Sunday, 16 September 2012

JANJI DITEPATI SABAH SARAWAK TERUS DI MERCU KEGEMILANGAN



SELAMAT HARI MALAYSIA JANJI DITEPATI

Selamat Hari Malaysia ke-49
Duhai rakan seperjuanganku
Perjuanganmu terbayar kini
Penat lelahmu tertunai kini
Lauangan suaramu tidak akan ditenggelamkan lagi
Kerana suaramu telah memecahkan dinding-dinding kekebalan
Yang membuatkan suaramu tidak dapat ditembusi

Sempena Hari Malaysia Ke -49 ini
Semuanya sudah bererti pada semua rakyat Sabah dan Sarawak
Kerana semua janji ditepati
Makanya senyumlah dalam syukur pada-Nya
Kerana perjuanganmu telah dimakbulkan Tuhan
Kerana janji telah ditepati

Hari Malaysia ke- 49 ini
Amat berarti bagi moyangmu
DATU PADUKA MUHAMMAD SALEH
Kau bahagia
Rakyat Sabah bahagia
Rakyat Malaysia Bahagia
Pemimpin 1 Malaysia Bahagia
BAHAGIA HARI MALAYSIA JANJI DITEPATI!
SEMUANYA BAHAGIA
MERAIKAN HARI MALAYSIA PADA HARI INI PADA 16 SEPTEMBER 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
UCAPAN TULUS IKHLAS DARIPADA RATU RIMBA NIAGARA
UNTUK SEMUA RAKYAT SABAH & SARAWAK

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
16 Sept 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE-49 PADA 16 SEPT 2012)

KAMI SAYANG SABAH KAMI SAYANG SARAWAK
KAMI SAYANG 1MALAYSIA

Kami Sayang Sabah
Kami sayang Sarawak
Kami Sayang 1Malaysia,
Jasa Raja dan Pemimpin sentiasa diingati;
Moga 1Malaysia aman sejahtera,
Mengekalkan Kemerdekaan dihargai hingga ke mati.

Nampak gembira di wajah masing-masing,
Bergambar bersama TYT di Istana Negeri Sabah;
Menjadi kenangan untuk dikenang,
Dikenangkan juga seluruh rakyat Sabah.

SARAWAK TERUS MEMBANGUN

Negeri Sarawak terus membangun,
Bajet pembangunan dibuat telus;
Nasib rakyat tidak dibiarkan,
Biar cemerlang terus menerus.

Dilaksanakan PLKN ala Malaysia,
Bermatlamat mencapai keperluan Negara;
Segala ilmu dituntut tidak menjadi sia,
Disemai dan diamalkan bersemangat membara.

Karya: Ratu Rimba Niagara
16 Sept 2012
PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE-49 PADA 16 SEPT 2012


MOYANG KAMI ADALAH PEJUANG GERILA UNTUK
MENUNTUT KEMERDEKAAN NEGERI SABAH

Awang Karim Kadir:

Ya...benar Ratu Rimba Niagara...
rakyat di Kudat ini ada cucu cicit para
pejuang yang telah membebaskan Sabah daripada penjajah Inggeris dan Jepun. Moyang kami Datu Paduka Muhammad Saleh adalah Pahlawan Sabah yang telah menentang Chartered Companny British.Datu Mustapha adalah pejuang gerila menentang
Jepun dan bapak kemerdekaan negeri Sabah. Tetapi kami cucu
cicit mereka dalam keadaan yang terseksa dan terhina.
terseksa oleh himpitan keadaan dan terhina kerana hidup
seperti status PTI Walau pun negara telah Merdeka sekian
lama tetapi perkampungan Melayu masih lagi berstatus
'Setinggan' rua2 haram di atas tanah rizab kerajaan.Negara
sudah merdeka tetapi perkampungan dan rumah2 rakyat masih
belum bebas dan merdeka sepenuhnya...Bagaimanakah kami
dapat berbangga dengan kemerdekaan ini...?

Awang Karim Kadir:

Allahhu Akbar!!!

MOYANG KAMI DATU PADUKA MUHAMMAD SALEH PEJUANG KEMERDEKAAN SABAH

Aduhai...cucu cicit pejuang negeri Sabah dari
penjajahan Inggeris dan Jepun.
Apakah dengan pengorbanan suci ini dibalas sedemikian rupa?
Terkedu aku. Darah dan nyawa dipertaruhkan untuk negeri Sabah
bukan penghargaan dibalas tapi dibiarkan terseksa dan terhina!
Kerana ada darah perjuangan yang mengalir di tubuhmu ...
kalian masih lagi bersabar...demi keamanan negeri Sabah?
Tapi sampai bila?

Apalah ertinya kemerdekaan yang dilaungkan jika harga
pejuang-pejuang Datu Paduka Muhammad Saleh dilayan seperti kain buruk
yang digunakan untuk mengelap air mata anak cucu-cicitnya...

Aduhai...terkedu aku dalam sengsara mereka itu...
dan sengsara mereka itu meresap ke dalam jantung hatiku.

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG
DI MANA BUDI DISEMAI DI SITU LETAKKAN KEMEGAHAN
TAPI KEMEGAHAN MENJADI RACUN BERBISA!
BUDI DISEMAI MEMAKAN DIRI HINGGA SAMPAI BILA?

Duhai anak cucu cicit pejuang Datu Paduka Muhammad Saleh
Jika benarlah darah yang mengalir itu adalah darah pahlawan
Ayuh....sempena Hari Malaysia ini

Laungkan Kami Mahu Hak Kami!
Kami mahukan pembelaan untuk kami!
Kalau tidak sia-sialah darah moyang kami gugur di bumi bertuah ini!

Karya Ratu Rimba Niagara
16 September 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE-49 PADA 16 SEPT 2012)

JIKA BENARLAH KAMU ANAK CUCU-CICIT DATU MUHAMMAD SALEH

Duhai anak cucu cicit Datu Muhammad Saleh...
Jika kau masih mendiam diri membatu tanpa bertindak
Memperjuangkan hak pewarismu
Sia-sialah darah yang mengalir di tubuhmu
Sia-sialah kau menjadi anak jantan!

Bertindak tidak semestinya akan berlaku pertumpahan darah
Tapi menggunakan akal kebijaksanaanmu membela hakmu

Aku yakin kamu akan berjaya
Jika kamu berjaya dalam memperjuangkan hak kamu
Memang benarlah kamu cucu cicit Datu Muhammad Saleh
Kamu akan dapat rasai itu jika kemenangan di pihak kamu!

Justeru tunggu apa lagi ...
Bangkitlah dari sebuah kekalahan diri sendiri

Ketahuilah kau...moyang kamu
Bangkit dengan mewakili seluruh Sabah dan Malaysia
Menempa kejayaan
Kenapa kejayaan sudah tergenggam di tangan
Menjadi hak milik kekal negara
Tiba-tiba jadi begini?

Kalau moyangmu pertaruhkan nyawa untuk Sabah dan Malaysia
Kau pertaruhkan apa?
Jangan pandai mengeluh
Tapi pandailah melaung...
Melaunglah semahumu ...
Akan bangkit semua pejuang-pejuang menyahut launganmu itu
dan ketahuilah kau tika ini
Moyang kamu bersedih jika kau kecundang dalam laungan penuh
bersemangat itu....
Biarlah hingga hilang suaramu dek jutaan kali melaungkan hak kamu...setidak-tidaknya kamu sudah berusaha secara damai tanpa berlaku pertumpahan darah....

Cuma yang aku dapat bantu bagi pihakmu...akan kulayangkan
warkah-warkah air mata perjuangan suci moyangmu itu kerana
aku amat menghargai jasa setiap yang bergelar "PEJUANG KEMERDEKAAN!"

Biar jasanya diSyukuri kerana nikmat kemerdekaan dikecapi kini
Biar darah yang tumpah dan jasad yang gugur ke bumi dikenang
sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN!

Kudoakan moga perjuangan suci mereka tidak dipersiakan dan
menghargai anak cucu-cicitnya dengan selayaknya!
Barulah bererti erti, "HARI MALAYSIA YANG DISAMBUT
PADA HARI INI 16 SEPTEMBER 2012!"

