Saturday, 10 March 2012

PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA MERUPAKAN FORUM BAGI PUTERA PUTERI PAHLAWAN INDONESIA



Masyarakat Adat Mataram updated the description.
PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA.
PKPI merupakan forum bagi putera puteri Pahlawan Indonesia serta para sahabat yang peduli dengan kepahlawanan dan nilai-nilai perjuangan.
 ·  ·  · 20 hours ago
    • Rabeah Mohd Ali AKU SUDAH JATUH CINTA DENGAN MATARAM

      Terima kasih sobatku Masyarakat Adat Mataram...aku terharu dan kagum dengan semangat Kecintaannya Kepada Tanahairnya Yang Tercinta Nusantara...Memang patutlah Pemerintah Republik Indonesia mengangkat beliau sebagai ,'PAHLAWAN kEMERDEKAAN NASIONAL REPUBLIK INDONESIA!'

      Jika diizinkan Allah SWT ingin sekali aku karangkan puisi untuknya sebagai tanda penghargaanku padanya.

      Moga Allah perkenankan nanti datangnya ilham...Amin . Patutlah ada iras rupa macam kakek...nampak benar seorang yang berjiwa pahlawan...solut ku padamu...tak sia-sialah aku meminati sejarah Mataram yang kupelajari ketika di bangku sekolah dulu . Sekarang ni benar-benar sudah jatuh cinta dengan Mataram ... seolah Mataram seperti negaraku sendiri...

      "TABIK HORMAT SEORANG GENERAL"

      Tabik hormat seorang general kepada semua :
      Raja
      Pemimpin
      Rakyat
      Rakan Seperjuangnan
      Para tetamu daripada seluruh dunia
      Seluruh penghuni dunia yang cintakan kemerdekaan negara!

      Karya Rha NS
      8 Mac 2012
      20 hours ago · 
    • Masyarakat Adat Mataram Semoga disini dan disana akan lahir pahlawan - pahlawan pena seperti anda. Amin.
      20 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin
      19 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali MENCINTAI ANAK BANGSA SEUMUR HIDUPMU! SEUMUR HIDUPKU!

      Hidup Institusi diRaja!
      Hidup bangsa Indonesia!
      Hidup bangsa Malaysia!
      Hidup semua bangsa Melayu!
      Hidup semua pejuang bangsa!
      Berjuanglah demi anak bangsamu
      Berjuanglah demi anak bangsaku
      Berjuang sepenuh ikhlas demi keranaNya
      Berjuang hingga ke titisan darah terakhir!

      Ayuh...!!!
      Pejuang bangsaku....
      Kita sama-sama sumpah setia...
      Rapatkan barisan
      Di medan juang!
      Untuk memperjuangkan
      Apa yang kau impikan pada anak bangsamu!
      Apa yang aku impikan pada anak bangsaku!
      Kita saling sokong menyokong...
      Kita tidak akan berperang sesama sendiri
      Demi kepentingan sendiri

      Ingin menjadi pejuang bangsa...
      Lupakan kepentingan sendiri...
      Tumpukan segala
      pemikiranmu
      matlamatmu
      perancanganmu
      yang
      terancang
      mantap!
      bernas!
      berkesan!
      hasil dari tindakan terancang...

      Jangan terburu-buru membuat keputusan
      Kerna itu akan membunuh segala angan perjuangan

      Jangan pernah ada iri di hatimu
      Sesama sendiri
      Pasti ramai yang terkorban
      Sebelum berjuang di medan juang...

      Masa mu...masa ku... adalah perjuangan
      Perjuangan pemikiran
      Untuk melaksanakan perancangan
      Yang ada di pemikiran
      Untuk dilaksanakan bersama
      Untuk dijayakan bersama
      Kerna bahagiamu bahagiaku
      Bahagia semua anak bangsa
      Yang bakal kita tinggalkan
      Untuk anak bangsa yang terkasih dan tercinta
      Sepenuh jiwa dan raga....
      Selagi nyawa di kandung badan
      Cinta ini tak akan padam
      Mencintai anak bangsa seumur hidupmu! Seumur hidupku!
      Duhai Juara Panglima Segala Panglima!

      Karya Rha NS
      6 Mac 2012
      19 hours ago · 
    • Masyarakat Adat Mataram Malaikat menangis karena haru membaca goresan penamu yang lahir dari lubuk hatimu yang paling dalam.
      19 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali API PERJUANGAN TAK AKAN PERNAH PADAM SELAGI BUMI BELUM QIAMAT!

