Thursday, 22 March 2018

HIJRAH (455) KARYA MAHA AGUNG CINTA-NYA


HIJRAH (455) KARYA MAHA AGUNG CINTA-NYA
ALLAH DI KALA AKU DISEPIKAN KAU TAK PERNAH SEPIKAN AKU
KAU SENTIASA HADIR UNTUK MERAWAT KESEDIHANKU.


Ditulis oleh: KH. Abdullah Gymnastiar
SMSTAUHIID.COM
1 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI




No automatic alt text available.
Ratu Rimba Niagara mengirim dalam 17 kumpulan.
Syukur Alhamdullilah di pagi yang indah ini aku diberikanNya peluang untuk bernafas
Ya Allah jika nafas yang Kau pinjamkan padaku ini boleh memberikan manfaat buat roh dan jasadku kau teruskan pernafasannya sehingga aku mampu juga memberi manfaat roh dan jasad kepada semua yang ada di muka bumiMu ini.
Yang aku mahu cuma jalan-jalan redhoMu Ya Allah .Aamin Ya Rabbal A'Lamin.

KARYA MAHA AGUNG CINTA-NYA
Love is not about how many days, weeks or months you’ve been together, it’s all about how much you love each other every day.
By Ismail Can
Bahasa cinta indah kerana AnugerahNya yang terindah
hargai cinta apabila dicintai niatkan berpanjangan hingga Jannah
By Ratu Rimba Niagara
Cinta adalah sebuah kekuatan untuk melihat kesamaan dan ketidaksamaan.
By Ismail Can
Cinta bukan mencari kesempurnaan tapi saling melengkapi ketidak kesempurnaan.
By Ratu Rimba Niagara,
Aku terkecewa kini...kata-kata bermadah pujangga kuberikan padamu tapi kau lemparkan padaku kata-kata beracun memedihkan urat saraf kalbuku mendengarnya setega itu kamu duhai rakan seperjuangan yang selama ini kusanjungi di segenap penjuru hatiku... sedih....pedih...hatiku bagaikan ditoreh sembilu pilu....!!!!
By Ratu Rimba Niagara,
Setidaknya saya tahu apa itu cinta. Seperti awan mencintai langit, samudra mencintai pasir, musim dingin mencintai salju, salju mencintai angin, semua itu terhubungkan. hal ini disebut cinta tak bersyarat, ini ada dalam hati kita.
By Achmad Zoelham
TERIMA KASIH CINTA
Terima kasih cinta
Hati yang mendung berarak pergi
Kasih tersisih usah difikir lagi
Kasih setulus hati itu dicari
Berkasih dan bercinta keranaNya
Pasti hidupmu bahagia
Seperti cinta di Syurga
Makanya terpatri kasih dan cinta
Antara dua hati
Dua kekasih
Saling mengasihi dan mencintai
Kerana ingin dambakan redhoNya dan cintaNya
Karya Ratu Rimba Niagara,
22 Mac 2012
NAMUN AKU TETAP MERINDUIMU OMBAK!
Betul ke ombak? Kau sayang aku...
Kalau engkau sayang napa engkau hempas aku ke pantai?
Sakit aku...
Teganya dikau....
Nangis aku tanpa kau pujuk....
Namun aku tetap merinduimu ombak...
Karya Ratu Rimba Niagara,
22 Mac 2012
CINTA SEPERTI AWAN MENCINTAI LANGIT
Ratu Rimba Niagara
Alhamdulillah cantik rupawan wajahnya bak bulan purnama
Hinggalah terpikat adindaku pada si Tengku Puteri Sayyidah
Kanda di sini rasa bahagia amat terperi pabila mendengar berita ini
Pabila dalam hati ada cinta ada taman cinta keranaNya
Begitu manisnya senyuman antara dua kekasih sehati sejiwa
Moga kasihmu terpatri hingga ke Syurgawi...Aaamin.
Teungku Sayyid Deqy Amin insyaallah Kanda..terimakasih atas doa dan tahniahnya.semoga semuanya akan baik2 kembali.amin
Achmad Zoelham:
Setidaknya saya tahu apa itu cinta. Seperti awan mencintai langit, samudra mencintai pasir, musim dingin mencintai salju, salju mencintai angin, semua itu terhubungkan. hal ini disebut cinta tak bersyarat, ini ada dalam hati kita.
