Wednesday, 7 April 2021

BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (405) SEKALUNG TAHNIAH PROF DATUK SERI DR. AWANG SARIYAN


BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (405) SEKALUNG TAHNIAH PROF DATUK SERI DR  AWANG SARIYAN


Alhamdulillah sekalung tahniah Prof Datuk
Alhamdulillah, Anugerah Buku Negara 2020/2021 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara, bersempena dengan UNESCO Kuala Lumpur World Book Capital/KLWBC (Kuala Lumpur Kota Buku Dunia) - Kategori Anugerah Khas Tokoh UNESCO – KLWBC 2020.
Terima kasih, Yayasan Pembangunan Buku Negara dan panel penilai.
Suka
Komen
Kongsi
0 Komen
Alhamdulillah, Anugerah Buku Negara 2020/2021 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara, bersempena dengan UNESCO Kuala Lumpur World Book Capital/KLWBC (Kuala Lumpur Kota Buku Dunia) - Kategori Anugerah Khas Tokoh UNESCO – KLWBC 2020.
Terima kasih, Yayasan Pembangunan Buku Negara dan panel penilai.
Anda dan 61 yang lain
22 Komen
Suka
Komen
Kongsi
22 Komen
Lihat 1 lagi komen

    • Assalamualaikum pembuka bicara,
      Kepada rakan yang berbudi bahasa; 
      Marilah kita sama-sama bicara,
      Bicara soal indahnya berbudi bahasa.
    • SYAIR SI PENGEMBARA BAHASA

      Tersebutlah kisah Si Pengembara Bahasa,
      Menggelarkan dirinya Kembara Bahasa;
      Bijak berkata indah berbahasa,
      Perjuangannya memartabatkan Warisan Bangsa.

      Sudah bertahun dia mengembara,
      Serata dunia memperkenalkan bahasa;
      Warga dunia jatuh cinta dengan bahasa,
      Bahasa kebangsaanku indah bila berbahasa.

      Ilmu dicurah tak pernah jemu,
      Demi kerana memartabatkan bahasa ibundaku;
      Kudoakan kejayaan untuk dirimu,
      Di mana berada Tuhan bersamamu.

      Penat dan lelah tidak dihiraukan,
      Asalkan tercapai apa yang diperjuangkan;
      Memartabatkan Bahasa Kebangsaan,
      Diminati penghuni dunia dalam kebanggaan.

      Pelajarmu ramai di serata dunia,
      Mempelajari mereka tanpa berputus asa;
      Bahasa ibundamu diminati terasa bangga,
      Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.

      Mengenal bahasa ibunda kebanggaanmu,
      Warga dunia mengenal juga negaramu;
      Dikau mencurahkan ilmu tanpa jemu,
      Mereka melancong ke negaramu.

      Datang mereka disambut gembira,
      Disambut dengan sejambak bahasa;
      Bahasa cinta memukau jiwa,
      Terpesona mereka Bahasa Jiwa Bangsa.

      Datang ke negaramu berbahasa ibunda,
      Begitu fasih indah tutur kata;
      Teruja rakyat Malaysia mendengarnya,
      Apabila mereka berbahasa ibundaku tercinta.

      Semasa di negara sendiri mereka mempelajari,
      Bahasa ibundaku penuh tekun dipelajari;
      Datang melancong ke Malaysia ini,
      Jatuh cinta berbangga mempelajari.

      Ilmu dituntut rasa dibanggai,
      Mempelajari Bahasa Melayu begitu diminati;
      Akan diungkap apabila sampai di sini,
      Dijadikan kebanggaan kepada negaranya nanti.

      Indah sungguh Bahasa Melayuku,
      Dipelajari warga dunia tanpa jemu;
      Bahasa ibundaku jiwa terpukau,
      Siapa mendengar pasti tak jemu.

      Terima kasih kepada Kembara Bahasa,
      Ilmu dicurah di serata dunia;
      Diamalkan mereka bila sampai di Malaysia,
      Berbangga rakyat Melaysia tidak terkata.

      Budi bahasa indah penenang jiwa,
      Mengungkap kata sepenuh rasa;
      Terpukau mereka keindahan Malaysia,
      Rakyatnya pelbagai kaum bersatu dalam berbahasa.

