Tuesday, 6 March 2012

ORANG-ORANG BERIMAN DAN TENTERAM HATI MEREKA DENGAN ZIKRULLAH ITU, TENANG TENTERAMLAH HATI


      •  ·  ·  · Yesterday at 10:21am · 


      • Khai Noor shared Tuanku Azman's status update.


        bISMIILAAHIIR RAHMAANIIR RAAHIIM;
        Membaca AL QURAN mempunyai PAHALA YANG BESAR.Amalan ini boleh mengukuhkan keimanan seseorang dan mendekatkan diri kepada ALLAH SWT serta memberi ketenangan kepada HATI.Firman ALLAH SWT di dalam Surah Ar Ra'd ayat 28 dengan maksudnya
        "Orang orang yg BERIMAN dan Tenang tenteram Hati mereka dengan ZIKRULLAH itu,tenang tenteram lah HATI"

         ·  ·  · Yesterday at 10:11am · 

        • You like this.

          • Rabeah Mohd Ali PANTUN MUHASABAH DIRI

            Orang bijak ingat mati,
            Setiap amalan fikirkan akhirat;
            Keikhlasan beramal itu dihajati,
            Tiada bererti melainkan saham akhirat.

            Upah dari manusia untuk dunia,
            Upah dari Allah untuk dunia akhirat;
            Orang dunia memburu upah hingga hujung dunia,
            Orang beriman memburu saham akhirat.

            Hati panas semua akan menjauhimu,
            Justeru sejukkan hatimu dengan wuduk;
            Akan terpancar ketenangan di wajahmu,
            Biasakan dirimu menjadi tawaduk.

            Biar miskin harta,
            Jangan miskin iman dan budi;
            Miskin harta orang tak kata,
            Kaya budi bawa ke mati.

            Bumi musnah angkara manusia,
            Kerana tidak menghargai bumi;
            Apabila bumi berbicara,
            Bencana datang menyembah bumi.

            Hidup adalah suatu pengambaraan,
            Pabila mati pengembaraan baru bermula;
            Amalan diredhai menjadi bekalan,
            Roh dan jasadmu tenang di alam Syurga.

            Rohmu tidur lena di kuburan,
            Lenamu tidur bagaikan ahli Syurga;
            Permandangan Syurga dilihat penuh kesyukuran,
            Berbahagialah dikau tidur dalam bauan Syurga.

            Ya Tuhan kucintamu bukan kerana SyurgaMu,
            Tapi ingin mendapat keredhaanMu;
            Tabahkan hatiku tidaklah jemu,
            MencintaiMu tika hidup hingga matiku.

            Jantung berdegup seratus ribu kali sehari,
            Kutangisi apabila tidak mengingatiMu;
            Ya Allah sinarkan hidayahmu kepada kami,
            Berzikir dalam senyap itu yang dimahu.

            Berzikir dalam senyap itu mahuku,
            Agar jantung berdegup seiring roh memujiMU;
            HambaMu yang hina ini merayu padaMu,
            Di akhirat nanti terimalah rayuanku.

            Ya Allah berilah aku peluang dan ruang,
            Untuk melakukan kebaikan yang Kau redhai;
            Jangan biarkan syaitan mengambil peluang,
            Mempengaruhi aku hingga ke mati.

            Aku cemburu orang mengingati Allah,
            Kenapa aku tidak begitu;
            Hati tenang mengingati Allah,
            Justeru aku mahukan begitu.

            Hidup memang menyilaukan,
            Kerana kita memerlukan kilauan iman;
            Balasan Syurga atas kesabaran,
            Itulah yang diharapkan orang beriman.

            Duhai kekasih Allah di cintai,
            Balaslah cinta kami ini;
            Pilihlah kami mendapat Syafaatmu nanti,
            Perjuanganmu sentiasa kami ingati.

            Betapa tulus cintamu kepada kami,
            Seharusnya kami balasi;
            Perjuanganmu kami tangisi,
            Shafaatmu di Mahsyar perkenankan nanti.

            Aku terpegun alam ciptaanMu,
            Kesyahduan pemandanganNya hatiku sayu;
            Subhanallah Maha KebesaranMu,
            Kekuasaan!Kebanggaan! Hanya milikMu.

            Allah Maha indah seindah 99 namaNya,
            Seindah dan semerdu KalamNya;
            Apabila menyebut namaNya bergetar jiwa,
            Pabila lupakanNya roh merintah jasad merana.

            Jiwaku meruntun membaca KalamNya,
            Wangian cintaNya meresap dalam roh dan jasadku;
            Terus menangis kerinduan padaNya,
            Balasan cintaNya amat kutunggu.

            Pandanglah aku di dunia ini itu mahuku,
            Wahai Tuhan Semesta Alam;
            Kutakut di akhirat Kau tidak memandangku,
            Tiada berguna tangisan seisi alam.

            Ya Allah berkatilah hidup kami,
            Berilah peluang dan ruang beramal keranaMu;
            Kami mahu bertemu denganMu dalam Kau redhai,
            Moga di akhirat nanti mendapat ihsanMu.

            Karya: Rha NS
            1 Mei 2011
    • (PETIKAN DARIPADA WALL TUANKU AZMAN & KHAI NOOR)
      7 Mac 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;