Tuesday, 24 April 2018

BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (53) NOVEL RATINA ISTIMEWA UNTUK PEMINAT RATU RIMBA NIAGARA



BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (53) NOVEL RATINA  ISTIMEWA UNTUK PEMINAT RATU RIMBA NIAGARA
Sekalung ucapan terima kasih kepada yang disayangi Kim's Diwa...sayang kamu 100% atas sokonganmu....buku Antologi akan dilahirkan 3 buah bertajuk:
1. Antologi Puisi Allah Kau kuCinta
2. Gema Puisi Sekali Merdeka! Merdeka Selamanya!
3. Saya Sayang Bumi! Saya Cinta Malaysia!
Semuanya setebal 300 mukasurat ke atas dengan harga promosi RM25.00 tidak termasuk pos
Mana tahu atas sokongan pembaca budiman sekalian cita-cita Ratu Rimba Niagara berjaya. Aamiin
Berminat PM sis yer...
Suka
Kim's Diwa terima kasih tak terhingga atas komen Novel Ratina, mereka yang keras hati rugi tak baca ...minat PM

Suapan Berita

Suka
Komen
Komen
Ratu Rimba Niagara Terima kasih Kim's Diwa komen mu menyentuh kalbu , novel tu sudah 40 tahun dalam simpanan sis, dikarang tika umur 16 tahun , sis di sekolah menengah..masa tulisan tangan kawan-kawan kelas pun menangis...dikarang sehingga lima tahun baru habis...moga novel Ratina dapat sambutan pembaca dan buku-buku yang lain juga, doakan yer...Aamiin.
Uruskan
Balasan1j

Kim's Diwa Berbagai perasaan bergumul time baca Ratina ni. Betul2 hebat o cara penceritaan. Tahniah sekali lagi.
Uruskan
Suka
Balasan41m
Ratu Rimba Niagara Alhamdulillah, sis amat terharu atas komen kim's diwa sehingga sis teruja untuk promosikan ke grup2 yang sis sertai grup cintan cintun..hihihi
Uruskan
Balasan22mDisunting

Ratu Rimba Niagara Suka tak dapat kad tandatangan dari Ratu Rimba Niagara...
Uruskan
Balasan23m

Kim's Diwa Ngam sis. Suka sangat2...Hehe
Uruskan
Suka
Balasan22m
Ratu Rimba Niagara Kim's Diwa itu adalah lambang cinta sis kepada semua peminat sis yang memberi sokongan sepenuh hati, cita-cita sis semua karya sis dijadikan perpustakaan di anjung rumah peminat sis di seluruh nusantara....jika dunia nanti perasan pulak....hihihi