Farida Long Spt cinta tak berpenghujung .... cinta itu buta ... cinta tak bertepi ... tiada pengkalan cinta dan banyak lagi perumpamaan tentang cinta ... yang menghancurkan perasaan cinta suci ialah manuisa itu sendiri ...kerana tidak tau menilai erti cinta .....
Achmad Zoelham Bu' Farida Long@ Satu kata yang membebaskan kita dari semua beban berat dan rasa sakit dalam hidup ini, kata itu adalah CINTA. Cinta memang bahasa yang digunakan oleh semua orang, tapi hanya bisa dimengerti oleh hati.
Yuzh Molex Cinta memang luar biasaaaa. .
Farida Long
kerana teater CINTA pentas nya hanya di HATI ...
Ratu Rimba Niagara,
Dalam hati ada taman,
Taman cinta seluhur budi;
Kusemai cinta sesama insan.
Agar terpasak jiwa insani.
Cinta memang luar biasa,
Kerana cinta mengejar cita-cita;
Berusaha selagi mampu tanpa putus asa,
Akan tercapailah cinta juga cita-cita.
CINTA KERANANYA
Cinta ungkapan terlalu mudah disebut
Untuk menjadikan cinta itu seikhlas hati
Agak sukar dimengertikan
Mula cinta jadi benci
Mula sayang akhirnya melayang
Mulanya bicara manis
Akhirnya menjadi bicara yang merosakkan hati
Lalu hati terluka
Masing-masing tidak berkenan di hati
Apakah itu namanya cinta?
Makanya sebelum melahirkan ungkapan
Cinta dan sayang
Tanya pada diri
Adakah aku ikhlas mencintainya?
Atau aku saja untuk menyakitkan hatinya?
Pabila dia kecewa itu adalah matlamatku....
Kalau beginilah cinta pura-pura terjadi
Amat malanglah yang empunya diri
Membalas cinta pada si pendusta cinta!
Makanya sebelum hati terlara segera putuskan
Kerna akan meracuni jiwamu
Jika hatimu terlara kerana cinta palsu
Binalah keyakinan semula
Menyatakan
Allah sayang padamu
Kerna Dia
Telah merencanakan cinta yang terbaik untukmu
Cinta yang boleh membawamu ke SyurgaNya
Jika kau sabar dengan setiap KETENTUANNYA
Pasti kebahagiaan dunia akhirat menanti
Di masa itu baru kau tahu betapa nikmatnya
Penantian cintamu keranaNya
Bercinta keranaNYa
Membalas cinta keranaNya
Terpatri cinta dari dunia hingga ke Syurgawi
Insya-Allah Aamin
Karya Ratu Rimba Niagara,
21 Mac 2012
Achmad Zoelham
burung2 pun bernyanyi, bunga pun tersenyum melihat kau hibur hatiku. hatiku mekar kembali terhibur symphony pasti hidupku kan bahagia. terimakasih CintA....
Yuzh Molex Asyik. .
Brsenandung dgn irama cinta. . .
Ratu Rimba Niagara,
Asyik....Yuzh Molex.... begitulah hebatnya cinta luar biasa ....
Terima kasih cinta
Hati yang mendung berarak pergi
Kasih tersisih usah difikir lagi
Kasih setulus hati itu dicari
Berkasih dan bercinta keranaNya
Pasti hidupmu bahagia
Seperti cinta di Syurga
Makanya terpatri kasih dan cinta
Antara dua hati
Dua kekasih
Saling mengasihi dan mencintai
Kerana ingin dambakan redhoNya dan cintaNya
(PETIKAN DARIPADA WALL ACHMAD ZOELHAM)
21 Mac 2012
KUNCI CINTA DI OMBAK RINDU
(Skrip Putera Harimau Dengan Puteri Rimba)
Putera Raja Harimau:
Ayang ni pandai je berkata-kata,anja dah tua tiada kad-kad lagi dah untuk di layang kan....Tak ada bunga-bunga di taman yang mahu hidup di tanah yang tidak subur...
