Friday, 2 January 2015

SEMOGA MALAYSIA SENTIASA DI BAWAH KERAHMATAN ALLAH SWT


SEMOGA MALAYSIA SENTIASA DI BAWAH KERAHMATAN ALLAH SWT


RASULULLAH  SAW DIUTUS SEBAGAI PEMBAWA RISALAH PENUH RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN SELURUH ALAM


"And whoever fears Allah He will make for him a way out" (Quran 65:2)
Like ·  ·  · 549,5546,668101,832
  • 'SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD SAW 
    12 RABIULAWAL 1436H,'



    Rasulullah saw.bersabda :
    " Aku tinggalkan dua pusaka untukmu sekalian, yang kalian tidak akan tersesat selamanya selagi berpegang teguh kepada keduannya yaitu kitab Allah (Al-Qur'an) dan sunnah rasul-Nya".
    Unlike ·  · 
    • You, Lang Kelana and 7 others like this.
    • Rabeah Binti Mohd Ali SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD SAW 
      12 RABIULAWAL 1436H,'
      3 mins · Like · 1
    • Rabeah Binti Mohd Ali MENCINTAI-MU ALLAH TIADA PENGHUJUNG-NYA
      Akan selalu kusebut dan kusimpan dalam hati namaMu ya Allah,,, 
      hingga nafas ini tak lagi berjalan.........!!! — at اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ.

      'SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1436H'

      Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
      (Riwayat Al Sajary daripada Anas)

      SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H . ✅
      Perpanjangkan kepada seluruh Umat ISLAM sebagai tanda kecintaan kita kepada NABI MUHAMMAD SAW.

      ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH

      ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
      MOGA CINTA DAN KASIH INI
      MENGUNDANG RINDU MEMBARA
      TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
      HINGGA KE AKHIR HAYATKU
      MENCINTAI-NYA
      DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
      SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
      DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW
      DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA
      MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
      AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

      'SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1436H'


      CINTA KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD S.A.W

      Kau dilahirkan
      untuk memberi
      Rahmat Sekalian Alam
      berpekerti mulia
      menempuh segala cabaran
      dan dugaan semata-mata
      untuk menyebar
      Agama Suci Allah
      berkorban apa saja
      demi umat sezamannya
      dan akhir zaman

      Sambil berdiri, duduk dan
      berbaring sentiasa
      mengingati umatnya
      mencintai umatnya
      sepenuh hati
      sepenuh jiwa
      Masya-Allah!
      sentiasa berdoa pada Tuhan
      agar umatnya mati dalam
      lafaz kalimah
      LaaillaahaillAllahMuhammadaRasullullah
      risaunya Nabi terhadap umatnya
      hingga nafas terakhir
      menyebut-nyebut umatnya
      ‘Umatku! Umatku! Umatku!

      Duhai Kekasih Allah
      Nabi Muhammad S.A.W
      biarpun telah tiada jasadmu
      budimu…
      pengorbananmu…
      cintamu kepada umatmu
      akan dikenang…
      dihargai dan
      disanjung tinggi hingga
      ke akhir hayat kami
      kami tahu kau mencintai kami
      ketika berdiri, duduk dan berbaring
      hingga ke akhir hayatmu
      amatlah rugi dunia akhirat!
      malang dunia akhirat!
      jika kami tidak membalas cintamu

      Wahai Nabi Allah
      Kekasih Allah
      sebagai membalas cintamu
      pada kami umatmu
      kami akan menjadi
      pewaris setiamu
      menyebarkan dakwahmu
      Al-Quran dan Hadis
      yang kau tinggalkan
      untuk kami umatmu

      Selawat untukmu
      wahai kekasih Allah
      terimalah kami
      menjadi kekasihmu
      sebagaimana kau
      menjadi Kekasih Allah
      moga dengan cinta kami ini
      dapatlah kami keberkatan
      cintamu di dunia
      Di Padang Mahsyar
      mendapat Syafaatmu
      AAmin Ya Rabbal A’lamiin

      YA RASULULLAH KURNIAKAN KAMI SYAFAATMU KERANA KAMI CINTAMU SEBAGAIMANA RASULULLAH CINTA DAN KASIHKAN KAMI SEHINGGA AKHIR HAYATMU MENGINGATI KAMI TERHARU SEHINGGA SAAT IN. ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

      'SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1436H'

      Karya Ratu Rimba Niagara
      12 Rabiulawal 1436H
      3 Januari 2015
      (PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MEMPERINGATI HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD SAW DAN MENGHARGAI PERJUANGAN BAGINDA RASULULLAH DALAM MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM SEHINGGA TERSEBAR LUAS DI SERATA DUNIA MOGA BERKAT KITA BERSIRATURRAHIM ATAS DASAR 1 UMMAH 1 AKIDAH KITA MATI DALAM HUSNUL KHOTIMAH MENDAPAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW DI PADANG MAHSYAR DAN BERSAMA DI SYURGAWI MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)

