Tuesday, 27 September 2016

HIDUP SATU PERJUANGAN (478) ITULAH BAHAGIA TAK AKAN MUNGKIR


HIDUP SATU PERJUANGAN (478) ITULAH BAHAGIA TAK AKAN MUNGKIR

MENCINTAI-MU ALLAH TIADA PENGHUJUNG-NYA
Akan selalu kusebut dan kusimpan dalam hati namaMu ya Allah,,,
hingga nafas ini tak lagi berjalan.........!!! — at اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ.
YA ALLAH JADIKAN LAMAN FBKU DAN GRUP YANG AKU SERTAI & SEPERTI BERADA DI TAMAN-TAMAN SYURGA


Foto Mazlan Zainal.
Mazlan Zainal
12 jam
Assalammualikum selamat malam Jumaat sahabatku semua

MENDUNG YANG PEKAT ... BERIKUTNYA HUJAN AKAN TURUN

MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"


ITULAH BAHAGIA TAK AKAN MUNGKIR
Janji Allah pasti
Janji manusia belum pasti pasti
Kerana manusia berjanji ikut rasa hati
Janji Allah pasti dijamin pasti
Baik dibalas Syurga
Buruk dibalas neraka
Tapi yang kuharap
Balasan cinta-Nya
Cinta-Nya di dunia
Cinta-Nya di akhirat
Cuma satu kupinta dari-Nya
Di saat-saat penghujung usia ini
Berilah aku peluang
Berbuat baik dengan-Nya
Berbuat baik dengan semua hamba-Nya
Tanpa ada rasa dengki mendengki
Tanpa ada rasa membalas dendam kesumat
Untuk melumat hati mereka
Yang asyik dan asyik dan asyik
Menghancur lumatkan hatiku
Dan menunggu hari kematian aku
Itu mahunya mereka ke aku
Apa jahat sangat ke aku ini
Hingga tak layak
Untuk aku bernafas aman di bumi ini?
Dia menumpang
Aku menumpang juga
Aku mati
Dia akan mati juga
Dia mahu masuk Syurga
Aku mahu masuk Syurga juga
Lagipun Syurga itu luas-seluas-Nya
Disediakan kepada hamba-hamba-Nya
Yang mahu pulang ke jalan-jalan Syurga-Nya
Habis tu mahu pa dia ke aku...
Aku sudah lepaskan apa yang menyebabkan dia
Tak puas hati denganku
Apa lagi ...apa lagi...apa lagi....
Tiada apa lagi aku di situ lagi
Yang ada di hati ini
Mahu aman damai di sini
Di tempat baru ini
Berkarya.....berkarya...berkarya....
Tanpa jemu...tanpa jemu...tanpa jemu...
Tanpa lesu..tanpa lesu...tanpa lesu...
Dan jikalah di sini dan di mana-mana
Aku bersiaran terjadi juga seperti itu
Akan kuucapkan selamat tinggal
Tanpa mengucapkan terlebih dahulu
Berlalu pergi tanpa kembali
Tapi jadilah aku nasib si burung pungguk
Berlagu rindu
Mendayu-dayu...pilu sayu...sayup...
Dengan linangan air mata
Duhai kawan-kawan yang kusayangi
Niayailah semahumu ke aku
Jika itu boleh membahagiakan kamu
Tapi biarpun berpisah
Kau tetap kusayang kukasih kurindu
Sepenuh jiwa di kalbu
Sentiasa mewangi dan wangi...
Biarpun bunga tahi ayam
Kau campakkan ke kalbu hati
Namun kutetap membalasmu dengan
Bunga mawar
Agar satu masa nanti
Kau tahu betapa aku sayangkan kamu....
Itulah bahagia tak akan mungkir!
RATU RIMBA NIAGARA
27 Sept 2012
Save Our Green bersama Archit Soni dan 33 yang lain.
blood of autumn,a beautiful red tree in the middle of yellow trees in autumn season at New jersey
5 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
27hb September 2011
AKU TAK TEGA PERPISAHAN BERLAKU DI ANTARA KITA
Sahabatku...
Kata-katamu menikam kalbu menusuk sukma...
Andaikata kau mengucapkan selamat tinggal kepadaku
Mahu aku tak makan tak minum kerana terlalu rindukan
Kemesraan persahabatan kita
Sebelum kau pergi tanpa dugaku
Kupohon sepuluh jari andainya kata-kataku mengguris luka hatimu
Tapi andai kata ,katamu mengguris hatiku ku maafkan
Aku tak tega perpisahan berlaku di antara kita
Kerna kau sudah kuanggap sahabat dunia akhiratku
Biarpun hatiku terluka kutetap menyayangimu
Tapi kupercaya kau sahabat yang pandai menyusun kata-kata indah
Seindah Taman Bunga seperti gambar yang kau siarkan
Begitulah indahnya persahabatan kita
Dan aku amat menghargainya
Dan syukurku pada Allah atas KurniaanNya
mengurniakan sahabat sepertimu .
Karya Rha NS
27 September 2011
Mufizar Ilyas I bersama Wijono Prawiroatmodjo dan 36 yang lain.
4hb Mei 2012
Bunga Bangkai Bengkuleen.....
Bungo Kibut (Curug)
Pesona dalam misteri....