Puteri Rimba Niagara:
Ala...anja ni...bunga-bunga segar mengharum di atas sana kan banyak....cakap aje dengan ayang...boleh ayang tolong petikkan untuk anja....agar subur taman cinta anja yang dah lama tandus itu ye....
Putera Raja Harimau:
Ini buah kelapa yang jatuh dilautan dan dipukul ombak membawa ketengah dipandang orang pun tidak apa lagi nak di guna kan, maka jadi lah ia sebagai "OMBAK RINDU" yang terkapar-kapar di lautan sepi.
Puteri Rimba Niagara:
Hai anja...sejak bila pandai bermadah puisi ni ye....terkedu jantung ayang berbuai-buai di lambung ombak rindu....
Putera Raja Harimau:
Bila hati dan perasaan di kala kesepian dengan sendirinya hati itu berkata,mana kah teman-teman bicara ku...dengan perasaan yang sayu mata ini akan mengalun alun kan pemandangan yang indah yang pernah dilalui dan ditempuhi bersama di saat mengecapi mahligai bahagia.tapi kini hanya tinggal memori yang tidak mudah untuk di lupakan.
Puteri Rimba Niagara:
Ala...anja ni...buat apa mengenangkan memori lama yang melukakan ye...cubalah buka hatimu yang tandus bunga cinta dengan memori baru...anja....hidup ini terlalu singkat anja...berilah peluang hati anja untuk hidup bahagia...kalau kunci tu ada di hati anja bolehlah ayang buka...tapi kalau dah dicampakan ke ombak rindu...tak dopek den nak nolongnya....
Kalau nak cari kunci cinta anja dalam ombak rindu ...terpaksalah ayang kena menyelam ke dasar laut yang dalam...matilah ayang....kalau menyelam dalam dasar hati anja senang lah sikit...tapi hati anja tu selagi ada dia dan memori lama tak hilang....sampai anja mati pun ayang tak dapat cari....
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTERA RAJA HARIMAU)
ISTANA ANTA BERANTAH
21 Mac 2012
NAMUN AKU TETAP MERINDUIMU OMBAK!
Betul ke ombak? Kau sayang aku...
Kalau engkau sayang napa engkau hempas aku ke pantai?
Sakit aku...
Teganya dikau....
Nangis aku tanpa kau pujuk....
Namun aku tetap merinduimu ombak...
Karya Ratu Rimba Niagara,
22 Mac 2012
DUHAI KANDA DI MALAYSIA DUHAI DINDA DI INDONESIA
Teungku Sayyid Deqy :
Subhanallah...sungguh betapa beruntungnya diri ku ini Ya Allah.Telah engkau turunkan kepadaku seorang sahabat,seorang kanda dari Istana Niagara untukku. Ia begitu cantik rupawan ibarat kesturi yang amat kencana. Ia seteduh embun dan seharum melati.
Kapan perjumpaan ini akan Engkau ridhoi Ya Rabb ku yang agung. Apakah diriku yang lupa dan khilaf ini pantas berjumpa dengannya?Namun aku amat merindukan Kanda ku Ya Allah.
Duhai Kandaku...dinda ini hanyalah seekor kumbang yang datang dari ngarai yang jauh.Manalah pantas berjumpa dengan seorang putri yang amat jelita seperti Kanda...
Dinda bukanlah pangeran yang berdiam diistana mahligai,
Dinda hanyalah berdiam diperbukitan dengan sebuah seruling usang.
Kerna dinda begitu ingin menjadi 'seorang peniup seruling' (o tocador de flauta),yang selalu setia menanti puisi yang datang dari benua yang nun jauh di pelupuk mata.
Dinda menanti seorang kawan yang mahu mengerti,namun apa daya wahai kanda,belumlah berjumpa yang demikian itu.
Namun Allah begitu baik,mengirimkan seorang putri dari mahligai untuk dinda meluahkan rindu dan syahdu ini.
Wahai kandaku...amatlah sukacita hati dan kalbu ini terus bercengkerama dengan kanda yang jauh di hujung semilir lazuardi.
