AIDILFITRI HARI MULIA (43) APABILA ALLAH IZINKAN FANTASI MENJADI REALITI
Chai Yew Tan's Photos
YBhg. DATO' SERI Professor Dr Robin @ Chai Yew Tan
Adakah Kau Bintang Yang Wujud Dalam Imaginasiku???
Terima kasih kerana sudi menjadi rakan fb saya, moga kita saling dapat memberi kerjasama yang mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri dan warga dunia yang ingin berjaya.
ORANG YANG BERJAYA TIADA PERNAH BERPUTUS ASA DALAM KAMUS HIDUPNYA.
ORANG BERJAYA YANG BAHAGIA ADALAH BERKONGSI KEJAYAANNYA DENGAN SEBERAPA RAMAI ORANG YANG INGIN BERJAYA SEPERTINYA.
'TAHNIAH UNTUK SEMUA YANG BERJAYA!!!'
APABILA TAPAK SULAIMAN @ BINTANG LAUT MENJADI BINTANG
Sejak berkurun lamanya Tapak Sulaiman
di dasar laut cuma nampak bebayang
bintang-bintang disimbahi cahaya rang bulan.
“ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!
tiada bezanya aku dengan bintang
cuma aku di dasar lautan
tidak berkedipan!
Bolehkah aku jadi bintang?
Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?
di dasar ini aku tidak berfungsi
kepada penghuni laut
sedangkan aku ingin hidup
menyinari hidupku dan menyinari
hidup mereka yang memerlukan
kerdipan sinarku.” Tapak Sulaiman
mula menyedari kejahilannya.
Dia telah mula berimpian.
Setiap hari Tapak Sulaiman
terus mengeluh...
meratapi nasib diri…
mencemburui kegemerlapan bintang
seolah-olah mereka mengejeknya
kerana berangan hendak
menjadi bintang.
“Kau siapa?
kalan pun terhegeh-hegeh
di dasar laut ini… tanpa boleh berbuat apa-apa?
lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
kebijaksanaan aku.. jangan nak beranganlah!
Ha…ha…ha…” Ejek naga laut sambil menayangkan
kejadiannya yang unik mempersonakan
seluruh penghuni laut kerana itu naga laut
popular dan dihormati .
“Engkau jangan memperlekeh
cita-cita aku. Akan kubuktikan!
lihatlah nanti!” Jerit Tapak Sulaiman
memecah ketenangan malam itu.
Laut yang tenang tiba-tiba mengaum di sertai
dengan gelombang ombak mengganas!
gerakkan dasar laut telah membawa
Tapak Sulaiman ke dalam gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempasnya
ke pantai.
Kini Tapak Sulaiman berada di pantai
di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!
seakan mimpi Tapak Sulaiman
berjalan ke sana ke mari
menari-nari.
Bila malam tiba Tapak Sulaiman
menikmati suasana malam sambil
memerhatikan kegemerlapan
bintang-bintang di langit di sinari
sinaran cahaya bulan.
Sungguh jelas permandangan tika itu
tidak perlu samar-samar lagi
tika berada di dasar laut.
“Bolehkah aku menjadi bintang?
Bolehkah? Bolehkah? Bolehkan?
Bintang aku ingin berkawan denganmu?
Aku ingin menjadi sepertimu.”
“ Tapak Sulaiman, kau boleh menjadi
seperti kami jika kau yakin dengan
kebolehanmu! Percayalah!
Kami menunggu kau di sini!
Kau boleh! Pasti boleh!”
Kata perangsang bintang kepada
Tapak Sulaiman pada malam itu.
“Pelik ya macam mana bintang boleh
mendengar suaraku? Sedangkan
jarak dengannya…
bintang di langit aku dibumi
komunikasi aku dengan bintang
satu keajaiban!”
Tiba-tiba kedengaran
gauman entah mana datangnya
memecah ketenangan malam
pepasir di pantai berterbangan.
UFO rupanya sedang mendarat
dua makhluk asing datang
menghampiri Tapak Sulaiman.
