Tuesday, 30 January 2018

HIJRAH (297) GRUP IKHLAS BERPANTUN




HIJRAH (295) GRUP IKHLAS BERPANTUN

Let's welcome our new members:
Bondaku Onamam,
Mohd Amin Ismail Amin,
Ratu Rimba Niagara,
Kami bertiga selaku Admin mengucapkan selamat datang ke laman Ikhlas Berpantun,
Di harap akan terhibur dan selesa bersama kami,
Kami juga sangat mengalu2kan sumbangan pantun dari anda bertiga untuk laman ini,
Silakan berpantun dan berbalas pantun dengan rakan2 di laman ini,,

Suka
Komen
Komen

Suka
Balasan7h
TERIMA KASIH GRUP IKHLAS BERPANTUN

Terima kasih grup ikhlas berpantun,
Hamba ini suka berpantun,
Tapi tak sehebat juara berpantun,
Yang penting ikhlas berpantun.
(hehehe)

Salam kenal buat sahabat grup semua,
Dalam berpantun kita bersilaturahim,
Indahnya berpantun dalam suasana ceria,
Sambil berpantun terjalin silaturahim.

Hamba ini minat bersastera,
Dunia hamba dunia sastera,
Rasa bahagia bila bersastera,
Justeru pagi ke malam bersastera.

Jika karya hamba bersiaran,
Tersalah bahasa harap dimaafkan,
Hamba di sini terima teguran,
Asalkan silaturahim dapat diteruskan.

Terima kasih daun keladi,
Pada admin yang baik hati,
Terima hamba menjadi ahli,
Moga hamba berpantun seikhlas hati.

Karya Ratu Rimba Niagara,
13 Jamadilawal 1439H
30 Januari 2018


Zaim Jal commented on this.
Salam ukhuwah

LikeShow more reactions
Comment
Comments
Ratu Rimba Niagara Moga ukhuwah berterusan hingga Jannah. Insya-Allah Aamiin.
Manage


Reply5m
Zaim Jal Aamiin ya rabbal alamin
Manage


Like
Reply2m
Ratu Rimba Niagara Terima kasih atas persahabatan dan selamat menghayati karya sastera yang disiarkan di laman fb , semoa memberi manfaat dunia akhirat kita semua. Aamiin.



PANTUN BERSAHABAT DAN BERCINTA KERANA ALLAH
Kumahu hidup bagaikan di Syurga,
Apabila berbicara seperti ahli Syurga;
Bersahabat mereka impikan Syurga,
Moga terpilih menjadi ahli Syurga.
Tiada lebih berharga di dunia ini,
Mendapat sahabat beroleh hidayahNya;
Biarpun jauh tapi tidak sendiri,
Saling ingat mengingat dalam Nur KasihNya.
Tiada diduga perkenalan kita,
Semuanya kehendak Allah Yang Esa;
Moga saling berbaik sangka sesama kita,
Mengeratkan talisiraturrahim mendapat redhaNya.
Bersahabat atas dasar kerana Allah,
Saling berkorban untuk redhaNya;
Berkorban biar dipandang Allah,
Kupanjatkan syukur mendapat restuNya,
Seorang sahabat hatinya tulus,
Sentiasa ingat mengingati;
Demi persahabatan suci ikhlas,
Apabila tiada akan diingati.
Duhai sahabatku Robeah Mohd Ali,
Hidupmu seperti pelangi;
Apabila bertutur setulus hati,
Moga dikau menjadi sahabat sejati.
Hidup penuh keceriaan dalam keikhlasan;
Perkenalan kita tidak disengajakan;
Moga persahabatan berkekalan,
Dibalas Allah dengan keberkatan.
Jangan dipendam segala perasaan,
Sahabatmu ini sedia dengari;
Pasti hidupmu tiada kesepian,
Agar ceria hidupmu setiap hari.
Ibumu sakit hatimu bimbang,
Hatimu pilu bukan kepalang;
Jasa ibumu takkan hilang,
Kau jaganya dengan kasih dan sayang.
Robeah kalau itu bagai dikata,
Akulah sahabat paling bertuah;
Gembira hati tidak terkata,
Ikatan persahabatan jangan mengalah.
Kuucapkan salam perkenalan,
Untukmu Bunga Serojaku;
Di alam maya kita disatukan,
Senyumanmu menghiburkan hatiku.
Serojaku kau bagaikan anakku,
Rangkaian kasih ibumu yang tiada;
Justeru sentiasa doakan ibumu,
Budinya membawamu ke alam Syurga.
Anakku Seroja yang dikasihi,
Balaslah cintanya kerana Allah;
Kerana itu kau akan dihormati,
Menjadi isteri soleha dalam Rahmat Allah.
Kita tak boleh menilai diri sendiri,
Tapi pandanganku kau seorang yang baik;
Jadikan usia remajamu hidup menyinari,
Moga dikau menjadi insan terbaik.
Tiga sahabat wajah berseri,
Melakukan ibadat umrah seikhlas hati;
Mendapat keredhaan Allah itu dihajati,
Murah rezeki panjang umur datanglah lagi.
Alhamdulillah syukur tidak terucap,
Kerana dikurniakan sahabat sepertimu;
Kehadiranmu penyeri hidup,
Moga sahabat dunia akhirat itu mahuku.
Semua orang berhak jatuh cinta,
Kerana itu lumrah manusia;
Cintamu ditolak jangan terasa,
Kerana hatinya sudah dimiliki cinta.
Cintailah dia kerana Allah,
Cinta seutuhnya membawamu ke Syurga;
Membalas cintamu kerana Allah,
Barulah cintamu seperti penghuni Syurga.
Rupamu menawan seindah budi,
Tutur katamu menawan hatiku;
Andai dikau menjauhkan diri,
Hancur segala ikatan murni.
Jika cinta telah tertulis di Sana,
Itulah cinta seutuhnya;
Kehadirannya membawamu ke Sana,
Bersyukurlah cintanya cintamu dalam restuNya.
Cintailah pilihanmu kerana Allah,
Jangan seiring kehendakmu;
Biarlah seiring kehendak Allah.
Pasti cintamu tiada rasa jemu.
Jangan ada benci di antara kita,
Kerana itu jauh dari rahmat Allah;
Tutur katamu seperti di Syurga,
Moga bersama di Syurga dimakbulkan Allah.
Yang baik itu dari Allah,
Yang kurang dari diriku sendiri;
Bertalisiraturrahim kita kerana Allah,
Tiada langsung perasaan iri.
Bersahabat bercinta kerana Allah,
Serasa hidup di alam Syurga;
Berkasih sayang kerana Allah,
Nikmat kehidupan seperti di Syurga.
Karya Ratu Rimba Niagara.
Mei 2011

JANGAN UCAPKAN SELAMAT TINGGAL TANPA RELAKU!
Sahabat...
jangan ucapkan selamat tinggal tanpa relaku...
kehadiranmu walaupun cuma di alammaya
amat kuhargai dan syukuri
mengenalimu
melalui penulisanmu
adalah satu anugerah terindah dariNya
yang aku syukuri sepanjang hayatku...
Sahabat...
mengapa perlu ucapkan selamat tinggal
sedangkan kau tahu
semua sahabatmu
menantikan karya penulisanmu
bak bunga-bunga yang berguguran dari Syurga
wangiannya menusuk kalbu
Sahabat...
jangan sesekali tinggalkanku tanpa relaku
biarkan saja laman fbmu wujud di situ
agar dapat disinggahi oleh semua sahabatmu
tanda kenang-kenangan darimu bertinta
tinta-tintamu adalah wadah perjuanganmu
yang suci murni
insyaAllah ada nilaian di sisiNya...
sekalipun kau sibuk dengan dunia perjuanganmu
atau tiada di dunia ini lagi
biarlah laman fbmu wujud selagi mana izinNya...
Sahabat...
pertemuan kita di alammaya dengan izinNya
pasti ada hikmahNya
pasti bermatlamat yang sama
menuju jalanNya menuju SyurgaNya
moga Allah perkenankan pertemuan kita di SyurgaNya
pasti pertemuan yang indah dan tak akan ada perpisahan
hikmah hebatNya perancangan Allah pada setiap perancanganNya....insyaAllah...
Sahabat....
jangan ucapkan selamat tinggal tanpa relaku
sekalipun cuma di alammaya kita bersahabat
biarlah hanya kematian yang memisahkan kita...
indah andai kau memahami itulah arti
persahabatan atas karenaNya.
Yang tulus ikhlas ingin menjadi sahabat sejatimu,
Ratu Rimba Niagara,
11 Jamadil Awal 1439H
28 Januari 2018


INDAHNYA CINTA LIMA BENUA
BAHAGIA BILAMANA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA BERPADU SEHATI SEJIWA SENADA SEIRAMA SEPERTI KUNTUMAN BUNGA-BUNGA DI TAMAN SYURGA MEWANGI DI HATIMU DI HATIKU DI HATI DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA MENEROBOS KE ANGKASARAYA MENYATAKAN INDAHNYA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
BERTABURAN PERMATA-MATA SYURGA
DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
DI DARAT MENJADI BUNGA-BUNGA SYURGA
DI LAUTAN MENJADI PULAU DAMBAAN HAMBA YANG MENCINTAI-NYA
CINTA- NYA MENJADI BURUAN PENCINTA-NYA
CINTA-NYA MENJADI DAMBAAN PENCINTA-NYA
JIKA SYURGA MENJADI DAMBAAN
MAKA RUGILAH MATLAMAT HIDUP SEBENAR
SYURGA TANDA CINTA YANG DICINTAI DIBALAS-NYA
KERANA ITU PASTI
KERANA JANJI-NYA ADALAH PASTI
TAPI YANG PASTI KITA SALING SAYANG DAN KASIH DEMI-NYA
KITA BERSAMA MENUJU KE JALAN-NYA
DAN KITA SAMA-SAMA DAPAT BERTEMU DI SYURGA-NYA
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
INDAHNYA CINTA LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
MERENTANG BUMI MERENTANG LANGIT YANG TERBENTANG LUAS
SELUAS CINTA-NYA SELUAS SYURGA-NYA...
DI LIMA BENUA LIMA SAMUDRA
KASIHKU KASIH LIMA BENUA
SENTIASA MEWANGI
SEWANGI SETULUS CINTA LIMA BENUA
SEWANGI KUNTUMAN-KUNTUMAN BUNGA-BUNGA SYURGA
SYUKUR YA ALLAH KAMI MAHU PULANG KEPADA-MU
DALAM HATI YANG SUCI BERSIH
SALING SAYANG MENYAYANGI KERANA-MU
TIADA YANG LAIN DIFIKIRKAN HANYALAH
MAHUKAN RAHMAT DAN NUR KASIH-MU
YANG ABADI HINGGA KE NAFAS TERAKHIR
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
4 Okt 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA KEDATON KRATON WAHYU UTAMA & WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH & WALL PRINCE ABDUL MALIK)
7 Oktober 2012

Foto Rashid Kocai.


SAHABAT ALAMMAYAMU RATU RIMBA NIAGARA
26 RABI'UL AWAL 1437H
7 Januari 2015
Ratu Rimba Niagara posted 5 updates.
Ratu Rimba Niagara shared Sucikan Hati Dari Penyakit Hati'sphoto.
YA ALLAH.. Tunjukan jalan-Mu,beri aku kemudahan atas semua masalah-masalahku, janganlah KAU biarkanku pergi terlalu jauh dari-Mu, hanya kepada-Mu ku memohon dan bersimpuh berserah meminta jalan untuk ridho-Mu,.
Aamiin ya Rabbal'alamiin..
YA ALLAH TANPA CINTA DAN KASIH-MU
AKU BAGAIKAN BURUNG PATAH SAYAPNYA
AKU KEHILANGAN ARAH TUJUAN HIDUP INI
MAKANYA BANTULAH AKU
MENUJU JALAN-JALAN-MU
AGAR AKU TIDAK SESAT DAN DISESATKAN
OLEH MEREKA YANG DENGKI APABILA MENDENGKI
TIDAK SENANG AKU MENUJU KE JALAN JALAN-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

LikeShow more reactions
Comment



YA ALLAH
LURUSKAN NIATKU
LURUSKAN JALANKU
JALAN-JALAN MENUJU KE JANNAH
JADIKAN AL-QURAN DAN HADIS PEGANGANKU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
                           
Ratu Rimba Niagara CITA-CITAKU MEMARTABATKAN SASTRA DIRAJA NUSANTARA SEHINGGA KE PERINGKAT ANTARABANGSA INSYA-ALLAH AAMIIN.
Dewata Majnun Aamiin
DUHAI PEJUANG SASTERAKU DI SELURUH DUNIA NAMAMU KUUKIR INDAH DI DAUNAN KASIH SASTERA RATU RIMBA NIAGARA AGAR DUNIA TAHU KAULAH PEJUANG SASTERAKU!!! DENGAN SOKONGANMU MOGA TEREALITI CITA-CITA SASTERAKU. INSYA-ALLAH AAMIIN.

Foto Scienze Fanpage.
Scienze Fanpage
La luna piena brilla sulle piramidi!

RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
3 Muharram 1435H
7 November 2013

Foto Gaza, Aqsa Aku Datang.
Gaza, Aqsa Aku Datang
berbalam-balam, bumi Palestin yang dirampas Israel...
Komen
OMBAK CANTIK MU OMBAK
KAU SEDANG MEMBALAS RINDUMU PADA PANTAI
DENGAN LEMBUT KAU MENYAPA

AKU CINTA PADAMU DUHAI PANTAI
MAKA BALASLAH DENGAN RASA 
SYUKURMU PADA ILAHI 
HATIKU HANYA UNTUK KAMU
AKU CINTA SESUNGGUH CINTA
PADAMU KERANA-NYA...


1
Urus



PELUANG FISABILILLLAH SEBELUM MATI
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Yang Berkasihan Belas Kepada Semua Hamba-Nya Tanpa Terkecuali
Menguji hamba-Nya tanda Dia cinta
Menguji mengikut kemampuan hamba-Nya
Kerana Dia Maha Tahu hamba-Nya boleh lalui segala ujian
Gaza diuji dari segenap sudut
Kiri kanan
Depan belakang
Tapi mereka tetap tabah
Harta benda mereka ranap sekelip mata redha
Keluarga mereka mati di hadapan mata redha
Jasad mereka cacat akibat keganasan yahudi redha
Redha ....redha...redha...
Mereka masih tersenyum
Biarpun tak punya
Kaki...tangan....buta...
Sekali pun badan hancur
Sedang nyawa-nyawa ikan
Masih redha...masih redha...masih redha...
Allahu Akbar ....
Betapa tinggi darjat redhamu rakyat Gaza
Duhai rakyat Gaza...
Malu kami pada Tuhan...
Kerana kami tak seredha kalian
Memang patutlah Syurga tempat kamu
Kamu redha dengan Tuhan....
Tuhan pun redha dengan kamu
Redha meredhai
Tauhidmu begitu kukuh
Hingga kau bawa ke nafas terakhirmu
Tapi cuma satu kau tak redha
Negaramu dizalimi
Yahudi laknatullah
Tanpa ehsan
Biarpun sebesar zarah
Mahu dihancurkan negaramu
Dan berazam akan menghancurkan
Seluruh negara Islam
Yang ada dimuka bumi ini
Bilamana negara islam hancur
Akan hancurlah Islam ..
Itu matlamat
Yahudi Laknatullah
Dan ini sudah termaktub
Dalam Al-Quran ...
Duhai saudara Islam
Di luar sana
Hari ini
Kami diuji kami redha
Kerana kami tahu Allah cintakan kami
Maka kami diuji mengikut kemampuan kami
Tapi tahukah kamu
Apakah ujian kamu pula
Ujian kamu
Adakah kamu membiarkan saja
Negara kami hancur
Tanpa pembelaan
Daripada saudara seislam
Kamu boleh makan seenaknya
Kamu boleh tidur seamannya
Kamu miliki keluarga bahagia sesempurnanya
Kamu miliki harta setinggi gunung
Kamu miliki negara yang aman sentosa
Hidup kamu bahagia...
Hidup kamu sentosa...
Hidup kamu cuma
Canda...canda...canda...
Ketawa...ketawa..ketawa...
Makan...makan...makan...
Tidur...tidur...tidur...
Hiburan..hiburan...hiburan...
Tapi tahukah kamu jika
Apa yang kamu miliki itu
Direntap sekelip mata gimana?
Pasti kamu akan tergamam...
Menyesal pun tak berguna
Kerana kamu tak menghargai
Rebutlah lima perkara
Sebelum datang lima perkara
Sebelum kamu miskin
Bantulah kami dengan seikhlasmu
Kerana kami amat memerlukan
Untuk membangunkan semula negara
Kami yang hancur ini sehancur hati kami
Akibat kekejaman yahudi laknatullah
Sebelum kamu mati
Tanpa status hamba Allah fisabilillah
Rugilah kamu kerana tahukah kamu
Jika kamu mati fisabilillah
Syurga tempat kamu
Biarpun mereka sangka kamu mati
Sebenarnya kamu tak mati
Kamu hidup bahagia di Syurga
Dengan rezeki yang tak putus-putus
Segala nikmat Syurga kamu dapat
Kerana mendapat rezeki yang tak putus-putus
Hingga setiap saat kamu akan rasakan
Inilah Syurga yang Allah telah janjikan pada
Kami yang syahid ke jalan-Nya
Janji Allah pasti dikotakan
Allah Maha Menepati Janji
Kerana kami terlalu bersyukur pada-Nya
Kami mohon pada-Nya
"Ya Allah hidupkan kami semula
Kami mahu fisabilillah lagi Ya Allah...
kerana kami mahu membantu
saudara seislam kami ...kami
tahu Kau pasti tak perkenankan
kerana setiap hamba-Mu diberi peluang
tika waktu masa hidup saja...
jika sudah mati habis segala peluang..."
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Karya: Ratu Rimba Niagara
7 Safar 1434H
21 Disember 2012M
(DILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKYAT GAZA & SELURUH UMAT ISLAM SEDUNIA)

YA ALLAH YA RASULULLAH BETAPA INDAHNYA BILAMANA KALAMULLAH-MU DI HAYATI DI JIWA DIRESAPI DI KALBU DICINTAI DI SETIAP SAAT DAN WAKTU...ALLAHU AKBAR betapa indahnya kehidupan sebegini pasti berada bagaikan di Taman-Taman Syurgawi....
Moga Syurgalah tempatmu nenek
kepada bidadari kecil sungguh aku terkesima dengan kesungguhanmu
mengajar nenekmu penuh kasih sayang dengan kelunakkan suaramu yang memukau segenap jiwa yang mendengar lantunan suaramu membaca Al-Quran ...sesungguhnya engkaulah bidadari kecil yang dipinjamkan-Nya di bumi ini...
ALLAHU AKBAR sungguh aku terkesima syahdu hingga saat ini....
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
PUJANGGA ALAMMAYA NUSANTARA & DUNIA
RATU RIMBA NIAGARA
SAUDARA SEISLAMMU YANG MENYAYANGIMU DUNIA AKHIRAT
29 MUHARRAM 1437H
11 NOVEMBER 2015
YA ALLAH YA RASULULLAH BETAPA INDAHNYA BILAMANA KALAMULLAH-MU DI HAYATI DI JIWA DIRESAPI DI KALBU DICINTAI DI SETIAP SAAT DAN WAKTU...ALLAHU AKBAR betapa indahnya kehidupan sebegini pasti berada bagaikan di Taman-Taman Syurgawi....
Moga Syurgalah tempatmu nenek
kepada bidadari kecil sungguh aku terkesima dengan kesungguhanmu
mengajar nenekmu penuh kasih sayang dengan kelunakkan suaramu yang memukau segenap jiwa yang mendengar lantunan suaramu membaca Al-Quran ...sesungguhnya engkaulah bidadari kecil yang dipinjamkan-Nya di bumi ini...
ALLAHU AKBAR sungguh aku terkesima syahdu hingga saat ini....
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
PUJANGGA ALAMMAYA NUSANTARA & DUNIA
RATU RIMBA NIAGARA
SAUDARA SEISLAMMU YANG MENYAYANGIMU DUNIA AKHIRAT
29 MUHARRAM 1437H
11 NOVEMBER 2015

Foto Norhaza Manda Conai.
Norhaza Manda Conai ke Izinkan Aku ke Surga Mu ya Allah..
ASSALAMUALAIKUM WBT DUNIA ALLAH
HIDUP HANYA SEKALI MATI PASTI DATANG HANYA GAMBAR BERBICARA

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
14 Jamadilawal 1439H
31 Januari 2018

0 comments:

Post a Comment

 
;