Tuesday, 31 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (321) - PM KAU PERWIRA BANGSA!



 ·  · 


      • HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!

        Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
        Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
        Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
        Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.

        Salam Kemerdekaan dariku untukmu
        dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
        Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
        Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
        Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
        diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
        Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
        Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .

        "Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
        Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"

        Karya Putri Rimba Niagara
        31 Julai 2012
        (SEMPENA MEMPERINGAT HARI PAHLAWAN)
         ·  · See Friendship · 21 hours ago · 
      • TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN!

        Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
        di serata pelosok bumi Malaysia.

        Biarpun kumengerti menempuh gelombang
        ombak mengganas! Lalu menghempas ke pantai!

        Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
        “Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun!
        Untuk anak cucu kita menumpang teduh!

        Terima kasih Bapa Kemerdekaan!
        Akan kuingat pesananmu itu!
        Akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
        di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!

        Demi cintaku pada Malaysia
        akan kuperjuangkan untuk mempertahankanmu!
        Biarpun ke titisan darah terakhir!

        Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!

        Karya : Putri Rimba Niagara
        31 Ogos 2007
        (Sempena Memperingati Hari Pahlawan 31 Julai 2012)
         ·  · See Friendship · 21 hours ago · 

        • PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA

          Sultan Abd Halim Mua'dzam Shah Agong berwibawa,
          Memerintah negara adil saksama;
          Rela berkorban demi rakyat tecinta,
          Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

          Intitusi di-Raja dekat di hatiku,
          Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
          Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
          Rakyat Johor terharu lagi menyanyangi.

          Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
          Kepentingan rakyat amat dirasai;
          Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
          Sejak generasi dahulu hingga kini.

          DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
          Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
          Budi disemai Allah berkati,
          Moga amalan dibalas di akhirat nanti.

          Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
          Kebajikan rakyat amat diutamakan;
          Bertuah sungguh rakyat Pahang,
          Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.

          Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
          Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
          Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
          Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.

          Sultan Mizan kesayangan rakyat,
          Rakyat Terengganu amat bersyukur;
          Punyai Raja yang pentingkan rakyat,
          Raja dan rakyat sentiasa rasa bersyukur.

          Sultan Kedah amat dihormati,
          Menabur budi tidak terhingga;
          Ke mana pergi rakyat mentaati,
          Rakyat Kedah amat berbangga.

          Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
          Kepentingan rakyat amat dijaga;
          Masalah rakyat diberi perhatian,
          Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.

          Sultan Kelantan berhemah tinggi,
          Memerintah Kelantan adil saksama;
          Rakyat Kelantan takkan rugi,
          Raja dan rakyat berkerjasama.

          Karya: Putri Rimba Niagara
          31 Julai 2012
          (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN - 31 Julai 2012)
           ·  · See Friendship · 21 hours ago · 


          • TUN ABDUL RAZAK 'BAPA PERDAMAIAN'

            Tun Abd Razak dibesarkan di sebuah perkampungan
            yang sangat miskin. Dia ke sekolah berjalan kaki
            tanpa kasut kerana ingin merasakan dirinya sama
            ...Continue Reading
             ·  · See Friendship · 21 hours ago · 

          • SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN PERDANA MENTERI
            KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA

            Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran,
            Kepada Perdana Menteri kesayangan;
            Kesayangan rakyat Malaysia berpanjangan,
            Kami kagumi hidupmu penuh perjuangan.

            Perjuanganmu setulus ikhlas,
            Membela rakyat pelbagai kaum;
            Budi ditabur tiada harap dibalas,
            Gembira dan bangganya rakyat penuh kagum.

            Jasamu Datuk Sri Najib rakyat hargai,
            Turun ke padang tak kira masa;
            Setiap masalah rakyat cuba difahami,
            Agar rakyat hidup sempurna.

            Tiada istilah penat dan jemu,
            Sentiasa fikirkan masalah negara;
            Masalah negara difikirkan tanpa jemu,
            Diselesaikan agar rakyat hidup sejahtera.

