Friday 7 November 2014

KENAL DIRI KENAL TUHAN (56) PRINCESS AMEERAH WARDATUL BOLKIAH


KENAL DIRI KENAL TUHAN (56) PRINCESS AMEERAH WARDATUL BOLKIAH



You wrote on Princess Ameerah Wardatul Bolkiah's timeline. View post in "Posts To Page".
Assalamualaikum and Jumaah Mubarakah to everyone. 
41869LikeLike ·  · 
15/12/13: KDYMM BERANGKAT MENINGGALKAN TOKYO — with Afif Naufaland 2 others.
Photo: 15/12/13: KDYMM BERANGKAT MENINGGALKAN TOKYO
12/12/13: KEBERANGKATAN TIBA DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA HANEDA, TOKYO
Photo: 12/12/13: KEBERANGKATAN TIBA DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA HANEDA, TOKYO
12/12/13: Majlis Doa Selamat dan Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke tokyo, Jepun bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun kali ke-40. Sebelum keberangkatan, doa selamat telah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia (Dr) Hj Awang Abd Aziz bin Juned. Majlis berlangsung diIstana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan dan Penerbangan Diraja Rimba.
 — with Alex Uy.
Photo: 12/12/13: Majlis Doa Selamat dan Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke tokyo, Jepun bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun kali ke-40. Sebelum keberangkatan, doa selamat telah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia (Dr) Hj Awang Abd Aziz bin Juned. Majlis berlangsung diIstana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan dan Penerbangan Diraja Rimba.
YTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel berkenan melihat lebih dekat pesawat yang dipamerkan sambil diiringi oleh Pemerintah ABDB.
Photo: YTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel berkenan melihat lebih dekat pesawat yang dipamerkan sambil diiringi oleh Pemerintah ABDB.
His Royal Highness Prince ‘Abdul Wakeel and Her Royal Highness Princess Ameerah Wardatul Bolkiah made a visit to the fourth Brunei Darussalam Defence Exhibition (BRIDEX) to take in the sights and sounds of the international exhibition.
Photo: His Royal Highness Prince ‘Abdul Wakeel and Her Royal Highness Princess Ameerah Wardatul Bolkiah made a visit to the fourth Brunei Darussalam Defence Exhibition (BRIDEX) to take in the sights and sounds of the international exhibition.
YTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan melihat lebih dekat pesawat yang dipamerkan sambil diiringi oleh Pemerintah ABDB.
Photo: YTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan melihat lebih dekat pesawat yang dipamerkan sambil diiringi oleh Pemerintah ABDB.
His Royal Highness Prince ‘Abdul Wakeel and Her Royal Highness Princess Ameerah Wardatul Bolkiah made a visit to the fourth Brunei Darussalam Defence Exhibition (BRIDEX) to take in the sights and sounds of the international exhibition.

YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda' Abdul Wakeel DAN YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan menyertai larian hari belia kebangsaan 2013 — with Adreanna Syadhzuwanny.
Photo: YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda' Abdul Wakeel DAN YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan menyertai larian hari belia kebangsaan 2013
YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda' Abdul Wakeel DAN YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan menyertai larian hari belia kebangsaan 2013
Photo: YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda' Abdul Wakeel DAN YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan menyertai larian hari belia kebangsaan 2013
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan menerima pingat selepas menghabiskan larian 5km
Photo: YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan menerima pingat selepas menghabiskan larian 5km
YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda' Abdul Wakeel berkenan menerima pingat selepas menghabiskan larian 10km
Photo: YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda' Abdul Wakeel berkenan menerima pingat selepas menghabiskan larian 10km
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah menamatkan larian 5km
Photo: YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah menamatkan larian 5km
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah menamatkan larian 5km
Photo: YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah menamatkan larian 5km
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan menyertai larian 5km
Photo: YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan menyertai larian 5km
YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda' Abdul Wakeel berkenan menyertai larian 10km
Photo: YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda' Abdul Wakeel berkenan menyertai larian 10km
YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda' Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan menyertai larian hari belia kebangsaan 2013
Photo: YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda' Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan menyertai larian hari belia kebangsaan 2013
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Rasmi 'Sleeping Beauties Skates on Ice' berlangsung di Stadium Tertutup Berakas
Photo: Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Rasmi 'Sleeping Beauties Skates on Ice' berlangsung di Stadium Tertutup Berakas
YTM PADUKA SERI DULI PENGIRAN MUDA' ABDUL WAKEEL DAN YTM PADUKA SERI PENGIRAN ANAK PUTERI AMEERAH WARDATUL BOLKIAH BERKENAN MENYERTAI LARIAN BIBD CF ALAF 2013 — with Emelinda Angeles Macaspac.
Photo: YTM PADUKA SERI DULI PENGIRAN MUDA' ABDUL WAKEEL DAN YTM PADUKA SERI PENGIRAN ANAK PUTERI AMEERAH WARDATUL BOLKIAH BERKENAN MENYERTAI LARIAN BIBD CF ALAF 2013
YTM PADUKA SERI DULI PENGIRAN MUDA' ABDUL WAKEEL DAN YTM PADUKA SERI PENGIRAN ANAK PUTERI AMEERAH WARDATUL BOLKIAH BERKENAN MENYERTAI LARIAN BIBD CF ALAF 2013
Photo: YTM PADUKA SERI DULI PENGIRAN MUDA' ABDUL WAKEEL DAN YTM PADUKA SERI PENGIRAN ANAK PUTERI AMEERAH WARDATUL BOLKIAH BERKENAN MENYERTAI LARIAN BIBD CF ALAF 2013
YTM PADUKA SERI DULI PENGIRAN MUDA' ABDUL WAKEEL DAN YTM PADUKA SERI PENGIRAN ANAK PUTERI AMEERAH WARDATUL BOLKIAH BERKENAN MENYERTAI LARIAN BIBD CF ALAF 2013
Photo: YTM PADUKA SERI DULI PENGIRAN MUDA' ABDUL WAKEEL DAN YTM PADUKA SERI PENGIRAN ANAK PUTERI AMEERAH WARDATUL BOLKIAH BERKENAN MENYERTAI LARIAN BIBD CF ALAF 2013
Her Royal Highness Princess Ameerah Wardatul Bolkiah received a certificate and prize for the best Kindergarten Three pupil.
Photo: Her Royal Highness Princess Ameerah Wardatul Bolkiah received a certificate and prize for the best Kindergarten Three pupil.
Rhythmic story-telling of "The Boy and The Apple Tree" further highlighted the event. His Royal Highness Prince Abdul Wakeel was among the students participating in the performance.
Photo: Rhythmic story-telling of "The Boy and The Apple Tree" further highlighted the event.  His Royal Highness Prince Abdul Wakeel was among the students participating in the performance.
Her Royal Highness Princess Ameerah Wardatul Bolkiah taking part in the reading of the surah yassin
Photo: Her Royal Highness Princess Ameerah Wardatul Bolkiah taking part in the reading of the surah yassin
HIS Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and Her Majesty Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha yesterday graced Al-Falaah School’s Year End Concert and Graduation Certificate Presentation (Ihtifaal Ceremony) of the school’s Kindergarten 3 and Year 6 students as the school term for 2013/1435 Hijrah comes to a close. — with Norris Basheer and 3 others.
Photo: HIS Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and Her Majesty Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha yesterday graced Al-Falaah School’s Year End Concert and Graduation Certificate Presentation (Ihtifaal Ceremony) of the school’s Kindergarten 3 and Year 6 students as the school term for 2013/1435 Hijrah comes to a close.
MAJLIS MENGADAP DAN SANTAP MALAM BERSAMA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH DAN SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUANKU HAJAH HAMINAH @ ISTANA NEGARA. — with Norris Basheer and Sha'ann Tajudin.
Photo: MAJLIS MENGADAP DAN SANTAP MALAM BERSAMA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH DAN SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUANKU HAJAH HAMINAH @ ISTANA NEGARA.
KEBERANGKATAN LAWATAN YTM PAIPA SARAH KE BIRD PARK KUALA LUMPUR — with Antah Ah Antah.
Photo: KEBERANGKATAN LAWATAN YTM PAIPA SARAH KE BIRD PARK KUALA LUMPUR
KDYMM BERKENAN BERANGKAT KE BALI REPUBLIK INDONESIA BAGI MENGHADIRI 6TH BALI DEMOCRACY FORUM
Photo: KDYMM BERKENAN BERANGKAT KE BALI REPUBLIK INDONESIA BAGI MENGHADIRI 6TH BALI DEMOCRACY FORUM
YTM PADUKA SERI DULI PENGIRAN MUDA 'ABDUL WAKEEL DAN YTM PADUKA SERI DULI PENGIRAN ANAK PUTERI AMEERAH WARDATUL BOLKIAH BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS DOA SELAMAT DAN KESYUKURAN @ INDERA SAMUDERA, EMPIRE HOTEL
Photo: YTM PADUKA SERI DULI PENGIRAN MUDA 'ABDUL WAKEEL DAN YTM PADUKA SERI DULI PENGIRAN ANAK PUTERI AMEERAH WARDATUL BOLKIAH BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS DOA SELAMAT DAN KESYUKURAN @ INDERA SAMUDERA, EMPIRE HOTEL
YTM PADUKA SERI DULI PENGIRAN MUDA 'ABDUL WAKEEL DAN YTM PADUKA SERI DULI PENGIRAN ANAK PUTERI AMEERAH WARDATUL BOLKIAH BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS DOA SELAMAT DAN KESYUKURAN @ INDERA SAMUDERA, EMPIRE HOTEL — with Haji Mohd Noor Adam.
Photo: YTM PADUKA SERI DULI PENGIRAN MUDA 'ABDUL WAKEEL DAN YTM PADUKA SERI DULI PENGIRAN ANAK PUTERI AMEERAH WARDATUL BOLKIAH BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS DOA SELAMAT DAN KESYUKURAN @ INDERA SAMUDERA, EMPIRE HOTEL
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berserta kerabat diraja berkenan berangkat menghadiri Majlis Perkahwinan diantara Dayang Dhau'iyyah binti Abdullah dengan Awangku Abu Bakaruddin Shah Dinny bin Pengiran Haji Kamaruddin dan diantara Dayang Mas'udah binti Abdullah dengan Awangku Haji Muhammad Al-Yusrin bin Pengiran Dato Paduka Haji Sani.
 — with Manjalara Manja and 4 others.
Photo: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berserta kerabat diraja berkenan berangkat menghadiri Majlis Perkahwinan diantara Dayang Dhau'iyyah binti Abdullah dengan Awangku Abu Bakaruddin Shah Dinny bin Pengiran Haji Kamaruddin dan diantara Dayang Mas'udah binti Abdullah dengan Awangku Haji Muhammad Al-Yusrin bin Pengiran Dato Paduka Haji Sani.


TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'DUNIA KANAK-KANAK SASTERAKU,' Karya Ratu Rimba Niagara, Dato Azami & Laksamana Mas (Bhg 1)

KANAK-KANAK DUNIAMU KAMI FAHAMI DAN HARGAI KERANA KAMULAH PERMATA NEGARA


KANAK-KANAK PERMATA NEGARA , 'SELAMAT MERAIKAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2014,'


Ratu Rimba Niagara shared Dato Azami's photo.
·
SELAMAT HARI KANAK-KANAK 2014

Tahniah untuk semua kanak-kanak di Malaysia...
kerana harimu diraikan oleh semua orang dewasa
yang menyayangimu sepenuh jiwa raga...
Semua kanak-kanak di Malaysia dihargai dan disayangi
kerana mereka adalah PERMATA NEGARA.

Sempena Meraikan Hari Kanak-Kanak 2014
disiarkan puisi bertemakan kanak-kanak.

Moga kanak-kanak di Malaysia terhibur.

Puisi disiarkan lambang kasih sayang yang tidak berbelah
bahagi kepada semua kanak-kanak yang ada di Malaysia dan
di seluruh dunia.

'SELAMAT HARI KANAK-KANAK 2014'

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

Bonda Ratu Rimba Niagara
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara@Pujangga Sribu Jaman
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
14 Muharram 1436H
7 November 2014

Dato Azami
Selepas merasmikan hari kanak kanak

Dato Azami likes this.

Dato Azami Semoga terus cemerlang

Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin. Terima kasih Dato' Azami atas sokongan yang diberikan.

SAYA WARGANEGARA MALAYSIA


Saya warganegara Malaysia
yang mengamalkan rukun negara
sentiasa mendaulatkan Institusi diRaja
oleh semua rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia setia kepada Raja
setia kepada negara
termasuk rukun negara yang kedua
'SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA'

Rakyat negara saya terdiri daripada
pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
India. Walaupun berbeza agama,
bahasa, budaya dan warna kulit, kami hidup
aman damai tanpa sebarang sengketa.

Kami hidup bersatupadu, tolong
menolong dan hormat menghormati.

Perdana Menteri saya yang ke-6
namanya YAB Dato' Sri Mohd Najib
Bin Tun Haji Abd Razak.

Saya menghargai Perdana Menteri
saya kerana telah mencetuskan
Gagasan 1Malaysia iaitu,
1Malaysia Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan.

Saya percaya Gagasan 1Malaysia
akan berjaya! Ini membuatkan negara
saya aman makmur selamanya!

Saya sayang negara saya!

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 Syawal 1434H
13 OGOS 2013
(PUISI-PUISI DIIHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA KANAK-KANAK MALAYSIA YANG CINTAKAN NEGARA AGAR DAPAT MENCINTAI NEGARA SEJAK DARI KECIL LAGI)


CERITA IMAGINASI KANAK-KANAK KREATIF

KIKI

Kiki suka berada di bulan.
Di bulan Kiki main sorok-sorok dengan awan.
Kiki ada sayap.
Kiki terbang ke sana ke mari
bermain dengan bintang.

Di kepulan awan biru Kiki meniup seruling
sambil menyanyi lagu, ‘Ibu Oh! Ibu’.


BULAN DAN BINTANG

Bulan tersenyum melihat anak burung
berbulu biru terbang mencari rezeki.

Bulan suka tengok gelagat tiga ekor
kucing yang suka bermain dengan bintang,
duduk di pelangi dan seekor lagi
duduk di tunggul kayu berangan bermain
sorok-sorok dengan bintang dan bulan.


HARI JADI JOHN

Setiap tahun John meraikan hari jadi.
Hari ini hari jadi John yang kesembilan.
Ayah John membeli kek tiga tingkat.

Hari jadi John sungguh meriah kerana
diadakan di sebuah taman bunga
di kelilingi rama-rama pelbagai warna.


TIKAR AJAIB

Puteri Aliya dengan Putera Aliba
sangat gembira kerana dapat terbang
dengan ‘Tikar Ajaib’.

Mereka dapat terbang setelah terjumpa
dengan ‘Pelita Ajaib’ yang boleh memberi
kesaktian kepada si pemiliknya.

Apabila penat mereka pulang berehat
di Istana Kayangan yang indah
lagi permai.


NINA SAYANGKAN BAYI DINOSAUR

Nina tinggal di sebuah pulau bersama
bayi Dinosaur. Mereka berdua
berkawan baik.

Nina sangat sayangkan bayi
Dinosaur.

Bayi Dinosaur sangat comel.
Telinganya panjang seperti arnab.
Kukunya tajam seperti harimau.
Nina suka cium Bayi Dinosaur.
Bayi Didosaur tersenyum malu.
Bayi Dinosaur sangat gembira.
Hidupnya hari-hari ceria.

Dia gembira kerana keluarganya
sangat baik dengan keluarga
angkatnya.

Walaupun dia cumalah haiwan
dan keluarga angkatnya manusia
tetapi mereka saling hormat
menghormati dan sayang
menyanyangi di antara satu
sama lain.

Nina adalah kakak angkat yang
sangat sayangkan ‘Bayi Dinosaur’.


BERMIMPI JADI ANAK GERGASI


Pada suatu hari Ramasamy pergi
berkelah di sebuah pulau.
Dia membawa bekalan.
Ramasamy tertidur kekenyangan.

Dia tidur dengan nyenyaknya,
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Ketika tidur Ramasamy bermimpi
menjadi anak gergasi.


CITA-CITA SAYA


Cita-cita saya hendak menjadi
seorang doktor.

Saya mesti belajar bersungguh-
sungguh.

Apabila sudah menjadi doktor
nanti, saya boleh nasihatkan
pesakit saya supaya amalkan
makan makanan sihat seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan.


TAMAN BUNGA IBU SAYA


Ibu saya suka tanam pokok bunga.
Halaman rumah saya penuh dengan
pokok-pokok bunga.

Setiap petang saya menyiram pokok-
pokok bunga.

Halaman rumah saya seperti taman
bunga yang sangat indah di pandang
mata.

Ibu dan ayah saya suka hati melihat
pokok-pokok bunga yang segar dan
cantik.

Ibu saya kata,‘Taman bunga
membuatkan hatinya berasa aman
dan tenang.’


KERETA TERBANG


Pagi Ahad itu Ah Chong bangun pagi.
Dia sangat gembira sambil menghirup
udara segar di jendela.

Setelah mendapat kebenaran ibu dan
ayahnya, dia terbang ke awan biru.

Ah Chong sangat gembira kerana
tanpa sokongan kedua orang tuanya
Ah Chong tidak akan dapat terbang
di awan biru bersama dengan kereta
terbang ciptaannya.


KEINDAHAN TAMAN BUNGA

Sungguh indah taman bunga yang
menghijau ini.
Menghidu bauan bunga-bungaan
yang mewangi setiap pagi.

Dihiburkan dengan kicauan burung-
burung seolah-olah sedang menyanyi-
nyanyi lagu merdu.

Diindahkan lagi dengan Sang Rama-Rama
yang berwarna-warni.

Sungguh indah!
Sungguh aman!
Buat hati rasa tenang!


KAMBING GURUN AJAIB


Ini Kambing Gurun Ajaib.
Kambing Gurun Ajaib ini namanya Lito.
Lito boleh terbang ke mana dia suka.

Lito suka bermain dengan bintang-bintang
yang bergemerlapan di langit malam.
Kadang-kadang dia menanduk bintang.
Bintang suka berkawan dengan Lito.
Lito baik hati dan tidak pandai bercakap
bohong.


HARIMAU KEMBAR SIAM


Ini Harimau Kembar Siam.
Mereka telah selamat menjalani
pembedahan pemisahan semasa
bayi lagi.

Kini Harimau Kembar Siam telah
dewasa.

Ke mana pergi mereka selalu
bersama.

Setiap petang, Harimau
Kembar Siam pergi ke sebuah
tasik untuk menghilangkan
dahaga.

Harimau Kembar Siam sayang
menyayangi di antara satu sama lain.


KELUARGA ZIRAFAH


Ini sekumpulan keluarga zirafah.
Keluarga zirafah ini sangat bahagia.
Ke mana pergi mereka berkumpulan
bersama.

Ibubapa mereka penyayang dan
bertanggungjawab.
Anak-anak dididik supaya hormat
menghormati di antara satu
sama lain.

Mereka hidup aman damai dan
berkasih sayang selamanya!


KUDA BELANG


Kasihan sungguh dengan sekumpulan
kuda belang ini.

Mereka berlari sekuat hati daripada
ditembak oleh manusia yang tiada
perasaan belas kasihan.

Manusia kejam itu hanya mahu
mengaut keuntungan sahaja.

Mereka akan menjual kulit kuda
belang dengan harga yang tinggi.

Kuda belang akan pupus di muka
bumi ini jika tidak dibanteras
jenayah membunuh kuda belang.


ZOO NEGARA


Saya suka pergi ke Zoo Negara.
Di Zoo Negara ada pelbagai
haiwan hidupan liar.
Singa senyum kepada saya.
Anak zirafah sangat comel.
Saya suka tengok anak gajah
pakai topi. Sungguh comel!
Anak gajah senyum kepada saya.

Saya sangat sayang semua haiwan
yang ada di Zoo Negara.

Nanti ada peluang saya akan
datang lagi ke Zoo Negara.


IKAN LUMBA-LUMBA

Ikan Lumba-Lumba sangat cerdik.
Perangainya suka melompat-lompat
sambil menyumpit air.
Sungguh melucukan!
Saya suka sangat dengan ikan lumba-lumba.

Saya pernah bermimpi, saya duduk
di belakang ikan lumba-lumba.

Dalam mimpi tersebut ikan lumba-
lumba membawa saya mengembara
ke dasar laut yang indah lagi permai.
Ibu kata saya tidur sambil tersenyum.

Saya ceritakan mimpi saya kepada ibu
saya. Ibu pun tersenyum geli hati.
Sungguh indah permandangan di dasar laut.
Di penuhi dengan batu karang, ikan pelbagai
jenis dan warna, tapak sulaiman, siput dan
bermacam-macam lagi.

Mereka hidup bersatupadu tanpa ada
pergaduhan. Masing-masing mencari
rezeki tanpa mengambil hak penghuni
lain.

Saya suka dengan kehidupan penghuni
laut yang aman, damai dan permai.


HADIAH WAU

Ayah membeli wau untuk saya.
Wau saya cantik.
Saya suka melihat wau saya terbang tinggi.
Wau saya terbang tinggi ditiup angin.
Saya gembira.
Ayah suka hati.
Ibu senang hati.

Wau! Sukanya hati saya hari ini.
Hendaknya kegembiraan saya ini
dapat dikongsi bersama dengan
rakan-rakan yang seusia dengan saya.
Ibu-ibu …Bapa-bapa…Di luar sana
hadiahkan wau untuk anak kesayangan
anda!
Mereka pasti gembira.
Percayalah cakap saya.
Tak percaya cubalah!
Anak anda pasti gembira seperti saya.


SAYA WARGANEGARA MALAYSIA


Saya warganegara Malaysia
yang mengamalkan rukun negara
sentiasa mendaulatkan Institusi diRaja
oleh semua rakyat Malaysia
rakyat Malaysia setia kepada Raja
setia kepada negara
termasuk rukun negara yang kedua
'SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA'

Rakyat negara saya terdiri daripada
pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
India. Walaupun berbeza agama,
bahasa, budaya dan warna kulit, kami hidup
aman damai tanpa sebarang sengketa.

Kami hidup bersatupadu, tolong
menolong dan hormat menghormati.

Perdana Menteri saya yang ke-6
namanya YAB Dato' Sri Mohd Najib
Bin Tun Haji Abd Razak.
Saya menghargai Perdana Menteri
saya kerana telah mencetuskan
Gagasan 1Malaysia iaitu,
1Malaysia Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan.

Saya percaya Gagasan 1Malaysia
akan berjaya! Ini membuatkan negara
saya aman makmur selamanya!
Saya sayang negara saya!

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 Syawal 1434H
13 OGOS 2013
(PUISI-PUISI DIIHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA KANAK-KANAK MALAYSIA YANG CINTAKAN NEGARA AGAR DAPAT MENCINTAI NEGARA SEJAK DARI KECIL LAGI)


Puisi Cakarawala Sumber Inspirasi Saya


Saya suka kepada bulan kerana
bulan suka senyum kepada saya.

Saya suka bintang kerana
bintang tak jemu bersinar.

Saya suka matahari kerana
tanpa matahari hidup saya
gelap gelita.

Saya suka pelangi kerana
pelangi menceriakan hidup saya.

Saya suka semua yang ada di cakarawala
kerana semuanya telah memberi inspirasi
kepada saya untuk menghargai Pencipta saya!

Saya Bahagia
hidup saya indah…
seindah bulan di langit.
hidup saya terang
seterang bintang bergemerlapan.
hidup saya ceria…
seceria pelangi yang berwarna-warni.

Hidup saya bahagia...
sebahagia matahari yang memancarkan
sinar untuk penghuni bumi.

Hidup saya setia...
sesetia pengedaran bumi berputar
mengikut paksinya.

Hidup saya aman...
seaman planet di galaksinya yang
berputar mengelilingi matahari mengikut
orbit masing-masing.

Kalau planet tidak mengikut orbit masing-masing
sudah pasti berlakulah pelanggaran planet-planet
di cakarawala. Akan musnahlah segalanya.
Justeru saya tidak mahu begitu!
yang saya mahu penghuni bumi ini bahagia!
sentiasa bersyukur kepada Tuhan saya Allah Azzawajallah
Pencipta Semesta Alam!

Saya sayang dan cinta Allah Tuhan saya selagi hayat di kandung badan.
Cita-cita saya mahu melihat Wajah Allah Azzawajallah di Syurga
berdekatan dengan Rasulullah bersama dengan semua ahli keluarga saya
dan semua ummat Nabi Muhammad saw yang saya sayangi dunia akhirat.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

Karya : Ratu Rimba Niagara
25 Jun 2010


PANTUN KAWAN SAYA BERNAMA DINO DAN SI SEBERANG


Hari-hari saya ke sekolah,
Pergi ke sekolah bersama dinosaur;
Sukanya hati cikgu tak marah,
Kerana saya berkawan dengan dinosaur.


Dinosaur saya bernama Dino,
Saya berkawan sejak dulu;
Pergi sekolah bersama Dino,
Melintas jalan Dino dahulu.

Dino tunggu di pintu sekolah,
Saya belajar penuh semangat;
Beg saya bewarna merah,
Guru mengajar saya mengingat.


Saya kenalkan Dino dengan kawan,
Kawan gembira tidak terkata;
Di waktu rehat dibelanja kawan,
Dino tersenyum tersebar berita.


Tersebar berita berkawan dengan dinosaur,
Kedatangan Dino disambut mesra;
Dino diberi makan sayur,
Kemesraan mereka amat ketara.


Dino sakit saya bimbang,
Diberi ubat sembuh sakitnya;
Menyayangi Dino bukan kepalang,
Tidak ke sekolah kawan bertanya.

Masa cuti berkelah di pantai,
Semasa di pantai ramai berkerumun;
Meminati Dino yang bijak pandai,
Ramah tamah Dino mereka terpegun.

Semasa mandi-manda kami gembira,
Seakan berpesta besar-besaran;
Gembiranya hati tidak terperi,
Kerana Dino dapat kenalan.

Peminat Dino ramai tidak terkata,
Memberi hadiah tanda persahabatan;
Dino terima dengan hati terbuka,
Terima undangan tidak keberatan.

Hari-hari hidup gembira,
Kerana Dino sentiasa lucu;
Pergi ke sekolah membara-bara,
Ilmu ditimba terus maju.

Seekor kucing melintas jalan,
Dino selamatkan dari dilanggar;
Syukurlah kerana dapat berjalan,
Dibawa pulang saya bersyukur.

Kucing diberi nama Si Seberang,
Kerana tidak pandai menyeberang;
Baiknya kucing tidak menyerang,
Bahagianya kami dahulu hingga sekarang.

Dino tidak bersikap garang,
Walaupun Si Seberang ganas dengannya;
Dari dahulu hingga sekarang,
Dino bersabar dengan kerenahnya.

Si Seberang tidak lalu makan,
Risaunya saya bukan kepalang;
Berjumpa doktor Dino nasihatkan,
Sembuh terus sakit Si Seberang.

Kami ketawa terbahak-bahak,
Apabila Si Seberang dipakai baju;
Sakit perut ketawa terbahak-bahak,
Dino nasihatkan makanlah keju.

Sudah enam tahun kami berkawan,
Kehidupan kami amat membahagiakan;
Dino ke sungai menangkap ikan,
Si Seberang makan saya pun makan.

Kami bertiga tidak pernah bergaduh,
Kami bergurau setiap hari;
Tiada keluar perkataan bodoh,
Kasih sayang kami tidak terperi.

Bersiar di padang kami bertiga,
Si Seberang dengan saya sangat gembira;
Dibawa Dino berjaga-jaga,
Agar kami terus gembira.

Ikatan kami amat mesra,
Kami gembira hidup begini;
Bersenda gurau gembira sentiasa,
Saling sayang menyayangi sesama sendiri.

Indahnya hidup setiap hari,
Moga bahagia milik kami bertiga;
Berkasih sayang antara kami,
Hari-hari berbunga cinta Syurga.

Karya: PUTRI RIMBA
26 April 2012
(PANTUN IMAGINASI KANAK-KANAK KREATIF INI ISTIMEWA UNTUK SEMUA KANAK-KANAK MALAYSIA YANG DIKASIHI DUNIA AKHIRAT)


INGIN KUGAPAI BULAN DAN BINTANG UNTUK KUHADIAHKAN KEPADA ANAK CUCU NUSANTARAKU YANG DIKASIHI DUNIA AKHIRAT!


" Ambilkan Bulan "
Karya: Laksamana Mas & Ratu Rimba Niagara


Ambilkan bulan bu,
Ambilkan bulan Bu
yang selalu bersinar dilangit
Dilangit bulan benderang
Cahyanya sampai ke bintang
Ambilkan bulan Bu
untuk menerangi,
tidurku yang lelap
Dimalam gelap
Beningnya suara mu menggetarkan seluruh tubuh ku,.....
"Dewi Arum Ayu Laksimi Laksitarukmi Kusumoningrat "
- Dewi Sekar Tanjung -
kebahagiaan selalu ada bersama mu,.
Amin...amin..amin..Ya Rabbalalamin......
By: Laksamana Mas


BULAN INDAH HADIAH UNTUKMU NAK!


Nak...
Ini bulan indah untuk mu nak...
dengan keringat air mata darah
bu usahakan sampai berjaya
demi kebahagiaan dunia akhiratmu sayang
bu pertaruhkan nyawa
di setiap penjuru waktu
demi menggapainya
hingga berjaya sayang

Dari segi lojik
dalam usia selewat begini
mana bisa mampu
bu menggapainya sayang
tapi demi kekuatan cinta
yang tak pernah padam padamu sayang
bu usahakan sehingga berjaya
biarpun hati bu remuk redam
luka parah membarah
pedih perih
jerih memerihkan
sakit menyakitkan
bu teruskan jua perjuangan ini
demi mu sayang...
tak apalah
apalah ada kebahagiaan di dunia ini
yang cuma sementara saja
jika dibandingkan dengan
kebahagiaan hakiki
di negeri abadi sayang...
makanya jagalah
hadiah bulan ini nak
tulus ikhlas daripada bu...untukmu sayang...
bu memberi hadiah yang
paling berharga padamu sayang
tiada niat untuk mengharap
balasan apa-apa darimu sayang
cuma cukuplah sekadar
menjaga kemerdekaan ibu pertiwimu
agar tidak akan jatuh
ke tangan musuh durjana
jagailah sampai kapanpun!
selagi ada bulan dan matahari!

Jangan lupa di setiap kali
bulan mengambang
jika rindu pada bu
pandanglah senyuman bu di sana
pasti hilang rindumu sayang...

Ibu yang menyayangimu dunia akhirat

Tulus Ikhlas Daripada Bunda Permaisuri Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
14 Jun 2012

KARYA RATU RIMBA NIAGARA & LAKSAMANA MAS
15 Jun 2012


APABILA TAPAK SULAIMAN/ BINTANG LAUT MENJADI BINTANG


Sejak berkurun lamanya Tapak Sulaiman
berada di dasar laut.

Tiba-tiba terdetik di hati Tapak Sulaiman,
‘Sampai bila aku jadi begini?’

Di dasar laut cuma nampak bebayang
bintang-bintang disimbahi cahaya rang bulan.
“ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!

Tiada bezanya aku dengan bintang
cuma aku di dasar lautan
tidak berkedipan!

Bolehkah aku jadi bintang?
Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?