Semoga dapatlah kiranya kitakan jumpa di sebuah majelis yang penuh dengan nyanyian serta sajak sejati.
Himpunkanlah kami oh taman bunga yang merentang warna pelangi, kerna kerinduan sudah meruah tumpah.
Jangan biarkan ia menderai sampai jauh,ditingkap angin yang mendendam.
Tak terasa hari akan bertandang ke malam.
Sedang rinduku teruslah melambung riang di hujung petang.
Karya:
Teungku Sayyid Muhammad Deqy Baraaqbach.
BANGKA ISLAND:
20 Maret 2012
26 Rabbiul II 1433 Hijriah
Pada Selasa,terhimpun rinduku di relung kalbu.
Teruntuk Kandaku tersayang:Tuanku Putri Rimba Niagara, di Malaysia.
Putri Rimba Niagara,
Allahu Akhbar...di kala puisi dinda ku tatap ini...di kala ini hati kanda sedang berduka...puas sudah kanda untuk beramah tamah dengan rakan taulan kanda samaada berdarah diRaja, bangsawan atau rakyat biasa...amat sukar mereka memahami kanda...hinggakan kanda tak mampu lagi berpura-pura untuk meneruskan ....mereka terlalu sempurna manakala bunda terlalu hina untuk menjadi teman taulan mereka...sebab itu antara sebabnya kanda lebih memilih kehidupan di rimba ini...dan bunda rasa amat disayangi dan dihargai oleh penghuni rimba....apakala kanda sedang menangis merekalah yang memujuk kanda sambil menyapu air mata kanda dengan daunan kasih...
"Tuanku Puteri...janganlah berduka...jika tuaku terusan begini...seluruh penghuni bumi juga bersedih...cepat...bacakanlah syair gurindam dan puisi tuanku puteri....kami sudah bersedia untuk bergendang dan menari tarian rimba ...tuanku puteri pasti terhibur..." Apabila mereka bergendang dan menari-nari tarian rimba ...kanda terus tak jadi bersedih...dan bergelak ketawalah kanda bersama mereka...satu kehidupan yang amat bunda dambakan....saling hormat menghormati dengan bahasa yang indah-indah belaka tanpa terguris di hati tanpa iri hati tanpa dendam di hati....hidup kami penuh dibajai kasih sayang setulusNya rela berkorban demi sebuah cinta sejati keranaNya...kanda rasa di sinilah tempat yang amat tenteram untuk kanda sentiasa muhasabah diri kanda....dinda....Apapun kehadiran dinda dalam hidup kanda walaupun cuma di alam maya amat kanda syukuri padaNya ...kerana Allah SWT memakbulkan doa kanda menghadirkan hamba-hambaNya yang sudi memahami kanda di kala susah senang dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Moga Allah sajalah yang dapat membalas budi baik dinda kepada kanda...Aaamin.
Kanda Putri Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara Malaysia
Kepada Dinda Teungku Sayyid Muhammad Deqy Baraaqbach di Indonesia
20 Mac 2012
MEREKA LEMPARKAN KASIHKU DALAM LAUTAN ASID BERGELORA!