  
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
  ...Continue Reading

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
1. Alhamdulillah, segala pujian dan setinggi kesyukuran hanya kepada Allah SWT, kerana sekali lagi kita dipertemukan dengan tarikh 12 Rabiul Awal 1436 Hijriyah bagi memperingati keputeraan Rasulullah SAW. Selawat serta salam ke atas penghulu sekalian nabi dan rasul, juga kepada ahli keluarga dan sahabat baginda sekalian.
2. Allah SWT berfirman di dalam Surah al-Hajj ayat 32 yang bermaksud:
“Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang memuliakan Syiar-syiar Allah, sesungguhnya ia adalah suatu manifestasi daripada hati-hati yang bertaqwa kepada Allah.”
3. Secara jelas Al Quran telah mendidik kita agar sentiasa meninggikan Syiar Islam antaranya dengan memuliakan Rasulullah SAW melalui ucapan selawat dan menghidupkan sunnah-sunnah Baginda. Ia sebagai sebahagian indikator ketaqwaan insan Mukmin kepada Allah SWT. Oleh itu, perjuangan memperteguhkan Iman dan syariat Islam yang dibawa Baginda perlu menjadi agenda utama dalam kehidupan seharian kita untuk mencapai keberhasilan taqwa.
4. Sehubungan itu, bagi membuktikan komitmen Malaysia dalam soal melaksanakan dasar-dasar yang berlandaskan prinsip Islam sebenar, maka Indeks Syariah dibangunkan bagi mengukur tahap keseriusan usaha Kerajaan dalam mengimarahkan prinsip, nilai dan sistem Islam merentasi pelbagai sektor.
5. Inisiatif ini diharap menjadikan tadbir urus Kerajaan lebih menghampiri amalan dan sunnah Rasulullah SAW dalam usaha kita untuk mengisi tuntutan bagi menghidupkan syariat Islam itu sendiri. Natijahnya akan lahirlah negara dan masyarakatnya yang seimbang serta cemerlang dalam aspek kemajuan, penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang pada masa sama berakhlak mulia dan berjati diri unggul sebagai warga negara Malaysia.
6. Bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”, saya menyeru agar kita sentiasa menyuburkan semangat perpaduan sesama kita sebagai rakyat Malaysia. Mari kita tonjolkan persamaan antara kita dan meraikan kepelbagaian yang ada. Bersamalah kita membina negara ini dengan sikap berlapang dada atas nama perpaduan, mengambil yang jernih dan meninggalkan segala kekeruhan.
7. Sesuai dengan tujuan Rasulullah SAW diutus sebagai pembawa risalah yang penuh rahmat dan kesejahteraan untuk sekian makhluk, diharapkan usaha aplikasi Islam dalam pentadbiran negara ini dapat membangunkan Malaysia yang lebih makmur dan diberkati. Semoga sambutan Maulidur Rasul SAW kali ini terus membangkitkan keghairahan dan mengupayakan kita untuk mencontohi akhlak serta mengamalkan sunnah Baginda, agar berjaya di dunia dan di akhirat. Pada kesempatan ini juga, saya mengajak kita semua menghiasi diri dengan sifat sabar dan redha, dalam menghadapi ujian banjir yang agak luarbiasa ini. Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan kerajaan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban musibah banjir, dan pada masa yang sama kita terus bersolat hajat dan berdoa agar negara kita sentiasa di bawah kerahmatan Allah SWT.
Sekian, Wassalam.
Unlike ·  · 

  • Firman Sah Amin,,,,,allah humma amin?
    Like · Reply · 3 hrs
  • Rabeah Binti Mohd Ali SALAM MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA PEMIMPIN DAN RAKYAT 1MALAYSIA TERCINTA, 'PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA,' 

    Rasulullah saw.bersabda :" Aku tinggalkan dua pusaka untukmu sekalian, yang kalian tidak akan tersesat selamanya selagi berpegang teguh kepada keduanya yaitu kitab Allah (Al-Qur'an) dan sunnah rasul-Nya".

    MENCINTAI-MU ALLAH TIADA PENGHUJUNG-NYA
    Akan selalu kusebut dan kusimpan dalam hati namaMu ya Allah,,, 
    hingga nafas ini tak lagi berjalan.........!!! — at ALLAH.

    SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD SAW 12 RABIULAWAL 1436H

    'SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1436H'

    Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
    (Riwayat Al Sajary daripada Anas)

    SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H . ✅
    Perpanjangkan kepada seluruh Umat ISLAM sebagai tanda kecintaan kita kepada NABI MUHAMMAD SAW.

    ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
    MOGA CINTA DAN KASIH INI
    MENGUNDANG RINDU MEMBARA
    TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
    HINGGA KE AKHIR HAYATKU
    MENCINTAI-NYA
    DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
    SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
    DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW
    DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA
    MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    'SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1436H'

    CINTA KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD S.A.W

    Kau dilahirkan
    untuk memberi
    Rahmat Sekalian Alam
    berpekerti mulia
    menempuh segala cabaran
    dan dugaan semata-mata
    untuk menyebar
    Agama Suci Allah
    berkorban apa saja
    demi umat sezamannya
    dan akhir zaman

    Sambil berdiri, duduk dan
    berbaring sentiasa
    mengingati umatnya
    mencintai umatnya
    sepenuh hati
    sepenuh jiwa
    Masya-Allah!
    sentiasa berdoa pada Tuhan
    agar umatnya mati dalam
    lafaz kalimah
    LaaillaahaillAllahMuhammadaRasullullah
    risaunya Nabi terhadap umatnya
    hingga nafas terakhir
    menyebut-nyebut umatnya
    ‘Umatku! Umatku! Umatku!

