Tuesday, 18 September 2012

SYAIR SI PENGEMBARA BAHASA KARYA RATU RIMBA NIAGARA


  • Pengumuman Kepada Warga Sastera Facebook:
    Deejay Ramz akan keudara dalam segmen Sastera Muzika Senusantara(SMS) jam 10.00mlm~12.30pgi ini membaca karya sastera penulis amatur & tersohor Malaysia; sajak, puisi, pantun, syair, gurindam, seloka, sketsa, madah pujangga, kritikan sastera dsb.

    1.Tampilan Semasa: Tema malam ini 'KURIK KUNDI MERAH SAGA-BAIK BUDI INDAH BAHASA'.
    2.Tampilan Istimewa: Baca beberapa karya Grup Karyawan Luar Negara petikan antologi Dandelion & Ahli Legasi Oakheart petikan antologi Elegan & antologi Sasterawanara Keraton.
    3.Tampilan Nostalgia: Baca karya SN Alhm.DatoDr Usman Awang, dan lain-lain penyair veteren tanahair.
    Kpd mereka yg berminat, sila hantar karya anda melalui mesejwww.facebook.com/ramleewahab sekarang...sebelum jam 8.00mlm, selepas itu karya akan ditangguhkan penyiaran ke lain malam, insya-Allah!

    Tampilan khas dari masa kesemasa karya:
    1. Pro.Dr.Hj Awang Sariyan (Ketua Pengarah DBP)
    2. Datuk A.Aziz Deraman (Mantan Pengarah DBP)
    3. Sasterawan Negara Dato.Dr.Ahmad Kamal Abdullah (Kemala)
    4. Sasterawan Negara Dato Anwar Ridhuan
    5. Mat Saleeh Rahamad (PENA)
    6. AGI(Tri-V)-(Penyair/Pensyarah UITM)
    7. Djazlam Zainal (Penyair/Kritikawan)
    8. Siti Zainon Zainon Ismail(Pelukis/Penyair)
    9. Khadijah Hashim (Penulis/Penerbit)
    10. Cikgu Mohamad Musip (Pensyarah IPGM-Melaka)
    11. Rohaty Majzub (Prof UKM/Univ.Michigan)
    12. Sabahuddin Senin (Penyair-Univ.of NSW Australia)
    13. Tn.Hj Shapiai Mohd Ramli (Penulis/Penyair)
    14. Tn.Hj Duming @ Hj Domeng(Penyair Brunei Darussalam)
    15. Sutung Umar RS (Bekas Editor Sastera Berita Harian)
    16. Zefri Ariff (Ketua1-Kump.Putra Seni Brunei/SEA Write Award)
    17. Tenas Affendy (S/u II Lembaga Balai Adat Riau,Indonesia)
    18. Penyair Nusantara-Brunei, Indonesia & Singapura
    19. Penyair Asia & Eropah
    20. Penulis/Pengkarya/Peminat Sastera di facebook,blog,dll.

    Radio Rasmi bagi penulis/pengkarya:
    1. Kelab Jiwa Lara
    2. Sykt. Legasi Oak Heart
    3. Persatuan Penulis Nasional Malaysia(PENA)
    4. Grup Karyawan Luar Negara

    Nota: Kpd Admin Kelab & Blog yg berhasrat menjadikan kami sebagai Radio Rasmi, sila hubungi saya melalui Email:www.facebook.com/ramleewahab
    Ikuti siaran radio online kami di www.djmyfmonline.blogspot.com
    Unlike ·  ·  · 19 hours ago
    • You like this.
    •  Assalamualaikum pembuka bicara,
      Kepada rakan yang berbudi bahasa; 
      Marilah kita sama-sama bicara,
      Bicara soal indahnya berbudi bahasa.
    • SYAIR SI PENGEMBARA BAHASA

      Tersebutlah kisah Si Pengembara Bahasa,
      Menggelarkan dirinya Kembara Bahasa;
      Bijak berkata indah berbahasa,
      Perjuangannya memartabatkan Warisan Bangsa.

      Sudah bertahun dia mengembara,
      Serata dunia memperkenalkan bahasa;
      Warga dunia jatuh cinta dengan bahasa,
      Bahasa kebangsaanku indah bila berbahasa.

      Ilmu dicurah tak pernah jemu,
      Demi kerana memartabatkan bahasa ibundaku;
      Kudoakan kejayaan untuk dirimu,
      Di mana berada Tuhan bersamamu.

      Penat dan lelah tidak dihiraukan,
      Asalkan tercapai apa yang diperjuangkan;
      Memartabatkan Bahasa Kebangsaan,
      Diminati penghuni dunia dalam kebanggaan.