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
16 September 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA YANG KE-49 PADA 16 SEPT 2012)

DARAHKU YANG MENGALIR ADALAH HAK RAKYAT!
DARAHKU YANG MENGALIR TERTULIS,'FISABILILLAH'

Darahku yang mengalir adalah hak rakyat
Darahku yang mengalir juga ada semangat Melayu
Darahku yang mengalir tertulis ,'Fisabilillah'

Aku adalah hak Allah
Hamba Allah yang berjawatan hamba sampai kapanpun!
Aku adalah khalifah di muka bumi ini

Justeru siapapun mereka
Takkanku hiraukan
Biarpun berpenat berlelah
Biarpun jasadku
Dihujani peluru di setiap penjuru
Namun kuberundur tidak sekali!

Pantang Pahlawan Melayu tewas
Sebelum turun ke gelanggang!

Dulu kini dan selamanya
Aku telah pun bersedia
Membela nasib rakyat
Yang harus dibela
Biarpun aku dicerca!
Dipandang sebelah mata
Bagi mereka yang tidak berpuas hati
Cara aku membela rakyat

Aku dengan caraku
Dan kau dengan cara kau
Biarpun kita berbeza pendapat
Tapi matlamatnya tetap sama
Iaitu membela rakyat yang harus dibela

Dalam perjuangan
Mesti ada yang tidak berpuas hati
Mesti ada mengumpat mengeji
Mesti ada iri hati
Mesti ada dengki mendengki
Mesti ada tikam menikam
Jatuh menjatuh
Hingga tersungkur!
Kekuasaan menjadi rakus
Sampai memakan diri!

Kerana darahku tertulis 'Fisabilillah'
Takkan kuhiraukan semua yang memakan diri
Yang ada di hatiku darah ."Fisabilillah"
Nyawaku telah kupertaruhkan untuk:
Allah
Rakyat
Bangsa
dan negaraku tercinta!

ALLAHU AKHBAR!
BERJUANGLAH HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR
DUHAI PEJUANG TULEN RAKYAT SABAH!

KARYA: RATU RIMBA NIAGARA
16 SEPTEMBER 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE -49 PADA 16 SEPT 2012)

PEMBELAAN UNTUK RAKYAT SABAH ADALAH ROH PERJUANGANMU!

Pemimpin dekat di hati rakyat...
Bagaikan aur dengan tebing
Rakyat belum bersuara
Sudah faham
Rakyat bersuara
Lagi terlebih faham
Lalu difikir
Di benak hati
Di Luar kotak pemikiran
Bagaimana mahu diselesaikan
Setiap masalah yang ditanggung rakyat
Diperah biarpun setitis kudrat pemikiran
Demi rakyat untuk rakyat
Rela dia
berhujan berpanas
berpenat berlelah
dihina dikutuk
dilalui dengan hati yang tabah dan redha

Yang menjadi tanda tanya
Kenapa dia sanggup
Bersusah payah demi rakyat?
Sedangkan dia telah miliki segalanya!
Tak perlu berpening memikirkan
Masalah rakyat?
Apa lagi yang diperlukan dalam dunia ini?

Itulah yang mengagumkan aku
Bila dia jawab
Itu adalah tanggungjawabnya
Dan akan dipertanggungjawabkan
Di akhirat kelak
Dan dia jawab lagi
Mahu menjadi khalifah Alllah
Yang mati dalam perjuangan
Kerana perjuangannya adalah
'Fisabilillah'
Aduh! Terkedu aku mendengarnya

Moga apa yang dicitakan oleh
pemimpin berjiwa rakyat itu
dipermudahkan segala urusan
apabila dia berurusan
mengenai rakyat dan negaranya
moga dimakbulkan Allah
segala hajat dan cita-citanya
dan Allah membalas segala baktinya
dengan balasan Syurga
kerana hidup matinya
semuanya kerana Allah
bukan kerana manusia
bukan untuk mengejar kuasa dunia
bukan untuk mencipta nama
bukan untuk kepentingan sendiri
makanya ditempuh onak dan duri
biarpun hati hancur berkecai!
biarpun ombak tsunami datang membadai!
biarpun dihujani peluru di setiap penjuru
demi rakyat dia rela begitu
moga Allah sentiasamu
di setiap langkah dan helaan nafas
di setiap denyut nadi
di setiap degupan jantung
memikirkan rakyat
adalah tanggungjawab
itulah roh perjuangannya
akan terus berjuang
hingga ke titisan darah terakhir
sehingga terhenti
tarikan nafas
degupan jantung
denyutan nadi
Subhanallah Alhamdulillah Alllahu Akhbar
Itulah lafaz dari rakyat untukmu
seorang pejuang yang sentiasa mewangi jasamu
bak haruman kasturi direnjiskan haruman setanggi!
di kuburanmu ditaburkan bunga-bunga kemboja putih
seputih perjuanganmu dan diiringi doa restu
pergilah dikau dengan aman dan tenteram
kerana perjuanganmu diwarisi oleh generasi
setiamu yang sudah sebati dalam jiwa
apa erti tersirat perjuanganmu selama ini!

