SAHABAT
Sahabatku...
Kau terlalu indah bagiku
Hatimu sewangi kasturiSemekar bunga-bunga Syurga
Yang sentiasa berkembang di laman hati
Senyumanmu membalut lukaku
Suka duka kita harungi bersama
Airmatamu airmataku
Penawar di kala hati terlara duka
Bahagiamu bahagiaku
Ceriamu ceriaku
Sakitmu sakitku
Jika kau terluka
Aku jua akan turut merasakannya
Kaulah bidadari dari Syurga
Kiriman Tuhan untukku
Kan kusyukuri sebanyak-banyak-Nya
Kan kubawa kasihmu kasihku
Hingga ke Syurga
Insya-Allah Aamiin
Percayalah aku sayangkanmu
Setulus ikhlas demi-Nya
Makanya hargailah kasih sayangku ini
Duhai sahabatku yang kukasihi
Sepenuh roh dan jasadku..
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
14 Sept 2012SASTRAWAN NUSANTARA
puisilah kamu
Boleh aku cuba kritik puisimu
Asal aku boleh memperbaiki puisiku yang bagaikan pasir berdebuAgar karya itu boleh kugilap menjadi emas...
Berkat kritikanmu
Hingga sekarang puisi ku banyak
Tapi tiada sudi yang kritik
Kalau kritik pun mereka bilang puisiku bagaikan kaca tak berharga...
Mendengar katanya aku jadi sayu
Kerana baru kutahu nasibnya sepertiku
Puisi yang berdebu-debu tak bernilai
Kerana tidak mahu dikritik oleh
Si pengkritik sastra ternama dan terhadal seperti kamu
Biarpun kamu masih bayi
Sudah pandai berpuisi dan mengkritik
Kamulah bakal Sastrawan Nusantara yang dibanggakan
Seluruh dunia nanti
Tahniah dariku duhai Sastrawan Nusantara.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
14 September 2012JIKA TUHAN IZINKAN AKU MAHU SEHIDUP SEMATI DENGANMU
Duhai Fatma Wati
Kamu bilang
Kamu suka sama akuKamu sayang sama aku
Kamu cinta sama aku
Duhai Fatma Wati
Aku jawab
Aku pun suka sama kamu
Aku pun sayang sama kamu
Aku pun cinta sama kamu
Duhai Fatma Wati
Kita saling sayang
Kita saling kasih
Kita saling cinta
Semuanya kerana-NYa
Duhai Fatma Wati
Kita saling berbalas kasih demi-Nya
Kasih dan sayang kita ikhlas demi-Nya
Tiada siapa yang dapat pisahkan kita kecuali-Nya
Duhai Fatma Wati
Berjanjilah sama aku
Kau tak akan tinggalkan aku
Kau tak akan sakiti hatiku
Kau tak akan kecewakan aku
Biarpun tsunami datang membadai-badai
Kasih dan sayang kita tak akan terpadam
Sentiasa membara-bara bernyala-nyala
Seperti nyalaan obor api perjuanganku
Kaulah teman yang sentiasa ada
Untuk meniup obor api perjuanganku
Itulah teman yang ku nantikan
Bersama melangkah
Seiring sejalan
Bergandingan
Seikhlas hati
Semurni
Kasihmu kasihku
Suci dan ikhlas kerana-Nya
Duhai Fatma Wati
Kaulah satu-satunya teman
Yang ku ada
Yang sudi memahamiku
Di kala susah senangku
Aku amat terharu
Dalam derita yang mencengkam
Aku bersyukur sebanyak-banyaknya
Bilamana aku disepikan teman yang kupercaya
Kau sentiasa sudi untuk membalut lukaku yang parah
Dan kau jahit lukaku dengan benang cintamu
Aku amat hargainya
Duhai Fatma Wati
Di kala aku kesepian merindu-rinduan
Kau datang menyahut rinduku
Kau hiburkan aku
Dengan gurindammu yang
Menyejukkan hati menyejukkan imanku
Duhai Fatma Wati
Andai kata bulan boleh bergurindam
Kan kuseru bulan
"Bulan oh! Bulan...Bergurindamlah kau
Gurindam Cinta Gurindam Rindu...
Kepada sahabatku bernama Fatma Wati ..
Berada di Indonesia...biar dia tahu betapa
Aku sayang
Aku kasih
Aku cintakannya demi Ilahi"
Duhai Fatma Wati...
Makanya di kala bulan mengambang
Perhatikan bulan bacakan gurindam
Yang kukarangkan ini
Istimewa untukmu sayang
Buah hatiku pengarang jantung
Duhai Fatma Wati...
Andai Allah izinkan
Aku mahu sehidup semati denganmu
Kerana aku cinta aku sayang sama kamu demi-Nya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
14 Sept 2012
(PUISI INI DIKARANG ISTIMEWA UNTUK SAHABAT SEPERJUANGANKU
YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT FATMA WATI MOGA CINTA DAN KASIH KITA DEMI-NYA TERPATRI SEHINGGA KE SYURGA AAMIIN)SAYA BAHAGIA APABILA BERSASTRA
Saya bahagia apabila saya bersastra
Saya bahagia jika rakan fb saya juga minat bersastra
Saya faham dia ...dia faham sayaSaya suka karya dia
Dia suka karya saya
Jika dia tak suka karya saya
Saya tak boleh paksa
Dia pun tak boleh paksa saya berhenti berkarya
Kerana berkarya itu adalah kebahagiaan saya
Kerana sama-sama suka
Makanya dialah kawan sastra saya
Saya bahagia banget
Dapat berkawan dengan dia
Terima kasih Tuhan kerana
Kurniakanku rakan sastra untukku...
Aku bersyukur sebanyak-banyak-Nya
Kami sama-sama berkarya
Berkarya memuji-Mu
Mengajak pembaca/pendengar untuk
Sama-sama jatuh cinta dengan-Mu
Lalu mencintai-Mu
Seikhlas hati
Makanya sinarkan Nur Hidayah Kasih-Mu
Sehingga nafas terakhir mencintai-Mu
Kepada kami dan semua pembaca dan pendengar
Yang membaca karya kami
Kerana kami tahu setiap yang baik
Datang dari-Mu
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
14 Sept 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment