KAMUS HATI YANG MEMBEKU
berteriaklah semahumu
agar terbuka hatiku menerimamu kembali
tapi puas kucuba terimamu kembali
hatiku tetap membeku
kerana aku sudah puas di perbudakan
malam resah
kau dan aku resah gelisah
untuk memutuskan
cinta dan rindu kau dan aku
telah dihanyutkan ke sungai Kapuas
agar segala teka teki ditamatkan segera
barulah aman hati
biarpun hatiku hatimu
telah dililit belitkan akar-akar rindu
yang sudah mati
menunggu masa untuk dimatikan
cinta yang sudah tidak berarti
bagi kau dan aku
tuk dikenang selamanya
tiada yang pilu
tak usah dicari lagi
apa tah lagi tuk dikenangkan
karna kamus cinta untukmu
telah dipadamkan dalam
kamus hati yang membeku!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
23 Ogos 2012
5 Syawal 1433H
cinta dan rindu kau dan aku
telah dihanyutkan ke sungai Kapuas
agar segala teka teki ditamatkan segera
barulah aman hati
biarpun hatiku hatimu
telah dililit belitkan akar-akar rindu
yang sudah mati
menunggu masa untuk dimatikan
cinta yang sudah tidak berarti
bagi kau dan aku
tuk dikenang selamanya
tiada yang pilu
tak usah dicari lagi
apa tah lagi tuk dikenangkan
karna kamus cinta untukmu
telah dipadamkan dalam
kamus hati yang membeku!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
23 Ogos 2012
5 Syawal 1433H
0 comments:
Post a Comment