MOGA PERTEMUAN DI KALA ITU BERERTI/BERARTI
Malaysia merdeka tambah gemilang,
Rakyatnya bersatu dalam ikatan;
Memajukan negara terus cemerlang,
Berkibarlah jalur gemilang penuh kebanggaan.
Hilangkan rasa dendam di hati,
Buangkan rasa iri di hati;
Yang ada berkata semurni hati,
Ikatan ukhuwah sentiasa di hati.
Apa guna kita berdendam,
Ibarat api memakan diri;
Hati yang luka remuk redam,
Akibat rasa suka berdendam.
Di Ramadan saling memaafkan,
Buang yang keruh ambil yang jernih;
Fikirkan akhirat kerana dunia akan ditinggalkan,
Pasti fikiran yang kusut menjadi jernih.
Sekali tangan bersalam abadi selamanya,
Ikatan ukhuwah kasih antara dua benua;
Saling melambaikan senyum tanda kasihnya,
Indonesia/Malaysia bersatu hati dua benua.
Dua benua berjiran sejak dulu lagi,
Pemimpin kedua negara bersatu hati;
Mahukan negaramu negaraku sentiasa sehati,
Senada seirama mohon diberkhati.
Kebudayaanmu negaraku sanjung,
Kebudayaanku negaramu junjung;
Sama-sama hargai dan sayang,
Khazanah warisan bangsa agar gemilang.
Sama-sama mahu gemilangkan negara,
Tiada niat untuk mengwujudkan perselisihan;
Antara rakyat Indonesia dengan Malaysia,
Melainkan mahu memartabatkan kebudayaan.
Alangkah indahnya sebuah persahabatan,
Sentiasa hidupkan suasana harmonis;
Hilang segala persengketaan,
Persahabatan disulami dengan senyuman manis.
Dua hati selembut sutera,
Dibaja dengan Nur Ilahi;
Hatimu hatiku jua,
Saling memaafkan demi Ilahi.
Bulan Ramadan bulan yang mulia,
Pintu Syurga di buka seluas-NYa;
Pengampunan dari-Nya sentiasa ada,
Moga dibalas Syurga kepada kita semua.
Syurga milikku milikmu milik semua,
Berlumbalah kita memilikinya;
Allah Maha Pemurah memberi pada semua,
Asalkan kita hidup berkasih sayang demi-Nya.
Maka dari itu duhai saudara seislamku,
Aku adalah insan yang tak sempurna;
Jika ada terdapat kekhilafanku padamu,
Kususun sepuluh jari mohon dimaafkan segera.
Jiwamu jiwaku jiwa semua,
Mahu pulang berjumpa Ilahi;
Membawa bekalan bernilai di Sisi-Nya,
Moga Pertemuan di kala itu berarti.
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
14 Ramadan 1433H
3 Ogos 2012
0 comments:
Post a Comment