Kalau kau perkenalkan dirimu mungkin aku kenal...kalau kau tunduk malu macam tu mana bisa kukenal...tapi hatiku berkata...kau pernah kukenal...tapi hatiku berkata ...siapalah aku ini yang serba tak sempurna untuk menjadi sahabatmu...kau tentu arif...akan hal ini..sejak peristiwa di sana tu....cintaku pada teman-teman bagaikan di lemparkan ke lautan asid nan bergelora dan tidak puas dengan itu dilambung dengan bara gelombang ombak mengganas...seluruh tubuhku melepuh kepanasan dan akibat dengan itu aku cacat seluruh badan dan hatiku hinggakan aku begitu trauma untuk berkawan dengan sesiapa pun ...nasib baik aku terdampar di sebuah pulau rimba niagara...penghuni rimbalah yang menyelamatkan aku dan melihat keadaan aku yang cedera parah...merekalah yang menjaga aku secara bergilir-gilir dan merawatku dengan herba-herba dirimba hingga aku sembuh...dan sejujurnya aku tenang di sini...pabila aku berpantun , berpuisi dan bergurindam mereka suka mendengarnya dan mereka tak jemu-jemu mendengarnya hingga aku teruja dalam dunia sasteraku yang kuminat ini...cumanya sesekali aku cuba berkawan tapi tetap bukan memilih kawan ...tapi yang boleh menerima karyaku apa adanya...mana yang tak boleh terima terpaksalah aku undur diri...bukan sombong tapi dikuatiri derita lama berulang lagi...kalaulah berulang seperi iu juga aku rela menyepi dan terus tinggal sehidup semati dengan penghuni rimba yang amat sayangkan akan daku...dalam usia sesenja ini aku tak perlukan kata-kata yang cuma manis di mulut tapi akhirnya menjadi racun yang memakan diriku....aku sama sekali tidaklah mengatakan aku insan yang paling baik di dunia ini tapi aku mahu insan didunia ini terima kasih aku apa adanya sebagaimana aku mengasihi mereka lebih adanya...kalau kerana persahabatan aku dengannya menghasilkan bahagia aku suka tapi mendatang sakit hatinya biarlah aku undur diri...begitulah aku...walau kau kenal aku atau tidak...dari apa yang aku cerita ini...harap kau mengerti dan sudi memaafkan aku jika kiranya aku ada melukakan hatimu duhai sahabat...di sini kita boleh teruskan berkawan juga kalau kau sudi terimaku menjadi sahabatmu...
Karya Ratu Rimba Niagara,
20 Mac 2012
PASTI KAU MERINDUINYA SELALU
Mereka bilang...
Apakah ahli group ombak rindu ini semuanya jiwang-jiwang belaka?
Kujawab iya...
Takkanlah dah berkeluarga masih lagi jiwang-jiwang ye?
Selagi namanya manusia takkan lari dari jiwang-jiwang
Mereka ketandusan kasih ke? Justru mereka sepi?
Habis kasih mu dah sempurna ke? Dan hidupmu tak pernah sepi ke?
Detik...hatiku mereka yang jiwang-jiwang ni ...fikiran mereka mesti menerawang...
Maksud kau?
Menerawang di dunia fantasi bukan realiti
Ah! Kau apa tahu bahasa kalbu bahasa jiwa bahasa hati...
Yang kau tahu cakap buat orang sakit hati bawa ke mati...malangnya nasib diri...
Kenapa kau cakap aku macam tu apa maksudmu,....
Mana satu kau nak pilih bahasa menempa dosa atau bahasa mengundang hidayahNya
Pastilah bahasa hidayahNya
Jusetru jadilah ahli group Ombak Rindu...pasti kau merinduNya selalu.
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara,
18 Mac 2012
SAIR-SAIR CINTA NAN INDAH
Kedaton Kraton Wahyu Utama
Sair sair cinta nan indah agung membuatku semakin hayut terpesona kecantikan keagungan kelembutan kata kata sair nan begitu merdu indah agung penuh kasih sayang sejati...... tapi sesunngguhnya aku merindukan mendambakan bila mana sair sair itu adinda Putri Rimba Niagara... kirimkan untuk pesona kerajaanku .....pesona negeriku..... biarlah kehidupan kerajaan terdengar lantunan nyanyian merdu dari bidadari sang putri Istana Rimba Niagara...... duhai pesona bidadariku... aku ingin jiwaku bisa melayang layang oleh buaian sair sair keindahan kasih sayang dan cinta mu nan sejuk indah Agung... wahai putri Istana Rimba Niagara pesona Bidadariku nyanyikanlah sair sair cinta untuku penuh kelembutan hati nuranimu sebagai sepiritual kasihku dalam mewujutkan serial karya karya lukisan sair sair nan indah Agung Penuh kasih dan pesona bagai kan hidup di alam surga cinta nan indah Agung...dalam serial karya yang sangat aku kagumi....wahai bidadariku...
KARYA MAHA AGUNG CINTA-NYA
Duhai putera kayanganku...
Yang disanjungi lagi dihormati...
