Tuesday, 12 May 2015

SASTRA ANUGERAH ILAHI (168) SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA UCAPAN TULUS IKHLAS DARIPADA PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA PADA 12 MEI 2015



SASTRA ANUGERAH ILAHI (168) SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA UCAPAN TULUS IKHLAS DARIPADA PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA PADA 12 MEI 2015

  • "gigimu yang membuatkan senyumanmu manis bak gula duhai tuan puteri rimbaku...hehehe "
    Buenos días amigos de SAH!
  • "gigimu yang membuatkan senyumanmu manis bak gula duhai tuan puteri rimbaku...hehehe "
    Buenos días amigos de SAH!
    Sociedad Argentina de Horticultura
    Desde 1936 al Servicio de la Comunidad
    Unlike · Comment · 
    • You like this.
    • SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA UCAPAN TULUS IKHLAS DARIPADA PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA PADA 12 MEI 2015

      PANTUN HOSPITAL PENYAYANG PESAKIT DISAYANG

      Hospital kerajaan dan swasta berbudaya tinggi,
      Kelengkapan rawatan serba moden;
      Pesakit datang berharapan tinggi,
      Kesihatan pesakit kerajaan utamakan.

      Klinik 1Malaysia rakyat sanjungi,
      Diberi perhatian kerajaan Malaysia;
      Menabur budi bukan untuk dipuji,
      Demi semata rakyat tercinta.

      Kerajaan utamakan kesihatan rakyat Malaysia,
      Asalkan rakyat hidup sempurna;
      Hospital kerajaan ada di mana-mana,
      Diberi rawatan amat sempurna.

      Kementerian Kesihatan Malaysia patut dipuji,
      Kerana amalkan konsep 1Malaysia;
      Pelbagai kaum semua dirawati,
      Asalkan rakyat sihat sentiasa.

      Kami sedia membantu anda,
      Kedatangan anda kami nantikan;
      Kami utamakan kesihatan anda,
      Kesembuhan anda kami doakan.

      Warga hospital kerja secara profesional,
      Berkerja berpasukan bersungguh-sungguh;
      Pesakit datang saling kenal mengenal,
      Sayang menyayang sakit pun sembuh.

      Apabila banjir cepatlah bertindak,
      Berpindah segera sebelum terlambat;
      Itu tandanya orang yang bijak,
      Dapat menjauhi segala penyakit.

      Apabila sakit berjumpa doktor,
      Pergi farmasi mengambil ubat;
      Terima kasih kerana bersabar,
      Kerana sabar menantikan ubat.

      Pesakit sakit doktor rawat,
      Pesakit sembuh doktor gembira;
      Semua sakit boleh dirawat,
      Asalkan usaha tawakal dan doa.

      Wad kecemasan sentiasa kesibukan,
      Doktor bekerja penuh komitmen;
      Dugaan datang penuh kesabaran,
      Kesabaran anda mendapat ganjaran.

      Bilik pembedahan sunyi sepi,
      Pakar bedah bekerja penuh teliti;
      Menjalankan pembedahan berhati-hati,
      Pesakit sembuh senang hati.

      Sabarlah pesakit atas dugaan,
      Ku doakan dikau segera sembuh;
      Warga hospital penuh sopan,
      Penyayang mereka buat mu sembuh.

      Cucilah tangan sebelum makan,
      Jaga kebersihan mesti diutamakan;
      Segala penyakit dapat dijauhkan,
      Anda sihat terukir senyuman.

      Doktor bekerja tak tentu masa,
      Nyawa pesakit amat diutamakan;
      Apabila bekerja tidak tergesa-gesa,
      Agar pesakit dapat disembuhkan.

      Terhibur hati terima senyuman,
      Senyuman warga hospital hati terhibur;
      Kurangnya sakit bila tersenyum,
      Bicaramu sopan lagi teratur.

      Tiada langsung bersikap sombong,
      Biarpun berjawatan Ketua Pengarah;
      Warga hospital hormat kerana penyayang,
      Mereka bekerja tanpa diarah.

      Ketua Jururawat seorang berpesonaliti,
      Menggalakkan jururawat berpekerti tinggi;
      Melayani pesakit seperti keluarga sendiri,
      Kesembuhan pesakit itu dihajati.

      Sabarlah duhai pesakitku,
      Sakitmu sakitku juga;
      Kudoakan segera sembuh untukmu,
      Moga Allah perkenankan semua yang berdoa.

      Gembiranya hati dapat layanan,
      Warga hospital baik budi;
      Semua pesakit mendapat rawatan,
      Sakit dialami dapat diubati.

      Ucapan terima kasih warga hospital,
      Merawat pesakit dalam kesabaran;
      Datang ke sini saling kenal-mengenal,
      Moga Tuhan membalas segala kebaikan.

      Rajinlah makan ubat duhai pesakitku,
      Segera sembuh itu doaku;
      Sembuhmu kebahagianku,
      Kesihatanmu keutamaanku.

      Karya: Ratu Rimba Niagara
      23 Rejab 1436H
      15 Mei 2015
      (PANTUN DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA WARGA KERJA HOSPITAL KERAJAAN & SWASTA SEMPENA SAMBUTAN HARI JURURAWAT SEDUNIA - RAKYAT MALAYSIA MENGHARGAI SEMUA WARGA HOSPITAL YANG BEKERJA DENGAN SETULUS IKHLAS DAN RAKYAT MALAYSIA MENGHARGAI KERAJAAN MALAYSIA YANG TERLALU PRIHATIN DENGAN KESIHATAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA, "KAMI SAYANG MALAYSIA...SAYANG SAMPAI HUJUNG NYAWA)

0 comments:

Post a Comment

 
;