Tuesday 6 September 2016

HIDUP SATU PERJUANGAN (289) YA ALLAH PILIHLAH KAMI MENJADI AHLI SYURGA-MU AAMIIN


HIDUP SATU PERJUANGAN (289) YA ALLAH PILIHLAH KAMI MENJADI AHLI SYURGA-MU AAMIIN

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

Sekedar Mengingatkan Akan Ada Pertanyaan yg WAJIB kita jawab kelak...
silahkan di ((SHARE)) ya..



KH. Abdullah Gymnastiar
^^^ == NIKMATNYA MEMBACA AL-FATIHAH == ^^^
Pada saat membaca surah Al-Fatihah waktu shalat, banyak membacanya tergesa-gesa tanpa spasi, tanpa jeda dan tak dinikmati,
padahal disaat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, Allah menjawab setiap ucapan kita, maka dari itu kita disunahkan berhenti sejenak setiap selesai membaca satu ayat.
Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT berfirman :
"Aku membagi shalat menjadi dua bagian, untuk Aku dan untuk hamba-Ku".
Artinya, tiga ayat diatas: Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in adalah hak Allah, dan tiga ayat kebawahnya adalah urusan hamba-Nya.
Ketika Kita mengucapkan "Alhamdulillahi Rabbil 'alamin". Allah menjawab :"Hamba-Ku telah memuji-Ku".
Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Rahim"...Allah menjawab : "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku".
Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin"...Allah menjawab :"Hamba-Ku memuja-Ku"
Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”...Allah menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku”.
Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhoolliin.”...
Allah menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku.. Akan Ku penuhi yang ia minta.”
(H.R. Muslim dan At-Turmudzi)
Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat... Rasakan dan resapi betul-betul jawaban indah dari Allah, satu persatu, karena Allah sesungguhnya sedang menjawab ucapan-ucapan kita...
Lalu ucapkanlah "Aamiin" dengan penuh harapan dikabulkan, sebab malaikatpun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.
"Barang siapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dgn para malaikat, maka Allah akan memberikan ampunan kepada-Nya.”.
(H.R Bukhari, muslim, Abu Dawud)


Rashid Kocai telah ditag di sini.
*NAMA-NAMA SYURGA*
1. Jannatu Adnin ( ﺟَﻨَّﺔُ ﻋَﺪْﻥ ) – Syurga tempat tinggal yang kekal
2. Jannatu Na’im ( ﺟَﻨَّﺔُﺍﻟﻨَّﻌِﻴْﻢِ ) – Syurga dipenuhi nikmat
3. Jannatu Makwa ( ﺟَﻨَّﺔُﺍﻟﻤَﺄْﻭَﻯ ) – Syurga tempat kembali
4. Jannatu Firdaus ( ﺟَﻨَّﺔُ ﺍﻟْﻔِﺮْﺩَﻭْﺱِ ) – Syurga firdaus
5. Maqamun Amin ( ﻣَﻘَﺎﻡٌ ﺍَﻣِﻴْﻦٌ ) – Kedudukan yang sentosa
6. Darul Maqamah ( ﺩَﺍﺭُ ﺍﻟْﻤُﻘَﺎﻣَﺔِ ) – Rumah yang tenteram
7. Darul Khulud ( ﺩَﺍﺭُﺍﻟﺨُﻠُﻮْﺩِ ) – Rumah yang kekal abadi
8. Darussalam (ﺩَﺍﺭُﺍﻟﺴَّﻼَﻡ ) – Rumah yang sejahtera
*NAMA-NAMA NERAKA*
1. Neraka Saqar (ﺳَﻘَﺮْ) – Api yang membakar kulit
2. Neraka Jahim (ﺟَﺤِﻴْﻢ ) – Tempat balasan seksa yang abadi
3. Neraka Sa’ir (ﺳَﻌِﻴْﺮ ) – Api yang menyala-nyala
4. Neraka Jahannam (ﺟَﻬَﻨَّﻢَ ) – Tempat balasan abadi selepas mati
5. Neraka Hawiah (ﻫَﺎِﻭﻳَﺔٌ) – Api panas yang membakar
6. Neraka Laza (ﻟَﻈَﻰْ ) – Api yang menggelegak
7. Neraka Hutamah (ﺣُﻄَﻤَﺔٌ ) – Api yang dinyalakan

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
berkongsi kiriman Rabeah Binti Mohd Ali.

Foto Rashid Kocai.
Rashid Kocai bersama Rashid Kocai.
JANGAN SOMBONG UNTUK MEMINTA

SukaTunjukkan lagi re

Suapan Berita

YA ALLAH PILIHLAH KAMI MENJADI AHLI SYURGA-MU AAMIIN
KH. Abdullah Gymnastiar
pada 5hb September 2012 jam 9.15 pagi ·
^^^ == NIKMATNYA MEMBACA AL-FATIHAH == ^^^
Pada saat membaca surah Al-Fatihah waktu shalat, banyak membacanya tergesa-gesa tanpa spasi, tanpa jeda dan tak dinikmati,
padahal disaat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, Allah menjawab setiap ucapan kita, maka dari itu kita disunahkan berhenti sejenak setiap selesai membaca satu ayat.
Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT berfirman :
"Aku membagi shalat menjadi dua bagian, untuk Aku dan untuk hamba-Ku".