Mufizar Ilyas I bersama Santoso Doang dan 9 yang lain.
21hb April 2012
Ibu Fatmawati..
Guntur Sukarnoputra
Ir Soekarno.
Mufizar Ilyas I bersama Bq Wiwik Diyan Anggraeni dan 13 yang lain.
21hb April 2012
LONG BEACH is a coastal province BENGKULU.
Called LONG because the elongated shape, with a gently sloping sand. LONG BEACH is located in sumatra island, so most of the shoreline facing west, which meant SUNSET beautiful panorama can be enjoyed along the coastline.
Named LONG BEACH because the length of this beach is 7 kilometers and became the longest tourism sloping beach in Indonesia. LONG BEACH... is located three kilometers from the city of Bengkulu, part of sumatera island, Indonesia.
With white sand, pine trees that shade and big waves, LONG BEACH offer stunning sea tourism. With big waves, LONG BEACH will become a paradise for surfers, the best to surf early in the morning until mid day.
Since LONG BEACH has the strong current, it is dangerous for swimming. With exoticism and natural beauty, LONG BEACH could be the best location for tourists to enjoy sunbathing, morning or afternoon jogging, photo sessions pre-wedding, making film or capturing the happy moments with your partner, friends and family.
To reach long beach is very easy. Only 55 minutes from the capital city of Indonesia, Jakarta. By the time you get to the airport of "Fatmawati, Bengkulu", public transportation or taxi available. cottages, inn, parking area and swimming pool is available along the LONG BEACH. —
Long beach adalah wilayah pesisir bengkulu.
Dipanggil lama kerana kura-bentuk, dengan lembut sloping pasir. Long beach adalah terletak di pulau sumatera, jadi kebanyakan garis pantai barat menghadapi, yang bermaksud matahari terbenam indah panorama boleh dinikmati di sepanjang pantai.
Bernama long beach kerana panjang pantai ini adalah 7 kilometer dan menjadi terpanjang pelancongan sloping pantai di indonesia. Long beach... adalah terletak tiga kilometer dari kota bengkulu, sebahagian dari pulau sumatera, indonesia.
Dengan pasir putih, menanam pokok pain yang teduh dan gelombang besar, long beach menawarkan menakjubkan laut pelancongan. Dengan gelombang besar, long beach akan menjadi syurga untuk surfers, yang terbaik untuk surf pagi-pagi hari sampai pertengahan.
Sejak lama telah pantai yang kuat, semasa itu adalah berbahaya untuk berenang. Dengan exoticism dan keindahan alam, long beach dapat lokasi terbaik bagi pelancong untuk menikmati sunbathing, pagi atau petang jogging, sesi foto pra-perkahwinan, membuat filem atau menangkap bahagia saat dengan pasangan anda, rakan dan keluarga.
Untuk mencapai long beach adalah sangat mudah. Hanya 55 minit dari ibu kota indonesia, jakarta. Pada saat kau sampai ke lapangan terbang dari "fatmawati, bengkulu", pengangkutan awam atau teksi tersedia. Cottages, inn, kawasan letak kereta dan kolam renang tersedia di sepanjang long beach. -

TERIMA KASIH GRUP TENTERA FISABILILLAH
Bismillahhirrahmanirahim
Assalamualaikum Wr Wb
Terima kasih kerana sudi menjemput hamba
Bersiaran karya di grup yang mulia ini
Grup Taman-Taman Syurga Insya-Allah Aamin
Grup yang ahli-ahlinya
Bermatlamat berjuang ke Jalan-Jalan ALLah
Dan matipun dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah SWT
Moga apa yang dimatlamatkan dan dicita-cita berjaya Aamiin
Hamba bukan seorang cendiakawan atau sri kandi
Tapi cumalah seorang hamba Allah
Yang dikurniakan sedikit bakat untuk menulis
Dengan sedikit bakat kurniaan inilah
Hamba cuba menulis yang terbaik
Untuk dipersembahkan kepada Allah SWT
Dan moga sudi dibaca oleh ahli-ahli grup
Tentera Fisabilillah yang diRahmati Allah
Di kala hidup dan mati Insya-Allah Aamiin
Andainya apa yang hamba tulis
Tak seindah bahasa dan pengetahuan para ahli grup di sini
Harap dapat memaafkan hamba
Percayalah hamba sudi ke sini
Semata untuk menyiarkan karya-karya hamba
Untuk dibaca dan dihayati oleh Tentera Fisabilillah...
Tentera Allah
Insya-Allah balasan-Nya Syurga.
Aamiiin Ya Rabbal A'Lamin.
'SELAMAT BERJUANG TENTERA FISABILILLAH
DOAKU MENGIRINGI PERJUANGANMU
JIKA KAU GUGUR DI MEDAN JUANG
JASAMU SENTIASA MEWANGI DI HATI KAMI'
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada:
Ratu Rimba Niagara
16 September 2012
MENGGAPAI BINTANG DI LANGIT KE TUJUH
Duhai kanda mawar kusayang...
Kita berkenalan negeri antah berantah
Hampir dua tahun dinda di situ
Berbakti bersiaran karya tanpa henti
Tanpa jemu tanpa lelah
Biarpun di musim tengkujuh dinda
Masih bertahan
Meratah segala penghinaan
Karya dinda yang tak sehebat mereka
Dinda berkarya dalam jiwa terlara
Tapi demi sastra tercinta
Dinda sabar
Walau pun tiada yang sudi datang
Membalas puisi-puisi dinda
Mahupun like
Dinda tak kisah itu semua
Kerana dinda tetap bersangka baik tika berkarya di situ
Tetapi semenjak tiga serindit itu datang
Menyusup masuk ke situ
Bagaikan
Langit seluruh negeri antah berantah
Akan berantakan
Bergaduh sesama sendiri
Semua cerita lama timbul
Kutuk mengutuk
Hina menghina
Malunya dinda Tuhan saja yang tahu
Kiri kanan depan belakang
Dinda dinista dihina
Hingga airmata ini
Membanjiri seluruh
Negeri Antah Berantah
Yang dinda kesalkan
Hingga kini
Yang pernah mengaku dindalah
Sahabat sastra dunia akhirat
Pun bersengkokol dengan 3 serindit
Dan mereka yang lain juga begitu
Semua puisi-puisi mereka yang disiarkan
Mematikan urat saraf
Dinda untuk bersastra di situ
Tahulah dinda mereka
Memang tak suka dinda
Berkarya di situ lagi
Yang lagi dikesalkan
Pemerintah yang dinda percaya
Sepenuh hati bersekongkokol dengan
Rakyat jelata mereka di situ
Amat mengecewakan
Makanya dinda mengambil keputusan
Tidak bersiaran karya di situ lagi
Hanya meratah penghinaan
Mereka ke dinda
Walaupun dinda sudah tidak
Bersiaran karya di situ lagi
3 serindit apa lagi
Berterbangan sambil berkicauan
Mengeilingi jenazah sastra
Yang disahut oleh seluruh
Penghuni negeri antah berantah
"Mampus kau di situ!
Bangkai...bangkai... puisimu
Tak kira berada di mana-mana
Akan kami bangkaikan
Sepertimana kami bangkaikan kamu
Duhai bangkai yang telah dibangkaikan
Haa...hahahaha...
Kami menang.....!!!!!"
Duhai kanda mawar ku sayang...
Maafkan dinda jika telah menganggap
Kanda pun begitu juga kepada dinda
Tahukah kanda...
Dari apa yang dinda lalui di situ
Hati dinda bagaikan berkecai..kecai
Hancur lumat selumatnya...
Tiada satu pun yang ada ruang bahagia
Semuanya derita yang merosak jiwa sastra dinda
Sejujurnya dinda amat trauma
Apa yang berlaku di situ
Dan dinda tak akan izinkan
Perkara ini berulang lagi
Jika ada tiga serindit
Mengekori dan suku sakatnya
Di mana ada karya dinda bersiaran
Makanya dinda akan matikan siaran dinda di situ
Kerana dinda tak suka...taka suka...
Tiga serindit itu bermaharaja lela
Membunuh impian dinda untuk
Menggapai bintang di langit ke tujuh
Untuk dinda hadiahkan kepada
Cucunda cucunda SeNusantara Tercinta...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
27 Sept 2012
MOYANG KAMI ADALAH PEJUANG GERILA UNTUK
MENUNTUT KEMERDEKAAN NEGERI SABAH
Awang Karim Kadir:
Ya...benar Ratu Rimba Niagara...
rakyat di Kudat ini ada cucu cicit para
pejuang yang telah membebaskan Sabah daripada penjajah Inggeris dan Jepun. Moyang kami Datu Paduka Muhammad Saleh adalah Pahlawan Sabah yang telah menentang Chartered Companny British.Datu Mustapha adalah pejuang gerila menentang
Jepun dan bapak kemerdekaan negeri Sabah. Tetapi kami cucu
cicit mereka dalam keadaan yang terseksa dan terhina.
terseksa oleh himpitan keadaan dan terhina kerana hidup
seperti status PTI Walau pun negara telah Merdeka sekian
lama tetapi perkampungan Melayu masih lagi berstatus
'Setinggan' rua2 haram di atas tanah rizab kerajaan.Negara
sudah merdeka tetapi perkampungan dan rumah2 rakyat masih
belum bebas dan merdeka sepenuhnya...Bagaimanakah kami
dapat berbangga dengan kemerdekaan ini...?
Awang Karim Kadir:
Allahhu Akbar!!!
MOYANG KAMI DATU PADUKA MUHAMMAD SALEH PEJUANG KEMERDEKAAN SABAH
Aduhai...cucu cicit pejuang negeri Sabah dari
penjajahan Inggeris dan Jepun.
Apakah dengan pengorbanan suci ini dibalas sedemikian rupa?
Terkedu aku. Darah dan nyawa dipertaruhkan untuk negeri Sabah
bukan penghargaan dibalas tapi dibiarkan terseksa dan terhina!
Kerana ada darah perjuangan yang mengalir di tubuhmu ...
kalian masih lagi bersabar...demi keamanan negeri Sabah?
Tapi sampai bila?
Apalah ertinya kemerdekaan yang dilaungkan jika harga
pejuang-pejuang Datu Paduka Muhammad Saleh dilayan seperti kain buruk
yang digunakan untuk mengelap air mata anak cucu-cicitnya...
Aduhai...terkedu aku dalam sengsara mereka itu...
dan sengsara mereka itu meresap ke dalam jantung hatiku.
DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG
DI MANA BUDI DISEMAI DI SITU LETAKKAN KEMEGAHAN
TAPI KEMEGAHAN MENJADI RACUN BERBISA!
BUDI DISEMAI MEMAKAN DIRI HINGGA SAMPAI BILA?
Duhai anak cucu cicit pejuang Datu Paduka Muhammad Saleh
Jika benarlah darah yang mengalir itu adalah darah pahlawan
Ayuh....sempena Hari Malaysia ini
Laungkan Kami Mahu Hak Kami!
Kami mahukan pembelaan untuk kami!
Kalau tidak sia-sialah darah moyang kami gugur di bumi bertuah ini!
Karya Ratu Rimba Niagara
16 September 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE-49 PADA 16 SEPT 2012)
JIKA BENARLAH KAMU ANAK CUCU-CICIT DATU MUHAMMAD SALEH
Duhai anak cucu cicit Datu Muhammad Saleh...
Jika kau masih mendiam diri membatu tanpa bertindak
Memperjuangkan hak pewarismu
Sia-sialah darah yang mengalir di tubuhmu
Sia-sialah kau menjadi anak jantan!
Bertindak tidak semestinya akan berlaku pertumpahan darah
Tapi menggunakan akal kebijaksanaanmu membela hakmu
Aku yakin kamu akan berjaya
Jika kamu berjaya dalam memperjuangkan hak kamu
Memang benarlah kamu cucu cicit Datu Muhammad Saleh
Kamu akan dapat rasai itu jika kemenangan di pihak kamu!
Justeru tunggu apa lagi ...
Bangkitlah dari sebuah kekalahan diri sendiri
Ketahuilah kau...moyang kamu
Bangkit dengan mewakili seluruh Sabah dan Malaysia
Menempa kejayaan
Kenapa kejayaan sudah tergenggam di tangan
Menjadi hak milik kekal negara
Tiba-tiba jadi begini?
Kalau moyangmu pertaruhkan nyawa untuk Sabah dan Malaysia
Kau pertaruhkan apa?
Jangan pandai mengeluh
Tapi pandailah melaung...
Melaunglah semahumu ...
Akan bangkit semua pejuang-pejuang menyahut launganmu itu
dan ketahuilah kau tika ini
Moyang kamu bersedih jika kau kecundang dalam laungan penuh
bersemangat itu....
