANAK BUGIS, ANDAI TIDAK PANDAI JUGA TIDAK IA MENJADI PEMIMPIN ITU JUGA BUKAN ANAK BUGIS, ANDAI DIA SEDIA SELAMANYA MENJADI HAMBA ORANG ITU TIDAK TERAKU ANAK BUGIS, ANDAI TIDAK DIA MENCARI WALAU SEDIKIT ILMU PENGISI DADA TIADA ERTINYA DIA KEPADA SESIAPA”. Oleh kerana, peribahasa itu menjadi penyebab utama justeru, setiap anak-anak keturunan Wangsa Bugis Melayu akan sedaya upaya untuk memasukan diri mereka dalam golongan berkarisma dan berketerampilan tinggi kerana, mereka tidak mahu terpinggir dalam kelompok masyarakat mereka. Diantara pemberian gelar adat resam adalah seperti dalam tingkatan-tingkatan berikut:-
(a) Bermula sebagai Pendekar
(b) Menjadi Hulubalang
(c) Kemudian Bentara atau Bijaya
(d) Seterusnya Kelana atau Pahlawan
(e) Akhirnya Panglima atau Temenggung atau Laksamana
Gelar Adat Resam ini dianugerahkan oleh golongan Lembaga Penasihat Adat atau dikenali Orang-Orang Tua-Tua Adat dan mereka akan memberi kurnia melalui suatu majlis ritual adat-beradat dan sepersalinan pakaian kepada yang layak menerima Ijazah Gelar Adat Pesaka.
Gambar2 yang dipamerkan sekadar informasi sahaja.
LikeLike ·  · 
PETIKAN WALL GRUP SRI PEMANGKU ADAT & RATU RIMBA NIAGARA
12 ZULKAEDAH 1435H
7 SEPTEMBER 2014

0 comments:

Post a Comment

 
;