    Duhai Kekasih Allah
    Nabi Muhammad S.A.W
    biarpun telah tiada jasadmu
    budimu…
    pengorbananmu…
    cintamu kepada umatmu
    akan dikenang…
    dihargai dan
    disanjung tinggi hingga
    ke akhir hayat kami
    kami tahu kau mencintai kami
    ketika berdiri, duduk dan berbaring
    hingga ke akhir hayatmu
    amatlah rugi dunia akhirat!
    malang dunia akhirat!
    jika kami tidak membalas cintamu

    Wahai Nabi Allah
    Kekasih Allah
    sebagai membalas cintamu
    pada kami umatmu
    kami akan menjadi
    pewaris setiamu
    menyebarkan dakwahmu
    Al-Quran dan Hadis
    yang kau tinggalkan
    untuk kami umatmu

    Selawat untukmu
    wahai kekasih Allah
    terimalah kami
    menjadi kekasihmu
    sebagaimana kau
    menjadi Kekasih Allah
    moga dengan cinta kami ini
    dapatlah kami keberkatan
    cintamu di dunia
    Di Padang Mahsyar
    mendapat Syafaatmu
    AAmin Ya Rabbal A’lamiin

    YA RASULULLAH KURNIAKAN KAMI SYAFAATMU KERANA KAMI CINTAMU SEBAGAIMANA RASULULLAH CINTA DAN KASIHKAN KAMI SEHINGGA AKHIR HAYATMU MENGINGATI KAMI TERHARU SEHINGGA SAAT IN. ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    'SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1436H'

    Karya Ratu Rimba Niagara
    12 Rabiulawal 1436H
    3 Januari 2015
    (PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MEMPERINGATI HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD SAW DAN MENGHARGAI PERJUANGAN BAGINDA RASULULLAH DALAM MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM SEHINGGA TERSEBAR LUAS DI SERATA DUNIA MOGA BERKAT KITA BERSIRATURRAHIM ATAS DASAR 1 UMMAH 1 AKIDAH KITA MATI DALAM HUSNUL KHOTIMAH MENDAPAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW DI PADANG MAHSYAR DAN BERSAMA DI SYURGAWI MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
    Like · Reply · 2 hrs · Edited
  • Rabeah Binti Mohd Ali PM NAJIB RAZAK PRIHATIN DENGAN MASALAH RAKYAT MANGSA BANJIR DI PANTAI TIMUR MOGA ALLAH SWT MEMBALAS SEGALA KEBAIKANMU AAMIIN

    Najib Razak added 6 new photos.Yesterday at 12:33am ·

    Petang tadi saya meninjau keadaan banjir di kawasan sekitar Perak bersama Menteri Besar Datuk Seri Zambry. Kerajaan telah menggerakkan semua jentera dan aset untuk memastikan bantuan sampai kepada mangsa banjir.

    INDAHNYA PERSAUDARAAN ISLAM SEPERTI BERADA DI TAMAN-TAMAN SYURGAWI,SALING MENGHARGAI, MENYAYANGI, BEKERJASAMA DEMI MERAIH CINTA DAN RAHMAT KASIH-NYA ALLAH SEHINGGA KE AKHIR HAYAT SERASI BERSAMA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    KITA AKAN BAHAGIA JIKA KITA BERSYUKUR

    Syukurlah Islam agama yang kita anuti
    Syukurlah kita punyai keluarga
    Syukurlah punyai bapa
    Syukurlah punyai ibu
    Syukurlah punyai suami
    Syukurlah punyai isteri
    Syukurlah punyai anak
    Syukurlah punyai kekayaan
    Syukurlah walaupun miskin
    Syukurlah punyai pangkat
    Syukurlah punyai iman walau ditimpa apapun ujian dari-Nya,
    Bukan namanya manusia jika tidak diuji-Nya

    Banyak hikmah disebalik ujian-Nya
    banjir salah satu ujian yang terbesar dari-Nya
    diturunkan bencana atas perbuatan manusia itu sendiri
    tidak menghargai anugerah dari-Nya untuk memelihara bumi
    dengan sewajarnya

