Wednesday, 19 September 2012

MANTRA RINDU


  • Lambaian Rindu.

    Lambaian rindumu
    memanggil-manggilku
    di kala aku memandang laut terbentang luas
    lambaianmu beranginkan mantra sunyi
    kau kirimkan sayap rindu
    aku terima sayap rindu
    hilang rindu
    dan aku membaca matra sunyi
    dengan linangan air mata
    matra sunyi itu
    kulemparkan ke laut
    bersama sayap rindumu
    kerana sayap rindumu
    kerana matra rindumu
    membuatkan aku bertambah rindu
    rindu dalam sunyi
    yang membungkam jiwa lara
    yang tak bisa diubati dengan
    apapun rindu
    Kecuali
    Rindu pada-Nya...
    Pasti terbalas rindu
    Tanpa ragu
    Tanpa sangsi
    Begitu hebatnya rindu pada-Nya...

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    19 Sept 2012
    Like ·  ·  · 11 hours ago
    • 4 people like this.
    • Norm Norman Mohd Yusoff Aku pun merindui akanNYA yang teramat. Dikala angin meniup bersama sepoisepoi bahasa dan pepohon bagei melambailambai maka ketahuilah bahawasenya aku sedang merinduiNYA...
      Tak kala
       sujud merafaq sembah padaNYA aku merayu bersama sendu dihati mogamoga diberinya rahmat kesejahteraan agar tiada harihari yang kulalui melupai akanMU ya Allah!
      Aku menumpang rindu diatas puitesnya bicaramu saudari Rabeah semoga ada raudah indah tersedia buatmu atas lambaianmu!
      8 hours ago via mobile · Unlike · 1
    • Rabeah Mohd Ali AAmin Ya Rabbal A'Lamin.
      a few seconds ago · 

      (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
      19 SEpt 2012 

0 comments:

Post a Comment

 
;