SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (220) WARKAH UNTUK PUJANGGA
Subhan Allah
Glorify Allah by typing Allahu Akbar..
Your sincere Glorifications can be heard by the entire Universe..That’s the Power of Allah. Type Allahu Akbar.
PADA HARI INI
1 tahun lepas
Salam Jumaat salam senja
Salam menuju maghrib
Sentiasa bersyukur nikmat Allah
Moga kita dalam rahmat dan redhaNya
Alhamdulillah Aamiin
MENGHARUM SEMERBAK RANUM BIDADARI
Kau bukan gila
karna kau lahir
bukan daripada jiwa
yang kosong
kau lahir atas
satu perjanjian
yang telah
kau patrikan
sejak azali lagi
jika sumpah itu
kau lupakan
itu barulah dinamakan gila
ye gila pesona dunia
hingga terlupa
akan dikau
asal usulmu
mengapa dan kenapa
kau diwujudkan
di dunia ini?
Makanya jangan pernah
kau memenjarakan perasaan yang mati
selagi kau tak mati
di dunia kau meraih cinta-Nya
dan cinta Sang Bidadari
di akhirat mengharum semerbak ranum bidadari Syurga
sedia untuk menyambut cintamu
Insya-Allah Aamiin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 Syawal 1433H
24 Ogos 2012
INGIN KURATIBKAN ZIKIR-ZIKIR SYURGA
Jika ini sapaan terakhir
Biarlah sapaan ini
Memberi manfaat dunia akhiratku akhiratmu
Tak akan kubiarkan
Di saat akhir asa membelenggu
Jasad yang mengering
Ingin kuratibkan
Zikir-zikir Syurga
Di hari nazakku
Tanda cintaku pada-Nya
Kubawa hingga di hujung nafasku
Moga kau dan aku dan mereka yang memncintai-Nya
Tanpa jemu diterima sebagai
Hamba-Nya
Sebagai roh yang tenang
Redho lagi diredhoi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
RATU RIMBA NIAGARA
6 Syawal 1433H
24 Ogos 2012
Azan adalah panggilan cinta dari Allah
Solat menyahut cinta Allah
Puasa mematuhi perintah Allah
Bersedekah menjadi benteng api neraka
Bertaubat Pengampunan Allah mendahuli murkaNya
"Bermulanya kamu tidak penting yang penting berakhirnya
kamu, moga kita mati dalam husnul khotimah. Aamiin."
Rahmat Kasih Allah pada hamba-Nya hanya yang ikhlas . Moga kita ikhlas dalam segala amalan yang diredhai-Nya. Aamiin
Ustaz Azhar Idrus Kata sedang bersama Eim Cassa dan 21 yang lain.
6 perkara Allah sembunyikan~~
''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .
6 perkara Allah sembunyikan
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah...
IZINKAN KASIHKU BERSEMAYAM DI HATIMU
Sahabat sejati indahnya seperti pelangi di malam hari lebih berharga daripada permata berlian., dialah berlian hati yang bertahta di hati. .
Like Comment Share
Datuk Jem Abd Rahman, Blarek Sineret and Pradita Fia like this.
Pradita Fia Andai mutiara itu masih bertahta dihati biarkan iya tetap bersemayam .. Biarkan sinarnya abadi .. Tanpa satupun yg mengetahui .. Karena kesejatian tak perlu ucapan .. Cukup dirasakan ..
Yesterday at 9:10am ·
Ratu Rimba Niagara Ucapan seiring hati itulah kesejatian kasih sayang sesama insan moga kasih sayang kita dalam menjalinkan silaturrahim sejujur ikhlas kerana Allah Taala tiada niat lain melainkan membawa kasih sejati hingga ke Syurga. Jika itu dapat kau rasakan disitulah kasihku bersemayam di hatimu kasih...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA & PRADITA FIA
9 ZULKAEDAH 1436H
24 OGOS 2015
0 comments:
Post a Comment