Sunday, 28 December 2014

TUJUAN DAN MATLAMAT PENYAMPAIAN ADAT KARAENG BAGI WANGSA BUGIS MELAYU KEPADA UMUM.



TUJUAN DAN MATLAMAT PENYAMPAIAN ADAT KARAENG BAGI WANGSA BUGIS MELAYU KEPADA UMUM.
The Deen Show's photo.
Like ·  · 

ILMU DIAJAR CARA MENDIDIK SAMA-SAMA MUHASABAH DIRI
‪#‎Repost‬ @astrogempak・・・... Dakwah ada pelbagai cara, salah satunya berdakwah dengan cara yang menghiburkan (melawak) kalau cara itu dapat tarik orang dengan Islam.
Jangan lupa saksikan Mimbar Akhir ‪#‎PencetusUmmah‬ pada Khamis ini jam 9 Malam di Astro Oasis, Astro Prima & Astro Maya HD.‪#‎SeruDenganHikmah‬

Jika hendak menyebarkan ilmu jangan cara mengajar
sebab orang yang diajar lebih tahu segala ilmu
maka sebarkan ilmu cara mendidik jika mendidik lebih berkesan
ilmu yang disampaikan sama-sama muhasabah diri...kerana tiada seorang yang bijiak di dunia ini melainkan dia pandai menjawab soalan di kubur setelah mati itulah sebijak-bijak manusia...Allahu Akbar moga kita lulus soalan kubur berkat kita sebarkan ilmu dunia akhirat dan amalkan. Aamiiin.


Assalamualaikum wwt. Boleh saya tahu di mana pejabat DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA? Siapa yang berada di dalam DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA? Sejak bila DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA ini ditubuhkan? Dan apa peranan yang dimainkan oleh DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA?
Unlike ·  · 
  • Karaton Nusantara Salam, Yang Hormat Rich-Ter Berskala Al-Tebegherrjika anda mahu bertanyakan hal itu sebaiknya ditanyakan dalam msg sahaja, kerana kami tidak menjawab untuk hal ini secara TERBUKA (OPEN) itu adalah prinsip DISAKA... terima kasih, Aamin Ya Allah.
  • Rich-Ter Berskala Al-Tebegherr Mohon maaf kerana saya cuba juga untuk mencari saluran chat (msg) di dalam page ini tetapi tidak ada. Saya sememangnya mengharapkan penjelasan untuk beberapa kemusykilan agar tidak timbul kekeliruan dan salah faham. Mohon dibahaskan dalam msg. Sekian..
  • Pemangku Adat salam, Yang Hormat Rich-Ter Berskala Al-Tebegherr, sudah menjadi perinsip DISAKA untuk membicarakan dalam saluran chat (msg) jika pertanyaan itu agak sensitif kerana di Malaysia ini, ada banyak Undang2 dan Hukum Peraturan dan Raja Berpelembagaan jadi baiknya hal seperti itu diajukan saja dalam msg demi menjaga pihak umum semuanya, insyallah pertanyaan anda itu semua ada jawapannya.. cuma tidak sesuai diumum, Aamin Ya Allah, Wassalam.
  • Sri Pemangku Adat amin ya allah.
  • Silat Pengantin Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar, Aamin Ya Allah. INFO sebaik2 dari yang TEPAT DAN yang BERHAK MUTLAK...barulah jitu..sdr. Rich-Ter Berskala Al-Tebegherr sekadar pandangan saya yang kurang arif...mohon junjugan maaf kepada Y.T.M. Sri Pemangku Adat Indera Al-Putra atas komen2 mika..
  • Rich-Ter Berskala Al-Tebegherr tolong jangan salah faham.. saya bertanya kerana ada sebab dan tujuannya.. jika mahu berbahas.. sila pm terus kepada saya.. dan sila buka dari sumber mana.. dari kitab mana.. dari silsilah mana dan dari lontara mana yang digunapakai.. barulah jelas..
  • Silat Pengantin maaf saya bukan orang yang layak untuk ilmu ini,, saya cuma memberikan pandangan saja sdr Rich-Ter Berskala Al-Tebegherr, jangan salah faham... ini pendapat dan semua orang boleh memberi pendapat, Aamin Ya Allah.
  • Sri Pemangku Adat salam hormat, YAM Mahaguru Pencak Silat Pengantin, biarkan musuh/lawan anda berbangga dengan kelengkapan, kehebatan, kekuatan mahupun kebijaksanaan mereka, walaupun anda memiliki lebih dari itu, kerana pepatah orang dulu-dulu "ULAR MENYUSUR AKAR TAKKAN HILANG BISANYA", tetapi sebagai orang yang hidup dalam alam lingkungan beradat maka wajarlah kita memelihara budi dan bahasa, kerana kita umpama cermin, kita fikir kita melihat orang lain tetapi, jangan kita lupa mereka juga melihat kita, kerana "LANGIT YANG KITA JUNJUNG DAN BUMI YANG KITA PIJAK BUKAN MILIK KITA", kita sekadar insan di alam fana ini, berseru andika/saya kepada rakan2 grup "MENGUNDANG SAHABAT LEBIH MULIA DARI MENGUNDANG MUSUH YANG MEMBAWA BAHAYA".... amin ya allah.
  • Rabeah Binti Mohd Ali SAYA PERCAYA GRUP INI DITUBUHKAN UNTUK SALING BERKONGSI ILMU DUNIA AKHIRAT DEMI KEPENTINGAN GENERASI KINI DAN AKAN DATANG. PERBEZAAN PENDAPAT ITU BIASA TAPI MATLAMATNYA SATU MENYAMPAIKAN MESEJ. ANDAI MESEJ YANG INGIN DISAMPAIKAN ITU MENGUNDANG PERSILISIHAN ELOKLAH DIBINCANGKAN SECARA PERSENDIRIAN. PENERANGAN SRI PEMANGKU ADAT SUDAH CUKUP JELAS UNTUK DIFAHAMI. BUKAN TIDAK BOLEH BERTANYA TAPI JIKA PERTANYAAN ITU MELIBATKAN BANYAK PIHAK LAIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MERENDAH-RENDAHKAN DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA AMATLAH TIDAK WAJAR SEDANGKAN IA DITUBUHKAN ADALAH NIAT YANG MURNI UNTUK DIWARISKAN ADAT DAN BUDAYA LELUHUR MOYANG KITA TERDAHULU YANG KIAN PUPUS DITELAN ZAMAN. ATAS DASAR ITU USAHA-USAHA MURNI YM SRI PEMANGKU ADAT DAN MEREKA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK AMATLAH DIPUJI. PASTI SETELAH KITA TIADA NANTI DIBANGGAI OLEH ANAK CUCU KITA AKAN DATANG. JADI ADALAH SATU KESILAPAN JIKA DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA DITUBUHKAN UNTUK MENCIPTA NAMA ATAU UNTUK MENDAPATKAN ANUGERAH. GRUP SRI PEMANGKU ADAT DITUBUHKAN AGAR BUDAYA LELUHUR NENEK MOYANG TERDAHULU DAPAT DIWARISKAN BUKAN UNTUK DICANTAS. MOGA YM SRI PEMANGKU ADAT TETAP BERTABAH HATI DALAM APA JUGA CABARAN BAGI MENCAPAI MISI DAN VISI YANG CITAKAN AGAR BERJAYA. IN-SYA ALLAH AAMIIN.
  • Karaton Nusantara kami amat berterima kasih atas penjelasan Y.A.M. Toh Puan Rabeah Binti Mohd Ali atas perkara ini. kami sedia maklum akan hal yang seperti ini untuk melanjutkan misi adat budaya tidaklah semudah yang kita jangkakan dan ada juga dikalangan.... antara Ahli Majlis DISAKA mengatakan... baik ditutup saja grup ini...alhamdulillah ia masih ON sampai saat ini... kerana Y.T.M. Sri Pemangku Adat... tidak mengapa kita merendah diri.. demi perjuangan SUCI HATI... untuk Wangsa Bugis Melayu...Aamin Ya Allah.
  • A Latiff Mohd Shariff Saya harap adat keraeng jangan di tutup perjuangan harus diteruskan.
  • Rabeah Binti Mohd Ali Terima kasih Karaton Nusantara atas sudi menerima pandangan hamba. Sepanjang menjadi ahli grup Sri Pemangku Adat...banyak idea-idea yang tercetus bertema diRaja Nusantara, Pahlawan, Adat dan Budaya terutama Kareang Wangsa Bugis Melayu. Ilmu yang disampaikan oleh YM Sri Pemangku Adat (Bagaikan Pendeta) bernas dan mantap seiring dengan pengetahuan yang amat luas dimiliki, sentiasa tenang apabila berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh ahli grup. Jika ada di antara ahli grup berlaku perselisihan faham, sebagai admin tidak menyebelahi mana-mana pihak, yang benar tetap benar yang salah diperbetulkan agar menjadi benar. Bahasa yang disampaikan jelas penuh adap santun tanpa mahu merendah-rendahkan mana-mana pihak. Sentiasa menghargai pertanyaan, pandangan, cadangan, pendapat yang diposkan di grup walaupun ada yang agak sensitif tapi di ambil pendekatan menang - menang. Andai masih lagi tidak memahami apa yang diterangkan barulah dibuat keputusan samada dikekalkan atau tidak sebagai ahli grup. Yang penting grup ini akan diteruskan walaupun apapun cabarannya untuk mencapai misi dan visi grup ini ditubuhkan. Bukan namanya anak Bugis andai sekali melangkah terus terkandas perjuangan. Anak Bugis sekali melangkah akan terus diperjuangkan hingga ke titisan darah terakhir walaupun nyawa jadi taruhan.

