Saturday 29 August 2020

SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (259) MERIAHNYA MALAYSIA SETIAP KALI MENJELANG HARI KEBANGSAAN!


SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (259) MERIAHNYA MALAYSIA SETIAP KALI MENJELANG HARI KEBANGSAAN!



Imej mungkin mengandungi: 3 orang, sut, teks yang berkata 'JABT PERUTUSAN KHAS- HARI KEBANGSAAN PERDANA MENTERI AHAD 2020 9.00 MLM SIARAN LANGSUNG DI astro AWANI'
Anda dan 7.5K yang lain
333 Komen
462 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
Komen
Paling Relevan

  • MERIAHNYA MALAYSIA SETIAP KALI MENJELANG HARI KEBANGSAAN!
    Setiap kali menyambut Hari Kemerdekaan seluruh rakyat Malaysia gembira tanda syukur kita telah merdeka 63 tahun lamanya. Kerajaan selalu menyeru kibarkan Jalur Gemilang tapi berapa kerat sangat yang menyahut seruan kerajaan. Lihat saja di jalan raya, boleh dikatakan 99% tidak mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan.
    Di negara yang bergolak seperti Palestin sanggup pertaruhkan nyawa mengibarkan bendera kerana inginkan kemerdekaan Tanah Air mereka daripada kekejaman Israel. Betapa mereka mengharapkan sangat kemerdekaan negara tanpa dijajah oleh Israel.
    Justeru untuk memupuk budaya mengibarkan Jalur Gemilang setiap kali menjelangnya Hari Kebangsaan adalah dicadangkan mana-mana kenderaan yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang dikenakan kompaun RM100.00 Pihak polis boleh memainkan peranan. Setelah membayar kompaun Jalur Gemilang dipasangkan di kereta mereka. Begitu juga di rumah-rumah kediaman dan premis perniagaan .
    Wang kompaun boleh dimasukan ke dalam tabung , "PAHLAWAN" untuk membantu pahlawan yang telah banyak berjaya kepada negara.
    Pasti setiap kali menyambut hari Kebangsaan meriah dan bilamana pihak musuh melihat semangat patriotik di jiwa setiap rakyat Malaysia mereka pasti tidak bercita-cita untuk menjajah Malaysia.
    Ini sekadar cadangan untuk Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pertimbangan.
    Yang Mencadang,
    Rabeah Mohd Ali @ Ratu Rimba Niagara
    30 Ogos 2020
    • Suka
    • Balas
    • 2m
  • Alhamdulilah ...Tahniah YAB TSMY PM Terbaik. Semoga Bulan Merdeka ini DiRahmati Allah SWT...Yang Terbaik. Mantap. AamiinX3 Ya Rabbal Aalamiin.
    6
    • Suka
    • Balas
    • 1j
  • YAB TSMY PM terbaik. Alhamdulillah semoga kita dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah sepanjang hayat dikurniakan keredhaan allah Aamiin ya rabba

Salam Kemerdekaan Untuk Semua Rakyat Malaysia Yang Cintakan Negara.
Suka
Komen
Kongsi
Komen
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'MALAYSIA PRIHATIN Morha 1957 tema Hari Kebangsaan 2020 Minyak Morhabshi Penyokong Setia YDPĂ'
Anda dan 123 yang lain
12 Komen
7 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
Komen
Lihat 10 lagi komen


Alhamdulillah


TANGGUNGJAWAB SEMUA PARA PENCINTA PATRIOTIK
Adalah tanggungjawab semua para pencinta patriotik menyubur suburkan obor api perjuangan cintakan negara pada jiwa anak bangsa...barulah MALAYSIA boleh senyum dalam kibaran Jalur Gemilang yang megah gagah...dan akan dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir! Jangan dipersiakan peluang yang masih ada untuk mengekalkan nikmat "KEMERDEKAAN" dari satu generasi ke satu generasi dalam maju jaya aman damai dan itulah yang dimahukan oleh para pahlawan yang telah gugur di medan juang demi meraih KEMERDEKAAN untuk dihadiahkan generasi akan datang!

SELAGI ADA USAHA
SELAGI ADA KEYAKINAN
SELAGI ADA KEPERCAYAAN
SELAGI ADA KESETIAAN
MATLAMAT PERJUANGAN TERCAPAI
UNTUK DIHADIAHKAN
KEMERDEKAAN INI
PADA ANAK BANGSA
SAMPAI BILA-BILA Ratu Rimba Niagara
19 Ogos 2020

HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA
Subhanallah ketenangan yang menenangkan jiwa.
Mencintai-Mu Allah satu ketenangan Allahu Akbar.
Aku mendapat ilham bagaikan mengutip Permata Syurga berguguran dengan banyaknya lagi kukutip lagi banyak tak terkata . Allahu Akbar. Syukur Alhamdulillah. Aamiin
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA YANG TERINDAH INI KUHADIAHKAN TERISTIMEWA UNTUK SELURUH PENGHUNI BUMI TERCINTA
SAKSIKAN KEINDAHAN ALAM DENGAN IMAN PASTI KAMU AKAN PERCAYA KEWUJUDAN TUHAN
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
MOGA CINTA DAN KASIH INI
MENGUNDANG RINDU MEMBARA
TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
HINGGA KE AKHIR HAYATKU MENCINTAI-NYA
DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW
DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA
MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah. Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
30 Ogos 2020 11 Muharam 1442H

0 comments:

Post a Comment

 
;