SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (216) TAHNIAH PERDANA MENTERI MALAYSIA KELAPAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
Satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang akan menyebut firman Allah semasa berucap dihadapan rakyat jelata. Jommm Sama2 kita Aamiinkan..Semoga #ABAH kekal sebagai Perdana Menteri yang baik dan berjiwa besar. Inilah pemimpin yang kami tunggu
Aamiin2 Ya Rabbal A'alamin..
PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA
1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Semua benda ada penciptanya,
Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
Apa dicipta penuh bijaksana,
Demi kebaikan seisi alam.
2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
i) Setia kepada Raja dan negara,
Rukun negara yang kedua;
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Negara aman rakyat sentosa.
ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
Berkorban nyawa demi negaraku;
Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
Seluruh rakyat cintakan negaraku.
3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Di parlimen tempat besidang,
Para pemimpin pilihan rakyat;
Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.
4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Negara aman ketangkasan polis bertindak,
Menggadai nyawa membanteras jenayah;
PDRM & ATM berjiwa patriotik,
Apabila berjuang tidak pernah mengalah.
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
i) Budi bahasa pengikat kasih,
Kasih mengasihi sesama insan;
Saling membantu penyeri kasih,
Senyuman terukir di hati insan.
ii) Rakyat sayang Perdana Menteri,
Galakan rakyat bersatu padu;
Pelbagai kaum hormat menghormati,
Agar negara terus di mercu.
Karya Ratu Rimba Niagara
9 Julai 2020
(Pantun diilhamkan sempena sambutan ulangtahun ke-50 Rukun Negara yang mempertautkan seluruh rakyat Malaysia dalam satu semangat cintakan negara)
DI SEBALIK GELARAN 'ABAH'. INI CORAK KEPIMPINAN MUHYIDDIN YASSIN YANG BERBEZA DENGAN PM SEBELUM INI.
Perubahan tampuk pemerintahan sejak Mac lalu sedikit sebanyak merubah wajah politik di Malaysia. Walaupun ramai pemimpin yang memegang kuasa kini bukanlah baru, namun, kita dapat melihat perbezaan ketara komunikasi pentadbiran ini berbanding dengan yang lalu.
Sejak pertukaran kuasa daripada Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin mengambil tempat sebagai perdana menteri kelapan.
Namun, siapa sebenarnya Muhyiddin dan apakah corak kepimpinan beliau?
Walaupun kerjaya politik beliau bemula sejak 1978 sebagai ahli parlimen Pagoh, umumnya masih belum mengenali beliau dari dekat. Dengan keadaan krisis pandemik Cov-19 yang semakin meruncing ketika itu, ramai gelisah dan memerlukan imej yang boleh memberikan kepercayaan dan ketenteraman.
Tatkala digasak dengan gelaran pengkhianat dan kerajaan tiada mandat atau pilihan rakyat, semuanya tidak langsung memberi kesan yang besar kepada beliau.
Persoalannya, mampukah imej baru ini dapat bertahan lama atau sekadar perhiasan yang tidak mampu menangkis polemik politik yang mungkin bergelumang sekali lagi?
Rata-rata ramai yang tertarik dengan pendekatan baru sejak perutusan pertama beliau di kaca televisyen dengan penggunaan bahasa yang lebih mudah difahami dan bersifat kolokial. Pendekatan ini memberikan satu persepsi seolah-olah beliau cuba mendekati rakyat mengelakkan bahasa yang terlalu teknikal dan penuh dengan jargon.
Panggilan ‘Tok’ mahupun ‘Abah’ bukanlah sesuatu yang baru, malah ia sememangnya agak sinonim dalam politik Melayu sejak beberapa kurun yang lalu ketika zaman feudal. Ini merupakan budaya berdasarkan hierarki dan politik naungan (patronage).
Dalam pemerhatian dan kajian oleh Anthony Miller dalam buku beliau, Kerajaan: Budaya Politik Melayu sebelum Era Pemerintahan Kolonial. Penulisan beliau menyingkap bagaimana politik Melayu masih berpegang kuat kepada beberapa elemen-elemen yang masih bertapak kukuh yang merangkumi dalam era selepas kemerdekaan.
Aspek-aspek seperti ini selalunya kurang mendapat perhatian ramai dalam pemahaman strategi komunikasi politik dalam kalangan Melayu. Yang menarik, ia merupakan satu langkah yang efektif dan ‘halus’ tertumpu kepada pengundi-pengundi Melayu.