Pemergianmu diredhai
Kerana Syurga tempatmu
Pergimu Senyuman Syurga!
Allahu Akhbar!

Karya Ratu Rimba Niagara
16 September 2012
(Diilhamkan Khas Untuk Ybhg Datuk Mohd Jeffry Rosman Bersempena Menyambut Hari Malaysia Ke-49 pada 16 Sept 2012)

KAMI SAYANG SABAH KAMI SARAWAK KAMI SAYANG 1MALAYSIA

Kami Sayang Sabah
Kami sayang Sarawak
Kami Sayang 1Malaysia,
Jasa Raja dan Pemimpin sentiasa diingati;
Moga 1Malaysia aman sejahtera,
Mengekalkan Kemerdekaan dihargai hingga ke mati.

Nampak gembira di wajah masing-masing,
Bergambar bersama TYT di Istana Negeri Sabah;
Menjadi kenangan untuk dikenang,
Dikenangkan juga seluruh rakyat Sabah.
DILAKSANAKAN PLKN ALA MALAYSIA

SARAWAK TERUS MEMBANGUN

Negeri Sarawak terus membangun,
Bajet pembangunan dibuat telus;
Nasib rakyat tidak dibiarkan,
Biar cemerlang terus menerus.

Dilaksanakan PLKN ala Malaysia,
Bermatlamat mencapai keperluan Negara;
Segala ilmu dituntut tidak menjadi sia,
Disemai dan diamalkan bersemangat membara.

Karya: Ratu Rimba Niagara
16 Sept 2012
PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE-49 PADA 16 SEPT 2012

SELAMAT HARI MALAYSIA JANJI DITEPATI

Selamat Hari Malaysia ke-49
Duhai rakan seperjuanganku
Perjuanganmu terbayar kini
Penat lelahmu tertunai kini
Lauangan suaramu tidak akan ditenggelamkan lagi
Kerana suaramu telah memecahkan dinding-dinding kekebalan
Yang membuatkan suaramu tidak dapat ditembusi

Sempena Hari Malaysia Ke -49 ini
Semuanya sudah bererti pada semua rakyat Sabah dan Sarawak
Kerana semua janji ditepati
Makanya senyumlah dalam syukur pada-Nya
Kerana perjuanganmu telah dimakbulkan Tuhan
Kerana janji telah ditepati

Hari Malaysia ke- 49 ini
Amat berarti bagi moyangmu
DATU PADUKA MUHAMMAD SALEH
Kau bahagia
Rakyat Sabah bahagia
Rakyat Malaysia Bahagia
Pemimpin 1 Malaysia Bahagia
BAHAGIA HARI MALAYSIA JANJI DITEPATI!
SEMUANYA BAHAGIA
MERAIKAN HARI MALAYSIA PADA HARI INI PADA 16 SEPTEMBER 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
UCAPAN TULUS IKHLAS DARIPADA RATU RIMBA NIAGARA
UNTUK SEMUA RAKYAT SABAH & SARAWAK

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
16 Sept 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE-49 PADA 16 SEPT 2012)

DARAHKU YANG MENGALIR ADALAH HAK RAKYAT!
DARAHKU YANG MENGALIR TERTULIS,'FISABILILLAH'

Darahku yang mengalir adalah hak rakyat
Darahku yang mengalir juga ada semangat Melayu
Darahku yang mengalir tertulis ,'Fisabilillah'

Aku adalah hak Allah
Hamba Allah yang berjawatan hamba sampai kapanpun!
Aku adalah khalifah di muka bumi ini

Justeru siapapun mereka
Takkanku hiraukan
Biarpun berpenat berlelah
Biarpun jasadku
Dihujani peluru di setiap penjuru
Namun kuberundur tidak sekali!

Pantang Pahlawan Melayu tewas
Sebelum turun ke gelanggang!

