Sunday, 10 May 2015

SASTRA ANUGERAH ILAHI (146) 'SELAMAT HARI IBU UNTUK BONDA HAJAH FATIMAH TERSAYANG'


SASTRA ANUGERAH ILAHI (146) 'SELAMAT HARI IBU UNTUK BONDA HAJAH FATIMAH TERSAYANG'

Sallma Lucy AAMIIN...YA RABB..CUKUP ENGKAU TEPAT KU BERSADAR..DAN MENGELUH
KRN SEMUA SUDAH DI GARIS KAN SEBELUM KITA KELUAR DARI RAHIM TEMPAT BERTAPA KITA, IKLAS DAN SABAR MENERIMA SEGALA APA YG ADA,DGN USAHA DAN DO'A ALLAH KAN BERI KAN YG TERBAIK TUK KITA..AAMIIN...

Like · Reply · 1 hr

'SELAMAT HARI IBU UNTUK BONDA HAJAH FATIMAH TERSAYANG'

Nama ibuku Hajah Fatimah,
Baik hatinya bukan kepalang;
Orangnya ramah dan tamah,
Ke mana pergi tetap disayang.


Ibu Fatimah wanita rupawan,
Cantik rupa cantik bahasa;
Kerana itu Mohd Ali tertawan,
Diterima pinangan kerana gagah perkasa.


Disayangi suami bagaikan permaisuri,
Hidup berkeluarga bagaikan di Syurga;
Wajah isteri bagaikan bidadari,
Menyayangi suami makan minum dijaga.


Bapa ke laut ibu di rumah,
Menjaga anak-anak penuh kasih sayang;
Tetamu datang dilayan hormat,
Ke mana pergi semuanya sayang.


Ibu Fatimah berkorban apa saja,
Demi kepentingan anak-anak tercinta;
Pelajaran diutamakan buat kuteruja,
Sedari kecil kutanam cita-cita.


Kasih ibu sama rata,
Anaknya sepuluh semuanya disayangi;
Ibu mengasuh dengan kasih dan cinta,
Cinta dicurah terus mewangi.


Ibu dan bapa pasangan bahagia,
Ke mana pergi selalu bersama;
Semua anak-anak terasa bahagia,
Kami disayangi semuanya sama.


Ibu dan bapa pergi ke laut,
Pergi ke laut mengambil bunga karang;
Cinta ibu tak pernah surut,
Dari dulu hingga sekarang.


Kata ibu datukku seorang pahlawan,
Menyandang jawatan hulubalang Raja Bugis;
Kepahlawanan datuk buatku teruja,
Gugurnya datuk buatku menangis.


Ibu dan bapa berpakat bersama-sama,
Besarkan anak-anak tanpa balasan;
Budi baik anak-anak semua diterima,
Sebagai balasan yang tak pernah bosan.


Ibuku sedih aku pun sedih,
Pemergian bapa masih terkesan;
Hati ibu memanglah pedih,
Sayangilah anak-anak bapa berpesan.


Hampir berbulan ibu termenung,
Pergi ke pusara melepas rindu;
Kasih sayang suami terkenang-kenang,
Rindukan suami dalam tangis dan sendu.


Mujurlah ada anak-anak ramai,
Senyum dan tawa pengubat rindu,
Hati ibu terasa damai,
Kasih sayang anak-anak tetap berpadu.


Ibu besarkan anak-anak tanpa bapa,
Cekalnya ibu pergi berniaga;
Segala cabaran dihadapi pelbagai rupa,
Demi kesejahteraan kami sekeluarga.


Ibuku wanita pandai berniaga,
Dicongak dihitung dengan bijaksana;
Pelanggan dilayan seperti keluarga,
Keberkatan berniaga keuntungan diterima.


Ibuku kini sudah bersara,
Perniagaan diwarisi oleh kakakku;
Rehat ibuku ibu disara,
Pengorbanan ibu tetap di hatiku.


Pengorbanan ibu dihargai anak,
Dirikan istana untuk ibu tersayang;
Kini anak beranak pinak,
Hidup bercucu cicit sayang menyayang.


Di pagi Syawal bahagianya kami,
Anak cucu cicit berkumpul bersama;
Begambar sekeluarga untuk dikenangi,
Ibu gembira hadiah diterima.


Bahagia ibu dikelilingi anak cucu,
Ibuku panyayang jadi nenek penyayang;
Ke mana pergi disayangi anak cucu,
Anak dikasihi cucu disayang.


Kasih ibu bawa ke Syurga,
Kasihkan isteri hingga ke mati;
Bahagia hidup kita sekeluarga,
Sayang menyayangi lekat di hati.


Indahnya hidup bersama ibu,
Hidup penuh kasih dan sayang;
Ibuku satu dalam beribu,
Kasih sayang ibu terbayang-bayang.


Karya:Ratu Rimba Niagara
21 Rejab 1436H
( Bersempena Memperingati Hari Ibu Sedunia )


Puisi Ibuku Sayang


Ibuku sayang
Kusayang ibu
Kukasih ibu
Selagi hayat di kandung badan.
Dalam usia selewat begini…
Aku masih belum dapat membalas jasamu.
Mungkin tidak sekarang
Mungkin akan datang, dapat membalas jasamu.
Semalam aku bermimpi…
Ibu menghadiahkan aku sepohon
Pokok berbuahkan permata.
Aku memetik gugusan permata
Dari tangkainya.
Apa maknanya Allah saja yang tahu.
Terima kasih ibu…
Kerana sudi membesarkan dan
mendidik kami dengan kasih
dan sayang yang teramat ikhlas.
Moga Allah sahaja yang dapat membalas-Nya.
Selamat hari ibu.
Aku sayang ibu selagi hayat di kandung badan.
Moga kita sekeluarga dapat hidup di alam Syurga nanti.
Amiin Ya Rabbal A’Lamiin.


Karya Ratu Rimba Niagara
21 Rejab 1436H
15 Mei 2015
( Sempena Memperingati Hari Ibu Sedunia Kukarangkan Pantun Untukmu Ibu Tersayang Sayang Sampai Syurga Aamiin )



'SELAMAT HARI IBU UNTUK BONDA HAJAH FATIMAH TERSAYANG'
Like · Comment · 
'SELAMAT HARI IBU UNTUK BONDA HAJAH FATIMAH TERSAYANG'
Nama ibuku Hajah Fatimah,
Baik hatinya bukan kepalang;
Orangnya ramah dan tamah,...
Continue Reading


- Betapa islam memuliakan wanita - Saat dia menjadi seorang anak dia menjadi jalan surga bagi ayahnya - saat dia menjadi seorang istri dia sebagai pelengkap ...
YOUTU.BE
Like · Comment · 
Forecast calls for sunshine this weekend. Why not take Mom for a walk in the garden? There's so much to see right now!
Photo Credit: Jennifer Cooper

KASIH SAYANG IBU TANPA BATAS
LiComment ·  · 6



Allahu Akbar terlalulah Indah!

jom borong tdg dari kilang!Mai kedai km d jln tar KL.belian on9 FREE POS!wsp +60164459430
Pemborong tudung terus dari gudang
Clothing
54,646 people like this.

In Indigenous Australia, paintings are a way of demonstrating knowledge of the landhttp://ow.ly/MAPJH
See these significant paintings in our special exhibition ‪#‎IndigenousAustralia‬http://ow.ly/MAR38
Like · Comment ·  · 23
9 hrs · 
469,651 Views
"Все тлен"
Гениальная находка из ленты FB
Очень помогает отстраниться, не находите?)

JEMPUTLAH MINUM YA PARA TETAMU
Like · Comment ·  · 862

3 mins ·
KASIH SAYANG IBU TANPA BATAS
Forecast calls for sunshine this weekend. Why not take Mom for a walk in the garden? There's so much to see right now!
Photo Credit: Jennifer Cooper
Like · Comment · 

Prince armaan added a new photo.
5 mins · 
Like · Comment ·  · 61
Ravishing & Serene Country, Switzerland ᴷᴬ
Unlike · Comment ·  · 121

Ibu kau pelangi hatiku

A river of flowers - amazing!
More inspiring photos here: http://vbelleblog.com/
Unlike · Comment ·  · 495
10 masjid tercantik di dunia.
1) Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi
2) Masjid Nabawi
3) Masjid Al Aqsa, Baitulmaqdis, Palestin
4) Masjid Zahir, Kedah Darul Aman, Malaysia
Dibina pada 1912 dan dibiayai Tunku Mahmud iaitu anak Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Di sini juga terletaknya makam pahlawan Kedah yang maut ketika mempertahankan negeri itu dari Siam pada 1981. Terdapat lima kubah melambangkan rukun Islam.
5) Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei
6) Masjid Taj’ul, Bhopal, India
7) Masjid Baiturrahman, Banda Aceh, Indonesia
8) Masjid Sultan, Singapura
9) Masjid Faisal, Islamabad, Pakistan
10) Masjid Qol Shariff, Rusia
PETIKAN WALL RATU RIMBA NIAGARA & RAKAN-RAKAN ALAMMAYA
21 REJAB 1436H
10 MEI 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;