      Pelajarmu ramai di serata dunia,
      Mempelajari mereka tanpa berputus asa;
      Bahasa ibundamu diminati terasa bangga,
      Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.

      Mengenal bahasa ibunda kebanggaanmu,
      Warga dunia mengenal juga negaramu;
      Dikau mencurahkan ilmu tanpa jemu,
      Mereka melancong ke negaramu.

      Datang mereka disambut gembira,
      Disambut dengan sejambak bahasa;
      Bahasa cinta memukau jiwa,
      Terpesona mereka Bahasa Jiwa Bangsa.

      Datang ke negaramu berbahasa ibunda,
      Begitu fasih indah tutur kata;
      Teruja rakyat Malaysia mendengarnya,
      Apabila mereka berbahasa ibundaku tercinta.

      Semasa di negara sendiri mereka mempelajari,
      Bahasa ibundaku penuh tekun dipelajari;
      Datang melancong ke Malaysia ini,
      Jatuh cinta berbangga mempelajari.

      Ilmu dituntut rasa dibanggai,
      Mempelajari Bahasa Melayu begitu diminati;
      Akan diungkap apabila sampai di sini,
      Dijadikan kebanggaan kepada negaranya nanti.

      Indah sungguh Bahasa Melayuku,
      Dipelajari warga dunia tanpa jemu;
      Bahasa ibundaku jiwa terpukau,
      Siapa mendengar pasti tak jemu.

      Terima kasih kepada Kembara Bahasa,
      Ilmu dicurah di serata dunia;
      Diamalkan mereka bila sampai di Malaysia,
      Berbangga rakyat Melaysia tidak terkata.

      Budi bahasa indah penenang jiwa,
      Mengungkap kata sepenuh rasa;
      Terpukau mereka keindahan Malaysia,
      Rakyatnya pelbagai kaum bersatu dalam berbahasa.

      Indah bahasa seiring keindahan negaraku,
      Keindahan alam mereka terpukau;
      Menjadi realiti di luar jangkau,
      Indah berbahasa mereka terpaku.

      Terpaku mereka keindahan Malaysia,
      Rakyatnya bersatu dalam berbahasa;
      Bahasa kebangsaan dihormati lagi dipuja,
      Menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

      Bertukar-tukar pandangan para tetamu,
      Datang ke sini berbahasa Melayu;
      Apabila berbahasa bangga tanpa silu,
      Ramai yang mendengar rasa terpukau.

      Penat lelahmu terbalas sudah,
      Namun hatimu tak pernah bermegah;
      Kau seorang berhati tabah,
      Usahamu jadi realiti Malaysia bermegah.

      Ilmumu dicurah tidak pernah kehabisan,
      Pulang ke Malaysia teruskan perjuangan;
      Azam memartabatkan Bahasa Kebangsaan,
      Agar rakyat Malaysia rasa kebanggaan.

      Seluruh Malaysia mahu dijelajahi,
      Memartabatkan Bahasa Kebangsaan yang dibanggai;
      Dibanggai seluruh rakyat Malaysia dicintai,
      Membudayakan Bahasa Kebangsaan itu dihajati.

      Diberi sokongan oleh semua Pejuang Bahasa,
      Tidak kira siapa pun mereka;
      Bersatu hati demi Bahasa Ibunda,
      Asalkan rakyat berbahasa ibunda tercinta.

      Pengembara Bahasa bersama Pejuang Bahasa,
      Ingin menjelajahi Jabatan Kerajaan dan Swasta;
      Untuk memupuk budaya Bahasa Ibunda,
      Bahasa Ibunda Bahasa Jiwa Bangsa.

      Semua rakyat Malaysia akan berbangga,
      Mencintai Bahasa Kebangsaan Kita;
      Bila berbahasa penuh bangga,
      Warga dunia menghargai kehebatan bahasa kita.

      Kembara Bahasa dan Pejuang Bahasa,
      Kami penyokong setiamu sentiasa berdoa;
      Moga matlamat kalian akan berjaya,
      Menjadi kebanggaaan Malaysia dan rakyatnya.

      Bahasa kita warisan kita,
      Warisan Seni yang perlu dibangga;
      Marilah kita membudayakannya,
      Pewaris kita turut berbangga.

      Sekian sahaja Syair Pengembara Bahasa,
      Dipersembahkan untuk Warga Dunia;
      Moga gembira dan sentiasa bahagia,
      Berbahasa indah rasa tenang di jiwa.

      Karya: Ratu Rimba Niagara
      18 Sept 2012
      (DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKAN SEPERJUANGAN HAMBA
      PROF DR.HJ AWANG SARIYAN KETUA PENGARAH DBP)
      about a minute ago ·
      (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MEMBACA KARYA PN)
      18 Sept 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;