“Tapak Sulaiman mahu ke engkau
ikut kami?” Tanyanya.
Ke mana?”
“Úntuk merealisasikan cita-cita kau menjadi bintang?”
“Nak! Nak! Nak! Rugilah jika aku melepaskan peluang ini!”
Malam itu mimpi Tapak Sulaiman menjadi kenyataan!
dia telah menjadi bintang!
disambut bintang-bintang yang
bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
yang menakjubkan Tapak Sulaiman!
Siapa sangka impian Tapak Sulaiman menjadi kenyataan?
tidak sia-sia impiannya selama ini!
barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
ini jika digunakan keajaiban minda!
“Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
akan kukongsi bersama mereka yang ingin
menjadi sepertiku!” Janji Tapak Sulaiman pada dirinya.
Karya Ratu Rimba Niagara
23 Januari 2011
AUGERAH BUDAYA KESUSASTERAAN KEPADA TOH PUAN RATU KENCANA SARI RABEAH MOHD ALI
Anugerah Budaya Kesusasteraan Kepada Karyawan:
WATIKAH GELAR ADAT.
“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, YANG MENGUASAI TUJUH PETALA LANGIT DAN TUJUH PETALA BUMI SERTA SEISI KANDUNGANNYA, SEGALA PUJI-PUJIAN BAGI ALLAH SERU SEKALIAN ALAM, MAKA ATAS KUASA YANG ADA PADA ANDEKA DIPERTURUNKAN GELAR ADAT KEPADA YANG AMAT MULIA Rabeah Binti Mohd Ali, SEBAGAI Toh Puan Ratu Kencana Sari, DENGAN BERKAT DOA-DOA KAMI KEPADA MUHAMMAD S.A.W, ALAM SEMESTA MENJADI SAKSI DAN SEGALA DI DUNIA DAN SEISINYA MEMPERAKUI DENGAN LAFAZ LAILAHAILLAH MUHAMMADUR RASULLULAH”.
Kurnia ini diberi kerana berjasa atas sumbagan dan komitmen yang dibuktikan menerusi penyampian khususnya budaya kesusasteraan dunia maya Laman Rasmi Deplomatik Sri Pemangku Adat. Dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih daripada DISAKA (Malaysia). Amin Ya Allah.
Sri Pemangku Adat and Andi Baso Pawiloi like this.
Sri Pemangku Adat salam hormat, YAM Rabeah Binti Mohd Ali anda layak menerimanya atas sumbangan dan komitmen anda sendiri pada DISAKA dan kami menyempurnakan yang sewajarnya, amin ya allah.
Ratu Rimba Niagara Salam hormat kembali buat YM Sri Pemangku adat dan semua ahli jawatankuasa di SAKA MALAYSIA amatlah tersanjung di hati , segala budi baik akan dikenang sehingga akhir hayat. AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
TOH PUAN RATU KENCANA SARI
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Syukur Alhamdulillah dikurniakan Gelaran Toh Puan Ratu Kencana Sari daripada di SAKA MALAYSIA dan YM SRI PEMANGKU ADAT.
Memang tidak pernah diduga akan dianugerahkan gelaran sebegitu tinggi. Sejak menyertai grup Sri Pemangku Adat hampir empat tahun sudah banyak karya yang disiarkan tanpa henti tanpa had. Cuma semenjak tahun lepas YM Sri Pemangku Adat tidak aktif di grup ini atas urusan kerja selama setahun grup ini bagaikan dilanggar burung garuda sunyi sepi , tapi sabar menanti kehadiran YM Sri Pemangku Adat untuk menyerikan grup ini. In Shaa Allah grup ini kembali ceria dengan banyaknya ilmu tentang diRaja dan Hulubalang Nusantara terutama adat dan budaya Wangsa Melayu Bugis Nusantara. Syabas YM dan terima kasih banyak atas sumbangan ilmu yang amat berguna kepada agama , bangsa dan negara untuk tatapan generasi kini dan akan datang. Secara tidak langsung menyemarakkan lagi dunia sastera saya, apabila dianugerahkan gelaran Toh Puan Ratu Kencana Sari,
Nama Kencana Sari seolah telah lama saya dengar dan amat meminati dengan nama itu tak tahu kenapa. Tapi bilamana malam ini saya dengar nama Kencana Sari saya mula teringat apa yang saya bayangkan dahulu di mana dalam karya kisah dongeng diRaja yang saya karang pernah menaruh nama Putri Kencana Sari... benarlah ilmu Pengetahuan Allah mendahului apa yang kita ketahui akan datang. Semua-Nya telah tersurat di sebalik yang tersirat.
Dalam perjalanan hidup saya, semuanya bersangkutan dengan masa silam ke masa kini, dulu saya minat sejarah Mataram tapi kini saya terlibat secara langsung dengan kerajaan Mataram, Moyang saya hulubalang Raja Bugis kini secara langsung saya terlibat dengan Grup Wangsa Bugis Melayu Nusantara...dulu saya minat dengan kisah-kisah diraja saya karangkan kisah dongengan diRaja tapi kini secara langsung saya mengarang kisah diRaja yang realiti...semuanya kait mengait di antara satu sama lain. SUBHANALLAH ALLAHU AKBAR Maha Berkuasa-Nya Allah...saya yakin semua-Nya telah diaturkan oleh Allah swt akan perjalanan hidup mati saya maka saya redha.
Kerana menulis adalah minat saya sedari kecil, maka adalah satu kepuasan bagi saya apabila karya saya diberi komentar oleh pembaca. Dulu sebelum mengenal dunia alammaya untuk mendapat komentar daripada pembaca saya membuat salinan karya dalam kadar yang banyak disertai dengan borang kajiselidik. Hasil kaji selidik di semua peringkat umur, taraf pendidikan dan pekerjaan memberi komen 99% baik dan di luar jangka sehingga saya yakin saya adalah seorang penulis berbakat ditauliahkan oleh rakyat Malaysia dan ada juga rakyat Indonesia.
Sebelum membuat kajiselidik tahap pencapaian penulisan saya , saya masih ragu dan tidak yakin diri. Saya anggap saya adalah penulis perasan sendiri untuk luahan perasaan sendiri tapi tidak rupanya.
Sebab itu bilamana saya berada di dunia maya, saya terlalu pentingkan komentar daripada pembaca , andai rakan grup tidak memberi komentar atau like tak mengapa tapi sebagai rakan fb wajib andai mereka pelit bin kedekut idea saya terpaksa mencari rakan fb yang lain sebagai pengganti , sebab itu rakan fb saya sampai sekarang silih berganti dan tidak ramai boleh dibilang dengan jari bukan tak mahu terima tetapi saya mahu menumpukan dunia penulisan saya. Moga mereka sudi maafkan saya dan memahami dunia sastera saya.
Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada YM Sri Pemangku Adat dan di SAKA MALAYSIA atas anugerah TOH PUAN RATU KENCANA SARI. Moga dengan gelaran ini bukan bertujuan untuk membangga diri tapi adalah menyuntik semangat untuk saya meneruskan perjuangan sastera saya dan adalah hadiah yang teristimewa untuk anak cucu Nusantara tercinta bahawa moyang sastera mereka berusaha gigih untuk menghasilkan bahan sastera yang bermanfaat dan berkualiti untuk mereka . In Shaa Allah Aamiin.
