Tuesday, 25 August 2020

SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (231) SELAMAT HARI KEPUTERAAN TENGKU PANGLIMA RAJA TENGKU AMIR NASSER IBRAHIM SHAH



SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (231) SELAMAT HARI KEPUTERAAN TENGKU PANGLIMA RAJA TENGKU AMIR  NASSER IBRAHIM SHAH 



Happy Birthday to Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
May Allah bless Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja with good health and long life. Amin
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri
Anda dan 10K yang lain
311 Komen
215 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

Komen

Paling Relevan

  • Peminat Utama
    SYAIR SULTAN ABDULLAH AGONG KE-XVI
    Tersebutlah kisah Agong tersohor,
    Sultan Abdullah Raja penyabar;
    Biarpun tugas penuh mencabar,
    Agar rakyat tidak terbiar.
    Permaisuri Azizah yang bijaksana,
    Cantik rupawan bagai bulan purnama;
    Memberi sokongan kepada baginda,
    Agar rakyat terus terbela.
    Bahagia hidup keluarga diRaja,
    Dikurniakan puteri dan juga putera;
    Dibesarkan dalam adat istana,
    Ayahanda dan bonda jadi idola.
    Sultan Abdullah diputerakan,
    Disambut keputeraan penuh kesyukuran;
    Semua rakyat gembira meraikan,
    Gembira rakyat dalam perhatian.
    Pahang negeri keputeraan baginda,
    Mempunyai ilmu penuh di dada;
    Anakanda kesayangan ayahanda dan bonda,
    Raja dan rakyat berpisah tiada.
    Berbudi bahasa berhemah tinggi,
    Baginda bertitah rakyat dengari;
    Semua jemputan baginda hadiri,
    Asalkan rakyat rasa dihargai.
    Sultan Abdullah mencemar duli,
    Menziarahi rakyat bantuan diberi;
    Rakyat gembera tiada terperi,
    Kebaikan baginda lekat di hati.
    Sultan bertitah lalu memuji,
    Kebijaksanaan Memanda Perdana Menteri;
    Memerintah negara amanlah damai,
    Rakyat terbela itulah dihajati.
    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Masalah rakyat dikongsi bersama;
    Rakyat mengangkat Institusi diRaja,
    Raja dan rakyat rasa bahagia.
    Sultan Abdullah selalu menyeru,
    Inginkan rakyat bersatu padu;
    Buat keputusan tidak terburu,
    Asalkan rakyat terus maju.
    Sultan Abdullah percaya rancangan kerajaan,
    Mampu dinikmati segenap lapisan;
    Rakyat bersatu dalam perpaduan,
    Negara makmur dalam perpaduan.
    Raja dan rakyat amat rapat,
    Ke mana pergi rakyat diingat;
    Perbelanjaan dibuat penuh cermat,
    Tuanku datang disambut hormat.
    Sultan Abdullah Agong ke enam belas,
    Dengan rakyat berkasihan belas,
    Tidak pernah rasa malas,
    Rakyat terbela dalam keikhlasan.
    Istana Agong tersergam indah,
    Apabila tertitah penuh bermadah;
    Pangkat yang tinggi tiada diendah,
    Bersama rakyat tetap merendah.
    Bersemayam baginda dalam istana,
    Rakyat diundang pergi ke sana;
    Raja kami yang bijaksana,
    Ikatan Raja dan rakyat terus terbina.
    Masalah rakyat sama dikongsi,
    Raja dan rakyat tiadalah sangsi;
    Ikatan terus jadi serasi,
    Tercipta sejarah untuk generasi.
    Sukacita Agong negara maju,
    Pemerintahan Agong terus dipacu;
    Warkah dihantar Agong dituju,
    Mendoakan Agong terus di mercu.
    Putera kesayangan ayahanda dan boda,
    Cemerlang negara amat sukacita;
    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Bijaksana memerintah negara tercinta.
    Sejarah kesultanan patut dihayati,
    Dipelajari oleh generasi terkini;
    Personaliti Raja amat dikagumi,
    Ke mana pergi tetap dihormati.
    Pemerintahan Agong adil saksama,
    Cadangan rakyat semua diterima;
    Minta Perdana Menteri beri kerjasama,
    Agar negara jadi ternama.
    Sultan Abdullah Agong kesayangan rakyat,
    Ke mana pergi pentingkan rakyat;
    Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
    Tuanku sentiasa di hati rakyat.
    Sultan Abdullah Agong ternama,
    Berjiwa rakyat adil dan saksama;
    Pentingkan rakyat walau di mana,
    Galakan rakyat sentiasa bekerjasama.
    Selamat menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong,
    Moga Tuanku Allah redhai kami doakan;
    Dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,
