AIDILFITRI HARI MULIA (242) TIDAK CUKUP HANYA CINTA UNTUK MELAWAN DUNIA
BONDA IZINKANKU MENJADI ANAKMU
Bondaku sayang...
alangkah bertuahnya jika aku menjadi anakmu
hari-hari penuh dengan cinta
hari-hari penuh dengan ungkapan sayang
hari-hari kata-kata semangat
untuk berjaya dunia akhirat
Ibu kandungku
setiap hari memaki hamunku
tanpa tahu apa salahku
aku dipukul tanpa belas kasihan
sehingga pensan
raunganku kesakitan dipukul ibu
tiada langsung dipedulikan ibu
aku dipukul sepuas hati ibu
tanpa henti sehingga aku pengsan
bilamana aku pensan
baru puas hati ibu
aku dibiarkan pensan sendirian
bangun dari pensan
kerja-kerja rumahtangga sedang menanti
mahu tak mahu aku mesti siapkan
jika tak siap
akan dipukul ibu tanpa belas kasihan
Sudah nasibku beribukan seorang penagih dadah
dan zalim terhadap anak kandungnya sendiri
Di sekolah aku menjadi bahan sindiran kawan-kawan
anak penagih dadah sehingga ramai yang tidak mahu berkawan denganku.
Ibuku tak bekerja
Ayahku telah meninggalkan kami tanpa sebarang pesan.
Kami sekeluarga dibantu oleh saudara mara untuk meneruskan kehidupan,
bilamana tiada makanan , aku membantu mengupas kulit bawang dan ikan bilis di kedai makan yang berhampiran dengan rumahku. Sebagai upah dapatlah makanan untuk dibawa pulang.
Sudah penat bekerja di kedai belum habis lagi ibuku sudah menyuruh menyiapkan kerja-kerja dapur. Sedang aku cuci pinggan , pinggan terlepas daripada tanganku lalu pecah. ibu apa lagi mengambil serpihan kaca lalu dicalarkan ke tanganku.
Aku menjerit kesakitan, darah mengalir dengan banyaknya....ibu terus meninggalkanku kesakitan kesendirian.
Mengenangkan betapa deritanya hidupku bersama ibuku yang zalim, aku bercitaa-cita untuk melarikan diri jika ada peluang.
Tidak sangka pula ketika beraya di rumah bonda , aku nekad untuk melarikan diri
dari rumah ibu kerana aku yakin kebahagiaan ada pada bonda seorang yang penyayang dan memahamiku.
"Bonda wawa sudah tulis surat pada ibu yang wawa akan pergi tak akan kembali,
Bonda sudi ke bonda terima wawa sebagai anak bonda?" Wawa memelukku erat sambil menangis gembira.
"Bonda sakit, wawa akan jaga bonda, bila wawa sudah besar nanti , wawa nak belikan bonda rumah yang besar ada lima bilik. 1 bilik solat, bilik mengajar mengaji, bilik bercerita dalam perpustakaan, bilik wawa dan bilik bonda. pasti seronok kan bonda."
Jam sudah menunjukkan puikul 11 malam . "Wawa maafkan bonda ya....wawa kena balik, jika ibu wawa buat laporan polis bonda akan ditangkap didakwa atas menculik wawa.
"Wawa tak mahu balik nanti wawa dipukul ibu, wawa sudah tak tahan dipukul ibu..."
"Sabarlah wawa...andai wawa dipukul ibu sampai wawa mati wawa mati syahid Syurga tempat wawa , ibu wawa yang zalim neraka tempatnya....tawakal ya wawa , mintalah ibu wawa diberi hidayah."
Semenjak wawa balik dijemput oleh ibunya , aku terputus hubungan, setiap hari aku memikirkan wawa, aku mengambil keputusan menelefon talian NUR menceritakan kanak-kanak didera ibu kandung sendiri. Moga wawa dapat diselamatkan daripada kekejaman ibu kandungnya sendiri. Aamiin
Karya Ratu Rimba Niagara,
20 Syawal 1436H
5 Ogos 2015
Cover Photos
20 SYAWAL 1436H
5 OGOS 2015
0 comments:
Post a Comment