Dulu kini dan selamanya
Aku telah pun bersedia
Membela nasib rakyat
Yang harus dibela
Biarpun aku dicerca!
Dipandang sebelah mata
Bagi mereka yang tidak berpuas hati
Cara aku membela rakyat

Aku dengan caraku
Dan kau dengan cara kau
Biarpun kita berbeza pendapat
Tapi matlamatnya tetap sama
Iaitu membela rakyat yang harus dibela

Dalam perjuangan
Mesti ada yang tidak berpuas hati
Mesti ada mengumpat mengeji
Mesti ada iri hati
Mesti ada dengki mendengki
Mesti ada tikam menikam
Jatuh menjatuh
Hingga tersungkur!
Kekuasaan menjadi rakus
Sampai memakan diri!

Kerana darahku tertulis 'Fisabilillah'
Takkan kuhiraukan semua yang memakan diri
Yang ada di hatiku darah ."Fisabilillah"
Nyawaku telah kupertaruhkan untuk:
Allah
Rakyat
Bangsa
dan negaraku tercinta!

ALLAHU AKHBAR!
BERJUANGLAH HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR
DUHAI PEJUANG TULEN FISABILILLAH!

KARYA: RATU RIMBA NIAGARA
16 SEPTEMBER 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE -49 PADA 16 SEPT 2012)

ILMU DISAMPAIKAN CARA MENDIDIK

BERBUAT BAIK DENGAN MANUSIA (RAKYAT)
BERBUAT BAIK DENGAN ALLAH SWT
ITULAH KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT
INSYA-ALLAH AAMIIN

ILMU JIKA MAHU DISAMPAIKAN JANGAN SEPERTI KITA MENGAJAR
KERANA MEREKA TERLEBIH PANDAI DARIPADA SEGALA ILMU

ILMU DISAMPAI SECARA MENDIDIK KERANA MENTARBIYAHKAN DIRI SENDIRI DENGAN RASA BETAPA KERDILNYA KITA DI SISI ALLAH SWT INSYA-ALLAH ILMU YANG DISAMPAI TERUS MERESAP KE KALBU PEMBACA DAN MOGA ILMU YANG DISAMPAIKAN ADA NILAIAN DI SISI-NYA AAMIIN. ITULAH MATLAMAT UNTUK MENYEBAR LUASKAN ILMU YANG SETITIS INI.

RATU RIMBA NIAGARA
16 Sept 2012

SAYA CUMALAH SEBUTIR PASIR

Hari ini kita mendabik dada
Akulah yang alim
Akulah yang faham agama
Akulah yang warak
Mereka semua bacul
Tak faham agama
Munafik!
Penipu!

Wah...Wah...egonya kita
Siapa kamu untuk mendabik dada
Kamulah yang sempurna alim dan warak

Pada pandangan mata kamu
Mereka pendosa semuanya
Pasti menerima hukuman neraka
Pasti kamulah ahli Syurga kerana taat

Siapa kamu untuk
Menyatakan kamu ahli Syurga
Si pendosa ahli neraka

Apakah kamu tahu
Kesudahan mati kamu di mana?

ALLAH TIDAK MENGIRA BERMUALANYA KAMU
ALLAH MENGIRA BERAKHIRNYA KAMU

Si warak masuk neraka kerana munafik
Si pendosa masuk ke Syurga kerana taubatnya diterima

Jika si warak masuk Syurga
Bukan kerana banyak amalannya
Kerana jika ditimbang amalannya dengan sebutir pasir
Berat lagi pasir jika dibandingakan amalan si warak
Si warak masuk Syurga kerana dengan Rahmat Kasih Allah
Tanpa Rahmat Kasih Allah si warak tak dapat masuk Syurga

Makanya si warak harus sedar jangan angkuh
dan sombong dengan ilmu yang setetes
memandang hina si pendosa

Bimbinglah si pendosa yang mahu pulang ke pangkal jalan
dengan setulusnya ikhlas kerana-Nya

Pasti Rahmat Kasih Allah akan dilimpahi kepada semua
yang mahu mendapat Rahmat Kasih-Nya

Moga kita semua tergolong dalam hamba-Nya
yang sentiasa merasa kerdil di hadapan Allah Azwajallah

Berkata , berpujangga. berhujah dan memberi pandangan
semata untuk dipersembahkan kepada Alllah SWT dan dengan
Rahmat Kasih-nya apa yang kita perkatakan di tinta-tinta
alam maya menjadi saksi untuk menyelamatkan kita
di pandang Mahsyar. Insya-Allah Aamin.