    Dilanjutkan usia dalam keberkatan.
    Sekian sahaja syair Agong ke-XVI sentiasa di hati rakyat,
    Untuk tatapan istimewa semua Raja dan rakyat;
    Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
    Daulat Tuanku! Tuanku sentiasa di hati rakyat.
    Ampun tuanku,
    Daulat tuanku,
    Patik merafak sembah, izinkan patik mengabadikan
    'Syair Sultan Abdullah Agong ke-XVI untuk tatapan
    seluruh rakyat Malaysia tercinta.'
    Patik percaya syair ini dapat mencetuskan rasa cinta yang amat mendalam kepada Institusi diRaja dan secara tidak langsung rakyat Malaysia akan mempertahankan Institusi diRaja hingga ke titisan darah terakhir.
    Ampun Tuanku
    Daulat Tuanku
    Dirgahayu Tuanku
    Menjunjung Kasih Tuanku
    Akhir bicara patik doakan Tuanku sekeluarga dirahmati Allah
    di dunia jua di akhirat
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Januari 2019
    (Syair dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Peminat Utama
    Moga bahagia sekeluarga hingga ke Jannah. Aamiin.
    • Suka
    • Balas
    • 7j
  • Dirgahayu Tuanku sekeluarga..Aamiin
    1
    • Suka
    • Balas
    • 8j
  • Hepi besday YM Tengku Amir
    Pause GIF
    Tenor
    1
    • Suka
    • Balas
    • 8j
  • Just for my curiosity, sedia maklum yg Tengku Amir ni anak angkat, mmg berbinkan Tuanku YDPA ke? Sbb Almarhum bapa kandung Tengku Amir ni pun nama Tengku Abdullah ibni Sultan Abu Bakar..Happy Birthday Tengku
    2
    • Suka
    • Balas
    • 4j
    • Telah disunting
    1 Balasan
  • Peminat Utama
    Daulat Tuanku
    • Suka
    • Balas
    • 2j
  • Peminat Utama
    Daulat Tuanku,semoga panjang umur sihat selalu disamping keluarga tersayang.🙏
    • Suka
    • Balas
    • 6j
  • Semoga di panjang kan umur di murahi rezeki mendapat kesihatan yang sepenuhnya aamin ya Allah
    • Suka
    • Balas
    • 6j
  • Peminat Utama
    Daulat Tuanku Happy birthday YM Tengku Amir semoga brtambah umur brtambah kedewasa dalam berpikir semoga pnjang umur berjaya dunia dan akhirat amiiin
    • Suka
    • Balas
    • 4j
  • Peminat Utama
    Happy birday too YAM Tengku panglimaa Raja tengku amir nasser ibrahim shah ibni al-sultan abdollah ri'yatulddin al mustapa billa shah
    • Suka
    • Balas
    • 7j
  • As salamualikum warahmatullahi wabarokatuh selamat hari lehir hari yang sengat sempurna lagi dimuliakam Allah dan Rasulnya semuga handaknya Yang Mulia Tengku Penglima Raja with good heakth and ling life salam takzim amin.
    • Suka
    • Balas
    • 6j
  • Peminat Utama
    DAULAT TUANKU 🙏terbaik semoga Allah menyayangi tuanku sekeluarga Aamiin ya rabbal alamiin
    3
    • Suka
    • Balas
    • 8j
    1 Balasan
  • Semoga YM Tengku Amir sentiasa dilindungi Allah Aamiin....
    • Suka
    • Balas
    • 6j
  • Selamat hari lahir serta panjang umur Tengku UTK sama2 kita menyaksi kebangkitan Islam dan demu kedaulatan negara kita. Amin
    • Suka
    • Balas
    • 5j
  • Happy birthday selamat ulang tahun kelahiran YM Tengku Amir Non doakan Semuga Tengku sehat panjang umur ceria selalu bersama2 keluarga di raja yg tersayang amin🤲🤴🌹🎂🍰🍹🎊🎉🎈🎈🎈🎈🎁
    1
    • Suka
    • Balas
    • 7j
  • Sama birthday dengan my youngest son
    1
    • Suka
    • Balas
    • 7j
  • Happy birthday Tengku semuga sentiasa dalam rahmatNya.
    • Suka
    • Balas
    • 7j
  • Peminat Utama
    Sanah helwah Tuanku suka tgk Permaisuri disamping anakdanya....sejuk mata tgk daulat tuanku
    1
    • Suka
    • Balas
    • 8j
  • Selamat Ulang Tahun Kelahiran YM Tengku Amir 🙏
    • Suka
    • Balas
    • 6j
  • Tuanku kenapa dijumput?
    • Suka
    • Balas
    • 7j
    1 Balasan
  • Selamat Hari Keputeraan YM Tengku Amir... Semoga Tuanku sekeluarga sentiasa dlm lindungan Allah hendaknya..
    • Suka
    • Balas
    • 6j
  • Peminat Utama
    To YM TENGKU AMIR.
    Pause GIF
    Tenor
    • Suka
    • Balas
    • 5j
  • Peminat Utama
    Slamt ulg tahun keputeraan putera sultan abdullah n tengku aminah mainunah.. Semoga dbkatilah. Ameen
    • Suka
    • Balas
    • 7j
  • Selamat Hari jadi semoga diberkati hidup didunia akhirat aminñ tuanku
    • Suka
    • Balas
