Friday, 2 January 2015

SALAM MAULIDUR RASUL, 'PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA'


PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA

"And whoever fears Allah He will make for him a way out" (Quran 65:2)
Like ·  ·  · 549,5546,668101,832

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
...Continue Reading

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
1. Alhamdulillah, segala pujian dan setinggi kesyukuran hanya kepada Allah SWT, kerana sekali lagi kita dipertemukan dengan tarikh 12 Rabiul Awal 1436 Hijriyah bagi memperingati keputeraan Rasulullah SAW. Selawat serta salam ke atas penghulu sekalian nabi dan rasul, juga kepada ahli keluarga dan sahabat baginda sekalian.
2. Allah SWT berfirman di dalam Surah al-Hajj ayat 32 yang bermaksud:
“Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang memuliakan Syiar-syiar Allah, sesungguhnya ia adalah suatu manifestasi daripada hati-hati yang bertaqwa kepada Allah.”
3. Secara jelas Al Quran telah mendidik kita agar sentiasa meninggikan Syiar Islam antaranya dengan memuliakan Rasulullah SAW melalui ucapan selawat dan menghidupkan sunnah-sunnah Baginda. Ia sebagai sebahagian indikator ketaqwaan insan Mukmin kepada Allah SWT. Oleh itu, perjuangan memperteguhkan Iman dan syariat Islam yang dibawa Baginda perlu menjadi agenda utama dalam kehidupan seharian kita untuk mencapai keberhasilan taqwa.
4. Sehubungan itu, bagi membuktikan komitmen Malaysia dalam soal melaksanakan dasar-dasar yang berlandaskan prinsip Islam sebenar, maka Indeks Syariah dibangunkan bagi mengukur tahap keseriusan usaha Kerajaan dalam mengimarahkan prinsip, nilai dan sistem Islam merentasi pelbagai sektor.
5. Inisiatif ini diharap menjadikan tadbir urus Kerajaan lebih menghampiri amalan dan sunnah Rasulullah SAW dalam usaha kita untuk mengisi tuntutan bagi menghidupkan syariat Islam itu sendiri. Natijahnya akan lahirlah negara dan masyarakatnya yang seimbang serta cemerlang dalam aspek kemajuan, penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang pada masa sama berakhlak mulia dan berjati diri unggul sebagai warga negara Malaysia.
6. Bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”, saya menyeru agar kita sentiasa menyuburkan semangat perpaduan sesama kita sebagai rakyat Malaysia. Mari kita tonjolkan persamaan antara kita dan meraikan kepelbagaian yang ada. Bersamalah kita membina negara ini dengan sikap berlapang dada atas nama perpaduan, mengambil yang jernih dan meninggalkan segala kekeruhan.
7. Sesuai dengan tujuan Rasulullah SAW diutus sebagai pembawa risalah yang penuh rahmat dan kesejahteraan untuk sekian makhluk, diharapkan usaha aplikasi Islam dalam pentadbiran negara ini dapat membangunkan Malaysia yang lebih makmur dan diberkati. Semoga sambutan Maulidur Rasul SAW kali ini terus membangkitkan keghairahan dan mengupayakan kita untuk mencontohi akhlak serta mengamalkan sunnah Baginda, agar berjaya di dunia dan di akhirat. Pada kesempatan ini juga, saya mengajak kita semua menghiasi diri dengan sifat sabar dan redha, dalam menghadapi ujian banjir yang agak luarbiasa ini. Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan kerajaan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban musibah banjir, dan pada masa yang sama kita terus bersolat hajat dan berdoa agar negara kita sentiasa di bawah kerahmatan Allah SWT.
Sekian, Wassalam.
Unlike ·  · 


  • Firman Sah Amin,,,,,allah humma amin?
    Like · Reply · 35 mins
  • Rabeah Binti Mohd Ali SALAM MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA PEMIMPIN DAN RAKYAT 1MALAYSIA TERCINTA, 'PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA,' 

    Rasulullah saw.bersabda :" Aku tinggalkan dua pusaka untukmu sekalian, yang kalian tidak akan tersesat selamanya selagi berpegang teguh kepada keduanya yaitu kitab Allah (Al-Qur'an) dan sunnah rasul-Nya".

    MENCINTAI-MU ALLAH TIADA PENGHUJUNG-NYA
    Akan selalu kusebut dan kusimpan dalam hati namaMu Ya Allah,,, 
    hingga nafas ini tak lagi berjalan.........!!! — at ALLAH.

    SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD SAW 12 RABIULAWAL 1436H

    'SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1436H'

    Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
    (Riwayat Al Sajary daripada Anas)

    SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H . ✅
    Perpanjangkan kepada seluruh Umat ISLAM sebagai tanda kecintaan kita kepada NABI MUHAMMAD SAW.

    ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
    MOGA CINTA DAN KASIH INI
    MENGUNDANG RINDU MEMBARA
    TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
    HINGGA KE AKHIR HAYATKU
    MENCINTAI-NYA
    DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
    SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
    DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW
    DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA
    MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    'SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1436H'

    CINTA KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD S.A.W

    Kau dilahirkan
    untuk memberi
    Rahmat Sekalian Alam
    berpekerti mulia
    menempuh segala cabaran
    dan dugaan semata-mata
    untuk menyebar
    Agama Suci Allah
    berkorban apa saja
    demi umat sezamannya
    dan akhir zaman

    Sambil berdiri, duduk dan
    berbaring sentiasa
    mengingati umatnya
    mencintai umatnya
    sepenuh hati
    sepenuh jiwa
    Masya-Allah!
    sentiasa berdoa pada Tuhan
    agar umatnya mati dalam
    lafaz kalimah
    LaaillaahaillAllahMuhammadaRasullullah
    risaunya Nabi terhadap umatnya
    hingga nafas terakhir
    menyebut-nyebut umatnya
    ‘Umatku! Umatku! Umatku!

    Duhai Kekasih Allah
    Nabi Muhammad S.A.W
    biarpun telah tiada jasadmu
    budimu…
    pengorbananmu…
    cintamu kepada umatmu
    akan dikenang…
    dihargai dan
    disanjung tinggi hingga
    ke akhir hayat kami
    kami tahu kau mencintai kami
    ketika berdiri, duduk dan berbaring
    hingga ke akhir hayatmu
    amatlah rugi dunia akhirat!
    malang dunia akhirat!
    jika kami tidak membalas cintamu

    Wahai Nabi Allah
    Kekasih Allah
    sebagai membalas cintamu
    pada kami umatmu
    kami akan menjadi
    pewaris setiamu
    menyebarkan dakwahmu
    Al-Quran dan Hadis
    yang kau tinggalkan
    untuk kami umatmu

    Selawat untukmu
    wahai kekasih Allah
    terimalah kami
    menjadi kekasihmu
    sebagaimana kau
    menjadi Kekasih Allah
    moga dengan cinta kami ini
    dapatlah kami keberkatan
    cintamu di dunia
    Di Padang Mahsyar
    mendapat Syafaatmu
    AAmin Ya Rabbal A’lamiin

    YA RASULULLAH KURNIAKAN KAMI SYAFAATMU KERANA KAMI CINTAMU SEBAGAIMANA RASULULLAH CINTA DAN KASIHKAN KAMI SEHINGGA AKHIR HAYATMU MENGINGATI KAMI TERHARU SEHINGGA SAAT IN. ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    'SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1436H'

    Karya Ratu Rimba Niagara
    12 Rabiulawal 1436H
    3 Januari 2015
    (PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MEMPERINGATI HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD SAW DAN MENGHARGAI PERJUANGAN BAGINDA RASULULLAH DALAM MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM SEHINGGA TERSEBAR LUAS DI SERATA DUNIA MOGA BERKAT KITA BERSIRATURRAHIM ATAS DASAR 1 UMMAH 1 AKIDAH KITA MATI DALAM HUSNUL KHOTIMAH MENDAPAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW DI PADANG MAHSYAR DAN BERSAMA DI SYURGAWI MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)




PM NAJIB RAZAK PRIHATIN DENGAN MASALAH MANGSA BANJIR YANG DITIMPA MALAPETAKA BANJIR DI PANTAI TIMUR MOGA ALLAH SWT MEMBALAS SEGALA KEBAIKANMU AAMIIN

Najib Razak added 6 new photos.Yesterday at 12:33am ·

Petang tadi saya meninjau keadaan banjir di kawasan sekitar Perak bersama Menteri Besar Datuk Seri Zambry. Kerajaan telah menggerakkan semua jentera dan aset untuk memastikan bantuan sampai kepada mangsa banjir.

INDAHNYA PERSAUDARAAN ISLAM SEPERTI BERADA DI TAMAN-TAMAN SYURGAWI,SALING MENGHARGAI, MENYAYANGI, BEKERJASAMA DEMI MERAIH CINTA DAN RAHMAT KASIH-NYA ALLAH SEHINGGA KE AKHIR HAYAT SERASI BERSAMA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

KITA AKAN BAHAGIA JIKA KITA BERSYUKUR

Syukurlah Islam agama yang kita anuti
Syukurlah kita punyai keluarga
Syukurlah punyai bapa
Syukurlah punyai ibu
Syukurlah punyai suami
Syukurlah punyai isteri
Syukurlah punyai anak
Syukurlah punyai kekayaan
Syukurlah walaupun miskin
Syukurlah punyai pangkat
Syukurlah punyai iman walau ditimpa apapun ujian dari-Nya,
Bukan namanya manusia jika tidak diuji-Nya

Banyak hikmah disebalik ujian-Nya
banjir salah satu ujian yang terbesar dari-Nya
diturunkan bencana atas perbuatan manusia itu sendiri
tidak menghargai anugerah dari-Nya untuk memelihara bumi
dengan sewajarnya

Akar pohonan jati  yang mencengkam bumi musnah
akibat penerokaan balak tanpa kawalan
demi kepentingan duniawi

maka jangan salahkan TUHAN
andai bumi tak mampu bertahan lagi
berlaku limpahan banjir lumpur
runtuhan tanah
kampung dan bandar ditenggelami air
hingga ada yang terkorban akibat banjir
harta benda tiada dapat diselamatkan lagi
dibawa arus deras banjir
rasaksa banjir datang tanpa diduga
amat luar biasa sekali!!!
rumah kediaman musnah
tiada lagi tempat berlindung
kebuluran
kemiskinan
derita
sengsara
datang melanda
bertubi-tubi
menjadi gelandangan di tanah air sendiri
Mujurlah punyai kerajaan
para pemimpin dan rakyat prihatin
datang membantu
tidak kira waktu
sepanjang masa
bertungkus lumus
membantu semua mangsa banjir
seikhlas hati setulus hati
demi kerana kewajipan sebagai pemimpin
yang bertanggungjawab kepada semua rakyatnya
tanpa mengira parti, bangsa dan agama
semuanya dibantu
sudah menjadi kewajiban sebagai saudara seislam
membantu saudaranya di kala musibah datang melanda

Musibah banjir yang menimpa negara
banyak hikmah di sebaliknya...
jika dulu pemimpin lupa akan tanggungjawabnya pada rakyat
membantu sekadar apa adanya
tapi bila banjir
membantu keseluruhannya sehingga tiada yang dipinggirkan
SUBHANALLAH Maha Bijaksana-Nya Allah
merencanakan sesuatu yang tidak disenangi hamba-Nya tapi memberi kebaikan kepada semua hamba-Nya agar bersatu hati dan saling bekerjasama dalam apa jua keadaan rakyat yang dibawah kepimpinannya tak kira parti tak kira bangsa dan agama. Murninya agama Islam sentiasa prihatin dengan masalah ummat Nabi Muhammad saw..

Moga dengan musibah banjir yang menimpa negara kita ...menginsafi diri bahawa kita tetap hamba-Nya menerima segala takdir-Nya dalam redha agar di masa akan datang sentiasa bersyukur atas setiap anugerah dari-Nya. Allahu Akbar Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

Karya Ratu Rimba Niagara
9 Rabiulawal 1436H
31 Disember 2014

SYUKUR YA ALLAH KERANA IZINKAN AKU BERKARYA SASTERA TANPA-MU AKU TIDAK DAPAT BERSASTERA WALAUPUN SEBARIS AYAT. TERIMA KASIH DUHAI HAMBA ALLAH KARENA SUDI LIKE DAN KOMENTAR KARYA YANG DISIARKAN SEPANJANG TAHUN 2014. MAAF ZAHIR & BATHIN ATAS SEGALA KEKHILAFAN TUTUR BICARA DALAM BERKARYA. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2015 MOGA SEMUANYA TERUS BAHAGIA DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

'SIAPAPUN KAMU TAK KIRA DI MANA KAMU BERADA KAMU TETAP SAUDARA SEISLAMKU YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT, DI DUNIA NYATA KITA TAK BERTEMU IN SHAA ALLAH DI SYURGA KITA BERTEMU BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH. ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'

SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH DUNIA.'

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
12 Rabiulawal 1436H3 Januari 2015
PETIKAN PAGE PM NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA
11 Rabiuawal 1436H
2 Januari 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;