BULAN DAN BINTANG HADIAH NENDA RATU (Antara puisi, ' Pemikiran Aras Tinggi @ 'Critical Thinking')
Terima kasih atas sokongan padu daripada Kesatria Sastera diRaja Nusantara.
Panglima
Sesungguhnya beta amat terharu
di kala hati tak sabar menggapai bintang-bintang yang kian hampir, beta teruja dan terlalu taksub memiliki bintang kejora di antara yang terindah daripada
bintang-bintang lain.
Kejora senyum…
Kejora bersyukur beta kian memilikinya
tapi dalam ketaksuban untuk memilikinya
beta terlupa akan ada yang cuba menggagalkannya
lalu beta jadi kelu
putus asa beta jadinya
beta terdengar suara-suara anak cucu beta berkata,
"Nenda...Nenda...Nenda Ratu Pujangga Cinta Lima Benua, percayalah dengan usaha perjuangan nenda untuk kami, harapan dan doa kami sentiasa mengiringi perjuangan nenda menggapai bintang untuk kami…
kami hargai semua pengorbanan nenda Ratu
kami sayangi nenda sebagaimana nenda sayangi kami
nenda sanggup berkorban apa saja untuk kami
rela korbankan segala perasaan, harta dan nyawa untuk kami, yang nenda tahu segala cinta, kasih dan sayang nenda sanggup hadapi semuanya! semata-mata mahu menghadiahkan bulan dan bintang untuk kami,
Allahu Akbar nenda Ratu...percayalah dengan janji Allah
bersama dengan perjuangan suci nenda, Allah suka mereka yang berkasih sayang, ehsan, perikemanusiaan sesama insan pasti Allah memakbulkan doa-doa semua rakyat Nusantara untuk nenda walaupun kami belum dilahirkan ke dunia menyaksikan perjuangan suci nenda
roh-roh kami telah menyatu di jiwa nenda
sebab itu nenda dapat rasakan semangat kami di jiwa
nenda semangat roh kami menyatu pada semangat roh nenda biarpun seribu tahun nenda telah tiada…
kami anak cucu nenda selalu mendoakan nenda tenang abadi di Syurga bersama dengan roh-roh para Syuhada
Bidadara bertemu dengan Bidadari...
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Rahsia Allah pada setiap takdir yang ditakdirkan pada hambaNya Hanya DIA yang tahu, kami tidak tahu, nenda tidak tahu dan semua hambaNya tidak tahu, takdir itu menjadi tidak rahsia apabila doa dimakbulkan Tuhan itulah takdir terindah untuk nenda. Para Kesatria Sastera diRaja Nusantara seluruh Rakyat Nusantara dan seluruh kerabat diRaja Nusantara yang terindah sekali … kewujudan kami selepas seribu tahun ketiadaan nenda, takdir terindah itu dapat kami nikmati dengan rasa Syukur pada Ilahi, kami sayangi nenda sebagaimana nenda sayangi kami...
bulan dan bintang yang nenda hadiahkan untuk kami
akan dijaga sepenuh jiwa raga kami akan pertahankan semua karya-karya nenda tanpa terkecuali biarpun kami terpaksa berkorban harta dan nyawa tak akan kami izinkan karya nenda dipersendakan sesuka hati kerana karya-karya nenda ada;
1. Cinta Allah kepada semua hambaNya
tanpa terkecuali.
2. Cinta Rasulullah kepada umatnya tanpa terkecuali.
3. Cinta sesama insan semuanya kerana Allah SWT.
4. Cinta perdamaian dunia.
5. Cinta Raja kepada rakyat.
6. Cinta rakyat kepada Raja.
7. Cinta moyang kepada anak cucu Nusantara.
Cinta...Cinta…Cinta...
sebuah perjuangan cinta yang suci murni semuanya kerana Allah SWT. Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
kami bersumpah atas nama Allah Azzawajallah
akan meneruskan Perjuangan Anak Bangsa Nusantara sebuah perjuangan yang suci murni agar dapat kami wariskan BumiNya ini dalam aman dan sejahtera sehingga bumi ini Kiamat, moga perjuangan suci murni ini dibalas Allah dengan Syurga Firdaus agar kasih semua pejuang anak bangsa cintakan Ibu Pertiwi dapat bersama kesemuanya berkumpul di Syurga yang seluas langit dan bumi bersama memandang Wajah Allah Azzawajallah, insya-Allah Aamiin.
...........................................
Nenda Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapura/Thailand
23 Syawal 1434H
30 Ogos 2013

DAUNAN KASIH UKIRAN SENYUMAN KALBU
Duhai merpati putih
Terbanglah kau ke mana kau suka
Bahagia hidupmu
Kerana ke mana kau pergi
Kau membawa kehidupan
Yang memberi erti
Sebuah kehidupan
Yang ceria berpelangi berbintang berpurnama
Siang berserikan pelangi
Malam berserikan bintang dan purnama
Bahagialah semua kehidupan
Tanpa gerhana
Senyuman terukir di wajah
Maka terukirlah sebuah senyuman kehidupan di kalbu
Impaknya dirasai hingga dapat diwariskan ukiran senyuman
Hingga ke kalbu anak cucu
Itulah erti perjuangan sebuah kehidupan yang didambakan
Si merpati putih
Menyebar luaskkan daunan kasih
Ke serata pelosok bumi
Semuanya dengan izinNya jua!
Karya Ratu Rimba Niagara
7 April 2012

CERIA DALAM RAHMAT KASIHNYA
Salam sejahtera pada semua rakanku...
Sudilah terima karyaku setiap kali bersiaran
Dan sudilah menyokongku dengan pendapatmu 
Yang bernas agar aku dapat menghasilkan karya yang bermutu
Setiap karyaku... akan kutinggalkan untuk anak cucu rumpun melayu
Kerjasama kalian amat aku harapkan
Tiada apa yang dapat diucapkan melainkan
Dipanjatkan syukur pada Allah SWT
Mengurniakan sahabat seperti kalian semua
Dan mogalah sudi terimaku sebagai rakan setiamu di sini
Insya-Allah kita jadi rakan yang ceria dalam rahmat kasihNya
Salam kasih sayang dariku untuk kalian yang tersayang
Sahabatmu yang ingin setia,
Putri Rimba Niagara
23 April 2012

SALAM MENYATUKAN HATI
Ingin kukirim rindu
Di ombak rindu
Takut tak terbalas rindu
Ingin kukirim kasih
Takut tak terbalas kasih
Lalu tersisih
Ingin kukirim salam
Pasti terjawab salam
Salam menyatukan hati
Menyatukan rindu
Menyatukan kasih
Kasih tak tersisih
Karya Putri Rimba
23 April 2012