Biarlah hingga hilang suaramu dek jutaan kali melaungkan hak kamu...setidak-tidaknya kamu sudah berusaha secara damai tanpa berlaku pertumpahan darah....
Cuma yang aku dapat bantu bagi pihakmu...akan kulayangkan
warkah-warkah air mata perjuangan suci moyangmu itu kerana
aku amat menghargai jasa setiap yang bergelar "PEJUANG KEMERDEKAAN!"
Biar jasanya diSyukuri kerana nikmat kemerdekaan dikecapi kini
Biar darah yang tumpah dan jasad yang gugur ke bumi dikenang
sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN!
Kudoakan moga perjuangan suci mereka tidak dipersiakan dan
menghargai anak cucu-cicitnya dengan selayaknya!
Barulah bererti erti, "HARI MALAYSIA YANG DISAMBUT
PADA HARI INI 16 SEPTEMBER 2012!"
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
16 September 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA YANG KE-49 PADA 16 SEPT 2012)
DARAHKU YANG MENGALIR ADALAH HAK RAKYAT!
DARAHKU YANG MENGALIR TERTULIS,'FISABILILLAH'
Darahku yang mengalir adalah hak rakyat
Darahku yang mengalir juga ada semangat Melayu
Darahku yang mengalir tertulis ,'Fisabilillah'
Aku adalah hak Allah
Hamba Allah yang berjawatan hamba sampai kapanpun!
Aku adalah khalifah di muka bumi ini
Justeru siapapun mereka
Takkanku hiraukan
Biarpun berpenat berlelah
Biarpun jasadku
Dihujani peluru di setiap penjuru
Namun kuberundur tidak sekali!
Pantang Pahlawan Melayu tewas
Sebelum turun ke gelanggang!
Dulu kini dan selamanya
Aku telah pun bersedia
Membela nasib rakyat
Yang harus dibela
Biarpun aku dicerca!
Dipandang sebelah mata
Bagi mereka yang tidak berpuas hati
Cara aku membela rakyat
Aku dengan caraku
Dan kau dengan cara kau
Biarpun kita berbeza pendapat
Tapi matlamatnya tetap sama
Iaitu membela rakyat yang harus dibela
Dalam perjuangan
Mesti ada yang tidak berpuas hati
Mesti ada mengumpat mengeji
Mesti ada iri hati
Mesti ada dengki mendengki
Mesti ada tikam menikam
Jatuh menjatuh
Hingga tersungkur!
Kekuasaan menjadi rakus
Sampai memakan diri!
Kerana darahku tertulis 'Fisabilillah'
Takkan kuhiraukan semua yang memakan diri
Yang ada di hatiku darah ."Fisabilillah"
Nyawaku telah kupertaruhkan untuk:
Allah
Rakyat
Bangsa
dan negaraku tercinta!
ALLAHU AKHBAR!
BERJUANGLAH HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR
DUHAI PEJUANG TULEN RAKYAT SABAH!
KARYA: RATU RIMBA NIAGARA
16 SEPTEMBER 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE -49 PADA 16 SEPT 2012)
PEMBELAAN UNTUK RAKYAT SABAH ADALAH ROH PERJUANGANMU!
Pemimpin dekat di hati rakyat...
Bagaikan aur dengan tebing
Rakyat belum bersuara
Sudah faham
Rakyat bersuara
Lagi terlebih faham
Lalu difikir
Di benak hati
Di Luar kotak pemikiran
Bagaimana mahu diselesaikan
Setiap masalah yang ditanggung rakyat
Diperah biarpun setitis kudrat pemikiran
Demi rakyat untuk rakyat
Rela dia
berhujan berpanas
berpenat berlelah
dihina dikutuk
dilalui dengan hati yang tabah dan redha
Yang menjadi tanda tanya
Kenapa dia sanggup
Bersusah payah demi rakyat?
Sedangkan dia telah miliki segalanya!
Tak perlu berpening memikirkan
Masalah rakyat?
Apa lagi yang diperlukan dalam dunia ini?
Itulah yang mengagumkan aku
Bila dia jawab
Itu adalah tanggungjawabnya
Dan akan dipertanggungjawabkan
Di akhirat kelak
Dan dia jawab lagi
Mahu menjadi khalifah Alllah
Yang mati dalam perjuangan
Kerana perjuangannya adalah
'Fisabilillah'
Aduh! Terkedu aku mendengarnya
Moga apa yang dicitakan oleh
pemimpin berjiwa rakyat itu
dipermudahkan segala urusan
apabila dia berurusan
mengenai rakyat dan negaranya
moga dimakbulkan Allah
segala hajat dan cita-citanya
dan Allah membalas segala baktinya
dengan balasan Syurga
kerana hidup matinya
semuanya kerana Allah
bukan kerana manusia
bukan untuk mengejar kuasa dunia
bukan untuk mencipta nama
bukan untuk kepentingan sendiri
makanya ditempuh onak dan duri
biarpun hati hancur berkecai!
biarpun ombak tsunami datang membadai!
biarpun dihujani peluru di setiap penjuru
demi rakyat dia rela begitu
moga Allah sentiasamu
di setiap langkah dan helaan nafas
di setiap denyut nadi
di setiap degupan jantung
memikirkan rakyat
adalah tanggungjawab
itulah roh perjuangannya
akan terus berjuang
hingga ke titisan darah terakhir
sehingga terhenti
tarikan nafas
degupan jantung
denyutan nadi
Subhanallah Alhamdulillah Alllahu Akhbar
Itulah lafaz dari rakyat untukmu
seorang pejuang yang sentiasa mewangi jasamu
bak haruman kasturi direnjiskan haruman setanggi!
di kuburanmu ditaburkan bunga-bunga kemboja putih
seputih perjuanganmu dan diiringi doa restu
pergilah dikau dengan aman dan tenteram
kerana perjuanganmu diwarisi oleh generasi
setiamu yang sudah sebati dalam jiwa
apa erti tersirat perjuanganmu selama ini!
Pemergianmu diredhai
Kerana Syurga tempatmu
Pergimu Senyuman Syurga!
Allahu Akhbar!
Karya Ratu Rimba Niagara
16 September 2012
(Diilhamkan Khas Untuk Ybhg Datuk Mohd Jeffry Rosman Bersempena Menyambut Hari Malaysia Ke-49 pada 16 Sept 2012)
KAMI SAYANG SABAH KAMI SARAWAK KAMI SAYANG 1MALAYSIA
Kami Sayang Sabah
Kami sayang Sarawak
Kami Sayang 1Malaysia,
Jasa Raja dan Pemimpin sentiasa diingati;
Moga 1Malaysia aman sejahtera,
Mengekalkan Kemerdekaan dihargai hingga ke mati.
Nampak gembira di wajah masing-masing,
Bergambar bersama TYT di Istana Negeri Sabah;
Menjadi kenangan untuk dikenang,
Dikenangkan juga seluruh rakyat Sabah.
DILAKSANAKAN PLKN ALA MALAYSIA
SARAWAK TERUS MEMBANGUN
Negeri Sarawak terus membangun,
Bajet pembangunan dibuat telus;
Nasib rakyat tidak dibiarkan,
Biar cemerlang terus menerus.
Dilaksanakan PLKN ala Malaysia,
Bermatlamat mencapai keperluan Negara;
Segala ilmu dituntut tidak menjadi sia,
Disemai dan diamalkan bersemangat membara.
Karya: Ratu Rimba Niagara
16 Sept 2012
PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE-49 PADA 16 SEPT 2012
SELAMAT HARI MALAYSIA JANJI DITEPATI
Selamat Hari Malaysia ke-49
Duhai rakan seperjuanganku
Perjuanganmu terbayar kini
Penat lelahmu tertunai kini
Lauangan suaramu tidak akan ditenggelamkan lagi
Kerana suaramu telah memecahkan dinding-dinding kekebalan
Yang membuatkan suaramu tidak dapat ditembusi
Sempena Hari Malaysia Ke -49 ini
Semuanya sudah bererti pada semua rakyat Sabah dan Sarawak
Kerana semua janji ditepati
Makanya senyumlah dalam syukur pada-Nya
Kerana perjuanganmu telah dimakbulkan Tuhan
Kerana janji telah ditepati
Hari Malaysia ke- 49 ini
Amat berarti bagi moyangmu
DATU PADUKA MUHAMMAD SALEH
Kau bahagia
Rakyat Sabah bahagia
Rakyat Malaysia Bahagia
Pemimpin 1 Malaysia Bahagia
BAHAGIA HARI MALAYSIA JANJI DITEPATI!
SEMUANYA BAHAGIA
MERAIKAN HARI MALAYSIA PADA HARI INI PADA 16 SEPTEMBER 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
UCAPAN TULUS IKHLAS DARIPADA RATU RIMBA NIAGARA
UNTUK SEMUA RAKYAT SABAH & SARAWAK
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
16 Sept 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE-49 PADA 16 SEPT 2012)
DARAHKU YANG MENGALIR ADALAH HAK RAKYAT!
DARAHKU YANG MENGALIR TERTULIS,'FISABILILLAH'
Darahku yang mengalir adalah hak rakyat
Darahku yang mengalir juga ada semangat Melayu
Darahku yang mengalir tertulis ,'Fisabilillah'
Aku adalah hak Allah
Hamba Allah yang berjawatan hamba sampai kapanpun!
Aku adalah khalifah di muka bumi ini
Justeru siapapun mereka
Takkanku hiraukan
Biarpun berpenat berlelah
Biarpun jasadku
Dihujani peluru di setiap penjuru
Namun kuberundur tidak sekali!
Pantang Pahlawan Melayu tewas
Sebelum turun ke gelanggang!
Dulu kini dan selamanya
Aku telah pun bersedia
Membela nasib rakyat
Yang harus dibela
Biarpun aku dicerca!
Dipandang sebelah mata
Bagi mereka yang tidak berpuas hati
Cara aku membela rakyat