            Hidupmu penuh dengan kebaktian,
            Berbakti kepada rakyat dan negara;
            Bersyukur rakyat mempunyai pemimpin,
            Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara.

            Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara,
            Mahukan negara terus maju;
            Semangat perjuangan terus membara,
            Negara dipacu rakyat terus maju.

            Negara dipacu rakyat terus maju,
            Negara maju rakyat berinovasi;
            Negara maju dunia terpukau,
            PM mahu rakyatnya berpendapatan tinggi.

            Rakyat Malaysia sentiasa menyokong Perdana Menteri,
            Jasa Perdana Menteri mewangi di hati rakyat Malaysia;
            Gagasan 1Malaysia kami jadikan realiti,
            Negara maju rakyat Malaysia berbangga.

            Rakyat sentiasa menyokong satu Malaysia,
            Cetusan minda Perdana Menteri;
            Impianmu tidak akan dipersia,
            Rakyat Malaysia akan merealisasi.

            Rakyat Malaysia akan merealisasi,
            1Malaysia jadi kenyataan;
            Kepuasan akan Perdana Menteri rasai,
            Bila rakyat pelbagai kaum dalam perpaduan.

            Rakyat pelbagai kaum dalam perpaduan,
            Bermuafakat bersatu hati,
            Bersatu hati untuk merealisasi,
            1Malaysia pasti jadi kenyataan.

            1Malaysia pasti jadi kenyataan,
            Asalkan rakyat dan pemimpin besatu hati;
            Bersatu hati saling memberi kepercayaan,
            Kepercayaan berdasarkan keikhlasan hati.

            Kejujuran hati membentuk kerajaan,
            Kerajaan cekap dan amanah;
            Rakyat sentiasa didahulukan,
            Pemerintahan dilaksana secara berhemah.

            Pemerintahan dilaksana secara berhemah,
            Tiada perkecilkan mana-mana parti;
            Nasib rakyat dan negara terpikul amanah,
            Kesejahteraan rakyat dan negara sudahlah pasti.

            Perdana Menteri kaulah pertiwi,
            Perjuanganmu tak pernah mati;
            Semangatmu sentiasa membara kami kagumi,
            Jasamu sentiasa mewangi di hati kami.

            Terima kasih Perdana Menteri,
            Budi Perdana Menteri sentiasa kami ingati;
            Segala budimu kami sanjungi,
            Budi baikmu sentiasa kami hargai.

            Terima kasih Perdana Menteri,
            Datuk Sri Najib kesayangan kami;
            Moga sentiasa DiRahmati,
            Dirahmati ketika hidup dan mati.

            Malaysia tersenyum kesejahteraan tercipta,
            Pemimpin dan rakyatnya sehati sejiwa;
            Saling faham memahami di antara mereka,
            Demi kerana negara tercinta.

            Karya: Putri Rimba Niagara
            23 Julai 2011
            (Sempena Meraikan Ulang Tahun Kelahiran Perdana Menteri
            Kesayangan Rakyat Malaysia)
            (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN 31 Julai 2012)
             ·  · See Friendship · 21 hours ago · 

          • PM KE-6 PENCETUS GAGASAN 1MALAYSIA

            Kau seperti sebutir bintang
            yang turun ke bumi menyinari
            hidup setiap rakyat Malaysia!

            Kau kata,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
            Pencapaian Diutamakan." kata-kata itu
            membakar semangat setiap rakyat
            yang lesu dan bisu sekian lama.

            Setiap butiran kata-katamu
            menjadi keramat setiap
            yang mendengar...
            Mereka terpaku!
            Bukan kaku!
            Mereka terus bangun dari lamunan mimpi
            yang kini bukan mimpi tapi realiti!

            Kau menggerakkan barisan kabinetmu
            agar memberi khidmat bakti kepada rakyat
            tak kira penat lelah asalkan nasib rakyat terbela.

            Kau arahkan semua pentadbiran kerajaan
            memahami denyut nadi rakyat!
            Kata-kata itu bukan hangat-hangat tahi ayam.
            Akan dibuktikan!
            Lihatlah nanti!

            Telah tercatat Di Sana, kau adalah
            pewaris bangsa yang dinanti-nantikan
            sejak sekian lama.

            Kau pembawa pemikiran di luar kotak.
            Bakat kepimpinan yang kau warisi
            daripada ayahanda Tun Abdul Razak
            Perdana Menteri Kedua telah sebati
            dalam jiwamu.

            Kau mahu rakyat dan kerajaan
            bersatupadu merealisasikan sebuah
            kerajaan yang aman makmur bersatu
            demi kepentingan rakyat dan negara
            tercinta!

            Kau peka dengan setiap masalah rakyat,
            masalah rakyat adalah menjadi masalahmu
            dan ingin diselesaikan agar tiada satu pun
            yang tercicir daripada arus pembangunan.

            Siapa sangka kau yang mempunyai kuasa kerajaan
            memerintah nombor satu mempunyai sikap seperti
            rakyat biasa yang tak punyai apa-apa.
            Menyelami dan memahami keluh kesah rakyat adalah
            satu perkara yang mahu kau kongsi dan tangani
            bersama.

            Demi rakyat tercinta , kau gunakan segala kudrat
            yang ada untuk terus berkhidmat dengan senyum
            gagah seorang perwira yang sedia berjuang dan
            membantu!

            Setiap keluh kesah rakyat membuatkan
            kau gelisah dan bukan kosong mendengar
            tetapi membantu selagi mampu.

            Jerih perih rakyat adalah bebanan yang
            kau pikul untuk dikongsi bersama.
            Senyuman rakyat adalah satu
            kepuasan buatmu!

            Pening! Memang pening...
            Bagaimana hendak memikirkan
            setiap masalah rakyat yang ingin
            dikongsi bersama tapi berkat
            kesepakatan barisan kabinetmu kau
            pasti berjaya! Insya-Allah.

            Lihatlah rakyat Malaysia!
            Siapakah PM ke-6 ini?
            Yang berhati waja lagi mulia
            yang sedia mendengar setiap
            rintihan kalbu rakyat Malaysia
            tak kira kaum,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
            Pencapaian Diutamakan".

            Bersyukurlah banyak-banyak kerana kita
            dikurniakan seorang pemimpin
            yang memahami setiap denyut nadi rakyat Malaysia.

            Terima kasih PM ke-6.
            Pasti nanti negara tercinta ini
            mempunyai rakyat yang bersatu padu
            dalam ungkapan,'1Malaysia,
            Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.

            Karya: Putri Rimba Niagara
            31 Ogos 2010
            (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN - 31 Julai 2012)
             ·  · See Friendship · 21 hours ago · 
          • PANTUN 1MALAYSIA PATRIOTIK

            Nabi Muhammad S.A.W lambang perpaduan,
            Berbudi pekerti mulia berhemah tinggi;
            Semasa hidup memberi panduan,
            Akhir kalam umatnya disayangi lagi diingati.

            Sultan Abd Halim Mua'dzam Shah Agong berwibawa,
            Memerintah negara adil saksama;
            Rela berkorban demi rakyat tercinta,
            Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

            Tunku Abdul Rahman PM pertama,
            Digelar rakyat Bapa Kemerdekaan;
            Impian Tunku telah terlaksana,
            Menjadikan Malaysia pesat membangun.

            Allahyarham Tun Abdul Razak PM kedua,
            Mohd Najib anak kesayangan;
            Matlamat perjuangan tidak berbeza,
            Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan.

            Tun Hussein Onn PM ketiga,
            Tertib sungguh bila berbicara;
            Masalah rakyat diurus dijaga,
            Agar rakyat hidup terbela.

            Malaysia maju idea Tun Mahathir,
            Digelar rakyat Bapa Pemodenan;
            Pejuangan beliau tidak berakhir,
            Malaysia maju dalam pembangunan.

