Wednesday 21 March 2018

HIJRAH (448) KARYA SASTERA UNTUK MERAIKAN HARI PUISI SEDUNIA


HIJRAH (448) KARYA SASTERA UNTUK MERAIKAN HARI PUISI SEDUNIA

ALLAH KERANA-MU AKU BERSASTERA
SYUKUR SEBANYAK-BANYAK-NYA KERANA MENGURNIAKAN AKU ILHAM
TANPA HAD ALLAHU AKBAR SESUNGGUH-NYA ENGKAU MAHA PEMURAH
Hadith of the Day sedang bersama Shaik Sajith Sharief dan 48 yang lain.
Who wants one of these? 


Yatim Ahmad
 dan 2 yang lain telah memberi komen pada ini.
Yatim Ahmad ke Jom Sastera
4 jam
antologi tanda mata 
hari puisi dunia 
Jom Sastera
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen

Yatim Ahmad Ini adalah pengisian untuk bekalan antologi puisi dunia Jom sastera, panjang tidak kurang 20 baris, mulakan
Karya Ratu Rimba Niagara
29 Mac 2012
7 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI

Nur Haasyima tajuknya apa?
Balasan4j
Yatim Ahmad misalnya - Puisi, ini hari duniamu
Urus
Balasan4jDisunting
Nur Haasyima seputar tentang hari puisi sedunialah mcm tu ka?
Urus
Balasan4j
Yatim Ahmad apa2lah..cinta2, rindu, kekeluargaan, kemasyarakatan, teknologi, sains dan sejarah
Urus
Balasan4j


Adyra Az-zahra In Sha Allah..terima kasih
Abang Yatim Ahmad

Muhammad Iqbal Judul: Pengorbanan Cinta
Karya: Muhammad Iqbal
...Lihat Lagi
Urus
Balasan2j

Kim's Diwa TABAHKAN HATIMU

Sebalik gegak gempita

riuh rendah tepuk tampar
zahirnya suka cita
ada dua dia seorang

kepayahan dan perit luka
menjalar di seluruh urat saraf
menampar pedih
bagai ditusuk sembilu
kadang kala mencantas harap

Namun
masih ada sinar dan sejuk titis embun pagi
membalut luka semalam 

bertabahlah
tuhan itu dalam kasih
kerana kasih itu lemah lembut 
kasih itu murah hati
kasih itu sayang yang tertangguh 

Bertabahlah abang
Ini cuma dugaan kecil
sandarkan harapan 
pada DIA yang satu

KIM'S DIWA
Kg. Nolotan, Kota Marudu 
21 mac 2018
Urus
Suka
Balasan2j
DUHAI SI PEMBELA SASTERAKU DUNIAKU! 

Duhai si pembela Sasteraku Duniaku!
Sifu Yatim Ahmad

Di kala aku tercari-cari
siapakah yang sudi melamar
hasil karya-karyaku
lama sudah kutercari-cari
kutermimpi-mimpi
hingga menjadi igauanku

Bertahun-tahun
menanti terus menanti
bersuara terus bersuara
berkarya terus berkarya
tanpa henti tanpa lelah

Ku merayu terus merayu
bagaikan si pungguk berlagu rindu
rindu bilakah sahutan punggukku
disahut oleh rang bulan

Dalam aku merayu-rayu pilu
siapakah yang sudi melamar karyaku
datang si penderhaka 
untuk memusnah cita terpendam
sambil menjerit-jerit penuh marah
"Sedarlah kamu itu siapa?
kamu penulis picisan
karya yang kamu tulis itu
adalah 
pasir berdebu-debu
kaca yang tak berharga
kepingan-kepingan kertas 
bertinta tapi kosong 
tak memberi makna dalam dunia sastera
biarpun seribu tahun kau merayu 
tak akan ada sesiapa yang sudi
untuk melamar karyamu
maka hentikan 
rayuan lagu punggukmu itu
kerana sia-sia saja
tidak seperti karya kami
menjadi igauan
setiap pembaca dan pendengar
ditunggu-tunggu
puisi-puisi kami
punyai peminat dan pengikut yang ramai 
sekali mereka membaca karya kami
terus suka 
minat....minat....minat karya kami
maka sampai kapanpun 
jadilah kau 
penulis berangan sendiri."

Terjelepuk aku
terhentak aku
terkedu aku

"Duhai si penderhaka cita
sastera adalah duniaku
karyaku adalah duniaku
jika kau bunuh sekalipun aku
aku percaya karyaku
tetap hidup terus hidup
walaupun seribu tahun
aku sudah mati
kerana aku menulis 
bukan untuk dipandang manusia
sekalipun karya-karyaku
satupun tidak dipandang manusia
jika satu itu menjadi sebutir pasir 
ada nilaian di Sisi-Nya
itu adalah lebih berharga 
daripada alam dan seisinya
maka dari itu aku akan tetap menulis
sehingga terhenti nafas
terhentilah pena! Aamiin."

Duhai Si Pembela Sasteraku Duniaku
Sifu Yatim Ahmad
kau rang bulan
yang sudi menyahut
rayuan lagu punggukku
yang sudah terlara 
dicalar-calar 
ditoreh-toreh
hancur lumat selumat-lumatnya
tanpa ehsan
di kala aku sudah tidak percaya
semua janji palsu
yang manis berjanji
tapi janji tinggal janji
namun kau tetap berjanji
kau tetap bersumpah
atas nama sastera yang kau perjuangkan
kau akan realisasikan
apa yang kuimpikan
kau yang akan realitikan cita Sasteraku Duniaku!
aku cuma dapat berkata,
"Hanya DIA kupasrahkan segalaNya." 

Karya Ratu Rimba Niagara
3 Rejab 1439H
21 Mac 2018



AKU MENULIS DENGAN AIR MATA

Aku ingin menulis puisi
Tapi malu ditertawakan penyair
Katanya kertas kosong yang tiada nilai
Yang hanya bisa menyapu air mataku sendiri

Katanya aku penulis yang tak pandai berpuitis
Tak sepuitisnya bila berkarya puisi
Hatiku pilu bagaikan ditusuk sembilu katanya itu
Aku cuma diam dalam hati yang remuk

Mahu saja aku kakukan jemariku dari berpena
Tapi aku ngak bisa
Karena kalbuku meledak untuk berpena
Kucapai pena
Dengan titisan air mata
Kumenulis syair puisi cinta
TentangNya
Alam ciptaanNya
Hamba-hambaNya yang sentiasa bersangka baik
Bersangka baik padaNya dan hamba-bambaNya

Barulah tenang jiwaku kini
Tanpa mempedulikan penyair itu
Aku terus berkarya...berkarya lagi tanpa henti
Selagi kudrat pemikiranku berfungsi
Kerana aku menulis bukan kerana nama
Tapi aku menulis adalah keranaNya
Dan kerana sayangkan semua yang ada
Dimuka bumi ini termasuk seluruh yang ada di langit CiptaanNya.

Karya Ratu Rimba Niagara
26 Julai 2011
Urus
Suka
Balasan16m
AKU TAK SEHEBAT PENYAIR MUDA

Duhai penyair muda…
Tak kuduga
kau berubah
setelah bersahabat
dengan penyair ternama.

Kujalinkan perkenalan denganmu
kerana mahu bertukar idea
saling menyokong di antara kita
di medan seni.

Kuanggap kita setaraf walaupun
usia kita jauh berbeza.

Kubiarkan kau edit hasil tulisanku
dan kau kata karyaku tidak puitis!
Kukatakan padamu aku mahu
semua pembaca faham hasil
tulisanku, kuterima segala kritikanmu
dengan hati terbuka kerana di kala
itu kita setaraf.

Tapi setelah kau bersahabat dengan
penyair ternama aku teman seperjuanganmu
menjadi tunggul yang tak berharga lagi di matamu
Kau bersama penyair ternama mempersendakan
hasil tulisanku seolah-olah menghukum supaya
aku jangan berkarya lagi kerana sajakku seperti
menulis teks SMS!
aku sedar siapa aku
duhai penyair muda!
duhai penyair ternama!
karyaku tidak setanding kalian
yang boleh berkarya
dengan bahasa puitis
ada metafora,
personafikasi dan rhima!
yang mengagumkan pembaca!

Duhai penyair muda dan penyair ternama,
ku tak setanding kalian dan aku teramat malu
jika hasil tulisanku kalian baca mesti ada
cacat celanya! Biarlah aku menjadi penulis bisu
berkarya di alam maya… dibaca oleh pembaca
di serata pelosok dunia pelbagai bahasa
yang tidak kukenali kerana aku menulis bukan
kerana nama tapi tanda kasih sayangku
pada mereka. Merekalah yang layak
menilai karyaku!

Aku menulis kerana
Karyaku! Duniaku !
Sasteraku! Duniaku!
Pembaca Alam Maya Duniaku!
Tanpa pembaca yang kukasihi siapalah aku?