Artinya, tiga ayat diatas: Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in adalah hak Allah, dan tiga ayat kebawahnya adalah urusan hamba-Nya.
Ketika Kita mengucapkan "Alhamdulillahi Rabbil 'alamin". Allah menjawab :"Hamba-Ku telah memuji-Ku".
Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Rahim"...Allah menjawab : "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku".
Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin"...Allah menjawab :"Hamba-Ku memuja-Ku"
Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”...Allah menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku”.
Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhoolliin.”...
Allah menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku.. Akan Ku penuhi yang ia minta.”
(H.R. Muslim dan At-Turmudzi)
Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat... Rasakan dan resapi betul-betul jawaban indah dari Allah, satu persatu, karena Allah sesungguhnya sedang menjawab ucapan-ucapan kita...
Lalu ucapkanlah "Aamiin" dengan penuh harapan dikabulkan, sebab malaikatpun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.
"Barang siapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dgn para malaikat, maka Allah akan memberikan ampunan kepada-Nya.”.
(H.R Bukhari, muslim, Abu Dawud)
YA ALLAH MASUKKAN KAMI KE SYURGA-MU DAN JAUHKAN KAMI DARI NERAKA-MU AAMIIN YA RABBALA'LAMIIN
NAMA-NAMA SYURGA*
1. Jannatu Adnin ( ﺟَﻨَّﺔُ ﻋَﺪْﻥ ) – Syurga tempat tinggal yang kekal
2. Jannatu Na’im ( ﺟَﻨَّﺔُﺍﻟﻨَّﻌِﻴْﻢِ ) – Syurga dipenuhi nikmat
3. Jannatu Makwa ( ﺟَﻨَّﺔُﺍﻟﻤَﺄْﻭَﻯ ) – Syurga tempat kembali
4. Jannatu Firdaus ( ﺟَﻨَّﺔُ ﺍﻟْﻔِﺮْﺩَﻭْﺱِ ) – Syurga firdaus
5. Maqamun Amin ( ﻣَﻘَﺎﻡٌ ﺍَﻣِﻴْﻦٌ ) – Kedudukan yang sentosa
6. Darul Maqamah ( ﺩَﺍﺭُ ﺍﻟْﻤُﻘَﺎﻣَﺔِ ) – Rumah yang tenteram
7. Darul Khulud ( ﺩَﺍﺭُﺍﻟﺨُﻠُﻮْﺩِ ) – Rumah yang kekal abadi
8. Darussalam (ﺩَﺍﺭُﺍﻟﺴَّﻼَﻡ ) – Rumah yang sejahtera
*NAMA-NAMA NERAKA*
1. Neraka Saqar (ﺳَﻘَﺮْ) – Api yang membakar kulit
2. Neraka Jahim (ﺟَﺤِﻴْﻢ ) – Tempat balasan seksa yang abadi
3. Neraka Sa’ir (ﺳَﻌِﻴْﺮ ) – Api yang menyala-nyala
4. Neraka Jahannam (ﺟَﻬَﻨَّﻢَ ) – Tempat balasan abadi selepas mati
5. Neraka Hawiah (ﻫَﺎِﻭﻳَﺔٌ) – Api panas yang membakar
6. Neraka Laza (ﻟَﻈَﻰْ ) – Api yang menggelegak
7. Neraka Hutamah (ﺣُﻄَﻤَﺔٌ ) – Api yang dinyalakan
"Jika Allah matlamat cinta kita akan berusaha sedaya mungkin menjadikan realiti."
"Cinta yang membuatkan kita mencintai Allah lebih daripada cinta itulah cinta yang terindah dan membahagiakan iman."
CINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI TAKDIR CINTA ITULAH CINTA YANG DIMILIKI.
Andai aku jatuh tersungkur sudilah sambutku dengan keikhlasan hatimu agar aku terselamat daripada seksaan api neraka...
Jangan dibiarkan orang lain mencaturkan hidupmu
kerana Allah swt sudah mengaturkan takdirmu
Allahu Akbar berkongsi apa yang Allah kurniakan adalah amat membahagiakan.
TIADA KATA SEINDAH BAHASA
tiada kata seindah bahasa
bahasa bukan dipertuturkan
mengikut rasa lidah
tapi mengikut bahasa hati
tidak juga mengikut bahasa hati
kerana bahasa hati jiwa jadi celaru
tiada kata seindah bahasa
kata datang dari jiwa yang dimahu
jiwa yang datang dari cahaya
cahaya Nur Ilahi
berkemilau
menyilau
meresap ke hati meresap ke jiwa
rasa aman tenteram jiwa
rasa bahagia mendengar
tiada kata seindah bahasa
ditulis bukan mengikut rasa
ditulis mengikut gerak jiwa rasa
penuh berhati penuh daya fikir
agar ditulis diiringi doa pada yang Esa
moga apa yang ditulis
memberi manfaat buat diri sendiri
buat mereka yang membaca
tiada kata seindah bahasa
jika semua pujangga
menulis gaya tersendiri
memeriahkan warna-warni hati
berpelangi-pelangi cintakan Ilahi
berseri-seri di laman hati
indah...lindah...indah...
seindah Taman-Taman Syurga
bilamana berpadunya warna-warni hati
pujangga di laman-laman maya
sedia berbakti
pada Ilahi
pada apa yang DiCipta-Nya
di langit dan di bumi
pasti di langit dan di bumi menyayangi
indahnya bahasa indahnya semai bakti tanpa henti
bila pasti terhenti.....di Sana menanti pasti
Cinta Abadi Seabadi Cintamu pada-Nya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 Sept 2012
HATI PUJANGGA SESEJUK SALJI DI PERGUNUNGAN HIMALAYA
Hati pujangga
memang sukar diramal
ramalan kaji cuaca pun tak bisa meramalnya
diri sendiri pun tak bisa meramalnya
kerana hati pujangga
terlalu cepat terguris
terlalu sensitif
bagaimana dia peka dengan keadaan sekeliling
begitu juga dengannya
hati pujangga lekas panas
hati pujangga lekas sejuk
sesejuk salji di pergunungan himalaya
tapi jika hati pujangga lekas panas
dan panasnya tidak juga reda-reda
ini pasti awan kepanasannya sentiasa bergerak aktif
diaktifkan oleh kelompok-kelompok awan hitam
yang membaluti hati panasnya
agar panasnya kian membahang-bahang
jika tidak dirawat segera dengan kelompok awan putih
akan beruwap-wap lantas meletus
seperti letusan gunung berapi
berapi mengeluarkan lahar
dan laharnya akan merosakkan
sungai-sungai yang mengalir tenang
semuanya musnah dalam sekelip mata
dan tiada akan lagi kuntuman-kuntuman
bunga-bunga Syurga yang hidup di kiri kanan sungai
sungai-sungai nan indah di pandang mata
menjadi tandus
mati lesu dan hambar
Hati pujangga
terkesima
melihat alam yang indah
musnah sekelip masa
gara-gara hati pujangga
yang panasnya menjadi letusan lahar
Hati pujangga
bermuhasabah diri
menginsafi diri
hidup tak pernah sempurna
menyempurnakan kehidupan orang lain
kehidupan sendiri terabai
kezaliman diri sendiri
yang tak dapat dimaafkan
Hati pujangga
dikurniakan bakat
bukan untuk menyakat
bukan untuk menyakiti
bukan untuk berdengkian
kerana hati pujangga
pabila dia berkarya
adalah dari kalbu
bukan dari hati panas membara-bara
jika dari kalbu
karya nukilannya sentiasa bertenaga
apa yang dikaryakan
adalah untuk muhasabah dirinya sendiri
kerana merasakan dirinya hamba-Nya
yang terlalu kerdil
dan sentiasa menghargai Kurniaan bakat dari-Nya
tanda Syukur dia bergelar pujangga
Pujangga Tuhan
Pujangga insan
yang mahu mempersembahkan karya-karyanya
di hadapan Robbul Idzati
dengan sepenuh harapan karyanya diterima
sebagai bekalan di akhirat nanti
sebab itu hati pujangga mesti sesejuk salji di pergunungan Himalaya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 Sept 2012
BUKTI RINDU YANG TIADA PENGHUJUNGNYA
apalah ada erti rindu
kejap ada kejap tak ada
sejujurnya aku mau terbang kepadamu agar
aku tak lagi menantimu di ombak rindu
yang menjemukan moga aku tidak berputus asa
menantimu kerana jika aku berputus asa aku
akan sepikanmu di ombak rindu bersama kasih dan sayang
yang pernah kita bina sejak sekian lama
membuang kasih dan sayangmu adalah satu hal yang amat
aku takuti kerana jika itu terjadi aku akan terdera rindu
yang tiada penghujungnya makanya jangan padamkan janjimu
untuk setia padaku hingga ke akhir hayatmu....
kerana kasih yang sudah terpatri di dunia ini
biarpun cuma di alam maya
tidak di alam realiti tapi amat berarti bagi dunia akhiratku
dan biarlah kasih sayang yang terujud ini kita patrikan hingga ke Syurga
andainya aku pergi dulu sebelummu jangan lupa kirimkan sejambak doa tanda kasihmu padaku berkat doakan mu itu tenang aku di Sana Insya-Allah Aamin
Itulah bukti rindu yang tiada penghujungnya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 Sept 2012
DI DUNIA NYATA DAN DI SYURGA SAKSI CINTA SUCI
KITA KERANA-NYA
Duhai kawan...
Bilamana kau sudi berkawan denganku
Ku menangis
Kerana Allah Kurniakan aku
Permata dari Syurga
Allah Kurniakan aku bidadari dari Syurga
Aku bersyukur atas Kurniaan-Nya itu
Hidupku seakan berpelangi cinta Syurga
Tapi bilamana kau sepikan aku
Seolah hadirku
Menyakitkan hatimu
Menyakitkan hati kawan-kawanmu
Pasti aku terlara dalam rindu
Aku mohon ehsanmu
Agar jangan kau sepikan aku
Jika kau merajuk denganku
Jangan lama-lama
Kerana ku terdera rindukanmu
Nanti jika aku terdera rindu
Aku terpaksa sepikanmu di ombak rindu
Tapi tahukah kau jika aku sepikan mu
Setiap kali deruan ombak menderu-deru
Aku pasti menangis
Kerana kehilanganmu
Kerana terdera merindukanmu
Makanya sejujurnya
Aku tak tega sepikanmu di ombak rindu...