      Indah bahasa seiring keindahan negaraku,
      Keindahan alam mereka terpukau;
      Menjadi realiti di luar jangkau,
      Indah berbahasa mereka terpaku.

      Terpaku mereka keindahan Malaysia,
      Rakyatnya bersatu dalam berbahasa;
      Bahasa kebangsaan dihormati lagi dipuja,
      Menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

      Bertukar-tukar pandangan para tetamu,
      Datang ke sini berbahasa Melayu;
      Apabila berbahasa bangga tanpa silu,
      Ramai yang mendengar rasa terpukau.

      Penat lelahmu terbalas sudah,
      Namun hatimu tak pernah bermegah;
      Kau seorang berhati tabah,
      Usahamu jadi realiti Malaysia bermegah.

      Ilmumu dicurah tidak pernah kehabisan,
      Pulang ke Malaysia teruskan perjuangan;
      Azam memartabatkan Bahasa Kebangsaan,
      Agar rakyat Malaysia rasa kebanggaan.

      Seluruh Malaysia mahu dijelajahi,
      Memartabatkan Bahasa Kebangsaan yang dibanggai;
      Dibanggai seluruh rakyat Malaysia dicintai,
      Membudayakan Bahasa Kebangsaan itu dihajati.

      Diberi sokongan oleh semua Pejuang Bahasa,
      Tidak kira siapa pun mereka;
      Bersatu hati demi Bahasa Ibunda,
      Asalkan rakyat berbahasa ibunda tercinta.

      Pengembara Bahasa bersama Pejuang Bahasa,
      Ingin menjelajahi Jabatan Kerajaan dan Swasta;
      Untuk memupuk budaya Bahasa Ibunda,
      Bahasa Ibunda Bahasa Jiwa Bangsa.

      Semua rakyat Malaysia akan berbangga,
      Mencintai Bahasa Kebangsaan Kita;
      Bila berbahasa penuh bangga,
      Warga dunia menghargai kehebatan bahasa kita.

      Kembara Bahasa dan Pejuang Bahasa,
      Kami penyokong setiamu sentiasa berdoa;
      Moga matlamat kalian akan berjaya,
      Menjadi kebanggaaan Malaysia dan rakyatnya.

      Bahasa kita warisan kita,
      Warisan Seni yang perlu dibangga;
      Marilah kita membudayakannya,
      Pewaris kita turut berbangga.

      Sekian sahaja Syair Pengembara Bahasa,
      Dipersembahkan untuk Warga Dunia;
      Moga gembira dan sentiasa bahagia,
      Berbahasa indah rasa tenang di jiwa.

      Karya: Ratu Rimba Niagara
      18 Sept 2012
      (DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKAN SEPERJUANGAN HAMBA
      PROF DR.HJ AWANG SARIYAN KETUA PENGARAH DBP)
      about a minute ago ·
      (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MEMBACA KARYA PN)
      18 Sept 2012

Karya Ratu Rimba Niagara
18 Sept 2012
(DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKAN SEPERJUANGAN HAMBA PROF DR.HJ AWANG SARIYAN KETUA PENGARAH DBP)
1
  • Suka
  • Balas
  • Kongsi
  • 2j
  • Telah disunting

 

