SELAMAT HARI TENTERA DARAT KE-79 KEPADA SEMUA PERAJURIT YANG MASIH BERJUANG DAN GUGUR DI MEDAN JUANG TERIMALAH PUISI-PUISI KARYA RATU RIMBA NIAGARA UNTUK SEMUA PARA PERAJURIT YANG BERJASA PADA MALAYSIA TERCINTA
GAGAH SETIA
Kau pahlawan Allah Kau pahlawanku Kau pahlawan semua Kau pahlawan rakyat 1Malaysia
Kau pahlawan yang gagah perkasa Kau pahlawan yang setia
Kau rela korbankan dirimu Demi mempertahankan ibu pertiwi
Kami hargai Kami sanjungi
Kami berbangga punyai pahlawan Sepertimu yang gagah yang setia kepada agama bangsa dan negara
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
Jasamu pahlawan Kan kami letak di taman hati Taman hati berbunga kebangsaan negara Bunga Raya Yang berkelopak Lima: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN Yang sentiasa ada di jiwa semua rakyat Malaysia Dengan segala prinsip rukun negara itulah Makanya hidup seluruh rakyat Malaysia Dalam kesejahteran dan kerahmatan dari Ilahi
Moga Malaysia CEMERLANG GEMILANG TERBILANG
Berkat kesetiaan gagah perkasa Semua pahlawan negara
ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH Syukur kami pada-Mu Tuhan Mengurniakan kami pahlawan-pahlawan yang gagah setia Setiasa bersiap sedia membela ibu peritiwi Makanya Rahmatilah hidup dan mati semua pahlawan kami Yang berjasa pada ibu pertiwi Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA 18 September 2012 (DIILHAMKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI TENTERA DARAT KE-79)
SEABADI KASIH SAYANGMU PADA KAMI
BismillahirRahmanirRahim Assalamualaikum wr wb Selamat Hari Tentera Darat ke-79 Kepada semua perajurit Malaysia tercinta Yang sentiasa disanjungi sepenuh hati sepenuh jiwa Kumengagumimu dari dulu hingga kini Kau sentiasa di hatiku Jasamu pada ibu pertiwi Kusanjung tinggi Tanpamu siapalah kami Kau rela mempertaruhkan nyawamu Demi ibu pertiwi Demi anak bangsa Jasa baktimu tak akan kami lupakan Kau sentiasa bersiap siaga Bila-bila masa Tak kira masa Tak kira di mana Apabila semboyan ibu pertiwi berbunyi Kau terus mara ke medan juang Tanpa menghiraukan Nyawamu di ambang maut Itu tak akan kau hiraukan Dan tak akan kau undur biarpun setapak Kau dihujani peluru Bermandikan darah Darah...darah...darah... Pekat...pekat...pekat... Kau masih bersemangat Sebelum nafas terakhir Kau masih sempat Melepaskan das tembakan Kena tepat ke jantung musuh durjana Dan kau tersenyum dalam Pelukan senjata yang berjasa padamu Dan kau sempat tersenyum Sambil melafazkan Kucinta-Mu Tuhan Kusayangmu ibu pertiwi Kusayangmu anak bangsa Kematianku ini adalah tanda kusayang semua kerana-Nya SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Perajuritku... Mengenangkan jasamu itu Kami seluruh rakyat Malaysia Tidak akan melupakan Jasa bakti semua perajurit di Malaysia Samada yang telah tiada atau masih ada Kepada yang tiada Kami kirimkan sejambak doa Agar kau tenang di Syurga Dikelilingi bidadari Syurga Rezeki tak putus-putus dari-Nya Kerana kau mati dikira Pejuang fisabilillah Insya-Allah Aamiin Kepada perajurit yang masih ada Teruskanlah perjuangan sucimu Kami sentiasa memberi sokongan Yang tidak berbelah bahagi Kerana tanpamu perajuritku Siapalah kami Tak mungkin kami akan merasa Nikmat kedamaian Malaysia Yang kini pesat membangun Dalam pembangunan era abad ke-21 Yang Cemerlang Gemilang Terbilang Dalam keadaan Aman damai tenteram Semuanya kerana jasa baktimu Semua perajurit di Malaysia Malaysiaku maju Malaysiaku aman Semuanya keranamu perajuritku Semuanya dengan izin-Nya jua Makanya kami bersyukur kepada-Nya Kami ucapkan sekalung terima kasih Kepada semua perajurit di Malaysia Sebagaimana kamu sayang kami Begitulah kami sayang kamu Abadi seabadi kasih dan sayangmu pada kami
JASA DAN BAKTIMU SENTIASA MEWANGI DI HATI KAMI
'SELAMAT HARI TENTERA DARAT KE-79'
Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
RATU RIMBA NIAGARA ISTANA RIMBA NIAGARA MALAYSIA/INDONESIA 18 September 2012
AKU ASKAR MELAYU SEDIA BERBAKTI PADA IBU PERTIWIKU!
Ahmad Tajuddin budak baik, Anak soleh mendengar kata; Berjiwa penyayang hatinya baik, Bila dewasa tampannya tak terkata.
Aku anak melayu, Kerja askar melayu; Di tanah melayu; Pembela bangsa melayu.
Melayu hina melayu, Takkan kubiarkan; Kerana aku jiwa melayu, Kusahut segala cabaran.
Melayu sentiasa hidup, Takkan kubiarkan diinjak-injak; Kerana kumahu bangsa ku terus hidup, Makanya bangsaku mestinya bijak.
Pendekar melayu pantang dicabar, Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu; Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur, Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.
Sedikit ilmu badan binasa, Akan kusahut cabaranmu itu; Bertulangkan besi beruratkan suasa, Satu lawan satu aku sedang menunggu.
Satu lawan satu itulah anak jantan, Pukulan maut takkan ku gentar; Ayuh! Maju cepat kita berlawan, Biar apa terjadi jangan mundur.
Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah, Ayuh yakin pada dirimu sendiri; Ingat pesanan guru jangan mengalah, Kerana pendekar melayu tak takut mati.
KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!
Keris menjadi saksi bisu hebatnya pertempuran mu duhai keris kehebatan mu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman kau sentiasa dikenang sepanjang zaman kau sentiasa di hatiku kan ku perjuangkan kepahlawananmu hingga ke titisan darah terakhir biarpun nyawaku jadi taruhan agar kau mengerti yang aku cintakan mu selagi nafas ku ada lambang cinta lambang setiaku padamu keris.... yang tak pernah jemu mencintaimu untuk mempertabatkanmu agar dicintai juga anak bangsa sejak zaman berzaman
Karya Ratu Rimba Niagara 18 September 2012
AKU ASKAR MELAYU
Aku orang melayu Kerja askar melayu Di Tanah Melayu
Tak akan ada Seorang pun Yang boleh Menggugat Penderiaanku
Darahku Jiwaku Jiwa melayu
Jasadku kepunyaan Allah Rohku dalam genggaman Allah
Demi-Nya Demi bangsaku Demi negaraku
Kurela Nyawaku jadi taruhan Di setiap penjuru Setiap masa Sentiasa bersiap siaga Bila-bila masa Berbakti di medan juang!
Tak akan berundur biarpun seinci Biarpun peluru menembusi seluruh tubuhku Aku relakan Demi-Nya Demi anak bangsa Demi pertiwi
Biarpun dihujani peluru Biarpun bermandikan darah Biarpun bumi 1Malaysia ini menjadi lautan darah Kami askar melayu relakan Asalkan rakyat 1Malaysia aman damai Daripada ancaman musuh Agar kemerdekaan negara kami Kekal merdeka selagi ada bulan dan matahari!
Duhai anak cucuku... Moyangmu Askar melayu Menyayangimu Sepenuh jiwa dan raga Rela pertaruhkan nyawa demi Negara ini agar dapat kalian Teruskan dan jayakan Dan kekalkanlah kemerdekaan negara tercinta ini Agar dapat diwariskan Dari generasi ke satu generasi
Di tugu moyangmu nanti Kalungkanlah bunga-bunga cinta pertiwi pada moyangmu Tanda ingatan kalian pada moyangmu Jangan lupa doakan kesejahteraan roh moyangmu Agar tenang setenang air di kali Syurga
Moyangmu... Ahmad Tajuddin Dan seluruh rakan moyangmu Orang Melayu Askar Melayu Di Tanah Melayu Di bumi 1Malaysia tercinta!