Berikut adalah empat elemen utama pemerhatian dan strategi komunikasi dalam membentuk naratif serta merubah persepsi imej Muhyiddin sebagai perdana menteri baru dalam pentadbiran PN.
1. Persona baru imej pemimpin politik Melayu
Persona ini memberikan satu gambaran bahawa perdana menteri sekarang lebih dekat di hati rakyat dan menunjukkan satu imej kebapaan, dengan kata lain penaungan. Ciri-ciri pimpinan beliau pada ketika era pemerintahan BN tidak berapa diketahui ramai, dan sememangnya bukan seorang yang agresif dalam arena perseteruan politik.
Penampilannya yang lebih simplistik atau minimal, tidak tampak terlalu elit berbanding dengan pimpinan terdahulu.
2. Penggunaan bahasa yang lebih mudah difahami
Perutusan pertama daripada beliau semasa pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac lalu dengan menggunakan kata-kata yang mudah difahami dan mengelakkan penggunaan bahasa yang terlalu teknikal, seolah-olah ia satu nafas baru kepada orang ramai. Ini juga merupakan kali pertama seorang perdana menteri menggunakan Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris, dengan tujuan menjawab persoalan ramai dari kalangan pengundi bandar yang tidak berpuas hati dan kurang senang dengan perubahan kerajaan.
3. Faktor semasa, resepi terbaik merungkai persepsi negatif
Rata-rata rakyat berasa resah dan tidak puas hati dengan kemelut percaturan politik yang seolah-olah tiada kesudahan dalam pentadbiran yang lalu, dengan kata lain, fenomena keletihan politik.
Saban hari, tajuk utama laporan akhbar sentiasa dipenuhi dengan polemik penyerahan jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibahim, memberikan peluang kepada pembangkang pada masa itu untuk mengalihkan kebencian kepada pentadbiran PH.
Dalam keadaan penularan pandemik Cov-19, rakyat menginginkan kepimpinan yang perlu dibawa. Walaupun pentadbiran baru bawah PN tidak kurang isunya, tetapi pengurusan persepsi negatif dan strategi naratif ‘mengalihkan’ fokus sememangnya agak efektif.
Pada ketika PN masih cuba menyesuaikan diri dengan permuafakatan baru, PH pula masih ‘bergaduh’ secara terbuka di alam maya.
4. Kawalan komunikasi lebih ketat, kurangkan akses maklumat dan elak pemb0coran maklumat dalaman yang sensitif
Sepanjang 100 hari sejak Muhyiddin Yassin mengambil alih tampuk pimpinan di Putrajaya, hanya beberapa figura sahaja diberikan lampu hijau untuk bercakap dengan media, mahupun mengeluarkan kenyataan media. Bukan semua ahli jemaah menteri diberikan kebenaran, hanya menteri-menteri kanan dan juga birokrat kanan sahaja yang dibenarkan.
Selain itu, sidang media juga terhad kepada media kerajaan sahaja seperti Bernama dan RTM, wartawan daripada media swasta dan digital tidak dibenarkan. Setakat hari ini, perdana menteri hanya mengadakan satu sidang akhbar yang terbuka kepada semua sebelum pelaksanaan PKP.
Sidang akhbar oleh ketua pengarah Kementerian Kesihatan sajalah yang terbuka kepada semua media, manakala sidang akhbar oleh menteri-menteri kanan hanya kepada media rasmi kerajaan.
Dalam siri program Bicara Minggu Ini, pensyarah kanan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor mengulas fenomena ini sebagai satu simbolisme gambaran tentang kerajaan semasa, iaitu konsep ‘Kemelayuan’ dan ‘keakraban’.
“Kita dapat lihat kerajaan PN pada hari ini, kita boleh kata kerajaan yang hampir 95 peratus Melayu, lebih daripada itu. Ciri-ciri Kemelayuan itu nampaknya lebih tinggi berbanding dengan model Pakatan Harapan ataupun model Barisan Nasional pada sebelum ini.
“Pentadbiran ini juga cuba menggambarkan keakraban di antara pemerintah dan juga rakyat sebab kita kena faham di sebalik imej kemelayuan dan keakraban yang cuba ditonjolkan oleh kerajaan khasnya melalui retorik Bantuan Prihatin dan macam-macam cerita seperti Mak Cik Kiah dan sebagainya,” katanya.
Beliau juga berpendapat bahawa ia juga memerihalkan satu situasi kerajaan yang rapuh dan timbul isu persoalan ketidak-absahan kerajaan pada hari ini iaitu dengan tuduhan tebuk atap, pintu belakang dan sebagainya.
Hal itu cuba dialihkan dengan sentimen kemelayuan dan bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan yang baik dan berbudi dengan menekankan kepada produk bantuan masyarakat berbanding dengan perbincangan isu-isu yang lebih asas seperti keperluan untuk mendapatkan sokongan ataupun pengesahan di parlimen.
“Dengan imej-imej kebapaan dan penaungan (Muhyiddin) memperlihatkan peranan kerajaan sebagai penaung masyarakat pada ketika ini dengan hubungan yang digambarkan sebagai cukup akrab, menjalankan tugasan yang sepatutnya kerajaan lakukan berbanding dengan jasa atau bantuan.
“Jadi, bagi saya itu yang cuba dipupuk sebenarnya dengan mempertahankan imej bahawa kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan Melayu, sama ada ikut pintu belakang atau pintu depan, ataupun mana-mana pintu, itu tidak relevan,” tambahnya lagi.
Walaupun kerajaan sekarang tidak ditubuhkan melalui proses pilihan raya, Nadzri berpendapat bahawa yang relevan adalah kerajaan Melayu yang dikehendaki atau dituntut sejak PH memerintah selama dua tahun. Kerajaan sekarang dilihat dipimpin oleh kumpulan-kumpulan etno-nasionalis dan kumpulan Islamis juga dan itu dianggap lebih penting daripada isu-isu sekitarnya.
“PM jalankan tugas dengan baik, orang lain belum tentu” – Mustapa
“Kita baru tiga bulan, adakah pasukan (kerajaan) baru dapat buat kerja dengan baik? Kalau saya tidak yakin.
“Perdana menteri dah jalankan tugas dengan baik maka kita tumpu kepada masalah rakyat. Tidak ada kepastian orang lain boleh buat lebih baik.
“Kita lupakan (politik), untuk itu kita perlukan kesepaduan bersama. Perkara remeh-remeh itu kita ketepikan,” jelasnya kepada media selepas melawat Pejabat Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (Ecer) di Pasir Mas, Kelantan, hari ini.
Beliau yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai situasi politik negara pada masa ini
TANGGUNGJAWAB SEMUA PARA PENCINTA PATRIOTIK
Adalah tanggungjawab semua para pencinta patriotik menyubur suburkan obor api perjuangan cintakan negara pada jiwa anak bangsa...barulah MALAYSIA boleh senyum dalam kibaran Jalur Gemilang yang megah gagah...dan akan dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir! Jangan dipersiakan peluang yang masih ada untuk mengekalkan nikmat "KEMERDEKAAN" dari satu generasi ke satu generasi dalam maju jaya aman damai dan itulah yang dimahukan oleh para pahlawan yang telah gugur di medan juang demi meraih KEMERDEKAAN untuk dihadiahkan generasi akan datang!
SELAGI ADA USAHA
SELAGI ADA KEYAKINAN
SELAGI ADA KEPERCAYAAN
SELAGI ADA KESETIAAN
MATLAMAT PERJUANGAN TERCAPAI
UNTUK DIHADIAHKAN
KEMERDEKAAN INI
PADA ANAK BANGSA
SAMPAI BILA-BILA
Ratu Rimba Niagara
19 Ogos 2020
HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA
Subhanallah ketenangan yang menenangkan jiwa.
Mencintai-Mu Allah satu ketenangan Allahu Akbar.
Aku mendapat ilham bagaikan mengutip Permata Syurga berguguran dengan banyaknya lagi kukutip lagi banyak tak terkata . Allahu Akbar. Syukur Alhamdulillah. Aamiin
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA YANG TERINDAH INI KUHADIAHKAN TERISTIMEWA UNTUK SELURUH PENGHUNI BUMI TERCINTA
SAKSIKAN KEINDAHAN ALAM DENGAN IMAN PASTI KAMU AKAN PERCAYA KEWUJUDAN TUHAN
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
MOGA CINTA DAN KASIH INI
MENGUNDANG RINDU MEMBARA
TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
HINGGA KE AKHIR HAYATKU MENCINTAI-NYA
DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW
DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA
MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah. Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
24 Ogos 2020
5 Muharam 1442H
0 comments:
Post a Comment