    • 8j
  • Peminat Utama
    Daulat tuanku🙏🙏🙏..semoga d pangjangkn umr..dimurahkan rzki serta dlingdngi dengan rahmat Allah sekeluarga!!!
    • Suka
    • Balas
    • 6j
  • Peminat Utama
    Happy Birthday Tenku, moga AllahSWT sentiasa merahmati Ku sekeluarga, ameen
    • Suka
    • Balas
    • 6j
  • Daulat Tuanku...
    Happy birthday to YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir....
    Semoga di lanjutkan usia dan di lindungan Allah SWT.
    • Suka
    • Balas
    • 2j
  • Klo Tuanku ade Anakanda yg tua knpe Tengku Hassanal yg dipilih mnjadi TMP?
    • Suka
    • Balas
    • 8j
    3 Balasan
  • Sanah helwah ... semoga sentiasa dalam rahmat Allah
    • Suka
    • Balas
    • 5j
  • hepi besday YM Tengku Amir
    Pause GIF
    Tenor
    • Suka
    • Balas
    • 1j
  • Happy Birthday to Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
    May Allah bless Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja with good health and long life. Amin
    • Suka
    • Balas
    • 8j
  • Selamat hari jadi YAM Tengku Amir semuga d lindungi allah.Aamiin
    • Suka
    • Balas
    • 6j
  • Sanah helwah Tuanku. Semoga cemerlang dunia akhirat.
    • Suka
    • Balas
    • 7j
  • Happy Birthday YAM Tengku Raja Amir, semoga sentiasa didalam RahmatNya
    • Suka
    • Balas
    • 7j
  • selamat ulang Tahun kelahiran YAM Tengku Amir..Moga Allah sentiasa dlm Kerahmatannya.
    • Suka
    • Balas
    • 5j
  • Selamat hari keputeraan Tengku Amir. Semoga panjang umur dan sihat selalu di samping keluarga tersayang.
    • Suka
    • Balas
    • 2j
  • Selamat Hari Lahir YAM Tengku.Panglima Raja semoga.Allah panjang umur murah rezeki dgn nikmat keadilan buat rakyat Pahang amin
    • Suka
    • Balas
    • 2j
  • Selamat Hari Jadi YM TENGKU AMIR
    Pause GIF
    Tenor
    • Suka
    • Balas
    • 4j
  • Hepi besday YM Tengku Amir
    Semuga sentiasa dlm rahmat Allah hingga ke akhirnya..
    • Suka
    • Balas
    • 56m
  • Happy birthday ym tengku
    1
    • Suka
    • Balas
    • 7j
  • Peminat Utama
    Semoga Sentiasa Didlm Rahmat Keberkatan ALLAH buat YAM INSHA ALLAH Amin Ya ALLAH Amin Ya Rahman Amin Ya Rahim
    • Suka
    • Balas
    • 7j
    • Telah disunting
  • Daulat tuanku, segak tampan bak hang tuah, slmat hri jdi, smga jd raja d syggi oleh rkyat jelata ,di kurniakan kshatan dan umur yg brkkalan ke akhir hayat, daulat Tuan ku
    • Suka
    • Balas
    • 8j
  • SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN YAM TENGKU PANGLIMA RAJA TENGKU AMIR NASSER IBRAHIM SHAH IBNI AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
    SEMOGA YAM TENGKU AMIR PANJANG UMUR,MURAH REZEKI DAN SEHAT WALAFIAT SELALU BERSAMA-SAMA KERLUARGA KERABA… 
    Lihat Lagi
    • Suka
    • Balas
    • 8j
  • Peminat Utama
    Semoga Allah Lanjutkan Usia YAM Tengku Panglima🎂
    • Suka
    • Balas
    • 5j
  • Peminat Utama
    Selamat Ulangtahun Hari Keputeraan YAM Tengku Amir..semoga dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.. Aamiin Yaa Rabbal Aa'lamiin
    • Suka
    • Balas
    • 2j
    • Telah disunting
  • Semoga tuanku dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik.. Diatas izinnya.. Aamin aamin aamin ya Allah...
    • Suka
    • Balas
    • 6j
  • Daulat tuanku.👍
    • Suka
    • Balas
    • 23m
  • Peminat Utama
    Wahhh sama tarikh dgn satu2nya anak perempuan saya... Hari ini ulang tahun ke 3...
    Selamat Hari Lahir YAM Tengku Amir...semoga Allah memberkahi & merahmati Tengku senantiasa serta ditingkatkan keimanan... aminnn
    1
    • Suka
    • Balas
    • 8j
  • Selamat ulang tahun YAM TENGKU MOGA SENTIASA DLM LINDUNGAN N KRAHMATAN ALLAH N SENTIASA SIHAT2 SJAHTERA SENTIASA AAMIIN
    • Suka
    • Balas
    • 4j
  • Daulat Tuanku...
    Selamatharijadi to YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir...
    God bless Tengku Amir🙏🏼🙏🏼
    • Suka
    • Balas
    • 1j
  • Happy birthday Tiuanku,,, dari Warga Persatuan Anak Tani Bumiputera Sabah n PROBUMI Agritech Sdn.Bhd,,,,,,may ALLAH bless and keep you safe ,,Aamiin
    1
    • Suka
    • Balas
    • 7j
  • Peminat Utama
    Selamat hari keputeraan Tengku Amir