Biarlah ombak rindu menjadi
Saksi cinta suci kita kerana-Nya
Berjanjilah padaku untuk setia padaku
Seperti setianya ombak pada pantai
Duhai kawan
Bila hatiku dah sayang kerana-Nya
Itulah lafaz dari hatiku
Yang tak akan kupadam
Dan kubawa mati
Insya-Allah
Kasih sayang itu
Terpatri hingga ke Syurga
Mogalah menjadi realiti
Di dunia nyata dan Di Syurga
Saksi cinta kita kerana-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 Sept 2012
INDAHNYA KAMU DI SITU KAMI BERPERANG MENGEJAR
BIRU HIJAU MERAH UNGU
SANG MENTARI IKUT MENGHANTAR
indah bagai gelombang ombak dipesisir
sang mentari ikut menghantar ....
batu karang pun ikut terkelupas ...
By: Aay Gmai
28 Agustus 2012
INDAHNYA GELOMBANG OMBAK DI PERSISIR
indah....indah....indah...
jika dilukiskan di kanvas kalbu cinta
tentang ombak
tentang badai
tentang sang mentari
tentang batu karang
tika gelombang di persisir
tika sang mentari ikut menghantar...
batu karang pun ikut terkelupas
dan batu karang itu diheret ombak rindu
hingga terdampar di persisir pantai
lalu dipungut Tuan Putri Rimba Niagara
menjadi sumber inspirasi
Putri Rimba Niagara berkarya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 Ogos 2012
(PETIKAN DARIPADA GRUP PUISI LOVERS)
28 Ogos 2012
Like · · August 28 at 9:17am
Fatimah Bt Husin Tim likes this.
Fatimah Bt Husin Tim Indahnya kamu di situ,tak mcm kami berperang dgn waktu,balari mengejar nasfu,hanya kerana ingin sesuatu,yg direbut dinilaikan dgn warna biru,hijau,merah dan ungu.
WARNA BIRU HIJAU MERAH DAN UNGU
SEBAGAI KAIN KAFANKU
Apalah ada pada warna biru, hijau, merah dan ungu
andainya warna biru. hijau, merah dan unggu
berjutaan keping-keping itu dijahit dijadikan kain kafanku
hingga sesak nafas jenazahku yang tak bernafas itu
membalut jenazahku tidak habis-habis tiga hari tiga malam
membalut kain kafan wang kertas biru , hijau, merah dan unggu
kerana sepanjang aku berhidup itulah matlamatku hingga
infakpun aku tak mahu, wang mahu dibawa ke kubur dan
hajatku disampaikan-Nya ...
tapi jika benarlah jenazahku dibalutkan dengan wang kertas biru,hijau , merah dan unggu...mahu si pembalut kain kafan mengambil kesemua wangku lalu diinfakkan kerana mengasihani aku...itu kalau yang jujur kalau yang tak jujur berulatlah jenazahku tanpa dikebumikan....
andainya sipembalut kain kafanku membalutkan juga jenazahku dengan wang kertas biru hijau merah dan unggu kerana menuruti amanahku aku yakin tiada siapa mahu mencium jenazahku kerana memandang hina aku kerana sifat tamakku hingga mahu membawa wang hingga ke kubur sama tapi yang aku pelik kenapa masa aku hidup mereka begitu sanjungi aku dan sayangi aku kerana aku jutawan kaya raya ...dan merekalah pengikut setiaku yang setia tapi bila aku dah mati mereka terus mencemikkan muka padaku semacamlah aku ini menjijikkan pada mereka ....pelik...pelik...tubuhku yang berkain kafankan jutaaan wang ringgit tidak pun mereka pandang sebelah mata....
Bertambah pelik lagi belum sempat seminit jenazahkan di kebumikan si penyangak-penyangak membuka balutan kain kafanku sehingga sekepingpun tak tinggal di balutan jenazahku...hinggakan jenazahku tanpa ditutupi apa-apa dengan Kuasa Allah jenazahku berkain kafan juga tapi masih lagi berbalut wang kertas biru, hijau, merah dan unggu tapi amat busuk dan menjijikkan aku dan panasnya meruap-ruap hingga berasap-asap dengan membakar seluruh tubuhku hinggakan aku menjerit-jerit kesakitan tanpa suara...
"Rasakan dengan azab yang pedih pada harta yang kau tamakkan semasa di dunia dulu...kau tak percaya tentang azab Allah SWT...rasakan...rasakan...kerana sifat tamakmu itu rasakan azab sengsara ini!"
"Aku taubat....Aku taubat...Aku taubat....walau pun wang yang kubawa ke kubur ini telah terbakar hangus bersama jasadku...wang di bank-bank masih banyak lagi tak terkira...izinkan aku infakkan ke jalan Allah sebagai penebus dosaku ini...."
"Sudah terlambat...peluangmu cuma di dunia saja...sekarang ini rasakan azab ini."
ALLAHU AKBAR ! SYUKUR ALHAMDULILLAH
aku masih diberi kesempatan untuk menginfakkan hartaku
ke jalan-Nya...
Ya Allah aku perlukan wang kertas biru,hijau, merah dan unggu
Aku mencari rezeki kerana-Mu
Untuk meneruskan kehidupan ini ...
Andainya rezekiku melimpah ruah
Jangan kau patrikan hatiku dengan sifat tamak haloba
Bukakan khashaf kedermawan untuk aku menginfakkan hartaku
Ke jalan-Mu
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 Ogos 2012
10 Syawal 1433H
BUKALAH MATA HATIMU DEMI AKHIRATMU
Duhai hati
Kau dilahirkan sentiasa suci bersih
Putihmu seputih hatimu seputih kehendak Tuhan
Seputih kehendak Tuhan seputih kehendakmu
Kerana kau mahu menjadi hati putih
Kerana itu kau lahir ke dunia ini
Tapi kenapa cuma tika di alam kanak-kanak saja
Hatimu putih
Tika kau mula mengenal dunia
Kau dilalaikan dengan pesona dunia
Hatimu sudah berjelaga berdebu-debu
Membuatkan kau menjadi
Munafik!
Penipu!
Sombong!
Membangga diri!
Menzalimi!
Merasakan dirimu yang sempurna orang lain hina di matamu...
Izinkan ku ketuk dinding hatimu yang kebal itu
Agar kau berpulang ke pangkal jalan
Agar hatimu yang berdebu-debu itu
Putih bersih kembali
Kerana DIA MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG
Sentiasa menerima kemaafan hamba-Nya
DIA MAHA PEMAAF
SEBANYAK MANA PUN KESALAHANMU PADA-NYA
DIA MEMAAFKAN
Jika ada kekhilafan sesama manusia
Mohon maaflah segera
Barulah hatimu bersih dengan Tuhan bersih dengan manusia
'ALLAH TIDAK MENGIRA BERMULANYA KAMU
ALLAH MENGIRA BERAKHIRNYA KAMU'
Bukalah mata hatimu
Demi akhiratmu
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 Ogos 2012
10 Syawal 2012
CINTA DIA SENTIASA ADA UNTUK DIMILIKI
KAU ADALAH BIDADARI SYURGA
Kau adalah Bidadari Syurga
Yang Allah turunkan ke bumi
Untuk mewangikan kuntuman
Bunga-bunga mawar yang takkan
layu
gugur kekeringan
sentiasa
harum mewangi
mengharumkan seluruh pelosok bumi
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Kau adalah Bidadari Syurga
Yang indah berseri bak si bunga matahari
Sentiasa bersinar
Kuningan keemasanmu tidak menyilaukan
Malah menyerikan taman-taman hati
Yang ketandusan iman dalam kalbu
Cahaya keemasanmu sentiasa dipandang cantik
Dan kau sentiasa bersyukur
Karena dapat berjasa pada penghuni bumi
Menyinari bumi biarpun kau sendiri yang kepanasan
Kau redho kejadian asalmu begitu
Kau tetap bersinar dan bersinar
Selagi mana bumi ini belum Qiamat
Kau adalah Bidadari Syurga
Sentiasa sejuk di pandang mata
Mampu memberikan seri dan harapan sepanjang
masa pada seribu mata yang ingin melihat
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
29 Ogos 2012
11 Syawal 1433H
MAWAR KAU ADALAH HAWA UNTUK ADAM CINTAI
Mawar...
kau adalah Hawa
kau bukan perayu sang kumbang
sang kumbang yang hidupnya untuk membina cinta palsu
Mawar...
kau adalah Hawa
kau diciptakan Tuhan untuk Adam cintai
seumur hidupnya bercinta kerana-Nya berpisah
kerana-Nya dan akhirnya ditemukan Allah di Jabbar Rahmah
atas keinsafan dan kesetiaan
Allah mengurniakan cinta
Allah memisahkan cinta
Allah menyatukan cinta yang terpisah
Begitu hebat-Nya Allah atas setiap Qada & Qadar hamba-Nya
Mawar...
kau adalah bidadari untuk Adam cintai
makanya biar apapun dugaan untukmu
menantikan cinta Adam bersabarlah...
yakinlah dengan apa yang diTakdirkan Tuhan
pasti ada hikmah di sebalik-Nya
Mawar...
percayalah kau bukan perayu sang kumbang
tapi kau adalah Hawa yang nantikan cinta Adam...
yang beriman beramal soleh
yang mahu bersamamu
menuju jalan-jalan ke Syurgawi
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
29 Ogos 2012
11 Syawal 1433H
INDAHNYA CINTA DI SYURGA
BismillahiRahmanirRahmanirRahim
Assalamualaikum wr wb
Nanda Claudia J Taulu-Walean
Terima kasih atas pengkongsian ilmu mengenai perasaan
"CINTA"
Cinta itu indah
Cinta itu datang bukan dipinta dan bukan dipaksa
Cinta itu hadir atas naluri
Keikhlasan kejujuran kesetiaan
Cinta tak akan menyakitkan
Cinta tak akan melukakan
Cinta saling berkorban
Cinta saling menghargai
Cinta saling memahami
Cinta ada sebab
Cinta bukan saja-saja suka
Cinta bukan sengaja dicipta kemudian
Sengaja dikecewakan
Cinta tak perlu dilafazkan
Tapi cinta perlu dibuktikan
Karena cinta adalah anugerah
Dari-Nya
Kerana Allah itu amat memahami
Naluri Adam yang perlukan cinta
Makanya DiCiptakan Hawa untuk Adam cintai
Indahnya cinta Adam pada Hawa
Di Syurga mereka seperti merpati sejoli
Bercinta setulus ikhlas kerana-Nya
Mensyukur Kurniaan-Nya
Sebanyak-banyak-Nya
Indahnya Cinta di Syurga
Burung-burung berkicauan
Adalah zikir pada-Nya
Lafaz cinta Adam pada Hawa
Adalah bahasa-bahasa Syurga
Yang mendekat cinta pada-Nya
Indahnya bahasa cinta
Seindah-Nya Syurga
Indah....indah...indah....
Syukur...syukur...syukur pada-Nya
Indahnya saling menghargai
Cinta anugerah-Nya
Cinta anugerah-Nya DiCiptakan Di Syurga
Tapi si iblis sengaja mahu memusnahkan
Ikatan cinta Adam dan Hawa
Iblis cemburu dengan cinta Adam dan Hawa
Memikir...berusaha sehabis daya mahu memisahkan
Cinta Adam dan Hawa
Kerana usaha iblis yang tak mengenal putus asa
Adam dan Hawa terpisah akhirnya
Kerana memakan buah larangan di Syurga
Adam dan Hawa redha dipisahkan
Kerana mengaku kekhilafan pada Allah Azzawajallah
Bertemu dan berpisah kerana-Nya
Atas kekhilafan Adam dan Hawa
Adam dan Hawa dikeluarkan dari Syurga
Diturunkan ke bumi
Mereka terpisah dalam redho
Akan takdir cinta dari-Nya
Semasa terpisah di dunia
Adam merindui Hawa
Hawa merindui Adam
Adam mencari Hawa
Hawa menunggu Adam
Hawa...sabarlah atas perpisahan ini
Perpisahan ini tak akan lama
Aku akan mencarimu
Hingga di hujung dunia
Tunggulah aku Hawa...tunggulah aku
Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Kau menciptakan Hawa untuk aku cintai
Kerana aku terlalu cintakannya
Aku terlalai hingga aku mengikut kehendaknya
Memakan buah larangan di Syurga-Mu
Ampunkan aku Ya Allah
Aku hamba-Mu yang tak bersyukur atas nikmat-Mu
Mencintai Hawa melebihi-Mu
Aku taubat Ya Allah
Aku bertaubat Ya Allah
Kaulah yang menjadi matlamat hidupku bukan Hawa
Kaulah yang kucinta sepenuh hati bukan Hawa
Cintaku pada-Mu mengatasi segala yang ada
Di langit dan di bumi
Cintaku pada-Mu Ya Allah tiada tandingan-Nya
Kerana Kau adalah Maha Hebat Maha Bijaksana
Aku hamba-Mu
Kerana Kau terlalu memahami aku
Kau ciptakan Hawa untuk aku syukuri
Namun aku lalai
Dengan cinta Hawa
Aku lupa akan janjiku pada-Mu
Kini baru aku faham
Kenapa kau ciptakan Hawa untukku
Kau mencipa Hawa untuk aku
Lebih mendekatkanku pada-Mu
Mengajak Hawa sama-sama mencinta-Mu
Jika dengan izin-Mu Kau temukan Hawa
Aku berjanji mengajak Hawa sama-sama
Meng-Agungkan-Mu
Mencintai-Mu hingga akhir hayat kami
Jikalah dengan izin-Mu
Kami dikurniakan zuriat untuk
Mewarisi bumi ini
Akan kusuruh zuriatku
Meng-Esa-kan-Mu
Di sebilangan masa dan ketika
Selalu mensyukuri atas segala nikmat
Yang Kau berikan
Pertemuan aku dengan Hawa
Adalah atas kehendak-Mu
Perpisahan aku dengan Hawa
Adalah atas kekhilafan aku dan Hawa
Kerana terpedaya dengan hasutan iblis laknatullah
Makanya ampunkan kami
Kami redha akan perpisahan ini Ya Allah
Perpisahan ini adalah ujian dari-Mu
Perpisahan ini pasti ada hikmah di sebalik-Nya
Kau menduga hamba-Mu sesuai dengan kemampuan hamba-Mu
Kau tahu aku dapat mengatasi-Nya
Kau ciptakan Hawa untukku bukan untuk berpisah
Tapi adalah untuk Meng-Agungkan-Mu Mencintai-Mu
Aku redha dengan pertemuan
Aku redha dengan perpisahan
Aku redha dengan pertemuan kembali dengan Hawa
Aku redha dengan dikurniakan zuriat yang ramai
Untuk menghuni bumi-Mu ini
Ini hikmah-Nya di sebalik perpisahanku dengan Hawa
Melahirkan manusia untuk menjadi penghuni bumi-Mu ini
Melahirkan manusia dengan kemanusiaannya
Bukan melahirkan manusia yang bertopengkan syaitan
Yang dengki khianatnya hingga mati
Dengki dengan manusia yang ingin pulang ke jalan-jalan-Mu
Ya Allah Kau ciptakan cinta di Syurga
Di Syurga kami bercinta
Jika tidak kerana dengki hianatnya iblis kepada cinta kami
Pasti semua zuriat kami tinggal di Syurga
Indahnya Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Hanya aku dan Hawa saja yang tahu betapa indah-Nya Syurga
Kerana terlalulah indah tak bisa hendak aku katakan
Cuma yang kukatakan terlalulah indah
Cinta Hawa anugerah-Mu memanglah indah
Seindah Syurga yang sejuk mata memandang
Makanya patrikan cinta-cinta kesemua zuriatku di bumi Di Syurga-Mu
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
2 September 2012
CINTA DIA SENTIASA ADA UNTUK DIMILIKI
aduhai sahabat dunia akhiratku...
alangkah ruginya jika mencintai bukan memiliki
tapi yang pasti cinta DIA sentiasa ada untuk dimiliki
cinta itulah yang hakiki dan abadi
tak perlu kita jadikan cinta lagenda
romeo dan juliet
uda dan dara
shah jahan dan muntaz
laila dan qais
itu semua cinta pesona dunia yang memakan diri
kita jadikan
Adam & Hawa idola cinta yang tiada penghujungnya
kerana cinta Adam & Hawa
cinta kurniaan-Nya
cinta kerana-Nya
Andaikata
cinta Adam tidak dimiliki hingga mati
redhokan saja
yakinlah dengan janji Allah
janji Allah pasti
Cinta-Nya yang kau Agungkan tika di dunia
pasti akan dibalas dengan sedia menanti
Bidadara Syurga untukmu
Inilah cinta dimiliki
Abadi di dunia abadi di Syurga
Insya-Allah Aamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
3 Sept 2012
PINTU TAUBAT SUDAH TERTUTUP UNTUKKU
PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA UNTUKMU
Duhai kawan
Beruntunglah kamu
Kamu masih hidup
Masih boleh
Mengumpulkan
Sebanyak-banyaknya amalan
Tidak sepertiku
Masaku sudah tamat
Aku sudah tidak boleh beramal lagi
Matiku dalam penyesalan kawan
Penyesalan tak tertebus!
Pintu taubat telah tertutup untukku
Hendak menyebut kalimah Allah biarpun sekali
Tak dapat kawan
Lidahku kelu dikelukan
Tempuhku sudah ditamat tempuhkan
Dulu masa aku hidup
Aku cakap yang sia-sia
Cakap suka
Mengumpat mengeji orang
Mencabar Allah
Aku rela masuk neraka
Aku mahu rasa seksa kubur
Kerana kesombongan aku dalam berkata-kata
Kini aku rasakan apa yang hendak aku rasakan
Sakit kawan...sakit sangat-sangat
Kerana terlalulah sakit aku tak dapat ceritakan
Barulah aku tahu kerana ketika di dunia aku tak
Pernah merasa sakit sebab itu aku cakap besar kawan
Ketika nyawa aku dicabut dari jasad
Dari jauh lagi malaikat maut
Dengan mukanya yang bengis
Dan wajahnya amat menakutkan sekali
Baunya tak boleh tahan
Aku menjerit semahunya meminta tolong
Tapi seorang pun tak pedulikan aku
Yang sedang bergelut dengan maut
Amat dahsyat sakitnya
Tika roh keluar dari jasadku
Ketika rohku di angkat ke langit
Oleh malaikat untuk bertemu Tuhan
Tak sampai ke langit ke tujuh
Tuhan tak sudi bertemu denganku
Kerana tika di dunia
Aku tak pernah hendak menyembah-Nya
Apa tah lagi hendak menyebut-nyebut nama-Nya
Amat berat sekali
Sekarang menyesal pun tak guna
Menangis air mata darah pun tak guna
Memang patut pun Tuhan tak mahu bertemuku
Kerana tika di dunia aku tak mahu bertemu Tuhan
Sekarang padan denganku
Aku merasai akan segala azab sengsara neraka
Masa hidup
Aku tak percaya alam barzah
Tak percaya akhirat
Yang lebih teruk lagi
Aku tak percaya Tuhan
Sekarang bilamana aku sudah masuk
Ke alam barzah baru aku percaya
Tapi sudah terlambat kawan
Nasi sudah menjadi bubur
Bukan aku tidak pernah dinasihatkan oleh
Kawanku mengatakan
Tika hidup kita beramal soleh
Adatlah penat
Semua kerja penat
Mana ada kerja yang tak penat
Nak tahu tak penat
Tika di alam barzah
Bersenang lenang
Amalan soleh tika hidup dibalas-Nya
Tidur di dunia tidaklah selazat tidur di alam barzah
Seperti tidur di Taman-Taman Syurga
Tempat berehat yang abadi di Taman-Taman Syurga
Itu semua aku tak percaya bilamana kawanku katakan padaku
Ketika aku hidup dulu
Menyesal....menyesal....menyesal....
Terlambat...terlambat...terlamat....
Makanya kawan
Dari apa yang aku ceritakan ini...
Ambillah iktibar dari penyesalanku ini
Jangan jadi seperti aku
Pintu taubat sudah tertutup untukku
Pintu taubat masih terbuka untukmu
Maka berlumba-lumbalah mengumpul
Amalan demi menghadapi alam barzahmu kawan
Keseorangan tiada berteman
Yang ada cuma amalan sebagai peneman setiamu kawan
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 Sept 2012
Gusman Muklis Muklis berkongsi kiriman anda.
Rabeah Binti Mohd Ali berkongsi Mieste Danie foto ke kumpulan: PENYAIR MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA, BRUNEI , PATANI DI INTERNET
16hb Februari ·
YA ALLAH JADIKAN RAMADHAN PADA TAHUN INI RAMADHAN YANG TERINDAH DALAM BERIBADAH UNTUK KAMI DITERIMA MENJADI KEKASIH-MU ALLAHU AKBAR AAMIIN
PERMATA SASTERA MELAYU JAYA RAMBA WULAN
Sahabatku Jaya Ramba Wulan...