Terkeduku lagi syahdu rasa hati ini pabila kau tak jemu menghargai karyaku ...lalu bersyukurlah aku pada Allah atas KurniaanNya mengurniakan rakan seperjuangan dalam dunia senimu seniku berpadu pastinya menghasilkan dunia Karya Maha Agungnya Cinta KeranaNya
jikalah jadi kenyataan dunia senimu dunia karyaku makanya cita-citamu dan cita-citaku dimakbulkan Allah SWT pastinya kau dan aku akan bersujud penuh syukur kerana menjadi peninggalan kepada anak bangsamu anak bangsaku ....khazanah yang ditinggalkan adalah lambang cinta seutuhnya kepada mereka setelah kita tiada di dunia ini. Bukan sanjungan atau nama yang diinginkan melainkan redhoNya yang diharapkan di kala hidup atau di kala mati.
Moga dengan pertemuan kita di alam maya ini yang pastinya telah diAturkan OlehNya membawa jalan-jalan ke SyurgaNya ...menjadikan dunia ini Syurga Cinta KeranaNya rela berkorban harta dan nyawa demi mendapat redho dan cintaNya.
Bukalah kita memberitahu dunia akulah ahli Syurga kerana akulah yang terbaik sekali....bukan....bukan...bukan...tiada niat pun begitu untuk membangga diri...dan aku sentiasa sedar siapalah aku cuma hamba yang selalu tidak sempurna...justru aku mesti selalu muhasabah diri agar aku tidak terlalai dengan pesona cinta duniawi.
Biarpun kita tidak sebaik mereka yang baik-baik....apalah salahnya kita bercita-cita hendak menjadi hambaNya yang baik dan berkata-kata yang baik-baik sentiasa mahu mencari jalan-jalan ke SyurgaNya...menjadikan dunia ini Syurga dunia cinta keranaNya....berkata-kata pun seperti ahli Syurga....tiada sakit menyakiti...tiada luka melukai tiada iri di hati
berkata seolah ini ucapan yang seindah dan setulus hati kuungkapkan pada semua yang dikasihi keranaNya...andaikata itu adalah kalimah terakhir....yang ditinggalkan terasa bahagia ...yang mengadap Ilahi juga terasa tenang berjumpaNya....Insya-Allah Aamin.
Duhai putera kayanganku....
Itulah dunia yang aku dambakan
Semuanya terangkum dalam karya-karya syair gurindamku
Kepada semua watak-watak yang kuwujudkan saling
Berkasih sayang keranaNya
Berkata-kata nan indah keranaNya
Saling berkorban harta dan nyawa demi redho dan cintaNya
Duhai putera kayanganku
Kiranya kau boleh memahami dunia yang kudambakan
Bolehlah kita bekerjasama untuk menjadikan watak-watak
Imaginasi sebagai dunia realiti jadinya
Tapi tunggulah saat dan ketikanya
Harap kau sabar menanti saat dan ketika
KUN FAYAKUN
Itulah saatnya cita-citamu cita-citaku menjadi realiti
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Ikhlas daripada rakan seperjuanganmu yang sentiasa mengagumimu,
Putri Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara Malaysia
21 Mac 2012
SAHABAT AKU MAHU MENJADI SAHABAT DUNIA AKHIRATMU
BERSAHABAT HINGGA KE SYURGA.
BERKATALAH SEPERTI PENGHUNI SYURGA
Dalam kata-kata ada pahala dan dosa,
Anda pilih yang mana satu,
Kata yang salah tetap berdosa,
Mendapat Syurga itu yang dimahu.
Kata-kata indah pengubat hati,
Seperti berada di Taman Syurga,
Dalam perbalahan tiada yang menang,
Justeru bertutur katalah seperti penghuni Syurga.
Karya Ratu Rimba Niagara,
18 Mac 2012
HAMBA
Aku berkawan bukan kerna darjat atau pangkatnya
Asalkan dia bersikap hamba itu sudah memadai...
Sebab dia hamba aku pun hamba
Hamba apa?
Hamba Allah lah...
Engkau tak tahu ke?
Tahu saja buat-buat tak tahu
Kenapa buat-buat tak tahu
Yelah kekayaan..pangkat dan segalanya telah membutakan aku....
Ooo...selama ini kau butalah...
Ye...selama ini aku buta hati...sekarang ni dah celik hati....
Syukur Alhamdulilllah
Kita sama-sama celik hati untuk selamanya ye...hamba...
Aamin.
Karya Ratu Rimba Niagara
20 Mac 2012
BULAN SEAKAN MALU UNTUK MENONJOLKAN DIRI
Awan membiru
Memenuhi malam itu
Bulan seakan malu menonjolkan diri
Namun kehadiran bulan pada malam itu
Mengindahkan suasana malam
Mengujakan aku untuk
MemujiMU
Betapa KebesaranMu Tuhan
Menciptakan segala keindahan di cakarawala
SUBHANALLAH ALHAMDULLAH ALLAHU AKHBAR
Karya Ratu Rimba Niagara
20 Mac 2012
MENTARI KAMI MAHU MENJADI SEPERTIMU!
Selamat pagi sang mentari...
pagi ini kau menjelmakan dirimu dengan senyuman manismu...
Aku suka banget senyuman mu itu sang mentari
sinar mu yang indah itu bikin air laut di ombak rindu ini berkilauan
sesiapa memandang pasti menyilau mata tapi masih mahu memandang kilauanmu
Bersinarlah kau...bersinarlah kau sang mentari untuk kami
sentiasa bersyukur padaNya kerana mengurniakan kamu
tanpamu pasti kami dalam kegelapan dan tak bererti hidup kami
kau menerangi sinarmu untuk kami tapi dirimu terbakar sendiri
tak kau kisahkan malah kau masih bisa tersenyum...
Malunya kami dibandingkan denganmu yang patuh perintah PenciptaMu tanpa sesaat pun lalai dengan tanggungjawabmu untuk menerangi kami...
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Moga kami dapat jadi sepertimu yang taatkan perintah Pencipta kami dan Penciptamu juga.
Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya Ratu Rimba Niagara.
29 Mac 2012
Hingga saat ini aku rasakan aku adalah insan yang tak pernah sempurna...sebelum sampai waktu ....aku ingin pulang ke negeri abadi dalam keadaan tenang ...seabadi cinta semua yang mengasihi aku keranaNya. Aaamin..
Syukur Alhamdullilah di pagi yang indah ini aku diberikanNya peluang untuk bernafas
Ya Allah jika nafas yang Kau pinjamkan padaku ini boleh memberikan manfaat buat roh dan jasadku kau teruskan pernafasannya sehingga aku mampu juga memberi manfaat roh dan jasad kepada semua yang ada di muka bumiMu ini yang aku mahu cuma jalan-jalan redhoMu Ya Allah .Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
DUNIAKU ADALAH SASTRAKU
Pabila senyummu bukan lagi penawar dukaku....
Melihat permandangan yang menghijau ini menjadi menyembuh lukaku.
Lalu kubuang jauh namamu di sudut hatiku
Kerna kata-katamu sudah meracuni jiwaku
Maafkan aku kerana tidak dapat menerimamu lagi sebagai rakan fbku
Aku perlukan mereka yang menyokongku 100%
Biarpun sekadar like saja karyaku pun sudah memadai
Kalau diberi pendapat membina lagilah kusuka
Kepada yang tidak memenuhi syaratku ini maafkan daku
Kerna aku ber fb bukanlah sekadar suka-suka
Namun yang bukan rakan fb ku lagi
Namamu tetap tersanjung di hati
Jika ditakdirkan berjumpa di alam realiti tetap bertalisiraturrahim
Kerna ku amat takut memutuskan talisiraturrahim
Cumanya aku hanya perlu mereka yang memahami kerjayaku saja
Maaf....maaaf ku pinta daripada kalian
Kepada mereka yang masih bergelar rakan fbku harap fahami daku
Bukan saja mahunya aku begini tapi sudah kehendakku begini...
Kerana...DUNIAKU ADALAH KARYAKU DUNIAKU ADALAH SASTRAKU DUNIAKU ADALAH PERJUANGANKU!
Moga Allah SWT ampunkan aku mereka juga ampunkan aku...
Karya Ratu Rimba Niagara.
29 Mac 2012
"Budaya lokal akan terlestari asalkan mendapat sokongan daripada semua pihak antara Raja, Pemerintah dan rakyat. Andai salah satu tidak memberi sokongan makanya tinggallah impian yang tak akan terlestari...."
AKU PERCAYA KARYAMU AMAT TINGGI NILAINYA
Aku percaya karyamu amat tinggi nilainya sebab itu namamu disanjung di seluruh pelosok dunia kerana sesempurna yang engkau mahu...dunia pembaca mahu....makanya dunia sastera mempertabatkan karyamu...tahniah sahabatku....moga namamu dijulang di persada dunia sastera yang kau mahukan dan engkaulah yang mempertabatkan dunia sastera negara....dan aku doakan moga kau dinobatkan sebagai Sasterawan Negara!
By Putra Arjuna Kasih
22 Mac 2012
Syukur Alhamdullilah di pagi yang indah ini aku diberikanNya peluang untuk bernafas
Ya Allah jika nafas yang Kau pinjamkan padaku ini boleh memberikan manfaat buat roh dan jasadku kau teruskan pernafasannya sehingga aku mampu juga memberi manfaat roh dan jasad kepada semua yang ada di muka bumiMu ini.
Yang aku mahu cuma jalan-jalan redhoMu Ya Allah .Aamin Ya Rabbal A'Lamin.

AKU PERCAYA KARYAMU AMAT TINGGI NILAINYA
Aku percaya karyamu amat tinggi nilainya sebab itu namamu disanjung di seluruh pelosok dunia kerana sesempurna yang engkau mahu...dunia pembaca mahu....makanya dunia sastera mempertabatkan karyamu...tahniah sahabatku....moga namamu dijulang di persada dunia sastera yang kau mahukan dan engkaulah yang mempertabatkan dunia sastera negara....dan aku doakan moga kau dinobatkan sebagai Sasterawan Negara!

Petikan kata-kata daripada Sahabat Sastera
21 Mac 2012
3 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
SUBHANALLAH KASIH SAYANG IBU NYAWA JADI TARUHAN
SUBHANALLAH KASIH SAYANG IBU NYAWA JADI TARUHAN
SETAHUN SUDAH BERLALU KAMI MASIH MERINDUIMU MH370
setahun sudah berlalu
kami masih merinduimu MH370
kehilanganmu entah di mana
puas kami mencarimu
hingga ke hujung dunia
namun masih tidak diketemui
setiap hari kenangan indah bersamamu
sentiasa terbayang-bayang
membuatkan kami bertambah rindu tak tertahan
kering air mata ini mengenangkanmu
lagi diingat lagi sebak hati ini
rindu serindu rindunya
kasih tak berbalas kasih
sepi berpanjangan
sesepi lautan hindi
hadirlah dalam mimpi kami
walaupun seketika
untuk mengubat rindu mencengkam jiwa
pasti indah pertemuan di kala itu
kita saling berpelukan menghilangkan rindu
tapi itu cuma igauan mimpi
mimpi ngeri kehilanganmu MH370
MH370 di manapun keberadaanmu
andai kamu sudah berada di alam sana
kami doakan kamu mengecapi bahagia di Syurga
kamu mendahului kami
tunggulah kami di pintu Syurga
moga Allah izinkan kita bertemu
indahnya pertemuan di kala itu
penantian berakhir dengan pertemuan yang abadi
Subhanallah pada-Mu aku berserah hidup matiku
dari-Mu aku datang kepada-Mu aku dikembalikan
kembalikan aku dalam jiwa dan roh yang tenang redha lagi diredhai-Mu,
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Karya Ratu Rimba Niagara
17 Jamadil'Awal 1436H
8 Mac 2015
(Puisi Dikarangkan Istimewa Untuk Semua Waris MH370 Yang Sentiasa Tersanjung Di Hati. Kami Sentiasa Memberi Sokongan Kepada Anda Kerana
Sedihmu Sedihku Jua Moga Puisi Yang Dikarangkan Terubat Rindu Di Hatimu Dan Dapat Merawat Luka Pedih Di Hatimu)
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
5 Rejab 1439H
23 Mac 2018

0 comments:

Post a Comment

 
;