Karya Ratu Rimba Rimba Niagara 18 Sept 2012 (KARYA DIILHAMKAN KHAS UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU WIRA BANGSA MELAYU 1MALAYSIA TUAN AHMAD TAJUDDIN & SEMUA ASKAR MELAYU R.A.M.D 1MALAYSIA) (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA)
INILAH SUMPAHKU!
Akulah askar melayu RAMD Tak akan gentar Tak akan undur biarpun setapak Demi agama bangsa dan negara Akan kupertahankan Hingga ke titisan darah terakhir! Inilah sumpahku! Pada anak bangsaku!
Karya Ratu Rimba Niagara 18 Sept 2012 KARYA DIILHAMKAN KHAS UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU WIRA BANGSA MELAYU 1MALAYSIA TUAN AHMAD TAJUDDIN & SEMUA ASKAR MELAYU R.A.M.D 1MALAYSIA (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA 18 SEPT 2012 MERAIKAN HARI TENTERA DARAT KE-79)
HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!
Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi, Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu; Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi, Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.
Salam Kemerdekaan dariku untukmu dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka! Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia. Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .
"Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!" Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"
Karya Ratu Rimba Niagara 19 Sept 2012 (SEMPENA MERAIKAN HARI TENTERA DARAT KE-79)
TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN!
Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan di serata pelosok bumi Malaysia.
Biarpun kumengerti menempuh gelombang ombak mengganas! Lalu menghempas ke pantai!
Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan, “Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun! Untuk anak cucu kita menumpang teduh!
Terima kasih Bapa Kemerdekaan! Akan kuingat pesananmu itu! Akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!
Demi cintaku pada Malaysia akan kuperjuangkan untuk mempertahankanmu! Biarpun ke titisan darah terakhir!
Karya : Ratu Rimba Niagara 31 Ogos 2007 (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI TENTERA DARAT KE-79 DAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE- 55 PADA 31 OGOS 2012 DAN HARI MALAYSIA KE-49 PADA 16 SEPTEMBER 2012 )
Syair Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman
Tersebutlah kisah seorang putera, Tunku Abdul Rahman diberi nama; Dikasihi semua rakyat jelata, Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati, Perjuangannya tidak pernah terhenti; Disambung oleh pemimpin terkini, Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira, Rela berkorban harta dan nyawa; Demi kerana negara tercinta. Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London, Untuk bincangkan tentang kemerdekaan; Penat dan lelah tidak dihiraukan, Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan, Disambut penuh dengan kegembiraan; Ribuan rakyat ceria bersorakkan, Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara, Rakyat menyambut laungan membara-bara; Demi kerana negara merdeka, Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah, Penuh dengan penat dan lelah; Walaupun tiada pertumpahan darah, Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu, Pertahankan negara tanpa jemu; Rakyat aman sudahlah tentu, Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang, Menceroboh masuk terus meradang; Tunku memikir merasa bimbang, Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman, Dengan Chin Peng membuat keputusan; Komunis berundur dengan aman, Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita, Ingin berkuasa merebut tahta; Kekejaman Jepun rakyat sengsara, Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan, Jepun mengganas tanpa kemanusiaan; Asalkan hati penuh kepuasan, Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban, Mempertahankan negara habis-habisan; Nyawa di badan jadi taruhan, Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris, Jepun terus bermuka bengis; Berlawan mereka terus menerus, Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman, Perjuanganmu menjadi kenangan; Kau gugur dalam kemenangan, Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur, Hiroshima dan Nagasaki bom digugur; Sudah terlambat Jepun nak sedar, Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira, Pertahankan negara ke hujung nyawa; Rakyat juga amat berbangga, Kerana jasamu rakyat terbela.
Tungku memerintah penuh berhati, Rakyat hidup bersatu hati; Ke mana pergi Tunku dihormati, Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan, Memerdekakan negara demi keamanan; Agar generasi turut pertahankan, Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya: Ratu Rimba Niagara 31 Ogos 2011 (SYAIR DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI TENTERA DARAT KE-79 , HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55 PADA 31 OGOS & HARI MALAYSIA KE-49 PADA 16 SEPTEMBER 2012)
0 comments:
Post a Comment