Wednesday, 1 August 2012

SAYANGKU SAYANGMU (227) - DJ ABDUL JAMAL ABDUL AZID MENYIARKAN LAGU SEIRING PUISI PUTRI RIMBA NIAGARA




    • BAPAKU PERGI KETIKA SUJUD

      Bapaku seorang hamba
      hamba taatkan Allah
      setiap masa tawaduk
      menjaga solat
      bersolat jemaah di
      surau dan masjid
      itu amalan bapaku.

      Hujung minggu
      kami sekeluarga
      akan pergi
      mencari surau lama
      membawa peralatan pembersihan
      membersihkan surau
      sambil membersihkan
      kami berselawat
      kami berzikir
      sungguh bahagia
      kami sekeluarga
      tika itu.

      Sebelum bapaku
      ke masjid pada malam Jumaat itu
      bapaku berjubah dan berseban putih
      berpakaian serba putih
      mencalit minyak attar di jubah
      dan bercelak di mata.

      Malam Jumaat itu
      selepas solat maghrib
      bapaku meminta izin
      dari imam untuk membuat
      pengumuman kepada semua jemaah masjid
      permintaannya dipenuhi
      bapaku berkata dengan linangan air mata
      kepada seluruh jemaah masjid
      memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki
      jika ada sebarang perbuatan dan perkataan yang telah
      dilakukan samada secara sengaja atau tidak
      dia memohon jika ada hutang-piutang yang belum dijelaskan
      harap beritahunya agar dia dapat jelaskan hutangnya
      dan akhir sekali dia memohon agar dia diizinkan
      untuk melaungkan azan Isyak
      permohonannya dipenuhi.

      Bapaku melaungkan azan penuh syahdu
      hinggakan semua jemaah masjid menitiskan air mata
      setelah habis laungan kalimah
      Asyhadu anlaa ilaha illallah,
      wa asyhadu anna muhammadar rasulullah.
      laungan azan terhenti
      bilal naik ke menara
      bapaku sedang bersujud
      didapati bapaku telah pergi
      berjumpa dengan Tuhannya
      tika bersujud!

      Karya: Putri Rimba Niagara
      1 Ogos 2012
      12 Ramadhan 1433H
       ·  ·  · 5 hours ago


    • DI OMBAK RINDU KAN KUNANTIKAN KARYAMU KANDA

      Duhai kanda yang disanjungi
      Maafkan aku kerana tak dapat setia denganmu
      Aku cuba pertahankan kesetiaan
      Untuk setia selamanya denganmu
      Tapi tak tahu entah badai mana
      Yang datang hingga aku tak tega
      Mempertahankan kesetiaan

      Ketahuilah kanda
      Sekali tangan berjabat salam
      Selamanya akan setia
      Sesetia ombak pada pantai

      Aku tak tega terjangan ombak
      Teramat dahsyat
      Hingga aku dilambungkan tinggi
      Lalu dihempaskan
      Tanpa ehsan

      Kecederaan di tubuhku
      Masih lagi aku boleh bertahan
      Tapi luka parah di hatiku
      Bagaikan ditoreh-toreh
      Hancur berkecai
      Hingga aku tak mampu
      Untuk mengungkapkan
      Kata-kata bermadah
      Pujangga padamu

      Aku tak tahu
      Apa khilafku
      Hingga ombak
      Yang mengaku setia pada awalnya
      Telah berubah
      Madu yang kuberi
      Racun yang dibalas

      Ombak bicaralah padaku....
      Apa salahku padamu?

      Kenapa kau mengundangku
      Untuk merinduimu
      Tapi setelah kuberikan hati setulusnya
      Ini balasan yang kau berikan padaku?
      Bilang samaku? Bilang? Bilang?

      Jikalah terjanganmu itu boleh
      Memuaskan hatimu
      Kerna ingin membalas dendam
      Tapi kenapa aku????

