BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (309) KITA SERASI BERSAMA KE JANNAH
YA ALLAH LURUSKAN NIATKU
YA ALLAH LURUSKAN NIATKU
Jika Allah menolongmu tiada siapa yang dapat menghalangNya
Jika Allah menolongmu tiada siapa yang dapat menghalangNya
DENGAN BELAS EHSANMU BALASLAH CINTAKU INI Bila mana hati sudah terpana dengan Dzat CintaMu Tuhan...Segala dipandang didengar adalah zikirku padaMu TuhanKehadiranMu terasa menyelubungi kalbuRasa jantungku berhenti berdegup bila lupakanMuBerilah kekuatan padaku yang tidak pernah sempurnaTapi kucuba melakukan kesempurnaan cintaku padaMuDengan belas EhsanMu balaslah cintaku ini.Karya Ratu Rimba Niagara17 Februari 2012
DENGAN BELAS EHSANMU BALASLAH CINTAKU INI
Bila mana hati sudah terpana dengan Dzat CintaMu Tuhan...
Segala dipandang didengar adalah zikirku padaMu Tuhan
KehadiranMu terasa menyelubungi kalbu
Rasa jantungku berhenti berdegup bila lupakanMu
Berilah kekuatan padaku yang tidak pernah sempurna
Tapi kucuba melakukan kesempurnaan cintaku padaMu
Dengan belas EhsanMu balaslah cintaku ini.
Karya Ratu Rimba Niagara
17 Februari 2012
KENAL DIRI KENAL TUHAN
BIAR ALLAH YANG TAHU SIAPA KITA TANPA MEMPEDULIKAN TANGGAPAN ORANG KEPADA KITA...
TERUSLAH BERBUAT BAIK
BERKATA YANG BAIK
AGAR MATI DALAM KEBAIKAN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
AKU REDHA ALLAH TUHANKU
AKU REDHA ISLAM AGAMAKU
AKU REDHA MUHAMMAD NABI DAN RASULKU
ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE JANNAH
Indahnya sebuah persahabatan
senada
seirama
serasi bersama hingga ke Jannah
walaupun berbeza pendapat
namun matlamatnya tetap sama
menjadi hamba-Nya
yang diredhai dunia akhirat
menjadi ahli Syurga
idaman semua
andai di dunia kita
tak serasi tentang akhirat
mana bisa mungkin
persahabatan kita hingga ke Jannah
demi-Nya sekalipun tak serasi
kita akan cuba sedaya mungkin
untuk serasi-serasikan
apa yang diredhai Allah,
kita akan saling muhasabah diri
kerana siapa pun kita
pasti tidak lari daripada ketidaksempurnaan iman
setiap yang baik pasti datang dari-Nya,
maka kita tidak perlu fikir terus lakukan
setiap yang tidak baik datang dari kealpaan kita sendiri
maka kita padamkan niat jahat itu
Maha Pengampun-Nya Allah pada hamba-Nya,
jika hamba-Nya berniat melakukan kebaikan walaupun hamba-Nya
belum lagi berbuat kebaikan itu sudah ditulis pahala yang besar
apa lagi jika hamba-Nya lakukan yang baik lagilah berganda pahala diberikan kepada hamba-Nya,
jika hamba-Nya berniat melakukan kejahatan tidak akan ditulis balasan dosa selagi tidak dilakukan niat yang jahat itu
Benarlah Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alangkah indah hidup ini
andai kita dikelilingi semua
berkasih sayang atas dasar kerana Allah Taala
pasti semuanya saling santun
saling memberi pada yang tak berdaya
saling membantu selagi daya
tiada pendustaan dalam berbicara dan tindakan
apa yang diperbuat
atas dasar mahukan redha-Nya,
Demi redho-Nya...
kita serasi-serasikan perbezaaan pendapat dan fikiran
buang yang keruh ambil yang jernih
agar hati kita jernih
sejernih sungai di Syurgawi...
Kebesaran-Nya kita sama Agungkan
agar hati kita sentiasa tenang
setenang air di kali Syurga
Begitu indahnya persahabatan kita
sekalipun cuma di alammaya
sekalipun kita tak pernah berjumpa di dunia nyata
In Sha Allah kita ketemu di Jannah....
Allahu Akbar indahnya pertemuan di kala itu...
hanya Allah SWT saja yang tahu betapa indah-Nya,
lebih indah lagi apabila kita sama-sama dapat
menatap Wajah Allah Azzawajallah berdekatan dengan Rasulullah
itulah saat yang paling indah dan membahagiakan ....
ALLAHU AKBAR INDAH-NYA DI SAAT ITU...
inilah hikmah di sebaliknya kenapa Allah SWT temukan kita
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Sahabat dunia akhiratmu,
...............................................................................
aku ingin serasi bersama denganmu hingga ke Jannah Aamiin
2 Jamadil' Awal 1436H
21 Februari 2015
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
APABILA SASTERA MENJADI KOTA SASTERA RAKYAT
Ratu Rimba Niagara berkongsi siaran Yatim Ahmad.
Yatim Ahmad
16hb Februari jam 10.21 ptg
KERAJAAN JANGAN BAGI DANA LAGI KEPADA PERSATUAN PENULIS
Mulai 2018 ini kerajaan Pusat jangan percaya lagi kepada badan penulis yang kononnnya mewakili persatuan penulis . Jangan bagi duit berjuta-juta lagi.
Sebaliknya kerajaan harus agihkan peruntukan dana itu kepada kerajaan negeri dan kerajaan negeri akan panggil semua persatuan penulis dan agihkan dana itu.
Kerajaan (Pusat dan negeri) harus sediakan KPI kepada semua badan penulis agar tumpu projek sastera disekolah untuk memastikan galakan membaca buku (sastera) subur di peringkat akar umbi.
Memandangkan generasi muda adalah kuasa beli buku pada masa akan datang, maka program bersepadu mesti dilaksanakan
Tetapi, kalau kerajaan berminat untuk Inggeriskan 'bahasa kebangsaan', bagus jangan terus bagi peruntukan sebab badan penulis akan menjadikan dana itu untuk berkubang di dewan-dewan, makan minum dan melancong keluar negeri
Jangan percaya cakap saya sebab saya nak 'keluar negerikan' idea saya untuk membawa watak saya makan angin di negeri sejarah, aspalnya ialah konon-konon
haha
jangan marah
HAIWAN BERSIFAT KEMANUSIAAN SEDANGKAN ADA MANUSIA BERSIFAT KEHAIWANAN...
Gus Endro sesama binatang mampu saling menolong dan berterimakasih.....walau beda jenis.........seharusnya manusia...lebih dari itu...tidak saling membantai
Isje Dalijati Saya se7 mas Gus Endro,,, dgn manusia malah sirik dengki,,, coba ini!!
Isje Dalijati Ini contoh untuk manusia!
DI SINILAH ISTANAKU YANG DIDIRIKAN OLEH RAKYAT RIMBA NIAGARA, JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SAHABAT GRUPKU SUDI LIKE TANDA SOKONGAN YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI MAKANYA AKU SAYANG KALIAN HINGGA HUJUNG NYAWA, KALIAN ADALAH NADI SASTERAKU SPORTINGMU MEMBUATKAN AKU TERSENYUM SEHINGGA MALAMKU BERPELANGI INDAH KERANA SEGALA GERHANA DITELAN KABUS MALAM.
KRITIK BOLEH TAPI JANGAN SAMPAI MELUKAKAN HATIKU
Putri Melati Putri Rimba ~ Putri Rimba menulis tidak pakai logika. pakai angan2 jek. Teguran membina di katakan mahu menikam. Dapat apa tikam Putri Rimba. Idea itu hadir dari jiwa masing2. Idea Intelek cukup dgn kata2 singkat, padat dan bernas. Namun penuh penghuraian mendalam makna. Bukan berjela namun hampeh.
