Monday, 5 March 2012

PENOBATAN RADEN ABDURRACHMAN SEBAGAI SULTAN KERAJAAN MELAYU KESULTANAN JAMBI, 18 MARET MENDATANG -.



  • Rabeah Mohd Ali shared a link.
    berita21.com
    “Bunga Raya Ditepi Tanjung Jangan Direnggut Dahan Terpaut, Adat Budaya Rasa Nak Junjung, Hidup Mengikut Pada Yang Patut. Dari Muaro Jambi Ke Tungkal Ulu, Hendak Membeli Ikan Pari, Memanglah Rencana Keluarga Dari Dahulu Agar Kerajaan Melayu Kesultanan Jambi Segera Dilestari”.
     ·  ·  · February 28 at 5:15am
    • You and Ida Sarong like this.
      • Rabeah Mohd Ali Bunga raya di tepi tanjung,
        Kasih Tuanku diRaja amat disanjung;
        Raja dan rakyat kasih dijunjung,
        Kerajaan Kesultanan Jambi akan tersanjung.
      • Rabeah Mohd Ali Sultan Jambi namanya Raden Abdurrahman Rahman,
        Baginda berjiwa rakyat orang yang beriman;
        Berkata penuh adap dan sopan,
        Bertuah rakyat Jambi punyai Raja sentiasa dalam kerendahan.
      • Rabeah Mohd Ali Raden Abdurrahman menghadiri Musyawarah Adat,
        Diadakan Acara FKN VII di Palembang Darussala;
        Dalam Jabatannya sebagai Pemangku Adat,
        Sultan Jambi disayangi seluruh rakyat jelata.
      • Rabeah Mohd Ali BERTUAH RAKYAT JAMBI

        BERTUAHLAH RAKYAT JAMBI PUNYAI RAJA BERJIWA RAKYAT YANG UTAMAKAN RAKYAT LAGI BERIMAN DAN PERCAYA HARI AKHIRAT YANG SUDAH TIADA MAKNA LAGI SEGALA HARTA DAN DARJAT KETURUNAN MELAINKAN BEKALAN YANG ADA NILAIAN DI SISINYA
        MOGA APA YANG DICITAKAN RADEN PADA RAKYAT JAMBI MENJADI KENYATAAN AMIN YA RABBAL A'LAMIN

        KARYA RHA NS
        18 FEBUARI 2012
      • Rabeah Mohd Ali Akan bangkit Kesultanan dan seluruh bangsa Melayu,
        Di mana-mana berada termasuk Jambi ;
        Api perjuangan tidak akan pernah luntur di jiwa Tuanku,
        Yang ada di kalbu adalah perjuangan demi rakyat dicintai.
      • Rabeah Mohd Ali BERTUAH RAKYAT JAMBI

        BERTUAHLAH RAKYAT JAMBI PUNYAI RAJA BERJIWA RAKYAT YANG UTAMAKAN RAKYAT LAGI BERIMAN DAN PERCAYAI HARI AKHIRAT YANG SUDAH TIADA MAKNA LAGI SEGALA HARTA DAN DARJAT KETURUNAN MELAINKAN BEKALAN YANG ADA NILAIAN DI SISINYA
        MOGA APA YANG DICITAKAN RADEN PADA RAKYAT JAMBI MENJADI KENYATAAN AMIN YA RABBAL A'LAMIN

        KARYA RHA NS
        18 FEBUARI 2012
        Unlike · · 6 hours ago
        You like this.

        Raden Abdurrahman Rahman TERIME KASEH ANANDE.... SEMUANYA KITE KEMBALIKAN KEPADA REDHO ALLAH, KEBERKATAN ALLAH, SEBAB ..... KITE SEBAGAI MANUSIA CIPTAAN ALLAH MASIH TERLALU BANYAK KEKURANGAN DAN KESEMPURNAAN ...... KARENA JALAN KEHIDUPAN KITE KEDEPAN SESUAI DENGAN SEGALA PERENCANAANNYA, NAMUN SEMUA ALLAH YANG MENGATUR DAN MENENTUKAN ......
        2 hours ago · Unlike · 1

        Rabeah Mohd Ali:

        Raja Yang Adil Raja Berdaulat!
        Pemimpin yang adil rakyat sejahtera
        Rakyat berjasa ...rakyat yang menghargai Raja mencintai negaranya melebihi kepentingan sendiri!
        2 hours ago · Like

        Rabeah Mohd Ali:

        Selagi kita mempertikaikan kelemahan institusi diRaja dan pemerintahan politik...selagi itulah tiada akan temui jalan penyelesaian..apa yang perlu ada di antara institusi diRaja dan pemerintahan politik lebih banyak fokuskan kepada kesejahteraan rakyat dan negara...jika itu dapat di atasi dengan jayanya makanya secara tidak langsung rakyat sendiri akan mempertabatkan institusi diRaja dan mengagumi pemerintahan politik yang bersih cekap dan amanah itulah payungnya di kala hujan dan panas!
        2 hours ago · Like

        Rabeah Mohd Ali:

        BIARPUN BERJUTA INGIN MEMBUNUH ANGAN PERJUANGANMU!

        Biarpun berjuta ingin membunuh angan perjuanganmu...
        Kau akan tetap di situ...
        Tak akan berganjak walau seinci pun!
        Kau takkan bergoyang semangat atau rebah menyembah bumi
        Kau hanya layak rebah tika bersujud pada Ilahi
        Kau berjuang matlamatnya bukan untuk dipuji atau disanjungi
        Tapi yang ada di hati hanyalah DIA Tuhan Yang Mecipta Semesta Alam...
        Percayalah sesusah mana pun kau berada Allah sentiasa bersamamu...
        bila mana kau fikirkan itu pasti jiwamu akan tenang....
        setenang air di kali...aku di sini sentiasa menyokong perjuangan suci mu dalam keadaan apa jua pun Insya-Allah itu pun jika kau sudi menerima sokonganku
        dari jauh ku doakan kau bertabah hati menempuh segala onak dan duri di dunia ini sebelum sampai ke negeri pasti!

        Rha NS
        2 Febuari 2012
        2 hours ago · Like

        Rabeah Mohd Ali:

        Raja dan rakyat berpisah tiada,
        Seperti keris dan sarungnya lambang perpaduan;
        Penguasa yang adil dikasihi rakyat di mana berada,
        Telah Ditetapkan Allah Sebagai Penguasa Di Akhir Zaman.
        2 hours ago · Like

        Rabeah Mohd Ali:

        BANGKITLAH SEMANGAT

        Bangkitlah semangat jangan dikuburkan begitu saja...
        biarpun tsunami datang membadaimu
        kau masih lagi tetap bersemangat!
        sebelum ajal datang bertandang
        kau tetap bersemangat meneruskan perjuangan anak bangsamu...!
        Suatu masa nanti angan-angan bukan lagi angan-angan tapi
        angan-angan yang telah direalitikan berkat doa restu mereka yang bisa mengerti erti sebuah perjuangan suci demiNya.

        Karya Rha NS
        12 Febuari 2012
        2 hours ago · Like
        (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
      • Rabeah Mohd Ali Salam untuk Tuanku yang sentiasa tersanjung di hati...dan rasa bersyukur dapat ditemukan rakan alam maya yang mempunyai perjuangan yang sama dan minat yang sama dalam melestarikan khazanah budaya bangsa Melayu termasuk Kesultanan Nusantara agar dapat dimertabatkan di persada dunia. Barulah dunia tahu betapa hebatnya Dunia Melayu dan merasai akan kewujudan bangsa melayu dan Kesultanan Melayu...benarlah kata moyang kita Laksamana Hang Tuah , 'TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA!
      • Rabeah Mohd Ali Biar pun kita cuma kenal di alam maya tapi serasa dekat di hati kerana perjuangan kita adalah sama iaitu melestarikan khazanah warisan bangsa melayu agar dihargai dan dikenang sepanjang zaman pada generasi kini dan akan datang...Insya-Allah berkat kesabaran yang tidak pernah erti putus asa dan jemu berjaya sampai ke matlamatnya! Amin
      • Rabeah Mohd Ali MENJADI SAHABAT SETIANYA TAKKAN RUGI-RUGI

        Teman sejati tiada harga mati
        Dialah amal peneman di kala mati
        Menjadi sahabat setianya takkan rugi-rugi
        Tak rugi dunia tak rugi akhirat
        Semuanya untung...untung ...tak rugi-rugi..
        Asalkan ikhlas semata keranaNya Insya-Allah Syurga menanti. Amin

        Karya Rha NS
        17 Febuari 2012
        Like · · 22 hours ago
        Wildant Gilman Ahmad likes this.

        Raden Abdurrahman Rahman SAHABAT ... SAYA SANGAT TAHU SIAPA DIRIKU /// SEBELUMNYA AKU BAGAIKAN SEORANG MUSYAFIR .... YANG TERLUNTA-LUNTA //// TAMPA SAHABATKU SEMUA ...... AKU BUKANLAH SIAPA-SIAPA /// TERLALU BANYAK JURANG, LEMBAH, GUNUNG, SUNGAI-SUNGAI YANG TELAH KULALUI .... TUK MENCARI SAHABAT - SAHABAT KU YANG REDHA, IKHLAS MENDENGARKAN RATAPAN DAN RINTIHANKU,........ LELAH, CAPEK, PEGAL-PEGAL TULANGKU SUDAH TAK KURASAKAN LAGI .... DALAM USAHAKU MENCARI SAHABAT SEJATI ...... TERIMA KASIH SAHABAT SEMUA.
        12 hours ago · Unlike · 1
        Rabeah Mohd Ali TIADA APA YANG DAPAT DIUNGKAPKAN MELAINKAN
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

        Sahabat...
        Kau muncul bagaikan indahnya pelangi di waktu malam
        Kau menyerikan lagi malam yang berbulan berbintang
        bercahaya-cahaya membuatkan alam berpesta cahaya
        bergemerlapan di angkasa raya...
        penghuni alam dan semerta alam berzikir memuji
        Kebesaran Tuhan betapa indahnya malam yang
        berpelangi
        berbulan
        berbintang

        Bintang pelbagai warna dan bentuk
        diserikan cahaya bulan bercahaya-cahaya
        adanya pelangi lagi mengindahkan malam
        tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

        Sahabat....
        pada lojik akal mana bisa mungkin kukenalmu
        kerana
        kau di benua sana
        aku di benua sini
        dan kita tidak pernah ketemu
        di alam realiti atau fantasi
        tapi bilamana
        Allah sudah aturkan pertemuan
        kita bisa kenal
        walaupun cuma di alam maya
        tapi besar ertinya
        seperti kita sudah lama dikenalkan
        sejak azali lagi
        tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

        Sahabat...
        Allah mengurniakan darjat padamu yang tinggi
        di muka muka ini ...pastinya untuk menyebarluaskan
        kesucian Islam di muka bumi ini dan kau telah buktikan
        sedaya upayamu biarpun nyawa jadi taruhan...
        darahmu untuk rakyat...
        harta benda untuk membela rakyat yang tertindas
        sanjungan bukan kau letak tempat utama
        yang ada di fikiranmu
        rakyat....rakyat...rakyat...
        Berjuang demi rakyat tersayang
        Berjuang demi negara tercinta
        Berjuang demi Agama Allah dicintai
        tiada apa yang dapat dilungkapkan melainkan
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

        Sahabat...
        biarpun dirimu berketurunan Raja Yang Mulia
        hamba cumalah insan biasa yang tak punya apa-apa
        ibarat langit dengan bumi
        ibarat enggang dengan pipit
        dan tidak pernah tefikirpun hamba akan hadir dalam
        hidup hamba seorang sahabat yang berdarah diRaja yang
        bakal menjadi pewaris tahta diRaja Jambi
        sudi menjadi sahabat hamba yang kerdil ini
        terkedu!
        terharu!
        syahdu!
        lalu syukur hamba dalam sujud padaNya
        PadaNya tiada yang tak lojik jika Dia perkenankan
        tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

        Karya Rha NS
        18 Febuari 2012
        7 hours ago · Like

        Raden Abdurrahman Rahman SAHABAT ..... YA...ALLAH ..YA..ROB...////SAHABAT SEJATI ..ADALAH SAHABAT YANG TAKKAN PERNAH MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI ///// TAK AKAN ADA BEZA ANTARA SAHABAT DENGAN SAYE YANG KETURUNAN NINGRAT DIHADAPANNYE////// YANG MEMBEZAKAN SAHABAT DENGAN SAYA HANYALAH AMAL JARIAH /// YA... ROZAK .... INIKAH SAHABAT YANG ENGKAU JANJIKAN ???/// SAHABAT YANG BAGAIKAN TEMPAYAN LEBAR//// TUK MENAMPUNG KELUH KESAH SAYA //// SEBELUM SAYA MENGADUKAN KEGALAUAN HATI SAYA KEPADE-MU//// BERKATILAH DIA SAHABATKU... YA ALLAH/// BILE JAUH TARIKLAH DAN DEKATKAN LAH DIA DISISI -MU///LETAKKAN DIA DIDALAM GENGGAMAN-MU //// AGAR DIA MENJADI SEORANG HAMBAMU YANG SELALU BERSUJUD, BERSYUKUR KEPADAMU//// TUK MENJADIKAN DIA SAHABATKU SEORANG YANG SHOLEHAH/// DAN MENJADIKANNYA BAK KARANG DITENGAH LAUTAN //// YANG TETAP KOKOH TEGAK BERDIRI //// DARI TERJANGAN OMBAK DAN ANGIN YANG MENGHANTAM //// AGAR MENJADIKAN SAHABATKU INI SEORANG YANG TANGGH, HANDAL MENGHADPI COBAAN YANG MENIMPA....... ALLAH..... KUMOHONKAN .... JAGALAH SAHABATKU INI ..... SEBAGAIMANA AYAH DAN IBUKU MENJAGAKU....... AMIN YA ROBBAL 'ALAMIN.
        about an hour ago · Unlike · 1
        Rabeah Mohd Ali AMIN YA RABBAL A'LAMIN
        52 minutes ago · Like

        Rabeah Mohd Ali

        BERBAKTI SESAMA INSAN DAN SAYANG DEMINYA

        Duhai sahabat yang kunanti,
        Bersahabat sepenuh jiwa sepenuh hati;
        Kita berkongsi ilmu berkongsi isi hati,
        Moga kita menjadi sahabat paling sejati.

        Menjadi sahabat sehati sejiwa,
        Itu yang kuidami sejak dulu lagi;
        Kasih sayang sentiasa di jiwa,
        Ingin kujauhi persahabatan yang rugi.

        Suka duka kita bersama,
        Gelak ketawa penawar duka;
        Diizinkan Allah kita keluar bersama,
        Mengeratkan talisiraturahim hatiku pun suka.

        Jangan ada dengki di antara kita,
        Kerana itu meretakkan hubungan kita;
        Sayang menyayang sesama kita,
        Bawa ke mati kasih sayang kita.

        Kita saling percaya mempercayai,
        Tidak mudah mengalah mempertahankan ikatan suci;
        Apapun dugaan kita akan lalui,
        Demi hubungan suci yang sejati.

        Air matamu air mataku penawar duka,
        Gelakmu gelakku menceriakan suasana;
        Kita sama-sama suka,
        Menjalani hidup bahagia selamanya.

        Jika ada salahku segeralah maafkan,
        Kerana aku cuma insan biasa;
        Atas segala salah kesilapan,
        Akan kuperbaiki asalkan kau bahagia.

        Kita sama-sama suka sama-sama sayang,
        Hidup dalam berkasih sayang demiNya;
        Ikatan suci jangan mudah melayang,
        Penyesalan menyusul alangkah ruginya.

        Hidup di dunia bagaikan di Syurga,
        Tiada lain difikirkan melainkan cuma satu;
        Berbakti sesama insan dan sayang demiNya,
        Moga kasih kita terpatri di hatiku di hatimu.

        Andai kata ku pergi dulu sebelummu,
        Janganlah kau bersedih kasihku;
        Di pintu Syurga kunantimu tanpa jemu,
        Jangan lupa kirimkan doa untukku.

