BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (316) APA JUA KEHENDAK HATI SELARI DENGAN NIAT
YA ALLAH LURUSKAN NIATKU
YA ALLAH LURUSKAN NIATKU
Jika Allah menolongmu tiada siapa yang dapat menghalangNya
Jika Allah menolongmu tiada siapa yang dapat menghalangNya
DENGAN BELAS EHSANMU BALASLAH CINTAKU INI Bila mana hati sudah terpana dengan Dzat CintaMu Tuhan...Segala dipandang didengar adalah zikirku padaMu TuhanKehadiranMu terasa menyelubungi kalbuRasa jantungku berhenti berdegup bila lupakanMuBerilah kekuatan padaku yang tidak pernah sempurnaTapi kucuba melakukan kesempurnaan cintaku padaMuDengan belas EhsanMu balaslah cintaku ini.Karya Ratu Rimba Niagara17 Februari 2012
DENGAN BELAS EHSANMU BALASLAH CINTAKU INI
Bila mana hati sudah terpana dengan Dzat CintaMu Tuhan...
Segala dipandang didengar adalah zikirku padaMu Tuhan
KehadiranMu terasa menyelubungi kalbu
Rasa jantungku berhenti berdegup bila lupakanMu
Berilah kekuatan padaku yang tidak pernah sempurna
Tapi kucuba melakukan kesempurnaan cintaku padaMu
Dengan belas EhsanMu balaslah cintaku ini.
Karya Ratu Rimba Niagara
17 Februari 2012
KENAL DIRI KENAL TUHAN
BIAR ALLAH YANG TAHU SIAPA KITA TANPA MEMPEDULIKAN TANGGAPAN ORANG KEPADA KITA...
TERUSLAH BERBUAT BAIK
BERKATA YANG BAIK
AGAR MATI DALAM KEBAIKAN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
AKU REDHA ALLAH TUHANKU
AKU REDHA ISLAM AGAMAKU
AKU REDHA MUHAMMAD NABI DAN RASULKU
ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
namaMu yang Maha Indah
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Subhanallah indahnya tatkala matahari melabuhkan tirainya
Dashama Konah bersama Dashama Konah Gordon
Selamat Menyambut Solstis!Solstice musim sejuk ialah malam yang paling panjang dan hari paling pendek tahun ini di hemisfera Utara. Ia adalah masa untuk instropeksi mendalam dan penerokaan ke dalam apa yang anda menarik dan manifestasikan dalam hidup anda. Sama ada dalam kawasan perhubungan, kerjaya, wang, kasih sayang, keluarga atau apa-apa usaha kreatif, hari ini dan malam ini adalah masa yang sangat berkuasa untuk jelas tentang apa yang anda benar-benar mahu dan serahkan jiwa anda untuk membenarkan ia datang kepada anda. Ini ialah solar 'Tahun Baru'. Ia dikatakan terdapat akaun escrow getaran peribahasa yang menyimpan semua rahmat yang anda panggil dan sekarang adalah masa yang hebat untuk menaikkan getaran anda untuk memadankan apa yang anda panggil untuk membolehkannya masuk ke dalam hidup anda. Apa jua kehendak hati, selari dengan niat untuk menjadi cahaya untuk dunia melalui syif ini dan mengalu-alukan kejayaan yang tidak dapat dielakkan dengan hati dan minda terbuka. Lepaskan rasa bersalah, keraguan, kemarahan, penyesalan atau frekuensi getaran rendah lain untuk mempercepatkan proses. Embodi dan amalkan kemaafan, belas kasihan dan kasih sayang kepada semua orang sementara yang tinggal berhubung dengan sumber secara berterusan. Di situlah kuasa sebenar anda tinggal dan berasal daripada. #trust #love #newmoon #wintersolstice #faith #believe
WWWW
CAHAYAILAH UNTUK SIAPA SAJA YANG SEDANG BERSULUK MENUJU CINTA-MU,' DOA KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH
DOAKU BA'DA SHOLAT SHUBUH
Untuk SIAPA SAJA yang masih sempat membaca dan Aminkan Doa INI,
"Bismillahi tawakkaltu alallah la haula wala kuata illa billah
Walhamdulillah Wash Shalaatu Was Salaamu 'ala Rasulillah"
“Allahumma inni a’udzubika min jahdil bala’i wa darkisy-syaqa’i wa su-il qadha’i wa syamatatil a’da’i”
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yg buruk & dari keberhasilan musuh.”