  • RAJA PRIHATIN RAKYAT BAHAGIA NEGARA SEJAHTERA
PANTUN MENJUNJUNG KASIH YANG DI PERTUAN AGONG KE-16

Menjujung kasih sekalung tahniah di atas pemilihan,
Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong;
Seluruh rakyat Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Agong ke-16 berjiwa rakyat,
Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diredhai.
Masalah rakyat masalah baginda juga,
Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
Pengorbanan Tuanku hingga rakyat rasa terharu.
Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
Rakyat sentiasa berterima kasih,
Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.
Agong kami Raja penyayang,
Sayangkan rakyat sayangkan negara;
Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
Saling bantu membantu demi negara tercinta.
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Sehati sejiwa mempertahankan negara;
Seluruh rakyat mempertahankan Institusi diRaja,
Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Menjunjung kasih sekalung tahniah daripada,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
31 Januari 2019
(Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)


WARKAH PUISI UNTUK AGONG & PERMAISURI KE-XVI
Bismillahirahmanirrahim
Syukur Alhamdulillah Atas Pemasyhuran
Sultan Abdullah sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-XVI
Daulat Tuanku
Dirgahayu Tuanku
Menjunjung Kasih Tuanku
Seluruh rakyat Malaysia berasa bangga dan bertuah
punyai Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong yang begitu prihatin kepada rakyat dan negara tercinta.
Sifat Tuanku yang memuliakan dan menyayangi rakyat tidak kira apa jua bangsa membuatkan rakyat rasa terharu dan dihargai. Amat bertepatanlah Raja dan rakyat berpisah tiada.
Atas keprihatinan Tuanku dan Permaisuri Agong Tengku Azizah rakyat tidak rasa terpinggir kerana segala kesusahan rakyat diambil peduli. Susah senang bersama.
Tuanku berdua bukan sahaja Raja berjiwa rakyat malah lebih daripada itu, Raja yang menjiwai apa saja masalah rakyat.
Apabila datang bencana menimpa rakyat, Tuanku tanpa protokol diRaja bertemu rakyat untuk sama merasai keperitan hidup rakyat dan memberi bantuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung rakyat.
Allahu Akbar sungguh mulia hati seorang hamba Allah walaupun Raja sanggup mencemar duli demi rakyat yang dikasihi sepenuh jiwa dan raga.
Di hari pemasyhuran Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Tuanku bersumpah setia akan memikul tanggungjawab sebagai seorang Ketua Negara yang menyandang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dengan adil saksama kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Semoga seluruh rakyat Malaysia rasa terbela di bawah pemerintahan Tuanku. Aamiin.
Daulat Tuanku
Dirgahayu Tuanku
Menjunjung kasih Tuanku daripada,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
31 Januari 2019
(Warkah puisi dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)


SYAIR SULTAN ABDULLAH AGONG KE-XVI
Tersebutlah kisah Agong tersohor,
Sultan Abdullah Raja penyabar;
Biarpun tugas penuh mencabar,
Agar rakyat tidak terbiar.
Permaisuri Azizah yang bijaksana,
Cantik rupawan bagai bulan purnama;
Memberi sokongan kepada baginda,
Agar rakyat terus terbela.
Bahagia hidup keluarga diRaja,
Dikurniakan puteri dan juga putera;
Dibesarkan dalam adat istana,
Ayahanda dan bonda jadi idola.
Sultan Abdullah diputerakan,
Disambut keputeraan penuh kesyukuran;
Semua rakyat gembira meraikan,