Selagi kau bersangka baik
Dengan semua manusia dan Tuhan
Insya-Allah doamu termakbul
Moga Tuhanku memberikan
Sinar Nur Hidayah KasihNya padamu
Duhai sahabatku Jaya Ramba Wulan!
Jaya Ramba Wulan...
Kau adalah Permata Sastera Melayu...
Nilai karyamu bak permata berharga
Berkarya bukan mencipta nama
Tapi mahu karyamu dihayati
Difahami apa yang tersirat
Dikalbumu yang sarat
Dengan cinta kasih sayang
Pada yang hidup di muka bumi ini...
Moga berbahagialah hidupmu
Dengan bunga-bunga cinta
Sebagai balasan
Jiwa murnimu
Seharum kasturi
Semerbak mewangi
Memenuhi segenap
Pelosok bumi
Yang mengerti
Karyamu!
Perjuanganmu!
Kau Antara Pejuang Sastera Melayu
Yang kukagumi!
Karya Putri Rimba Niagara
6 Julai 2012
Jaya Ramba Wulan tkasih kasih kerana mengingati aku... memuja adalah 1Msia. Bangganya saya..
SEINDAH BULAN YANG PUNYA HATI BERBUNGA CINTA SYURGA
Rakan Sasteraku Jaya Ramba Wulan Yang Disanjungi...
Setiap rakan sasteraku adalah Permata Dari Syurga...kata-katanya lahir dari kalbu jiwa yang dalam ikhlas berseni bermesej...
bukan omong kosong fantasi atau angan-angan...
sebab itulah yang menulisnya tenang dan yang membaca pun tenang...jika yang membacanya pun tak tenang pasti ada sesuatu yang tak kena pada karya tersebut....pasti yang menulisnya bukan dari kalbu tapi dari perasaan tidak puas hati dendam yang membara-bara jika tidak dirawat...karya tersebut sampai kapanpun tetap bergelora seperti musim tengkujuh yang tak pernah reda .
Yang Dihormati Jaya Ramba Wulan...
Aku penuh yakin
Semua karyamu berbaurkan
Kasih sayang sesama
Penuh perjuangan kemanusiaan
Bisa mengajak pembaca
Mengerti akal dan budi
Hanya yang mengerti
Terasa damai di hati
Duhai rakan sasteraku...
Biarpun kita terpisah karya agak lama juga
Tapi di sini kita bertemu semula
Mencantumkan hati-hati karyamu karyaku
Sebagai pengubat rindu ukhuwah karya kita
Dan pasti bulan pun tersenyum
Pabila kita selamanya berjabat ukhuwah karya
Bagaimanapun remuk redam hati kita
Kita tetap bersatu dalam karya
Kerana kita diketemukan bukan untuk berpisah
Tapi untuk sama-sama menjayakan misi dan visi
Dunia karyamu dunia karyaku
Maka jadilah maha karya yang hebat
Hebat bukan untuk kita sebagai pejuang sastera
Tapi di luar sana sentiasa rindukan
Bahasa-bahasa nan indah-indah
Yang boleh
Meredakan tangisan jiwa mereka
Yang sentiasa merintih untuk dibela
Kehidupan rakyat dan ibu pertiwi
Duhai rakan sasteraku...
Tiada yang lebih menggembirakan sebagai seorang penulis
Pabila sumbangan bakti karya mereka
Dapat membahagiakan
Hati-hati yang terluka menghadapi hari-hari
Yang mendatang penuh kelam dan kabur
Dengan adanya karyamu karyaku karya rakan-rakan semua
Kehidupan mereka terbela
Aman rakyat amatlah negara amanlah sedunia
Pabila aman pasti mengundang Rahmat dari Tuhan
Yang mencipta alam ini
Untuk kita sentiasa menjaga dalam aman dan tenteram,
Duhai rakan sasteraku...
Kita diketemukan bukan untuk
berpisah
saling menyakiti
saling cemburu
saling dendam mendendami
Kita diketemukan adalah untuk
Berkarya bersama-sama
Karya yang ada mesej
Biarpun gaya penulisan berbeda
Berbeda itulah yang seni sastera nan indah
Asalkan mesej yang hendak disampaikan
Indah....indah...indah....
Seindah taman-taman Syurga
Bahasa nan indah-indah
Yang menulisnya tenang yang membacanya pun tenang
Setenang air di kali Syurga
Jika itu kita amalkan sama-sama
Setekad mahukan kedamaian roh dan jasad berkarya
Makanya bulan pun tersenyum
Menyaksikan kita semua berkarya
Nan indah-indah
Seperti berada di taman-taman Syurga
Rakan sasteraku...
Bulan tersenyum kerana
Kita menjadi sepertinya
Kita melihat bulan
Kecantikannya tiada tandingan
Kita terpanggil untuk memujinya
Betapa indahnya bulan
Yang diciptakan oleh Penciptanya
Makin dipandang makin
Asyik kita berkarya nan indah-indah
Tanpa sedar kita memuji Tuhan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Dan bulan pun tersenyum
Bersyukur kerana menjadi bulan
Yang makin dipandang
Membuatkan manusia berbahasa nan indah-indah
Seindah bulan yang punya hati
Berbunga Cinta Syurga
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
11 Julai 2012
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN BAHAGIA UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK
KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
"SALAM BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
4 Zulhijjah 1437H
6 September 2016

0 comments:

Post a Comment

 
;