Monday 7 November 2016

KAMI HAMBA-MU (225) YA ALLAH TERIMALAH PENGORBANAN KAMI SEBAGAI HAMBA-MU AAMIIN



KAMI HAMBA-MU (225) YA ALLAH TERIMALAH PENGORBANAN KAMI SEBAGAI HAMBA-MU AAMIIN

Ya Allah aku tak punya harta untuk membahagiakan mereka yang derita tapi aku punya karya yang banyak untuk membahagiakan mereka yang derita ...
terimalah pengorbananku ini dengan balasan cinta-Mu di dunia jua di akhirat Aamiin.

SUBHANALLAH ALLAH MAHA BERKUASA MENCIPTA TIADA KEPADA ADA ,'KUN FAYAKUN,'
Info Rakyat Di Kelantan
admin:Sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V pada Ahad ini..Jom kita sama2 mengucapkan kata selamat kepada Tuanku kesayangan kita ini..
Ratu Rimba Niagara AMPUN TUANKU DAULAT TUANKU.
SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN;
ALLAH SENTIASA BERSAMA TUANKU,

MOGA KELANTAN DALAM KESEJAHTERAAN.

Kesultanan Johor bersama Rizq Rezza Ruzlan.
Muhammad V turut dihadiri semua Raja Melayu kecuali Kedah diwakili Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, Perak oleh Pemangku Sultan Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, Pahang oleh Pemangku Sultan, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Kesultanan Johor bersama Rizq Rezza Ruzlan.

Pemangku Sultan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-230. Mesyuarat hari pertama itu dipengerusikan oleh Sultan Kelantan SultanMuhammad V turut dihadiri semua Raja Melayu kecuali Kedah diwakili Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, Perak oleh Pemangku Sultan Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, Pahang oleh Pemangku Sultan, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Komen
Ratu Rimba Niagara SELAMAT MENGHADIRI MAJLIS MESYUARAT RAJA-RAJA
KE-230 


Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati,
Patik dari Rimba Niagara
dan wakil dari seluruh penghuni rimba niagara
mengucapkan selamat menghadiri
Majlis Mesyuarat Raja-Raja ke-230
Moga setiap agenda mesyurat
Memberi impak yang besar kepada
Rakyat jelata di bumi bertuah Malaysia ini
Kami rakyat jelata di Malaysia
Mengaku bersumpah setia
Kepada Institusi diRaja Malaysia
Sepertimana yang termaktub 
Di Prinsip Rukun Negara ...
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Daulat Tuanku!

'RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA'

Ingatan tulus ikhlas daripada patik:
Rabeah Mohd Ali
Ratu Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara
Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapura/Thailand
8 November 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
Ratu Rimba Niagara PANTUN SULTAN & TYT KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA

Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Agong berwibawa,

Memerintah negara adil saksama;
Rela berkorban demi rakyat tercinta,
Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

Sultan Kelantan berhemah tinggi,
Memerintah Kelantan adil saksama;
Rakyat Kelantan takkan rugi,
Raja dan rakyat berkerjasama.

Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
Kepentingan rakyat amat dirasai;
Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
Sejak generasi dahulu hingga kini.

DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
Budi disemai Allah berkati,
Moga amalan dibalas di akhirat nanti.

Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
Kebajikan rakyat amat diutamakan;
Bertuah sungguh rakyat Pahang,
Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.

Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.

Pemangku Sultan Kedah amat dihormati,
Menabur budi tidak terhingga;
Ke mana pergi rakyat mentaati,
Rakyat Kedah amat berbangga.

Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
Kepentingan rakyat amat dijaga;
Masalah rakyat diberi perhatian,
Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.

Intitusi di-Raja dekat di hatiku,
Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
Rakyat Johor terharu lagi menyayangi.

Negeri Terengganu pesat membangun,
Di bawah pemerintahan Raja penuh kebijaksanaan;
Tuanku Mizan suka beramal kebajikan,
Kepada rakyat Terengganu tidak pernah dilupakan.

Bertuah sungguh rakyat Sabah,
Punyai TYT yang amat memahami;
Denyut nadi rakyat Sabah,
Maju Sabah dan dihormati.

TYT Negeri Sarawak baik budi,
Semua rakyat Sarawak menyayangi;
Tutur kata sebaik budi,
Akan dikenang hingga ke mati.

Melaka negeri penuh bersejarah,
Diperintah oleh TYT yang berkarisma;
Ramai pelancong datang berhijrah,
Menjadi Pusat Perlancongan Sejarah yang ternama.

Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Abdul Rahman Abbas,
Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang;
Berjiwa patriotik dan berhati ikhlas,
Memerintah Pulau Pinang penuh kasih dan sayang.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
8 November 2012
(DIILHAMKAN SEMPENA MAJLIS MESYUARAT RAJA-RAJA
KE-230)
Rabeah Binti Mohd Ali

MOGA KAU DAN AKU DIPERTEMUKAN DI SYURGA
Garjito Gondokusumo
Ratu Rimba Niagara. aku tetap menghargai Semua Karyamu yg Luar biasa cerdas dan tangkas. Manusia di ciptakan oleh Allah swt. Mmg berbeda-beda. juga alam pikir mereka. Dan itulah yg harus Di cermati sbg tempa kesabaran. makin di tempa semakin Cantik dan kuat. seperti sang empu Pembuat Kres pusaka raja. salam nusantara.
45 minutes ago via mobile · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara
SALAM NUSANTARA BUATMU GARIJITO GONDOKUSUMO
Garijito Gondokusumo...
maafkan aku kerana terlalu emosi
meluahkan apa yang bersarang di hati
bukan apa sekadar luahan
seorang sahabat fb yang disepikan
seolah wujudnya aku bagaikan tak wujud
apalah maknanya persahabatan
masing-masing dengan urusan sendiri
masing-masing ada agenda tersediri
urusan kerjaya lebih penting dari
urusan soal hati seorang sahabat fb
Garijito Gondokusumo...
sejujurnya di fb aku
hanya memerlukan sahabat sejati
sahabat yang tak lelah
untuk sama-sama
menuju jalan-jalan ke Syurga-Nya
makanya setiap kata-katanya
adalah mutiara Syurga bagiku
bukan antara dia dan aku
merasakan cukup sempurna iman
merasakan dia dan aku lah yang terbaik
dia dan akulah ahli Syurga atas kebaikan
yang ada di hati kita
azam kita adalah
sama-sama
bercita-cita dan berusaha
sedaya mungkin
berbakti pada Tuhan...
berbakti pada manusia...
berbuat kebaikan bukan
untuk sanjungan atau
inginkan penghargaan
biarlah manusia tak kenal kita pun tak apa
asalkan di Syurga kasih kita bertemu
menyambung ikatan uhkhuwah kasih
berkat kita tak lelah
untuk memperjuangkan
apa yang kita perjuangkan
demi alam yang pasti kita lalui
alam barzah
alam akhirat
yang sudah terputus
hubungan dengan manusia di dunia
masa itulah
urusan kita terlalu sibuk
jika tiada bekalan
untuk mendinding
roh dan jasad
daripada dipukul dan dipalu
menjeritlah kita sekuat hati
sehabis tenaga
tak akan ada siapa hendak menolong kita
manusia dan orang yang pernah kita sayangi
di dunia akan melupakan kita terus
mana bisa mungkin dia ingatkan kita
ketika kita hiduppun mereka tak
ingat pada kita
inikan kita sudah di alam barzah
lagilah tak ingat
tika kita di dunia
kena hina dan maki hamun dengan mereka
walaupun sekadar kenal di alam maya
inikan pula bila kita sudah mati
pasti mereka lagi suka
"sudah matipun orang
yang aku benci!
hahahahaha"
begitulah manusia
buat baik macam manapun
tetap tak berpuas hati
Garjito Gondokusumo
sebelum aku dan kau dijemput Ilahi
makanya aku hanya memerlukan
rakan-rakan fb
yang sentiasa berkomunikasi
denganku tak kiralah di wall
atau di fb
kehadirannya sebagai teman fbku
memberi impak yang paling bermakna
di alam barzahku nanti...
itulah rakan fb
yang termaktub dalam hatiku
dan bila masa mataku terpejam rapat
kata-katanya kubawa pergi
dan berkat ukhuwah kasih
dengannya
dia dan aku saling menunggu
Menunggu Di Taman Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
saat yang paling syahdu nan indah
kau dan aku di pertemukan di Syurga
Insya-Allah Aamiiin.
Sahabat fbmu yang pengen setia denganmu,
Ratu Rimba Niagara
8 November 2012
a few seconds ago · Edited · Like
(PETIKAN DARIPADA WALL GARIJITO DAN GONDOKUSUMO)
8 November 2012
KAMI HAMBA-MU
YA ALLAH MASUKKANLAH KAMI DALAM GOLONGAN HAMBA-MU YANG TAAT BERIBADAH KEPADA-MU TIDAK KIRA DI MANA JUA BERADA BEGITU JUGA SETELAH KAMI MATI MASUKKANLAH KAMI DALAM ROH-ROH DI KALANGAN HAMBA-MU YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
ALLAH DZUL JALAALI WAL IKROOM YANG MAHA PEMILIK KEBESARAN DAN KEMULIAAN
...Teruskan Membaca
Jangan abaikan gambar ini tanpa mengetik Subhanallah
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
KAMI HAMBA-MU
YA ALLAH MASUKKANLAH KAMI DALAM GOLONGAN HAMBA-MU YANG TAAT BERIBADAH KEPADA-MU TIDAK KIRA DI MANA JUA BERADA BEGITU JUGA SETELAH KAMI MATI MASUKKANLAH KAMI DALAM ROH-ROH DI KALANGAN HAMBA-MU YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
ALLAH DZUL JALAALI WAL IKROOM YANG MAHA PEMILIK KEBESARAN DAN KEMULIAAN
ALLAH IZINKAN KUGENGGAM ERAT CINTA-MU AGAR TAK TERLEPAS SEHINGGA KE AKHIR HAYATKU
Untaian ukiran daunan sasteraku adalah anugerah dari-Mu yang terindah terima kasih Allah.
Terima kasih kepada semua rakan grupku ,"Ahli Syurga Allah Insya-Allah,"
kalian adalah anugerah yang terindah dari-Nya untuk aku terus mengukir daunan kasih CINTA-NYA tanpa jemu. Moga Allah membalas setiap like dan komentarmu dengan balasan Syurga Firdausi AAmiin.
Manda Conai SUBAHANALLAH BEGITU INDAH KATA KATA SAHABAT KU
Ratu Rimba Niagara Manda Conai sahabat dunia akhiratku moga Allah swt makbulkan doamu doaku dan doa semua yang membacanya. Aamiin.
Aziza Abd Rahman Subhanallah
Nur Kasih Qaira Kuli Shaja.
Ratu Rimba Niagara walaupun kuli tapi di sisi Allah sebagai kekasih-Nya, Insya-Allah Aamiin.
KEKASIH PALING SETIA
duhai kanda kesayangan dinda
baru kenal sudah suka
mesramu bertegur sapa
reda sepiku membalut duka
sapaanmu mencerahkan mendung
mendung hilang di mega senja
terima kasih duhai kanda
karena sudi
berkongsi duka
andai kau tahu
perih lukaku ini
pasti sendu tangisku
kau rawat
dengan kasihmu
tapi apakan daya
keyakinanku hilang
pada sebuah kasih
makanya maafkanku kanda
jika aku tak seceria dulu
keceriaanku ditelan
ombak rindu
yang tak kenal
apa itu erti rindu
apa itu erti persahabatan
makanya kusepikan segala rindu
agar tenang hatiku
biarlah rindu itu
pergi bersama
deruan ombak yang tak akan kembali lagi
cuma yang kuharapkan rindu
yang abadi
rindu yang tak jemu membalas rindu
rindu terbalas rindu
kasih terbalas kasih
itulah rindu
itulah kasih
yang setia
mendengar
memahami
mengasihani
di sebilang masa dan ketika
rindu padaku
kasih padaku
itulah
rindu dan cinta
yang tak pernah terpadam
saling rindu
saling cinta
DIALAH TUHANku
Kekasih paling setia
Membalas kasih dan rinduku.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
5 November 2012
ATAS NAMA CINTA-MU
ALLAH KAU KUCINTA
ALLAH KAU KURINDU
CINTA DAN RINDU
SYAHDU DI PERDU RINDU
AKU TERUJA MERAIH CINTA-MU
KU BERJALAN MENDAPATKAN CINTA-MU
KAU BERLARI MEMBALAS CINTAKU
AKU HAMPIRI-MU KAU TELAH ADA DI HATIKU
ALLAHU AKBAR HEBAT-NYA CINTA-MU
KAU TAK PERNAH HAMPAKAN AKU
KAU TAK PERNAH MENOLAK CINTAKU
MALAH KAU LEBIH MEMBALAS CINTAKU
SEDANGKAN AMALANKU TIDAKLAH BANYAK MANA
HANYA SEDIKIT DIBANDINGKAN PARA KEKASIH-MU
SIAPALAH AKU UNTUK MENDAPAT CINTA-MU YANG MAHA AGUNG
TAPI ITU TIDAK MENGHALANG ENGKAU MEMBALAS CINTAKU
ALLAHU AKBAR
MEMANGLAH ENGKAU MAHA PENYAYANG
DARIPADA SEGALA YANG PENYAYANG
MEMANGLAH ENGKAU KEKASIH
TIDAK HAIRANLAHLAH KENAPA
PARA KEKASIH-MU
BERKORBAN APA SAJA DEMI MERAIH CINTA-MU
YANG MAHA AGUNG
MEREKA TERPANA DALAM DZAT CINTA-MU
MEREKA RELA TINGGALKAN PESONA DUNIA DEMI CINTA-MU
SEDANGKAN AKU TIDAK MAMPU BERKORBAN SEHEBAT MEREKA
DENGAN NAMA-MU YA ALLAH
YANG MAHA AGUNG
ATAS NAMA CINTA-MU
YANG MAHA AGUNG
KAU BERILAH AKU
KEKUATAN
UNTUK TERUS MENCINTAI-MU
DALAM KEADAAN APA SEKALIPUN
MAHUKAN HIDUP DAN MATIKU
HANYA ENGKAU MATLAMATKU
APA YANG AKU USAHAKAN
BUKAN UNTUK MENDAPAT
PANDANGAN MANUSIA
HANYA MAHUKAN PANDANGAN-MU
ANDAI APA YANG AKU USAHAKAN
BOLEH MENDEKATKAN DIRIKU PADA-MU
DAN YANG MEMBACA KARYAKU JUGA MENDEKATI-MU
BERILAH KEJAYAAN
KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT
AKU MAHU HIDUP MATIKU
DAN SAUDARA SEISALAMKU JUA
HIDUP DAN MATI
HANYALAH KERANA-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
24 Muharram 1437H
6 November 2015
Untaian ukiran daunan sasteraku adalah anugerah dari-Mu yang terindah terima kasih Allah.
Terima kasih kepada semua rakan grupku ,"Ahli Syurga Allah Insya-Allah,"
kalian adalah anugerah yang terindah dari-Nya untuk aku terus mengukir daunan kasih CINTA-NYA tanpa jemu. Moga Allah membalas setiap like dan komentarmu dengan balasan Syurga Firdausi AAmiin.
MOHON SYAFAAT NABI MUHAMMAD S.A.W
Duhai kekasih Allah yang dicintai…
Balaslah cinta kami ini
Satukan hati-hati kami untuk saling
Ingat- mengingati
Tentang pejuanganmu sentiasa diingati
Kesyahduan cintamu pada kami umatmu kami tangisi
Betapa tulus ikhlasnya cintamu pada kami
Harusnya kami balasi
Kami menanti penuh pengharapan
Ya Nabi Allah
Ya Kekasih Allah
Yang kami cintai seutuhnya cintamu pada kami
Pilihlah kami mendapat Syafaatmu di Mahsyar nanti.
Amin Ya Rabbal A’Lamin.
Karya Putri Rimba Niagara
22 Mei 2012
ANTARA JASAD DAN RUH
ketika kita hidup
kita tidak menyadari kewujudan ruh
walaupun kita sadari
kita buat-buat tak tahu ruh tak ujud
karena kita tidak nampak ruh
itu berarti ruh kita sedang sakit walaupun jasad kita sihat
kenapa bila kita sudah mati
orang doakan agar ruh kita dimasukkan ke dalam ruh-ruh yang beramal soleh kenapa tidak didoakan jasadnya ,
bilamana bergelar ruh barulah kita faham apa artinya ruh
kenapa orang yang sudah mati
tidak datang kepada kita memberitahu keadaan bagaimana dia
bergelar ruh
bilamana sudah bergelar ruh itu berarti rahsia Allah...
kita cuma tahu tentang ruh yang ada dalam kitab diajarkan oleh Nabi dan para ulama percaya wujudnya alam ghaib sebahagian daripada iman yang mesti kita imani.
bilamana kita dikebumikan
andai Allah terima ruh kita berarti Allah terima jasad kita
bagi mereka yang mendapat balasan neraka
terseksanya yang amat sangat karena
jasad dan ruhnya dihidupkan kembali
mendapat seksaan yang maha dahsyat buat selamanya
nauzubillah minta dijauhkan daripada azab api neraka jahannam!
moga ketika kita dikebumikan nanti
kubur kita bagaikan Taman-Taman Syurga
berkat amalan soleh yang kita berbuat ketika hidup
dimasukkan ke Syurga karena Rahmat Kasih-Nya Allah,
AAmiin AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
AKU KAMU DAN SEMUA MENGHARAPKAN RAHMAT KASIH-NYA, ALLAHU AKBAR AAMIIN
--------------------------------------------------------------------
Aku Milik-Nya Dan Semua Milik-Nya Juga
8 Rejab 1436H
27 April 2015
PERTAMA KALI AKU JATUH CINTA DENGAN-MU TIKA MELIHAT KABBAH, TERASA KAU DEKAT DENGANKU MEMAKBULKAN SEGALA APA YANG KUHAJATKAN TIKA ITU JUGA. ALLAHU AKBAR MAHA MEMAHAMI-NYA ENGKAU SEHINGGA KU TAK JEMU MEMUJI-MUJI KEAGUNGAN-MU TUHAN. .
KU INGIN MENCINTAI-MU ALLAH BERILAH AKU PERTUNJUK-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KUKARANGKAN PUISI UNTUK-MU ALLAH
KUKARANGKAN PUISI CINTA UNTUK-MU ALLAH
ALLAH CINTA-MU TERLALULAH INDAH
TIDAK DAPAT DILAFAZKAN DENGAN KATA-KATA
AKU PENDAMBA CINTA DAN RINDU-MU
KUKARANGKAN PUISI CINTA TANDA LUAHAN HATIKU
KAU BALAS BERIBU-RIBU KARYA CINTA BERTEMAKAN PUISI-PUISI CINTA-MU HINGGA AKU TERUJA SETIAP HARI UNTUK TERUS MENULIS DAN MENULIS
MENULIS TANPA HENTI
ANDAI AKU KELELAHAN MAAFKAN AKU
AKU TERLALU SAYANG UNTUK MELEPASKAN BEGITU SAJA ILHAM DARI-MU AKU BERSYUKUR YA ALLAH TEMAN-TEMAN ALAMMAYAKU
MENYIARKAN GAMBAR DAN KATA-KATA MENYEJUKKAN IMANKU
SEHINGGA APA YANG MEREKA SIARKAN MENJADI
SUMBER INSPIRASIKU BERKARYA
PASTINYA MEREKA JUGA INGIN
MERAIH CINTA DAN RINDU-MU
DENGAN BELAS KASIHAN-MU TANPA BATAS YA ALLAH
KAU BALASLAH CINTA DAN RINDU KAMI PADA-MU
DAN KEKASIH-MU NABI MUHAMMAD SAW
DENGAN NUR HIDAYAH KASIH-MU PADA KAMI SEMUA
DI KALA KAMI HIDUP DAN DI KALA KAMI MATI
BERIKAN NUR HIDAYAH KASIH-MU
KEPADA SEMUA YANG MEMBACA KARYA SASTERA
YANG KUTULIS , KARYA YANG KUTULIS MATLAMATNYA
CUMA SATU MAHUKAN CINTA-MU DAN REDHA-MU
CINTA DAN REDHA-MU ITU
MEMBUATKAN KAMI HIDUP DI DUNIA INI
BAGAIKAN TAMAN-TAMAN SYURGA
BERAMAL KERANA MAHUKAN PANDANGAN-MU
BERBUAT BAIK DAN BERBAKTI KEPADA MANUSIA SEMATA KERANA-MU. HIDUP DAN MATIKAN KAMI DALAM KEBAIKAN DALAM REDHA-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
RATU RIMBA NIAGARA
10 Muharram 1435H
14 November 2013M
KUMILIK-MU TUHAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah aku mulakan berkarya
Ya Allah kurniakan aku ilham
yang membuatkan jiwaku tenang
setenang air di kali Syurga
menjadi ladang amalku
sedekah jariahku
saham akhiratku
semua-Nya ada nilaian di sisi-Mu
berkarya kerana-Mu
bukan mahukan pandangan manusia
tapi hanyalah pandangan-Mu
jika aku berkarya mahukan dipandang manusia
aku sombong dan bongkak
jika pandangan-Mu
membuatkan aku teruja
menulis terus menullis tentang
Kebesaran-Mu
Keagungan-Mu
Keesaan-Mu
segala urusan dunia akhir-Nya berpulang kepada-Mu jua
aku mahu pulang dalam bekalan amal yang Kau redhai
pulang bertemu-Mu dalam fitrah-Mu
seperti aku baru dilahirkan ke dunia
jika itu yang Kau Perkenankan
tenang jiwa dan rohku
pasti indah pertemuan Kau dan aku di kala itu
AAmiin AAmiin AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
"TIADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN DENGAN IZIN-MU JUA
PADA-MU KUSANDARKAN SEGALA URUSAN DUNIA AKHIRATKU
KERANA SEGALA-NYA MILIK-MU"
......................................................
kuMilik-Mu TUHAN
19 Syawal 1435H
15 Ogos 2014
MENCARI ILMU MENGENAL DIRI BARULAH MENGENAL TUHAN
PASTI
Perjalanan ini...
pasti menemukan satu tujuan pasti
kematian adalah pasti
kehidupan terlalu berarti
tutur kata berarti
amalan berarti
barulah semuanya terlaksana
untuk ke negeri Sana
yang pastinya kekal abadi
Negeri Akhirat
kepunyaan Maha Pencipta Semesta Alam
untuk hambaNya
dinilai untung nasib
samada Syurga atau Neraka!
Balasan setiap hambaNya
adalah pasti!
Karya Ratu Rimba Niagara
16 Jun 2011
TAK BERMIMPI MENJADI RATU
Daulat raja apalah ada,
Kekuasaan Tuhan mengatasi segala yang ada;
Hanya terpilih Dinaikkan darjat hamba-Nya,
Diberikan darjat untuk menjadi hamba-Nya.
Mimpi tetap mimpi,
Mainan tidur di ilusi minda;
Jika benar rujuklah si arif mimpi,
Berdasarkan Al-Quran mentafsir mimpi.
Hamba tidak pernah bermimpi,
Jauh sekali bermimpi menjadi ratu;
Itu cumalah karya dalam mimpi,
Memartabatkan institusi raja juga ratu.
Kiri kanan menghina hamba,
Kerana perasan menjadi ratu;
Bukanlah begitu kehendak hamba,
Tapi apakan daya telah takdirnya begitu.
Hamba senyum dalam duka,
Ditelan juga kata nista;
Tuhan sabarkanlah hatiku yang luka,
Kerana pada-Mu yang aku cinta.
Kusulam rindu di awan larat,
Rinduku bertambah sarat;
Apa dayaku aku tak larat,
Tanggungjawabku terlalu berat.
Ku terjah juga segala jalan berliku,
Demi sebuah perjuangan yang hakiki;
Janganlah selalu bersangka buruk pada diriku,
Cuma mahukan sebuah ketenangan yang hakiki.
Pada mereka yang masih berdendam pada diriku,
Maafkan aku ...ku tak tahu apa salahku;
Jika tak puas hati berkomunikasilah denganku,
Kita berbincang agar terlerai segala celaru.
Duniaku adalah karya,
Sahabat setiaku adalah alam;
Alam sumber inspirasiku berkarya,
Tenangnya bersahabat dengan alam.
Manusia tak sudi berkawan denganku,
Karyaku dikatakan cuma ilusi minda;
Sesuka hati menghina anganku;
Pada Tuhan kusandarkan segala cita.
Alam oo alam indahmu alam,
Aku terpesona keindahanmu;
Kau Diciptakan Tuhan Semesta Alam,
Syukur izin-Mu kubicara dengan alam Ciptaan-Mu.
Ciptaan-Mu terlalu indah,
Aku terpukau dalam memikirkan-Mu,
Kebijaksanaan-Mu terlalu indah,
Mencipta alam ini amat mudah bagi-Mu.
Segala-Nya mudah bagi-Mu,
Dengan berkata Kun Fayakun;
Maka jadilah apa mahu-Mu,
Begitu hebat-Nya KUN FAYAKUN.
Makanya apa hendak dikesahkan,
Segala masalah sandarkan pada-Nya;
Pasti semua masalah Diselesaikan,
Asalkan bersangka baik pada-Nya.
Doaku pada-Mu Tuhan,
Segala perjuangan dan cita-citaku;
Hanya kusandarkan pada-Mu Tuhan,
Moga Kau makbulkan segala perjuanganku.
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA)
7 November 2012
(DISIARKAN KHAS DI WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK)
7 November 2012
JIKA BOLEH MENANAM BUNGA SYURGA
(buat kanda A)
bang...
sudah lama dinda
menunggu kabar berita darimu
cinta dan rindumu kian sepi
di perdu kasih yang sepi
bang...
kenapa kanda tak seperti dulu
bersumpah setia
mahu sehidup semati
tapi setelah ada dia
dinda terus dilupai
kenapa gitu
bilang cinta
bilang sayang
terus jadi benci
terus kasih melayang
bang...
adakah cinta
semudah itu dilafazkan
semudah itu dilupakan
ah...!! cinta suci mudah jadi benci
mudah dipalsukan
bang...
kenapa nggak bisa
diwujudkan cinta
Berbungakan Syurga
Agar sama-sama kita ke Syurga
bang...
kenapa dia yang menjadi penghalang
sedangkan cinta-Nya
tak pernah menghalang
sentiasa izinkan
kiranya faham
hakikat tauhid
takdir cinta atas Ketentuan-Nya
bang...
pengen dinda gapai
perdu-perdu rindu dan cintamu
tapi tak kesampaian
bilamana asa kanda
tak bisa dipertahankan
sedangkan perdu-perdu rindu dan cinta-Nya
bisa kesampaian jika
berdasarkan keikhlasan kesetiaan kesabaran
menggapai-Nya
karna cinta-Nya
tanpa batas
sesiapapun berhak memiliki cinta-Nya
SUBHANALAH suci cinta-Mu
Memanglah Kau Maha Pengasih
Kekasih Yang Maha Penyayang
Kekasih Yang Maha Memahami
Kekasih Yang Maha Penyabar
Kekasih Yang Maha Pemurah
Kekasih Yang Maha Sudi Menerima
siapapun hamba-Mu
yang memcintai-Mu
Kau terima tanpa syarat
asalkan sejujurnya ikhlas mencintai-Mu
syahdu hati ini
mengenangkan
Kebesaran Dzat Cinta-Mu
bang...
ayuh mari kita bangunkan
asa yang membunuh impian
untuk sama-sama kita
meraih cinta-Nya
dalam redho lagi diredhoi
agar bersama kita
meraih perdu-perdu
cinta dan rindu-Nya
moga DIA ehsan
membalas cintaku cintamu
yang tak pernah asa menggapai-Nya
DIKARANG OLEH DINDA RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
7 November 2012
KUTERBANGKAN SASTRA INDAH ANUGERAH-NYA DI SUDUT HATIMU
RAHMAT KASIH-NYA ALLAH
Si Pengembara likes this.
Si Pengembara Begitu Indah Menyentuh Kalbu
Yaa Latif Yang Maha Indah
Engkaulah Pemilik Segala Keindahan
Salaam Yaa Salaam Yang Mulia Yang Terkasih Tersayang Terjaga Di Jaga OlehNya
Muliakanlah Dia Ya Alloh Mulikanlah Selalu Dalam Rahmat Mu
Aamiin Yaa Robbal Alamin
Ratu Rimba Niagara Mereka yang dimasukkan ke Syurga bukan karena banyaknya amalan tapi dengan Rahmat Kasih-Nya Allah dimasukkan ke Syurga. Jika karena amalan pasti banyak cacat celanya sifat-sifat mazmumah(Jelek) masih menebal dalam diri.
RAHMAT KASIH ALLAH MENDAHULUI MURKA-NYA, ALLAHU AKBAR BENARLAH ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENGAMPUN. Selagi nyawa ada di kerongkong kita masih berpeluang mendapat CINTA DAN SYURGA-NYA . INSYA-ALLAH AAMIIN.
Si Pengembara Aamiin Allohumma Aamiin Yaa Alloh Yaa Robbal Alamin
Ratu Rimba Niagara Setelah membaca apa yang disiarkan dapat ilmu dapat pahala kemudian diberi komentar ilmu berkembang Insya-Allah memberi manfaat buat diri kita. Benarlah sabda nabi Muhammad saw ,' Sebarkanlah ilmu walaupun dengan satu ayat. Sesungguh-Nya Allah mengangkat darjat orang yang berilmu. Moga ilmu yang disebar luaskan mendapat pandangan Allah swt. Aamiin.
Si Pengembara Sungguih Menetes Air Mata Hamba Tersentuh Oleh Rasa Yang Di Berikannya, Terima Kasih Yang Mulia Sudi Kiranya Berikan Ridho Dan Doa, Jika Di Bolehkan Ijinlah Ananda Memanggil Dengan Sebutan Ibunda, Maapkalah Segala Khilaf Dan Salah Semoga Alloh Menerima Taubat Ananda. Aamiin
Ratu Rimba Niagara Allahu Akbar, silakan anakanda dengan senang hati, inilah hikmah kenapa Allah swt temukan kita walaupun cuma di alammaya. Berbagi ilmu dunia akhirat adalah minat bunda. Moga Allah swt merahmati hidup mati kita. Aamiin.
Si Pengembara Dalam Kegelapan Ini Ananda Terdiam Ibunda Duduk Temenung Berlinang Air Mata, Besar Benar KaruniaNya Anada kurang Dan Tak Pandai Mensyukurinya. Ananda Hanya Bocah Pengembara Hina Tak Berpunya Bunda Yang Lupa Tak Tahu Harus Pergi Kemana. Terima Kasih Bunda Malam Ini Indah Tenangkan Jiwa Ananda Semoga Alloh Selalu Merahmati Ibunda Dan Seluruh Keluarga Besar Sekalian Dalam Kesahajaan Keselamatan Kesehatan Kecukupan Kemakmuran Kebahagian Dunia Akhirat Aamiin Yaa Robbal Alamin.
PETIKAN WALL RATU RIMBA NIAGARA,
8 REJAB 1436H
27 APRIL 2015
KITA ADALAH HAMBA CIPTAAN-NYA
Si Pengembara Subhanaalloh
Ratu Rimba Niagara Alangkah indah apabila kita melihat KEBESARAN ALLAH KITA SAMA-SAMA MEMUJI MEMUJA-NYA sama-sama dapat pahala. Di dunia ini memanglah tak nampak tapi di akhirat nanti amat besar artinya pahala walaupun sebesar zarrah. ALLAHU AKBAR.
Si Pengembara Wa Hasbunalloh Wa Ni'mal Wakil
KITA ADALAH HAMBA CIPTAAN-NYA
Siapa pun kita ,
kita adalah hamba ciptaan-Nya,
yang diberi peluang hidup untuk menjadi penghuni Syurga-Nya,
moga kita dapat merebut peluang sebelum maut menjemput
kerana kita berasal dari tiada ke ada kemudian tiada
dan setelah mati itulah kehidupan yang realiti yang
kita tempuhi samada balasan Syurga atau neraka kita sendiri yang
membuat pilihan, kehidupan kita di dunia adalah bayangan akhirat yang kita tempuhi maka ke mana arah kita tepuk dada tanyalah iman sendiri ,moga kita tidak salah membuat pilihan menentukan ke mana arah pengakhiran hidup kita....moga kita diterima menjadi Kekasih Allah dan Syurga senyum menanti kedatangan kita Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
'Admire the perfect creation of God...'
बुटवल अनलाइन
Like · Comment · Share
Sri Pemangku Adat and 2 others like this.
Ratu Rimba Niagara shared Imam Muda's photo.
Silaturrahim panjang umur murah rezeki dapat pahala kerana senyum satu sedekah
selalulah berkata membuatkan orang tersenyum
kerana senyumanmu manis orang pun tersenyum manis
hehehe
Imam Muda's photo.
Imam Muda
'Selamat pagi semua, teruskan senyuman manis,'
Tee Obengh Fhanash Sbhanallah. Allahumma sholly ala sayidina muhammad.
4 ever friendship.
Ratu Rimba Niagara Dengan lafaz Allahumma sholly ala sayidina muhammad. sudilah menjadi pejuang sastra bunda sehingga ke tetesan darah terakhirmu.
SUKSESMU KEBAHAGIANKU SUKSESKU KEBAHAGIANMU,'
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
8 REJAB 1436H
27 APRIL 2015
PEJUANG SASTRAKU GAPAIKAN BINTANG UNTUKKU HADIAHKAN KEPADA ANAK CUCU NUSANTARA TERCINTA!
Tee Obengh Fhanash Ma sya'allah. Mulianya tu7uan bonda. Moga trcapai yg di cita.salam.
Ratu Rimba Niagara Insya-Allah Aamiin. Terima kasih atas doa nanda. Moga Allah merahmati hidup matimu. Aamiin.
MEMBINA TAMADUN MENGENAL CINTA ALLAH
'Dengan lafaz Allahumma sholly ala sayidina muhammad. sudilah menjadi pejuang sastra bunda sehingga ke tetesan darah terakhirmu.'
PANGGILAN SYAHADAH
'SELAMAT DATANG SAUDARA SEISLAMKU'
salam sejahtera duhai saudara baruku
moga Rahmat Kasih-Nya
teruntuk untukmu untukku untuk semua...
kepercayaanmu
kepercayaanku
kepercayaan semua saudara Islam
hanyalah satu
yang menguatkan tauhid kita
TIADA TUHAN YANG DISEMBAH KECUALI ALLAH
NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
kalimah tauhid ini yang hendak kita bawa
sampai ke hujung nyawa kita
salam sejahtera duhai saudara baruku
ketenangan di wajahmu
ketenangan di hatimu
keharuman imanmu
amat menyejukkan iman kami di sini
kami rasa panggilan syahadah yang bertahta di hatimu
bagaikan suara-suara dari Syurga
agar kamu dan kami
saling bekerjasama
menautkan hati-hati untuk bersatu
merealisasikan misi dan visi
sebagai tanggungjawab
Khalifah di muka bumi-Nya ini
ALLAHU AKBAR
benarlah Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
mahukan hamba-Nya
saling bantu membantu
kepada semua saudara seislam
tanpa mengira dari negara mana mereka berasal
kerana kita bernafas
dari bumi yang sama
kita hanyalah menumpang di bumi-Nya...
satu saat nanti kita akan dipanggil pulang ke Pangkuan-Nya..
moga berkat kita bersilaturrahim
membawa kita jalan-jalan ke Syurga-Nya...
In Shaa Allah bersama di Syurga Firdausi
memandang Wajah Allah Azzawajallah
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
indahnya di kala itu hanya DIA yang tahu
akan kesyukuran kita
ALLAHU AKBAR
mendengar cerita Syurga kita sudah gembira
inikan pula menjadi penghuni Syurga
sebelum menjadi penghuni Syurga
selagi ada waktu tinggal di bumi-Nya ini
selagi nyawa ada di kerongkong
kita bersama berhijrah
untuk bersama bersumpah setia
mahu mengikut jalan-jalan ke Syurga-Nya
tanpa ada pendustaan dalam kata-kata
kerana Rahmat Kasih-Nya
masih mendahului murka-Nya...
agar kita masih berkesempatan...
meraih cinta dan redha-Nya...
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Saudara Seislammu Yang Menyayangimu Demi-Nya,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
3 Muharram 1435H
7 November 2013M
(Alhamdulillah, seorang gadis Kristian Catholic MEXICO, Rhieannon GuZman-cruz telah memeluk Islam
Selamat Datang wahai saudari Islam kami semua
Tahniah kerana berani membuat pilihan yang tepat .
Alhamdulillah, semakin ramai umat Islam
MATLAMAT KITA SAMA MENUJU JALAN-JALAN KETUHANAN MEMBAWA KE SYURGA ALLAH INSYA-ALLAH AAMIIN
SAHABAT BERBICARA DENGANMU SEOLAH AKU BICARA DENGAN BULAN MAKIN AKU BICARA SEMAKIN BULAN BALAS DENGAN BAHASA YANG INDAH MENYEJUKKAN IMAN ALLAHU AKBAR INDAHNYA MENJADI SAHABATMU.
PETIKAN WALL GRUP IZINKAN AKU KE SYURGA MU YA ALLAH
Ratna Rara Aminnn ya robbb
ShazWan Syawal,Lily Rusidah dan 2 yang lain menyukai siaran anda di SAHABAT HATI BERBICARA: "INDAHNYA PURNAMA MALAM Kekasihku yang..."
pada 31hb Oktober jam 4.31 ptg
'aku adalah hamba-Nya seperti kamu juga ingin ke Syurga Melihat Wajah-Nya,'
PERTEMANAN TAK TERHINGGA NILAIANNYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
2 people like this.
Adri Sandra Selamat berkarya, kami tunggu karya anda. Salam kreatif.
Ratu Rimba Niagara Makasih Adri Sandra...atas penerimaan untuk karya-karyaku bersiaran di sini.
OMBAK MEMUTIH SEBENING IMPIAN KAU DAN AKU
Percikan Ombak
ombak bergumul sepertinya
menghanyutkan rasa kerinduan
kutelan sepanjang usia senja
pada masa lalu,seiring aku terhempas
oleh bayangan kepercikan ombak
sampai ke tepian
betahun sudah kusandang petualangan
di ujung jalan tak bertuan berputar sampai
ke ujung dunia tapi aku yakin percikan
ombak memutih sebening impian kau
semayamkan dalam kalbuku membuat
tubuhku terkulai di atas pasir pantai
menantikan impian kau lukiskan dengan
airmata memandang walaupun aku
di seberang lautan luas kau impikan
dunia maya meyakini percikan kau
hempaskan ke tepian menggeliat di sekujur
tubuhku jadi rohku tersentak, tertegun
dengan rasa gembira bahwa harapan
kuemban terbawa arus ombak lautan
ke tepian
siamir marulafau 27052013>DSJ
BERTEMU DAN BERPISAH KARENA ALLAH TAALA
akan kuhanyutkan rindu ini ke ombak rindu
biar diheret ke gelombang tsunami yang membadai
adakah setega itu untuk aku lakukan duhai yang dirindui
makanya jangan biarin aku terdera rindu