Gembira rakyat dalam perhatian.
Pahang negeri keputeraan baginda,
Mempunyai ilmu penuh di dada;
Anakanda kesayangan ayahanda dan bonda,
Raja dan rakyat berpisah tiada.
Berbudi bahasa berhemah tinggi,
Baginda bertitah rakyat dengari;
Semua jemputan baginda hadiri,
Asalkan rakyat rasa dihargai.
Sultan Abdullah mencemar duli,
Menziarahi rakyat bantuan diberi;
Rakyat gembira tiada terperi,
Kebaikan baginda lekat di hati.
Sultan bertitah lalu memuji,
Kebijaksanaan Memanda Perdana Menteri;
Memerintah negara amanlah damai,
Rakyat terbela itulah dihajati.
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Masalah rakyat dikongsi bersama;
Rakyat mengangkat Institusi diRaja,
Raja dan rakyat rasa bahagia.
Sultan Abdullah selalu menyeru,
Inginkan rakyat bersatu padu;
Buat keputusan tidak terburu,
Aslkan rakyat terus maju.
Sultan Abdullah percaya rancangan kerajaan,
Mampu dinikmati segenap lapisan;
Rakyat bersatu dalam perpaduan,
Negara makmur dalam perpaduan.
Raja dan rakyat amat rapat,
Ke mana pergi rakyat diingat;
Perbelanjaan dibuat penuh cermat,
Tuanku datang disambut hormat.
Sultan Abdullah Agong ke enam belas,
Dengan rakyat berkasihan belas,
Tidak pernah rasa malas,
Rakyat terbela dalam keikhlasan.
Istana Agong tersergam indah,
Apabila tertitah penuh bermadah;
Pangkat yang tinggi tiada diendah,
Bersama rakyat tetap merendah.
Bersemayam baginda dalam istana,
Rakyat diundang pergi ke sana;
Raja kami yang bijaksana,
Ikatan Raja dan rakyat terus terbina.
Masalah rakyat sama dikongsi,
Raja dan rakyat tiadalah sangsi;
Ikatan terus jadi serasi,
Tercipta sejarah untuk generasi.
Sukacita Agong negara maju,
Pemerintahan Agong terus dipacu;
Warkah dihantar Agong dituju,
Mendoakan Agong terus di mercu.
Putera kesayang ayahanda dan boda,
Cemerlang negara amat sukacita;
Raja dan rakyat berbipsah tiada,
Bijaksana memerintah negara tercinta.
Sejarah kesultanan patut dihayati,
Dipelajari oleh generasi terkini;
Personaliti Raja amat dikagumi,
Ke mana pergi tetap dihormati.
Pemerintahan Agong adil saksama,
Cadangan rakyat semua diterima;
Minta Perdana Menteri beri kerjasama,
Agar negara jadi ternama.
Sultan Abdullah Agong kesayangan rakyat,
Ke mana pergi pentingkan rakyat;
Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
Tuanku sentiasa di hati rakyat.
Sultan Abdullah Agong ternama,
Berjiwa rakyat adil dan saksama;
Pentingkan rakyat walau di mana,
Galakan rakyat sentiasa bekerjasama.
Selamat menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong,
Moga Tuanku Allah redhai kami doakan;
Dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,
Dilanjutkan usia dalam keberkatan.
Sekian sahaja syair Agong ke-XVI sentiasa di hati rakyat,
Untuk tatapan istimewa semua Raja dan rakyat;
Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
Daulat Tuanku! Tuanku sentiasa di hati rakyat.
Ampun tuanku,
Daulat tuanku,
Patik merafak sembah, izinkan patik mengabadikan
'Syair Sultan Abdullah Agong ke-XVI untuk tatapan
seluruh rakyat Malaysia tercinta.'
Patik percaya syair ini dapat mencetuskan rasa cinta yang amat mendalam kepada Institusi diRaja dan secara tidak langsung rakyat Malaysia akan mempertahankan Institusi diRaja hingga ke titisan darah terakhir.
Ampun Tuanku
Daulat Tuanku
Dirgahayu Tuanku
Menjunjung Kasih Tuanku
Akhir bicara patik doakan Tuanku sekeluarga dirahmati Allah di dunia jua di akhirat
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Januari 2019
(Syair dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)

PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT MALAYSIA
Sultan Abdullah Agong berwibawa,
Memerintah negara adil saksama;
Rela berkorban demi rakyat tercinta,
Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.
Institusi di-Raja dekat di hatiku,
Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
Rakyat Johor terharu lagi menyayangi.
Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
Kepentingan rakyat amat dirasai;
Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
Sejak generasi dahulu hingga kini.
DYM Sultan Selangor raja dihormati,
Dasanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
Budi disemai Allah berkati,
Moga amalan dibalas di akhirat nanti.
Seluruh rakyat menyayangi Sultan Pahang,
Kebajikan rakyat amat diutamakan;
Bertuah sungguh rakyat Pahang,
Mempunyai Raja suka kebajikan.
Sultan Nazrin Shah berjiwa rakyat,
Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
Tuanku disanjung rakyat Perak.
Sultan Kedah amat dihormati,
Menabur budi tidak terhingga;
Ke mana pergi rakyat mentaati,
Rakyat Kedah amat berbangga.
Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
Kepentingan rakyat amat dijaga;
Masalah rakyat diberi perhatian,
Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.
Sultan Kelantan berhemah tinggi,
Memerintah Kelantan adil saksama;
Rakyat Kelantan takkan rugi,
Raja dan rakyat bekerjasama.
Negeri Terengganu pesat membangun,
Di bawah pemerintahan Raja yang bijaksana;
Sultan Mizan bersopan santun,
Rakyat Terengganu amat terpesona.
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Januari 2019
(Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
YA ALLAH PERKENANKAN DOA KAMI
Ya Allah, Ya Karim, dengan berkat kebesaran Asmaul Husna, dengan berkat kemuliaan nama-nama Mu, hamba Mu ini memohon doa ke hadrat Mu, semoga di bawah naungan pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, rakyat berbilang kaum berbilang agama, berbilang budaya - berbilang bahasa, cekal berpadu, hidup saling menghormati antara satu sama lain.
Semoga tanah air kami dalam sejahtera dan makmur serta dilindungi oleh Mu Ya Allah, Ya Tuhan ku dari mala petaka dan sebarang bencana... Aamiin....
Doa rakyat membawa rahmat... insy-Allah...Like dan Share sebagai tanda doa kepada kesejahteraan Negara..
MERCU KEDAULATAN NEGARA TANAH AIR.
Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain memperuntukkan: “Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan...”
Fasa Kepala Utama Negara di bawah Perkara 32(1) itu tanpa sebarang keraguan atau kesamaran meletakkan Raja bagi Persekutuan Malaysia sebagai peneraju utama bagi negara ini.
Jawatan Kepala Utama Negara seperti yang terdapat pada Perkara 32(1) pada mulanya dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid sebagai Yang di-Pertuan Besar – sesuatu yang mencerminkan cadangan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri pertama Malaysia susulan pengamatan Tuanku Abdul Rahman selepas meneliti sistem Raja bergiliran di Negeri Sembilan. Sebagaimana dimaklum, di Negeri Sembilan Undang Yang Empat sebagai ‘Rulers’ atau Pembesar-pembesar Memerintah tempatan memilih seorang Raja bagi negeri itu mengikut peraturan adat di Negeri Sembilan.
Seri Paduka Yang Dipertuan Agong adalah mercu perlambangan Ketua Negara yang paling tinggi ladan Kepala Utama Negara merupakan mercu Kedaulatan Malaysia.
Semua rakyat tanpa mengira kaum, latar belakang agama, kebudayaan atau kepercayaan sedia terpanggil untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan merupakan adalah Raja bagi Negara Malaysia dan rakyatnya.
(Disiarkan bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Skesejahteraan hah Al-Musta'in Billah)


SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA
Tersebutlah kisah seorang putera,
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati,
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Disambung oleh pemimpin terkini,
Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira,
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London,
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara,
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang,
Menceroboh masuk terus meradang;
Tunku memikir merasa bimbang,
Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman,
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita,
Ingin berkuasa merebut tahta;
Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan,
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban,
Mempertahankan negara habis-habisan;
Nyawa di badan jadi taruhan,
Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris,
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman,
Perjuanganmu menjadi kenangan;
Kau gugur dalam kemenangan,
Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur,
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira,
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.
Tungku memerintah penuh berhati,
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2011
(Disiarkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
Malaysia Tercinta bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2020)www



TANGGUNGJAWAB SEMUA PARA PENCINTA PATRIOTIK
Adalah tanggungjawab semua para pencinta patriotik menyubur suburkan obor api perjuangan cintakan negara pada jiwa anak bangsa...barulah MALAYSIA boleh senyum dalam kibaran Jalur Gemilang yang megah gagah...dan akan dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir! Jangan dipersiakan peluang yang masih ada untuk mengekalkan nikmat "KEMERDEKAAN" dari satu generasi ke satu generasi dalam maju jaya aman damai dan itulah yang dimahukan oleh para pahlawan yang telah gugur di medan juang demi meraih KEMERDEKAAN untuk dihadiahkan generasi akan datang!

SELAGI ADA USAHA
SELAGI ADA KEYAKINAN
SELAGI ADA KEPERCAYAAN
SELAGI ADA KESETIAAN
MATLAMAT PERJUANGAN TERCAPAI
UNTUK DIHADIAHKAN
KEMERDEKAAN INI
PADA ANAK BANGSA
SAMPAI BILA-BILA Ratu Rimba Niagara
19 Ogos 2020

HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA
Subhanallah ketenangan yang menenangkan jiwa.
Mencintai-Mu Allah satu ketenangan Allahu Akbar.
Aku mendapat ilham bagaikan mengutip Permata Syurga berguguran dengan banyaknya lagi kukutip lagi banyak tak terkata . Allahu Akbar. Syukur Alhamdulillah. Aamiin
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA YANG TERINDAH INI KUHADIAHKAN TERISTIMEWA UNTUK SELURUH PENGHUNI BUMI TERCINTA
SAKSIKAN KEINDAHAN ALAM DENGAN IMAN PASTI KAMU AKAN PERCAYA KEWUJUDAN TUHAN
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
MOGA CINTA DAN KASIH INI
MENGUNDANG RINDU MEMBARA
TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
HINGGA KE AKHIR HAYATKU MENCINTAI-NYA
DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW
DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA
MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah. Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
25 Ogos 2020 6 Muharam 1442H




0 comments:

Post a Comment

 
;