Kepada semua yang membaca karya-karya saya
setiap yang baik itu adalah dari-Nya
yang kurang itu adalah dari saya sendiri
makanya jika ada penulisan saya yang tidak
berkenan di hati pembaca mohon dimaafkan
kerana saya menulis bukanlah untuk dibanggai
atau melukakan hati pembaca alam maya budiman...
saya menulis mahukan Rahmat Kasih-Nya
mana tahu mendapat pandangan-Nya
walaupun saya cuma sebutir pasir.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
29 Ogos 2012
11 Syawal 1433H

SEBUTIR PASIR SETETES AIR

dengan adanya sebutir pasir jadilah pantai
dengan adanya setetes air jadilah tasik
makanya jangan sesekali anggap hidup kita tak bermakna
kerana bermaknanya kita
adanya pantai dan tasek
pantai yang indah permai
tasek yang mendamaikan

kehadiran kita di bumi ini
mendamaikan untuk roh dan jasad
kerana kita sudah bersumpah setia
tika berada di alam roh mengaku untuk
menjadi khalifah di bumi ini sehingga dijemput-Nya
jika perjanjian itu sengaja kita lupakan
kerana terpesona dengan pesona dunia yang menipu
alangkah ruginya kita
makanya kita perlukan
penyatuan ummat Islam yang saling
berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan sabar
menganggap diri tetap insan yang kerdil
biarpun sudah berada di puncak jaya

apalah ada kejayaan di dunia ini
jika kejayaan kita tidak memberi apa-apa makna di akhirat

kemuncak kejayaan di akhiratlah yang hendak
kita capai sungguh-sungguh
tanpa ada niat untuk menzalimi manusia
berbuat baik pada manusia
kerana mahu meraih kasih sayang Allah Azzawajallah

moga kita semua menjadi khalifah yang selari dengan
kehendak Allah SWT
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
29 Ogos 2012
11 Syawal 1433H

TAWAKAL BERHUJAH

MAKANYA JELMAKAN DIRIMU BIAR SEMUA DI GRUP INI
MENGENALI MU PEJUANG FISABILLILLAH YANG TAK TAKUT MATI!
BERSELINDUNG SE BALIK WAJAH ADAKAH ITU DIKATAKAN PEJUANG!
OSAMA BEN LADEN PUN DIKENALI SELURUH DUNIA KERANA BRANI MATI DAN BERANI MENYEBUT APA YANG DIKATAKAN KEPADA PIHAK MUSUH...INI SETAKAT BERKATA TAPI TAK BERANI MEMUNCULKAN WAJAH DI GRUP INI...SILAKAN MUNCULKAN WAJAHMU DUHAI ADAM JIKA MAHU AKU BERHUJAH DENGAN MU LAGI...TAPI AKU BUKANLAH SEORAG YANG ARIF BERHUJAH...SETAKAT MANA YANG ALLAH IZINKAN SAJA ..ITU PUN TAWAKAL BERHUJAH DENGANMU YANG BANYAK ILMU DUNIA AKHIRAT. SIAPALAH AKU DI SISI-NYA HAMBA YANG TERLALU KERDIL. MOGA ALLAH MENGAMPUNKAN AKU JIKA AKU TERSALAH DALAM BERKARYA KRANA YANG BAIK ITU DARI-NYA YANG KURANG ITU DARI KELEMAHAN AKU SENDIRI.

RATU RIMBA NIAGARA
16 Sept 2012

JANGAN SUKA MELAKNAT ORANG

JANGAN SUKA MELAKNAT ORANG
KERANA KITA SENDIRI PUN TAK SEMPURNA
BERDAKWAH DALAM NADA YANG MENYERU PENUH KEINSAFAN
JIKA BERDAKWAH PENUH DENDAM MEMBARA
SELAMA-NYA MENJADI PENDAKWAH YANG TIDAK DIDENGARI DAKWAHNYA IKUTLAH SEPERTI NABI MUHAMMAD SAW BERDAKWAH DENGAN BIJAKSANA DAN SENTIASA BERDOA MEMOHON DIBUKAKAN PINTU HIDAYAH KEPADA UMMATNYA.

RATU RIMBA NIAGARA
16 Sept 2012

ALAM DAN PENGHUNI RIMBA ADALAH GURUKU

jika kau baik sangat berdakwahlah untuk dirimu sendiri...
biarlah aku dibimbing dengan Nur Hidayah Kasih-Nya
kerana imanku tak sesempurnamu yang alim lagi warak
yang tahu cara berdakwah untuk memberi manusia faham
aku cumalah seperti sebutir pasir....sampai matipun tetap
sebutir pasir...makanya aku bukanlah layak untuk berhujah denganmu
mungkin ada yang lebih layak...aku mana ada sekolah...tinggal di rimba..alam dan penghuni rimba adalah guruku...makanya selamat berhujah dengan mereka yang punyai ijazah bergulung-gulung dalam negeri ...luar negeri semuanya ada...sebab itu aku katakan padamu aku cumalah seperti sebutir pasir...

RATU RIMBA NIAGARA
16 Sept 2012

AKU KINI SUDAH JADI PATUNG CENDANA SEYAP

Untuk pengetahuan engkau...
Aku tinggal di rimba niagara
Tinggal untuk membela menghuni rimba niagara
Penghuni rimba bela aku
Aku bela penghuni rimba
Bela membela dalam
Rasa sayang menyayangi demi-Nya
Makanya aku cuma tahu suasana rimba
Berilah pada mereka yag arif untuk menjawab hujahmu itu
Aku rasa ramai yang akan menjawab hujahmu jika
Jika kau betul anak jantan
Memunculkan wajahmu
Baru pejuang berani mati...
Berani bercakap berani mati...
Ini berani bercakap
Tak berani memunculkan diri
Macam mana tu ye...
Selamat memunculkan wajahmu yang ganteng itu!!
Aku kini sudah menjadi patung cendana ....senyap...
Senyap untuk tidak berhujah denganmu lagi
Berhujahlah seorang-seorang akan ada anak jantan
Yang menjawab hujahanmu itu...
Wassalam...

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
16 Sept 2012


GROUP ANTARA HUJJAH SUNNI DAN SYIAH

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wr wb
Terima kasih kerana sudi mengundang
Hamba di Group Antara Hujjah Sunni dan Syiah....
Hamba bukanlah ahli dalam berhujjah cuma minat berkarya
Makanya sudilah membaca karya-karya hamba jika bersiaran
Kalau tak sudi baca tak apa hamba tak berkecil hati...
Wassalam

Daripada: Ratu Rimba Niagara
16 Sept
 ·
TERIMA KASIH GRUP TENTERA FISABILILLAH

Bismillahhirrahmanirahim
Assalamualaikum Wr Wb

Terima kasih kerana sudi menjemput hamba
Bersiaran karya di grup yang mulia ini
Grup Taman-Taman Syurga Insya-Allah Aamin
Grup yang ahli-ahlinya
Bermatlamat berjuang ke Jalan-Jalan ALLah
Dan matipun dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah SWT
Moga apa yang dimatlamatkan dan dicita-cita berjaya Aamiin

Hamba bukan seorang cendiakawan atau sri kandi
Tapi cumalah seorang hamba Allah
Yang dikurniakan sedikit bakat untuk menulis
Dengan sedikit bakat kurniaan inilah
Hamba cuba menulis yang terbaik
Untuk dipersembahkan kepada Allah SWT
Dan moga sudi dibaca oleh ahli-ahli grup
Tentera Fisabilillah yang diRahmati Allah
Di kala hidup dan mati Insya-Allah Aamiin

Andainya apa yang hamba tulis
Tak seindah bahasa dan pengetahuan para ahli grup di sini
Harap dapat memaafkan hamba

Percayalah hamba sudi ke sini
Semata untuk menyiarkan karya-karya hamba
Untuk dibaca dan dihayati oleh Tentera Fisabilillah...
Tentera Allah
Insya-Allah balasan-Nya Syurga.
Aamiiin Ya Rabbal A'Lamin.

'SELAMAT BERJUANG TENTERA FISABILILLAH
DOAKU MENGIRINGI PERJUANGANMU
JIKA KAU GUGUR DI MEDAN JUANG
JASAMU SENTIASA MEWANGI DI HATI KAMI'

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada:
Ratu Rimba Niagara
16 September 2012
Like ·  · 
 

0 comments:

Post a Comment

 
;