Aku dengan caraku
Dan kau dengan cara kau
Biarpun kita berbeza pendapat
Tapi matlamatnya tetap sama
Iaitu membela rakyat yang harus dibela
Dalam perjuangan
Mesti ada yang tidak berpuas hati
Mesti ada mengumpat mengeji
Mesti ada iri hati
Mesti ada dengki mendengki
Mesti ada tikam menikam
Jatuh menjatuh
Hingga tersungkur!
Kekuasaan menjadi rakus
Sampai memakan diri!
Kerana darahku tertulis 'Fisabilillah'
Takkan kuhiraukan semua yang memakan diri
Yang ada di hatiku darah ."Fisabilillah"
Nyawaku telah kupertaruhkan untuk:
Allah
Rakyat
Bangsa
dan negaraku tercinta!
ALLAHU AKHBAR!
BERJUANGLAH HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR
DUHAI PEJUANG TULEN FISABILILLAH!
KARYA: RATU RIMBA NIAGARA
16 SEPTEMBER 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE -49 PADA 16 SEPT 2012)
ILMU DISAMPAIKAN CARA MENDIDIK
BERBUAT BAIK DENGAN MANUSIA (RAKYAT)
BERBUAT BAIK DENGAN ALLAH SWT
ITULAH KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT
INSYA-ALLAH AAMIIN
ILMU JIKA MAHU DISAMPAIKAN JANGAN SEPERTI KITA MENGAJAR
KERANA MEREKA TERLEBIH PANDAI DARIPADA SEGALA ILMU
ILMU DISAMPAI SECARA MENDIDIK KERANA MENTARBIYAHKAN DIRI SENDIRI DENGAN RASA BETAPA KERDILNYA KITA DI SISI ALLAH SWT INSYA-ALLAH ILMU YANG DISAMPAI TERUS MERESAP KE KALBU PEMBACA DAN MOGA ILMU YANG DISAMPAIKAN ADA NILAIAN DI SISI-NYA AAMIIN. ITULAH MATLAMAT UNTUK MENYEBAR LUASKAN ILMU YANG SETITIS INI.
RATU RIMBA NIAGARA
16 Sept 2012
SAYA CUMALAH SEBUTIR PASIR
Hari ini kita mendabik dada
Akulah yang alim
Akulah yang faham agama
Akulah yang warak
Mereka semua bacul
Tak faham agama
Munafik!
Penipu!
Wah...Wah...egonya kita
Siapa kamu untuk mendabik dada
Kamulah yang sempurna alim dan warak
Pada pandangan mata kamu
Mereka pendosa semuanya
Pasti menerima hukuman neraka
Pasti kamulah ahli Syurga kerana taat
Siapa kamu untuk
Menyatakan kamu ahli Syurga
Si pendosa ahli neraka
Apakah kamu tahu
Kesudahan mati kamu di mana?
ALLAH TIDAK MENGIRA BERMUALANYA KAMU
ALLAH MENGIRA BERAKHIRNYA KAMU
Si warak masuk neraka kerana munafik
Si pendosa masuk ke Syurga kerana taubatnya diterima
Jika si warak masuk Syurga
Bukan kerana banyak amalannya
Kerana jika ditimbang amalannya dengan sebutir pasir
Berat lagi pasir jika dibandingakan amalan si warak
Si warak masuk Syurga kerana dengan Rahmat Kasih Allah
Tanpa Rahmat Kasih Allah si warak tak dapat masuk Syurga
Makanya si warak harus sedar jangan angkuh
dan sombong dengan ilmu yang setetes
memandang hina si pendosa
Bimbinglah si pendosa yang mahu pulang ke pangkal jalan
dengan setulusnya ikhlas kerana-Nya
Pasti Rahmat Kasih Allah akan dilimpahi kepada semua
yang mahu mendapat Rahmat Kasih-Nya
Moga kita semua tergolong dalam hamba-Nya
yang sentiasa merasa kerdil di hadapan Allah Azwajallah
Berkata , berpujangga. berhujah dan memberi pandangan
semata untuk dipersembahkan kepada Alllah SWT dan dengan
Rahmat Kasih-nya apa yang kita perkatakan di tinta-tinta
alam maya menjadi saksi untuk menyelamatkan kita
di pandang Mahsyar. Insya-Allah Aamin.
Kepada semua yang membaca karya-karya saya
setiap yang baik itu adalah dari-Nya
yang kurang itu adalah dari saya sendiri
makanya jika ada penulisan saya yang tidak
berkenan di hati pembaca mohon dimaafkan
kerana saya menulis bukanlah untuk dibanggai
atau melukakan hati pembaca alam maya budiman...
saya menulis mahukan Rahmat Kasih-Nya
mana tahu mendapat pandangan-Nya
walaupun saya cuma sebutir pasir.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
29 Ogos 2012
11 Syawal 1433H
SEBUTIR PASIR SETETES AIR
dengan adanya sebutir pasir jadilah pantai
dengan adanya setetes air jadilah tasik
makanya jangan sesekali anggap hidup kita tak bermakna
kerana bermaknanya kita
adanya pantai dan tasek
pantai yang indah permai
tasek yang mendamaikan
kehadiran kita di bumi ini
mendamaikan untuk roh dan jasad
kerana kita sudah bersumpah setia
tika berada di alam roh mengaku untuk
menjadi khalifah di bumi ini sehingga dijemput-Nya
jika perjanjian itu sengaja kita lupakan
kerana terpesona dengan pesona dunia yang menipu
alangkah ruginya kita
makanya kita perlukan
penyatuan ummat Islam yang saling
berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan sabar
menganggap diri tetap insan yang kerdil
biarpun sudah berada di puncak jaya
apalah ada kejayaan di dunia ini
jika kejayaan kita tidak memberi apa-apa makna di akhirat
kemuncak kejayaan di akhiratlah yang hendak
kita capai sungguh-sungguh
tanpa ada niat untuk menzalimi manusia
berbuat baik pada manusia
kerana mahu meraih kasih sayang Allah Azzawajallah
moga kita semua menjadi khalifah yang selari dengan
kehendak Allah SWT
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
29 Ogos 2012
11 Syawal 1433H
TAWAKAL BERHUJAH
MAKANYA JELMAKAN DIRIMU BIAR SEMUA DI GRUP INI
MENGENALI MU PEJUANG FISABILLILLAH YANG TAK TAKUT MATI!
BERSELINDUNG SE BALIK WAJAH ADAKAH ITU DIKATAKAN PEJUANG!
OSAMA BEN LADEN PUN DIKENALI SELURUH DUNIA KERANA BRANI MATI DAN BERANI MENYEBUT APA YANG DIKATAKAN KEPADA PIHAK MUSUH...INI SETAKAT BERKATA TAPI TAK BERANI MEMUNCULKAN WAJAH DI GRUP INI...SILAKAN MUNCULKAN WAJAHMU DUHAI ADAM JIKA MAHU AKU BERHUJAH DENGAN MU LAGI...TAPI AKU BUKANLAH SEORAG YANG ARIF BERHUJAH...SETAKAT MANA YANG ALLAH IZINKAN SAJA ..ITU PUN TAWAKAL BERHUJAH DENGANMU YANG BANYAK ILMU DUNIA AKHIRAT. SIAPALAH AKU DI SISI-NYA HAMBA YANG TERLALU KERDIL. MOGA ALLAH MENGAMPUNKAN AKU JIKA AKU TERSALAH DALAM BERKARYA KRANA YANG BAIK ITU DARI-NYA YANG KURANG ITU DARI KELEMAHAN AKU SENDIRI.
RATU RIMBA NIAGARA
16 Sept 2012
JANGAN SUKA MELAKNAT ORANG
JANGAN SUKA MELAKNAT ORANG
KERANA KITA SENDIRI PUN TAK SEMPURNA
BERDAKWAH DALAM NADA YANG MENYERU PENUH KEINSAFAN
JIKA BERDAKWAH PENUH DENDAM MEMBARA
SELAMA-NYA MENJADI PENDAKWAH YANG TIDAK DIDENGARI DAKWAHNYA IKUTLAH SEPERTI NABI MUHAMMAD SAW BERDAKWAH DENGAN BIJAKSANA DAN SENTIASA BERDOA MEMOHON DIBUKAKAN PINTU HIDAYAH KEPADA UMMATNYA.
RATU RIMBA NIAGARA
16 Sept 2012
ALAM DAN PENGHUNI RIMBA ADALAH GURUKU
jika kau baik sangat berdakwahlah untuk dirimu sendiri...
biarlah aku dibimbing dengan Nur Hidayah Kasih-Nya
kerana imanku tak sesempurnamu yang alim lagi warak
yang tahu cara berdakwah untuk memberi manusia faham
aku cumalah seperti sebutir pasir....sampai matipun tetap
sebutir pasir...makanya aku bukanlah layak untuk berhujah denganmu
mungkin ada yang lebih layak...aku mana ada sekolah...tinggal di rimba..alam dan penghuni rimba adalah guruku...makanya selamat berhujah dengan mereka yang punyai ijazah bergulung-gulung dalam negeri ...luar negeri semuanya ada...sebab itu aku katakan padamu aku cumalah seperti sebutir pasir...
RATU RIMBA NIAGARA
16 Sept 2012
AKU KINI SUDAH JADI PATUNG CENDANA SEYAP
Untuk pengetahuan engkau...
Aku tinggal di rimba niagara
Tinggal untuk membela menghuni rimba niagara
Penghuni rimba bela aku
Aku bela penghuni rimba
Bela membela dalam
Rasa sayang menyayangi demi-Nya
Makanya aku cuma tahu suasana rimba
Berilah pada mereka yag arif untuk menjawab hujahmu itu
Aku rasa ramai yang akan menjawab hujahmu jika
Jika kau betul anak jantan
Memunculkan wajahmu
Baru pejuang berani mati...
Berani bercakap berani mati...
Ini berani bercakap
Tak berani memunculkan diri
Macam mana tu ye...
Selamat memunculkan wajahmu yang ganteng itu!!
Aku kini sudah menjadi patung cendana ....senyap...
Senyap untuk tidak berhujah denganmu lagi
Berhujahlah seorang-seorang akan ada anak jantan
Yang menjawab hujahanmu itu...
Wassalam...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA 
16 Sept 2012


