HIDUP SATU PERJUANGAN (472) PUNGGUK REMBULAN BINTANG PELANGI
MENCINTAI-MU ALLAH TIADA PENGHUJUNG-NYA
Akan selalu kusebut dan kusimpan dalam hati namaMu ya Allah,,,
hingga nafas ini tak lagi berjalan.........!!! — at اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ.
YA ALLAH JADIKAN LAMAN FBKU DAN GRUP YANG AKU SERTAI & SEPERTI BERADA DI TAMAN-TAMAN SYURGA

MENDUNG YANG PEKAT ... BERIKUTNYA HUJAN AKAN TURUN
BICARA SEMPOI IV: KARYA SUSASTERA ISLAM CENDERUNG KARYA SUFISTIK.
Sastera lslam sering dikaitkan dengan karya sufistik. Sama ada karya yang terlahir daripada penulis silam seperti al-Rumi(1207-1273M) yang terkenal dengan al-Mathnawi, juga Hamzah Fansuri yang terkenal dengan Syair Burung Pingainya dan sasterawan kontemporari seperti Emha Ainon Naghib(Cak Non), Danarto dan Anas K.Hadimaja.
Rupanya, kemuncak pengucapan dan pengkaryaan susastera lslam ialah karya sufistik. Contoh karya Anas K. Hadimaja kaya dengan unsur kesufian. Bagi pembaca yang pernah terdedah dengan ilmu tassawuf, amalan tarekat, ilmu metafizik dan perjalanan spiritual lebih memahami karya ini.
Apa yang ingin disampaikan di sini, susastera lslam berkecenderungan menuju karya sufistik dalam tema pengkaryaannya. Wallahuaklam.

MURBA TERPINGGIR
Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur.
Natural phenomenon, Electric neon blue water, Maldives
Photo by Doug Perrine —
Photo by Doug Perrine —
visit for more Heart Touching images
Ratu Rimba Niagara telah berkongsi foto ~~LaMan CinTa~~.
Issam Bayan berkongsi video Ratu Rimba Niagara.
Ratu Rimba Niagara berkongsi Rashid Kocai foto ke kumpulan: PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
DENGAN BERSASTERA AKU DAPAT BERBAKTI
DENGAN BERSASTERA AKU DAPAT BERBAKTI
Suapan Berita
ANEHNYA DI DAERAH BERNAMA
Dia berbicara pada ombak dikala laut membisikkan resahnya pantai
dia mendengar suara memanggil yang disahut para biduanda bertalu-talu
ada lagu aneh bergema sayu sehingga murai kehilangan liriknya
tekukur dan merbuk terdampar gundah hingga kehilangan madah warisan berzaman
tiba-tiba sesuatu yang dekat mula menjauh
ada pepohon sakral yang patah dedahan merimbun meluka titah leluhur
tiba-tiba dia merasa aman di daerah tidak bernama
dia tidak payah menyahut kerana tidak ada siapa memanggilnya
dia berada di daerah tidak bernama
sehingga anehnya yang bernama
kerana tidak bernama itu bernama
bernama itu tidak bernama
di daerah anehnya bernama
berbicara seperti tidak berbicara
di daerah benar itu didustai
dusta itu dibenari
untungnya dia tidak bernama
di daerah anehnya bernama!

LIHAT PEPOHON PADI ITU
Kau lihat
pepohon padi itu
dia menemui mutiara diri
pada sarat menguning
gagah pada tunduknya
hingga dicemburui lalang.
pepohon padi itu
dia menemui mutiara diri
pada sarat menguning
gagah pada tunduknya
hingga dicemburui lalang.
MURBA TERPINGGIR
Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur.
BICARA SEMPOI VII
BIARKAN CINTA BERGEMA DI DADA SUSASTERA
Karya seni dikatakan memusuhi cinta. Sehingga dikatakan estetika sukar hinggap kepada karya cinta berbanding karya bukan cinta yang dikatakan tinggi nilai seninya. Benarkah?
Karya agung dikatakan karya yang mengangkat isu besar yang memperihalkan jatuh bangun peradaban dan tamadun kemanusiaan. Karya yang mengandungi pemikiran, falsafah, latar sosio-budaya, sosio-politik dan kerencaman pergolakan sosio-ekonomi masyarakat yang bergelut dengan minda, emosi dan pergolakan dalaman diri pengarang tersebut. Karya-karya begini biasanya dihidangkan dengan teori susastera baru dan klasik sehingga terwajah sebuah karya hebat dan mengkagumkan.
Namun, isu-isu percintaan saya kira tetap punya nilai dalam karya susastera. Buya Hamka menghidang kisah cinta cukup mengharukan dan indah dalam karyanya Tenggelamnya Kapal Van Der Wijth dan Di bawah Lindungan Ka'abah. Novel Saga karya Abdul Mutalib Hassan tetap menarik walaupun terselit kisah cinta juga disamping menghantar tema idealisme anak muda dalam membangunkan desa di pendalaman. Novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman begitu tinggi nilai falsafah percintaan dalam karya lslamiknya itu.
Karya puisi yang bertema cinta sejak dulu tetap punya nilai susastera yang tinggi andai terhadir kembara cintanya yang dibelai nilai-nilai spiritual dalam karyanya.
Cinta bukankah fitrah? Justeru usah musuhi cinta..

