Nooridah Abubakar berkongsi kiriman anda.
17 min

Rabeah Binti Mohd Ali berkongsi kirimannya ke kumpulan: Sentisa ceria senyum walau apa juga keadaan.
6 jam
JANGAN PINGGIRKAN AKU
kawan...
hina sangatkah aku
hingga aku selalu jadi bahan umpatanmu
aku jadi bahan gosipmu
aku jadi bahan fitnahmu
aku jadi bahan penghinaamu
sedangkan sepanjang aku bersiaran karya di alammaya
tiada bahasa yang menyakitkan hatimu
apa salahkah aku berbahasa indah penuh kasih sayang
tapi tetap kau balas dengan bahasa
membuatkan jiwaku terluka parah
sedangkan di alammaya komunikasi tanpa melihat wajah
itu pun masih hendak mengujudkan permusuhan sesama sendiri
barangkali aku tak sebaikmu untuk menjadi rakan alammayamu
daripada kau yang berdosa
biarlah aku yang terasa
izinkan aku undur diri darimu
ketiadaanku di wallmu
umpatlah aku semahumu
aku sudah memaafkan
kerana aku tak mahu
di akhirat nanti aku menuntut pahala darimu
bukan bererti aku ini banyak pahala
tapi tanda aku sayang padamu sehingga akhirat
di duniamaya kita tak dapat menjalinkan persahabatan nan indah
tapi di Syurga kita saling berkasih sayang dalam Rahmat KasihNya
Insya-Allah Aamiin
Karya Ratu Rimba Niagara,
2 Jamadilakhir 1437H
11 Mac 2016