DEMI TUHAN DEMI BANGSA INDONESIA
SALAM SYAWAL
BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum wr wb
Kepada semua rakn fb & grup yang disanjungi lagi dirindui
Salam Syawal
Maaf agak kelewatan melafazkan Salam
Hamba berhari raya bersama keluarga hamba di Rimba Port Dickson
Bersama keluarga hamba...
Berhari raya di kampung memang menyeronokkan
Penghuni rimba niagara mengizinkan hamba berhari raya
Tapi pesan mereka jangan terlalu lama kerana mereka akan terdera rindu
Kalau di rimba niagara hamba bagaiikan seorang putri...bagaikan seorang Ratu
Semuanya disediakan oleh dayang-dayang hamba dan
Tugas hamba cumalah mengarang...mengarang...mengarang...
Dan mereka membaca...membaca...membaca.... lucukan!
Tapi bila berada di kampung
Bagaikan seorang bibik
Masak mengemas menyambut tetamu
Mengarang tiada cuma bahan-bahan untuk mengarang banyak juga
Nilam Sari
Pembantu rumah bunda fatimah
Pulang ke Indonesia
"Mana ada majikan yang memberi cuti
pada pembantunya rumah pada hari raya...
sudahlah baru bekerja 10 bulan dah diberi cuti,
Sari sebelum kau pulang Malaysia kau
pergilah jumpa ibu kau dulu mohon restu
dari ibu ," Liza menasihati Nilam Sari dalam perbualan di telefon
"Kakak mahu aku pulang Malaysia atau jumpa ibu aku?"
"Kenapa kau bilang macam itu?"
"Iye lah kalau aku jumpa ibu aku...ibu aku pastilah tak beri
aku kembali ke Malaysia..."
"Tak bolehlah macam itu...sebab kau sendiri sudah berjanji mahu pulang...
kerana kau mahu pulanglah makanya kau diberi cuti...tak ada majikanlah
sebaik mereka."
"Terserah akak lah sekarang ini...ibu sudah sudah tak benarkan sari pulang
Dia mahu sari menjaganya...sari kena pilih ibu atau majikan...sari pilih
ibulah."
"Kau jangan jadi manusia munafik sari kau sudah berjanji mahu pulang
kau harus tepati."
"Ini kerana gara-gara ...akak lah...aku tak mahu jumpa ibu...disuruh jumpa ibu..."
"Kenapa kau salahkan aku pula?"
"Terpulang akaklah...."
Liza menceritakan keadaan sebenar kepada aku.
"Liza...dah akak agak dah dia akan ciptakan banyak alasan untuk tidak kembali."
"Tak apa 28 hb Ogos ini Liza akan pulang ke Indonesia dan Liza akan cari
dia sampai lubang cacing....kampung dia dengan kampung liza bukannya
jauh kak bib..."
"Liza ....kau cari dia entah ke mana dah....sebelum dia lari entah mana...
engkau cakap aje dengan dia ... majikan akan repot polis...atas alasan kes tipu...
Polis Malaysia ....Polis Indonesia akan memburunya... pasti dia takut dan pulang."
"Iye ke kak bib?
"Kalau kau tak percaya kau hantar mesej kat dia...apa jawapan dia."
"Liza dah kata pada Sari....Sari kau jangan malukan seluruh bangsa Indonesia
gara-gara kau nanti semua orang Malaysia sudah tak percaya pada bangsa Indonesia... nanti mereka kata bangsa Indonesia ini munafik ....penipu...
makanya tolonglah kau kembali ke Malaysia agar dapat membersihkan bangsa
Indonesia di Malaysia."
Liza dalam kegalauan...dia datang bertemu aku kemabali.
"Kak bib...kak bib baca mesej sari ini...."
"Kau bacakan .....mata kak bib kabur kalau tak ada kacamata"
"Akak...tolonglah beri peluang pada sari kali terakhirnya....24 hb ini pasti sari
pulang...kerana sari tidak mahu jadi munafik dan merendahkan bangsa Indonesia...
demi bangsa Indonesia ke semuanya ....Sari akan pulang dan akan menjadi
manusia yang jujur demi kerana Tuhan."
KARYA: RATU RIMBA NIAGARA
5 Syawal 1433H
23 Ogos 2012
;
0 comments:
Post a Comment