Dikongsi dengan Awam
Awam
SYAIR SI PENGEMBARA BAHASA
Tersebutlah kisah Si Pengembara Bahasa,
Menggelarkan dirinya Kembara Bahasa;
Bijak berkata indah berbahasa,
Perjuangannya memartabatkan Warisan Bangsa.
Sudah bertahun dia mengembara,
Serata dunia memperkenalkan bahasa;
Warga dunia jatuh cinta dengan bahasa,
Bahasa kebangsaanku indah bila berbahasa.
Ilmu dicurah tak pernah jemu,
Demi kerana memartabatkan bahasa ibundaku;
Kudoakan kejayaan untuk dirimu,
Di mana berada Tuhan bersamamu.
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan tercapai apa yang diperjuangkan;
Memartabatkan Bahasa Kebangsaan,
Diminati penghuni dunia dalam kebanggaan.
Pelajarmu ramai di serata dunia,
Mempelajari mereka tanpa berputus asa;
Bahasa ibundamu diminati terasa bangga,
Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.
Mengenal bahasa ibunda kebanggaanmu,
Warga dunia mengenal juga negaramu;
Dikau mencurahkan ilmu tanpa jemu,
Mereka melancong ke negaramu.
Datang mereka disambut gembira,
Disambut dengan sejambak bahasa;
Bahasa cinta memukau jiwa,
Terpesona mereka Bahasa Jiwa Bangsa.
Datang ke negaramu berbahasa ibunda,
Begitu fasih indah tutur kata;
Teruja rakyat Malaysia mendengarnya,
Apabila mereka berbahasa ibundaku tercinta.
Semasa di negara sendiri mereka mempelajari,
Bahasa ibundaku penuh tekun dipelajari;
Datang melancong ke Malaysia ini,
Jatuh cinta berbangga mempelajari.
Ilmu dituntut rasa dibanggai,
Mempelajari Bahasa Melayu begitu diminati;
Akan diungkap apabila sampai di sini,
Dijadikan kebanggaan kepada negaranya nanti.
Indah sungguh Bahasa Melayuku,
Dipelajari warga dunia tanpa jemu;
Bahasa ibundaku jiwa terpukau,
Siapa mendengar pasti tak jemu.
Terima kasih kepada Kembara Bahasa,
Ilmu dicurah di serata dunia;
Diamalkan mereka bila sampai di Malaysia,
Berbangga rakyat Melaysia tidak terkata.
Budi bahasa indah penenang jiwa,
Mengungkap kata sepenuh rasa;
Terpukau mereka keindahan Malaysia,
Rakyatnya pelbagai kaum bersatu dalam berbahasa.
Indah bahasa seiring keindahan negaraku,
Keindahan alam mereka terpukau;
Menjadi realiti di luar jangkau,
Indah berbahasa mereka terpaku.
Terpaku mereka keindahan Malaysia,
Rakyatnya bersatu dalam berbahasa;
Bahasa kebangsaan dihormati lagi dipuja,
Menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Bertukar-tukar pandangan para tetamu,
Datang ke sini berbahasa Melayu;
Apabila berbahasa bangga tanpa silu,
Ramai yang mendengar rasa terpukau.
Penat lelahmu terbalas sudah,
Namun hatimu tak pernah bermegah;
Kau seorang berhati tabah,
Usahamu jadi realiti Malaysia bermegah.
Ilmumu dicurah tidak pernah kehabisan,
Pulang ke Malaysia teruskan perjuangan;
Azam memartabatkan Bahasa Kebangsaan,
Agar rakyat Malaysia rasa kebanggaan.
Seluruh Malaysia mahu dijelajahi,
Memartabatkan Bahasa Kebangsaan yang dibanggai;
Dibanggai seluruh rakyat Malaysia dicintai,
Membudayakan Bahasa Kebangsaan itu dihajati.
Diberi sokongan oleh semua Pejuang Bahasa,
Tidak kira siapa pun mereka;
Bersatu hati demi Bahasa Ibunda,
Asalkan rakyat berbahasa ibunda tercinta.
Pengembara Bahasa bersama Pejuang Bahasa,
Ingin menjelajahi Jabatan Kerajaan dan Swasta;
Untuk memupuk budaya Bahasa Ibunda,
Bahasa Ibunda Bahasa Jiwa Bangsa.
Semua rakyat Malaysia akan berbangga,
Mencintai Bahasa Kebangsaan Kita;
Bila berbahasa penuh bangga,
Warga dunia menghargai kehebatan bahasa kita.
Kembara Bahasa dan Pejuang Bahasa,
Kami penyokong setiamu sentiasa berdoa;
Moga matlamat kalian akan berjaya,
Menjadi kebanggaaan Malaysia dan rakyatnya.
Bahasa kita warisan kita,
Warisan Seni yang perlu dibangga;
Marilah kita membudayakannya,
Pewaris kita turut berbangga.
Sekian sahaja Syair Pengembara Bahasa,
Dipersembahkan untuk Warga Dunia;
Moga gembira dan sentiasa bahagia,
Berbahasa indah rasa tenang di jiwa.
Karya: Ratu Rimba Niagara
18 Sept 2012
(DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKAN SEPERJUANGAN HAMBA
PROF DR.HJ AWANG SARIYAN KETUA PENGARAH DBP)
Suka
Komen
Kongsi