    Akar pohonan jati yang mencengkam bumi musnah
    akibat penerokaan balak tanpa kawalan 
    demi kepentingan duniawi
    maka jangan salahkan TUHAN
    andai bumi tak mampu bertahan lagi
    berlaku limpahan banjir lumpur
    runtuhan tanah
    kampung dan bandar ditenggelami air
    hingga ada yang terkorban akibat banjir
    harta benda tiada dapat diselamatkan lagi
    dibawa arus deras banjir
    rasaksa banjir datang tanpa diduga
    amat luar biasa sekali!!!
    rumah kediaman musnah
    tiada lagi tempat berlindung
    kebuluran
    kemiskinan
    derita
    sengsara
    datang melanda
    bertubi-tubi
    menjadi gelandangan di tanah air sendiri
    Mujurlah punyai kerajaan
    para pemimpin dan rakyat prihatin
    datang membantu
    tidak kira waktu
    sepanjang masa
    bertungkus lumus
    membantu semua mangsa banjir
    seikhlas hati setulus hati
    demi kerana kewajipan sebagai pemimpin
    yang bertanggungjawab kepada semua rakyatnya
    tanpa mengira parti, bangsa dan agama
    semuanya dibantu
    sudah menjadi kewajiban sebagai saudara seislam
    membantu saudaranya di kala musibah datang melanda

    Musibah banjir yang menimpa negara
    banyak hikmah di sebaliknya...
    jika dulu pemimpin lupa akan tanggungjawabnya pada rakyat
    membantu sekadar apa adanya
    tapi bila banjir
    membantu keseluruhannya sehingga tiada yang dipinggirkan
    SUBHANALLAH Maha Bijaksana-Nya Allah
    merencanakan sesuatu yang tidak disenangi hamba-Nya tapi memberi kebaikan kepada semua hamba-Nya agar bersatu hati dan saling bekerjasama dalam apa jua keadaan rakyat yang dibawah kepimpinannya tak kira parti tak kira bangsa dan agama. Murninya agama Islam sentiasa prihatin dengan masalah ummat Nabi Muhammad saw..

    Moga dengan musibah banjir yang menimpa negara kita ...menginsafi diri bahawa kita tetap hamba-Nya menerima segala takdir-Nya dalam redha agar di masa akan datang sentiasa bersyukur atas setiap anugerah dari-Nya. Allahu Akbar Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    9 Rabiulawal 1436H
    31 Disember 2014

    SYUKUR YA ALLAH KERANA IZINKAN AKU BERKARYA SASTERA TANPA-MU AKU TIDAK DAPAT BERSASTERA WALAUPUN SEBARIS AYAT. TERIMA KASIH DUHAI HAMBA ALLAH KARENA SUDI LIKE DAN KOMENTAR KARYA YANG DISIARKAN SEPANJANG TAHUN 2014. MAAF ZAHIR & BATHIN ATAS SEGALA KEKHILAFAN TUTUR BICARA DALAM BERKARYA. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2015 MOGA SEMUANYA TERUS BAHAGIA DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    'SIAPAPUN KAMU TAK KIRA DI MANA KAMU BERADA KAMU TETAP SAUDARA SEISLAMKU YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT, DI DUNIA NYATA KITA TAK BERTEMU IN SHAA ALLAH DI SYURGA KITA BERTEMU BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH. ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'

    SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH DUNIA.'

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

    Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
    Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
    Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
    202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
    12 Rabiulawal 1436H
    3 Januari 2015
    Like · Reply · 2 hrs
  • Rabeah Binti Mohd Ali WARKAH UNTUK YAB DATO' SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA

    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum wr wb

    Kepada Yang Di Hormati Lagi Disanjungi YAB Dato' Seri Najib Tun Abd Razak .

    Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato' Seri kerana sudi terima karya saya bersiaran di page Dato' Seri. Berapa banyak saya siarkan karya Dato' Seri tidak padam atau removekan saya dari page Dato' Seri. Amat terharu! Saya ucapkan terima kasih.

    Semenjak saya bersiaran karya di mana-mana page yang saya like ada yang removekan karya saya ada yang menyekat terus karya saya daripada bersiaran karya.

    Namun begitu kerana saya ini minat bersastera bertemakan keagamaan, pahlawan, diRaja, politik, bencana alam dan sebagainya melibatkan dunia nusantara maka saya sabar apa jua dugaan bagi mendapat bahan-bahan sastera sebagai cetusan idea saya menulis. 

    Sepanjang menjadi peminat Page YAB Dato' Seri banyak juga tercetus ilham menulis. Saya amat menyukainya. Banyak juga koleksi puisi yang saya tulis ditujukan istimewa untuk YAB Dato' Seri Najib Razak. Saya harap Dato Seri suka membaca karya yang saya tulis. 

    Kepada semua rakyat Malaysia saya menulis lahir dari hati saya dan tanda saya cintakan negara saya negara anda juga, tiada niat untuk membodek atau mengipas kerajaan. Jika saya menulis membodek atau mengipas kerajaan pasti ratusan karya-karya saya bertemakan patriotik diterima kerajaan untuk dijadikan bahan bacaan pelajar sekolah. Nama saya pun tidak dikenali anda pun sedia maklum bukan. Saya bukanlah siapa-siapa sekadar penulis sukarelawan bagi pihak kerajaan dan rakyat nusantara. 