BICARA SEMPOI VI
SASTERAWAN DAN ALAM SEMESTA
SASTERAWAN DAN ALAM SEMESTA
Weltanschuung susastera menemukan sasterawan dengan alam semesta ini. Sasterawan menafsir laut antara deburan kecil air laut yang mengsyahdukan dan hempasan ombak ganas membadai. SN Arenawati mengungkap bicara laut begitu hidup daripada pengalamannya sebagai pelaut dalam novelnya Gelora, Di luar Lingkaran dan Sandera.
SN Shahnon Ahmad melukiskan kepayahan petani dalam berinteraksi dengan alam dalam Ranjau Sepanjang Jalan. Manakala Azizi Haji Abdullah menggambarkan begitu hidup sekali perihal hutan atau pepohon dalam Seorang Tua Di kaki Gunung.
Sasterawan mempunyai fikiran falsafah apabila secara sengaja atau tidak sengaja melakukan penaakulan atau deduksi dalam usaha menterjemahkan fenomena alam dalam karya.Ini bertepatan seperti disebut cendikiawan lslam Nusantara Prof. Mukhtar Yahya bahawa falsafah itu ialah "Pemikiran yang sedalam-dalamnya, yang bebas dan teliti bertujuan hanya mencari hakikat kebenaran tentang alam semesta, alam manusia dan yang di balik alam".
Dari sini, menjelaskan kepada kita sepintas lalu penguasaan disiplin ilmu falsafah dapat membantu seseorang sasterawan itu memahami alam semesta sesuai dengan weltanschuung susastera. Wallahuaklam.

BICARA SEMPOI V:
SASTERAWAN: ANTARA ILMU TASAWWUF DAN FALSAFAH METAFIZIKA
Sasterawan tidak semestinya ahli dalam bidang ilmu tasawwuf atau bidang falsafah metafizika juga. Namun, penguasaan dalam bidang tersebut banyak membantu melahirkan karya yang tinggi nilainya.
Karya al-Rumi, Maulana Iqbal, Cak Non dan luahan rasa para ahli sufi dalam kembara kesufian mereka melahirkan ungkapan yang indah dan menggetarkan jiwa. Umpamanya Rabiatul Adawiyyah(Meninggal dunia pada 185H) yang membawa konsep al-Hubbul llahi dalam kembara kerohaniannya telah melahirkan ungkapan-ungkapan yang tinggi nilai falsafah keTuhanan dan estetika kesenian dalam ungkapannya.
Sasterawan dikatakan mempunyai rasa sensitiviti yang tinggi dalam interaksinya dengan alam. Daratan, lautan dan seluruh cakrawala ini menggamit sumber ilham bagi seseorang sasterawan. Lintah yang bergedik di air, pepohon merimbun di belantara dan beburung berterbangan di angkasa adalah sumber ilham mereka.
Namun, bila seseorang sasterawan juga menjalani amalan tasawwuf dan penyucian jiwa melalui mujahadah dan muhasabah akan meninggikan tahap sensitiviti dalam memahami rahsia alam (maujudat) dengan kurnia dan izin Allah S.W.T. Ini menyumbang ke arah penghasilan karya yang tinggi nilainya.
Bersambung..

Sekadar tumpang bicara.
MURBA TERPINGGIR
Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur.
KALA CINTA DIZIKIRKAN
Tasbih itu bergerak laju di tangan pemain cinta
antara kumat-kamit bibir mengalunkan rindu dendam api asmara
juga sukma menganyam hikmah di helaian kitab hasil talaqi berdekad lamanya
biar dakwat tidak tumpah daripada jemarinya pada kertas bertinta emas atas nama sang pujangga
biar dia tidak dikenali di darat, di laut dan di udara
asalkan tasbih itu bergerak laju
mengiring bibir bercanda asmara cinta
sukma bertasbih di laut rasa yang gelora
menzikirkan cinta
cinta yang zahir
cinta yang batin
kalbu asmara.

RIWAYAT TIN KARAT DI JALANAN
Tin karat itu terdampar di gigi jalan
sesekali tersadung warga kota lalu lalang
anjing kurap juga sering tersepak kakinya
tin terpelanting lagi dan lagi
hingga tukang sapu memasukkan
dalam karung bersama hapak kota
mungkin akhirnya tin karat terdampar di lembah dengan segala kehapakannya
bersama nostalgia indah
zaman gemilang
pra-karat di Pasar Raya
dengan penuh kegemerlapanya.