Putri Kemboja Putri Rimba tak sedarkah yg apa yg Putri Rimba tulis tu membingungkan? Genre apakah yg ditulis? Syair, puisi, gurindam atau cerita pendek?
Putri Rimba Duhai Putri Melati ...Putri Kemboja...
biarpun kritikanmu pedih menikam kalbu...kurela andai itu
bisa membuatkan hatimu puas dan bahagia
Bahagiamu mengkritikku
bahagiaku akan terus bersastera sekalipun tak disenangi
oleh semua rakan sastera seperti kalian berdua
lagian aku sudah lali dihina dikutuk dikeji
gara-gara aku bersastera tanpa henti
Jika aku bersastera kerana manusia sudah lama aku berhenti
menulis, aku bersastera tanda aku bersyukur kepada-Nya yang mengurniakan aku ilham tanpa had tanpa henti dengan pelbagai tema...SUBHANALLAH dunia sastera yang kuminati dimakbulkanNya
Syukur Ya Allah!
Karya Ratu Rimba Niagara,
11 Zulhijjah 1437H
13 September 2016
TIBA-TIBA PUNGGUK MENJENGAH DEWAN RAKYAT
Dalam kesedihan merindui
rembulan yang entah ke mana
pungguk berkelana hingga ke kota
disinggahi menara-menara tinggi yang lebih tinggi daripada meranti, merbau dan mersawa itu
pungguk rimas menatap kenderaan bertali arus berjejeran di jalanan
dikuak sayapnya melayah ke angkasa sukma
dihinggapnya bangunan comel bertulis DEWAN RAKYAT
diperhatikan dewan ini hanya untuk murba berbangsa manusia sahaja
pungguk mula merasakan dapat kiranya dia mempelajari perjalanan dewan ini
supaya dapat dipraktiskan di komuniti fauna
tergiang-giang dia terdengar lantunan suara seorang sering-sering mengetuk meja
mungkin naqib agaknya;
Hormatilah dewan yang mulia
para yang berhormat
hormatilah dewan yang mulia
kita bincang secara matang dan
rasional.
Pungguk lihat suasana kecoh dalam dewan
pertikaman lidah marah-marah terdengar di sana-sini
tiba-tiba sekumpulan para warga dewan berkot itu meluru keluar
suasana kecoh dan kelam kabut
pungguk menjadi kalut memahami situasi begini
akhirnya pungguk membatalkan hasrat mempelajari diskusi politik tamadun manusia
bagi pungguk
fauna ada tamadun tersendiri
tamadun rimba belantara!
Dan pungguk pun menguak sayapnya
meresah angkasa sukma
dia akan kembali melagu rindu di pepohon meranti
dia gagal memahami warga manusia
mengurus peradabannya.
(Tulisan ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah mati)
MURBA TERPINGGIR
Kuala Lumpur
KUBITAK
Hari itu satu mesyuarat agong KUBITAK
diadakan. KUBITAK adalah singkatan
nama kumpulan Binatang Tasik Kenyir.
KUBITAK telah diwujudkan dua puluh
dua tahun yang lalu.
Selama sudah dua puluh dua tahun
bermesyuarat agong, pada kali ini
pemilihannya begitu sengit. Ketua
Satu KUBITAK selama ini tidak pernah
tercabar tetapi pada kali ini benar-
benar tercabar.
Rata-rata mengatakan Ketua Satu KUBITAK
tidak ada harapan untuk menang justeru
mereka secara peribadi berjumpa dengan
Ketua Satu KUBITAK.
"Maafkan saya... saya ingin memberikan
cadangan kepada tuan hamba agar meletakkan
jawatan sebagai Ketua Satu KUBITAK secara
terhormat daripada gugur di mesyuarat Agong
kelak.Pihak kami akan memberi saguhati yang
amat berharga tanda terima kasihnya kami
terhadap pengunduran tuan hamba," kata wakil
KUBITAK.