        Karya Rha NS
        17 Febuari 2012

        (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
        17 Febuari 2012
      • Rabeah Mohd Ali JIka tidak mahu hilang melayu di dunia,
        Pertabatkan bahasa melayu agar diminati dunia;
        Pertabatkan juga institusi Kesultanan diRaja.
        Barulah perjuangan tidak menjadi sia-sia.
      • Rabeah Mohd Ali Setiap yang baik itu dariNya
        Kucuma insan biasa
        Mahu berbagi ilmu atas KurniaanNya
        Agar dapat hidayah Nur KasihNya
        Pada diriku dirimu dan semua
        Yang sudi membaca hasil karyaku
      • Rabeah Mohd Ali BILA SUDAH SAMPAI WAKTU

        jangan bilang tiada waktu...
        waktu sentiasa menunggu...
        pada yang sudi menghargai waktu
        yang membuang waktu terlepas dia di situ
        ketinggalan jauh di belakang
        terkial-kial untuk mengejar waktu
        yang telah berlalu pergi
        tak akan kembali lagi
        untuk menanti
        pada mereka yang tidak menghargai waktu

        pasti buntu
        menyesal membuang waktu begitu saja
        berlalu pergi

        biar masa telah berlalu
        biar pun usia makin mendekat
        masih ada jalan pulang
        untuk mengejar waktu yang keciciran
        asalkan berani berubah
        mahu pergi ke jalan pulang
        bersama bekalan dibawa pulang

        bila sudah sampai waktu
        makanya di situlah penamat waktu
        yang telah ditentukanNya untuk kamu dan aku
        berjuang di bumiNya ini!

        Karya Rha NS
        24 Febuari 2012
      • Rabeah Mohd Ali PASTI

        Perjalanan ini...
        pasti menemukan satu tujuan pasti
        kematian adalah pasti

        kehidupan terlalu bermakna
        tutur kata bermakna
        amalan bermakna
        barulah semuanya terlaksana
        untuk ke negeri Sana
        yang pastinya kekal abadi
        Negeri Akhirat
        kepunyaan Maha Pencipta Semesta Alam
        untuk hambaNya
        dinilai untung nasib
        samada Syurga atau Neraka!
        Balasan setiap hambaNya
        adalah pasti!

        Karya: Rha NS
        16 Jun 2011
      • Rabeah Mohd Ali SYUKUR AKU YA RAB

        Ya Rab
        Kupanjatkan syukur selagi nafasku ada...
        Tiada lagi bermakna di dunia ini
        Melainkan kau temukan aku dengan para hambaMu
        Mencari jalan-jalan pulang
        Ke negeri abadi yang pasti
        Menanti dan menunggu memanggil-manggil sebanyak 70 kali sehari semalaman
        Bukan aku takut pergi ke negeri pasti
        Tapi berilah aku peluang
        Membawa bekalan sebanyaknya
        Yang Kau terima
        Agar dapat Kau terima roh dan jasadku
        Moga itulah yang kumiliki
        Bahagialah aku hidup menumpang di bumiMu ini...

        Karya Rha NS
        23 Febuari 2012
      • Rabeah Mohd Ali PANTUN MUHASABAH DIRI SENDIRI

        Tidurku lena yang panjang;
        Terkeduku bila terjaga dari lena;
        Aku menyesal memanjang,
        Alam barzah menantiku dari lena.

        Aku ketakutan pabila jaga dari lena,
        Air mata penyesalan sudah tiada erti;
        Lenaku di dunia membawaku ke sini,
        Alam barzah yang sedia menanti.

        Datang ke sini tanpa bekalan,
        Aku menyesal terlepas peluang;
        Peluang yang diberiNya kubiarkan,
        Matilah aku dalam bekalan yang kosong.

        Tuhan hidupkan aku ke dunia semula,
        Mahuku berbuat segala amalan;
        Berbuat baik pada Allah jua manusia,
        Agar dapat kutebus segala penyesalan.

        Tapi apakan daya nasibku malang,
        Aku yang menempah nasibku begini;
        Bukan Allah tidak memberiku peluang,
        Ketika hidup aku orang yang rugi.

        Menyesal aku sendiri,
        Merana aku sendiri;
        Kini aku menyendiri,
        Alam barzah meranaku sendiri.

        Oh! Tuhan di pagi Jumaat yang mulia dan penuh berkat ini
        Kau masih memberi aku peluang untuk aku merebut segala
        peluang amalan sebagai bekalan ke alam barzah.
        Dengan Belas-EhsanMu Tanpa Batas Kau Limpahkan
        Sinar Nur Hidayah KasihMu padaku hingga ke nafas terakhirku agar aku dapat membawa bekalan yang Kau Redhai.
        Amin Ya Rabbal ALamin.