SIAPA SYEIKH NURUDIN AL-RANIRI?
Syeikh Nurudin al-Raniri sering dikaitkan dengan Hamzah Fansuri disebabkan pertikaian mereka yang membawa pengharaman dan pembakaran karya Hamzah Fansuri.
Syeikh Nurudin berasal dari Render(Ranir), Gujerat, India. Beliau datang ke Aceh semasa pemerintahan Sultan lskandar Muda dan berjaya mempengaruhi Sultan lskandar Thani yang menggantikan Sultan lskandar Muda pada tahun 1636M. Syeikh Nurudin seorang Ulama' besar, politikus dan negarawan ternama. Pernah diangkat menjadi Guru Besar Jami'ah Baiturrahman dan juga dilantik QadMalikul Adil sebagai orang penting dalam kerajaan waktu itu.
Syeikh Nurudin pengikut tarekat Wahdatul Syuhud berlawanan dengan aliran Wahdatul Wujud dibawa Hamzah Fansuri dan Syamsuddin al-Sumatrani. Semua nasihatnya cukup berpengaruh dan diterima oleh Sultan lskandar Thani.
Beliau seorang ulama' yang prolifik dan banyak karya dihasilkan olehnya. Antaranya;

i) Akhbarul Akhirah fi Auwali Qiyamah.
ii) Darul Faraid bi Syarhil Aqaid.
iii)Hidayatul Habib fi Targhib.
iv) Bustanus-Salatin fi Zikril -Auwali wal-Akhirin
v) Al-Shiratul-Mustaqim.

Beliau banyak juga menterjemah kitab-kitab Arab ke Bahasa Melayu. Karyanya yang menentang Hamzah Fansuri dan Syamsudin al-Sumatrani membawa pengalaman pengetahuan dan falsafah keagamaan kepada masyarakat.
Sorotan ringkas daripada catatan sejarah alam Melayu Nusantara.
MURBA TERPINGGIR
Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur.
KULIAH PEPOHON GETAH
Pepohon getah bercerita tentang besarnya erti kesabaran
besar sabarnya bila musim tengkujuh hujan mencurah berhari-hari
sang penoreh terpaku resah cuti tidak bergaji
musim begini selera makan anak-anak bukan main lagi
beras, gula, susu dan kopi tidak mampu dibeli
hendak harap politikus pilihan raya lambat lagi
bersabar pilihan penoreh dikala begini.

Pepohon getah bercerita kapitalis penguasa di alaf kini
harga getah kestabilan mimpi di siang hari
jurang antara kaya dan miskin bukan dongeng lagi
peritnya menjawat jawatan sebagai penoreh getah dikala ini
teori kapitalisme meraja di abad ini.

Dan pepohon menatap erti kesetiaan sang penoreh
putus asa bukan milik insan perkebunan ini
bagaikan ahli sufi menempuh suluk bermujahadah
di daerah penoreh ini
terhimpun murba berjiwa sufi
qana'ah, zuhud, redha dan syukur
kita bagaikan dikuliahi
falsafah kehidupan
di daerah penoreh getah bercanda ini!
putus asa bukan milik insan perkebunan ini
bagaikan ahli sufi menempuh suluk bermujahadah
di daerah penoreh ini
terhimpun murba berjiwa sufi
qana'ah, zuhud, redha dan syukur
kita bagaikan dikuliahi
falsafah kehidupan
di daerah penoreh getah bercanda ini!
MURBA TERPINGGIR
Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur.
BICARA SEMPOI III: UNSUR DIDAKTIK DALAM KARYA DAKWAH
Karya dakwah bukan sahaja menekankan estetika tetapi juga menghantar mesej berunsur didaktik atau pengajaran dalam karya susastera. Ianya bukan karya berlandas kemabukan rasa semata-mata.
Di samping tetap meraikan apa-apa teori yang menjadikan sebuah karya yang baik, ia menghantar secara berseni betapa kebenaran perlu dimenangkan dan kebatilan perlu dicegah serta diyakini membawa musibah kepada manusia.Menurut Muhammad Qutb, keindahan adalah hakikat alam tercipta manakala kebenaran adalah puncak keindahan.
Di samping tetap meraikan apa-apa teori yang menjadikan sebuah karya yang baik, ia menghantar secara berseni betapa kebenaran perlu dimenangkan dan kebatilan perlu dicegah serta diyakini membawa musibah kepada manusia.Menurut Muhammad Qutb, keindahan adalah hakikat alam tercipta manakala kebenaran adalah puncak keindahan.
Bersambung..
MURBA TERPINGGIR
Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
Ya Allah kuburku sempit
Engkau luaskanlah sebagaimana Engkau luaskan karyaku seluas-luasnya

Ya Allah kuburku gelap gelita
Engkau indahkanlah sebagaimana Engkau izinkan aku berkarya yang indah-indah seindah Taman Syurga

Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Menepati Janji
Engkau luaskanlah kuburku seluas-luasnya jadikanlah kuburku Taman-Taman Syurga tempat istirahatku yang bahagia abadi sehingga hari KEBANGKITAN. Termasuk juga mereka yang menyokong perjuangan sasteraku, AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.

WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).

BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
25 DZULHIJJAH 1437H
27 SEPTEMBER 2016

0 comments:
Post a Comment