Karya Ratu Rimba Niagara
15 Jun 2011
Urus
Balasan14m
Bicara Penyair Ternama Dengan Penulis Tak Ternama

Si penyair ternama berkata
kepada penulis tak ternama.
"Kalau kamu mahu pembaca
faham, baiklah jangan jadi
penulis sajak. Jadilah penulis
duduk di bawah payung di tepi pokok
di bahu lorong tepi longkang!
Penyair sebenar apabila berkarya
mesti ada metafora, personafikasi
dan rhima."
Penulis tak ternama membisu
kerana dia tidak sehebat si penyair
ternama itu. Sementelah penulis
tak ternama menulis bukanlah untuk
mencipta nama tapi mahukan
karyanya ternama.
"Si penyair ternama berbicara lagi,
simpanlah angan-anganmu itu yang
mahukan karyamu ternama kerana
sajak-sajak itu tidak setaraf
dengan karya-karya penyair
yang sudah ternama.
"Tak apalah si penyair ternama...
berkaryalah...!Berpuisilah...!
untuk mengekalkan namamu
di persada seni... biarlah aku
di sini kesendirian berjuang
di medan seni dengan harapan
karyaku dibaca pembaca di alam
maya yang tidak kukenali hingga ke matiku.
Moga mereka faham semua karyaku yang tidak
sehebat karya ternama!
Biarpun karyaku tidak ternama seperti karya
ternama sepertimu tak apalah cuma yang kuharapkan
karyaku ada di hati pembaca di alam maya itupun
sudah memadai buatku kerana aku menulis tanda
kasih sayangku kepada pembaca yang sudi membaca
karyaku dan yang paling penting aku menghargai
bakat Kurniaan dariNya untukku ... mana tahu karyaku
ada nilaian di sisiNya itulah harapanku pada
Tuhanku Tuhanmu jua.

Karya: Ratu Rimba Niagara
14 Jun 2011
Urus
Balasan13m
DI MANA ADA KARYAKU DI SITULAH AKU

di kala aku benar-benar 
mengharapkan kau memahamiku
harapan pengertiaan darimu
hancur berkecai...kecai...
kau masih tidak memahamiku
lalu hatiku terluka
sudah banyak kali aku katakan padamu
bukan nama bukan sanjungan bukan material
menjadi dambaan hidupku
yang aku mahu karyaku 
diterima pembaca di seluruh dunia
jikalah atas belas kasihan-Nya
karya aku menajdi material 
material itulah 
ditunas-tunaskan
berbunga berbuah
hasilnya sebagai bekalan
untuk dituai di Sana nanti

tapi dalam aku tenggelam 
di lautan kepastian darimu
aku menaruh kepercayaan
agar kau memahamiku
dalam satu perkataanmu 
kau luruhkan segala 
kepercayaanku
bahawa kau masih tak 
memahamiku
seolah aku rasakan
selama ini kehadiran aku
dalam hidupmu
hanyalah untuk menyusahkanmu
dan menyandarkan segala 
harapan padamu
sesak dadaku
seakan berhenti
degupan jantungku
kerana tidak mahu
menyusahkanmu lagi
biarkan aku begini
sendirian dengan karya-karyaku
tanpa sokongan darimu lagi
dan aku senang begini
tanpa termakan budi
tanpa menyusahkan kamu lagi
atau sesiapa saja
kerana dari dulu lagi
sejak aku melangkah
perjuangan dunia sasteraku ini
aku hanyalah sandarkan 
semuanya kepada-Nya
bukan sesiapa
jika di masa hidupku 
karya-karyaku tidak diterima
tidak mengapa kerana aku sudah redha
manalah tahu dalam ribuan karya-karya
yang aku tulis itu hanya satu saja 
diterima dan dipandang oleh-Nya
itupun lebih berharga dari alam dan seisinya

selepas ini di bumi mana
Allah letakkan karya-karyaku
di situlah aku berkarya
tanpa sesiappun tahu 
siapa aku ...di mana aku
aku cuma berada
pada yang telah diTentukan-Nya
di mana ada karyaku disitulah aku
sehinggalah dijemput pulang ke Pangkuan Ilahi

Karya Ratu Rimba Niagara
16 Oktober 2012
Urus
Balasan12m
CINTA ILAHI CINTA HAKIKI

duhai pungguk...
jangan asyik menyulam rindu
kerana masa tak menunggumu
berdoalah kepada Penciptamu Pencipta rembulan
sekalipun rembulan di langit pungguk di bumi
tiada mustahil bagi Allah untuk menyatukan cintamu
jadilahmu si pungguk
rayuannya adalah satu doa yang termakbul
bukan hanya sekadar perayu dalam mimpi sepi
selamanya menjadi penunggu
terus menunggu setia yang tak jadi realiti
masa tak menunggumu
kerana masa tak mengenalmu
hanya mereka yang berusaha menjadikan realiti
apa yang diimpi...
sekalipun cinta rembulan sukar digapai
ketentuan takdirNya mengatasi di langit dan di bumi
semuaNya dalam genggamanNya
maka jadikan rindu pungguk pada rembulan
dalam cinta realiti mohon redha Ilahi
kerana Cinta Ilahi Cinta Hakiki
itulah yang mesti dimiliki oleh
semua pasangan yang bercinta atas dasar keranaNya

Karya Ratu Rimba Niagara
8 Zulhijjah 1437H
10 September 2016
Urus
Balasan11m
MENANTI HARAPAN DI BATAS-BATAS SEPI

Di senja ini
beburung berkicauan pulang ke sarangnya 
setelah lelah seharian mencari rezeki...
rezeki tak pernah mengecewakan
setiasa ada..diterima apa adanya
di senja ini dia bersyukur rezeki ada untuknya

Di senja ini
terpaku secebis perasaan terkesima
menanti harapan di batas-batas sepi
yang tandus kasihmu ada kasih-Nya
menanti kasihmu buatku terlara sepi
mendapat kasih-Nya sepiku menjadi 
tenang dalam syahdu

Di senja ini 
kasih dan rindumu kutunggu
biarpun kau tak sudi membalas aku pasrah
namun kasih-Nya juga tak jemu 
membalut luka di hatiku agar hilang sepiku
dan aku bersyukur kerana kasih-Nya
setiasa ada untukku...

Di senja ini
aku kau sepikan
tapi DIA tak pernah sepikan
DIA sentiasa ada bersama sepiku
lalu aku terus merindu dan merindu pada-Nya
itulah pengubat sepiku yang gersang
seolah sepiku seperti sekuntum bunga
di padang pasir tandus sekar mekar
kerana cinta DIA sentiasa ada untukku
tak pernah biarkan aku kesepian

Di senja ini
di datangi gerimis senja
yang mengasyikkan
berpelangi hingga ke malam
aku teruja betapa indahnya gerimis senja
kerana cintamu seindah gerimis senja
begitulah cintamu pada-Nya
indah...indah...indah...
betapa cinta-Nya mengatasi segala
apa yang ada di langit dan di bumi
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

Karya Ratu Rimba Niagara
10 September 2012
Urus
Balasan10m
RINDUKU DI PERDU RINDU
Rinduku di perdu rindu
rindu sama kamu
rindu serindu rindunya
di ombak rindu
kita bercanda bersama
bergurau senda tanpa ada hati terluka
yang ada di ombak rindu
suka....suka...suka...
sayang...sayang...sayang...
rindu...rindu...rindu...
rindu sama kamu
tanpa penghujungnya sayang...
duhai admin Zetty Endless Love...
jikalah apa yang
kau tulis aku tulis dan kawan-kawan ombak rindu tulis
ada Nilaian di Sisi-Nya makanya teruntuklah
masuk terus ke akaun akhiratmu akhiratku akhirat semua
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Ratu Rimba Niagara
10 September 2012
Urus
Balasan9m
BERCINTA DI SYURGA TERPATRI DI SYURGA
Kadangkala aku tertanya-tanya?
adakah kekasih sesetiamu?
adakah kekasih sejujurmu?
adakah kekasih mencintaimu kerana-Nya?
adakah kau idola cinta Hawa dan Adam?
maka kudoakan moga kau
dikurniakan cinta sesuci Adam dan Hawa

Diciptakan Hawa untuk Adam
untuk Adam cintai
agar Hawa syukuri
dikurniakan cinta Adam
saling cinta mencintai
ditemukan bukan untuk berpisah
tapi menyatukan hati
hingga ke hujung nyawa
dari Syurga Adam dan Hawa bercinta
hingga ke Syurga Adam dan Hawa 
mematrikan cinta
sungguh suci cinta Adam dan Hawa
sungguh indah....indah...indah...
mungkin ini skrip Adam kepada Hawa

"Hawa kau bidadariku...
untuk aku cintai seumur hidupku"
"Adam kau bidadaraku...
untuk aku syukuri pada-Nya seumur hidupku."
SUBHANALLAH
indah....indah...indah...
cinta Adam dan Hawa
idola Cinta
bagi semua pasangan
yang bercinta kerana-Nya
bercinta di Syurga
berakhir di Syurga
cinta abadi selamanya
Istimewa kukarang madah cinta ini untukmu
si pemburu cinta Adam dan Hawa
inilah madah cinta
inilah puisi cinta
inilah cerpen cinta
yang dinanti-nanti abad ini
moga memberi manfaat
dunia akhirat untuk semua
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Karya Ratu Rimba Niagara
28 Ogos 2012
Urus
Balasan8m
SAHABAT DUNIA AKHIRATKU SABARIAH AWANG ABDULLAH

Kita ditemukan di alammaya
kita ditemukan di alam realiti
kita di temukan di Jannnah Aamiin
itu adalah atas izin-Nya Allah swt
bukan rancangan kita untuk ditemukan di alammaya
bukan rancangan kita untuk menjadi sahabat dunia akhirat
itu semua kehendak Allah swt
kerana aku amat percaya
setiap yang baik itu datang-Nya dari Allah swt
makanya aku bersyukur sebanyak-banyak-Nya
hatimu hatiku selembut salju
untuk menerima persahabatan nan indah ini demi-Nya
tiada niat yang lain selain karena-Nya
atas Kehendak-Nyalah kita disatukan hati
untuk sama-sama mencari jalan-jalan ke Jannah
moga berkat persahabatan yang tulus ikhlas ini
kita ditemukan di Jannah
sama-sama melihat Wajah Allah Azzawajallah berdekatan dengan Rasulullah
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Indah-Nya di saat itu hanya ahli Syurga yang tahu betapa indah-Nya...ALLAHU AKBAR!!

Sahabat dunia akhiratmu
Ratu Rimba Niagara
26 Rabiulakhir 1435H
26 Februari 2014
Urus
Balasan7m
MOGA SYURGA TEMPATMU IBU BERSAMA BAPA TERCINTA!

Ibu…
Pemergianmu kurindui dalam doa
Sendu mengimbau kenangan hidup bersamamu
Syahdu dalam redha pemergianmu
Rintih mengenangkan pengorbananmu
Pilu timbunan dosaku padamu
Ampunkan anakmu ini ibu

Ya Allah ampunkan dosa kedua orang tuaku sebagaimana
mereka telah menjagaku sedari kecil

Wajahmu yang tenang... kami rindui
kau lah ibu mithali isteri soleha
moga tempatmu di Syurga bersama bapa tercinta
Aamiin Ya Rabbal A’lamiin

Karya Ratu Rimba Niagara
8 Mei 2011
(SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU SEDUNIA)
Urus
Balasan6m
SELAMAT TINGGAL MOCIK

Mocik kucing kesayangku telah pergi...
pergi buat selamanya meninggalkan aku
sedih....pilu...
bagaikan kaca terhempas ke batu

Sudah 16 tahun aku menjaga Mocik
ikut pada usia manusia 16 thn X 7 thn
112 Thn usia Mocik

Sebulan Mocik tak seceria sebelumnya
hanya termenung dan tak aktif
makan pun kurang...
tapi Mocik suka sangat bila aku mengaji
dia pasti duduk di sebelahku...
bila aku mengarang hingga larut malam
dialah yang menemaniku...
kini sudah tiada lagi
semuanya tinggal kenangan manis yang terindah

Ketika Mocik tak sihat ...
aku membawanya ke klinik haiwan
ingin tahu apa penyakit yang dihidapi Mocik
doktor mengambil darah Mocik
esok setelah mendapat keputusan darah
Mocik disahkan sakit buah pinggang tahap kritikal
sebab itu Mocik tak lalu makan
dan tak aktif lagi

Teringatku 16 tahun dahulu
ketika itu Mocik baru dilahirkan seminggu
Mama Ren yang hantar ke rumahku
Mama Ren ibu Mocik
ibu kucing yang penyayang
setiap hari datang ke rumahku
membawa makanan untuk Mocik
yang aku kagum pada Mama Ren
sanggup bawakan burung hidup
macam mana Mama Ren tangkap burung pun aku tak tahu
ikan goreng, ayam KFC dan macam-macam lagi
untung Mocik dapat ibu yang penyayang

Aku pindah rumah...
Mocik terputus kasih dengan Mama Ren
Mocik membesar dengan penuh kasih sayangku
makan minum diberi secukupnya...
bilamana kami berbual sekeluarga
Mocik pasti mendengar penuh kusyuk
seolah Mocik sebahagian dari ahli keluarga kami
Watak Mocik yang manja dan penyayang
membuatkan kami sekeluarga amat menyayanginya
tapi kini hanya tinggal kenangan....

Semasa Mocik nazak
aku katakan pada Mocik
"Sabar Mocik yer...Mocik kan haiwan kesayangan Rasulullah
nanti kita jumpa di Syurga.." Mocik memandangku penuh sayu...
air matanya tergenang...
dadaku sesak...sesesak nafas Mocik....

Mocik pergi buat selamanya meninggalkan aku
dengan seribu kenangan manis yang tak dapat kulupakan
moga dengan izin Allah aku ditemukan dengan Mocik di Syurga menyambung kasih sayangku padanya yang tak pernah padamsampai kapanpun. Aamiin.

Karya Ratu Rimba Niagara
3 Rejab 1439H
21 Mac 2018
Urus
Balasan3m
DAN JAWABLAH SENDIRI

Niatmu sejujurnya ikhlas dan murni...
tapi berapa kerat sangatkah yang akan menyokong usaha murnimu itu? 
beritahu aku, adakah penulis di Malaysia ini boleh hidup dengan hasil penulisannya? 
kalau ada cuma sedikit sekali jika hendak dibandingkan ramainya penulis di Malaysia ini

Mereka tidak boleh menjadi penulis sepenuh masa
jika mahu menampung kehidupan mereka harus bekerja 
untuk menanggung nafkah keluarga
kalau menulis sepenuh masa berapa pula dibayar royalti penulisan mereka?

Yang peliknya penulis sesama penulis pun tak memberi sokongan
yang ada cantas mencantas masing-masing 
tidak boleh melihat kelebihan karya rakan penulis serasa karya sendiri yang hebat sedangkan semuanya hebat kerana setiap bakat adalah kurniaan Allah SWT 
cuma gaya penulisan yang berbeza

Nama saja ada persatuan penulis, cuba kau buktikan padaku 
persatuan penulis mana yang bisa mengangkat karya ahli-ahlinya 
hingga ahlinya bisa hidup dengan hasil karyanya, betullah katamu karya penulis seperti sampah terbuang yang tiada dinilai tapi itu kata mereka kata Tuhan siapa yang tahu, 
mungkin yang dikatakan sampah itu menjadi permata berharga siapa tahu? Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia siapa yang tahu? 
jika pun tak dihargai di negara sendiri dan karya yang dikatakan sampah itu dikutip oleh negara lain jangan pula salah menyalahkan kerana salahkan sendiri kerana kenapa tidak hargai malah dikatakan sampah terbuang selagi rakan penulis tidak menghargai dan persatuan penulis menyepikan dan kerajaan sepikan juga, tunggulah...tunggulah jawapan dan jawablah sendiri!

Karya Ratu Rimba Niagara
21 Mac 2012
Urus
Balasan1m
BANGUNLAH JIWA!

Bangunlah jiwa...!
telah terlalu lama kau berleka
terpesona dengan pesona cinta dunia yang melekakan

Sampai kapan bila kau mahu berleka?
esok....lusa....hingga bila?
katakan padaku...

Adakah kau tahu esok engkau akan bernafas lagi?
atau sebentar lagi engkau akan bertemu dengan Tuhanmu?
pasti engkau tak dapat jawab
pasti aku juga tak dapat jawab

Kau taku
aku pun takut
bukan takut mati
tapi malu dengan Tuhan
kerana pergi tiada persediaan
sedangkan di dunia kita miliki segala kekayaan dan pangkat
kita terpesona dengan pesona dunia tanpa menggunakan harta 
dan pangkat yang Allah Kurniakan untuk ke jalanNya
kita suka bila dipuji
kita bangga dengan sanjungan
justeru pujian dan sanjungan membuatkan kita leka...leka...leka...
dengan pesona cinta dunia 
hingga tak ambil peduli 
hari kematian kita cuma di balik tabir
selak saja tabir di situlah sebenarnya kematian kita!

Sebelum ....kematian menjemput kita
Ayuh....!!!
Kita bangunkan jiwa-jiwa yang leka dengan pesona cinta dunia
Makanya bergetarlah jiwa-jiwa yang leka dengan pesona cinta dunia...
Agar dapat kita bertemuNya dalam redho lagi diredhoiNya
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Ratu Rimba Niagara
7 Mac 2012

DAN JAWABLAH SENDIRI

Niatmu sejujurnya ikhlas dan murni...
tapi berapa kerat sangatkah yang akan menyokong usaha murnimu itu?
beritahu aku, adakah penulis di Malaysia ini boleh hidup dengan hasil penulisannya?
kalau ada cuma sedikit sekali jika hendak dibandingkan ramainya penulis di Malaysia ini

Mereka tidak boleh menjadi penulis sepenuh masa
jika mahu menampung kehidupan mereka harus bekerja
untuk menanggung nafkah keluarga
kalau menulis sepenuh masa berapa pula dibayar royalti penulisan mereka?

Yang peliknya penulis sesama penulis pun tak memberi sokongan
yang ada cantas mencantas masing-masing
tidak boleh melihat kelebihan karya rakan penulis serasa karya sendiri yang hebat
sedangkan semuanya hebat kerana setiap bakat adalah kurniaan Allah SWT
cuma gaya penulisan yang berbeza

Nama saja ada persatuan penulis, cuba kau buktikan padaku
persatuan penulis mana yang bisa mengangkat karya ahli-ahlinya
hingga ahlinya bisa hidup dengan hasil karyanya, betullah katamu karya penulis
seperti sampah terbuang yang tiada dinilai tapi itu kata mereka kata Tuhan siapa yang tahu,
mungkin yang dikatakan sampah itu menjadi permata berharga siapa tahu?
Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia siapa yang tahu?
jika pun tak dihargai di negara sendiri dan karya yang dikatakan sampah itu
dikutip oleh negara lain  jangan pula salah menyalahkan kerana salahkan sendiri
kerana napa tidak hargai malah dikatakan sampah terbuang selagi rakan penulis
tidak menghargai dan persatuan penulis menyepikan dan kerajaan sepikan juga, tunggulah...tunggulah jawapan dan jawablah sendiri!


Karya Ratu Rimba Niagara
21 Mac 2012


DUHAI SI PEMBELA SASTERAKU DUNIAKU! 
Duhai si pembela Sasteraku Duniaku!
Sifu Yatim Ahmad

Di kala aku tercari-cari
siapakah yang sudi melamar
hasil karya-karyaku
lama sudah kutercari-cari
kutermimpi-mimpi
hingga menjadi igauanku

Bertahun-tahun

menanti terus menanti
bersuara terus bersuara
berkarya terus berkarya
tanpa henti tanpa lelah

Ku merayu terus merayu
bagaikan si pungguk berlagu rindu
rindu bilakah sahutan punggukku
disahut oleh rang bulan

Dalam aku merayu-rayu pilu
siapakah yang sudi melamar karyaku
datang si penderhaka 
untuk memusnah cita terpendam
sambil menjerit-jerit penuh marah
"Sedarlah kamu itu siapa?
kamu penulis picisan
karya yang kamu tulis itu
adalah 
pasir berdebu-debu...
kaca yang tak berharga
kepingan-kepingan kertas 
bertinta tapi kosong 
tak memberi makna dalam dunia sastera
biarpun seribu tahun kau merayu 
tak akan ada sesiapa yang sudi
untuk melamar karyamu
maka hentikan 
rayuan lagu punggukmu itu
kerana sia-sia saja
tidak seperti karya kami
menjadi igauan
setiap pembaca dan pendengar
ditunggu-tunggu
puisi-puisi kami
punyai peminat dan pengikut
yang ramai 
sekali mereka membaca karya kami
terus suka 
minat....minat....minat karya kami
maka sampai kapanpun 
jadilah kau 
penulis berangan sendiri."

Terjelepuk aku
terhentak aku
terkedu aku

"Duhai si penderhaka cita
sastera adalah duniaku
karyaku adalah duniaku
jika kau bunuh sekalipun aku
aku percaya karyaku
tetap hidup terus hidup
walaupun seribu tahun
aku sudah mati
kerana aku menulis
bukan u
ntuk dipandang manusia
sekalipun karya-karyaku
satupun tidak dipandang manusia
jika satu itu adalah menjadi
sebutir pasir 
ada nilaian di Sisi-Nya
itu adalah lebih bermakna 
daripada alam dan seisinya
maka dari itu aku akan tetap menulis
sehingga terhenti nafas
terhentilah pena Aamiin."

Duhai Si Pembela Sasteraku Duniaku
Sifu Yatim Ahmad
kau rang bulan
yang sudi menyahut
rayuan lagu punggukku
yang sudah terlara 
dicalar-calar 
ditoreh-toreh
hancur lumat selumat-lumatnya
tanpa ehsan
di kala aku sudah tak percaya
semua janji palsu
yang manis berjanji
tapi janji tinggal janji
namun kau tetap berjanji
kau tetap bersumpah
atas nama sastera yang kau perjuangkan
kau akan realisasikan
apa yang kuimpikan
kau yang akan realitikan Sifu Yatim Ahmad
aku cuma dapat berkata,
"Hanya DIA kupasrahkan segalaNya." 

Karya Ratu Rimba Niagara
3 Rejab 1439H
21 Mac 2018

AKU MENULIS DENGAN AIR MATA

Aku ingin menulis puisi
Tapi malu ditertawakan penyair
Katanya kertas kosong yang tiada nilai
Yang hanya bisa menyapu air mataku sendiri

Katanya aku penulis yang tak pandai berpuitis
Tak sepuitisnya bila berkarya puisi
Hatiku pilu bagaikan ditusuk sembilu katanya itu
Aku cuma diam dalam hati yang remuk

Mahu saja aku kakukan jemariku dari berpena
Tapi aku ngak bisa
Karena kalbuku meledak untuk berpena
Kucapai pena
Dengan titisan air mata
Kumenulis syair puisi cinta
TentangNya
Alam ciptaanNya
Hamba-hambaNya yang sentiasa bersangka baik
Bersangka baik padaNya dan hamba-bambaNya

Barulah tenang jiwaku kini
Tanpa mempedulikan penyair itu
Aku terus berkarya...berkarya lagi tanpa henti
Selagi kudrat pemikiranku berfungsi
Kerana aku menulis bukan kerana nama
Tapi aku menulis adalah keranaNya
Dan kerana sayangkan semua yang ada
Dimuka bumi ini termasuk seluruh yang ada di langit CiptaanNya.

Karya Ratu Rimba Niagara
26 Julai 2011

AKU TAK SEHEBAT PENYAIR MUDA

Duhai penyair muda…
Tak kuduga
kau berubah
setelah bersahabat
dengan penyair ternama.

Kujalinkan perkenalan denganmu
kerana mahu bertukar idea
saling menyokong di antara kita
di medan seni.

Kuanggap kita setaraf walaupun
usia kita jauh berbeza.

Kubiarkan kau edit hasil tulisanku
dan kau kata karyaku tidak puitis!
Kukatakan padamu aku mahu
semua pembaca faham hasil
tulisanku, kuterima segala kritikanmu
dengan hati terbuka kerana di kala
itu kita setaraf.

Tapi setelah kau bersahabat dengan
penyair ternama aku teman seperjuanganmu
menjadi tunggul yang tak berharga lagi di matamu
Kau bersama penyair ternama mempersendakan
hasil tulisanku seolah-olah menghukum supaya
aku jangan berkarya lagi kerana sajakku seperti
menulis teks SMS!
aku sedar siapa aku
duhai penyair muda!
duhai penyair ternama!
karyaku tidak setanding kalian
yang boleh berkarya
dengan bahasa puitis
ada metafora,
personafikasi dan rhima!
yang mengagumkan pembaca!

Duhai penyair muda dan penyair ternama,
ku tak setanding kalian dan aku teramat malu
jika hasil tulisanku kalian baca mesti ada
cacat celanya! Biarlah aku menjadi penulis bisu
berkarya di alam maya… dibaca oleh pembaca
di serata pelosok dunia pelbagai bahasa
yang tidak kukenali kerana aku menulis bukan
kerana nama tapi tanda kasih sayangku
pada mereka. Merekalah yang layak
menilai karyaku!

Aku menulis kerana
Karyaku! Duniaku !
Sasteraku! Duniaku!
Pembaca Alam Maya Duniaku!
Tanpa pembaca yang kukasihi siapalah aku?

Karya Ratu Rimba Niagara
15 Jun 2011


Bicara Penyair Ternama Dengan Penulis Tak Ternama

Si penyair ternama berkata
kepada penulis tak ternama.
"Kalau kamu mahu pembaca
faham, baiklah jangan jadi
penulis sajak. Jadilah penulis
duduk di bawah payung di tepi pokok
di bahu lorong tepi longkang!
Penyair sebenar apabila berkarya
mesti ada metafora, personafikasi
dan rhima."
Penulis tak ternama membisu
kerana dia tidak sehebat si penyair
ternama itu. Sementelah penulis
tak ternama menulis bukanlah untuk
mencipta nama tapi mahukan
karyanya ternama.
"Si penyair ternama berbicara lagi,
simpanlah angan-anganmu itu yang
mahukan karyamu ternama kerana
sajak-sajak itu tidak setaraf
dengan karya-karya penyair
yang sudah ternama.
"Tak apalah si penyair ternama...
berkaryalah...!Berpuisilah...!
untuk mengekalkan namamu
di persada seni... biarlah aku
di sini kesendirian berjuang
di medan seni dengan harapan
karyaku dibaca pembaca di alam
maya yang tidak kukenali hingga ke matiku.
Moga mereka faham semua karyaku yang tidak
sehebat karya ternama!
Biarpun karyaku tidak ternama seperti karya
ternama sepertimu tak apalah cuma yang kuharapkan
karyaku ada di hati pembaca di alam maya itupun
sudah memadai buatku kerana aku menulis tanda
kasih sayangku kepada pembaca yang sudi membaca
karyaku dan yang paling penting aku menghargai
bakat Kurniaan dariNya untukku ... mana tahu karyaku
ada nilaian di sisiNya itulah harapanku pada
Tuhanku Tuhanmu jua.