            Tun Abdullah Ahmad Badawi PM kelima,
            Pentingkan rakyat berminda kelas pertama;
            Satu Malaysia bermuafakat bersama,
            Menjadi warga dunia yang teristimewa.

            Transformasi kerajaan idea PM keenam,
            Rakyat letakkan harapan yang tinggi;
            Saling bertoleransi biarpun pelbagai kaum,
            Agar semuanya saling hormat menghormati.

            Lambai Limbai bukan lambaian kosong,
            Melambangkan hati nurani rakyat Sabah;
            Satu Malaysia rakyat cemerlang,
            Akan semuanya menjadi indah.

            Negeri Sarawak terus membangun,
            Bajet pembangunan dibuat telus;
            Nasib rakyat tidak dibiarkan,
            Biar cemerlang terus menerus.

            Tentera Darat mendukung aspirasi rakyat dan negara,
            Demi rakyat dan negara tercinta;
            Rela berkorban jiwa dan raga,
            Jasamu dikenang hingga ke hujung nyawa.

            PLKN generasi patriotik,
            Itulah asas benteng negara;
            Tiada terlibat agenda politik,
            Hanya semata untuk negara.

            Rosmah pencetus Permata Negara,
            Bagi membentuk generasi berjasa;
            Cita-cita dipupuk terus membara,
            Memahat nama di antarabangsa.

            Tahun Baharu Cina disambut meriah,
            PM dan rakyat beramah mesra;
            Idea pembangunan kian bercambah,
            Demi kepentingan rakyat dan negara.

            Hari Thaipusam tidak dilupakan,
            PM datang menyerikan majlis;
            Kaum India gembira sakan,
            Kerana PM berwajah manis.

            Kerajaan dan media rakan kongsi,
            Masalah rakyat dikongsi bersama;
            Gagasan 1Malaysia akan direalisasi,
            Malaysia pasti jadi ternama.

            Karya seni warisan negara,
            Kerajaan hargai rakyat banggai;
            Pelancong yang datang dilayan mesra,
            Produk terkenal berkualiti tinggi.

            Rakyat faham Satu Malaysia,
            PM tersenyum tanda gembira;
            Mari kita pakat sama-sama,
            Gemilangkan Malaysia di persada dunia.

            Satu Malaysia jadi kenyataan,
            Pasti PM tersenyum bangga;
            Menabur jasa janganlah bosan,
            Biarpun terkorban jiwa dan raga.

            Malaysia ini milik semua,
            Rakyat hidup dalam sejahtera;
            Tercipta sudah negara bangsa,
            Pemimpin dan rakyat seiring sekata.

            Satu Malaysia rakyat patriotik,
            Bersatu padu bersatu hati;
            Rakyat sejahtera tanpa konflik,
            Negara makmur Malaysia dihormati.

            Karya: Putri Rimba Niagara
            (31 Ogos 2010)
            (Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-53)
            (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN - 31 Julai 2012)
             ·  · See Friendship · 21 hours ago · 
          • SYAIR 1MALAYSIA SAYANGKAN NEGARA

            Tersebutlah kisah sebuah negara,
            Malaysia digelar diberi nama;
            Perdana Menteri bekerja bersama-sama,
            Agar Malaysia jadi ternama.

            Satu Malaysia ilham Perdana Menteri,
            Galakkan rakyat bersatu hati;
            Demi kerana negara dicintai,
            Moga hidupmu terus diberkati.

            PM mengajak rakyat bersatu,
            Pelbagai kaum bersatu padu;
            Memupuk minda generasi baru,
            Demi kerana Malaysia yang satu.

            PM bekerja tak kira masa,
            Pentingkan rakyat dari segala;
            Kerahkan menteri beri kerjasama,
            Asalkan rakyat hidup bahagia.

            PM dan menteri kerja bersungguh,
            Demi rakyat negara teguh;
            Petah bicara bila berhujah,
            Agar rakyat dapat berteduh.

            PM kita pencetus revolusi,
            Galakkan rakyat berkreativiti;
            Minda penuh daya imaginasi,
            Lahirkan produk berinovasi tinggi.

            Menteri kabinet beri perhatian,
            Ikut arahan dalam panduan;
            Ada kuasa jangan disia-siakan,
            Hilang kuasa dalam penyesalan.

            Apalah ada pada kuasa,
            Salah guna bawa binasa;
            Jalankan tugas hati yang waja,
            Hidupmu pasti rasa bahagia.

            Rakyat perlu pemimpin berjasa,
            Menabur jasa sudahlah biasa;
            Ramah tamah tak gila kuasa,
            Moga hidupmu aman sejahtera.

            Melayu Cina India janganlah iri,
            Segala usaha tidak menjadi;
            Bila bersatu wajah berseri,
            Pelbagai bangsa jadi menteri.

            Sabah Sarawak tidak dilupakan,
            Sama rata diberi peruntukan;
            Justeru itu kekalkan perpaduan,
            Pasti hidup dalam kesejahteraan.

            Mari semua hidup berdamai,
            Fikirkan negara amanlah damai;
            Indah sungguh hidup yang permai,
            Segala budi sama disemai.

            Kementerian Pelajaran iktirafkan guru,
            Guru berkualiti amat diseru;
            Biar murid berminda baru,
            Demi kerana Malaysia yang satu.

            Ilmu itu pelita hati,
            Hati gelap akan diterangi;
            Bila gagal cubalah lagi,
            Kejayaan cemerlang sedia menanti.

            Penjawat awam ubahlah minda,
            Jadikan minda kelas pertama;
            Seiring dengan kehendak arus perdana,
            Kerajaan dan rakyat pasti berjaya.

            Majikan perlukan pekerja ikhlas,
            Sungguh-sungguh melakukan tugas;
            Janganlah ada bersikap malas,
            Majikan pun tidak akan bertegas.

            Usahawan cemerlang negara terbilang,
            Azam bersungguh tak pernah hilang;
            Usahakan hati terang benderang,
            Barulah usaha jadi terbilang.

            Budi bahasa budaya kita,
            Adab sopan apabila bicara;
            Bila begitu ramai yang suka,
            Hidup pasti lebih ceria.

            Sifat jujur haruslah ada,
            Ke mana pergi senanglah rasa;
            Takkan ada rasa kecewa,
            Hati pun bersih hasad pun tiada.

            Bertuahnya hidup di bumi Malaysia,
            Berkat kepimpinan yang bijaksana;
            Di bawah pemerintahan Agong adil dan saksama,
            Rakyatnya hidup aman dan sejahtera.

            Pos Malaysia lambang merdeka,
            Kerana terpanggil untuk berjasa;
            Demi kerana Negara tercinta,
            Moga jasamu dikenang hingga bila-bila.

            PM mahu PDRM berintegriti,
            Jalankan tugas penuh teliti;
            Agar rakyat rasa dilindungi,
            Jasa baktimu tetap dihargai.

            Satu Malaysia sayangkan negara,
            Rasa cinta terus membara;
            Teruskan perjuangan walau di mana,
            Biarpun terpaksa bekorban nyawa.

            Sekian sahaja syair Malaysia kusayang,
            Rakyatnya hidup tolong menolong;
            Budi yang baik tak akan hilang,
            Moga negaraku terus gemilang.

            Karya: Putri Rimba Niagara
            (31 Ogos 2010 Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-53)
            (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN)
             ·  · See Friendship
            • Ahmad Tajuddin likes this.

            • TUN ABDUL RAZAK 'BAPA PERDAMAIAN'

              Tun Abd Razak dibesarkan di sebuah perkampungan
              yang sangat miskin. Dia ke sekolah berjalan kaki
              tanpa kasut kerana ingin merasakan dirinya sama
              taraf dengan rakan-rakan yang pergi ke sekolah
              tanpa kasut.

