SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABD RAHMAN
Tersebutlah kisah seorang putera,
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati,
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Disambung oleh pemimpin terkini,
Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira,
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London,
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara,
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang,
Menceroboh masuk terus meradang;
Tunku memikir merasa bimbang,
Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman,
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita,
Ingin berkuasa merebut tahta;
Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan,
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban,
Mempertahankan negara habis-habisan;
Nyawa di badan jadi taruhan,
Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris,
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman,
Perjuanganmu menjadi kenangan;
Kau gugur dalam kemenangan,
Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur,
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira,
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.
Tungku memerintah penuh berhati,
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya: Putri Rimba Niagara
31 Ogos 2011
PEMIMPIN DAN RAKYAT BERJIWA REVOLUSI
Yang penting dalam sesuatu yang ingin dicapai matlamatnya agar berjaya...
1. Matlamat harusnya jelas
2. Fokus pada matlamat
3. Berbahas dalam sesuatu isu jangan beremosi
4. Berkata gunakan kebijaksanaan akal
5. Mengeluarkan ide yang berfakta dan bernas
6. Jangan merendah-rendahkan individu walau siapa pun mereka
7. Saling berbahas dalam suasana yang harmonis
8. Ide yang dilontarkan seharusnya diterima pakai oleh semua
9. Masalah pasti ada tapi cari jalan yang terbaik untuk mengatasinya
10. Perbedaan pendapat itu biasa tapi matlamat tetap sama
iaitu mahu pemimpin dan rakyat berjiwa revolusi
punya jati diri yang teguh demi ibu pertiwi Indonesia
PUTRI RIMBA NIAGARA
26 Mei 2012- BANGKITLAH PARA KASATRIA BANGSA INDONESIA
Berapa Banyak Lagi ? Berapa Banyak Lagi air mata ?
Berapa Banyak Lagi tetes Air Mata
Air Mata yang sudah menjadi samudra
Yang Menaungi setiap Cinta dan Kasih warga nya
Berkorban ! Berjuang ! Bertahan
Itulah yang ia lakukan ! Itu
Hatinya tak gentar melawan penjajah
Tapi apa ? Apa yang kita lakukan sekarang pada Indonesia ?
Kita Hanya Menyianyiakan Pengorbanannya
Kita Menjajah Negeri Sendiri
Kita Menghapus Jati Diri Negeri ini
Pancasila seakan tak berguna
Rajawali menangis melihatnya
Tetapi kita malah tertawa
Melihat Indonesia tercinta merana
Tak ada lagi Nilai Budhi Luhur
Seakan akan semua itu sudah terkubur
Menangis ia Melihat keadaan Negeri ini
Karena Rakyatnya sudah tak cinta lagi
Membuang seluruh Nilai Budaya Negeri
Pulau Nusantara pun dijual kepada orang
Berarti tanda tak sayang
Kapan ada lagi Jiwa yang bergelora
Yang akan membela negeri tercinta
By: HuBa MarsupiLami
Like · · Share · 14 hours ago
Laksamana Mas likes this.
Putri Rimba:
Selagi ada cemburu, dendam, tamak kuasa , tamak harta dan pentingkan diri sendiri makanya negara dan pengorbanan para pejuang tidak akan pernah dihargai kerana tiada berarti itu semua melainkan kepentingan sendiri dan keluarga .
Jika negara dijajah semula baru hendak sedar tapi sudah terlambat untuk menebus kembali. Makanya sebelum terjadi negara dijajah semula semua rakyat Indonesia harus berganding bahu saling dukungan di antara satu sama lain agar negara Indonesia tercinta dapat disuburkan minda putra dan putrinya dengan semangat juang yang tinggi mencintai negara lebih daripada kepentingan sendiri.Barulah kemerdekaan negara Indonesia kekal selamanya dan dapat diwariskan kepada generasi ke satu generasi dalam keadaan negara yang aman, maju, berjaya, cemerlang. gemilang dan terbilang!
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA)
15 April 2012- KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & DEN MAT MANGKUBUMI
25 Mei 2012May 26 at 1:29pm · · 1
Thursday, 2 August 2012
SAYANGKU SAYANGMU (333) - SEMARAKKAN BUNGA-BUNGA CINTA IBU PERTIWI NEGARAKU NEGARAMU!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment