PUTERA PUTERI NUSANTARAKU KETIADAAN BONDA NANTI JAGALAH WARISAN SASTERA NUSANTARA YANG TELAH BONDA WARISKAN PADA SELURUH ANAK CUCU NUSANTARA. BONDA TIDAK MAHU APA-APA CUMA KENANGILAH BONDA DALAM DOAMU.
JAGAILAH WARISAN MOYANGMU
Batang jerami diberi madu
Rebung seiris dimakan kuda
Kalau kami diberi malu
Ujung keris menikam dada
By: Zairi Erie
Hujung keris menikam dada,
Rela kumati jika itu mahumu;
Niatku kepahlawananmu terus di persada.
Tapi api cemburumu memakan diriku.
"Silakan ...bunuhku segera...asal damai hatimu!!!!! i
" Pendekar yang gagah perkasa tak akan lari dari medan perjuangan...makanya aku akan cari kau sampai dapat agar kau tidak boleh lari lagi ke mana-mana!"
Orang tua jangan disanggah,
Budi baik jadi sanjungan;
Kepahlawananmu aku bermegah,
Matimu dalam kenangan.
Jika dibiarkan keris bicara,
Makanya akal fikiran ditolak tepi;
Adat pahlawan membara-bara,
Pantang dimalu terbakarlah hati.
Pantang dimalu terbakar hati,
Sebelum menfitnah berfikir dulu;
Jangan diikut marah di hati,
Apapun masalah berbincanglah dahulu.
Bukankah kita sama se guru,
Tapi perbedaan fahaman buatku celaru;
Kau sentiasa perkasa selalu,
Rendah diriku tak setandingmu.
Merendahnya aku bukan bererti aku kalah,
Mahu kufikirkan dulu apa bicara Si Tuah;
Pahlawan Hang Tuah patut dimegah,
Kernanya Melayu aman di bumi bertuah.
Tanam pisang rapat-rapat,
Air diteguk di tepi kali;
Bersatu hati disetiap pendapat,
Kebalnya pahlawan menjadi lali.
Kepahlawan melayu sudah terbilang,
Tiada tandingan di serata dunia;
Pewaris melayu takkan hilang,
Nenek moyang menyayangimu sentiasa.
Makanya duhai pahlawan melayu,
Bangkitlah dengan semangat juang yang tinggi;
Jangan berleka dengan fikiran bercelaru,
Perjuangan membela anak bangsa jangan terhenti.
Biarpun tsunami datang membadai,
Teruskan segala niat yang murni;
Jiwa pejuang takkan terhenti,
Selagi ada denyutan nadi.
Malulah pahlawan jiwanya mati,
Semangatnya lemah pabila dikeji;
Apapun dihina tetap berjiwa pertiwi,
Demi anak bangsa tak pernah terhenti.
Pandainya kamu membalas pantun,
Buat hatiku rasa terpegun;
Budi bahasa mu penuh bersantun,
Marilah kita berbalas pantun.
Hari ini kata semangat,
Esok hilang segala semangat;
Budaya pantun harus diingat,
Kerna pantun lambang semangat.
Melayu juga bergurindam jiwa,
Hinggakan jiwa melayang-layang;
Gurindam jiwa mengusik jiwa,
Mengundang rindu mengundang sayang.
Bergurindam jiwa menyambung ukhwah,
Ukhwah kepahlawanan semangat melayu;
Keperkasaan pahlawan sentiasa dimegah,
Berperasangka baiklah itu dimahu.
Kenapa perlu kata begitu,
Kail sejengkal jangan diduga laut yang dalam;
Orang melayu selalu begitu,
Yang kuperlukan sokongan mendalam.
Tak kenal maka tak cinta,
Dah cinta baru tahu;
Bangsa melayu sentiasa kucinta,
Dalamnya cintaku kau tak tahu.
Aku berkarya berpantun sepenuh hati,
Berkarya bukan sesuka hati;
Jangan dipersendakan sama sekali,
Rela kujauhkan dirimu jika diulangi.
Kerna kurindu aku menulis,
Kerna kusayang aku berkarya;
Sayangku pada anak cucu setulus ikhlas,
Makanya fahami aku bila aku berkarya.
Jika benar kau pejuang bahasa melayu,
Ayuh mari kita turun ke gelanggang;
Gelanggang pantun budaya melayu,
Bersama mempertabatkan agar tak hilang.
Bahasa melayu tak akan hilang,
Jika bersatu hati mempertabatkannya:
Ditutur dan ditullis jangan ikut senang,
Moga menghasilkan kejayaan akhirnya.
Duhai rakan seperjuanganku kita ke sini,
Sekadar teman sehati sejiwa;
Bagi menyokong segala yang murni,
Bersama jalinkan ukhuwah sehati sejiwa.
Duhai sahabat yang bijak berpantun,
Jadilah dikau budayawan bangsa;
Bakat yang ada jangan dipendamkan,
Taburlah bakti pada anak bangsa.
Terima kasih rakan seperjuanganku,
Kerna sudi berkongsi karyamu;
Syukur kau sudi berjuang bersamaku,
Moga ikatan ukhuwah harum di kalbu.
Tak akan sumbang langkah kakimu,
Kerna kepahlawananmu sudah terbilang;
Kau tak pernah jemu mendidik anak bangsamu,
Agar ilmu kepahlawanan melayu jadi terbilang.
Tenaga sikit bisa menang,
Asalkan ikhlas dalam perjuangan;
Biar berputih mata jangan berputih tulang,
Bersatu hatilah demi perjuangan.
Melayu tak mudah layu,
Jangan iri sesama melayu;
Tingkahkan ukhuwah sesama melayu,
Berpadu pemikiran demi bangsa melayu.
Dari pagi hingga ke petang,
Mencari ilmu dibawa pulang;
Berkorban demi generasi mendatang,
Pusaka bangsa dijaga agar tak hilang.
Moyang kita selalu berpesan,
Sesama melayu seperti ikatan lidi;
Berpadu teguh demi sebuah perjuangan,
Hingga ke nafas terakhir dibawa pergi.
Pahlawan melayu bijak mengatur langkah,
Agar tak tersilap di kesani musuh ;
Pantang pahlawan melayu bermusuh,
Musuh dalam selimut itu yang susah.
Duri dalam daging.
Api dalam sekam;
Ada masalah kita berunding,
Menjadi indah tidak terakam.
Melayu jangan suka membanding.
Di depan manis di belakang menikam;
Melayu sedarah sedaging,
Sakit melayu semua mencengkam.
Tiada masa untuk menunggu,
Pada yang leka teruslah leka;
Perjuangan jangan mudah terganggu,
Masa berlalu pergi tak menunggu kita.
Jangan hari ini semangat besok dah layu,
Jiwa perjuangan tak pernah layu;
Makanya bangunlah bangsa melayuku,
Jangan berleka lagi masa tak menunggumu.
Sudah jauh perjalanan melayu,
Bangunlah demi anak bangsa;
Saling sokong menyokong demi melayu,
Agar terbinanya budaya bangsa.
Putra putriku kau pewaris bangsa,
Usia kami beransur senja kini,
Kelemahan kodrat kian terasa,
Kalianlah sandarkan harapan kami.
Ketiadaan kami jangan ditangisi,
Pengorbanan kami untuk kalian tercinta;
Kalian sentiasa kami sayangi,
Dalam doamu kenangilah kami.
Moyang mu ingin berpesan.
Kami tinggalkan warisan bangsa ;
Untuk kalian teruskan perjuangan,
Agar berkekalan sepanjang masa.
Hargailah peninggalan moyangmu ini,
Jagailah seperti menjaga nyawamu sendiri;
Begitulah perjuangan moyangmu selama ini,
Demi mu dilupakan kepentingan sendiri.
Senyuman anak cucu,
Kebahagian moyangmu;
Jagailah warisan moyangmu,
Itulah lambang cinta berpadu.
Karya Putri Rimba
5 April 2012
KARYA INI DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK:
SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN MELAYU,
SEMUA PEJUANG BANGSA MELAYU;
SEMUA PEJUANG BAHASA MELAYU,
LAKSAMANA HANG TUAH BERSUMPAH TAK KAN HILANG MELAYU.
SEMUA AHLI GROUP YANG SENTIASA TERSANJUNG DI HATI:
1. PUISI CINTA ILAHI
2. MELAYU ISLAM BERSATU
3. PERSATUAN AHLI MAJLIS DATO-DATO SULU
4. KOMUNITAS ADAT KERATON NUSANTARA
5. KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA
6. PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA
7. KERAGAMAN BUDAYA LELUHUR INDONESIA
8. DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
9. JARINGAN SASTRA INDONESIA (JAS INDONESIA) KALBAR
10. OMBAK RINDU
DISIARKAN JUGA UNTUK SEMUA:
KERABAT DIRAJA MALAYSIA
KERABAT DIRAJA INDONESIA
PEMIMPIN MALAYSIA
PEMERINTAH INDONESIA
RAKYAT MALAYSIA
RAKYAT INDONESIA
BANGSA MELAYU SELURUH DUNIA
PENCINTA BAHASA MELAYU
PENCINTA SASTRA MELAYU
PENCINTA SASTERAKU DUNIAKU
WARGA DUNIA YANG MEMINATI BAHASA MELAYU
PEWARIS ANAK CUCUKU TERCINTA
RAKAN FB DAN GROUP YANG TAK JEMU MEMBERI SOKONGAN UNTUK HAMBA BERKARYA SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA...
MEREKA YANG TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM MEMBERI SOKONGAN DALAM PERJUANGAN KHAZANAH SASTRA UNTUK DIWARISKAN PADA ANAK CUCU BANGSA MELAYU RUMPUN MELAYU SEDUNIA.
SEKALUNG BUDI DAUNAN KASIH SETULUSNYA DARIPADA,
RATU RIMBA NIAGARA
5 APRIL 2012
BILA KUSANDARKAN NYAWAKU ATAS KUASA ILLAHI
Jangan mengharapkan teman SEGAGAH Hang Tuah
Jika dirimu tak SECANTIK Tun Teja
Jangan mengharapkan teman SEHEBAT Hang Jebat
Jika dirimu TAK PERNAH setia.
Engkau memang segagah Hang Tuah,
Aku tidak secantik Tun Teja;
Kau sentiasa insan bertuah,
Kepahlawananmu sentiasa dipuja.
Setega itu kau kata aku tak setia,
Perpisahan ini kau yang pinta;
Beralih kasihmu pada Tun Teja,
Bahagialahmu bersamnya tercinta.
Aku tak harap teman sehebat Hang Jebat,
Kerna aku tak sehebat Hang Tuah;
Kalau kau pahlawan yang
hebat
,
Buktikan kepahlawananmu biar menjadi megah.
Jangan mudah bermain kata,
Kalau janji tidak dikota;
Pantang melayu memungkiri kata,
Kerna janji mesti dikota.
Dunia melayu dunia kita,
Tak akan layu sebelum layu;
Melayu tetap melayu juga,
Sakit melayu sakitlah semua melayu.
Malang jika mengaku melayu,
Tapi masih tak sokong melayu;
Bangsa sendiri dihina biar layu,
Biar tersungkur di bumi melayu.
Berhasad dengki itulah melayu,
Melayu sendiri bunuh jiwa melayu;
Biar mati di tanah melayu,
Baru puas hati melayu.
Melayu tak suka melayu senang,
Kalau boleh biar sendiri yang senang;
Hidup dalam bersenang lenang,
Tersenyumlah dia bila sudah menang.
Senang...senang...senang...senang,
Melayu semuanya nak senang;
Melayu suka kerja senang,
Tak berusaha manakan nak senang.
Dah senang lupa daratan,
Tak fikirkan melayu yang susah;
Hidup hanya difikirkan keuntungan,
Apa nak dikisahkan melayu yang susah.
Bahasa melayu sudah dirojakkan,
Bahasa Inggeris dimuliakan;
Dituturkan penuh kebanggaan,
Kasihan bahasa moyangku disepikan.