"Tidak...! Hamba tidak akan mengundur diri
walau apapun yang disogokkan. Hamba
berjuang bukanlah kerana material tapi
adalah minat yang terlalu mendalam,"
tegas Ketua Satu KUBITAK.
"Tapi... tuan hamba telah memegang jawatan
Ketua Satu KUBITAK sejak bermula KUBITAK
ditubuhkan, banyak rungutan daripada
para ahli yang didengari iaitu tiada
membaharuan dalam KUBITAK masih di takuk
lama, tuan hamba kena faham itu.Tuan hamba
pun sudah tua, janganlah terlalu tamak...
berilah peluang kepada ahli lain untuk
menerajuinya."
"Tidak! Hamba akan tetap bertanding walaupun
hamba kalah dalam pengundian kelak. Tapi
hamba yakin hamba boleh menang."
Ketua Satu KUBITAK sedar kedudukannya kini
tegang kerana dia terpaksa bersaing dengan
wakil dari RASAKSA iaitu kumpulan gajah.
Desas desus yang didengari bahawa besar
kemungkinan wakil RASAKSA akan menang kerana
dalam banyak perkara RASAKSA banyak membantu
kumpulan binatang lain dari segi material.
Dalam zaman sekarang idea saja tidak mencukupi
jika tiada kekuatan yang kukuh. Telah banyak
jasa yang ditaburkan oleh Ketua Satu RASAKSA
kepada ahli-ahli bawahannya. Begitu juga
kepada ahli-ahli binatang yang lain.
Mesyuarat Agong KUBITAK dirasmikan oleh
Yang Mulia Merak. Sebelum Yang Mulia berucap
Ketua Satu KUBITAK memberi ucapan.
Ucapan kali ini amat berbeza sekali jika
dibandingkan ucapan tahun-tahun sebelumnya.
Ucapannya banyak berbaurkan sindiran sinis!
Memuji diri dari apa yang telah dikorbankan
selama ini, kekecewaan kerana ada pencabarnya
lebih-lebih lagi jika dia tewas bererti tewasnya
nanti sebagai mati seorang pejuang. Ucapannya
hampir memakan masa empat puluh lima minit.
"Ini nak berucap ke atau nak berkempen?" bisik
salah seorang pemerhati dari kumpulan seladang.
"Agaknya dia sudah kelewatan!" jawab rakannya.
"Engkau agak siapa yang menang?"
"Rata-rata mengatakan RASAKSA yang menang!
Di akhbar-akhbarpun mengatakan RASAKSA boleh
menang mengikut dari ramalan wakil yang
mengundi."
"Engkau tengok sejak dia memerintah selama
dua puluh dua tahun mana ada perubahan dalam
KUBITAK. Sepatutnya setiap tahun dia mesti
menerima cadangan-cadangan para perwakilan
tapi tidak! Cadangan perwakilan hanyalah
mencurah ke daun keladi! Cadangannya...hanya
untuk jenis binatang yang sealiran dengannya
hingga dia dikurniakan darjah kebesaran."
"Engkau dengar tu... untuk menerajui tampuk
pemerintahan mestilah mempunyai ilmu yang
kukuh kalau hanya gagah tidak akan sempurnalah!"
"Mentang-menanglah dia tu kancil yang bijak
dia tidak langsung memahami perasaaan gajah."
"Gajah dulu bukan gajah sekarang! Gajah sekarang
di samping mempunyai kekuatan, dia juga mempunyai
pengaruh yang besar untuk menaikkan nama KUBITAK
yang selama ini tidak dikenali ramai di kalangan
manusia. Kerana daya usaha gajahlah Tasik Kenyir
yang selama ini tidak dikenali ramai menjadi
tumpuan para pelancong. Dulu binatang-binatang
di sini menjadi buruan manusia tapi kini dilindungi
dan menjadi tontonan manusia."
Setelah Ketua Satu KUBITAK habis berucap,
Yang Mulia Merak pula berucap.
