Sunday 16 November 2014

KENAL DIRI KENAL TUHAN (133) MOGA KITA TERGOLONG DI KALANGAN HAMBA-NYA YANG TAKUTKAN TUHAN DARIPADA SEMUA YANG DI LANGIT DAN DI BUMI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN


KENAL DIRI KENAL TUHAN (133) MOGA KITA TERGOLONG DI KALANGAN HAMBA-NYA YANG TAKUTKAN TUHAN DARIPADA SEMUA YANG DI LANGIT DAN DI BUMI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

PINNED POST

News Feed

Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Mulia Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
Darjat Pangkat Pertama dalam Darjah Yang Teramat Mulia iaitu:
Y.T.M. Kaus Raja Pesaka Adat (Sri Pemangku Adat) bukan Sultan atau Raja Pemerintah ia sama taraf Raja Jajahan Wilayah/Pembesar Daerah dalam Adat Temenggung dan juga setaraf Undang Luak Wilayah dalam Adat Perpatih. Penerima Darjah Yang Teramat Mulia ini membawa gelar adat sebagai TUAN SRI PADUKA dan isteri akan membawa gelar adat sebagai PUAN SERI.
Darjat Pangkat Kedua dalam Darjah Yang Amat Mulia iaitu:
Y.A.M. Kaus Penghulu Pesaka Adat (Pemangku Adat) ia sama taraf Penghulu Mukim dalam Adat Temenggung dan juga setaraf Lembaga dalam Adat Perpatih. Penerima Darjah Yang Amat Mulia ini membawa gelar adat sebagai TO' SRI PADUKA dan isteri akan membawa gelar adat sebagai TOH PUAN.
Darjat Pangkat Ketiga dalam Darjah Yang Mulia iaitu:
Y.M. Kaus Penggawa Pesaka Adat (Pemangku Adat Muda) ia sama taraf Pegawai Kawasan atau Ketua penempatan penduduk atau Ketua perkampungan dalam Adat Temenggung dan juga setaraf Buapak dalam Adat Perpatih. Penerima Darjah Yang Mulia ini membawa gelar adat sebagai TO' PADUKA dan isteri akan membawa gelar adat sebagai TOK PUAN.
Darjat Pangkat Keempat dalam Darjah Yang Amat Hormat iaitu:
Y.A.H. Kaus Pangkuan Pesaka Adat Karaeng. Penerima Darjah Yang Amat Hormat ini membawa gelar adat sebagai TO' SRI dan isteri akan membawa gelar adat sebagai CIK PUAN. Bagi penerima Perempuan membawa gelar adat sebagai TOH PUAN.
Darjat Pangkat Kelima dalam Darjah Yang Hormat iaitu:
Y.H. Kaus Pegawai Pesaka Adat Karaeng. Penerima Darjah Yang Hormat ini membawa gelar adat sebagai TO' dan isteri akan membawa gelar adat sebagai CIK PUAN. Bagi penerima Perempuan membawa gelar adat sebagai TOH.
UnlikeUnlike ·  ·  · 2311

News Feed

RECENT ACTIVITY
Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Mulia Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
PENGERTIAN SUKU ANAK JAWI BAGI WANGSA BUGIS MELAYU.
Di Malaysia, umumnya mengetahui bahawa Suku Anak Jawi itu adalah bangsawan berdarah kacukan keturunan Arab berkahwin dengan darah bangsawan keturunan Melayu dan melahirkan zuriat yang dikenali sebagai SUKU ANAK JAWI bagi Wangsa Bugis Melayu. Mereka masih menggunakan gelar turun temurun seperti Sayyid, Syaikh, Syeikh, Sharifah, Syarif, Syed, Wan, Nik, Che, Tuan, Tengku atau mana-mana yang berkaitan jurai keturunan Suku Anak Jawi. Dalam Adat Karaeng Wangsa Bugis Melayu mereka diberi Gelar Adat yang mengguna pakai nama warisannya atau mengikut nasab sebelah bapa atau ibu mereka. Diperjelaskan seperti berikut:-
Contoh Penggunan Gelar Adat Kepada Anggota Dalam PERSATUAN KELUARGA BESAR WAN PERKASA MALAYSIA (PKBWPM) :
Yang Dipertua : Y.M. To’ Paduka Raja Amar Wan Perkasa
(Contoh lain; To’ Paduka Raja Indera Sharif Shah Perkasa atau To’ Paduka Raja Lela Syed Perkasa atau To’ Paduka Raja Amar Syeikh Perkasa dan lain-lain)
Naib Yang Dipertua: Y.H. To’ Sri Panglima Lela Wan Perkasa
Setiausaha : To’ Sri Pahlawan Indera Wan Perkasa
Penolong Setiausaha : To’ Setia Hulubalang Andika Wan Perkasa
Bendahari : To’ Sri Kesatria Amar Wan Perkasa
Ahli-Ahli Jawatankuasa Biasa (AJK) :
AJK (1) : To’ Kelana Indera Wan Perkasa
(Contoh lain; To’ Sharif Shah Indera Perkasa atau To’ Syed Lela Perkasa atau To’ Syeikh Amar Perkasa dan lain-lain. Di mana, perkataan ‘Kelana’ tidak digunakan kerana lazimnya Suku Bugis menggunakan perkataan ‘Kelana’ yang bermaksud Ketua Sidang)
AJK (2) : To’ Setia Menteri Amar Wan Perkasa
AJK (3) : To’ Syahbandar Lela Wan Perkasa
AJK (4) : To’ Maulana Hakim Andika Wan Perkasa
AJK (5) : To’ Biduwanda Indera Wan Perkasa
AJK (6) : To’ Mahajana Amar Wan Perkasa
AJK (7) : To’ Setia Bijaya Lela Wan Perkasa
AJK (8) : To’ Dagang Andika Wan Perkasa
AJK (9) : To’ Demang Lela Wan Perkasa
AJK (10) : To’ Bentara Indera Wan Perkasa
Gambar2 yang dipamerkan sekadar informasi sahaja.
LikeLike ·  · 
Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Mulia Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
ASAL USUL WANGSA BUGIS MELAYU : Jalur keturunan Wangsa Bugis Melayu adalah daripada keturunan RAJA-RAJA BUGIS yang berkahwin dengan anak-anak BANGSAWAN MELAYU dan mewarisi pusaka ADAT KARAENG.
PENGANUGERAHAN GELAR ADAT KEPADA KETUA-KETUA ADAT BAGI WANGSA BUGIS MELAYU.
Di Malaysia, umumnya penganugerahan gelar adat yang diberikan kepada Ketua Adat adalah berdasarkan watak, sifat dan kebolehan yang ada pada diri seseorang individu. Mereka dipilih secara demokrasi dan permuafakatan oleh kaum kerabat dan kaum keluarga berkenaan. Mereka kemudiannya, dilantik secara adat istiadat pertabalan dan dianugerahkan gelar adat berdasarkan darjat, status dan kelayakan yang ada pada diri seseorang individu berkenaan. Mereka menjadi pemegang jawatan dalam suatu Pertubuhan, Lembaga Adat, Persatuan atau Badan Organisasi yang seumpamanya dan menjadi penyandang pusaka dalam Adat Karaeng. Diantara gelar adat yang dianugerahkan adalah seperti berikut:-
Kaus Yang Teramat Mulia (Y.T.M.) iaitu:
(a) Y.T.M. Tuan Sri Paduka Maharaja
(b) Y.T.M. Tuan Sri Paduka Raja
Contohnya; Y.T.M. Tuan Sri Paduka Maharaja Indera Putra atau Y.T.M. Tuan Sri Paduka Raja Indera Putra.