KITA JADI SEPI DALAM BERKARYA
KITA HIDUP APA YANG KITA MATLAMATKAN
WALAUPUN SEKADAR RAKAN FB
KENAPA KITA MEMBUKA AKAUN FB
KALAU KITA MEMBUKA AKAUN FB SEKADAR SUKA-SUKA
SUKA-SUKALAH MATLAMATNYA
KITA BERKARYA TAKUT ORANG KATA RIAK
KITA LIKE TAKUT ORANG MENYAMPAHKAN KITA
KITA KOMEN TAKUT SALAH
SEMUANYA TAKUT...TAKUT ORANG KATA
MAKANYA KITA JADI BISU DAN SEPI
DALAM BERKARYA
JANGAN MENGUBAH DIRIMU HANYA KERANA PENDAPAT
ORANG LAIN TENTANGMU
JANGAN BIARKAN MEREKA BAHAGIA TAPI SENDIRI TERSEKSA
RATU RIMBA NIAGARA
12 SEPT 2012
Like · · Unfollow Post · September 12 at 11:15am
7 people like this.
Temul Amsal Kita memang tidak mengubah diri dan ciri,a karena pandangan dan pendapat....saya rasa sekadar memperbaiki kekurangan apa salahnya. kita g tak baik menutup diri terhadap kritikan dan saran....yang baik kita terima dan yang buruk kita abaikan saja. Mohon maaf seandainya pendapat saya ini dianggap salah.
September 14 at 1:20am · Unlike · 1
Rabeah Mohd Ali Yang penting kepada nawaitu kita ...
Apa matlamat kita berfb...
Dan saya terlalu serius setiap rakan fb saya
Jika dia rasa tak dapat seiring sejalan dengan saya
Saya rela dia sepikan saya
Tapi di hati tetap juga bertalisiraturrahim
Cuma di alam maya saja...kerana
Saya mahu tumpukan kepada dunia sastera saya...
Harap sudi memahami dunia saya
Kerana itulah saya.
JANGAN MENGUBAH DIRIMU HANYA KERANA PENDAPAT
ORANG LAIN TENTANGMU
JANGAN BIARKAN MEREKA BAHAGIA TAPI SENDIRI TERSEKSA
September 14 at 11:20am · Like
Rabeah Mohd Ali SAYA BAHAGIA APABILA BERSASTRA
Saya bahagia apabila saya bersastra
Saya bahagia jika rakan fb saya juga minat bersastra
Saya faham dia ...dia faham saya
Saya suka karya dia
Dia suka karya saya
Jika dia tak suka karya saya
Saya tak boleh paksa
Dia pun tak boleh paksa saya berhenti berkarya
Kerana berkarya itu adalah kebahagiaan saya
Kerana sama-sama suka
Makanya dialah kawan sastra saya
Saya bahagia banget
Dapat berkawan dengan dia
Terima kasih Tuhan kerana
Kurniakanku rakan sastra untukku...
Aku bersyukur sebanyak-banyak-Nya
Kami sama-sama berkarya
Berkarya memuji-Mu
Mengajak pembaca untuk
Sama-sama jatuh cinta dengan-Mu
Lalu mencintai-Mu
Seikhlas hati
Makanya sinarkan Nur Hidayah Kasih-Mu
Sehingga nafas terakhir mencintai-Mu
Kepada kami dan semua pembaca dan pendengar
Yang membaca karya kami
Kerana kami tahu setiap yang baik
Datang dari-Mu
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
14 Sept 2012
September 14 at 11:34am · Like
Temul Amsal Memang ada sebuah pepatah mengatakan "TETAPLAH KAMU PADA PENDIRIANMU, AGAR KEPERCAYAAN ORANG LAIN ADA PADAMU" Mungkin Tuan Putriku berpengang pada pendapat ini. Kalau memang begitu, pahamlah aku sekarang....cuman yang aku ragu...apa yang Tuan Putriku mau....mengeluh dan mengaduh berkepanjangan tentang kesepian...Nyatakan padaku dengan bahasa yang mudah dimengerti, supaya aku dapat menggembirakan hatimu...!!! Aku paling tak suka melihat seorang sastrawan terluka...dan aku sengaja datang kesini ingin mengobati luka itu.
September 14 at 4:49pm · Like
Rabeah Mohd Ali 'TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBALUT LUKAKU DENGAN BENANG CINTA KASIH SASTRAMU' hehehe
September 14 at 5:40pm · Like
Temul Amsal Terimakasih kembali.
September 16 at 2:01am · Like