        Karya Rha NS
        30 Disember 2011
      • Rabeah Mohd Ali SYUKUR TAK TERUCAP ROHMU DI KALA INI

        Pergimu mengadap Illahi
        Perjuanganmu di dunia tamat kini
        Perjuangan di akhirat kini dilalui
        Moga bekalan akhirat mencukupi
        Ilmu yang ditinggalkan
        Bagaikan Bunga-Bunga Syurga
        Mekar mewangi di laman hati
        Tumbuh subur di perdu kalbu
        Lebat buahnya merimbun
        Mencecah bumi
        Lalu dipetik
        Dimakan
        Disemai
        Dibajai
        Dengan cinta suci
        Meng- Esa- kan Allah seabadi takwa
        Itulah matlamat perjuanganmu tika di dunia dulu
        Kini menjadi bekalan untuk dituai di alam akhiratmu
        Syukur tak terucap rohmu di kala ini!

        Karya: Rha NS
        20 Julai 2011
      • Rabeah Mohd Ali KAU REDHAI DAN TERIMALAH ROH DAN JASAD KAMI INI NANTI

        Subhanallah Allahamdulillah Allahu Akhbar
        Betapa kerdilnya aku Ya Allah
        Tersyahduku dalam sendu
        Betapa Kau Maha Pemberi Hidayah pada sesiapa saja yang Kau suka
        Kepada hambaMu yang sentiasa mahu mencari redhaMu dan cintaMu
        Benarlah apa yang dikata
        Allah tidak mengira bermulanya kamu
        Tapi Allah mengira di manakah akhirnya kamu berada
        Moga di pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini
        Mulai detik ini dan saat ini hingga ke akhirnya
        Terimalah penghijrahan kami ini dengan segala kebaikan
        yang kau redhai dan terimalah roh dan jasad kami ini nanti
        bersama-sama roh-roh hambaMu yang Kau Cintai dan Redhai
        Amin Amin Amin Ya Rabbal A'Lamin

        Rha NS
        24 Febuari 2012
      • Rabeah Mohd Ali ANAI-ANAI PUN BERJASA

        Setiap helai daun yang gugur
        di muka bumi ini …
        Semuanya dalam hitungan
        Allah Taala.

        Allah jadikan anai-anai untuk
        mereputkan daun-daun
        dan dikitar semula semata
        mengindahkan bumi agar
        penghuni bumi dapat diami
        tanpa timbunan daun-daun.

        Masya-Allah! Anai-anai yang
        sekecil pun berjasa kepada bumi
        kenapa tidak kita?
        Moga kita terpilih untuk mengindah
        dan mengamankan bumi ini...

        Barulah suara alam tidak
        meraung lagi seperti mana
        berlakunya tsunami tanda
        protesnya alam pada penghuni
        bumi yang durjana!

        Karya : Rha NS
        (14.3.2011)
      • Rabeah Mohd Ali KARYA ANANDA INI ADALAH ISTIMEWA UNTUK AYAHANDA SEBAGAI CENDERAHATI DARIPADA ANANDA RABEAH MOHD ALI ..DI ATAS PENOBATAN AYAHANDA RADEN ABDRURAHMAN RAHMAN SEBAGAI KESULTANAN JAMBI PADA 18 MAREH MENDATANG...SEKALUNG TAHNIAH BUAT AYAHANDA YANG DIKASIHI SYUKUR ATAS KURNIAANNYA SEBANYAK-BANYAKNYA.
        'TAKKAN HILANG MELAYU DI DUNIA'
        'RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA'

        DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
      • Ida Sarong SubhanAllah bagus sekali tulisanmu Rab, kiranya aku beruntuntung apabila mendapat 1 diantara buku-bukumu
        February 28 at 12:47pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Kaulah peminat setiaku yang pertama dalam karyaku...Insya-Allah di pertemuan kita nanti ku usahakan memberi cenderahati padamu yang terkasih di hatiku...dan aku benar-benar bersyukur dan terharu....!Salam rindu salam kasih sayang untukmu sahabatku merangkap peminatku ...kau sentiasa di hatiku sayang.....
        February 28 at 3:21pm ·

        (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
        6 Mac 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;