Sekian. Terima Kasih .Wassalam.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara @ Rabeah Mohd Ali,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujanggga Sribu Jaman
30 Zulkaedah 1435H
25 September 2014
CITA-CITAKU MAHU MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA AGAR DAPAT DITERIMA OLEH SELURUH RAKYAT NUSANTARA DAN WARGA DUNIA IN SHAA ALLAH AAMIIN
TAHNIAH UNTUK MAJELIS PEMANGKU ADAT NUSANTARA
Majelis Pemangku Adat Nusantara sudah ternama dan diiktiraf demi memartabatkan seluruh Institusi diRaja Nusantara . Maka tabik hormat untuk YM Sri Pemangku Adat , seluruh ahli jawatankuasa dibawahnya dan seluruh kesatria yang terlibat bagi menjayakan Majelis Pemangku Adat Nusantara. Moga terus mapan dan sukses agar dapat diwariskan hingga ke anak cucu Nusantara. Allahu Akbar Aamiin.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara, Toh Puan Ratu Kencana Sari,
Pujangga Sribu Jaman, Pujangga Nusantara & Ratu Pujangga Perdamaian Dunia,
24 Dzulhijjah 1435H
19 Oktober 2014
RAKYAT RIMBA NIAGARA MELANTIK TUAN PUTRI RIMBA NIAGARA SEBAGAI RATU RIMBA NIAGARA BAGI MENYOKONG MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA DALAM TEATER BANGSAWAN DIRAJA,''RATU RIMBA NIAGARA,'Karya Ratu Rimba Niagara. .
Tuan Putri... semasa Tuan Putri ditabalkan sebagai Ratu Rimba Niagara kami rakyat Rimba Niagara telah bermuzakarah untuk melantik Tuan Putri sebagai Ratu yang memerintah seluruh Kerajaan Rimba Niagara ini.
Kami ingin membuat sendiri mahkota Tuan Putri yang tiada tandingan cantiknya dengan buatan manusia tapi memandangkan asal usul Tuan Putri manusia makanya kami hormat Tuan Putri agar kami juga mahu mendukung/menyokong Institusi diRaja Nusantara yang akan dihidupkan semula oleh mereka yang faham betapa pentingnya Institusi diRaja pada rakyat sekalian,
Biarpun kami haiwan dan boleh melantik di kalangan haiwan tapi karena semangat kami untuk menghidupkan Institusi diRaja Nusantara makanya kami lantik Tuan Putri sebagai Ratu agar Tuan Putri terus bersemangat untuk menuliskan kisah-kisah diRaja dan Kesatria diRaja samada realiti atau dongengan.
Teruslah menulis Tuan Putri kami akan terus memberi sokongan/dukungan kepada Tuan Putri. Walaupun apa jua halangan dan cabaran Tuan Putri mesti kuat semangat dan jangan mudah berputus asa karena niat suci murni Tuan Putri itu Tuhan sentiasa membantu percayalah.
Maka selepas ini walaupun ada yang menghina Tuan Putri jangan dihiraukan dengan semua kata-kata yang melemahkan semangat Tuan Putri berkarya...sekalipun mereka mengatakan Tuan Putri berada di alam fantasi tak akan menjadi realiti anganan Tuan Putri itu jangan sekali dipedulikan.
Biarlah mereka dengan dunia mereka, Tuan Putri hanya akan melayani mereka yang memahami dunia sastra Tuan Putri saja yang tidak memahami tetap akan mengatakan Tuan Putri berada di dunia Fantasi yang mana kata-kata itu akan melemahkan semangat Tuan Putri untuk bersastra tinggalkan mereka itu Tuan Putri...buat apa bersahabat dengan mereka yang membuatkan hati Tuan Putri terluka kami tak akan izinkan hati Tuan Putri terluka . Berjanjilah kepada kami bahawa Tuan Putri akan buktikan bahawa dunia sastera Tuan Putri bukanlah dunia fantasi tapi adalah bahan sastera yang berkualiti dan bakal menjadi realiti di dunia realiti. Ketika itu yang menghina dan merendah-rendahkan usaha Tuan Putri akan menginsafi diri sendiri dan mengakui Kebesaran Tuhan mengatasi segala yang ada di langit dan di bumi. Allahu Akbar Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara,
24 Dzulhijjah 1435H
19 Oktober 2014
'KELUARKAN SINGA DALAM DIRIMU AGAR TAK SEWENANGNYA KAMU DIPIJAK ORANG'
Maharaja Kutai Mulawarman Ini adalah karya agung yang sepatutnya kita bersyukur atas mahakarya YM Ratu Rimba Niagara yang sangat kiTa sanjung sebagai pujangga seribu Alam dan Karya2. Ini adalah bentur. Puja dan puji syukur kepada setiap kehidupan dan kami sangat menyanjungNya.amin
DALAM GEMA PUISI DUNIA AKHIRAT
Kedaton Kraton Wahyu Utama likes this.