1 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
27hb September 2015
drtuah
Apa kata rancang KORBAN mulai hari ini supaya 10 Zulhijjah tahun hadapan (1437 Hijrah) kita sudah ada cukup wang untuk berKORBAN.

aku tak punya kepandaian untuk berbakti
aku tak punya segalanya untuk berbakti
tapi aku suka berbakti
rasa bahagia
rasa tenang
rasa aman damai
rasa tenteram
mereka bilang aku tak boleh berbakti pada siapapun
sebab aku tak punya segala untuk berbakti
aku tak layak...aku tak layak ...aku tak layak
lantas aku jadi sedih
aku jadi pilu
lantas aku sebak lalu aku nangis
yang bertambah-tambah aku sedih
apabila ada yang bilang
aku tak akan bisa berbakti sampai kapanpun
pada sesiapa pun
apa lagi aku bicara tentang
kedamaian ketenteraman kesejahteraan penghuni dunia
sedangkan kebathinan dipenuhi kebusukan hati
lalu aku nangis seharian berhari-hari
terlalu pedih kata-katanya itu
aku tidak menjawab apa yang dibilang
untuk meredakan kesedihan
aku mengadu pada bulan
bulan...
aku suka memandangmu
makin kupandang makin bercahaya
makin indah
engkau memang cantik diciptakan
kerana terpegun dengan keindahanmu
aku memuji Penciptamu Penciptaku jua
semua yang diciptakan Tuhan semuanya cantik
kita saling menyempurnakan
dengan kecantikanmu
kau mengindahkan bumi
begitu juga aku mahu mengindahkan bumi ini
dengan berkata nan indah-indah kepada seluruh penghuni bumi
itu cara kau berbakti
ini cara aku berbakti
walaupun berbeza cara
tapi motifnya sama mahu seluruh penghuni bumi
menghargai keindahan bumi tanda bersyukur kepada Pencipta bumi
Allah Tuhanku
terlalu memahamiku
kerana jiwaku terlalu meronta untuk membakti kepada
seluruh penghuni bumi dan langit
DIA kurniakan aku ilham tanpa had
aku syukur banya-banyak
dengan izin-Nya aku dapat bersastera
dengan bersastera aku dapat berbakti kepada seluruh penghuni bumi , keindahan alam yang diciptakan-Nya adalah sumber inspirasiku berkarya..
Syukur Alhamdulillah...
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Zulhijjah 1436H
27 September 2015
'SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA & INDONESIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI HUJUNG NYAWA!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA & INDONESIA.
UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 69 , HARI KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O15, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2015 DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2015'
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
13 ZULHIJJAH 1436H
27 SEPTEMBER 2015
drtuah
SUDAH BACA?
Membaca membolehkan neuron dalam otak berkembang, seterusnya mengelak tiga penyakit iaitu Lupa, Latah dan Nyanyok atau LLN. (Dulu2 LLN adalah Lembaga Letrik Negara)
4 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
27hb September 2012
Komen
Rabeah Binti Mohd Ali PENDEKAR ANAK PERTIWI