    Saya minat menulis sebab itu saya tidak akan hiraukan apa jua kata-kata negatif bagi mematikan semangat saya menulis. Saya akan terus menulis dan menulis sehingga cita-cita saya berjaya dalam dunia impian penulisan yang telah lama saya citakan. Manalah tahu berjaya berkat kesabaran saya berusaha. Jika diizinkan Allah berjaya inilah hadiah saya yang teristimewa untuk seluruh rakyat Nusantara tercinta. Impian saya mengujudkan, 'KOTA SASTERA DIRAJA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA ,' untuk mencapai impian saya perlukan sokongan daripada semua pemimpin dan rakyat Nusantara. Andai semua tidak sudi menyokong impian cita-cita saya telah pun realitikan di dunia maya. Cuma di dunia nyata menunggu KUN FAYAKUN dari Allah swt. Saya cuma usahakan Allah tentukan.Saya pasrah dan redha. 

    Akhir sekali saya doakan moga Dato' Seri terus bahagia dan sukses dunia akhirat di samping keluarga tercinta. AAmiin.

    Sekian, Wassalam.

    Yang Sentiasa Menghargai Jasa Dato' Seri Najib Razak ,

    Rabeah Mohd Ali @ Ratu Rimba Niagara,
    Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    11 RABIULAWAL 1436H
    2 JANUARI 2015
    Like · Reply · 1 hr · Edited
  • Rabeah Binti Mohd Ali PM KE-6 PENCETUS GAGASAN 1MALAYSIA

    Kau seperti sebutir bintang
    yang turun ke bumi menyinari
    hidup setiap rakyat 1Malaysia!

    Kau kata,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
    Pencapaian Diutamakan." kata-kata itu
    membakar semangat setiap rakyat
    yang lesu dan bisu sekian lama.

    Setiap butiran kata-katamu
    menjadi keramat setiap
    yang mendengar...
    mereka terpaku!
    bukan kaku!
    mereka terus bangun dari lamunan mimpi
    yang kini bukan mimpi tapi realiti!

    Kau menggerakkan barisan kabinetmu
    agar memberi khidmat bakti kepada rakyat
    tak kira penat lelah asalkan nasib rakyat terbela.

    Kau arahkan semua pentadbiran kerajaan
    memahami denyut nadi rakyat!
    kata-kata itu bukan bicara kosong
    akan dibuktikan!
    lihatlah nanti!

    Telah tercatat Di Sana, kau adalah
    pewaris bangsa yang dinanti-nantikan
    sejak sekian lama.

    Kau pembawa pemikiran di luar kotak.
    bakat kepimpinan yang kau warisi
    daripada ayahanda Tun Abdul Razak
    Perdana Menteri Kedua telah sebati
    di jiwamu.

    Kau mahu rakyat dan kerajaan
    bersatupadu merealisasikan sebuah
    kerajaan yang aman makmur bersatu
    demi kepentingan rakyat dan negara
    tercinta!

    Kau peka dengan setiap masalah rakyat,
    masalah rakyat adalah menjadi masalahmu
    dan ingin diselesaikan agar tiada satu pun
    tercicir daripada arus pembangunan.

    Siapa sangka kau yang mempunyai kuasa kerajaan
    memerintah nombor satu mempunyai sikap seperti
    rakyat biasa yang tak punyai apa-apa.

    Menyelami dan memahami keluh kesah rakyat adalah
    satu perkara yang mahu kau kongsi dan tangani
    bersama.

    Demi rakyat tercinta , kau gunakan segala kudrat
    yang ada untuk terus berkhidmat dengan senyum
    gagah seorang perwira yang sedia berjuang dan
    membantu!

    Setiap keluh kesah rakyat membuatkan
    kau gelisah dan bukan kosong mendengar
    tetapi membantu selagi mampu.

    Jerih perih rakyat adalah bebanan yang
    kau pikul untuk dikongsi bersama.
    senyuman rakyat adalah satu
    kepuasan buatmu!

    Pening! Memang pening...
    bagaimana hendak memikirkan
    setiap masalah rakyat yang ingin
    dikongsi bersama tapi berkat
    kesepakatan barisan kabinetmu kau
    pasti berjaya! Insya-Allah.

    Lihatlah rakyat Malaysia!
    Siapakah PM ke-6 ini?
    berhati waja lagi mulia
    sedia mendengar setiap
    rintihan kalbu rakyat Malaysia
    tak kira kaum,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
    Pencapaian Diutamakan".

    Bersyukurlah banyak-banyak kerana kita
    dikurniakan seorang pemimpin
    yang memahami setiap denyut nadi rakyat Malaysia.

    Terima kasih PM ke-6.
    Pasti nanti negara tercinta ini
    mempunyai rakyat yang bersatupadu
    dalam ungkapan,'1Malaysia,
    Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2010
    (Puisi diilhamkan istimewa untuk YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Ke-6)
    Like · Reply · 13 mins
  • Rabeah Binti Mohd Ali TUN ABDUL RAZAK , 'BAPA PERDAMAIAN MALAYSIA'

    Tun Abdul Razak dibesarkan di sebuah perkampungan
    yang sangat miskin. Dia ke sekolah berjalan kaki
    tanpa kasut kerana ingin merasakan dirinya sama
    taraf dengan rakan-rakan yang pergi ke sekolah
    tanpa kasut.

    Dia seorang murid yang sentiasa merendah diri,
    baik budi pekerti dan suka membantu rakan-rakan
    nya yang kebanyakan terdiri daripada keluarga
    yang miskin. Tiada wujud membangga diri
    walaupun dia seorang anak keluarga yang berada.

    Berkat ketekunannya dalam pelajaran Tun Abdul
    Razak telah berjaya melanjutkan pelajarannya
    ke luar negara dengan lulusan undang-undang.

    Tun Abdul Razak adalah sahabat baik kepada
    Tunku Abdul Rahman. Mereka berdua bersama-
    sama telah pergi ke London untuk menuntut
    Kemerdekaan Malaysia yang ketika itu dikenali
    sebagai Tanah Melayu.

    Hasil pertemuan tersebut pada tanggal 31 Ogos
    1957 Malaysia telah diistiharkan kemerdekaan
    dan di sambut penuh meriah oleh seluruh rakyat
    Malaysia untuk meraikan kemerdekaan yang
    dinanti-nantikan sejak sekian lama. Rakyat
    Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.

    Tunku Abdul Rahman telah melantik Tun
    Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri.
    Mereka berdua saling berkerjasama dan saling
    hormat menghormati di antara satu sama lain.

    Pada 13 Mei 1969 telah berlaku satu rusuhan
    kaum di antara kaum Cina dan Melayu.
    Tun Abdul Razak meminta kaum Melayu
    supaya bertenang tetapi rusuhan kaum
    tetap juga berlaku di Kampung Melayu.

    Kerajaan telah mengarahkan perintah
    berkurung untuk meredakan keadaan
    yang amat membimbangkan pada
    ketika itu. Segala tugas Tunku serahkan
    kepada Tun Abdul Razak untuk
    menyelesaikannya. Akhirnya kembali
    tenang buat seketika.

    Memandangkan semua tugas Perdana
    Menteri dipertanggungjawabkan kepada
    Tun Abdul Razak, rakyat mahu Tun
    Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.
    Tun Abdul Razak menolak permintaan
    rakyat tanda menghormati Tunku
    Abdul Rahman yang telah dianggap
    sebagai bapa dan sahabat yang paling
    disayangi.

    Pada 1971 Tunku Abdul Rahman menyerahkan
    Jawatan Perdana Menteri kepada Tun Abdul
    Razak demi kepentingan rakyat dan negara.
    Tun Abdul Razak menerima jawatan tersebut
    dan sanggup berkorban apa sahaja demi
    rakyat dan negara tercinta.

    Ketika menyandang jawatan Perdana Menteri
    Yang Ke-2 Tun Abdul Razak berazam untuk
    membasmi kemiskinan yang kebanyakkannya
    terdiri daripada kaum Melayu. Beliau
    membuat Dasar Ekonomi Baharu untuk
    menaik tarafkan hidup orang Melayu tetapi
    ini tidak disenangi kaum Cina.

    Hakikatnya Tun Abdul Razak mahu semua
    rakyat di negara ini menikmati kekayaan
    negara sama dikongsi oleh semua kaum
    Cina, Melayu mahupun India. Tun Abdul
    Razak berfikir bagaimana untuk menyatu-
    padukan tiga kaum ini.

    Tanpa pengetahuan rakyat, Tun Abdul
    Razak telah pergi ke Cina untuk membuat
    lawatan persahabatan di antara Malaysia
    dengan Cina.

    Tanpa diduga Tun Abdul Razak telah
    mendapat sambutan di luar dugaan
    oleh rakyat cina dan para pemimpin
    yang mengalu-alukan kedatangan
    Tun Abdul Razak ke negara mereka.
    Ketika Tun Abdul Razak pulang dari negera China
    tanpa diduga beliau telah disambut oleh
    ribuan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
    pelbagai kaum. Tun Abdul Razak melaungkan,
    “Kita Berjaya! Kita Berjaya! Kita Berjaya!”
    Teriakkan beliau disambut penuh gembira
    oleh seluruh rakyat pada ketika itu.

    Tidak sia-sialah permegian Tun Abdul Razak ke
    negara China kerana visinya untuk menyatupadukan
    kaum Cina dan Melayu berjaya akhirnya. Beliau
    sangat berasa gembira yang tidak dapat digambarkan
    dengan kata-kata.

    Rakyat terus aman dan harmoni tanpa perselisihan
    kaum lagi. Hidup saling hormat menghormati
    di antara satu sama lain dan saling berkerjasama.
    Rakyat terus mengecapi arus pembangunan Negara.

    Pada tahun 1976 Tun Abdul Razak tidak dapat
    menahan kesakitan lagi yang mana selama ini
    beliau merahsiakan penyakit lukimea yang
    telah dihidapi sejak bertahun lamanya daripada
    pengetahuan keluarga mahupun rakyat tercinta.
    Tun Abdul Razak pergi ke luar negara
    tanpa pengetahuan rakyat untuk
    mengubati penyakitnya tetapi penyakit
    yang ditanggungnya sudah sampai ke
    tahap kritikal. Doktor memberitahu
    kepada keluarga Tun Abdul Razak
    bahawa Tun tidak dapat diselamatkan
    lagi dan dibawa pulang ke tanah air.
    Dalam saat-saat genting Tun tidak
    mahu dibawa pulang kerana tidak
    mahu rakyat kuatir nanti.

    Tun Abdul Razak menghembuskan
    nafas terakhir pada 1976 di pangkuan
    keluarganya yang tercinta.

    Jenazah Tun Abdul Razak dibawa pulang
    ke Tanah Air diratapi ribuan rakyat
    terdiri daripada pelbagai kaum.
    Rakyat begitu sedih kerana telah
    kehilangan seorang pemimpin berjiwa
    Rakyat yang sanggup bersusah payah
    demi rakyat. Rakyat menggelar Tun
    Abdul Razak. “Bapa Perdamaian”
    Visi Tun Abdul Razak telah diwarisi
    oleh anakandanya YAB Datuk Seri Mohd Najib
    Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-6 dengan visi
    Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian
    Diutamakan.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2010
    (Karya diilhamkan istimewa untuk YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Ke-6)
    Like · Reply · 11 mins
  • Rabeah Binti Mohd Ali PANTUN TUN HUSSEIN ONN BAPA PERPADUAN MALAYSIA

    Tun Hussein Onn anakanda Dato’ Jaafar,
    Bondanya Datin Halimah Hussein;
    Memerintah negara penuh sabar,
    Tidak pernah bosan dalam perjuangan.

    Di masa muda ilmu penuh di dada,
    Menyertai pasukan tentera sebagai kadet;
    Mengharumkan nama negara di persada,
    Mengamalkan keadilan dalam politik.

    Menyertai Rejemen Hyderabad semasa peperangan,
    British melantik pengajar Latihan Polis Malaya;
    Berjiwa patriotik jauh pandangan,
    Ingin melihat Malaysia berjaya.

    Pulang ke Tanah Air dilantik sebagai komandan,
    Berkhidmat di Depoh Polis Johor Bahru;
    Melaksanakan tugas penuh beradap sopan,
    Menyandang jawatan tak pernah jemu.

    Pernah juga menjadi Pegawai Daerah,
    Bertugas di Klang dan Kuala Selangor;
    Menjalankan tugas penuh amanah,
    Galakkan pekerja bersikap jujur.

    Semangat nasionalisme menebal di jiwa.
    Berasal keluarga yang kuat berpolitik;
    Meletakkan jawatan kerajaan demi Negara.
    Ke mana pergi berjiwa patriotik.

    Tahun 1949 menjadi Ketua Pemuda,
    Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
    Berjiwa patriotik nampak muda,
    Perjuangan sentiasa mendapat restu.

    Tahun 1968 kembali berpolitik,
    Tahun 1969 menjadi Menteri Pelajaran;
    Ingin memupuk masyarakat majmuk,
    Rakyat bersatu dalam perpaduan.

    2 Ogos 1973 menjadi Timbalan Perdana Menteri,
    15 Januari 1976 menjadi PM setelah kematian Tun Abd Razak;
    Menjadi Perdana Menteri sudah terpatri,
    Bertambah kukuh kuasa politik.

    Ketegasan memupuk semangat perpaduan,
    Keseimbangan ekonomi rakyat menjadi perhatian;
    Antara kaum biarlah kesamarataan,
    Barulah masyarakat harmoni berpanjangan.

    Tun Hussein Onn kenalkan konsep Rukun Tetangga,
    Agar rakyat hidup aman harmoni;
    Keadilan memerintah amat dijaga,
    Pelbagai kaum bersatu hati.

    Diperjuangkan juga ancaman terhadap dadah,
    Itulah asas benteng Negara;
    Belia negara janganlah musnah,
    Hidup rakyat aman sejahtera.

    Angkatan bersenjata Malaysia diperbesarkan,
    Dipermodenkan dengan senjata canggih;
    Untuk melindungi Negara daripada ancaman,
    Musuh yang datang terus disanggah.

    1971 Tun Hussein menjalani pintasan koronari,
    Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri;
    Faktor kesihatan mengundur diri,
    Demi rakyat dan Negara berkorban diri.

    Jawatan diambil oleh Tun Mahathir,
    Dilepaskan jawatan dengan rela hati;
    Ramai menteri datang hadir,
    Titisan air mata terharu bekas Perdana Menteri.

    Selepas bersara memberi sumbangan,
    Kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan;
    Biar perjuangan terus berpanjangan,
    Demi rakyat dan Negara tidak diabaikan.

    29 Mei 1990 Tun Hussein Onn menghembus nafas terakhir,
    Sewaktu berusia 68 tahun;
    Rakyat tangisi pemimpin bersifat jujur,
    Diingati jasa sepanjang zaman.

    Disemadikan pada hari Jumaat,
    Di Makam Pahlawan Masjid Negara Kuala Lumpur;
    Didoakan tergolong hamba yang taat,
    Bunga-bunga kemboja terus ditabur.