Antara ucapannya sedia memberi sokongan kepada
setiap aktiviti yang diadakan oleh KUBITAK dan
sedia membantu jika ada masalah yang hendak
diselesaikan. Yang Mulia dengan senang hati
menghadiahkan kepada KUBITAK sebuah Taman Bunga
seluas dua ratus hektar untuk ahli-ahli KUBITAK
beristirehat tanpa diganggu oleh manusia.
Beliau juga berharap KUBITAK akan terus maju
untuk mengharumkan nama Tasik Kenyir.
Mahupun pihak perwakilan dan pemerhati begitu
resah tidak sabar-sabar lagi menantikan keputusan.
Melihat dari suasana itu rata-rata mengatakan kancil
akan tewas yang menang gajah. Melihat dari air muka
kancil yang resah ternyata dia akan tewas manakala
gajah begitu yakin akan menang kerana penyokong-
penyokongnya begitu banyak.
Pengundian dijalankan secara tertutup. Setelah selesai
pembuangan undi, mereka berehat selama satu jam setengah.
Masing-masing bercerita sesama sendiri mengatakan kancil
akan tewas kali ini. Jika kancil tewas bererti banyaklah
perubahan KUBITAK akan berlaku secara mendadak.
Semua jenis binatang baik besar mahupun kecil akan sedia
diberi bantuan baik dari segi moral mahupun materiel agar
tidak ketinggalan untuk dikenali sebagai binatang popular.
Itulah janji gajah sekiranya dia menang.
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman siapakah
yang dipilih oleh perwakilan untuk menerajui Ketua Satu
KUBITAK yang baru.
Semuanya seperti terpaku apabila diumumkan kancil menang
42 undi manakala gajah 15 undi, undi rosak 1. Seakan tak
percaya dengan keputusan itu. Tapi itulah yang benar.
Suasana yang riuh pada awalnya menjadi muram. Seakan mereka
tidak dapat menerima dengan keputusan itu.
Jelas terbayang di wajah masing-masing kekecewaan.
Yang mana kecewa lekas-lekas keluar dari situ.
Tidak mahu lebih lama.
Kancil tersenyum lebar apabila diumumkan sebagai pemenang.
Tapi hatinya Tuhan saja yang tahu betapa bimbangnya dia di
awal pertarungan. Kini dia boleh meneruskan perjuangannya
kembali. Barangkali dia akan membuat perubahan kerana dia
takut peristiwa ini berulang kembali.
"Saya dari kumpulan seladang ingin mengatakan yang kalah
tak semestinya ia tewas! Dan yang menang tak semestinya
ia berjaya, justeru marilah kita sama-sama berganding
bahu untuk berkerjasama di antara satu sama lain.
Janganlah jadikan pertandingan ini sebagai jalan untuk
menuju perpecahan sesama sendiri. Jadikan pemilihan pada
hari ini sebagai ikhtibar di masa-masa akan datang."
Ketua Satu RASAKSA keluar dari dewan. Di wajahnya tidak
langsung menampakkan kekecewaan. Beberapa wartawan dari pelbagai media massa meluru kepadanya.
"Apa pendapat tuan hamba mengenai kegagalan tuan hamba
menjadi pucuk pimpinan?" Tanya merbuk dari akbar Burung.
"Ini menandakan bahawa ahli KUBITAK tidak mahu adanya
perubahan," jawabnya tenang.
"Adakah tuan hamba akan memberikan kerjasama kepada KUBITAK?" sampuk zirafah wartawan dari majalah, "ZIRA"
"Iya hamba akan memberikan kerjasama kepada KUBITAK
walaubagai manapun idea yang ingin hamba serapkan kepada KUBITAK akan hamba serapkan kepada RASAKSA juga. Hamba buat begini asalkan dapat mempopularkan binatang-binatang Tasik Kenyir keseluruhannya."
Karya: Ratu Rimba Niagara
15 Februari 2012
WWW
Jauh di mata dekat di hati,
Kasih tak akan terpisah,
Silaturrahim mekar di hati,
Indahnya islam karena kasih tak terpisah.