Alhamdulillah, Anugerah Buku Negara 2020/2021 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara, bersempena dengan UNESCO Kuala Lumpur World Book Capital/KLWBC (Kuala Lumpur Kota Buku Dunia) - Kategori Anugerah Khas Tokoh UNESCO – KLWBC 2020.
Terima kasih, Yayasan Pembangunan Buku Negara dan panel penilai.
Anda dan 273 yang lain
222 Komen
10 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
222 Komen
Lihat komen terdahulu

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
4 April 2021

3 April 2012 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Tiada penerangan foto disediakan.
"Senjata bagi seorang mukmin ialah doa. Amatlah pelik bagi seseorang yang mempunyai senjata tetapi tidak pernah digunakan untuk melawan musuh. Justeru, banyakkanlah berdoa dan menyuarakan hasrat kepada Allah SWT khususnya di waktu dinihari."
Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, PUTIK, 8 Julai 2010.

PETIKAN DARIPADA WALL RAKAN FB PUTRI RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
2 April 2012
 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Tiada penerangan foto disediakan.

2 April 2012 
MERPATI PUTIH UNTUK NEGERIKU
SALAM DAMAI.
1
1 Komen
2 Perkongsian
Kongsi

1 Komen

  • Mempati putih untuk negerimu,
    Mengucapkan salam kedamaian;
    Penuh hormat tanpa jemu,
    Moga semuanya dalam kedamaian.
    • Suka

PADA HARI INI
9 tahun yang lepas

 mengemas kini gambar profilnya.

1 April 2012 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Tiada penerangan foto disediakan.
Tiada penerangan foto disediakan.
4
1 Komen
132 Perkongsian
Kongsi

Komen

  • CINTA DAN SAYANGKU KEPADA SELURUH PENGHUNI BUMI
    RELA KUPERTARUHKAN NYAWAKU DEMI MENGHARGAI
    KASIH SAYANG SESAMA KITA
    AGAR SENTIASA BERBELAS KASIHAN
    SALING MEMBANTU SELAGI TERDAYA
    SELAGI MAMPU
    KARENA AKU TAK MAMPU
    KUJADI DARAH DAN AIR MATAKU SEBAGAI TINTA
    AGAR KALIAN BERASA TENANG DAN BAHAGIA
    MENGHARUNGI HIDUP INI...
    SELAGI HIDUP SELAGI ITU KITA DIDUGA
    DUGAAN ITU TANDA ALLAH CINTA KITA
    SELAGI HIDUP
    PINTU SYURGA
    SENTIASA TERUNTUK UNTUK KITA
    YAKINLAH DENGAN RAHMAT KASIH ALLAH KEPADA KITA
    IN SHAA ALLAH AAMIIN
    • Suka

BERTINTA SEPENUH JIWA
Tinta-tinta yang indah berjiwa
Ditulis dengan penuh kasih dan sayang
Untuk dibaca mereka yang tersayang
Agar datang rasa sayang setulus hati keranaNya
Tiada niat untuk menyakiti hati yang tersayang
Bertinta bermadah puisi kerna yang tersayang
Sayang...sayang....sayang...
Ungkapan keajaiban untuk menundukkan hati
Hilang segala keegoan membangga diri
Kerana DIA Maha Penyayang Dari Segala Yang Penyayang
Pakaian Kesombongan adalah hanya untuk DIA
Sebagai manusia apalah ada pada harta dan pangkat
Tapi tiada wujud ehsan sesama manusia
Apa tah lagi mengagungkan kasih sayang padaNya
Kasih sayang sesama insan
Allah ku cinta
Insan kusayang
KeranaNya aku bertinta
Kerana insan kusayang
Cinta dan sayang
Bertinta sepenuh jiwa
Demi CintaNya dan sayang semua
Yang ada di alam semesta ini...
Karya Rha NS
28 Mac 2012