              Dia seorang murid yang sentiasa merendah diri,
              baik budi pekerti dan suka membantu rakan-rakan
              nya yang kebanyakan terdiri daripada keluarga
              yang miskin. Tiada wujud membangga diri
              walaupun dia seorang anak keluarga yang berada.

              Berkat ketekunannya dalam pelajaran Tun Abdul
              Razak telah berjaya melanjutkan pelajarannya
              ke luar negara dengan lulusan undang-undang.

              Tun Abdul Razak adalah sahabat baik kepada
              Tunku Abdul Rahman. Mereka berdua bersama-
              sama telah pergi ke London untuk menuntut
              Kemerdekaan Malaysia yang ketika itu dikenali
              sebagai Tanah Melayu.

              Hasil pertemuan tersebut pada tanggal 31 Ogos
              1957 Malaysia telah diistiharkan kemerdekaan
              dan di sambut penuh meriah oleh seluruh rakyat
              Malaysia untuk meraikan kemerdekaan yang
              dinanti-nantikan sejak sekian lama. Rakyat
              Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.

              Tunku Abdul Rahman telah melantik Tun
              Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri.
              Mereka berdua saling berkerjasama dan saling
              hormat menghormati di antara satu sama lain.

              Pada 13 Mei 1969 telah berlaku satu rusuhan
              kaum di antara kaum Cina dan Melayu.
              Tun Abdul Razak meminta kaum Melayu
              supaya bertenang tetapi rusuhan kaum
              tetap juga berlaku di Kampung Melayu.

              Kerajaan telah mengarahkan perintah
              berkurung untuk meredakan keadaan
              yang amat membimbangkan pada
              ketika itu. Segala tugas Tunku serahkan
              kepada Tun Abdul Razak untuk
              menyelesaikannya. Akhirnya kembali
              tenang buat seketika.

              Memandangkan semua tugas Perdana
              Menteri dipertanggungjawabkan kepada
              Tun Abdul Razak, rakyat mahu Tun
              Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.
              Tun Abdul Razak menolak permintaan
              rakyat tanda menghormati Tunku
              Abdul Rahman yang telah dianggap
              sebagai bapa dan sahabat yang paling
              disayangi.

              Pada 1971 Tunku Abdul Rahman menyerahkan
              Jawatan Perdana Menteri kepada Tun Abdul
              Razak demi kepentingan rakyat dan negara.
              Tun Abdul Razak menerima jawatan tersebut
              dan sanggup berkorban apa sahaja demi
              rakyat dan negara tercinta.

              Ketika menyandang jawatan Perdana Menteri
              Yang Ke-2 Tun Abdul Razak berazam untuk
              membasmi kemiskinan yang kebanyakkannya
              terdiri daripada kaum Melayu. Beliau
              membuat Dasar Ekonomi Baharu untuk
              menaik tarafkan hidup orang Melayu tetapi
              ini tidak disenangi kaum Cina.

              Hakikatnya Tun Abdul Razak mahu semua
              rakyat di negara ini menikmati kekayaan
              negara sama dikongsi oleh semua kaum
              Cina, Melayu mahupun India. Tun Abdul
              Razak berfikir bagaimana untuk menyatu-
              padukan tiga kaum ini.

              Tanpa pengetahuan rakyat, Tun Abdul
              Razak telah pergi ke Cina untuk membuat
              lawatan persahabatan di antara Malaysia
              dengan Cina.

              Tanpa diduga Tun Abdul Razak telah
              mendapat sambutan di luar dugaan
              oleh rakyat cina dan para pemimpin
              yang mengalu-alukan kedatangan
              Tun Abdul Razak ke negara mereka.
              Ketika Tun Abdul Razak pulang dari negera China
              tanpa diduga beliau telah disambut oleh
              ribuan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
              pelbagai kaum. Tun Abdul Razak melaungkan,
              “Kita Berjaya! Kita Berjaya! Kita Berjaya!”
              Teriakkan beliau disambut penuh gembira
              oleh seluruh rakyat pada ketika itu.