Sudahlah bahasa melayu disepikan,
Tulis sesama melayu diringkaskan;
Kata bahasa melayu hendak dimertabatkan,
Kalau begini bagaimana hendak diwariskan.
Alangkah bahagia rasa hatiku,
Bahasa moyangku tidak diketepikan;
Diperjuangkan sehabis mampu,
Agar menjadi bahasa warisan.
Bahasa Melayu bangsa moyangku,
Bersumpah aku pada moyangku;
Akan kuwariskan pada anak cucu,
Biarpun nyawa jadi taruhanku.
Duhai semua pejuang bangsa melayu,
Sudilah bersamaku menyokong perjuanganku;
Berjuang bersendirian siapalah aku,
Demi moyangku demi anak cucuku aku merayu padamu.
Siapalah aku yang tak berkudrat lagi,
Terlalu lemah untukku teruskan perjuangan ini:
Tapi bila kusandarkan nyawaku atas Kuasa Illahi,
Kuteruskan juga sehingga terhenti nafas terhentilah pena ini.
Karya Ratu Rimba Niagara
5 April 2012
AKU MENULIS SELAGI MANA ALLAH SWT IZINKAN
Aku memang suka berkarya...
Tak kira pagi petang siang malam
Aku berkarya...berkarya...berkarya...tanpa jemu tanpa penat
Sebagai manusia biasa aku tak boleh memaksa diriku untuk tak berehat
Aku akur itu...bila dah tak mampu meneruskan baru aku berehat...
Dalam sesuatu topik yang hendak ditulis bukan mudah kerana bidang itu
Bukanlah aku arif untuk menulis...
Allah tak pernah mengecewakan aku
Idea datang di pemikiran
Aku syukur...syukur sangat....sangat....
Syukur Ya Allah Kau tak pernah biarkan aku tanpa ilham...
Kerana terlalu bersyukur padaNya aku menangis setelah habis aku berkarya
Mana tidaknya tanpaNya sebaris ayat aku tidak dapat menulis
TanpaNya satu ilhamku pun tak akan bertandang di pemikiranku
Kalau difikirkan secara lojik aku bukan pandai seperti orang bijak pandai
Tapi bagi Allah SWT jika DIA izinkan tidak perlu aku pertikaikan dan aku syukur
Kerna terlalu bersyukur aku berkarya...berkarya...
dunia karya yang amat mengujakan!
Jika tak berkarya jiwaku mati rasanya nafasku seakan sesak...
Apa saja yang bahan kubaca ...kudengar....kupandang...
semuanya sumber inspirasi dunia karyaku...
Dan aku cukup tak gemar jika yang aku baca itu berbaurkan menghina...
mengeji...membangga diri....
aku suka ilmu yang mendidik dan bukan mengajar....
jika mendidik ilmu terus lekat di hati....
jika mengajar mereka terlebih tahu segala ilmu
makanya ilmu yang ingin disampaikan pastinya akan disepikan...
Kerana terlalu taksub dengan duniaku aku hanya terima rakan-rakan fbku yang sentiasa memberi kerjasama sokongan dengan duniaku...
kalau dia membisu dan hanya sekadar teman fb tanpa memberi inspirasi dan menyepikan karyaku dan dia dengan dunianya seolah aku tiada wujud sebagai rakan fbnya ...makanya aku terpaksa undur diri....
tapi bukanlah bermakna aku memutuskan talisiraturrahim
mereka semua sentiasa di hatiku...lagi pula sebelum persahabatan di alam maya aku sudahpun berterus terang kenapa aku begini taksub dengan duniaku....makanya setiap rakan fbku amat berharga lebih berharga daripada permata berharga...indahnya seperti indahnya pelangi di malam hari...sebagaimana mereka terima karyaku apa adanya dan aku akan
terimanya lebih adanya.
Selagi mana Allah SWT izinkan aku menulis
Aku akan terus menulis ....sehingga terhenti nafas terhentilah pena.
Karya Ratu Rimba Niagara
1 April 2012
0 comments:
Post a Comment