    Tapi andai ditutup juga grup ini...alamat Ratu Rimba Niagara mengarang kesendiriaan tanpa mendapat sokongan daripada YM Sri Pemangku Adat & Karaton Nusantara lagi....sedih lho kalo gitu....hilang tanpa dikesan di angin bayu mega ungu dimana hendak dicari ganti serupa denganmu....hehehe
  • Sri Pemangku Adat salam hormat, insyallah TIDAK AKAN DITUTUP kerana dalam menyampaikan informasi/maklumat adat budaya akan ada bermacam ragam isu, kita menerimanya dengan sangkaan baik kerana setiap sesuatu pasti ada sebab musababnya, setakat ini kita kekalkan PERJUANGAN DEMI ANAK CUCU SAWERIGANDING & WANGSA BUGIS MELAYU.... amin ya allah.
  • A Latiff Mohd Shariff Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
  • Sri Pemangku Adat salam hormat, kalau ditutup grup ini..Wangsa Bugis Melayu di Malaysia mungkin tidak kenal ADAT KARAENG yang diamalkan oleh RAJA-RAJA BUGIS YANG GANAS DAN LANUN itu... dan kerana anak cucu KAUM GANAS DAN LANUN inilah yang berjasa bakti hingga menjadikan Malaysia MERDEKA.. & BERDAULAT..KAYA RAYA MEWAH.. & TERHORMAT dan kerana mereka yang semakin belajar tinggi-tinggi maka mereka mohon untuk fb seperti ini dibuka.. dan kerana mereka sudah tidak berfikiran seperti yang tua-tua Bugis Melayu dulu-dulu yang kuat simpan RAHSIA dan simpan HARTA PUSAKA PERANG hingga ke hujung nyawa... SEMOGA-MOGA KITA MENAFATKAN GRUP INI... amin ya allah.
  • Rabeah Binti Mohd Ali INILAH YANG KITA SAMA BANGGAKAN BERSAMA ANAK CUCU AKAN DATANG. MOGA ALLAH SWT MEMBERKATI SEMUA YANG TERLIBAT BAGI MENJAYAKAN GRUP SRI PEMANGKU ADAT. AAMIIN.
  • A Latiff Mohd Shariff Bismillahi Rahmanirrahim
    atas adalah lagu lancang kuning dan Armada yang tersimpan yang di asaskan secara kerohanian dan kebathinan di kalangan para2 dan roh2 shuhada oleh Daeng Batu dalam keadaan darurat.l

    Jack Sparrow adalah bugis nusantara dan lanchang kuning telah dinamakan sebagai Ghost ship.