      Apa dosaku padamu?
      Jahat sangat ke aku
      Hinggga kau lukakan
      Hatiku sebegini rupa

      Air mataku yang mengalir deras ini
      Lukaku yang parah ini...
      Boleh membuatkan kau ketawa puas
      Silakan...
      Jika kau rasa tak bersalah silakan

      Kerna aku tak tahu apa salah aku
      Padamu...
      Biarlah pena bisu ini menjadi saksi
      Yang aku telah buangkan namamu
      Di ombak rindu
      Biarpun hatiku menafikan
      Aku kena akur
      Yang kau bukanlah kawan
      Yang boleh menjanjikan bahagia
      Untuk aku berkarya bersamamu...

      Ketiadaan aku berkaryalah semahumu
      Percayalah dari jauh aku sentiasa
      Menyokong kamu berkarya
      Kerna dunia karyamu adalah duniaku

      Maafkan aku kanda
      Kerna terpaksa berpisah denganmu
      Tanpa pintaku
      Moga kanda bahagia di samping
      Teman-teman kanda yang hebat
      Berpuisi...
      Apapun dinda ucapkan terima kasih
      Pada kanda yang telah mengundang dinda
      Ke grup kanda berkarya...
      Salam kemaafan puisi
      Salam perpisahan untukmu kanda
      Cuma satu harapanku kanda sudi doakan dinda
      Kebahagiaan dunia akhirat untuk dinda
      Setiap karya kanda sentiasa
      Tersemat di hati dinda
      Biarlah dinda selamanya menjadi
      Pungguk rindukan rang bulan
      Di ombak rindu kan ku nantikan
      Karyamu kanda...

      Karya Putri Rimba Niagara
      1 Ogos 2012
       ·  ·  · about an hour ago


    • MUAK

      Kasih
      dengarkan kataku ini
      untuk kesekian kalinya
      kata-kata ini aku lafaskan
      dari lubuk hatiku
      yang teramat dalam.

      Kasih
      sudah-sudahlah
      berteman dengan cemburumu
      yang sering mengawal
      benak resahmu
      dan selalu
      mencengkam rasa bengangmu
      hingga aku sudah mula,
      sudah mula muak
      dan kebosanan
      yang teramat-amat bosan.

      ssz/spl/pm...31/3/2012.
      http://sangpujanggalangit.blogspot.com/2012/03/muak.html

      BOSAN

      Kasih
      pabila kau teramat bosan
      menunggu cintaku
      menunggu rinduku
      buangkan saja
      kebosananmu itu
      di ombak rindu
      kerana aku pun
      bosan untuk menanti
      jawapanmu
      untuk melamar cintaku
      namun kau
      sentiasa di hatiku
      di ombak rindulah
      ku tunggu jawaban kasihmu
      jika tiada
      aku takkan menunggu lagi...
      kerna aku muak dan bosan
      dengan penantian cinta
      yang tiada akhirnya
      yang membuatkan aku
      merana...merana...merana
      untuk terus mencintaimu
      biarpun kau kulupakan
      namun cintaku padamu
      tetap terpatri di hati
      sampai kumati.

      Karya Putri Rimba Niagara
      31 Mac 2012
      Like ·
       ·  ·  · about an hour ago


    • GAGAH SETIA

      Kau pahlawan Allah
      Kau pahlawanku
      Kau pahlawan semua
      Kau pahlawan rakyat 1Malaysia

      Kau pahlawan yang gagah perkasa
      Kau pahlawan yang setia

      Kau rela korbankan dirimu
      Demi mempertahankan ibu pertiwi

      Kami hargai
      Kami sanjungi

      Kami berbangga punyai pahlawan
      Sepertimu
      yang gagah
      yang setia
      kepada agama bangsa dan negara

      ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

      Jasamu pahlawan
      Kan kami letak di taman hati
      Taman hati berbunga kebangsaan negara
      Bunga Raya
      Yang berkelopak Lima:
      KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
      KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
      KELUHURAN PERLEMBAGAAN
      KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
      KESOPANAN DAN KESUSILAAN
      Yang sentiasa ada di jiwa semua rakyat Malaysia
      Dengan segala prinsip rukun negara itulah
      Makanya hidup seluruh rakyat Malaysia
      Dalam kesejahteran dan kerahmatan dari Ilahi

      Moga Malaysia
      CEMERLANG GEMILANG TERBILANG

      Berkat kesetiaan gagah perkasa
      Semua pahlawan negara

      ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
      Syukur kami pada-Mu Tuhan
      Mengurniakan kami pahlawan-pahlawan yang gagah setia
      Setiasa bersiap sedia membela ibu peritiwi
      Makanya Rahmatilah hidup dan mati semua pahlawan kami
      Yang berjasa pada ibu pertiwi
      Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      31 Julai 2012
      11 Ramadan 1433H
      (DIILHAMKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI PAHLAWAN DI MALAYSIA
      PADA 31 Julai 2012)
       ·  ·  · 19 hours ago

    • Assalamualaikum...selamat malam rakan2 d ombak rindu bersama saya Amanda Fazira yang kan bersama anda semua berhibur d malam ini...www.ombakrindufm.freeshoutcast.com
       ·  ·  · about an hour ago


    • IZINKAN LILINKU BERCAHAYA BIARPUN HATI TERLUKA

      Lilin...
      kau adalah aku
      aku sedia berbakti dengan karyaku demi-Nya
      tanpa menghiraukan diriku kian malap dimamah usia
      jika api lilinku
      bertambah malap izinkan lilinku bercahaya

      Duhai angin...ku merayu padamu
      jangan kau tega menuipnya bagi padam
      aku ingin terus bercahaya
      biarpun dalam keadaan terseksa
      tapi aku ingin berjuang juga
      untuk menerangi diriku sendiri
      dan menerangi mereka yang sudi dengan cahaya
      yang cuma tinggal berbaki ini

      Duhai angin jika kau tiup
      kerana marahmu padaku
      apalah salahku....
      apalah dosaku padamu
      kerana aku cumalah lilin
      yang berjuang bersedirian
      ingin mencari jalan-jalan pulang
      biarpun hati terluka
      diitupmu tanpa henti
      kucuba pertahankan juga
      agar terus menyala..menyala apinya
      menerangi diriku sendiri dan di sekelilingku yang sudi
      dengan harapan hadirlah
      Cahaya dari segala Cahaya
      Cahaya dari segenap penjuru
      Cahaya Nur Hidayah Kasih dari Ilahi
      Cahaya yang terus menerus meresap
      ke kalbu roh dan jasad
      inilah Cahaya yang kudambakan seumur hidupku

      Maka dari itu duhai angin...
      aku tahu aku tak sehebatmu
      aku tak sesempurna imanmu
      aku cumalah hamba
      yang hanya ingin
      menghabiskan usiaku
      bersama-sama mereka
      yang ingin pulang ke Pangkuan Ilahi

      Dan dengan belas ehsanmu
      izinkan aku menjadi lilin
      biarpun masih malap apinya dan terseksa
      jangan diseksa aku lagi dengan tiupanmu yang menyakitkan aku
      kerana sepanjang kau bertiup kencang tak pernah pun aku
      menghalangmu kerana aku sentiasa cerminkan diriku tak sesempurnamu...
      dan aku mengalah pada kesempurnaamu itu
      kerana jika aku menghalangmu berdosalah aku pada Allah SWT
      kerana apa yang kau miliki itu adalah kurniaan dari-Nya
      makanya bertiuplah bertiuplah hingga kau tenang
      tapi janganlah sesekali kau tiupkankan api lilinku
      yang malap ini..izinkanlah api malapnya bercahaya
      biarpun dalam keadaan derita dan terseksa
      tanda kau juga menghargai Kurniaan Allah Azzawajallah padaku

      Karya Putri Rimba Niagara
      1 Ogos 2012
       ·  ·  · about an hour ago


    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP OMBAK RINDU)
    1 Ogos 2012
    12 Ramadan 1433H

0 comments:

Post a Comment

 
;