Di dasar ini aku tidak berfungsi
kepada penghuni laut
sedangkan aku ingin hidup
menyinari hidupku dan menyinari
hidup mereka yang memerlukan
kerdipan sinarku.” Tapak Sulaiman
mula menyedari kejahilannya.
Dia telah memasang impian.

Setiap hari Tapak Sulaiman
terus mengeluh...
meratapi nasib diri…
mencemburui kegemerlapan bintang
seolah-olah mereka mengejeknya
kerana berangan hendak
menjadi bintang.

“Kau siapa?
jalan pun terhegeh-hegeh
di dasar laut ini… tanpa boleh berbuat apa-apa?
lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
kebijaksanaan aku.. Jangan nak beranganlah!
ha…ha…ha…” Ejek naga laut sambil menayangkan
kejadiannya yang unik mempersonakan
seluruh penghuni laut kerana itu naga laut
popular dan dihormati .


“Engkau jangan memperlekehkan
cita-cita aku. Akan kubuktikan!
Lihatlah nanti!” Jerit Tapak Sulaiman
memecah ketenangan malam itu.


Laut yang tenang tiba-tiba mengaum di sertai
dengan gelombang ombak mengganas!

Gerakkan dasar laut telah membawa
Tapak Sulaiman ke dalam gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempasnya
ke pantai.


Kini Tapak Sulaiman berada di pantai
di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!
Seakan mimpi Tapak Sulaiman
berjalan ke sana ke mari
menari-nari.

Bila malam tiba Tapak Sulaiman
menikmati suasana malam sambil
memerhatikan kegemerlapan
bintang-bintang di langit di sinari
sinaran cahaya bulan.

Sungguh jelas permandangan tika itu
tidak perlu samar-samar lagi
tika berada di dasar laut.

“Bolehkah aku menjadi bintang?
Bolehkah? Bolehkah?
Bintang aku ingin berkawan denganmu?
Aku ingin menjadi sepertimu.”

“Tapak Sulaiman, kau boleh menjadi
seperti kami jika kau yakin dengan
kebolehanmu! Percayalah!
Kami menunggu kau di sini!
Kau boleh! Pasti boleh!”
Kata perangsang bintang kepada
Tapak Sulaiman pada malam itu.

“Pelik ya macam mana bintang boleh
mendengar suaraku? Sedangkan
jarak dengannya…
bintang di langit aku di bumi
komunikasi aku dengan bintang
satu keajaiban!”

Tiba-tiba kedengaran
gauman entah mana datangnya
memecah ketenangan malam.
Pepasir di pantai berterbangan.
UFO rupanya sedang mendarat
dua makhluk asing datang
menghampiri Tapak Sulaiman.

“Tapak Sulaiman mahu ke engkau
ikut kami?” Tanyanya.
Ke mana?”
“Úntuk merealisasikan cita-cita kau menjadi bintang?”
“Nak! Nak! Nak! Bodohlah aku kalau tak nak!”

Malam itu mimpi Tapak Sulaiman menjadi kenyataan!
Dia telah menjadi bintang!
Disambut bintang-bintang yang
Bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
yang menakjubkan Tapak Sulaiman!

Siapa sangka impian Tapak Sulaiman menjadi kenyataan?
Tidak sia-sia impiannya selama ini!
Barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
Ini jika digunakan keajaiban minda!
“Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
akan kukongsi bersama mereka yang ingin
menjadi sepertiku!”
Janji Tapak Sulaiman pada dirinya.


Karya : Ratu Rimba Niagara
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013/13 Agustus 2013
(PETIKAN DARIPADA GALERI SASTRA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
17 Agustus 2013
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2013, HARI KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 & KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013)

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

Bonda Ratu Rimba Niagara
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara@Pujangga Sribu Jaman
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
14 Muharram 1436H
7 November 2014
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KANAK-KANAK PADA 7 NOVEMBER 2014 MOGA KANAK-KANAK DI SELURUH MALAYSIA TERHIBUR, BONDA SAYANG SEMUA KANAK-KANAK MALAYSIA SELAGI HAYAT DI KANDUNG BADAN KERANA KALIANLAH PERMATA NEGARA)

PUISI DISIARKAN DI PAGE KDYMM SULTAN MUHAMMAD 5 TUANKU FARIS PETRA, TENGKU MAHKOTA KELANTAN. KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH, PRINCE ABDUL MALIK, PRINCESS AMEERAH WARDATUL BOLKIAH, KDYMM MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN, PM NAJIB RAZAK, JENDRAL PRABOWO SUBIANTO & DATO AZAMI
14 Muharram 1436H
7 November 2014

0 comments:

Post a Comment

 
;