              Tidak sia-sialah permegian Tun Abdul Razak ke
              negara China kerana visinya untuk menyatupadukan
              kaum Cina dan Melayu berjaya akhirnya. Beliau
              sangat berasa gembira yang tidak dapat digambarkan
              dengan kata-kata.

              Rakyat terus aman dan harmoni tanpa perselisihan
              kaum lagi. Hidup saling hormat menghormati
              di antara satu sama lain dan saling berkerjasama.
              Rakyat terus mengecapi arus pembangunan Negara.

              Pada tahun 1976 Tun Abdul Razak tidak dapat
              menahan kesakitan lagi yang mana selama ini
              beliau merahsiakan penyakit lukimea yang
              telah dihidapi sejak bertahun lamanya daripada
              pengetahuan keluarga mahupun rakyat tercinta.
              Tun Abdul Razak pergi ke luar negara
              tanpa pengetahuan rakyat untuk
              mengubati penyakitnya tetapi penyakit
              yang ditanggungnya sudah sampai ke
              tahap kritikal. Doktor memberitahu
              kepada keluarga Tun Abdul Razak
              bahawa Tun tidak dapat diselamatkan
              lagi dan dibawa pulang ke tanah air.
              Dalam saat-saat genting Tun tidak
              mahu dibawa pulang kerana tidak
              mahu rakyat kuatir nanti.

              Tun Abdul Razak menghembuskan
              nafas terakhir pada 1976 di pangkuan
              keluarganya yang tercinta.

              Jenazah Tun Abdul Razak dibawa pulang
              ke Tanah Air diratapi ribuan rakyat
              terdiri daripada pelbagai kaum.
              Rakyat begitu sedih kerana telah
              kehilangan seorang pemimpin berjiwa
              Rakyat yang sanggup bersusah payah
              demi rakyat. Rakyat menggelar Tun
              Abdul Razak. “Bapa Perdamaian”
              Visi Tun Abdul Razak telah diwarisi
              oleh anakandanya YAB Datuk Seri Mohd Najib
              Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-6 dengan visi
              Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian
              Diutamakan.

              Karya: Putri Rimba Niagara
              31 Ogos 2010
              (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN - 31 Julai 2012)
               ·  · See Friendship


              • SALAM KEMERDEKAAN UNTUK NEGARAKU TERCINTA!

                Salam Kemerdekaan Untuk Negaraku Tercinta,
                Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
                Tersenyum megah penuh bangga,
                Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.

                Kau tak pernah erti kalah,
                Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
                Di mana pun berada kau berkibar megah,
                Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.

                Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
                Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
                Semangat rakyatnya terus membara-bara,
                Menjadikan realiti impian 1Malaysia.

                Salam Ramadhan untuk Datuk Seri,
                Semoga puasa membawa keberkatan;
                Jasamu sentiasa mewangi di hati,
                Perjuangan terdahulu masih diteruskan.

                Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
                Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
                Membela nasib rakyat di mana saja berada,
                1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.

                1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
                Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
                Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
                Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.

                Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
                Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
                Sehati senada sejiwa saling memahami,
                Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.

                Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
                Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
                Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
                Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.

                Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
                Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
                Yang difikirkan keamanan negara ini,
                Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.

                Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
                Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
                Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
                Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.

                Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
                Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
                Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
                Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.

                Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
                Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
                Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
                Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.

                Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
                Buat Negaraku Malaysia tercinta:
                Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
                Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.

                Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-55 ini kuberjanji,
                Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
                Moga kau tidak akan disakiti lagi,
                Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.

                Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
                Moga kau sentiasa gembira selalu;
                Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
                Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.

                Karya: Putri Rimba Niagara
                31 Julai 2012
                (Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
                Malaysia Ke-55 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2012)
                (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN 31 Julai 2022) 
                 ·  · See Friendship · 21 hours ago · 

0 comments:

Post a Comment

 
;