Karya: Ratu Rimba Niagara
14 Jun 2011



DI MANA ADA KARYAKU DI SITULAH AKU

di kala aku benar-benar
mengharapkan kau memahamiku
harapan pengertiaan darimu
hancur berkecai...kecai...
kau masih tidak memahamiku
lalu hatiku terluka
sudah banyak kali aku katakan padamu
bukan nama bukan sanjungan bukan material
menjadi dambaan hidupku
yang aku mahu karyaku
diterima pembaca di seluruh dunia
jikalah atas belas kasihan-Nya
karya aku menajdi material
material itulah
ditunas-tunaskan
berbunga berbuah
hasilnya sebagai bekalan
untuk dituai di Sana nanti

tapi dalam aku tenggelam
di lautan kepastian darimu
aku menaruh kepercayaan
agar kau memahamiku
dalam satu perkataanmu
kau luruhkan segala
kepercayaanku
bahawa kau masih tak
memahamiku
seolah aku rasakan
selama ini kehadiran aku
dalam hidupmu
hanyalah untuk menyusahkanmu
dan menyandarkan segala
harapan padamu
sesak dadaku
seakan berhenti
degupan jantungku
kerana tidak mahu
menyusahkanmu lagi
biarkan aku begini
sendirian dengan karya-karyaku
tanpa sokongan darimu lagi
dan aku senang begini
tanpa termakan budi
tanpa menyusahkan kamu lagi
atau sesiapa saja
kerana dari dulu lagi
sejak aku melangkah
perjuangan dunia sasteraku ini
aku hanyalah sandarkan
semuanya kepada-Nya
bukan sesiapa
jika di masa hidupku
karya-karyaku tidak diterima
tidak mengapa kerana aku sudah redha
manalah tahu dalam ribuan karya-karya
yang aku tulis itu hanya satu saja
diterima dan dipandang oleh-Nya
itupun lebih berharga dari alam dan seisinya

selepas ini di bumi mana
Allah letakkan karya-karyaku
di situlah aku berkarya
tanpa sesiappun tahu
siapa aku ...di mana aku
aku cuma berada
pada yang telah diTentukan-Nya
di mana ada karyaku disitulah aku
sehinggalah dijemput pulang ke Pangkuan Ilahi


Karya Ratu Rimba Niagara
16 Oktober 2012

RINDUKU DI PERDU RINDU
Rinduku di perdu rindu
rindu sama kamu
rindu serindu rindunya
di ombak rindu
kita bercanda bersama
bergurau senda tanpa ada hati terluka
yang ada di ombak rindu
suka....suka...suka...
sayang...sayang...sayang...
rindu...rindu...rindu...
rindu sama kamu
tanpa penghujungnya sayang...
duhai admin Zetty Endless Love...
jikalah apa yang
kau tulis aku tulis dan kawan-kawan ombak rindu tulis
ada Nilaian di Sisi-Nya makanya teruntuklah
masuk terus ke akaun akhiratmu akhiratku akhirat semua
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Ratu Rimba Niagara
10 September 2012

CINTA ILAHI CINTA HAKIKI

duhai pungguk...
jangan asyik menyulam rindu
kerana masa tak menunggumu
berdoalah kepada Penciptamu Pencipta rembulan
sekalipun rembulan di langit pungguk di bumi
tiada mustahil bagi Allah untuk menyatukan cintamu
jadilahmu si pungguk
rayuannya adalah satu doa yang termakbul
bukan hanya sekadar perayu dalam mimpi sepi
selamanya menjadi penunggu
terus menunggu setia yang tak jadi realiti
masa tak menunggumu
kerana masa tak mengenalmu
hanya mereka yang berusaha menjadikan realiti
apa yang diimpi...
sekalipun cinta rembulan sukar digapai
ketentuan takdirNya mengatasi di langit dan di bumi
semuaNya dalam genggamanNya
maka jadikan rindu pungguk pada rembulan
dalam cinta realiti mohon redha Ilahi
kerana Cinta Ilahi Cinta Hakiki
itulah yang mesti dimiliki oleh
semua pasangan yang bercinta atas dasar keranaNya

Karya Ratu Rimba Niagara
8 Zulhijjah 1437H
10 September 2016

MENANTI HARAPAN DI BATAS-BATAS SEPI

Di senja ini

beburung berkicauan pulang ke sarangnya 
setelah lelah seharian mencari rezeki...
rezeki tak pernah mengecewakan
setiasa ada..diterima apa adanya
di senja ini dia bersyukur rezeki ada untuknya

Di senja ini
terpaku secebis perasaan terkesima
menanti harapan di batas-batas sepi
yang tandus kasihmu ada kasih-Nya
menanti kasihmu buatku terlara sepi
mendapat kasih-Nya sepiku menjadi 
tenang dalam syahdu

Di senja ini 
kasih dan rindumu kutunggu
biarpun kau tak sudi membalas aku pasrah
namun kasih-Nya juga tak jemu 
membalut luka di hatiku agar hilang sepiku
dan aku bersyukur kerana kasih-Nya
setiasa ada untukku...

Di senja ini
aku kau sepikan
tapi DIA tak pernah sepikan
DIA sentiasa ada bersama sepiku
lalu aku terus merindu dan merindu pada-Nya
itulah pengubat sepiku yang gersang
seolah sepiku seperti sekuntum bunga
di padang pasir tandus sekar mekar
kerana cinta DIA sentiasa ada untukku
tak pernah biarkan aku kesepian

Di senja ini
di datangi gerimis senja
yang mengasyikkan
berpelangi hingga ke malam
aku teruja betapa indahnya gerimis senja
kerana cintamu seindah gerimis senja
begitulah cintamu pada-Nya
indah...indah...indah...
betapa cinta-Nya mengatasi segala
apa yang ada di langit dan di bumi
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

Karya Ratu Rimba Niagara10 September 2012


BERCINTA DI SYURGA TERPATRI DI SYURGA
Kadangkala  aku tertanya-tanya?
adakah kekasih sesetiamu?
adakah kekasih sejujurmu?
adakah kekasih mencintaimu kerana-Nya?
adakah kau idola cinta Hawa dan Adam?
maka kudoakan moga kau
dikurniakan cinta sesuci Adam dan Hawa


Diciptakan Hawa untuk Adam
untuk Adam cintai
agar Hawa syukuri
dikurniakan cinta Adam
saling cinta mencintai
ditemukan bukan untuk berpisah
tapi menyatukan hati
hingga ke hujung nyawa
dari Syurga Adam dan Hawa bercinta
hingga ke Syurga Adam dan Hawa
mematrikan cinta
sungguh suci cinta Adam dan Hawa
sungguh indah....indah...indah...
mungkin ini skrip Adam kepada Hawa

"Hawa kau bidadariku...
untuk aku cintai seumur hidupku"
"Adam kau bidadaraku...
untuk aku syukuri pada-Nya seumur hidupku."
SUBHANALLAH
indah....indah...indah...
cinta Adam dan Hawa
idola Cinta
bagi semua pasangan
yang bercinta kerana-Nya
bercinta di Syurga
berakhir di Syurga
cinta abadi selamanya
Istimewa kukarang madah cinta ini untukmu
si pemburu cinta Adam dan Hawa
inilah madah cinta
inilah puisi cinta
inilah cerpen cinta
yang dinanti-nanti abad ini
moga memberi manfaat
dunia akhirat untuk semua
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin


Karya Ratu Rimba Niagara
28 Ogos 2012


MOGA SYURGA TEMPATMU BERSAMA BAPA TERCINTA!

Ibu…
Pemergianmu kurindui dalam doa
Sendu mengimbau kenangan hidup bersamamu
Syahdu dalam redha pemergianmu
Rintih mengenangkan pengorbananmu
Pilu timbunan dosaku padamu
Ampunkan anakmu ini ibu

Ya Allah ampunkan dosa kedua orang tuaku sebagaimana

mereka telah menjagaku sedari kecil

Wajahmu yang tenang... kami rindui
kau lah ibu mithali  isteri soleha
moga tempatmu di Syurga bersama bapa tercinta
Aamiin Ya Rabbal A’lamiin

Karya  Ratu Rimba Niagara
8 Mei 2011
(SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU SEDUNIA)
SAHABAT DUNIA AKHIRATKU SABARIAH AWANG ABDULLAH

Kita ditemukan di alammaya
kita ditemukan di alam realiti
kita di temukan di Jannnah Aamiin
itu adalah atas izin-Nya Allah swt
bukan rancangan kita untuk ditemukan di alammaya
bukan rancangan kita untuk menjadi sahabat dunia akhirat
itu semua kehendak Allah swt
kerana aku amat percaya
setiap yang baik itu datang-Nya dari Allah swt
makanya aku bersyukur sebanyak-banyak-Nya
hatimu hatiku selembut salju
untuk menerima persahabatan nan indah ini demi-Nya
tiada niat yang lain selain karena-Nya
atas Kehendak-Nyalah kita disatukan hati
untuk sama-sama mencari jalan-jalan ke Jannah
moga berkat persahabatan yang tulus ikhlas ini
kita ditemukan di Jannah
sama-sama melihat Wajah Allah Azzawajallah berdekatan dengan Rasulullah
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Indah-Nya di saat itu hanya ahli Syurga yang tahu betapa indah-Nya...ALLAHU AKBAR!!

Sahabat dunia akhiratmu
Ratu Rimba Niagara
26 Rabiulakhir 1435H
26 Februari 2014

SELAMAT TINGGAL MOCIK
Mocik kucing kesayangku telah pergi...
pergi buat selamanya meninggalkan aku
sedih....pilu...
bagaikan kaca terhempas ke batu
Sudah 16 tahun aku menjaga Mocik
ikut pada usia manusia 16 thn X 7 thn
112 Thn usia Mocik
Sebulan Mocik tak seceria sebelumnya
hanya termenung dan tak aktif
makan pun kurang...
tapi Mocik suka sangat bila aku mengaji
dia pasti duduk di sebelahku...
bila aku mengarang hingga larut malam
dialah yang menemaniku...
kini sudah tiada lagi
semuanya tinggal kenangan manis yang terindah
Ketika Mocik tak sihat ...
aku membawanya ke klinik haiwan
ingin tahu apa penyakit yang dihidapi Mocik
doktor mengambil darah Mocik
esok setelah mendapat keputusan darah
Mocik disahkan sakit buah pinggang tahap kritikal
sebab itu Mocik tak lalu makan
dan tak aktif lagi
Teringatku 16 tahun dahulu
ketika itu Mocik baru dilahirkan seminggu
Mama Ren yang hantar ke rumahku
Mama Ren ibu Mocik
ibu kucing yang penyayang
setiap hari datang ke rumahku
membawa makanan untuk Mocik
yang aku kagum pada Mama Ren
sanggup bawakan burung hidup
macam mana Mama Ren tangkap burung pun aku tak tahu
ikan hidup, ayam KFC
untung Mocik dapat ibu yang penyayang
Aku pindah rumah...
Mocik terputus kasih dengan Mama Ren
Mocik membesar dengan penuh kasih sayangku
makan minum diberi secukupnya...
bilamana kami berbual sekeluarga
Mocik pasti mendengar penuh kusyuk
seolah Mocik sebahagian dari ahli keluarga kami
Watak Mocik yang manja dan penyayang
membuatkan kami sekeluarga amat menyayanginya
tapi kini hanya tinggal kenangan....
Semasa Mocik nazak
aku katakan pada Mocik
"Sabar Mocik yer...Mocik kan haiwan kesayangan Rasulullah
nanti kita jumpa di Syurga.." Mocik memandangku penuh sayu....air matanya tergenang...
dadaku sesak...sesesak nafas Mocik....
Mocik pergi buat selamanya meninggalkan aku
dengan seribu kenangan manis yang tak dapat kulupakan
moga dengan izin Allah aku ditemukan dengan Mocik di Syurga menyambung
kasih sayangku padanya yang tak pernah padam sampai kapanpun. Aamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
3 Rejab 1439H
21 Mac 2018

BANGUNLAH JIWA!
Bangunlah jiwa...!
telah terlalu lama kau berleka
terpesona dengan pesona cinta dunia yang melekakan

Sampai kapan bila kau mahu berleka?
esok....lusa....hingga bila?
katakan padaku...

Adakah kau tahu esok engkau akan bernafas lagi?
atau sebentar lagi engkau akan bertemu dengan Tuhanmu?
pasti engkau tak dapat jawab
pasti aku juga tak dapat jawab

Kau taku

aku pun takut
bukan takut mati
tapi malu dengan Tuhan
kerana pergi tiada persediaan
sedangkan di dunia kita miliki segala kekayaan dan pangkat
kita terpesona dengan pesona dunia tanpa menggunakan harta
dan pangkat yang Allah Kurniakan untuk ke jalanNya

kita suka bila dipuji
kita bangga dengan sanjungan
justeru pujian dan sanjungan membuatkan kita leka...leka...leka...
dengan pesona cinta dunia 
hingga tak ambil peduli 
hari kematian kita cuma di balik tabir
selak saja tabir di situlah sebenarnya kematian kita!

Sebelum ....kematian menjemput kita
Ayuh....!!!
Kita bangunkan jiwa-jiwa yang leka dengan pesona cinta dunia
Makanya bergetarlah jiwa-jiwa yang leka dengan pesona cinta dunia...
Agar dapat kita bertemuNya dalam redho lagi diredhoiNya
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Ratu Rimba Niagara
7 Mac 2012





Karya Ratu Rimba Niagara
29 Mac 2012
7 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
Komen
DUHAI PUTERA KAYANGANKU WAHYU UTAMA 

Wahyu Utama 


Sair sair cinta nan indah agung membuatku semakin hayut terpesona kcantikan keagungan kelembutan kata kat sair nan begitu merdu indah agung penuah kasih sayang sejati...... tapi sesunngguh nya aku merindukan mendambakan bila mana sair sir itu adinda Ratu Rimba Niagara .... kirimkan untuk pesona kerajaanku .....pesona negriku..... biarlah kehidupan kerajaan terrdengar lantunan nyanyian merdu dari bidadari sang putri Istana Rimba Niagara...... duhai pesona bidariku... aku ingin jiwaku bisa melayang layang oeh buaian sair sair keindahan kasih sayang dan cinta mu nan sejuk indah Agung... wahai putri Istana Rimba Niagara peson Bidadariku nynyikanlah sair sair cinta untuku penuh kelembutan hati nuranimu sebagai sepiritual kasihku dalam mewujutkanserial karya karya lukisan sair sair nan indah Agung Penuh kasih dan pesona bagai kan hidup dialam surga cinta nan indah Agung...dalam serial karya yang sangat aku kagumi....wahai bidadariku...



Ratu Rimba Niagara

Duhai putera kayanganku...
Yang disanjungi lagi dihormati...
Terkeduku lagi syahdu rasa hati ini pabila kau tak jemu menghargai karyaku ...lalu bersyukurlah aku pada Allah atas KurniaanNya mengurniakan rakan seperjuangan dalam dunia senimu seniku berpadu pastinya menghasilkan dunia Karya Maha Agungnya Cinta KeranaNya
jikalah jadi kenyataan dunia senimu dunia karyaku makanya cita-citamu dan cita-citaku dimakbulkan Allah SWT pastinya kau dan aku akan bersujud penuh syukur kerana menjadi peninggalan kepada anak bangsamu anak bangsaku ....khazanah yang ditinggalkan adalah lambang cinta seutuhnya kepada mereka setelah kita tiada di dunia ini. Bukan sanjungan atau nama yang diingin melainkan redhoNya yang diharapkan di kala hidup atau di kala mati.

Moga dengan pertemuan kita di alam maya ini yang pastinya telah diAturkan OlehNya membawa jalan-jalan ke SyurgaNya ...menjadikan dunia ini Syurga Cinta KerenaNya rela berkorban harta dan nyawa demi mendapat redho dan cintaNya.

Bukalah kita memberitahu dunia akulah ahli Syurga kerana akulah yang terbaik sekali....bukan....bukan...bukan...tiada niat pun begitu untuk membangga diri...dan aku sentiasa sedar siapalah aku cuma hamba yang selalu tidak sempurna...justru aku mesti selalu muhasabah diri agar aku tidak terlalai dengan pesona cinta dunia. 

Biarpun kita tidak sebaik mereka yang baik-baik....apalah salahnya kita bercita-cita hendak menjadi hambaNya yang baik dan berkata-kata yang baik-baik sentiasa mahu mencari jalan-jalan ke SyurgaNya...menjadikan dunia ini Syurga dunia cinta keranaNya....berkata-kata pun seperti ahli Syurga....tiada sakit menyakiti...tiada luka melukai tiada iri di hati ....berkata seolah ini ucapan yang seindah dan setulus hati kuungkapkan pada semua yang dikasihi keranaNya...andaikata itu adalah kalimah terakhir....yang ditinggalkan terasa bahagia ...yang mengadap Illahi juga terasa tenang berjumpaNya....Insya-Allah Aamin.

Duhai putera kayanganku....
Itulah dunia yang aku dambakan
Dan semuanya terangkum dalam karya-karya syair gurindamku
Kepada semua watak-watak yang kuwujudkan saling 
Berkasih sayang keranaNya
Berkata-kata nan indah keranaNya
Saling berkorban harta dan nyawa demi redho dan cintaNya

Duhai putera kayanganku
Kiranya kau boleh memahami dengan dunia yang kudambakan
Bolehlah kita berkerjasama untuk menjadikan watak-watak
Imaginasi sebagai dunia realiti jadinya
Tapi tunggulah saat dan ketikanya
Harap kau sabar menanti saat dan ketika 
KUN FAYAKUN
Itulah saatnya cita-citamu cita-citaku menjadi realiti
Aamin Ya Rabbal A'Lamin

Ikhlas daripada rakan seperjuanganmu yang sentiasa mengagumimu,
Putri Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara Malaysia
21 Mac 2012
Komen
DUHAI KANDA DI MALAYSIA DUHAI DINDA DI INDONESIA

Teungku Sayyid Deqy :


Subhanallah...sungguh betapa beruntungnya diri ku ini Ya Allah.Telah engkau turunkan kepadaku seorang sahabat,seorang kanda dari Istana Niagara untukku. Ia begitu cantik rupawan ibarat kesturi yang amat kencana. Ia seteduh embun dan seharum melati.
Kapan perjumpaan ini akan Engkau ridhoi Ya Rabb ku yang agung. Apakah diriku yang lupa dan khilaf ini pantas berjumpa dengannya?Namun aku amat merindukan Kanda ku Ya Allah.
Duhai Kandaku...dinda ini hanyalah seekor kumbang yang datang dari ngarai yang jauh.Manalah pantas berjumpa dengan seorang putri yang amat jelita seperti Kanda...
Dinda bukanlag pangeran yang berdiam diistana mahligai,
Dinda hanyalah berdiam diperbukitan dengan sebuah seruling usang.
Kerna dinda begitu ingin menjadi 'seorang peniup seruling' (o tocador de flauta),yang selalu setia menanti puisi yang datang dari benua yang nun jauh di pelupuk mata.
Dinda menanti seorang kawan yang mahu mengerti,namun apa daya wahai kanda,belumlah berjumpa yang demikian itu.
Namun Allah begitu baik,mengirimkan seorang putri dari mahligai untuk dinda meluahkan rindu dan syahdu ini.
Wahai kandaku...amatlah sukacita hati dan kalbu ini terus bercengkerama dengan kanda yang jauh di hujung semilir lazuardi.
Semoga dapatlah kiranya kitakan jumpa di sebuah majelis yang penuh dengan nyanyian serta sajak sejati.
Himpunkanlah kami oh taman bunga yang merentang warna pelangi, kerna kerinduan sudah meruah tumpah.
Jangan biarkan ia menderai sampai jauh,ditingkap angin yang mendendam.

Tak terasa hari akan bertandang ke malam.
Sedang rinduku teruslah melambung riang di hujung petang.

Karya:
Teungku Sayyid Muhammad Deqy Baraaqbach.
BANGKA ISLAND:
20 Maret 2012
26 Rabbiul II 1433 Hijriah
Pada Selasa,terhimpun rinduku di relung kalbu.
Teruntuk Kandaku tersayang:Tuanku Putri Rimba Niagara di Malaysia.


Ratu Rimba Niagara :

Allahu Akhbar...di kala puisi dinda ku tatap ini...di kala ini hati kanda sedang berduka...puas sudah kanda untuk beramah tamah dengan rakan taulan kanda samaada berdarah diRaja, bangsawan atau rakyat biasa...amat sukar mereka memahami kanda...hinggakan kanda tak mampu lagi berpura-pura untuk meneruskan ....mereka terlalu sempurna manakala kanda terlalu hina untuk menjadi teman taulan mereka...sebab itu antara sebabnya kanda lebih memilih kehidupan di rimba ini...dan kanda rasa amat disayangi dan dihargai oleh penghuni rimba....apakala kanda sedang menangis merekalah yang memujuk kanda sambil menyapu air mata kanda dengan daunan kasih...
"Tuanku Puteri...janganlah berduka...jika tuaku terusan begini...seluruh penghuni bumi juga bersedih...cepat...bacakanlah syair gurindam dan puisi tuanku puteri....kami sudah bersedia untuk bergendang dan menari tarian rimba ...tuanku puteri pasti terhibur..." Apabila mereka bergendang dan menari-nari tarian rimba ...kanda terus tak jadi bersedih...dan bergelak ketawalah kanda bersama mereka...satu kehidupan yang amat kanda dambakan....saling hormat menghormati dengan bahasa yang indah-indah belaka tanpa terguris di hati tanpa iri hati tanpa dendam di hati....hidup kami penuh dibajai kasih sayang setulusNya rela berkorban demi sebuah cinta sejati keranaNya...kanda rasa di sinilah tempat yang amat tenteram untuk kanda sentiasa muhasabah diri kanda....dinda....Apapun kehadiran dinda dalam hidup kanda walaupun cuma di alam maya amat kanda syukuri padaNya ...kerana Allah SWT memakbulkan doa kanda menghadirkan hamba-hambaNya yang sudi memahami kanda di kala susah senang dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Moga Allah sajalah yang dapat membalas budi baik dinda kepada kanda...Aaamin.

Kanda Putri Rimba Niagara 
Istana Rimba Niagara Malaysia
Kepada Dinda Teungku Sayyid Muhammad Deqy Baraaqbach di Indonesia
21 Mac 2012
Like · · Unfollow Post · 14 hours ago near Melaka, Malaysia
Sasongko Hayuningrat, Laksamana Mas and 2 others like this.

(PETIKAN  WALL RATU RIMBA NIAGARA)
21 Mac 2012


Seghayo SuttanPesirah Dipuncak Nur Ya pun ya juga puuuun,

Luapan hati dua putri,
BerKarya dalam pantun,
Memugo terus mengabdi.
Achmad Zoelham:

Setidaknya saya tahu apa itu cinta. Seperti awan mencintai langit, samudra mencintai pasir, musim dingin mencintai salju, salju mencintai angin, semua itu terhubungkan. hal ini disebut cinta tak bersyarat, ini ada dalam hati kita.



Farida Long Spt cinta tak berpenghujung .... cinta itu buta ... cinta tak bertepi ... tiada pengkalan cinta dan banyak lagi perumpamaan tentang cinta ... yang menghancurkan perasaan cinta suci ialah manuisa itu sendiri ...kerana tidak tau menilai erti cinta .....


Achmad Zoelham Bu' Farida Long@ Satu kata yang membebaskan kita dari semua beban berat dan rasa sakit dalam hidup ini, kata itu adalah CINTA. Cinta memang bahasa yang digunakan oleh semua orang, tapi hanya bisa dimengerti oleh hati.

10 hours ago · Like · 1


Yuzh Molex Cinta memang luar biasaaaa. .


Farida Long 

kerana teater CINTA pentas nya hanya di HATI ...


Ratu Rimba Niagara 

Dalam hati ada taman,
Taman cinta seluhur budi;
Kusemai cinta sesama insan.
Agar terpasak jiwa insani.


Cinta memang luar biasa,
Kerna cinta mengejar cita-cita;
Berusaha selagi mampu tanpa putus asa,
Akan tercapailah cinta juga cita-cita.



CINTA KERANANYA

Cinta ungkapan terlalu mudah disebut
Untuk menjadikan cinta itu seikhlas hati
Agak sukar dimengertikan
Mula cinta jadi benci
Mula sayang akhirnya melayang
Mulanya bicara manis
Akhirnya menjadi bicara yang merosakkan hati
Lalu hati terluka
Masing-masing tidak berkenan di hati
Apakah itu namanya cinta?

Makanya sebelum melahirkan ungkapan 
Cinta dan sayang 
Tanya pada diri
Adakah aku ikhlas mencintainya?
Atau aku saja untuk menyakitkan hatinya?
Pabila dia kecewa itu adalah matlamatku....
Kalau beginilah cinta pura-pura terjadi
Amat malanglah yang empunya diri
Membalas cinta pada si pendusta cinta!
Makanya sebelum hati terlara segera putuskan
Kerna akan meracuni jiwamu

Jika hatimu terlara kerana cinta palsu
Binalah keyakinan semula
Menyatakan
Allah sayang padamu
Kerna Dia
Telah merencanakan cinta yang terbaik untukmu
Cinta yang boleh membawamu ke SyurgaNya
Jika kau sabar dengan setiap KETENTUANNYA
Pasti kebahagiaan dunia akhirat menanti
Di masa itu baru kau tahu betapa nikmatnya
Penantian cintamu keranaNya 
Bercinta keranaNYa
Membalas cinta keranaNya
Terpatri cinta dari dunia hingga ke Syurgawi
Insya-Allah Aamin

Karya Ratu Rimba Niagara
21 Mac 2012



Achmad Zoelham 

burung2 pun bernyanyi, bunga pun tersenyum melihat kau hibur hatiku. hatiku mekar kembali terhibur symphony pasi didupku kan bahagia. terimakasih CintA....


Yuzh Molex Asyik. .
Brsenandung dgn irama cinta. . .