      Duhai Masyarakat Adat Mataram
      Biarpun aku ngak berapa kenal sama mu
      tapi kalbu kuberkata
      engkaulah seorang pejuang
      darah yang mengalir di tubuhmu adalah
      darah moyang pahlawan..
      tapi tak tahu pada abad ke berapa...
      dan siapa waris kerabatmu....
      justru teruskan perjuanganmu membela
      seluruh pahlawan melayu yang ada di muka bumi ini
      samada mereka masih hidup atau sudah tiada di dunia ini...
      kaulah penyambung perjuangan mereka!
      di kala ini mereka pasti tersenyum bangga
      kerna roh perjuangan suci mereka telah tertanam di jiwamu!
      aku dan teman-teman seperjuangan yang lain akan sentiasa
      menyokongmu biarpun tsunami datang membadai!
      kita di ketemukan adalah untuk saling sokong menyokong
      meneruskan perjuangan moyang pahlawan kita tericinta
      agar dapat diwariskan kepada cucu cicit kita nanti!
      dan mereka juga akan seperti kita meneruskan perjuangan kita
      dengan penuh semangat api perjuangan tak akan pernah padam
      sampai kapan pun selagi bumi ini belum Qiamat!

      Karya Rha NS
      10 Mac 2012
      19 hours ago · 
    • Masyarakat Adat Mataram Semoga Yang Maha Kuasa selalu bersama kita.
      18 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin
      18 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali BALASLAH KASIH MOYANGMU INI DENGAN
      SEJAMBAK DOA RESTU SEIKHLAS HATI SEMURNI KASIHMU!

      Badai pasti berlalu....
      Tapi ...
      Tapi kenapa engkau menyepi tanpa kabar berita ya?
      Menunggu kehadiran mu adalah lebih teruk daripada badai membadai....
      Dan jangan marah jika aku menyepi jua dari mu...
      Biarlah sama-sama sepi menyepi
      Biarlah sama-sama terluka
      Asalkan engkau bahagia dengan hidupmu
      Dan aku bahagia dengan hidupku
      Cuma yang kupinta
      Jangan ada benci antara kita
      Jangan ada dendam antara kita
      Perjuanganmu untuk mendapat piala
      Dari kejauhan ini tetap kusokong dan doakan agar kau berjaya!

      Maaf jika kuterpaksa undur diri darimu...
      Kerna engkau tidak pernah cuba memahami aku
      Biarpun hatiku terluka kerana mu dan kerana
      Tak mahu terluka
      Tak mahu anganku musnah untuk memiliki piala
      Ku rela undur diri darimu yang tak mengerti
      Perjuanganku
      Perjuanganmu
      Berbeda
      Namun
      Matlamat
      Tetap sama
      Menuju
      Destinasi
      Pasti!
      Dan
      Tak akan kembali lagi...
      Cuma mengharap padaNya
      Bunga-bunga pejuanganku
      Dapat diteruskan oleh
      Pewaris-pewarisku yang tercinta
      Dan balaslah kasih moyangmu ini
      Dengan sejambak doa restu
      Seikhlas hati semurni kasihmu
      Agar tenang rohku di alam abadi
      Itulah perjuangan di dunia
      Dituai di akhirat
      Insya-Allah Amin

      Karya Rha NS
      6 Mac 2012
      18 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali DEMI KEAMANAN BUMI YANG TERCINTA INI BUMI CIPTAAN TUHAN

      Kau mewakili semangat pahlawan benua Indonesia
      Aku mewakili semangat pahlawan benua Malaysia
      Benuamu sudah merdeka
      Benuaku sudah merdeka
      Benuamu benuaku saling bertalisiraturrahim
      Kita saling berkongsi rasa cintakan negara
      Kau cinta negaramu
      Aku cinta negaraku
      Kucinta negaramu
      Kau cinta negaraku
      Sama-sama cinta negara
      Sama-sama sayang negara
      Sayang menyayangi antara dua negara
      Dan merebaklah kasih sayang pada semua negara yang
      merdeka
      yang bakal merdeka
      yang ingin memburu kemerdekaan
      yang hauskan kemerdekaan
      yang impikan kemerdekaan
      makanya ayuh! Kita saling sokong menyokong
      demi keamanan bumi yang tercinta ini
      bumi Ciptaan Tuhan
      Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihi
      Kepada semua hambaNya yang cintakan kedamaian...

      Karya Rha NS
      3 Mac 2012
      18 hours ago · 
  • (PETIKAN DARIPADA  WALL PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA)
    11 Mac 2012 

0 comments:

Post a Comment

 
;