AKU DITAKDIRKAN MENYAYANGI SEISI ALAM
Duhai sahabatku...
Kamu hadir bagaikan mimpi dalam puisi
Puisiku berlagu mendayu-dayu
Mohon Allah mengerti
Mohon alam mendengar
Mohon penghuni bumi memahami
Bahawa aku sayang mereka semua keranaNya
Bukan untuk menunjukkan aku pandai dalam berpuisi
Aku ditakdirkan menyayangi seisi alam keranaNya
Makanya aku redha dalam kesyukuran
Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Putri Rimba.
23 April 2012

AGAR KASIH TAK TERSISIH
SEBELUM TERPEJAM MATA


Tapi kamu saja yang sudi menjawab salamku
Yang lain jawab dalam hati
Yang penting aku sudah kirimkan salam
Salam kasih salam rindu yang terkasih
Agar kasih tak tersisih
Agar mereka maafkan aku
Agar Allah ampunkan aku
Sebelum terpejam mata
Untuk selamanya


Karya Ratu Rimba Niagara
23 April 2012


'Pemimpin rakyat sejati akan merasai kemenangannya kerana naluri rakyat ada di hatinya' 

Menulis politik secara sihat tidak menyakitkan hati mana-mana pihak yang penting Sastera Rakyat mesti dimartabatkan di dewan rakyat apabila PRU dimenangi oleh pilihan rakyat. Meminggirkan penulis tak apa tapi sastera tak boleh dipinggirkan di dewan rakyat sebab suara sastera adalah suara rakyat. Sastera Rakyat dari rakyat untuk rakyat.

http://sasterakuduniaku.blogspot.com/

Bunda Ryan Chacha hehehe iya bunda,,,met malam bunda,,,
Uruskan

Foto Cik Puan Dang Merdu.
Cik Puan Dang Merdu telah mengemaskini foto kulitnya.
Komen
Ihyamuddin Ihya
Ihyamuddin Ihya Indahnya...

1
Uruskan

6y
SukaTunjukkan lagi reaksi
 
Ratu Rimba Niagara INDAHNYA AWAN DI MALAM ITU DISINARI PURNAMA BERCAHAYA-CAHAYA

Subahanallah indah sungguh alam ciptaanMu

Kumpulan awan di malam itu disinari purnama malam
Cahaya purnama dikongsikan bersama kumpulan awan
Makin dikongsi makin bercahaya-cahaya semua kumpulan awan
Indahnya di langit malam itu Allahu Akhbar Subhanallah Alhamdulillah
Begitulah indahnya puisi karyamu yang dikongsikan bersama rakan-rakan yang tercinta...terimakasih sahabatku senyumanmu masih kunantikan di purnama malam...senyuman bukan diselindungi kerana senyuman satu sedekah tambahan pula senyuman ukhuwah bersahabatan dunia akhirat!
Senyum jangan tak senyum kerana senyum itu satu sedekah!

Putri Rimba.
22 April 2012
Uruskan

6y
SukaTunjukkan lagi reaksi
 
Ihyamuddin Ihya
Ihyamuddin Ihya Senyum ku bukanlah senyumku..senyummu bukanlah senyummu...namun sentuhan dariNya...melalui hati yg suci...semua itu rahmat dariNya...

1
Uruskan

6y
SukaTunjukkan lagi reaksi
 
Ratu Rimba Niagara Pabila Rahmat KasihNya ada di kalbu makanya tercetuslah senyuman ikhlas tanpa paksaan.

1
Uruskan

6y
SukaTunjukkan lagi reaksi
 
Ihyamuddin Ihya
Ihyamuddin Ihya Alhamdulillah..mudah2an kita selalu mensyukuri rahmat kasih sayangNya...

1
Uruskan

6y
SukaTunjukkan lagi reaksi
 
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamin

1
Uruskan

6y
SukaTunjukkan lagi reaksi
 


(PETIKAN DARIPADA WALL SAID IBRAHIM)
18 April 2012
Seloka gurindam pantun akan disuburkan,
Pada anak muda agar tidak melupai;
Pusaka bangsa moyang diperjuangkan,
Ayuh bersama mewariskan agar diminati.
MOHON SOKONGAN RAKAN FB & GRUP TERCINTA
Assalamualaikum semua rakan fb dan grup yang dikasihi sepenuh jiwaku.
Dalam masa terdekat ini, Ratu Rimba Niagara buku Ratu Rimba Niagara diterbitkan, Tajuk:
1. Antolongi Puisi Allah Kau kuCinta - 347 mukasurat
2. Gema Puisi Sekali Merdeka! Merdeka Selamanya! 319 ms
3. Dimensi Karya Pujangga Nusantara Ratu Rimba Niagara 348 mukasurat
4. Novel Ratina - 159 mukasurat
Harya untuk 4 buku RM 100.00 (Tidak termasuk pos)
Berminat whatsapp ke 017 2559582
E-mail: raturimbaniagara2014@gmail.com
Moga mendapat sambutan daripada semua rakan fb dan
grup yang dikasihi sepenuh jiwaku.
Berminat sila sertakan no telefon sahabat tercinta...
"Manalah tahu dengan sokongan sahabat semua tercapailah cita-cita untuk mendirikan, "KOTA SASTERA RATU RIMBA NIAGARA,' menjadi realiti dengan izinNya jua. Aamiin.

RATU RIMBA NIAGARA & CITA-CITA
Menulis sejak 1975 hingga sekarang
Menulis di alam maya 2011 hingga sekarang.
Kursus Penulisan Yang Dihadiri Anjuran:
Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN), DBP, GAPENA, Persatuan Karyawan Nusantara, ASWARA, KALAM Dan PENA.
Minat berkarya sejak usia 9 tahun hingga kini, karya bertemakan KETUHANAN, Kemanusiaan, Alam, Kenegaraan, Peperangan, Kesatria, Kerohanian dalam bentuk Puisi, Pantun, Gurindam, Syair, Teater Bangsawan DiRaja, Novel,Cerpen dan Buku Kreatif Kanak-Kanak Sesuai Dijadikan Filem Animasi
Nusantara dan Antarabangsa.
Bercita-cita Mempunyai Kota Sastera ,
‘KOTA PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA, Galeri RATU RIMBA NIAGARA Dan Perpustakaan RATU RIMBA NIAGARA.’
Semua bahan sastera Ratu Rimba Niagara
dijadikan produk pelancongan yang diminati semua Rakyat Nusantara sebagai tanda kasih sayang Ratu Rimba Niagara kepada semua generasi kini dan akan datang!
KARYAKU DI PERPUSTAKAANMU IMPIANKU
Alangkah bahagianya jika karya sasteraku
menjadi koleksi perpustakaan di rumah
peminatku di seluruh dunia
aduhai! kasih sayangku
ada di hati mereka.
Ada juga di perpustakaan sekolah dan pusat
pengajian tinggi IPTA dan IPTS di seluruh dunia
itulah matlamat aku berkarya
dunia karya duniaku
peminat karyaku kesayanganku!
Kasih sayangku pada peminat karya-karyaku
sentiasa hidup walaupun aku sudah tiada di dunia ini.
Duhai yang meminati karyaku
jutaan terima kasih kuucapkan padamu
kerana sudi membaca karyaku
ketahuilah olehmu setiap karyaku adalah lambang
kasih sayangku pada seluruh penghuni bumi tercinta.
Minat kalian pada karyaku amat aku terharu
teringat aku di zaman remaja
apabila melihat remaja membaca, ‘ANTOLOGI PUISI ’
kubayangkan buku yang dibaca itulah karyaku
bahagia sangat teringat di kala itu
rasanya dunia ini aku yang punya
biarpun itu cuma fantasi di kala itu
tapi dengan izinNya karya-karyaku dibaca
di alam maya, Allahu Akbar tak pernah terfikir
olehku karya-karyaku dibaca di alam maya dengan
jumlah pembaca ratusan ribu mungkin berjuta,
diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dunia
itulah yang aku cita-citakan.
Biarlah aku tak terkenal di luar sana atau
di mana-mana, aku menulis bukan kerana nama
bukan mahu penghargaan atau mahukan pujian
aku menulis tanda aku syukur padaNya
aku menulis tanda aku sayangkan semua
penghuni bumi dan langit
semuanya aku sayang tanpa terkecuali.
Moga Allah SWT sudi membalas cintaku
dan moga semua yang membaca karyaku
sudi menyayangiku juga keranaNya.
Percayalah kasih kita tetap mekar semekar
bunga-bunga di Taman-Taman Syurgawi
berkat kita saling berkasih sayang keranaNya
kasih kita walaupun tak pernah bertemu
di alam nyata cuma di alam maya
cuma melalui karya-karyaku
kita berbicara bagaikan saudara kandung
bagaikan rakan dunia Akhirat
kita bisa menyambungkan tali ukhuwah kasih ini
sampai ke Syurga insya-Allah
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Yang menyayangi semua pembaca karya sasteraku,
aku sayang kamu sesungguh sayang
aku sayang kamu kerana sejak Azali lagi
kita punyai niat yang sama saling
berkasih sayang keranaNya.
‘Karyaku Duniaku Peminatku Kesayanganku’
Yang ingin sentiasa di hatimu,
Ratu Rimba Niagara
2 Syaaban 1438H
18 April 2018
             

PETIKAN PERPUSTAKAAN ALAM MAYA RATU RIMBA NIAGARA
8 Syaaban 1439H
24 April 2018

0 comments:

Post a Comment

 
;