“Allahuma ashlih lii diini wa wassi’lii fi daarii wa baarikli fii rizqi”
“Ya Allah, perbaikilah agamaku yg menjadi pokok urusanku,lapangkan untukku dalam rumahku dan berkahilah dalam rizkiku.”
"Allahumma la sahla illa maja’altahu sahlan wa anta taj’alul huzna idza syi’ta sahlan.”
"Ya Allah tiada yang mudah selain Engkau mudahkan dan Engkau jadikan kesusahan itu mudah jika Engkau menghendakinya mudah.”
“Ya Allah,berikanlah kami rizki yg luas,
yg halal lagi baik, tanpa memberatkan kami.
Jika rizki kami ada dilangit maka turunkanlah.
Jika ada dibumi maka keluarkanlah.
Jika jauh maka dekatkanlah.
Jika dekat maka mudahkanlah.
Jika sedikit maka banyakanlah.
Jika banyak maka berkahilah agar kami dapat menolong anak yatim, orang-orang miskin & orang-orang yang kesusahan.
Robbi Adkhilni fi lujjati bachri ahadiyyatik
"Tuhanku,Tenggelamkan aku dalam Samudra ketunggalan CintaMU"
Ya Allah, kabulkanlah doa kami.”
Allahumma sholli 'alaa Muhammad wa aali Muhammad
SELAMAT MEMAKMURKAN BUMI ALLAH DALAM RUPA RUPA AKTIFITAS
Ilahi Aamiin Yaa Kariim bihaqqi Muhammad wa aali Muhammad.
WWWE
WWW
YA ALLAH AKU BERSASTERA KERANA-MU, DENGAN BELAS KASIHAN-MU SINARKANLAH NUR HIDAYAH KASIH-MU DI HATIKU DAN YANG MEMBACA KARYAKU KERANA NIATKU MAHU BERSAMA MEREKA DI SYURGAWI BERSAMA MEMANDANG WAJAH-MU BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
Bila ego tidak menguasai jiwa... hati tidak menderita yang ada taman-taman cinta di di hati....cinta akan berputik kembali...dan takkan terjadinya perpisahan apabila cinta sudah terpatri di hati!
MOGA SAMPAI KE MATLAMAT!
Bergantung kepada niat yang suci murni keranaNya
bukan untuk mengejar
habuan dunia
mendapat kuasa
mencipta nama
membagga diri
jika ditakdirkan berkuasa semuanya keranaNya
menabur budi bukan untuk mendapat sanjungan manusia
kerana semata ibadah
suci ikhlas keranaNya
barulah akan rasa satu roh perjuangan
yang tak pernah kenal erti
jemu
penat
putus asa
biarpun cabaran datang bagaikan tsunami
tetap kukuh berdiri
meneruskan perjuangan hingga ke titisan darah terakhir!
moga dengan izinNya sampai ke matlamat yang hendak dituju
mempertabatkan budaya bangsa melayu dan Kesultanan Melayu di muka bumi ini Amin.
Karya Rha NS
27 Februari 2012
YA ALLAH AKU BERSASTERA KERANA-MU, DENGAN BELAS KASIHAN-MU SINARKANLAH NUR HIDAYAH KASIH-MU DI HATIKU DAN YANG MEMBACA KARYAKU KERANA NIATKU MAHU BERSAMA MEREKA DI SYURGAWI BERSAMA MEMANDANG WAJAH-MU BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
GUGUSAN BUNGA SASTERA YANG INDAH INI KUKIRIMKAN BUAT SEMUA PEMBACA YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT. MOGA KASIH NAN SUCI MURNI INI TERSIMPUL MATI DAN KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE JANNAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
Rabeah Binti Mohd Ali shared H.H Haji Hassanal Bolkiah'sphoto.
February 25 at 9:44am
H.H Haji Hassanal Bolkiah with Datuk Paduka Fariq Ahmad at Istana Nurul Iman (His Majesty's Palace)
'Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad ‘Aamir Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzain'
PANTUN ANAKANDA TERSAYANG AYAHANDA TERCINTA
Anakanda yang disayangi dunia akhirat,
Anakanda pengikat kasih ayahanda bonda;
Kelahiranmu membuatkan kasih bertaut erat,
Moga menjadi anak kebanggaan ayahanda bonda.
Pembesaranmu setiap tahun ayahanda pastikan,
Anakanda mempelajari Hadis dan Al-Quran;
Mindamu terisi dengan ilmu yang tidak menjemukan,
Berusaha terus berusaha menuju kejayaan.