Pabila pendekar anak pertiwi

Bangkit dari pertapaan
Tiada siapa yang berani menghalangnya
Kecuali Yang Maha Esa

Perdekar anak pertiwi
Pabila sudah berada di tengah gelanggang
Sudah disiapkan segala kekuatan
Untuk bertarung
Bermati-matian
Biar darah dan keringat
Merenjis di setiap penjuru bumi

Tidak akan dihiraukan lagi
Musuh datang menyerang
Dari kiri dan kanan
Akan ditentang
Sehabis daya
Sehabis kekuatan

Nyawa pendekar anak pertiwi
Akan dipertaruhkan di segenap penjuru gelanggang
Biar tubuhnya hancur ditikam musuh bangsa melayu
Namun mengalah tidak sama sekali

Demi mempertahankan Budaya & Warisan Melayu
Tak hilang dan pupus ditelan zaman

Akan dibuktikan kata keramat Laksamana Hang Tuah
Tak akan hilang melayu di dunia jadi kenyataan!

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
26 Sept 2012
(PUISI INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ - PEWARIS PANGLIMA MELAYU NUSANTARA)

(PETIKAN DARIPADA GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
2 Okt 2012
AKU TERKUBUR SEPI DALAM PARAHNYA WAKTU
Dalam sepi wajahmu terbayang
Berkurun waktu kurengkuh hadirmu
Walau perit dan hati menjerit
Hingga dikatakan gila karena cinta
Sepi hatiku dan terbelenggu karena mu
Aku terpenjara dalam duka rindu yang menganga
Aku terkubur sepi dalam parahnya waktu
Karena mu aku hadir walau terseok-seok
Cintakah Aku ?
Ketika kau hilang ditelan waktu
Ketika kau tak bisa kuhubungi lagi
Karena kau adalah segalanya bagiku
Unlike · · 9 minutes ago ·
You like this.
IKRAR CINTA PALSU
Sudah terlambat kau bilang
aku adalah segalanya bagimu
kau bilang cinta
kau bilang sayang
kau bilang rindu
itu cuma palsu
dan aku benci sama kamu
kerana kau tak tepati janji
makanya sudah kulontarkan
segala cinta
yang pernah kau lafazkan
di ikrar palsu
RATU RIMBA NIAGARA
27 Sept 2012
Komen
Fatma Wati Aku cinta padamu meskipun paruh waktu
Terasa pedih ketika cinta kau samakan dengan dusta
Rabeah Binti Mohd Ali izinkan aku berlalu prgi di hatimu
biarlah aku kehilanganmu
asalkan kamu tahu aku cinta sama kamu
...Lihat Lebih Banyak
Fatma Wati aku cinta padamu Rabeah Mohd Ali.....teramat cinta seperti cintaku pada PERWIRA.....mereka hebat dan memang hebat......kamu juga hebat.....
AKU TERKUBUR SEPI DALAM PARAHNYA WAKTU
Dalam sepi wajahmu terbayang
Berkurun waktu kurengkuh hadirmu
Walau perit dan hati menjerit...
Lihat Lagi
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen
Rabeah Binti Mohd Ali
Tulis komen...

Suapan Berita

BILA PUNGGUK MENYEPI
Rembulan meninjau di pepohon meranti
risaunya dia pungguk menyepi
barulah dia tahu rindu pungguk rindu bervisi
hilangnya pungguk rembulan pula merindu di malam sepi.
MURBA TERPINGGIR
Kuala Lumpur.
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen
Yaacob Abghani Pungguk udah menukar identiti, malu sendiri kerana tidak di layan begitu zaman sejak alam terjadi.
SukaBalasan11 jam
Murba Terpinggir Pungguk perlu menjelma menjadi merak
indahnya tidak terperi
tentu rembulan jatuh hati.

(Pungguk dan rembulan perlu kajian berdasar disiplin filologi dan sudut falsafah percintaan juga agaknya Haji. Ada sudut-sudut tersembunyi melalui peribahasa , "bagai pungguk rindukan bulan"). Terima kasih Haji atas komennya.
SukaBalasan57 min
Yaacob Abghani Mukin Murba Terpinggir pungguk menjadi merak. Tapi merak yang cantik bulunya ialah merak Jantan yang begitu egois dengan kecantikannya tetapi dijadikan tidak pandai terbang dan suara nya pun payau. Rang bulan terus menyombongkan diri
SukaBalasan148 min
Rabeah Binti Mohd Ali
AKU TERKUBUR SEPI DALAM PARAHNYA WAKTU
Dalam sepi wajahmu terbayang
Berkurun waktu kurengkuh hadirmu
Walau perit dan hati menjerit
Hingga dikatakan gila karena cinta
Sepi hatiku dan terbelenggu karena mu
Aku terpenjara dalam duka rindu yang menganga
Aku terkubur sepi dalam parahnya waktu
Karena mu aku hadir walau terseok-seok
Cintakah Aku ?
Ketika kau hilang ditelan waktu
Ketika kau tak bisa kuhubungi lagi
Karena kau adalah segalanya bagiku
By: Fatma Wati
IKRAR CINTA PALSU
Sudah terlambat kau bilang
aku adalah segalanya bagimu
kau bilang cinta
kau bilang sayang
kau bilang rindu
itu cuma palsu
dan aku benci sama kamu
kerana kau tak tepati janji
makanya sudah kulontarkan
segala cinta
yang pernah kau lafazkan
di ikrar palsu
RATU RIMBA NIAGARA
27 Sept 2012
Fatma Wati Aku cinta padamu meskipun paruh waktu
Terasa pedih ketika cinta kau samakan dengan dusta
Fatma Wati Rabeah Mohd Ali aku cinta padamu.....
Rabeah Binti Mohd Ali izinkan aku berlalu prgi di hatimu
biarlah aku kehilanganmu
asalkan kamu tahu aku cinta sama kamu
cinta tak semestinya kita memiliki cinta
maafkan aku ....
Fatma Wati aku cinta padamu Rabeah Mohd Ali.....teramat cinta seperti cintaku pada PERWIRA.....mereka hebat dan memang hebat......kamu juga hebat.....
YANG KITA CARI ADALAH KETURUNAN / NASAB .... YANG DI DALAM BADAN / HATINYA TERTANAM RUH ALLAH .....YAITU ORANG - ORANG YANG BERIMAN KEPADA ALLAH ROBBUL'IZZATI
Yang Aku Cari Rakan Yang Bisa Menambahkan Saham Akhiratku jika itu ada padamu aku ingin menjadi teman dunia akhiratku seumur hidupku.
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
13 ZULHIJJAH 1436H
27 SEPTEMBER 2015
CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
Ya Allah kuburku sempit
Engkau luaskanlah sebagaimana Engkau luaskan karyaku seluas-luasnya
Ya Allah kuburku gelap gelita
Engkau indahkanlah sebagaimana Engkau izinkan aku berkarya yang indah-indah seindah Taman Syurga
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Menepati Janji
Engkau luaskanlah kuburku seluas-luasnya jadikanlah kuburku Taman-Taman Syurga tempat istirahatku yang bahagia abadi sehingga hari KEBANGKITAN. Termasuk juga mereka yang menyokong perjuangan sasteraku, AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
25 DZULHIJJAH 1437H
27 SEPTEMBER 2016

0 comments:

Post a Comment

 
;