Kedaton Kraton Wahyu Utama Salam Kasih penuh kedamaian nan abadi mohon maaf lahir bathin selamat Hari Raya Idul Fitri Penuh Kasih kedamaian dan kebahagian lahir batin .... Dalam Gema Puisi kedamaian dunia ahirat serial karya Sang Ratu Pujangga Nusantara Rabeah Binti Mohd Ali Kerabat Agung Kedaton Kraton Wahyu Utama - Laboratorium Pesona Wisata Dunia - di Malaysia - yang kami kagumi - selamat berkarya dan berkarya penuh cahaya kedamaian dan ke agungan .... setiap saat selalu sempatkan kami baca karya karya YM dan kami pilih untuk kami Expo dan terbitkan - sebagai Karya Pesona - Para Ratu dan Raja Pujangga Nusantara Kedaton kraton Wahyu Utama Laboratorium Pesona Wisata dunia - Pesona Cahaya Kasih Kedamaian Dunia - Akhirat nan abadi
ศิณี พันธ์โทยา foreigners like myself like to read Ms Ratu Rimba Niagara too
with upper case make not easy for us, sorry to saying this
Unlike · 1 · December 16, 2013 at 2:24am
Ratu Rimba Niagara Terima kasih kerana suka membaca karya saya, segala teguran akan diterima demi memperbaiki mutu penulisan agar semua pembaca senang hati dan gembira setiap kali membaca karya saya. Terima kasih atas segalanya amat terharu bilamana rakyat antarabangsa menghargai penulisan saya walaupun saya menulis dalam bahasa melayu tapi masih boleh memahami, Cita-cita saya di satu masa nanti seluruh dunia akan meminati karya saya diterjemahkan dalam bahasa seluruh dunia kerana sastera yang saya tulis adalah lambang kasih sayang saya kepada setiap warga dunia tercinta. Walaupun kita berbeza bahasa, warna kulit, agama, budaya tapi sastera Ratu Rimba Niagara menyatukan hati semua warga dunia hidup saling menghargai dalam kasih sayang hati semurni Syurga. Insya-Allah. Aamiin.
Mohamed Ali Kolakkadan Masha allah
Like · Reply · May 22, 2014 at 12:04pm
Dini Hms i love to read your karya ratu,can u tell me where i can buy ur book?so i can read it without waiting
Unlike · Reply · 1 · December 18, 2013 at 1:09pm
Ratu Rimba Niagara Terima kasih Dini Hms kerana suka membaca karya Ratu Rimba Niagara,Insya-Allah jika diizinkan Allah dengan kerjasama seorang hamba Allah bersama barisan kakitangannya akan menerbitkan dan merealitikan segala apa yang dicitakan Ratu Rimba Niagara. Jika Allah kata KUN FAYAKUN semua boleh membaca karya ratu rimba niagara tanpa menunggu lagi. Insya-Allah Aamiin.
Jika diizinkan Allah koleksi karya-karya Ratu Rimba Niagara berada di sudut perpustakaan istana Dini Hms sekeluarga, Doakan ya, Insya-Allah. Aamiin..
PETIKAN PAGE KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH & GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
5 SYAWAL 1436H
21 JULAI 2015
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
6 SYAWAL 1436H
22 JULAI 2015
FROM NOTIFICATIONS
Rabeah Binti Mohd Ali shared Vyrec's photo.
Ini betul-betul sayang sama dia punya PC nie ! Hihihi #VyREC #SyawalMoments 😂😂😂
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
6 SYAWAL 1436H
22 JULAI 2015
0 comments:
Post a Comment