Kaus Yang Amat Mulia (Y.A.M.) iaitu:
(a) Y.A.M. To’ Sri Paduka Maharaja
(b) Y.A.M. To’ Sri Paduka Raja
Contohnya; Y.A.M. To’ Sri Paduka Maharaja Indera Putra atau Y.A.M. To’ Sri Paduka Raja Indera Putra.
Kaus Yang Mulia (Y.M.) iaitu:
(a) Y.M. To’ Paduka Maharaja
(b) Y.M. To’ Paduka Raja
Contohnya; Y.M. To’ Paduka Maharaja Indera Putra atau Y.M. To’ Paduka Raja Indera Putra.
PERHATIAN : Perkataan watak ‘Indera’ mewakili sifat ‘Api’, perkataan watak ‘Lela’ mewakili sifat ‘Angin’, perkataan watak ‘Amar’ mewakili sifat ‘Air’ dan perkataan watak ‘Andeka’ mewakili sifat ‘Tanah’. Manakala, perkataan ‘Paduka’ mewakili ‘Yang Di-Pertuankan’, perkataan ‘Darjat Maharaja dan Raja’ mewakili ‘Ketua Adat’ dan perkataan ‘Status’ mewakili ‘Kepimpinan’.
Contohnya;
Sebutan yang tersurat iaitu “Y.T.M. Tuan Sri Paduka Maharaja Indera Putra” yang bererti dengan maksudnya iaitu:
“Seorang Yang Teramat Mulia adalah bergelar Tuan Sri sebagai Yang Di-Pertuankan diantara kami, mejadi Ketua Adat untuk semua orang yang percaya dengan semangat Api berhati nurani, yang berjiwa raga Kepimpinan demi martabat bangsanya”… itulah ertinya dan maksudnya yang tersirat.
Gambar2 yang dipamerkan sekadar informasi sahaja.
UnlikeUnlike ·  · 
  • You, Sri Pemangku Adat and 9 others like this.
  • Insan Musafir Waalaikumsalam WMHWRKT......Aamiin Ya Allah
    17 hrs · Like
  • Rabeah Binti Mohd Ali Memang layaklah YM Sri Pamangku Adat diberi gelaran 
    .A.M. To’ Sri Paduka Maharaja Indera Putra atau Y.A.M. To’ Sri Paduka Raja Indera Putra kerana semua watak api, angin air dan tanah ada. Syukur Alhamdulillah dan tahniah moga Allah swt merahmati dunia akhirat atas segala budi yang telah dibaktikan kepada agama , bangsa dan serumpun nusantara. Aamiin.
    12 hrs · Like · 1
  • Sri Pemangku Adat salam hormat, semuanya telah ditakdirkan atas kehendak Allah S.W.T, .....amin ya allah.
    1 hr · Unlike · 2
  • Rabeah Binti Mohd Ali PERCAYA AKAN QADA DAN QADAR TERMASUK DALAM RUKUN IMAN YANG KE ENAM. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
Salam Hormat "PUSAKA MAHKOTA KERAJAAN", amin ya allah.
ari emas yang hanya dipakai pada pelantikan Raja Gowa dan Raja-Raja Bugis terdahulu. Ketika terjadi perang besar dan kekuasaan Kerajaan terancam Mahkota ini bersama peralatan adat lainnya lebih dahulu diselamatkan.
UnlikeUnlike ·  · 
  • You, Dato AzamiSri Pemangku Adat and 13 others like this.
  • Rabeah Binti Mohd Ali Mahkota ini cantik dan unik. Sekarang ini mahkota tersebut diletakkan di mana ya. Adakah milik Raja Gowa dan Raja-Raja Bugis atau di simpan di muzium untuk tatapan rakyat nusantara . Jika ada di muzium mana ya.
    11 hrs · Edited · Like · 1
  • Sri Pemangku Adat salam hormat, suatu yang amat berkurangan informasi pelancongan dan budaya terbuka dari Sulawesi, Indonesia ... nyata berkurangan di Malaysia, berbanding dengan Jawa dan Sumatera kita di Malaysia mudah mendapatkan informasi.. semoga -moga untuk RANCANG...See More
    1 hr · Unlike · 2
  • Rabeah Binti Mohd Ali Terima kasih atas informasi , tahniah atas cadangan moga cadangan di SAKA MALAYSIA ke Kementeriaan Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia diterima . In Shaa Allah . Aamiin.
    1 hr · Edited · Like

PETIKAN WALL GRUP SRI PEMANGKU ADAT & RATU RIMBA NIAGARA
23 Muharram 1436H
16 November 2014

0 comments:

Post a Comment

 
;