Indahnya santun sesama kita,
Budi bahasa tersusun indah,
Saling bermaafan sesama kita,
Itu artinya persahabatan yang terindah.
Sehebat macammana manusia itu tidak boleh mencipta takdir ,
jika manusia bisa mencipta takdir pastinya akan mahu hidup yang bahagia, kaya raya, berkuasa dan mahu hidup selamanya. Jika semua manusia dari dulu hidup tak mati pasti bumi ini dipenuhi dengan manusia sebab itu hebat-Nya Allah swt menciptakan takdir setiap hamba-Nya. Allahu Akbar.
Manusia tidak boleh mencipta takdir, Allah SWT yang menentukan takdir setiap hamba-Nya.
Insan gembira dan ceria kerana punya hati
Jika hati telah mati
Segalanya lesu dan basi
Apa dibuat tidak menjadi
Lalu jadilah insan yang rugi
Kerna hari dilalui tiada bererti
Hati tidak boleh dinilaikan dengan harta benda
Jika tiada hati tetapi dipaksakan juga
Bererti telah menipu diri sendiri
Telah menzalimi diri sendiri
Riana...kita sebagai hambaNya yang percaya qada dan qadar Tuhan...tidak boleh mengungkap kata-kata yang melawan takdir...riana...jalan yang terbaik pulangkan pada hatimu kepada yang punya hak ke atas hidup dan matimu...DIAlah yang menciptamu ke dunia ini...dan DIA juga yang menguruskan segala hidup dan matimu. UrusanNya selalu adil mengikut kemampuan hambaNya. Jangan kerana cinta seorang lelaki...kita jadi tak keharuan...hingga menghukum diri tertutup untuk cinta lelaki beriman yang lain. Banyak bersabar dan berdoa ye riana sayang...
Aamiin kalau itu sudah tersurat di Azali,
Senyuman mu menawan hati;
Apa kata orang jangan diambil peduli,
Asalkan hatimu hatiku senang hati
Seri muka atau seri siantan...mana nak sama dengan seri purnama...
seri muka kalau dimakan habis!
seri purnama kekal selamanya
dari dunia hingga ke akhirat
itulah yang mahalnya!
PUISI SYAIR PANTUN DAN GURINDAM CARA BARU UNTUK MEMPOPULARKAN SEJARAH DI JIWA ANAK CUCU
RUMPUN MELAYU NUSANTARA
Aku bukan ahli sejarah
Tapi aku peminat sejarah
Aku mahu menghargai sejarah
Dengan caraku sendiri
Aku ingin mengolah sejarah
Jadikan puisi syair pantun dan gurindam
Cara baru untuk mempopularkan sejarah
Di jiwa anak cucu Rumpun Melayu Nusantara
Agar mereka menghargai
Sejarah moyang mereka
Yang bersusah payah
Memerdekakan negara tercinta
Agar anak cucu dapat menumpang teduh
Dengan aman sejahtera
Tanpa ada permusuhan
Yang akan membuatkan
Negara moyangku dijajah semula
Aku tak mahu sampai jadi begitu
Makanya
Kurela
Keringat dan darahku ini dijadikan tinta
Pena untukku menulis
Dengan air mata dan darah
Dan takkan kuhiraukan lagi
Segala penghinaan mereka ke aku
Kerana aku berpena bukan
Untuk dipandang mereka
Aku menulis
Demi pandangan dari-Nya
Demi anak cucu Rumpun Melayu Nusantara
Aku tak berhajat apa-apa dari kalian
Tapi tolong jangan sepikan karya-karyaku ini
Kerana ianya lahir dari hati dan kasih sayang nan suci
Moga Allah sahaja yang dapat membalas sokonganmu itu
Dan tolong doakan aku agar dapat berpena
Sehingga terhenti nafas
Terhentilah pena
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
7 September 2012
Setiap kali ujian datang...senyumlah agar terpadam segala kelukaan di hati.
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
21 Februari 2021
0 comments:
Post a Comment