    Tun Husssein Onn pernah berpesan,
    Jangan ditangisi permegiaannya nanti;
    Mahukan anakanda teruskan perjuangan,
    Demi kerana negara amat dicintai.

    Anakanda Hishamuddin mewarisi bakat,
    Kepimpinan ayahanda Tun Hussein Onn;
    Berjiwa patriotik berjiwa rakyat,
    Agar negara pesat membangun.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2011 
    (Puisi Diilhamkan istimewa untuk YAB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn & Rakyat Malaysia Tercinta)
    Like · Reply · 7 mins
  • Rabeah Binti Mohd Ali SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN

    Tersebutlah kisah seorang putera,
    Tunku Abdul Rahman diberi nama;
    Dikasihi semua rakyat jelata,
    Baik budinya tidak terkira.

    Menyayangi rakyat sepenuh hati,
    Perjuangannya tidak pernah terhenti;
    Disambung oleh pemimpin terkini,
    Cintakan perjuangan tidak bertepi.

    Sokongan rakyat Tunku gembira,
    Rela berkorban harta dan nyawa;
    Demi kerana negara tercinta,
    Asalkan rakyat hidup bahagia.

    Bersama Tun Razak Tunku ke London,
    Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
    Penat dan lelah tidak dihiraukan,
    Asalkan pulang membawa kejayaan.

    Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
    Disambut penuh dengan kegembiraan;
    Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
    Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

    Tunku laungkan merdeka penuh membara,
    Rakyat menyambut laungan membara-bara;
    Demi kerana negara merdeka,
    Untuk diwarisi rakyat jelata.

    Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
    Penuh dengan penat dan lelah;
    Walaupun tiada pertumpahan darah,
    Agar generasi dapat berteduh.

    Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
    Pertahankan negara tanpa jemu;
    Rakyat aman sudahlah tentu,
    Generasi mendatang mendapat restu.

    Tanpa diduga komunis bertandang,
    Menceroboh masuk terus meradang;
    Tunku memikir merasa bimbang,
    Keselamatan negara tidak tergoyang.

    Tunku berbincang secara aman,
    Dengan Chin Peng membuat keputusan;
    Komunis berundur dengan aman,
    Terima kasih Tunku Abdul Rahman.

    Jepun menyerang ke negara kita,
    Ingin berkuasa merebut tahta;
    Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
    Makan dan minum berair mata.

    Sana sini mayat bergelimpangan,
    Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
    Asalkan hati penuh kepuasan,
    Kerana hati bertuhankan syaitan.

    Para perajurit ramai terkorban,
    Mempertahankan negara habis-habisan;
    Nyawa di badan jadi taruhan,
    Asalkan negara menjadi aman.

    Perajurit dibantu tentera Inggeris,
    Jepun terus bermuka bengis;
    Berlawan mereka terus menerus,
    Gugurnya perajurit terus ditangis.

    Pergilah perajuritku dengan aman,
    Perjuanganmu menjadi kenangan;
    Kau gugur dalam kemenangan,
    Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.

    Jepun mengalah lalu berundur,
    Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
    Sudah terlambat Jepun nak sedar,
    Rakyat mereka ramai yang gugur.

    Tunku hargai jasa perwira,
    Pertahankan negara ke hujung nyawa;
    Rakyat juga amat berbangga,
    Kerana jasamu rakyat terbela.

    Tungku memerintah penuh berhati,
    Rakyat hidup bersatu hati;
    Ke mana pergi Tunku dihormati,
    Pengorbanamu Tunku terus diingati.

    Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
    Memerdekakan negara demi keamanan;
    Agar generasi turut pertahankan,
    Menjadi warisan sejak berzaman.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2011
    (Puisi diilhamkan istimewa untuk seluruh rakyat Malaysia tercinta)
    Like · Reply · 5 mins
  • Rabeah Binti Mohd Ali TUN MAHATHIR BAPA PEMODENAN MALAYSIA

    Malaysia maju idea Tun Mahathir,
    Digelar rakyat Bapa Pemodenan;
    Perjuangan beliau tidak berakhir,
    Malaysia maju dalam pembangunan.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2010
    (Pantun diilhamkan istimewa untuk Tun Mahathir Muhammad & Dato' Mukhriz Mahathir)
    Like · Reply · 4 mins
  • Rabeah Binti Mohd Ali TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI BAPA,'MINDA KELAS PERTAMA'

    Tun Abdullah Ahmad Badawi PM kelima,
    Pentingkan rakyat berminda kelas pertama;
    Satu Malaysia bermuafakat bersama,
    Menjadi warga dunia yang teristimewa.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2011
    (Pantun diilhamkan istimewa untuk Tun Abdullah Ahmad Badawi & YB Khairy Jamaluddin)
    Like · Reply · 2 mins · Edited


SEMUA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI ADALAH HAK ALLAH




SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH DUNIA.'

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
12 Rabiulawal 1436H
3 Januari 2015


PETIKAN PAGE PM NAJIB RAZAK, RATU RIMBA NIAGARA & MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN
12 Rabiulawal 1436H
3 Januari 2015



0 comments:

Post a Comment

 
;