Kehidupan dipenuhi dengan cita-cita disebatikan dengan bunga-bunga cinta suci adalah satu kehidupan di dunia yang begitu indah dan mengasyikkan. Di siang hari diserikan pelangi menceriakan kehidupan dan malam hari di sinari bulan yang memberi senyuman ikhlas padaku. Istimewa untuk teman fb dan teristimewa untuk
pejuang seniku Rufiah kerana kau sumber inspirasiku!
1 Perkongsian
Kongsi
Hajat hati nak jadi perwira,
Apakah daya seorang yang lemah,
Namun begitu bersemangat satria,
Rela kumati demi negaraku.
Kutinggalkan ilmu bukan untuk dibanggai,
Hanya semata kerana Allah dicintai,
Moga pembaca mendoakan kunanti,
Sebar luaskan karya ku ini.
1 Perkongsian
Kongsi
Aku berpantun dengan teman FB ku,
Bukan untuk membangga diri,
Idea tercerna antara mereka dan aku,
Gembiranya hati tidak terperi.
Bersahabat atas dasar keikhlasan,
Bukan untuk mendapat balasan,
Menjalinkan talisilaturrahim tiada alasan,
Moga keberkatan sebagai balasan.
1
1 Komen
2 Perkongsian
Kongsi

Komen

  • Keikhlasan & kejujuran kunci sebuah persahabatan... thanks!!! kerana hadir sebagai sahabatku. Hadirmu meniupkan semangat ke sanubariku... kata-kata perjuanganmu amat ku hargai. Semoga terus bertahan dan berberjaya menggapai IMPIAN diri... amin. Aku setia menanti hasil karyamu... KOTA BUKU... 'KARYAKU! DUNIAKU!
    • Suka



Pantun Teman FB

Aku berpantun dengan teman FB ku,

Bukan untuk membangga diri,

Idea tercerna antara mereka dan aku,

Gembiranya hati tidak terperi.

 

Bersahabat atas dasar keikhlasan,

Bukan untuk mendapat balasan,

Menjalinkan talisiraturrahim tiada alasan,

Moga keberkatan sebagai balasan.

 

Sampaikan mesej biar betul,

Jangan suka menabur fitnah,

Hina menghina patut diperbetul,

Berbudi pekerti tinggi tidaklah musnah.

 

Bahagia hidup saling hormat menghormati,

Bahasa yang sopan pengubat hati,

Sebelum berkata perlu diteliti,

Indahnya bahasa diingat hingga ke mati.

 

Dalam kata-kata ada pahala dan dosa,

Anda pilih yang mana satu,

Kata yang salah tetap berdosa,

Mendapat Syurga itu yang dimahu.

 

Kata-kata indah buat hati jadi tenang,

Seperti berada di Taman Syurga,

Dalam perbalahan tiada yang menang,

Justeru betutur katalah seperti penghuni Syurga.


12 Mac 2020

 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Mungkin imej 1 orang

12 Mac 2020 
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Wr Wb
Salam Awal Pagi Saudara2Q
Kongsi
Bersahabat atas dasar kasih keranaNya,
Kasih mengasihi seperti di alam Syurga;
Tidak akan ada kata-kata berbisa-bisa,
Hanya yang ada cinta dan kasih selamanya.
Karya Rha NS
25 Februari 2012
1


Anda dan 181 yang lain
107 Komen
Suka
Komen

Komen

Lihat komen terdahulu
Setiap kali ujian datang...senyumlah agar terpadam segala kelukaan di hati.



Semua orang akan rasa sedih jika lalui cabaran dengan seorang diri, cari orang yang boleh bersama susah dan senang kita
Suka
Komen
Kongsi

 

6j 
Semua orang akan rasa sedih jika lalui cabaran dengan seorang diri, cari orang yang boleh bersama susah dan senang kita
  • Moga hadir hambaNya yang sejujur ikhlas menyokong perjuanganku. Aamiin.
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Inshaa Allah ... Allah akan hadirkan seseorang yang boleh menjadi suporter kita jika kita letak Allah dalam hati saat melalui jalan yang sukar ... ❤👍
    8
    • Suka
    • Balas
    • 5j
    Most Relevant is selected, so some replies may have been filtered out.


'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)

Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
7 April 2021


0 comments:

Post a Comment

 
;