Ayahanda akan terus memimpin anakanda,
Mendidikmu berpandukan Al-Quran dan Hadis;
Agar menjadi khalifah Allah duhai anakanda,
Pasti ayahanda dan bonda bersyukur terus-menerus.
Semakin banyak waktu ayahanda berkongsi,
Semakin anakanda bersedia menghadapi masa hadapan;
Anakandalah harapan ayahanda tanpa sangsi,
Ayahanda sentiasa letakkan sejuta harapan.
Sekalipun anakanda tidak mampu melangkah ke hadapan,
Ayahanda akan terus membimbingmu;
Agar anakanda berani menghadapi segala rintangan,
Yang datang mengujimu dari segenap penjuru.
Anakanda pergilah semampu sejauh mungkin,
Memburu impian menggapai cita-cita;
Ayahanda bonda sentiasa memberi sokongan,
Agar menjadi realiti segala yang dicita.
Capai setinggi mana mungkin cita-citamu,
Ilmu yang dituntut jangan sekali rasa jemu;
Kegagalan tidak akan pernah bertamu,
Kejayaanmu kebanggaan ayahanda bondamu.
Dalam menuju segala kejayaan,
Cahaya keimanan amat diperlukan;
Allah jangan sekali dilupakan,
Barulah cahaya hidayah menjadi peneman.
Kasih sayang ayahanda tidak pernah luntur,
Ayahanda rela berkorban apa saja untukmu;
Asalkan anakanda cekal dan sabar,
Kerana sabarmu mengundang Rahmat dari Tuhanmu.
Apabila segala ilmu terpasak di dada,
Pasti anakanda sendiri melepaskan tangan ayahanda;
Tika itu ayahanda tersenyum bangga,
Melihat anakanda menyambung perjuangan ayahanda.
Anakanda… buah hati ayahanda pengarang jantung,
Ingatlah pesanan ayahanda dan bonda ini;
Jadilah anak soleh berjiwa pejuang,
Moga kita sekeluarga ke Syurga nanti.
Ayahanda dan bonda tersayang,
Kasih sayangmu anakanda tak akan persiakan;
Anakanda berjanji akan menjadi anak cemerlang,
Menjadi anak soleh beriman yang dibanggakan.
Anakanda hargai pengorbanan ayahanda ,
Tanpa jemu mendidik membimbing anakanda;
Moga Allah membalas segala budi ayahanda bonda,
Alhamdulillah anakanda diKurniakan ayahanda bonda.
Ayahanda dan bonda yang disayangi,
Anakanda akan berazam mencapai cita-cita;
Meneruskan perjuangan ayahanda yang suci murni,
Membela agama bangsa dan Negara tercinta.
Anakanda sentiasa bangga dengan ayahanda,
Ayahanda pemimpin idola anakanda;
Membela agama dan bangsa walau di mana,
Hatimu putih bersih bak mutiara.
Perjuangan ayahanda tepat dan jelas,
Rela berkorban demi rakyat tercinta;
Segala jasa dicurah tanpa harap dibalas,
Demi kerana Allah tercinta.
Bangganya anakanda ayahanda seorang pejuang,
Rela pertaruhkan nyawa di setiap penjuru;
Moga sentiasa berjaya ketika berjuang,
Darah perjuanganmu mengalir dalam darah anakandamu.
Doakan anakanda menjadi pejuang sejati,
Mewarisi kepahlawanan ayahanda tercinta;
Kita berjuang hingga ke mati,
Demi mempertahankan kedaulatan Negara tercinta.
Syukur anakanda setiap hari,
Keluarga kita dilimpahi sakinah dariNya;
Kasih sayang ayahanda bonda anakanda hargai,
Moga kita sekeluarga hingga ke SyurgaNya.
Anakanda tersayang ayahanda tercinta,
Kasih berpadu bersama bonda dicintai;
Hidup berkeluarga sakinah tercipta,
Insya-Allah sekeluarga menghuni SyurgaNya nanti.
Duhai anakanda yang dicintai sepenuh hati,
Ayahanda bonda doakan anakanda menjadi anak soleh;
Dewasa nanti menjadi Khalifah Allah sejati, ,
Khalifah Islam yang boleh dibangga dan dimegah.
Ayahanda bonda tercinta kesayangan anakanda,
Cita-cita ayahanda akan anakanda kotakan;
Berusaha anakanda biarpun dugaan datang melanda,
Asalkan anakanda menjadi Khalifah Islam yang dibanggakan.