untuk mendengar sapaan mu di angin lalu
jangan bisukan suaramu aku nggak tega ..
aku gak tega memadamkan rindumu rinduku
yang sudah kuikat dengan tali kasih abadi sampai akhir hayatku...
tolong fahami daku
aku sayang kamu
aku kasih kamu
aku cinta kamu
kita berkasih sayang semuanya karena-Nya
kita jadikan persahabatan ini
talisilaturrahim sentiasa dalam redho Ilahi
tiada saling melukakan
tiada saling menyakitkan hati
tiada saling mengecewakan
saling menyempurnakan yang tak sempurna
saling bekerjasama
atas kelebihan yang ada
tiada rasa prasangka
sentiasa redha akan apa yang ditakdirkan Ilahi
tidak akan mendendami dan kecewa
jika terpisah akhirnya
bertemu dan berpisah karena Allah
karena kita paham dan sentiasa paham
akan erti Qada & Qadar
yang ditetapkan kepada setiap hamba-Nya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
26 Mei 2013
Siamir Marulafau Makasih Bu Ratu atas atensinya membaca puisi saya dan saya sangat kagum dengan karya ibu sebagai balasan karya saya.Salam Kenal.
Ratu Rimba Niagara Makasih...sejujurnya saya amat berminat untuk membalas semua puisi-puisi rakan-rakan di sini...memandangkan komitmen saya begitu terhad..saya coba sedaya mampu...di sini adalah tempat kita berbagi ilmu kepujanggaan...pasti semuanya peminat sastra ...dan ibu amat paham orang yang berjiwa sastra...sama seperti ibu...minat seminatnya sejak dijaman anak-anak lagi sehinggalah sekarang...bila kita bersastra adalah satu kepuasan...dan kedamaian hati karena bahasa sastra adalah ilham dari Ilahi...ilham dari Ilahi pastilah semuanya yang indah-indah dan baik-baik semuanya...sebab itu ibu amat menghargai mereka yang bergelar pujangga.
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajallah kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya
Memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI
DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KEINDAHAN ALAM CIPTAAN TUHAN LAGI DIPANDANG LAGI TAK JEMU KERANA KEINDAHAN YANG TERINDAH MENENANGKAN JIWA ALLAHU AKBAR
YA ALLAH JADIKANLAH KARYA SASTERAKU MENGALIR SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA YANG MENGALIR TERUS MENGALIR MENYATU HINGGA KE SUNGAI-SUNGAI SYURGA-MU
AKU MENULIS KERANA-MU
ILHAM YANG AKU TULIS DATANG DARI-MU
KAU HADIRKAN ILHAM TANPA HENTI PADAKU ATAS KEHENDAK-MU, AKU BERSYUKUR ILHAM DATANG TANPA HENTI-NYA ,ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH
TANPA IZIN-MU AKU TIDAK DAPAT MENULIS BIARPUN SEBARIS AYAT, ALLAHU AKBAR KEKUASAAN-MU MENGATASI SEGALA-NYA.
YA ALLAH KERANA KARYA SASTRA YANG KUTULIS ADALAH DARI-MU JADIKANLAH AKU DAN YANG MEMBACA KARYAKU
HAMBA-MU YANG SENTIASA REDHA ATAS TAKDIR-MU
PERCAYA SETIAP YANG DITAKDIRKAN ITU ADA HIKMAH DI SEBALIK-NYA
YA ALLAH JADIKAN KARYA SASTERA YANG KUTULIS SESUAI DENGAN ZAMAN WALAUPUN ZAMAN TERUS BERUBAH TAPI KARYAKU SENTIASA ADA DI JIWA SEMUA MANUSIA YANG MENGHAYATINYA KERANA SASTERAKU ADALAH ILHAM DARI-MU, JIKA ILHAM DARI-MU PASTI MEMBERI KEBAIKAN PADA DIRIKU DAN PADA SEMUA YANG MEMBACA KARYAKU.
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'SASTERAKU ILHAM DARI-NYA'
NAMA PENAKU INI ILHAM DARI-NYA JUGA
ADA YANG TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT
ATAS NAMA PENAKU INI
RATU SEORANG RAJA/RATU ATAU PEMIMPIN ITU YANG TERSURAT YANG TERSIRAT MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA
RIMBA AGAR SENTIASA RASA MERENDAH DIRI MEMERINTAH DI KERAJAAN RAKYAT RIMBA JADI TIADA SIAPA HENDAK CEMBURU KERANA BUKAN MEMERINTAH KERAJAAN MANUSIA ,TERSIRATNYA MAHU DAPATKAN INSPIRASI UNTUK MENJIWAI WATAK RAJA DAN PEMERINTAH UNTUK DITUANGKAN ILHAM DALAM KARYA SASTERA.
NIAGARA KARYA SASTRA YANG DIHASILKAN SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA SENTIASA MENGALIR, SENTIASA BERSASTRA TANPA HENTI SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA, BIARPUN NAFAS TERHENTI SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS-TERUSAN DIBACA OLEH YANG MASIH HIDUP ,
MOGA ILMU SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS MASUK KE AKAUN SAHAM AKHIRATKU SEPERTI MENGALIR AIR TERJUNAN NIAGARA MENYATU TERUS KE SUNGAI-SUNGAI SYURGAWI INSYA-ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
·
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
8 SAFAR 1438H
8 NOVEMBER 2016
 


0 comments:

Post a Comment

 
;