Ratu Rimba Niagara


Asyik....Yuzh Molex.... begitulah hebatnya cinta luar biasa ....apa pendapatmu mengenai karya bunda itu hihihi


Ratu Rimba Niagara 

Terima kasih cinta
Hati yang mendung berarak pergi
Kasih tersisih usah difikir lagi
Kasih setulus hati itu dicari
Berkasih dan bercinta keranaNya
Pasti hidupmu bahagia
Seperti cinta di Syurga
Makanya terpatri kasih dan cinta
Antara dua hati
Dua kekasih
Saling mengasihi dan mencintai
Kerana ingin dambakan redhoNya dan cintaNya
a few seconds ago 

(PETIKAN DARIPADA WALL ACHMAD ZOELHAM)
21 Mac 2012

DAN JAWABLAH SENDIRI
Niatmu sejujurnya ikhlas dan murni...
Tapi berapa kerat sangatkah yang akan menyokong usaha murnimu itu? Bilang sama aku....adakah penulis di Malaysia ini boleh hidup dengan hasil penulisannya? Kalau ada cuma sedikit sekali jika hendak dibandingkan ramainya penulis di Malaysia ini...
Mereka tidak boleh menjadi penulis sepenuh masa ...jika mahu menampung kehidupan...mereka harus bekerja untuk menanggung nafkah keluarga...kalau menulis sepenuh masa berapa pula dibayar royalti penulisan mereka...
Yang peliknya penulis sesama penulis pun tak memberi sokongan... ada cantas mencantas...masing-masing tidak boleh melihat kelebihan karya rakan penulis serasa karya sendiri yang hebat...sedangkan semuanya hebat kerana setiap bakat adalah kurniaan Allah SWT cuma gaya penulisan yang berbeda....
Nama aje ada persatuan penulis...cuba kau buktikan padaku persatuan penulis mana yang bisa mengangkat karya ahli-ahlinya hingga ahlinya bisa hidup dengan hasil karyanya...betullah katamu karya penulis seperti sampah terbuang yang tiada dinilai....tapi itu kata mereka...kata Tuhan siapa yang tahu...mungkin yang dikatakan sampah itu menjadi permata berharga siapa tahu? Tuah ayam nampak di kaki...Tuah manusia siapa yang tahu? Jika pun tak dihargai di negara sendiri...dan karya yang dikatakan sampah iu dikutip oleh negara lain ...jangan pula salah menyalahkan kerna salahkan sendiri kerana napa tidak hargai malah dikatakan sampah terbuang...selagi rakan penulis tidak menghargai dan persatuan penulis menyepikan dan kerajaan sepikan juga....tunggulah...tunggulah jawapan ...dan jawablah sendiri...
Karya Ratu Rimba Niagara
21 Mac 2012


DUHAI PUTERA KAYANGANKU WAHYU UTAMA
Wahyu Utama
Sair sair cinta nan indah agung membuatku semakin hayut terpesona kcantikan keagungan kelembutan kata kat sair nan begitu merdu indah agung penuah kasih sayang sejati...... tapi sesunngguh nya aku merindukan mendambakan bila mana sair sir itu adinda Rabeah .... kirimkan untuk pesona kerajaanku .....pesona negriku..... biarlah kehidupan kerajaan terrdengar lantunan nyanyian merdu dari bidadari sang putri Istana Rimba Niagara...... duhai pesona bidariku... aku ingin jiwaku bisa melayang layang oeh buaian sair sair keindahan kasih sayang dan cinta mu nan sejuk indah Agung... wahai putri Istana Rimba Niagara peson Bidadariku nynyikanlah sair sair cinta untuku penuh kelembutan hati nuranimu sebagai sepiritual kasihku dalam mewujutkanserial karya karya lukisan sair sair nanindah Agung Penuh kasih dan pesona bagai kan hidup dialam surga cinta nan indah Agung...dalam serial karya yang sangat aku kagumi....wahai bidadriku...
57 minutes ago · Unlike · 1
Rabeah Mohd Ali
Duhai putera kayanganku...
Yang disanjungi lagi dihormati...
Terkeduku lagi syahdu rasa hati ini pabila kau tak jemu menghargai karyaku ...lalu bersyukurlah aku pada Allah atas KurniaanNya mengurniakan rakan seperjuangan dalam dunia senimu seniku berpadu pastinya menghasilkan dunia Karya Maha Agungnya Cinta KeranaNya
jikalah jadi kenyataan dunia senimu dunia karyaku makanya cita-citamu dan cita-citaku dimakbulkan Allah SWT pastinya kau dan aku akan bersujud penuh syukur kerana menjadi peninggalan kepada anak bangsamu anak bangsaku ....khazanah yang ditinggalkan adalah lambang cinta seutuhnya kepada mereka setelah kita tiada di dunia ini. Bukan sanjungan atau nama yang diingin melainkan redhoNya yang diharapkan di kala hidup atau di kala mati.
Moga dengan pertemuan kita di alam maya ini yang pastinya telah diAturkan OlehNya membawa jalan-jalan ke SyurgaNya ...menjadikan dunia ini Syurga Cinta KerenaNya rela berkorban harta dan nyawa demi mendapat redho dan cintaNya.
Bukalah kita memberitahu dunia akulah ahli Syurga kerana akulah yang terbaik sekali....bukan....bukan...bukan...tiada niat pun begitu untuk membangga diri...dan aku sentiasa sedar siapalah aku cuma hamba yang selalu tidak sempurna...justru aku mesti selalu muhasabah diri agar aku tidak terlalai dengan pesona cinta dunia.
Biarpun kita tidak sebaik mereka yang baik-baik....apalah salahnya kita bercita-cita hendak menjadi hambaNya yang baik dan berkata-kata yang baik-baik sentiasa mahu mencari jalan-jalan ke SyurgaNya...menjadikan dunia ini Syurga dunia cinta keranaNya....berkata-kata pun seperti ahli Syurga....tiada sakit menyakiti...tiada luka melukai tiada iri di hati ....berkata seolah ini ucapan yang seindah dan setulus hati kuungkapkan pada semua yang dikasihi keranaNya...andaikata itu adalah kalimah terakhir....yang ditinggalkan terasa bahagia ...yang mengadap Illahi juga terasa tenang berjumpaNya....Insya-Allah Aamin.
Duhai putera kayanganku....
Itulah dunia yang aku dambakan
Dan semuanya terangkum dalam karya-karya syair gurindamku
Kepada semua watak-watak yang kuwujudkan saling
Berkasih sayang keranaNya
Berkata-kata nan indah keranaNya
Saling berkorban harta dan nyawa demi redho dan cintaNya
Duhai putera kayanganku
Kiranya kau boleh memahami dengan dunia yang kudambakan
Bolehlah kita berkerjasama untuk menjadikan watak-watak
Imaginasi sebagai dunia realiti jadinya
Tapi tunggulah saat dan ketikanya
Harap kau sabar menanti saat dan ketika
KUN FAYAKUN
Itulah saatnya cita-citamu cita-citaku menjadi realiti
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Ikhlas daripada rakan seperjuanganmu yang sentiasa mengagumimu,
Putri Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara Malaysia
21 Mac 2012
 



AKU PERCAYA KARYAMU AMAT TINGGI NILAINYA
Aku percaya karyamu amat tinggi nilainya sebab itu namamu disanjung di seluruh pelosok dunia kerana sesempurna yang engkau mahu...dunia pembaca mahu....makanya dunia sastera mempertabatkan karyamu...tahniah sahabatku....moga namamu dijulang di persada dunia sastera yang kau mahukan dan engkaulah yang mempertabatkan dunia sastera negara....dan aku doakan moga kau dinobatkan sebagai Sasterawan Negara!

Petikan kata-kata daripada Sahabat Sastera
21 Mac 2012
3 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
SUBHANALLAH KASIH SAYANG IBU NYAWA JADI TARUHAN
SUBHANALLAH KASIH SAYANG IBU NYAWA JADI TARUHAN
SETAHUN SUDAH BERLALU KAMI MASIH MERINDUIMU MH370
setahun sudah berlalu
kami masih merinduimu MH370
kehilanganmu entah di mana
puas kami mencarimu
hingga ke hujung dunia
namun masih tidak diketemui
setiap hari kenangan indah bersamamu
sentiasa terbayang-bayang
membuatkan kami bertambah rindu tak tertahan
kering air mata ini mengenangkanmu
lagi diingat lagi sebak hati ini
rindu serindu rindunya
kasih tak berbalas kasih
sepi berpanjangan
sesepi lautan hindi
hadirlah dalam mimpi kami
walaupun seketika
untuk mengubat rindu mencengkam jiwa
pasti indah pertemuan di kala itu
kita saling berpelukan menghilangkan rindu
tapi itu cuma igauan mimpi
mimpi ngeri kehilanganmu MH370
MH370 di manapun keberadaanmu
andai kamu sudah berada di alam sana
kami doakan kamu mengecapi bahagia di Syurga
kamu mendahului kami
tunggulah kami di pintu Syurga
moga Allah izinkan kita bertemu
indahnya pertemuan di kala itu
penantian berakhir dengan pertemuan yang abadi
Subhanallah pada-Mu aku berserah hidup matiku
dari-Mu aku datang kepada-Mu aku dikembalikan
kembalikan aku dalam jiwa dan roh yang tenang redha lagi diredhai-Mu,
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Karya Ratu Rimba Niagara
17 Jamadil'Awal 1436H
8 Mac 2015
(Puisi Dikarangkan Istimewa Untuk Semua Waris MH370 Yang Sentiasa Tersanjung Di Hati. Kami Sentiasa Memberi Sokongan Kepada Anda Kerana
Sedihmu Sedihku Jua Moga Puisi Yang Dikarangkan Terubat Rindu Di Hatimu Dan Dapat Merawat Luka Pedih Di Hatimu)
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
3 Rejab 1439H
21 Mac 2018

0 comments:

Post a Comment

 
;