Karya Nenda Ratu Rimba Niagara
(Pantun,'Anakanda Tersayang Ayahanda Tercinta,' Diilhamkan Istimewa Untuk Cucunda Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad ‘Aamir Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzain, nenda sayang cucunda hingga ke Jannah AAmiin)
DOA AYAH BUNDA LAKSANA SULUH
Ayah dan bunda tak mengenal keluh
Demi ananda buah hati tercinta
Do'a ayah bunda laksana suluh
Penerang jalan ananda menggapai cita
PERMATA HATI AYAHANDA DAN BONDA
Duhai anakanda...
Permata hati ayahanda dan bonda tercinta...
Kelahiranmu sentiasa ayahanda dan bonda nantikan
Kasih sayang ayahanda dan bonda telah teruntuk untukmu
Ayahanda dan bonda terlalu sayangkan anakanda
Sayang....sayang....sayang sangat-sangat...
Ayahanda dan bonda rela pertaruhkan nyawa demi kasih padamu
Sebagaimana ayahanda cintakan bonda
Begitulah cinta ayahanda dan bonda kepada anakanda
Makanya hargailah kasih ayahanda dan bonda ini
Jangan sekali dipersiakan cinta kami pada anakanda
Jadilah anak soleh
Yang akan mendoakan ayahanda dan bonda
Setelah ayahanda dan bonda berjumpa Tuhan
Itulah balasan cinta sejati daripada anakanda
Untuk ayahanda dan bonda...
Duhai anakanda yang disayangi dunia akhirat
Moga kita sekeluarga menjadi penghuni Syurga
Untuk menyambung cinta kita sekeluarga
Cinta di Syurga kekal abadi
Kita tidak akan berpisah selepas itu.
Karya Nenda Ratu Rimba Niagara
(Pantun,'Anakanda Tersayang Ayahanda Tercinta,' Diilhamkan Istimewa Untuk Cucunda Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad ‘Aamir Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzain,nenda sayang cucunda hingga ke Jannah AAmiin)
26 Jamadil' Awal 1436H
25 Februari 2015
SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-31 BUAT BRUNEI TERCINTA
Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-31 buat Brunei tercinta
moga berjaya mencapai segala misi dan visi yang dicita-citakan
Brunei sentiasa ke hadapan
kerajaan dan rakyat sentiasa seiring sejalan
bagi merealitikan cita-cita
bersama membangunkan Brunei maju jaya
seiring pembinaan modal insan
Brunei melahirkan generasi muda yang berwawasan
berjiwa patriotik
mengutamakan negara daripada kepentingan sendiri
Brunei aman damai rakyat sejahtera
Bunei maju jaya
dalam aman damai
melahirkan rakyat bersatupadu
mempunyai impian yang sama
berjaya dunia akhirat
Aamiin
' MOGA SELURUH KERABAT DIRAJA BRUNEI & RAKYAT BRUNEI DARUSSALAM DIRAHMATI ALLAH DUNIA AKHIRAT AAMIIN'
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
RATU RIMBA NIAGARA @ TOH PUAN RATU KENCANA SARI
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
4 JAMADIL'AWAL 1436H
23 FEBRUARI 2015
·
Suttan Seghayo Dipuncak Nur and 2 others like this.
Suttan Seghayo Dipuncak Nur Semoga Menjadi Hamba Alloh (Abdulloh) yang besar Kasih Sayangnya terhadap ummat Hamba Alloh lainnya di muka bumi tercinta,
Ratu Rimba Niagara AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
February 25 at 10:52am · Unlike · 1
GUGUSAN BUNGA SASTERA YANG INDAH INI KUKIRIMKAN BUAT SEMUA PEMBACA YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT. MOGA KASIH NAN SUCI MURNI INI TERSIMPUL MATI DAN KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE JANNAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
HANYA YANG ADA CINTA DAN KASIH SELAMANYA!
Duhai kasih kau sentiasa di hatiku,
Sayangku padamu takkan berubah;
Itu mohonku pada Tuhanku,
Biar pun tsunami membadai kita takkan berpisah.
Cumanya jangan sekali kau kecewakan aku,
Yang ada di hatiku kasih setulus hatimu;
Ku tak jemu menyayangimu,
Insya-Allah sampai di Syurga kunantimu.
Bersahabat atas dasar kasih keranaNya,
Kasih mengasihi seperti di alam Syurga;
Tidak akan ada kata-kata berbisa-bisa,
Hanya yang ada cinta dan kasih selamanya.
Karya Rha NS
25 Febuari 2012
Setiap kali ujian datang...senyumlah agar terpadam segala kelukaan di hati.
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
27 Februari 2021
0 comments:
Post a Comment