Sunday, 16 September 2012

PUISIKU BERMAIN SEJUTA MAKNA




Di Subuh Yang Bening

Di subuh ini
berdiri aku di sebalik gersang
mengadap diri dengan penuh insaf
mencari bias yang tertera
setelah sekian lama beradu di singgahsana

di sini aku berdiri cari diri
setelah watak jijik mula memokas duri
kelabunya cermin terendam dalam dendam
di kala abu-abu najis berterbangan di muka
semua terbalik dalam arca yang suram.

kini kucari kedamaian di kakimu
kumembuka pintu neraka yang indah
mencari sinar yang hakiki di sebalik bias
ruangnya cukup sempurna dalam takjub
sesungguhnya lorong neraka ini
adalah jalanku untuk ke syurga...


Lezaihasra Lm
16 september 2012
besut.
 — with Ahmad Tajuddin and 18 others.
1Unlike ·  · 
  • You, Ahmad Tajuddin and 26 others like this.
  • Shahrul Hazuan Selamat hari minggu dan selamat hari Malaysia.. Terima kasih..
    13 hours ago · Like · 1
  • Rabeah Mohd Ali SELUAS CINTA-NYA SELUAS SYURGA-NYA

    Jalan ke Syurga terbentang luas untukmu
    Sekiranya lorong jalan ke neraka kau tutup

    Tuhan Maha Pengampun 
    Tuhan Maha Penyayang
    Cinta-Nya sentiasa ada untukmu
    Selagi cintamu pada-Nya Tempat Teratas

    Jangan sesekali kau pandang hina pada dirimu
    Berilah penghargaan buat diri sendiri
    Kerana tiada siapa hendak menghargai dirimu
    Kecuali dirimu sendiri
    Hargailah nikmat 
    Daripada berbilion manusia yang melata di muka bumi ini
    Kau dipilih sebagai umat Islam ..
    Jika nikmat ini kau persiakan
    Amatlah rugi kerana kau termasuk
    Golongan yang munafik!

    Makanya hargailah nikmat hidupmu
    Barulah berarti hari kematianmu

    Jalan-jalan ke Syurga 
    Terbentang luas untukmu
    Seluas cinta-Nya seluas Syurga-Nya

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    16 September 2012
    13 hours ago · Like · 4
  • Lezaihasra Lm puisiku bermain sejuta makna
    jangan pandang pada satu zahir
    hayatilah penuh makna...
    apa yang terzahir...TQ Rabeah Mohd Ali
    13 hours ago · Edited · Unlike · 4
  • Norasya Chinta Terima kaseh Lezaihasra Lm..untuk renungan diri ini juga..
  • Rabeah Mohd Ali apa yang kau zahir
    apa yang ku zahir
    itulah ilham dari Allah
    kerana setiap yang baik itu
    datang dari-Nya
    jika apa yang kau zahir
    tak seiring apa yang ku zahir
    pandangannya berbeda
    tapi matlamatnya tetap sama
    mahu menuju ke jalan-jalan-Nya
    itulah yang terzahir..
  • Lia Luna Mendalamnyaaaa.......
  • Lezaihasra Lm aku suka itu.. sudut pandangan yg berbeza.. mewarnai ilham yg terbaik..
    3 hours ago · Edited · Like · 2
  • Fatimah Bt Husin Tim hati2 utk menangkap cahaya itu ,tersilap tangkap ia akan padam..
  • Za Zaira terima kasih Lezaihasra,kerana berkongsi pandangan....
  • Jasminn Imani mnyimpan beribu arca disebalik biasan
  • Ahmad Tajuddin ~ terasing sendiri..emmm..ku pasrah..
    12 hours ago · Like · 1
  • (PETIKAN DARIPADA WALL LEZAIHASRA)
    16 Sept 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;