    1) Ghost belayar waktu malam dan menyerang musuh selalunya dalam keaadan gelap.
    2)Tidak ada sejarah maritime superpower kapal armada yang menentang badai dan menuju ke laut kedalam laut tetapi cuma kepunyaan Kaptain Jack Sparrow
    3)Kalau nakhoda kurang faham kapal akan tengelam tidak lari kelebihan kapal ghost ship dalam cerita Pirate of Carribean
    4)Kemudi berpelit tiga atau 3 kaptain incharge. Jack sparrow,seorang wanita dan seorang lagi kaptain dah lupa namanya.

    yang menghairankan Jack sparrow berehat selepas menjelajah di dasar laut lalu berehat di turtle island yang terdapat dikalangan orang orang bugis.

    Di indragiri kehilangan satu laksamana dan selepas belayar menentang badai maka dia berehat sebagai pentadbir di sebuah negeri dan di gelar
    Sri Peduka Maharaja lela yang Setia.
    ceritanya sealiran dengan cerita Jack Sparrow.

    Lagu lanchang kuning di ambil dari kitab dan juga cerita Jack sparrow di ambil ceritanya dan dikarang oleh orientalis di dalam kitab bugis Nusantara.

    Gelaran bagi Kaptain jack Sparrow Lord of the sea atau juga dipanggil oleh Britain pada waktu dulu Lord of the seven sea.

    dari
    Brother Love
  • A Latiff Mohd Shariff Jikalau lanun musuh musuh tidak akan memberi penghormatan hingga di beri gelaran lord of the sea atau lord of the seven sea.

    Lanun adalah pirate.Inilah bezanya diantara perjuang dan lanun.

    frm
    Brother Love
  • Sri Pemangku Adat salam hormat, kalau pemimpin itu ...NAKHODA (Ketua Adat) itu tidak arif dan bijaksana maka akan karamlah PERJUANGAN MEREKA kerana PERJUANGAN itu bukan untuk diri sendiri untuk BANGSA AGAMA DI AHKIR KALAM,....amin ya allah.
  • A Latiff Mohd Shariff Subhanallah Alhamdulillahi Allahu Akbar.

    Betul YAM Sri Pemangku Adat
  • Karaton Nusantara Aamin Ya Allah, dan sekalung terima kasih untuk komen2 Yang Hormat A Latiff Mohd Shariff
  • A Latiff Mohd Shariff Amin ya Rabbal Alamin
    16 hrs · Like · 1
  • Karaton Nusantara Waalaikummussalam wr'wb.Alhamdulillah,Amin Ya Allah.
    9 hrs · Like · 1
  • Rabeah Binti Mohd Ali Komen-komen yang dilontarkan walaupun ada yang agak sensitif tapi secara tidak langsung dapat merungkaikan satu persoalan oleh si penanya dan dijawab secara bersahaja . Tahniah untuk semua yang telah bertanya dan yang telah memberi komen yang akhirnya semua berpuas hati tiada seorangpun rasa terpinggir dan kecil hati. Menang-Menang. Menang bagi yang bertanya Menang bagi yang terlibat dalam persolan. Moga semua ahli grup Sri Pemangku Adat terus cemerlang, gemilang dan terbilang! DUNIA AKHIRAT. AAMIIN .

News Feed

RECENT ACTIVITY
Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Mulia Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
Dengan izin Y.T.M. Tuan Sri Pemangku Adat (Y.T.M. Tuan Sri Paduka Maharaja Indera Putra @ Y.T.M. Paduka Karaeng Sri Maharaja Indera Wangsa @ Paduka Ayahanda Indera Wangsa) mohon diperkenankan;
TUJUAN DAN MATLAMAT PENYAMPAIAN ADAT KARAENG BAGI WANGSA BUGIS MELAYU KEPADA UMUM.
Di Malaysia, umumnya Lembaga Adat Karaeng adalah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan penerangan Adat Karaeng kepada umum dan untuk mengembangkan kebudayaan dan cara hidup mengamal Adat Karaeng khususnya bagi generasi yang berketurunan Wangsa Bugis Melayu dan kepada umum yang berminat untuk mengetahui dan mengamalkannya. Adat Karaeng bukan sahaja diamalkan suku-suku Bugis dan juga boleh diamalkan oleh suku-suku Melayu. Kerana, Adat Karaeng juga mempunyai persamaan dengan Adat Temenggung dan Adat Perpatih yang sedang diamalkan orang ramai.
Tujuan dan matlamat yang hendak dicapai Lembaga Adat Karaeng ialah:-
(a) Memelihara, melindungi dan melestarikan Adat Karaeng bagi generasi masa kini dan kepada generasi berketuruanan Wangsa Bugis Melayu pada masa hadapan.
(b) Memelihara perpaduan, keamanan dan keharmonian hidup suku-suku Bugis dan suku-suku Melayu dengan kewujudan Wangsa Bugis Melayu.
(c) Menangkat kembali maruah dan martabat Adat Karaeng sebagai usaha meningkatkan jatidiri Wangsa Bugis Melayu yang telah kehilangan marga dan torombo keluarga dan kerabatnya.
PENERANGAN : Pada waktu ini, kami hanya akan menyampaikan informasi dan maklumat secara umum sebagai kesedaran akan kewujudan Adat Karaeng dalam masyarakat dan sebagai pengetahuan umum. Pada masa akan datang, kami akan mengumpul dan menyatupadukan jurai keturunan dan salasilah daripada Wangsa Bugis Melayu di seluruh Malaysia.
Gambar2 yang dipamerkan sekadar informasi sahaja.
Like ·  · 
Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Mulia Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
Dengan izin Y.T.M. Tuan Sri Pemangku Adat (Y.T.M. Tuan Sri Paduka Maharaja Indera Putra @ Y.T.M. Paduka Karaeng Sri Maharaja Indera Wangsa @ Paduka Ayahanda Indera Wangsa) mohon diperkenankan;
TUJUAN DAN MATLAMAT PENYAMPAIAN ADAT KARAENG BAGI WANGSA BUGIS MELAYU KEPADA UMUM....
See More
Like ·  · 
Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Mulia Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
Dengan izin Y.T.M. Tuan Sri Pemangku Adat (Y.T.M. Tuan Sri Paduka Maharaja Indera Putra @ Y.T.M. Paduka Karaeng Sri Maharaja Indera Wangsa @ Paduka Ayahanda Indera Wangsa) mohon diperkenankan;
TUJUAN DAN MATLAMAT PENYAMPAIAN ADAT KARAENG BAGI WANGSA BUGIS MELAYU KEPADA UMUM.
Di Malaysia, umumnya Lembaga Adat Karaeng adalah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan penerangan Adat Karaeng kepada umum dan untuk mengembangkan kebudayaan dan cara hidup mengamal Adat Karaeng khususnya bagi generasi yang berketurunan Wangsa Bugis Melayu dan kepada umum yang berminat untuk mengetahui dan mengamalkannya. Adat Karaeng bukan sahaja diamalkan suku-suku Bugis dan juga boleh diamalkan oleh suku-suku Melayu. Kerana, Adat Karaeng juga mempunyai persamaan dengan Adat Temenggung dan Adat Perpatih yang sedang diamalkan orang ramai.
Tujuan dan matlamat yang hendak dicapai Lembaga Adat Karaeng ialah:-
(a) Memelihara, melindungi dan melestarikan Adat Karaeng bagi generasi masa kini dan kepada generasi berketuruanan Wangsa Bugis Melayu pada masa hadapan.
(b) Memelihara perpaduan, keamanan dan keharmonian hidup suku-suku Bugis dan suku-suku Melayu dengan kewujudan Wangsa Bugis Melayu.
(c) Menangkat kembali maruah dan martabat Adat Karaeng sebagai usaha meningkatkan jatidiri Wangsa Bugis Melayu yang telah kehilangan marga dan torombo keluarga dan kerabatnya.
PENERANGAN : Pada waktu ini, kami hanya akan menyampaikan informasi dan maklumat secara umum sebagai kesedaran akan kewujudan Adat Karaeng dalam masyarakat dan sebagai pengetahuan umum. Pada masa akan datang, kami akan mengumpul dan menyatupadukan jurai keturunan dan salasilah daripada Wangsa Bugis Melayu di seluruh Malaysia.
Gambar2 yang dipamerkan sekadar informasi sahaja.
Like ·  · 

KARYA SASTERA RATU RIMBA NIAGARA MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA GRUP SRI PEMANGKU ADAT.
PETIKAN WALL GRUP SRI PEMANGKU ADAT & RATU RIMBA NIAGARA
7 RABIULAWAL 1436H
29 DISEMBER 2014

0 comments:

Post a Comment

 
;