Friday 9 March 2012

PERBEZAAN PENDAPAT ITU BIASA TAPI MATLAMAT TETAP SAMA IAITU MEMPERTABATKAN INSTITUSI DIRAJA DAN WARISAN BANGSA MELAYU AGAR TETAP TERPELIHARA UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG




Keluarga Keraton Blambangan added 4 new photos to the album Pusaka Blambangan.

 ·  ·  · February 28 at 8:33pm · 

  • You, Tg Pengeran Assyariff and 6 others like this.

    • Rabeah Mohd Ali Keris menjadi saksi bisu hebatnya pertempuran,
      Senjata pahlawan Hang Tuah dan Hang Jebat;
      Kepahlawanan pahlawan menjadi sanjungan,
      Kepahlawanan Hang Tuah Hang Jebat sememangnya hebat.

      February 28 at 5:52pm ·  ·  3

    • Rabeah Mohd Ali KERIS LAMBANG KEPAHLAWANAN MELAYU!

      Keris lambang kepahlawanan melayu,
      Keris juga lambang kekuasaan Kesultanan Melayu;
      Kepahlawan dan kedaulatan sultan tak pernah layu,
      Akan di pertahankan hingga ke titisan darah terakhir generasi melayu.

      Tak akan hilang melayu di dunia,
      Itulah sumpah Laksamana Hang Tuah;
      Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
      Berbangga menjadi bangsa melayu di bumi bertuah.

      Ilmu persilatan diminati sejak dahulu,
      Diperturunkan hingga ke generasi baru;
      Bersama mempertahankan kedaulatan kesultanan melayu,
      Akan dibanggai sehingga ke anak cucu.

      Pahlawan melayu sudah terbilang,
      Kepahlawanannya demi agama bangsa dan negara;
      Ilmu persilatan tak akan hilang,
      Akan diperturunkan dengan semangat yang membara.

      Salam silaturrahim salam kepahlawanan,
      Kepada semua pejuang bangsa yang tersanjung di hati;
      Kukagumi kalian kerana semangat perjuangan,
      Yang tak jemu berbakti dan menabur budi.

      AKU BERSYUKUR KERANA AKU MELAYU

      Aku bersyukur karena aku MELAYU
      Aku redho karena aku MELAYU
      Aku gembira karena aku MELAYU
      Aku bangga karena aku MELAYU
      Karena aku cuma mendengar satu saja bangsa yang tak akan hilang di dunia yaitu BANGSA MELAYU

      Takkan hilang melayu di dunia,
      Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
      Melayu bersatu bermuafakat bersama,
      Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

      Berjuang tetaplah berjuang jua,
      Pantang undur sebelum berjuang;
      Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
      Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

      SKRIP HANG JEBAT DAN HANG TUAH ERA MODEN

      HANG JEBAT : Apa salahnya kita bermaaf-maafan, kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku selama ini membela kau.

      HANG TUAH : Ya...betul katamu Jebat...
      kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
      Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
      Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
      Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah rakyat yang setia ...apa yang terjadi selama ini adalah cuma salah faham saja angkara fitnah. Raja pasti boleh terima apa yang kukatakan.

      HANG JEBAT : Betul ke Tuah.

      HANG TUAH : Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan rakyat dan negara melebihi kepentingan sendiri. Begitu juga rakyat sayangkan Raja dan negara melebihi kepentingan sendiri.

      HANG JEBAT : Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.

      HANG TUAH : Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
      Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati. Tiadalah sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan datang pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!

      HANG TUAH/HANG JEBAT : DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!

      RAJA : SAYANG RAKYAT!

      Karya: Rha NS
      30 Jun 2011

      February 28 at 6:06pm ·  ·  3

    • Keluarga Keraton Blambangan Terimakasih Paduka,
      Syair yang mulia sungguh indah dan bermakna,memang demikianlah kiranya sejarah diukir dalam waktu yang panjang
      Namun demikian teramat sulit tugas kita semua saat ini menjaga warisan leluhur kita semoga Yang Maha Kuasa memberikan kita semua kekuatan dan kemampuan untuk tugas tersebut..Amin, Rahayu..
      Salam Hormat

      February 28 at 8:59pm ·  ·  4

    • Rabeah Mohd Ali Yang penting dalam perjuangan suci ini...semua pihak yang terlibat saling sokong menyokong dan berkerjasama dalam suasana hormat menghormati di antara satu sama lain. Perbezaan pendapat itu biasa tapi matlamat tetap sama iaitu mempertabatkan institusi diRaja dan warisan bangsa melayu agar tetap terpelihara untuk generasi kini dan akan datang.
      February 28 at 9:45pm ·  ·  2
  • (PETKAN DARIPADA KELUARGA KERATON BLAMBANGAN)
    9 Mac 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;